Kemahiran Menulis

Tahun 4 SK

STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

Semasa
menyediakan
strategi
pengajaran dan pembelajaran bagi
kemahiran menulis, guru perlu memberi
pertimbangan
aktiviti yang sesuai
sebelum,
semasa
dan
selepas
kemahiran menulis yang diajar.
Pengajaran
dan
pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan
melalui
pelbagai
aktiviti
secara
terancang bagi mencapai objektif yang
telah
ditentukan.
Guru
boleh
merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara
seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.

79

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK

TEMA

KEMASYARAKATAN

TAJUK

Cerianya Tamanku

MASA
STANDARD
PEMBELAJARAN

3.3.3

Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan
soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

Pada akhir pengajaran, murid dapat:
OBJEKTIF

i.

membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan
pemahaman yang bertumpu dan bercapah.

ii.

membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul

Ilmu : Sivik, Celik Kewangan
PENGISIAN
KURIKULUM

Nilai : Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh
EMK : TMK
KB

: Menjana Idea, Mengecam

BCB : Bacaan Mentalis
SISTEM BAHASA

Kosa kata : Ceria, mengeratkan, silaturahim, dipangkas

BAHAN BANTU
BELAJAR

LCD, benda maujud, lembaran kerja

PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan
pemahaman dengan betul.

REFLEKSI

80

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Menama dan menulis peralatan dan
aktiviti
1. Murid ditunjukkan alatan menjaga
kebersihan kawasan kelas seperti
penyapu, pemadam dan bakul
sampah.

Ilmu : Sivik
Nilai : Kebersihan

2. Guru dan murid bersoal jawab
tentang kegunaan alatan tersebut dan
kaitannya dengan menjaga kebersihan.
3. Guru membimbing murid menamakan
dan menulis pada papan tulis tentang
alatan lain yang sesuai digunakan
untuk menjaga kebersihan kawasan
rumah dan taman.

KB : Menjana Idea
Kontekstual :
Menghubung
Kait
Media:
Bahan Maujud

Ilmu :Celik Kewangan

4. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang sumber kewangan untuk
menjayakan aktiviti gotong-royong.

Membina dan menulis jawapan
1. Murid membaca petikan
yang
dipaparkan pada skrin dengan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul.

EMK: TMK

2. Murid menggarisi
isi petikan yang
menjadi jawapan pada paparan skrin
dengan
menggerakkan
kursor
berdasarkan soalan yang diberikan
oleh guru.
3.

Murid membina jawapan untuk soalan
yang
dikemukakan
oleh
guru
berdasarkan petikan yang dibaca.

Membina dan menulis ayat gramatis
81

Lampiran 1

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK
PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

1.

Murid melengkapkan ayat dengan
frasa yang betul berpandukan
petikan berdasarkan soalan.

Nilai : Prihatin

CATATAN

Lampiran 2

Penilaian
1. Guru membimbing murid menulis
jawapan pemahaman
menggunakan ayat yang gramatis
berdasarkan petikan.

KB : Mengecam
Lampiran 3

Pemulihan
1. Murid mengisi tempat kosong
menggunakan perkataan yang diberi
berdasarkan soalan yang diberi.

Lampiran 4

Pengayaan
1. Murid menjawab soalan pemahaman
berdasarkan teks yang dibaca.

BCB :
Bacaan Mentalis
Lampiran 5

82

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK

Lampiran 1

Baca dan fahami petikan di bawah.

Cerianya Tamanku
Pada hujung minggu lepas, penduduk Taman Muhibbah telah
mengadakan gotong-royong yang disertai oleh penduduk pelbagai kaum.
Mereka mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan
perumahan mereka. Antara alatan yang digunakan ialah penyapu, parang,
kereta sorong, baldi, penyapu lidi, penyapu longkang, pongkes dan
pencakar.
Untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut, penduduk
kampung telah sepakat untuk mengadakan kutipan derma. Wang yang
diperoleh akan digunakan untuk membeli peralatan yang diperlukan dan
mengadakan jamuan.
Kaum wanita menyediakan makanan dan minuman untuk penduduk
kampung yang bergotong-royong. Mereka menyediakan nasi lemak, kuihmuih dan air sirap. Anak-anak pula sibuk membantu ibu dan bapa masingmasing. Ada juga yang menarik dahan-dahan yang dipangkas oleh kaum
lelaki.
Kini kawasan taman perumahan mereka kelihatan bersih dan ceria.
Tidak ada lagi sampah-sarap dan tempat air bertakung yang boleh
membiakkan nyamuk aedes. Gotong-royong itu juga dapat mengeratkan
silaturahim penduduk kampung yang selama ini sibuk dengan tugas
masing-masing.

Lampiran 2

Lengkapkan ayat dengan frasa yang betul
berdasarkan petikan ‘Cerianya
Tamanku’.
83

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK

1. Apakah yang telah dijalankan oleh penduduk Taman Muhibah?
Penduduk Taman Muhibah telah menjalankan ........................................................
.............................................................................................................................................

2. Siapakah yang menyertai gotong-royong itu?
Gotong-royong itu disertai oleh ................................................................................
.............................................................................................................................................

3. Apakah tujuan kutipan derma?
Tujuan kutipan derma ...............................................................................................
............................................................................................................................................

4. Mengapa gotong-royong diadakan?
Gotong-royong itu diadakan ...............................................................................................
...........................................................................................................................................

5. Mengapa penduduk Taman Muhibah berasa gembira?
Penduduk Taman Muhibbah berasa gembira kerana ....................................................
...........................................................................................................................................

Lampiran 2
84

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK
Penilaian

Jawab soalan berdasarkan petikan.

1. Bilakah penduduk Taman Muhibbah mengadakan gotong-royong?
.............................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
2. Apakah alatan yang digunakan dalam gotong-royong?
.............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
3. Mengapakah kutipan derma perlu dilakukan?
.............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
4. Di manakah nyamuk aedes suka membiak?
.............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
5. Mengapakah gotong-royong diadakan pada hujung minggu?
.............................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
6. Apakah yang berlaku jika nyamuk aedes dibiarkan membiak?
............................................................................................................................................
...........................................................................................................................................

Lampiran 4
85

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK
Pemulihan

Isi tempat kosong dengan
perkataan yang betul.
bertakung
bertakung

kanak-kanak
kanak-kanak

gotong-royong
gotong-royong

1.

mencuci
mencuci
ceria
ceria

Apakah yang telah diadakan oleh penduduk Taman Muhibah?
Penduduk Taman Muhibbah telah mengadakan ........................................................

2.

Apakah yang mereka cuci?
Mereka ...................................... longkang yang tersumbat.

3.

Siapakah yang menarik dahan-dahan yang dipangkas?
....................................... yang menarik dahan-dahan yang dipangkas.

4.

Di manakah nyamuk aedes bertelur?
Nyamuk aedes bertelur di dalam air ...........................................................

5.

Bagaimanakah keadaan Taman Muhibah selepas aktiviti gotong-royong?
Kawasan taman menjadi bersih dan .................................................... .

86

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK
Lampiran 5
Pengayaan

Baca dan fahami petikan
berikut.

Sekolahku Bersih
Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan aktiviti
gotong-royong. Aktiviti ini disertai oleh warga sekolah, ibu bapa dan penduduk
kampung. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12
tengah hari.
Antara aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut ialah mengecat dinding
sekolah, membaiki perabot yang rosak, menanam pokok bunga, membersihkan
longkang, memotong rumput dan sebagainya. Aktiviti ini diadakan bagi
menceriakan kawasan sekolah, mengeratkan silaturahim dan menanamkan
sikap cinta akan sekolah.
Semasa gotong-royong ini, semua yang terlibat melakukan kerja masingmasing dengan bersungguh-sungguh. Hasilnya kawasan sekolah kelihatan
bersih dan ceria. Guru Besar mengucapkan terima kasih dan berharap aktiviti
seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan.
Sebelum bersurai, semua yang terlibat menikmati jamuan yang telah
disediakan oleh pihak sekolah di kantin.

Jawab soalan berdasarkan
87
petikan.

Kemahiran Menulis
Tahun 4 SK

1. Siapakah yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut?
.............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

2. Tuliskan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka?
...........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................

3. Mengapakah aktiviti gotong-royong diadakan?
...........................................................................................................................................
............................................................................................................................................

4. Apakah hasil daripada gotong-royong tersebut?
.............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

88

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful