You are on page 1of 34

http://encarta.msn.com/media_461550177_761558542_-1_1/Istana_Kenangan_Kuala_Kangsar.

html

Istana Kenangan, Kuala Kangsar

No nails were used to construct the Istana Kenangan, built in 1926 to serve as the
temporary royal quarters of the Sultan of Perak. Beginning in the late 18th century,
the British exercised control over the Malay Peninsula by collaborating with local
rulers and appointing advisors that dictated policy through the sultan.
http://www.asiaexplorers.com/malaysia/istana_kenangan.htm

This tourist attraction is located in Kuala Kangsar, the royal town of Perak. For more information
about Kuala Kangsar, go to the Kuala Kangsar. Looking for budget accommodation? Find cheap
clean rooms at Budget Accommodation Guide from AsiaExplorers.

The Istana Kenangan is a charming wooden structure in Kuala Kangsar. Also known as Istana
Lembah and Istana Tepas, Istana Kenangan is a short Istana Iskandariah and the Ubudiah
Mosque. On my second visit to Istana Kenangan, I was fortunate that it was a very clear day, so I
could get these nice shots for AsiaExplorers.

Istana Kenangan was built around the same time as Istana Iskandariah. After the calamity of the
Big Flood of 1926, when the original palace, Istana Sri Sayong, was almost swept away, a
decision was made to built a new palace that is on higher ground. Istana Kenangan was built as a
temporary mausoleum for the late Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah (Marhum
Kadasallah), while awaiting the completion of Istana Iskandariah nearby.

Istana Kenangan is noted for being built entirely of wood, without the use of nails. It was planned
to shape like a sword (pedang) in its scabbard (sarung pedang). The handle of the sword is where
the Sultan's bedchamber is located. The scabbard is where the royal court or Balai Rong Seri was
located. Although small, it has a beautiful throne (singgahsana). The walls are made of diamond-
shaped plaits (kelarai) while the roof structure takes the combined styles of the five ridges
(perabung lima) and the ridge of the five bananas (perabung pisang sesikat).

Today Istana Kenangan comes under the state museum authority, and houses the Perak Royal
Museum. On display here are exhibists on the history of the Perak monarchy as well as the
personal collections of the past rulers of Perak.
Façade of Istana Kenangan.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Diraja_Kuala_Kangsar

Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah
atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926 oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian
dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.

Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum
Kaddasallah ) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam
pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di
Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia
dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang
besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.

Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan.
Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu
papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan
ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu
Tradisional.

Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11
meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah
di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat
rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.

Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku
Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak
sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan
Jabatan Muzium Negara.

Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran
Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M
Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

]
Disediakan Oleh:

Nama :Hidayahtul Sakeenah Bt.Mohamad


Ibrahim
No I.C :941117-08-5162
Ting :301
Guru Penilai : En.Mohd Asri b.Abd. Majid
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
• Tajuk

• Isi Kandungan

• Penghargaan

• Objektif Kajian

• Kaedah Kajian

• Hasil Kajian

• Rumusan

• Lampiran

• Rujukan
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, maka

saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 dengan jayanya.

Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi

pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya, Hidayahtul Sakeenah Bt.Mohamad Ibrahim ingin mengucapkan berbanyak-

banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua SMK Tok Muda Abd

Aziz Iaitu Tn. Hj. Kamaruzzaman kerana memberi kebenaran kepada saya untuk manjalankan

kajian ini di luar waktu persekolahan di samping menyediakan kemudahan komputer dan internet

untuk memudahkan saya mencari maklumat di sekolah.

Ribuan terima kasih, kepada guru sejarah kelas 301,iaitu En.Mohd Asri b.Abd. Majid dan

guru-guru sejarah yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk
ajar cara –cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu

menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu

ayahanda Mohamad Ibrahim dan bonda Puan Halimatul Saadiah yang turut membantu untuk

menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-

kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi,

usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada

rakan-rakan saya iaitu Nur Izzati,Nor Atiqah dan Shahidatul yang sangat setia dengan kerja-kerja

yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran

dan semangat, serta cadangan.

Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada

semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.


Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji tentang B

Muzium Di Raja Kuala Kangsar dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi

objektif berikut:

 Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara

yang betul, jelas dan tepat.

 Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang

ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian

ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di

negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan
bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

 Dapat mengetahui keistimewaan yang terdapat di Muzium Di Raja Kuala Kangsar

 Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga dalam

kalangan generasi muda melalui kajian ini.

Semasa saya menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk

mendapatkan maklumat.Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:

 ANALISIS DOKUMEN

 Saya membuat rujukan berdasarkan buku-buku ilmiah dan dengan melayari laman

web.Dengan maklumat yang diperoleh saya menganalisis dan mengambil maklumat

yang berkaitan dengan kajian saya.

 PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN

 Saya telah merujuk dan menganalis maklumat dari buku-buku ilmiah,dan majalah

yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai

bangunan yang telah saya pilih.

 MELAYARI LAMAN WEB


 Akhir kaedah yang saya gunakan ialah dengan melayari laman web untuk

menambahkan lagi maklumat tentang Muzium Di Raja Kuala Kangsar ini. Banyak

laman web yang telah saya layari tetapi hanya beberapa laman web saja yang

mempunyai maklumat yang sah. Laman web tersebut saya muatkan dalam rujukan.

 LAWATAN DAN PERMERHATIAN

 Saya juga menggunakan kaedah lawatan dan permehatian.saya membuat lawatan

pada 25 mei 2009,ke Muzium Di Raja Kuala Kangsar.saya melawat ke sana dari

4.00pm hingga 5.30pm.saya dapat melihat sendiri keunikan Muzium Di Raja Kuala

Kangsar.
Nama Bangunan

Pada mulanya Istana Kenangan dikenali sebagai Istana Lembah kerana kedudukannya

di kawasan lembah. Ia juga dikenali dengan nama Istana Kuning kerana kebanyakan
bahagian istana ini dicat dengan warna kuning. Bagi mereka yang rapat dengan

kerabat diraja, pernah pula menamakan istana ini sebagai Istana Jenazah kerana istana

ini pernah digunakan sebagai persinggahan jenazah-jenazah kerabat diraja untuk

disempurnakan sebelum dimakamkan. Nama Istana Kenangan ini hanya bermula pada

tahun 1960 an, iaitu selepas istana tersebut diperbaiki semula dengan usaha Yang

Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang

pertama.

Latar belakang

 ASAL-USUL

Istana ini pada keseluruhannya diperbuat daripada kayu dan dikenali juga dengan

nama Istana Lembah atau kadangkala disebut Istana Tepas. Letaknya Istana ini

berhampiran dengan Istana Iskandariah, iaitu di sebelah tenggaranya. Istana yang

berdinding kelarai (bilah buluh yang dianyam) dan bumbung berbentuk perabung lima

seperti rumah tradisi Melayu dan perabung pisang sesikat ini telah dirancangkan

pembinaannya selepas berlaku banjir besar yang melanda Negeri Perak pada tahun

1926. Istana yang dibina pada tahun1926 ini merupakan satu-satunya istana Melayu

yang dibina dengan dinding buluh.

Tukang yang membuat Istana ini ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang berasal

dari Seberang Perai. Melihat pada pelannya, konsep binaan Istana ini adalah
berdasarkan pada bentuk sebilah pedang. Ragam hias dan seni pertukangannya

memperlihatkan keindahan seni pertukangan Melayu Perak.

Apabila siap pembinaannya pada tahun 1931, Almarhum Sultan Iskandar Shah, Sultan

Perak yang ke-30 (1918-1938) telah berpindah bersemayam di istana tersebut kerana

Istana Negara iaitu istana rasmi Sultan Perak yang terletak di Changkat Negara, Bukit

Chandan akan dirobohkan untuk dibina sebuah istana yang baru (Istana Iskandariah

sekarang).

Setelah sempurna pembinaan Istana Iskandariah pada tahun 1933, Sultan Iskandar

Shah telah berangkat pindah pula ke istana tersebut. Istana Lembah atau Istana Tepas

ini diduduki pula oleh keluarga di-Raja Perak. Nama Istana Kenangan ini hanya

diberikan pada tahun 1960an setelah ianya diperbaiki semula dengan daya usaha Yang

Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

 TARIKH PEMBINAAN

Istana yang berdinding kelarai dan berbumbung perabung pisang sesikat ini telah

dirancangkan pembinaannya selepas berlaku banjir besar yang melanda Negeri Perak

pada tahun 1926. tukang yang membuat Istana ini ialah Haji Suffian dan anak-

anaknya yang berasal dari Seberang Perai. Istana ini siap dibina sepenuhnya pada

tahun 1931.

 LOKASI

Letaknya istana ini berhampiran dengan Istana Iskandariah iaitu di sebelah


tenggaranya. Istana Kenangan dibina di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

 TUJUAN PENUBUHAN BANGUNAN

Istana ini dibina atas perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar,

sebagai tempat persemayaman sementara, kerana Istana Iskandariah masih dalam

pembinaan. Istana yang berdinding kelarai dan berbumbung perabung pisang sesikat

ini telah dirancangkan pembinaannya selepas berlaku banjir besar yang melanda

Negeri Perak pada tahun 1926.

 KEISTIMEWAAN BANGUNAN

 REKA BENTUK PELAN

Bentuk bangunan ini begitu unik, jika dipandang dari bahagian atas ia menyerupai

sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Tingkat atas istana ini

(Bahagian A), adalah bilik istirahat baginda. Bahagian atas B merupakan bilik

peraduan dan bilik santapan. Bahagian C, merupakan balairung seri di mana

ditempatkan sebuah singgahsana mengadap ke utara. Bahagian hujung D pula,

adalah serambi bagi bangunan istana ini. Tingkat bawah istana ini ditutupi dengan

badai, dan lantainya dibuat daripada papan.

 HIASAN DALAMAN DAN LUARAN


Dari segi bentuk bangunan ini melambangkan senibina Melayu tradisional yang

mengkagumkan. Di samping itu, seluruh bangunan ini dihiasi dengan ukiran-ukiran

Melayu yang menarik. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu

jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).

Keunikan dan senibinaannya melambangkan keagungan estetika senibina Melayu

tradisional. Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.

Keistimewaan lain bangunan terletak pada warnanya iaitu putih, hitam dan kuning

yang mewakili warna bendera Perak. Warna yang digunakan pada bangunan ini juga

melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak,

kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak dan kebesaran Duli Yang Maha

Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.


 KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG

Suatu ketika dahulu, istana ini pernah menjadi tempat persemayaman sementara,

kerana Istana Iskandariah masih dalam pembinaan. Almarhum Sultan Iskandar

bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933.

Selepas berpindah ke Istana Iskandariah, ia menjadi sebagai istana tetamu

terutama di hari-hari perayaan diraja seperti hari jadi, perlantikan Orang-orang

Besar Perak dan lain-lain istiadat diraja negeri Perak. Istana ini juga pernah

dijadikan sebagai tempat tinggal keluarga diraja Perak dan tempat persinggahan

jenazah-jenazah keluarga diraja sebelum dimakamkan. Pada tahun 1982,

Almarhum Sultan Idris telah berkenan menyerahkan bangunan istana ini di bawah

pengawasan Jabatan Muzium. 16 November 1986, setelah dipulihara, Istana

Kenangan dengan rasminya dijadikan sebagai Muzium Diraja Perak hingga kini.

 BAHAN BINAAN

Bangunan istana ini dibina di atas 60 batang tiang di mana panjangnya lebih

kurang 42 meter dan lebarnya 11 meter. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya

menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu berlian.

Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan istana ini. Seluruh bangunan ini

dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik.

 PENGUBAHSUAIAN
Banyak bahagian istana telah di tokok tambah kerana terdapat beberapa

bahagiannya yang reput. Bahagian atapnya banyak yang bocor dan ukirannya juga

telah mengalami kerosakan. Ketika membuat penggantian, bahan-bahan yang

digunakan tidak menyerupai bahan-bahan asal. Bahagian tingkat bawah istana ini

telah di gantikan dengan lantai konkrit. Pada tahun 1982, Almarhum Sultan Idris

telah berkenan menyerahkan bangunan istana ini di bawah pengawasan Jabatan

Muzium. Buat peringkat awalnya, Jabatan Muzium dengan kerjasama dari Jabatan

Kerja Raya telah menggantikan beberapa buah ukiran yang terdapat di istana

tersebut. Pada 16 November 1986, setelah dipulihara, Istana Kenangan dengan

rasminya dijadikan sebagai Muzium Diraja Perak hingga hari ini

 CARA PEMBINAAN

Tukang yang membuat Istana ini ialah Haji Suffian dan anak-anaknya yang

berasal dari Seberang Perai. Melihat pada pelannya, konsep binaan Istana ini

adalah berdasarkan pada bentuk sebilah pedang. Ragam hias dan seni

pertukangannya memperlihatkan keindahan seni pertukangan Melayu Perak.

Pembinaan bangunan ini tidak menggunakan paku-paku besi. Keseluruhannya

kayu jenis keras dan dinding yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu

Tradisional. Istana ini juga ditutupi dengan bidai dan lantainya dibuat daripada

papan.
Internet

 http://encarta.
msn.com/media_461550177_761558542_-
1_1/Istana_Kenangan_Kuala_Kangsar.html

 http://www.asiaexplorers.com/malaysia/istana_kenangan.htm

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Diraja_Kuala_Kangsar

 http:/muziumperak.gov.my/index_main.php

 http://www.asiaexplorers.com/malaysia/istanakenangan.htm

 http://sultanperak.gov.my/bahasa/istana_kenangan.htm

 http://googlemap.com
Akhbar

Harian Metro, 2 April 2009, halaman V4

Buku Ilmiah

Adib Vincent Tung (1999), Adat Pusaka Raja-raja dan Orang Besar-besar Negeri
Perak Darul Ridzuan, Compass Lite Sdn.Bhd., Ipoh

Journal

Paiman Keromo, ‘Istana Kenangan’ dalam Jurnal Malaysia dari segi sejarah Bil 13,
1984
Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada

masa yang telah ditetapkan. .Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,pengajaran

dan nilai yang telah saya pelajari.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai

bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia.Semasa menjalankan kajian

ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada Muzium Di Raja Kuala Kangsar ini

mempunyai sebab dan maksud tertentu. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat

pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Selain itu, kita dapat memupuk perasaan

cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap

lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha

memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa.

Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunan-bangunan

bersejarah ini.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara

rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai

kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat

tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.


Waktu Lawatan

Isnin - Ahad 9.30 pg – 5.00 ptg


Jumaat 9.30 pagi - 12.00 tgh
Dibuka semula 2.45 p.m – 5.00 p.m

Bayaran Masuk

PERCUMA
Untuk keterangan Lanjut sila

hubungi:

Kurator ,

Muzium Diraja Kuala Kangsar,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan.

No Tel: +605-776 5500

No. Fax: +605-776 5500


Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan

warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai

jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu, kerajaan telah menjalankan

berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu

dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat

Malaysia.Sebagai contoh, Muzium Di Raja Kuala Kangsar yang dahulu di kenali sebagai Istana

Kenangan dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang, bangunan itu masih kekal dan tidak

berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan

bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.


Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk

dikenang.Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada

bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai

rakyat negara yang maju dan cinta akan agama,bangsa dan negara serta berani dan sanggup

mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti ini

juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan

melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan

negara.Secara tidak langsung, Perlembagaan Negara dijunjung dan dipertahankan .

Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan

tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa

dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki

sekarang.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai

semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita

bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat

bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota

masyarakat.

Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana
mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita

mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara

dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang

Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air

kita ini.

http://hafez94.blogspot.com

You might also like