P. 1
Contoh karangan bm pmr

Contoh karangan bm pmr

4.6

|Views: 42,332|Likes:
Published by fyee123
cara-cara memajukan industri pelancongan di Malaysia, semangat kejiranan, punca berlakunya gejala sosial dan kebaikan menabung wang.....
cara-cara memajukan industri pelancongan di Malaysia, semangat kejiranan, punca berlakunya gejala sosial dan kebaikan menabung wang.....

More info:

Published by: fyee123 on Jul 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/21/2013

pdf

text

original

CARA-CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

a. memperbanyak tempat pelancongan yang baru / mengenal pasti tempat-tempat menarik yang baru b. memajukan kemudahan pengangkutan c. menyediakan kemudahan asas untuk para pelancong d. mengekalkan keamanan negara ( rakyat Malaysia mesti mengamalkan nilai-nilai murni: jujur, bersopan santun mesra ) e. menjalankan promosi secara besarbesaran untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada dunia luar Karangan:

Malaysia merupakan sesuatu negara tropika yang indah, aman dan sedang bergerak ke arah mencapai status negara perindustrian yang maju. Lantaran itu, tidak hairanlah jika negara ini menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh pelosok dunia / seantero dunia sejak belakangan ini. Di Malaysia, industri pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad. Memandangkan Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah diambil untuk memajukan industri pelancongan di tanah air kita. Langkah yang primer ialah

pihak kerajaan perlulah memperbanyak tempat pelancongan di negara ini untuk menggalakkan lebih banyak pelancong antarabangsa datang ke negara kita. Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang baru dan menarik di negara ini dan berusaha untuk memajukannya. Dalam kondisi ini, para pelancong akan mempunyai banyak alternatif tempattempat untuk dilawati. Oleh itu, mereka tidak akan berasa bosan kerana melawat tempat yang berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan lebih meluaskan ilmu pengetahuan seseorang pelancong itu. Contohnya, bangunan bersejarah di Malaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain perlulah dijaga dan akan menjadi tarikan pelancong dari negara asing. Bangunan itu telah membuktikan peristiwa bersejarah bahawa negara kita pernah

dijajah oleh negara asing. Dengan ini, dapat memajukan industri pelancangon di Malaysia. Sistem pengangkutan perlu dimajukan juga merupakan salah satu langkah yang efektif untuk memajukan industri pelancongan di ibu pertiwi ini. Dengan ini, sistem pengankutan yang sistematik akan memudahkan pelancong asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Dengan adanya sistem pengangkutan yang mengenakan tambang pada harga yang berpatutan, selamat, selesa, cekap dan mengikut jadual yang ditetapkan, para pelancong mudah pergi ke sesebuah tempat tanpa perlu menghadapi banyak masalah. Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal laut, bas, teksi dan sebagainya. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah

pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia. Di samping itu, industri pelancongan akan dapat berkembang dengan cepat dan dimajukan sekiranya terdapat kemudahan-kemudahan asas. Kemudahan-kemudahan asas yang penting seperti kemudahan jalan raya, sistem pengangkutan, tempat-tempat penginapan yang mencukupi ( chalet dan hotel ) , tempat makan, tandas awam dan sebagainya perlu disediakan kepada para pelancong. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengurangkan kadar cukai membina chalet atau hotel kepada syarikat yang

berkaitan. Dengan ini, chalet yang sewanya rendah dapat menarik para pelancong. Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang sedia ada perlulah dijaga dengan sempurna agar bersih dan selamat. Kebersihan patutlah diberi keutamaan kerana kondisi ini juga merupakan suatu daya tarikan kepada para pelancong. Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah tempat atau negara itu akan mudah dikenali sekiranya kita berusaha untuk mempromosikannya. Pihak kerajaan melalui agensi iaitu Kementerian Kesenian dan Pelancongan mestilah menjalankan promosi secara besar-besaran untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada dunia luar. Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara dan di luar negara. Pameran-pameran, kempen

dan besta kebudayaan juga perlu sentiasa diadakan di negara ini untuk memperkenalkan cara-cara hidup, pemakanan, adat resam berbilang kaum di Malaysia. Kini, perkembangan teknologi maklumat yang luas dan tiada batasnya. Oleh itu, kita boleh mengaplikasikan kemudahan ini untuk memperkenalkan negara kita ke seluruh dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai program seperti Tahun Melawat Malaysia, Pesta Flora Malaysia, program Cinta Warna dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelancong melawat tanah air kita. Seperkara lagi, pihak kerajaan perlulah menguatkusakan undangundang untuk menjamin masyarakat sering berada dalam keadaan yang aman dan harmoni. Hal ini demikian, dalam era globalisasi ini, sikap pemandu kenderaan-

kenderaan awam dan para pengusaha di negara ini yang mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Insiden-insiden para pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya telah menjejaskan imej negara Malaysia dalam hati para pelancong. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengenakan hukuman yang berat kepada pemandu atau para pengusaha yang melanggarkan peraturanperaturan yang ditetapkan. Contohnya, pesalah-pesalah akan dikenakan denda atau dipenjarakan. Dengan ini, dapat mengekalkan keamanan negara dan juga memajukan industri pelancongan.

Malaysia mampu menjadi sebuah negara destinasi pelancongan tropika indah yang popular ( tersohor ) dan berpotensi di rantau Asia ini dan di dunia dengan keistimewaan yg dimiliki oleh negara ini. Pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pihak perlu berkotmitmen untuk memajukan indusri pelancongan di negara kita kerana industri ini membawa pulangan yang lumayan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam usaha memajukan industri pelancongan agar negara dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negaranegara maju. Tindakan ini penting bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.

Semangat kejiranan
Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran adalah orang atau golongan yang tinggal berhampiran dengan kita. Malahan, tidak keterhaluan kalau dikatakan pembentukan

sebuah masyarakat adalah berperanan daripada wujudnya jiran, iaitu orang yang tinggal bersebelahan, berhadapan, di belakang atau 40 buah rumah sekeliling kita. Pendek kata, setiap individu yang berada dalam masyarakat akan hidup dikelilingi oleh jiran. Untuk hidup berjiran, kita perlu memiliki semangat kejiranan. Semangat ini lahir daripada kesedaran dan inisiatif kita untuk mewujudkannya. Sekiranya ahli masyarakat tidak mempunyai kesedaran terhadap masalah kejiranan ini, akan pincanglah perhubungan antara ahli masyarkat yang akhirnya membawa perpecahan, perbalahan dan huru-hara. Soal siapa yang harus membentuknya tidak penting, tetapi rasa kemesraan dalam pergaulan, sikap berbudi bahasa, bertolak ansur, dan rasa persahabatan itu sebenarnya yang akan mewujudkan

semangat kejiranan ini secara tidak langsung. Semangat kejiranan ini sangat penting kerana perhubungan erat sebagaimana ''aur dengan tebing'' akan dijalinkan. Sikap seperti ''enau dalam belukar'' yang hanya mementingkan diri sendiri tidak patutlah ditunjuk dalam kehidupan bermasyarakat. Sampai bila kita boleh menunjukkan sikap bongkak, jika pada suatu hari nanti kita sendiri memerlukan pertolongan orang lain. Tidak ada orang yang boleh hidup bersendirian dalam dunia ini. Sekiranya kita ditimpa bencana atau musibah, pertolongan jiran tetangga amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Jika semangat kejiranan diamalkan, perpaduan masyarakat akan dicapai. Secara tidak langsung, semangat ini juga mampu

membawa dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman di negara ini. Semangat kejiranan akan membawa banyak kemaslahatan kepada kita semua. Kita perlulah meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan semangat hidup berjiran. Jiran kita terdiri daripada berbeza latar belakang dan bangsa dan akan menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu semasa berkunjung atau menziarahi mereka. Sebagai contoh, jika berjirankan seorang guru, kita dapat menanyakan soalan yang berkaitan dengan pelajaran dan akan meyelesaikan masalah kita dengan senang. Contoh kedua, jika berjirankan seorang yang tidak sama kaum dengan kita, kita akan mengetahui adat resam dan cara hidup mereka.

Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung jika jiran tetangga memainkan peranan dan mengambil inisiatif yang efiesien melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara- perkara yang meragukan. Dengan adanya semangat kejiranan ini diamalkan, sesuatu masalah akan dapat diatasi dengan segera. Contohnya, kedurikendura dapat senang dijalankan. Gotongroyong membersihkan tanah perkuburan, balai raya, membuat jambatan dan sebagainya juga dapat dilakukan tanpa

mengeluarkan belanja kerana semua ini dilakukan secara sukarela. Secara tidak langsung, kita dapat menjimat wang. Hidup berjiran boleh membentuk perpaduan. Negara yang maju memerlukan rakyat yang bersatu agar tenaga dapat digembleng bersama seperti bersatu teguh, bercerai roboh untuk mencapai kemajuan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan segera jika ada persefahaman dan tolenrasi dalam membuat sesuatu keputusan.

Kebaikan Menabung Wang
Pada zaman globalisasi dan modenisasi ini, kehidupan adiwangsa Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos hidup yang tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam kehidupan ini, kita bukan sahaja perlu bersedia secara mental dan fizikal malah aspek kewangan juga tidak boleh dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai langkah persediaan untuk masa depan,

amalan perlulah bermula dari awal iaitu kita kecil lagi kerana pepatah Melayu juga mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Wang ini boleh disimpan di dalam bank atau juga di dalam tabung. Wang yang disimpan itu boleh diibaratkan sebagai sedikit-sedikit lamalama menjadi bukit. Oleh yang demikian, sudah pastilah amalan menabung wang akan mendatang impak yang positif terhadap kita pada masa hadapan. Antara kemaslahatan menabung wang adalah untuk persediaan masa depan khususnya dalam pelajaran. Sebagai seorang pelajar, wang amat penting untuk menampung perbelanjaan persekolahan seperti membeli buku-buku rujukan, membeli alat-alat tulis, membayar uran sekolah dan yuran kelas bimbingan luar. Semua ini memerlukan wang yang banyak, lebih-lebih lagi apabila pelajar itu berjaya

dalam peperiksaan, mereka akan menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti di menara ganding, di kolej dan di institusi pendidikan swasta yang lain. Semakin tinggi pendidikan seseorang itu, maka semakin banyaklah wang yang diperlukan. Oleh hal yang demikian, jika kita memiliki amalan menyimpan wang sejak kecil lagi, sudah pastilah masalah ini akan dapat diatasi apabila kita bersiap sedia lebih awal lagi. Di samping itu, wang yang telah ditabung juga boleh dijadikan sebagai persediaan untuk kegunaan segera apabila berlaku sebarang kes kecemasan. Bak kata pepatah malang tidak berbau, nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia perlulah diambil jika perkara yang tidak diingini itu menimpa diri kita atau ahli keluarga yang lain. Antara contoh kes

kecemasan itu ialah gangguan kesihatan, ditimpa bencana alam sepert banjir kilat, gempa bumi dan tanah runtuh serta juga tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu, sekiranya kita sudah bersedia lebih awal menyimpan wang ibarat sediakan payung sebelum hujan, sudah pasti masalah ini dapat diatasi. Menabung wang juga mempunyai kesan serampang dua mata iaitu kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari kita seperti berjimat-cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa depan kehidupan. Dalam kondisi ini, apabila kita menabung wang, kita akan mengelakkan diri kita daripada berbelanja secara boros dan merugikan diri sendiri. Dalam agama Islam ada menyatakan bahawa sikap boros itu merupakan sahabat syaitan. Oleh yang demikian, dengan menabung wang kita akan belajar

menahan nafsu untuk berbelanja dan menunjukkan obligasi terhadap diri kita sendiri. Wang yang berlebihan mestilah disimpan dan digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan membantu keluaga. Seperkara lagi, menyimpan wang juga dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk pendidikan, pakaian dan perbelanjaan lain demi membesarkan anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada menyimpan wang sejak kecil lagi, maka wang ini dapat digunakan oleh keluarga bagi mengurangkan bebanan kos hidup yang semakin meningkat di negara ini. Intihanya, sebagai anak adiwangsa

negara Malaysia ini, kita mestilah bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan budaya menabung wang sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu berjimat sebelum kena dan berjimat sebelum habis juga etlah menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan wang secara bijak agar kita tidak membazir dan rugi pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menabung wang.

PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL
Punca: (i) sikap ibu bapa...sibuk bekerja, tidak peduli anak-anak, tidak memberi perhatian ...kurang didikan agama (ii) pengaruh rakan sebaya...( banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya yang nakal ) (iii) pengaruh media massa ( terdapat banyak kancah yang tidak sihat ) (iv) masyarakat yang mementingkan diri sendiri

Marcapada, masalah sosial semakin serius dalam kalangan remaja di Malaysia. Fenomena ini sering diuar-uarkan melalui media cetak dan media elektronik. Setiap hari, ada sahaja kes baharu yang disebarkan sama ada melalui televisyen atau surat khabar tempatan. Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan sosial? Secara generalnya, masalah sosial dikonsepsi sebagai kes keruntuhan akhlak yang dilakukan oleh para remaja pada zaman modenisasi dan globalisasi ini. Antara contoh masalah sosial ialah menagih dadah, lari dari rumah, buli, merokok, ponteng sekolah dan melepak. Kondisi ini sangat membimbangkan kerana kita sedar bahawa remaja inilah ialah bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Peribahasa Melayu ada menyatakan

bahawa masakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup. Ini menunjukkan berlakunya masalah sosial pastilah ada sebabya. Pertama ialah sikap ibu bapa yang cuai semasa mendidik anak-anak mereka. Kini, peluang pekerjaan yang terbuka luas telah menggalakkan suami isteri bekerja. Oleh itu, ibu bapa lebih menumpukan perhatian untuk mencari harta kekayaan. Mereka tidak peduli akan anak-anak dan tidak mengambil berat pendidikan agama di kalangan anak-anak mereka. Nahtijahnya, keimanan tidak wujud dalam diri anak-anak mereka lalu mereka mudah dipengaruhi. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang kurang pegangan agama dan nilai-nilai murni dan telah menjadi contoh yang tidak baik kepada anak-anak mereka. Bak kata pepatah ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget. Oleh itu, mana mungkin para remaja akan

beriman dan baik sekiranya ibu bapanya tidak menjadi rol model kepada mereka. Di samping itu, para remaja tersalah memilih kawan juga akan menyebabkan mereka terlibat dalam gejala sosial. Pepatah Melayu juga ada menyatakan bahawa jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan kena wanginya, jika kita berkawan dengan penjual arang, sedikit-sebanyak kita akan terkena hitamnya. Hal ini telah menjelaskan bahawa para remaja yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh oleh ajakan kawan untuk terlibat dalam masalah sosial. Sekiranya mereka menolak ajakan, mereka akan dianggapkan sebagai pengecut dan dipulaukan. Lalu, mereka juga bergaul dengan remaja yang berbeza latar belakang pendidikan dan akhirnya terlibat

dalam pelbagai kegiatan yang tidak bermoral. Bak kata pepatah ikut hati mati, ikut rasa binasa. Walau bagaimanapun, sebahagian para remaja tetap tidak suka mendengar nasihat yang diberikan oleh orang yang lebih tua seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan dan suka mencuba sesuatu tanpa berfikir kesan baik atau buruknya. Misalnya, mereka akan mencuba merokok atau menagih dadah yang akan menjejaskan kesihatan. Seperkara lagi, media massa juga patut dipersalahkan kerana banyak memberi publisiti kepada golongan artis. Ramai di kalangan artis ini tidak sesuai dijadikan model kerana peribadi mereka tidak elok. Ada antara mereka yang berambut panjang, berpakaian selekeh, menghisap najis dadah, berkhalwat, dan sebagainya. Lantaran remaja mudah dipengaruhi, maka mereka pun mengikut

perlakuan artis-artis pujaan mereka. Selain itu, kemasukan filem-filem Barat juga akan menyebabkan mereka melakukan gejala sosial. Rata-rata filem Barat menyelitkan unsur-unsur seks, ganas, pergaulan bebas, pergaduhan, dan sebagainya yang bertentangan dengan budaya Timur. Filem-filem ini berupaya mempengaruhi perlakuan dan pemikiran para remaja sehingga membentuk sikap menentang dan tidak suka dikongkong dalam kalangan mereka. Masyarakat yang mementingkan sendiri seperti karam berdua basah seorang juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan gejala sosial semakin serius dalam kalangan remaja. Mereka terlalu sibuk mengejar kebendaan sehingga kurang semangat kerjasama dan prihatin untuk membendung masalah ini. Sebagai contoh, apabila ahli masyarakat ternampak

sekumpulan remaja yang melakukan gejala sosial seperti merosakkan benda-benda awam atau ponteng sekolah. Mereka akan menganggap perkara itu tidak berkaitan dengan mereka dan tidak peduli. Secara tidak langsung, masalah sosial ini akan bertambah serius kerana ahli masyarakat kurang memberi perhatian. Secara tuntas, masalah sosial dalam kalangan remaja di negara ini semakin membimbangkan. Oleh itu, pelbagai inisiatif yang drastik perlu diambil dan semua pihak patutlah berobligasi untuk memberi kotmitmen yang sepenuhnya untuk membendung masalah sosial ini.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->