You are on page 1of 2

FUNGSI BAHASA MELAYU

Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi
perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap
kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat
mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa
kebangsaan.

Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, Bahasa
Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi
bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem
pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa
kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian.
Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah
negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula
kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.

Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana
beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya
mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa
rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam
urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.

Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Untuk
itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970.
Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah
kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-
peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di
sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan
mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira
kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.

Bahasa MalaysiaBahasa KebangsaanBahasaMelayuKepulauan Melayuabad ke-


7mudah dipertuturkanlingua franca.
Perkara 152 Perlembagaan PersekutuanDasar Pelajaran Kebangsaan

Husband I drebar mini bas”


Forum Bahasa Kebangsaan & Bangsa Malaysia

Surat Berita - K a v y a - Newsletter


Lebih banyak maklumat penulis kaum India Malaysia!

SINI

SINI

Bahasa Kebangsaan
Bahasa Rasmi
Bahasa Perpaduan
Bahasa Ilmu
Bahasa Pendidikan

Bahasa formal

Bahasa tidak formal

Kedudukan dan taraf

Asas Kemahiran Berkomunikasi


Date:
Topic:

You might also like