P. 1
JENIS JARINGAN

JENIS JARINGAN

|Views: 12|Likes:
Published by Mohd Murdien'z
bola baling
bola baling

More info:

Categories:Topics
Published by: Mohd Murdien'z on Sep 30, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/18/2014

pdf

text

original

JENIS JARINGAN

Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari. Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah: 1. Pemain bergerak satu langkah ke depan. 2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok. 3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu. 4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran. 5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut: 1. pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Jaringan Lompat Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan. Namun. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran. Kadang-kadang. tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. ia merupakan jaringan yang berbahaya. 2. namun jika sudah mahir.Jaringan dari Bawah Lengan Umumnya. . Walaupun ia agak sukar dilakukan. terutamanya bagi pemain-pemain baru. 3.

pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan. 3. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. . Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. Biasanya. penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol. Di luar garisan gol. Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut: 1. banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya. Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut: 1. 2. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. 4. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan. 2.

Dengan pantas. Pemain yang menerima bola. pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan. dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang. Jaringan Sisi . Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol. memegangnya pada kedudukan aras paha. ia memerlukan latihan yang lama. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Namun. 4. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas.3. Jaringan pada Aras Paha Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol.

dia akan mengangkat kaki kanannya. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut. menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Secara tiba-tiba . pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya. penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan. Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru. jaringan junam jika dilakukan dengan baik. Apabila mendarat di sisi. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan. Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut: . khasnya pada aksi dan gerakannya. hasilnya amat menarik.

Semasa melonjak. 2. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan. Dengan menggunakan kaki kiri. . iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.1. pemain membuat jaringan ke sasaran. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan. Jaringan ini terhad mengikut undangundang penting. Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut: 1. Jaringan Penalti Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan. pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol. 4. 2. Pemain berada di luar garisan kawasan gol. iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. 3.

Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti. pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.3. terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas. Jaringan Voli . Jika penjaga gol ke depan. 2. 4. Umumnya. Pemain melakukannya mengikut lajak. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan. 3. Jaringan Lambung Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. iaitu: 1.

2. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat. 3. Semasa melompat. . Pemain membuat jaringan sebelum mendarat. pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut: 1.

sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai beban. siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Ketika membuat jaringan. 2. kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada ketika ini. Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat: 1. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola. terdapat dua prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran.PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING Dalam kemahiran menjaring Bola Baling. daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan . Ketika membuat jaringan. Semasa hal ini terjadi. tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hendak menjaringkan bola.

ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya.memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat. Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. b) Berlari. Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu. Jika ikut lajak tidak dilakukan. angkat tangan kanan) c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan. Pendeknya. melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak. . maka daya yang diberi kepada objek adalah kurang. LATIHAN ANSUR MAJU Jaringan Lompat a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.

. (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya. bola sofbol.d) Ulang latihan (a). g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol). Jaringan – jaringan Lain a) Latihan membaling pundi kacang. b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung. bola baling antara 2 orang. c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri) d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah) e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol. e) Latihan berpasangan – berlari. f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang). melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.

tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol. 2. Balingan dibuat di garisan tengah. 6. 4. melontar atau memukul bola dengan apa cara pun dengan tangan. 3. Penggantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.   Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. Seorang pemain dibenarkan:  Menahan. Pemain-pemain kecuali penjaga gol. menangkap.10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 1. kepala. Permainan diadili oleh 2 pengadil. Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. 5. paha atau lututnya. lengan. membaling. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang. .

balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan. Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah tidak banyak.7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu. REFLEKSI Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini. pihak lawan hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter dari pembaling. 8. 9. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan. 10. sebiji bola . Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka). Semasa balingan percuma. Bola Baling (handball berasal daripada Eropah. Mengikut sejarahnya.

melompat. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. menjaring dan menjaga gol. mengadang. mengelecek bola dengan tangan. Selain itu. prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. . Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain. hantaran bola. Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari. Sebagai contoh. lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum. dalam kemahiran hantaran bola. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang kuat.baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dalam kemahiran menangkap bola. prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban. Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. menangkap bola.

com 2. Bhd. 4. http://www. Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. United States of America. Shah Alam. 5.BIBLIOGRAFI BUKU RUJUKAN 1.edu. Teng Boon Tong (1993). http://www. Lee Chin Choy (2006). Clanton (1997). Fizik Tingkatan 4. Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan . Shah Alam. Team Handball Step To Success. Cheras.wikipedia. Bhd. Fajar Bakti Sdn. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Petaling Jaya. LAMAN WEB 1.tutor. Bhd. Bhd.com . 3. Inc. 2. Poh Liong Yong (2003). Fajar Bakti Sdn. Human Kinetics. Longman Malaysia Sdn. Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Wee Eng Hoe (2000). Reita E.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->