You are on page 1of 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan projek ini dengan jayanya. Namun, pelbagai pengalaman dan halangan ditempuhi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini diberikan kira-kira seminggu sebelum berpraktikum. Tidak hairanlah mengapa tugasan ini diberikan semasa waktu sedemikian kerana kebanyakan tugasan-tugasan projek yang diberikan melibatkan penggubalan dan pelaksanaan ujian dan juga murid-murid di sekolah. Saya lebih gemar untuk menyiapkan tugasan projek ini di sekolah berbanding di rumah kerana kebanyakan tugasan yang diberikan adalah baru dan pertama kali buat saya. Contohnya, pembinaan Jadual Penentu Ujian (JPU). Agak sukar bagi saya untuk membina JPU yang baik kerana saya tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang guru yang membina JPU yang baik. JPU yang baik adalah JPU yang mengandungi soalan mengenai topik-topik yang telah diajar berdasarkan kepada aras kemahiran Taksonomi Bloom dan tahap penguasaan murid. Oleh itu, antara rujukan utama saya adalah guru pembimbing praktikum saya, nota dan pensyarah. Pembinaan JPU adalah penting kerana jadul ini adalah kesinambungan bagi pelaksanaan tugasan-tugasan yang seterusnya. Item ujian pula dibina berdasarkan pembinaan JPU. Saya memutuskan untuk menjalankan ujian topikal kepada murid-murid tahun 4. Tidak menjadi masalah untuk membina soalan ujian. Namun, yang menjadi persoalan kepada diri saya ialah adakah soalan yang dibina mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom yang diperuntukkan di dalam tugasan. Oleh itu, untuk menjawab persoalan yang bermain di minda, saya membuat rujukan pada nota dan internet bagi memastikan soalan yang dibina mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom yang diperuntukkan di dalam tugasan. Ujian dijalankan kepada murid Tahun 4 Nilam. Kertas jawapan diberikan kepada murid bagi memudahkan saya menyemak jawapan. Setelah selesai ujian, saya terus menyemak jawapan murid untuk dibuat analisis. Semasa membuat analisis, timbul satu masalah. Jadual indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang mana perlu dirujuk? Terdapat 2 jadual yang berbeza. Apakah ciri-ciri soalan yang sesuai untuk diterima, diubahsuai ataupun dibuang daripada bank soalan? Tanpa membuang masa saya cuba menghubungi Encik Cheah untuk mendapatkan pendapat dan tunjuk ajar. Alhamdulillah, atas bantuan yang diberikan oleh beliau, saya dapat menyiapkan analisis dengan jayanya. Alhamdullilah, akhirnya tugasan ini siap lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Secara tidak langsung, tugasan projek ini telah membantu saya untuk bersedia lebih awal

untuk menghadapi peperiksaan dan menyediakan diri saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang kelak. Namun, dengan ilmu yang diperoleh melalui tugasan projek ini, bukan bermakna saya sudah mahir dan tidak perlu untuk terus belajar. Saya akan terus belajar dan belajar agar saya dapa menjadi seorang guru yang cemerlang dan berkualiti tinggi pada masa akan datang.

You might also like