You are on page 1of 4

Lompat tinggi

Pemenang pingat emas iaitu Ethel Catherwood dari Kanada membuat gaya gunting di Sukan Olimpik Musim
Panas 1928. Rekodnya ialah 1.59 meter.

Peraturan
Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia adalah salah satu acara
padang yang memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua
tiang tegak.

Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang
diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan lompatan melepasi
sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para
peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan
kemenangan mereka dalam acara tersebut.

Fail:Mens high jump world record progression.jpg


500px

Gaya-gaya
Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan
badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat
tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling
barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop.

Dalam abad ke-19 , peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan
menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan
kepada para peserta. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop telah berjaya mencatatkan rekod dalam
acara lompat tinggi. Biasanya atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi mempunyai susuk
badan yang kurus dan tinggi lampai.

Latihan dan Alat Bantu


Anda yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini, perlu berlatih untuk memantapkan gaya dan cara larian
yang konsisten. Kemudian barulah anda boleh mempelajari pula fasa lonjakan(take-off), layangan, dan
mendarat. Alat-alat bantu seperti tilam ketangkasan, tali menggantung bola (latih melonjak), skitel, tandaan,
tali palang, dan tiang adalah sangat diperlukan untuk memberi daya keyakinan.

Anda perlu membuat latihan dengan aras ketinggian mula yang rendah, kerana latihan yang sedemikian akan
meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat.

Gaya Fosbury
Dalam gaya Fosbury Flop misalnya, larian konsisten, kelembutan, lentikan, anjalan, dan koordinasi adalah
perkara yang sangat dititikberatkan, untuk mencipta sesuatu lompatan yang lebih tinggi dan sempurna.

Jaguh Negara Malaysia dan Kejayaan


Negara kita misalnya, memang sudah terkenal dengan jaguh-jaguh dalam acara lompat tinggi. Pelompat-
pelompat seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, dan wanita seperti Glady Chai Ng Mei
dan Shabana Khanum sudah dikira terkenal di Malaysia dalam acara ini.

Atlet negara, Shabana Khanum berjaya melepasi palang pada ketinggian 1.73 meter untuk meraih pingat
emas dalam acara lompat tinggi wanita, Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang tahun lalu.

Malaysia juga disegani di rantau Asia Tenggara dalam acara lompat tinggi. Sudah ramai atlet negara Malaysia
yang telah berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi. Namun begitu, negara Malaysia masih lagi
mencari bakat-bakat, yang dapat diketengahkan di peringkat kejohanan yang lebih tinggi, bagi mewarisi
peninggalan atlet sekarang, pada masa hadapan.

AGUS SUSANTO / Sabtu / 30 May 2009 21:07 WIB

Lompat Tinggi Galah

Atlit lompat tinggi galah asal Lampung, Hendri Setiawan beraksi pada nomor final yunior dalam Kejuaraan
Nasional Atletik Yunior dan Remaja 2009 di Stadion Madya Senayan, Jakarta, Sabtu (30/5). Hendri meraih
emas dengan lompatan 4,30 meter disusul Firman Ilahi asal Jawa Timur (3,50 meter) dan Bagus Adam asal
Jawa Timur (3,20 meter). Kompas/Agus Susanto 30-05-2009
LOMPAT TINGGI

1. Gambar Lapangan Lompat Tinggi

A. Bak Lompat

B. Awalan

2. Alat yang digunakan

- Tiang Lompat

- Bilah lompat

- Busa / pasir

3. Bentuk Bilah Lompat

- Segitiga sama sisi (tiap sisi 3 cm)

- Bulat (diameter 3 cm)

4. Gaya dalam lompat tinggi

- Gaya Gunting

- Gaya Guling Sisi

- Gaya Flop

- Fosburry Flop

5. Hak melompat

- Tiap ketingian tertentu berhak melompat 3 kali

- Apabila lompatan pertama gagal masih berhak melompat 2 kali

6. Diskualifikasi

- Tidak jadi melompat

- Menumpu dengan 2 kaki

- Dipanggil 5 menit tidak melompat

- Menjatuhkan mistar

You might also like