You are on page 1of 26

Tajuk:

Berdasarkan Teori Perkembangan Gesell dan Havighurst, bincangkan


bagaimana pemahaman terhadap perkembangan sosial dan emosi diperingkat
umur tertentu membantu guru menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan
di dalam bilik darjah.

1.0 Pendahuluan

Psikologi bermaksud kajian secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku
manusia. Manakala psikologi pendidikan pula ialah kajian saintifik tentang tingkah laku
manusia yang berkaitan dengan pendidikan serta prinsip yang membolehkan
pembelajaran meningkat. Psikologi pendidikan penting bagi seseorang guru, ini adalah
kerana sebagai seorang guru, perlu memahami perkembangan sosial dan emosi pelajar-
pelajar di peringkat umur tertentu. Dengan itu, guru dapat memahami dan menjelaskan
ciri pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Melalui
memahami sosial dan emosi pelajar, guru dapat meramal serta mengawal tingkah laku
pelajar.

Selain itu, guru juga dapat menghuraikan perbezaan antara individu dan
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan kebolehan
pelajar serta menyelesaikan masalah pelajar dalam situasi pembelajaran. Seterusnya,
guru juga dapat menggerakkan pelajar-pelajar mengikut kebolehan masing-masing, iaitu
memahami dan menjelaskan naluri, desakan, keperluan, perbezaan individu, personaliti
dan konsep kendiri. Dan ini pada akhirnya dapat meningkatkan mutu dan prestasi
pendidikan Negara.

Bagi tugasan kami ialah mengenai psikologi perkembangan, iaitu bagaimana


pemahaman terhadap perkembangan sosial dan emosi di peringkat umur tertentu
membantu guru menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah
mengikut teori perkembangan Gesell dan Havighurst. Psikologi perkembangan ialah satu
cabang psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia
dari masa pralahir hingga dewasa. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dihadapi
oleh individu yang dan bersifat kualitatif-berubah mengikut edaran masa, contohnya,
melukis. Atan (1982) menjelaskan, ‘Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan yang nyata
berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu’.

2.0 Teori perkembangan Arnold Gesell


Arnold Gesell (1880-1961) merupakan seorang ahli psikologi yang
mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana
kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran. Beliau
berpendapat bahawa kebolehan kanak-kanak akanmuncul apabila kanak-kanak sampai ke
titik dan peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat semua perkembangan
berbeza kerana kadarpertumbuhan yang berlainan. Oleh itu, perkembangan tingkah laku
kanak-kanak boleh diramalkan. (Suppiah Nachiappan, 2008) Contohnya, semasa berumur
2 tahun, Ali telah boleh berjalan, tingkah laku seterusnya adalah boleh berlari, boleh
bersosialisasi dan seterusnya.
Arnold Gesell telah berjaya menghasilkan perkembangan turutan tingkah laku
(perkembangan motor). Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seorang
individu dengan individu lain. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap
individu. (Suppiah Nachiappan, 2008) Menurut beliau, kanak-kanak sebelum berumur
dua tahun, tidak berkebolehan berjalan dengan sendirinya, tetapi semasa berumur dua
hingga empat tahun, kanak-kanak boleh melakunya dengan mudah.
Perkembangan motor kanak-kanak oleh Gesell terbahagi kepada 5 peringkat.

Peringkat Ciri-ciri Perkembangan Tingkah Laku


Peringkat Pertama • 1 bulan-menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk
(0 hingga 1 tahun) menyatakan kehendak berlainan seperti tangisan
lapar adalah berlainan daripada tangisan ketika
lampinya basah.

• 4 bulan-mata bayi boleh mengikuti objek yang


bergerak.
• 6 bulan-bayi boleh menggenggam objek.

• 7 bulan-boleh duduk dan merangkak.

• 12 bulan-berdiri dengan berpaut pada kerusi.


Peringkat Kedua • kanak-kanak mula jalan bertatih atau dibantu oleh
(1 hingga 2 tahun) pengasuhnya.

• mulamemahami makna ‘jangan’.

• Pada umur 2 tahun, boleh berjalan.


Peringkat Ketiga • Boleh makan sendiri.
(2 hingga 3 tahun) • Bercakap menggunakan ayat mudah.

• Boleh berlari.
Peringkat Keempat • Boleh menunggang basikal beroda tiga.
(3 hingga 4 tahun) • Boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa.
Peringkat Kelima • Mula bersosialisasi.
(4 hingga 5 tahun) • Mengemukakan soalan beperingkat-peringkat.

• Bersedia untuk ke kelas prasekolah.


(Suppiah Nachiappan, 2008)

Dengan berpandukan kepada kelima-lima peringkat di atas, boleh dikatakan


bahawa setiap kali seorang kanak-kanak memasuki satu peringkat pekembangan baru, dia
akanmenunjukkan tingka laku yang tidak stabil kerana dia perlu memperlajari kemahiran
koordinasi fizikal, temperamen, intelektual dan sikap. Gesell juga menegaskan limatahun
pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek-aspek lain yang
membawa kepada perkembangan seterusnya.
3.0 Teori Tugas perkembangan Robert Havighurst

Robert J. Havighurst lahir pada 5 Jun, 1900.Beliau mula mengkaji perkembangan


remaja dan proses pendidikan setelah menjadi guru Sains di sekolah tinggi dan maktab.
Beliau telah menghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya Human
Development and Education yang diterbitkan pada tahun 1953. (Suppiah Nachiappan,
2008) Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang
tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur
tertentu (Atan Long, 1980). Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan
seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya. Dalam kehidupan kanak-
kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai
tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyrakat dan budaya di mana
individu tersebut tinggal. (Suppiah Nachiappan, 2008)
Terdapat 10 peringkat usiadalam teori tugas perkembangan Havighurst adalah
seperti berikut:

Peringkat Teori Tugas Perkembangan


Peringkat bayi hingga awal • Pada peringkat ini, bayi dan kanak-kanak cuba
kanak-kanak menjalinkan hubungan kasih sayang dengan ibu
(0-2 tahun) bapa, adik-beradik dan pengasuhnya.

• Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-


kanak beransur-ansur menjadi matang.
Peringkat pertengahan kanak- • Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai
kanak pergerakan yang mudah seperti menyuap

(2-3 tahun). makanan sendiri, turun naik tangga dan


sebaginya.
• Selain itu, kanak-kanak peringkat ini juga boleh
berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh
terlibat dalam permainan fantasi yang
menjadikan pisang sebagai telefon, dan juga suka
bercakap, bermain seorang diri.

• Dia juga belajar mengawal pergerakan dan emosi


dirinya.
Peringkat Prasekolah • kanak-kanak peringkat ini belajar peranan
(4-6 tahun) mengikut jantina. Misalnya, kanak-kanak
perempuan akanmeniru peranan ibunya seperti
memasak, membasuh kain dan sebagainya.

• Selain itu, kanak-kanak juga berkawan dan


bermain dengan kanak-kanak yang berada di
sekitar rumahnya.

• Pada peringkat ini, kanak-kanak mula merasakan


diri mereka sebagai satu ‘entiti’ atau mula
membentuk pandangan terhadap diri sendiri,
iaitu muncuhnya ‘teori’ kendiri.

• Seterusnya, kanak-kanak juga melalui


perkembangan moral. Pada peringkat awal,
mereka tahu jika mereka buat jahat akan dipukul
atau didenda oleh ibu bapa.
Peringkat Rendah • Peringkat ini kanak-kanak mula memasuki
(6-12 tahun) sekolah dan belajar bersahabat.

• Dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak


tersebut berada pada peringkat operasi konkrit,
iaitu belajar membaca, menulis, mengira dan
sebagainya.

• Pada peringkat ini juga Kanak-kanak boleh


menilai diri sendiri dan orang lain.

• Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli


pasukan sesuatu permainan sesuatu permainan
seperti bola sepak.
Peringkat Awal Remaja • Pada peringkat ini, remaja akan mencapai
(12-18 tahun) kematangan fizikal seperti ketinggian
maksimum.

• Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat


operasi formal, iaitu boleh membuat pemikiran
hipotetikal-deduktif.

• Manakala dari segi perkembangan emosi,


mereka akantimbul pelbagai emosi seperti ingin
kejayaan dan penghargaan serta kebolehan untuk
mengawal emosi.

• Setersunya, remaja juga akanmembentuk


kumpulan rakan sebaya dan mudah tertarik
dengan rakan sebaya yang berlainan jantina.
Peringkat Akhir Remaja • Remaja peringkat ini akan cubamendapat
(18-22 tahun) autonomi daripada ibu bapa dan berusaha
membentuk identity mengikut jantina.

• Remaja akan menerap atau mematuhi nilai moral


dalam masyarakat melalui pergaulan sosial.

• Biasanya remaja peringkat ini telah tamat


pembelajaran dan dalam proses memilih kerjaya
yang sesuai.
Peringkat Awal Dewasa • Peringkat ini individu akan cubameneroka
(22-34 tahun) persahabatan intim dengan rakan yang berlainan
jantina.

• Manakala bagi pasangan yang telah berkahwin


akanmengasuh dan mendidik anak-anak.

• Individu akan berusaha memantapkan diri dalam


perkerjaan dan akan membentuk gayahidup.
Peringkat Pertengahan • Individu mungkin menjadi ketua dalam pejabat
Dewasan atau mahir dalam pekerjaan.
(34-60 tahun) • Bagi individu yang berjaya memupuk
kebahagiaan dalam rumahtangga, akanberasa
bahagia serta melibatkan diri dalam kerja amal
untuk kebajikan masyarakat.
Pada peringkat akhir dewasa • Pada peringkat ini, individu biasanya
pula (60-75 tahun), mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang kerjaya akandihormati disebabkan
sumbangannya yang besar.

• Individu pada peringkat ini juga akanmengubah


tenaga selepas bersara seperti membuat kerja-
kerja amal.

• Peringkat ini, mereka akanberpuas hati dan


bersyukur atas takdir tuhan.
Peringkat Tua • Individu pada peringkat ini terpaksa menangani
(75 hingga meninggal dunia) masalah kesihatan seperti nyanyuk dan
sebagainya.

• Individu pada peringkat ini akanmengenang


zaman muda dan dewasa dan juga berasa tenang
menanti saat untuk meninggal dunia.
(Suppiah Nachiappan, 2008)
4.0 Kepentingan guru memahami Teori Perkembangan Gesell dan Havighurst
4.1 Memilih kaedah yang sesuai
Menurut Teori Perkembangan Gesell, terdapat 5 peringkat perkembangan motor
kanak-kanak iaitu dari kanak-kanak yang baru dilahirkan sehingga mereka mula
bersekolah.(Suppiah Nachiappan, 2008). Dalam tugasan ini, saya hanya akan menyentuh
tentang peringkat kelima iaitu kanak-kanak yang berusia 4 hingga 5 tahun. Ini disebabkan
pada peringkat ini, mereka sudah mula memasuki prasekolah. Manakala menurut Teori
Perkembangan Havighurst pula, terdapat 10 peringkat perkembangan bagi seseorang
individu. (Suppiah Nachiappan, 2008) Namun, dalam tugasan ini saya hanya akan
membincangkan 4 tahap utama sahaja iaitu peringkat prasekolah (4-6 tahun), peringkat
sekolah rendah ( 6-12 tahun), awal remaja ( 12-18 tahun) dan akhir remaja ( 18-22
tahun). Ini disebabkan keempat-empat aspek ini ialah aspek yang perlu dilalui oleh
seseorang individu iaitu peringkat belajar.
Pada peringkat ini, guru memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, adalah amat mustahak jika guru memahami
perkembangan sosial dan emosi pada setiap peringkat umur. Ini disebabkan seseorang
individu tidak boleh dipaksa untuk belajar sesuatu sekiranya individu tersebut tidak
mempunyai kesediaan pelajar. Hal paksaan ini tidak akan menghasilkan keberkesanan
dalam pembelajarannya.

4.1.1 Peringkat prasekolah ( 4-6 tahun)


Pada peringkat prasekolah iaitu dari umur 4 hingga 6 tahun, kanak-kanak mula
memasuki prasekolah ataupun dikenali sebagai tadika atau pusat asuhan kanak-kanak.
Menurut teori Gesell, kanak-kanak yang berada pada peringkat kelima iaitu beruia 4
hingga 5 tahun akan mula bersosialisasi, mengemukakan soalan berperingkat-peringkat
dan bersedia untuk ke kelas prasekolah.(Suppiah Nachiappan, 2008) Ini bermakna pada
peringkat prasekolah, mereka suka berkomunikasi sesama rakan yang seumur dengan
mereka. Selain itu, mereka juga suka bertanya soalan dengan perasaan hairan
umpamanya “ mengapa wujudnya perbezaan jantina antara dirinya dengan orang lain? ”
Pada masa ini, guru prasekolah harus mengamalkan sifat kesabaran, sanggup mendengar
dan menjawab pertanyaan kanak-kanak. Mereka tidak patut memarahi mereka dan
mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menyakiti hati kanak-kanak.
Menurut teori Havighurst pula, kanak-kanak pada peringkat ini suka berkawan dan
bermain dengan kanak-kanak lain.(Suppiah Nachiappan, 2008) Selain itu, kanak-kanak
juga suka terlibat dalam permainan kumpulan. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak
mula melalui perkembangan moral peringkat awal iaitu mereka akan berkelakuan baik
untuk mengelakkan hukuman. Oleh itu, pada peringkat umur ini, mereka akan mendengar
percakapan ibu bapa dan nasihat guru. Dengan kata lain, guru akan menjadi teladan
kepada kanak-kanak dengan menunjukkan sikap dan nilai murni yang positif. Guru harus
memberi pujian dan galakan kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik. Secara
logiknya, jika diberi penghargaan, kanak-kanak akan menganggap itu adalah betul.
Peringkat prasekolah merupakan alam persekolahan pertama bagi kanak-kanak.
Oleh itu, alam persekolahan mesti menimbulkan perasaan seronok di kalangan kanak-
kanak. Pada peringkat ini, guru hanya perlu mengajar benda yang asas dan tidak begitu
mementingkan aspek menulis. Ini disebabkan kanak-kanak masih kecil, mereka tidak
suka belajar benda atau angka yang susah dan memerlukan pemikiran yang panjang. Oleh
itu, guru cuma perlu mengajar benda yang asas. Contohnya guru boleh memperkenalkan
semua kanak-kanak yang berada dalam satu kelas. Ini membolehkan mereka saling
mengenali dan berkominikasi antara satu sama lain. Kanak-kanak pada peringkat ini
memang suka mengenali kawan baru.
Selepas itu, guru boleh membawa semua kanak-kanak ke padang permainan untuk
bermain bersama-sama. Dalam aspek ini, guru perlu mementingkan aspek keselamatan
kanak-kanak. Ini disebabkan kanak-kanak masih kecil dan tidak tahu cara menjaga
keselamatan diri. Guru harus memperhatikan tingkah laku kanak-kanak dari semasa ke
semasa. Permainan yang boleh bermain pada peringkat umur ini termasuklah “ helang
menangkap anak ayam”, “ tingting”, bermain papan gelongsor, jongkang-jongket dan
sebagainya. Yang penting, kanak-kanak mendapat keseronokan dan tidak benci memasuki
sekolah prasekolah untuk belajar.
Ekoran itu, kanak-kanak harus diberi pendedahan tentang huruf abjab dari A hingga
Z. Ini merupakan asas pembelajaran pada peringkat awal. Selain itu, huruf vokal
umpamanya “ a, e, i,o ,u harus diperkenalkan kepada pelajar. Sehubungan itu, guru harus
menunjukkan gambar yang asas kepada pelajar contohnya gambar anjing, rumah, epal,
kereta dan sebagainya. Kemudian, guru akan mengajar kanak-kanak menyebut huruf
vokal. Guru perlu mengulang beberapa kali sesuatu perkataan dalam beberapa sesi
pembelajaran agar kanak-kanak dapat mengingat dengan sepenuhnya. Kanak-kanak lebih
mudah mengingati sesuatu perkataan melalui gambar berbanding dengan menulis
perkataan tersebut di papan tulis. Apa yang paling penting ialah guru tidak patut
menghukum kanak-kanak sekiranya mereka tidak mengingati sesuatu perkataan yang
telah dipelajari. Ini akan menyebabkan kanak-kanak benci kepada alam persekolahan.
Di samping itu, guru harus mengajar kanak-kanak tentang tatatertib dan adat
bersusila. Contohnya beratur sebelum mengambil makanan dan minuman, mengucapkan
terima kasih ketika menerima hadiah, memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan
dan sebagainya. Jika tidak, apabila mereka memasuki sekolah rendah, mereka akan
menjadi pelajar yang kurang berdisplin. Guru juga boleh mengajar nyanyian dan tarian
asas. Contohnya lagu yang mudah dan senang didengar. Selain itu, guru harus menghias
bilik darjah dengan gambar-gambar yang menarik. Ini dapat memberi suasana
pembelajaran yang selesa kepada kanak-kanak. Ekoran itu, kanak-kanak pada peringkat
umur ini suka bertanya soalan. Ini disebabkan mereka hairan dengan kewujudan objek
dalam alam semester. Oleh sedemikian, guru seharusnya bersifat sabar dan sanggup
menjawab pertanyaan mereka. Jika guru memarahi kanak-kanak disebabkan menanyakan
soalan yang bukan-bukan, kanak-kanak tentu akan bersikap takut dan enggan bercakap
banyak lagi.

4.1.2 Peringkat sekolah rendah ( 6-12 tahun)


Ketika kanak-kanak berusia 6 hingga 7 tahun, mereka akan memasuki sekolah
rendah. Pada peringkat permulaan, sememangnya ada kanak-kanak yang tidak dapat
menyesuaikan diri. Ini disebabkan mereka memasuki alam persekolahan baru. Mereka
akan berdepan dengan guru dan pelajar yang baru. Mereka akan mula berasa takut dan
tidak dapat menyesuaikan diri. Oleh itu, ada di kalangan mereka akan menangis dan
enggan bersekolah. Sebagai guru sekolah rendah khususnya guru yang mengajar tahun 1.
Mereka seharusnya menunjukkan sifat yang sabar dan peramah. Menurut teori
havighurst, pada peringkat ini, kanak-kanak akan belajar bersahabat. Dari segi
perkembangan kognitif, kanak-kanak tersebut akan berada pada peringkat operasi
konkrit, iaitu belajar membaca, menulis, mengira dan belajar kemahiran permainan.
Selain itu, kanak-kanak boleh menilai diri sendiri dan orang lain. (Suppiah Nachiappan,
2008)
Ketika kanak-kanak memasuki tahun satu, mereka akan didedahkan dengan amalan
banyak membaca buku cerita sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina ataupun bahasa lain. Setiap minggu, guru harus memperuntukan masa sekurang-
kurangnya dua waktu untuk melakukan program nilam. Hadiah akan diberikan kepada
kanak-kanak yang mencapai tahap pembacaan yang ditetapkan sebagai galakan. Selain
itu, kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 6 hingga 12 tahun akan mula belajar
membaca serta membentuk suku kata, perkataan, ayat dan seterusnya ialah menulis
karangan. Guru bahasa mesti mengadakan ujian lisan sekurang-kurangnya 2 kali dalam
setahun untuk menguji tahap penguasaan bahasa pelajar.
Kita sedia maklum bahawa tahap pencapaian pelajar adalah berlainan. Oleh itu, guru
harus mengikut tahap pencapaian pelajar untuk mengajar. Jika pencapaian pelajar tidak
begitu memuaskan, mereka akan memasuki kelas pemulihan. Guru kelas pemulihan akan
mengajar dari peringkat asas. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya pelajar mempelajari
benda yang asas dan mudah dipelajari serta mampu diikuti oleh mereka. Tambahan pula,
guru juga dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Sekiranya keputusan
mereka memuaskan, mereka akan masuk semula ke kelas biasa. Dalam mata pelajaran
matematik mereka juga harus diberi pendedahan tentang asas pengiraan iaitu operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi. Guru juga harus menggunakan teknik peneguhan untuk
memupuk kendiri positif pelajar demi menimbulkan keyakinan mereka dengan kesediaan
belajar dengan kuat. Contohnya memberi hadiah, kad, alat tulis dan sebagainya. Di
samping itu, kanak-kanak yang memasuki tahun 1 akan mula didedahkan dengan cara
mencatat kerja rumah dalam buku catatan. Ini adalah memastikan mereka menyiapkan
kerja rumah.
Teori Havighurst menerangkan kanak-kanak suka melibatkan diri sebagai ahli
sesuatu pasukan. (Suppiah Nachiappan, 2008) Oleh itu, kanak-kanak gemar mengikuti
Pendidikan Jasmani di mana mereka berpeluang bermain bersama dengan rakan yang
lain. Ketika waktu Pendidikan Jasmani, guru seharusnya membawa kanak-kanak ke
padang untuk melakukan senaman dan aktiviti sukan yang asas. Dari segi sosial, bermain
membolehkan kanak-kanak menunjukkan perasaannya, memainkan peranan, bersaing
dan bekerjasama. Di samping itu, pelajar yang tergolong sebagai kategori atasan
diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum contonya unit beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan. Ini disebabkan selain daripada aktiviti
pembelajaran, mereka juga terlibat dengan aktiviti luar bilik darjah.
Sehubungan itu, kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah suka bersahabat.
Mereka akan berinteraksi dengan rakan sekelas, rakan kepada rakan sekelasnya dan
sebagainya. Dengan kata lain, ruang lingkup bagi pergaulan kanak-kanak sekolah rendah
lebih luas daripada kanak-kanak prasekolah. Guru harus memberi penghargaan atau
peneguhan yang positif bagi perlakuan seseorang kanak-kanak. Perlakuan yang tidak
sesuai akan ditegur atau diberi peneguhan negatif. Ini seterusnya akan membentuk sikap
seseorang kanak-kanak. Oleh itu, maklum balas mengenai perlakuan boleh mengukuhkan
lagi sifat positif dan menghapuskan sikap negatif seseorang kanak-kanak.
Emosi kanak-kanak pada peringkat ini adalah tidak menentu. Kadang-kadang
emosi mereka sangat baik dan kadang-kadang sangat teruk. Oleh itu, guru harus bersikap
prihatin terhadap setiap anak murid. Sekiranya pelajar menghadapi masalah khususnya
masalah pelajaran dan kewangan, guru seharusnya berusaha mencari cara penyelesaian.
Ada segelintir pelajar suka berkongsi perkara yang baik bersama guru. Contohnya
mereka berkongsi bersama guru tentang perkara yang mengembirakan. Pada peringkat
ini, mereka boleh menilai diri sendiri dan orang lain. Mereka akan bersaing secara adil
dengan rakan yang lain. Misalnya melalui markah dalam peperiksaan. Mereka akan
membuat perbandingan dengan rakan lain melalui pengiraan jumlah markah yang
diperoleh.
Sebagai guru, mereka perlu memahami dan menggunakan kesediaan pelajar untuk
merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta
sepadan dengan kebolehan pelajar. Oleh itu, sebagai langkah pertama guru harus
menggunakan induksi set yang menarik untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat
mereka terhadap aktiviti pembelajaran yang berikutnya. Contohnya tayangan video.
Selain itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut
kebolehan dan pengetahuan sedia ada. Guru harus menghubungkaitkan kemahiran asas
yang telah dikuasai oleh pelajar dengan kemahiran baru yang akan dipelajari. Selain itu,
guru perlu mepertingkatkan isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pelajar dan
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran daripada mudah kepada kompleks,
daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baru, daripada dekat kepada jauh dan
daripada utama kepada spesifik. Di samping itu, guru harus membangkitkan naluri ingin
tahu pelajar dengan menggunakan teknik menyoal. Suasana pembelajaran yang kondusif
dengan membentuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Seterusnya, pelajar yang berada pada peringkat umur ini harus diserapkan dengan
nilai murni dan amalan yang baik. Misalnya melalui mata pelajaran Pendidikan Moral.
Diharapkan melalui mata pelajaran ini, pelajar dapat membezakan apa yang boleh dibuat
dan apa yang tidak boleh dibuat. Jika peraturan ialah perkara pokok dalam keakuran
moral dan nilai, guru mestilah merangka peraturan yang munasabah. Penguatkuasaan
peraturan juga mesti tegas sekiranya kanak-kanak melanggar peraturan. Ini disebabkan
jika pelajar tidak diberi tunjuk ajar, mereka akan melanggar peraturan sekolah dengan
ponteng, menconteng harta benda sekolah, merokok dan sebagainya. Pada peringkat ini,
mereka mula meniru aksi-aksi artis seperti mana yang ditayangkan di televisyen. Maka,
sedikit banyak mereka akan terpengaruh dan mempelajari budaya yang tidak baik. Oleh
demikian, guru harus memberi perhatian terhadap tingkah laku pelajar dan memberi
tunjuk ajar untuk membawa mereka ke landasan yang betul.

4.1.3 Peringkat awal remaja ( 12-18 tahun)


Remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila
seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku di zaman remaja ini. G.
Stanley Hall menamakan zaman remaja sebagai zaman storm and stress. Jadi, bolehlah
dirumuskan bahawa semua perkembangan zaman remaja ialah persediaan yang perlu
untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan
dinamik. (Mohd Isa Yuddin 1997) Menurut teori Havighurst, dari segi kognitif, remaja
yang berada di peringkat operasi formal, iaitu boleh membuat pemikiran hipotetikal-
deduktif.(Suppiah Nachiappan, 2008) Dari segi perkembangan emosi, timbul perasaan
lain seperti kejayaan dan penghargaan serta bertambah baik untuk mengawal emosi.
Selain itu, remaja akan mula membentuk kumpulan rakan sebaya.
Remaja adalah satu zaman persediaan ke arah kedewasaan. Salah satu sifat orang
dewasa ialah bertanggungjawab. Ini kerana keharmonian institusi sosial terletak di tangan
orang dewasa. Tanggungjawab boleh dilatih melalui sekolah. (Mohd Isa Yuddin 1997).
Misalnya seseorang itu dilantik sebagai ketua darjah, pengawas, pengerusi kelab atau
persatuan, ahli jawatankuasa dan jawatan lain. Semua ini adalah cara tersirat
menanamkan sifat bertanggungjawab. Oleh itu, pepatah “ ringan sama dijinjing dan berat
sama dipikul” mestilah diamalkan oleh guru. Guru harus memberi peluang yang sama
kepada pelajar untuk memikul tanggungjawab. Dalam aspek ini, guru harus percaya
dengan kebolehan setiap pelajar. Mereka tidak patut mencuriga kebolehan dan
kemampuan pelajar. Ini disebabkan remaja akan merasakan mereka tidak berguna dan
merendahkan diri.
Pada peringkat remaja, penggantungan emosi kepada ibu bapa akan bertambah
kurang. Dengan kata lain, remaja akan bertanggungjawab ke atas perlakuan mereka
sendiri. Mereka tidak lagi mengaitkan ibu bapa dalam aktiviti kehidupan mereka.
Kebebasan emosi ini dapat dicapai dengan mengalihkan pergantungan kepada rakan
sebaya semasa usia remaja semakin meningkat. Pada peringkat ini, remaja akan cuba
memberontak sekiranya kebebasan mereka disekat. Ini adalah salah satu langkah untuk
ke alam kedewasaan. Oleh itu, guru haruslah bertindak sebagai agen pembentukan
budaya pelajar. Ini disebabkan remaja pada peringkat ini suka mencabar, jika ada rakan
lain mencabar mereka , mereka akan terdorong untuk melakukan kesilapan.
Guru harus menginternalisasikan norma dan nilai dalam diri pelajar-pelajar supaya
mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak cocok dengan kemahuan budaya
masyarakat. Guru boleh cuba mengubah cara hidup pelajar yang tidak baik termasuklah
aktiviti pelajar di luar sekolah. Contohnya menasihati pelajar supaya memilih kawan
yang baik, cara pengisian masa lapang yang berfaedah dan sebagainya. Untuk
membentuk budaya di kalangan pelajar, terlebih dahulu guru harus cuba berkomunikasi
dan berinteraksi dengan pelajar supaya mengetahui apa yang difikir oleh pelajar. Justeru,
guru boleh membentuk kawalan dalaman para pelajar. Selain itu, guru boleh berperanan
sebagai rakan sebaya pelajar ketika berada di luar sekolah. Misalnya mengajak pelajar
makan bersama pada hujung minggu, melakukan aktiviti sukan bersama-sama iaitu
memancing, mendayung sampan, berbasikal dan sebagainya. Aktiviti ini lebih baik
berbanding dengan menghabiskan kebanyakan masa bersama rakan sebaya yang asyik
minum arak, bersoronok tanpa matlamat. Melalui cara ini, diharapkan pelajar dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Selain itu, remaja yang berada pada peringkat ini berada di peringkat realistik.
Mereka suka mendapatkan wang dengan usaha sendiri. Oleh itu, remaja perlu didedahkan
kepada maklumat kerjaya sepanjang masa dan bukannya hanya selepas menduduki
peperiksaan. Remaja pada peringkat ini suka menggunakan wang untuk tujuan tertentu
contohnya ke pusat hiburan, minum arak, merokok dan sebagainya. Ada di kalangan
mereka sanggup mencuri semata-mata hendak mendapatkan wang untuk membeli rokok.
Masalah sosial pelajar akan kian bertambah. Masalah sosial termasuklah ponteng,
merokok, vandalisme, buli, gengsterime dan sebagainya. Ada segelintir daripada remaja
suka melanggar peraturan sekolah untuk menunjukkan kehebatan mereka. Sehubungan
itu, guru harus bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan
dan didikan kepada pelajar.
Pada peringkat awal remaja, mereka juga mula tertarik kepada rakan sebaya
daripada jantina yang berlainan. Ada di kalangan remaja akan mula bercinta dan mencari
pasangan masing-masing. Biasanya remaja mengamalkan sikap tidak serius pada
peringkat awal percintaan. Apa yang lebih membimbangkan, ada di kalangan remaja
mengamalkan hubungan seks secara rambang dan akhirnya menyebabkan berlakunya kes
penguguran dan pembuangan bayi. Jika hal ini berlaku, sudah tentu akan memberi kesan
terhadap pembangunan negara. Oleh itu, pengajaran seks wajar dilaksanakan disebabkan
niat ingin tahu terhadap seksual amat kuat di kalangan remaja.
Pada zaman remaja, informasi tentang seksual seharusnya mula diberikan agar
remaja tidak mencari informasi dari orang lain atau dari sumber-sumber yang tidak jelas
dan keliru. Contohnya dengan melayari internet. Kadang-kadang maklumat dari internet
adalah tidak tepat dan membawa ajaran sesat kepada remaja. Pemberian informasi
seksual penting dalam mengingatkan remaja yang berada dalam potensi seksual yang
aktif. Adalah berbahaya untuk perkembangan jiwa remaja jika mereka tidak memiliki
pengetahuan dan informasi yang tepat. Kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar
remaja tidak mengetahui dampak dari perilaku seksual yang mereka lakukan, seringkali
remaja tidak matang melakukan hubungan seksual tanpa memikirkan risiko yang akan
mereka alami. Dengan adanya pendidikan seksual, sekurang-kurangnya pelajar akan
diberi tunjuk ajar dan didikan daripada guru. Gurulah orang yang bertanggungjawab
memimpin pelajar ke landasan yang betul. Di samping itu, pengajaran seksual akan
menimbulkan kesedaran di kalangan remaja tentang risiko melakukan hubungan seks
tanpa perancangan yang rapi. Selain itu, guru tidak harus segan menunjukkan kondom
dan cara menggunakannya kepada pelajar.
Remaja yang berada pada tahap ini tidak suka mengongkang. Oleh itu, guru tidak
boleh memaksa pelajar melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh mereka. Dengan kata
lain, cara mengajar pelajar sekolah menengah adalah berbeza dengan sekolah rendah.
Cara pengajaran guru haruslah berfokus kepada mendengar dan menerima pandangan
pelajar. Contohnya dalam penulisan karangan, guru boleh memberi satu topik dan
meminta pelajar mencari bahan terlebih dahulu. Kemudian, barulah melakukan sesi
perbincangan di kelas. Ini membolehkan pelajar berfikir terlebih dahulu idea atau
pandangan tersendiri. Jika guru tidak memberi masa kepada pelajar untuk membuat
persediaaan, sudah tentu pelajar akan berasa bosan dan tidak ada idea untuk menulis
karangan. Sebagai guru sekolah menengah, teknik dan kemahiran yang digunakan
hendaklah kreatif. Contohnya menggunakan teknik menyoal, pembincangan,
pembentangan, menggunakan audio visual, menggunakan powerpoint, OHB, penerangan,
bercerita, lakonan dan sebagainya. Dengan kata lain, guru perlu menyediakan rancangan
pengajaran yang sistematik dan tersusun untuk mencapai objektif pembelajaran. Ini
termasuklah set induksi yang menarik misalnya tayangan viedo, gambar, sesi soal jawab
dan sebagainya. Pada akhir pembelajaran, guru harus memberi aktiviti kemahiran asas
yang cukup sebagai aktiviti pengukuhan.

4.1.4 Peringkat remaja akhir ( 18-22 tahun)


Pada tahap akhir remaja iaitu dari umur 18 hingga 22 tahun, biasanya pelajar akan
belajar di tingkatan 6 ( bawah dan atas), kolej, maktab dan universiti. Pada peringkat ini
remaja akan cuba mendapat autonomi daripada ibu bapa. Remaja yang berada pada
peringkat ini dikatakan sudah bebas daripada kawalan ibu bapa. Mereka akan berusaha
membentuk identiti mengikut jantina. Contohnya kaum lelaki akan melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai seorang lelaki. Selain itu, remaja dikatakan sudah matang
dari segi pemikiran dan ada pendapat dan idea masing-masing. Mereka bebas bergaul
dengan rakan yang bersesuaian dengan mereka. Mereka dapat membezakan baik dan
buruk. Di samping itu, mereka akan menyertai aktiviti sosial contohnya menjadi
sukarelawan di rumah orang yatim, orang tua dan sebagainya. Ketika mereka memasuki
kolej, maktab, universiti dan sebagainya, sosialisasi di kalangan remaja adalah lebih luas
berbanding dengan peringkat sebelumnya. Ini disebabkan mereka akan mengenali lebih
ramai kawan yang berasal dari negeri dan bangsa yang berlainan.
Pada peringkat ini, tugas guru lebih ringan berbanding dengan tahap lain. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru tidak berdepan dengan pelbagai masalah.
Peringkat ini ialah guru kurang bercakap sebaliknya pelajar perlu mengemukakan
pandangan masing-masing. Tambahan pula, remaja dikatakan sudah matang dan tidak
perlu ditegur lagi. Selain itu, proses pengajaran akan menjadi lebih cepat berbanding
dengan peringkat sebelumnya. Ini disebabkan pelajar mampu mengikuti proses
pembelajaran berkenaan. Teknik mengajar yang digunakan adalah lebih kurang sama
dengan teknik mengajar pada sekolah menengah. Contohnya penggunaan audio visual,
powerpoint, OHB dan sebagainya.

4.2 Perbezaan Sosialisasi

Guru dikehandaki memahami latar belakang pelajar dari segi perbezaan sosialisasi.
Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada
seseorang dalam masyarakat. (Amir Hasan Dawi, 2006) Masyarakat merupakan satu
kelompok sosial yang berbilang kaum yang hidup dalam sesebuah kawasan. Sosialisasi
adalah proses sepanjang umur yang perlu dilalui oleh individu. Agen sosialisasi termasuk
ibu bapa, guru, rakan sebaya dan media massa.
Setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga yang kompleks. Teori Arnold
Gesell menegaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola dan urutan
yang terkawal. Hal ini berlaku bagi tingkah laku, pertumbuhan, tisu dan organ-organ. Ini
bermakna tingkah laku seseorang individu akan berkembang berdasarkan baka dan
genetik.(Kamarudin Hj.Husin, 1997) Pada awal kanak-kanak, keluarga adalah satu
masyarakat kecil dengan terdiri ibu dan bapa di mana mereka berperanan untuk mengajar,
membimbing serta mengasuh kanak-kanak. Pasa masa itu, kanak-kanak mula
bersosialisasi dan mula mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Pada peringkat
ini, mereka mula berhadapan dengan pelbagai konflik menyebabkan keadaan sosial dan
kehidupan mereka menjadi lebih matang.
Mengikut Teori Robert Havighurst, pada peringkat prasekolah (4-6 tahun) kanak-
kanak mula berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain di tadika. Contohnya,
permainan dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merancang
permainan “Ayam dengan Musang” bagi kanak-kanak bermain kerana kanak-kanak suka
bermain. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar sesuatu tak formal dan tak
terancang. Ini dapat memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi di kalangan kanak-kanak.
Konsep meniru orang dewasa atau ibu bapa dapat disalurkan melalui aktiviti-aktiviti
bermain. Melalui aktiviti permainan, kanak-kanak boleh mendapat kepuasan dan
keseronokan.
Sekolah memainkan peranan dalam menerapkan sosialisasi kepada pelajar dengan
menyebarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Apabila kanak-
kanak mula bersekolah guru bertanggungjawab mengembangkan kemahiran sosial
mereka. Guru merupakan tunjang kepada gagal atau berjayanya seseorang murid kerana
mereka bukan sahaja berperanan sebagai pendidik melalui pengajaran secara langsung
tetapi juga membina semaksimum mungkin perkembangan dan tumbesaran murid
(Rahimah Ahmad, 1999)
Kanak-kanak mula memasuki sekolah dan belajar bersahabat pada peringkat sekolah
rendah (6-12 tahun) mengikut teori Robert Havighurst. Oleh itu, guru perlu menyediakan
aktiviti agar kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan-rakan. Contohnya, membaca,
menyanyi dan melukis. Melalui aktiviti, kanak-kanak mula memupuk semangat
kerjasama di kalangan kanak-kanak. Mereka oleh berfikir secara deduktif dan gemar
mencuba sesuatu yang diminatinya. Namun, bukan semua kanak-kanak menyertai aktiviti
ini kerana pada peringkat awal kanak-kanak mungkin dipukul atau didenda oleh ibu bapa
akibat berkelakuan nakal. Keadaan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi
pemikiran serta emosi kanak-kanak. Dengan itu, kanak-kanak tidak suka bergaul dengan
kawan-kawan dan menyertai aktiviti ini atau duduk senyap berseorangan. Oleh itu, guru
perlu sentiasa berkomunikasi serta mengambil berat terhadap pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah ini.
Semasa awal remaja dan akhir remaja, remaja akan membentuk kumpulan rakan
sebaya tersendiri. Mereka lebih kecederungan bergaul dengan rakan sebaya serta saling
bergantungan antara satu sama lain. Mereka juga mula melibatkan diri dengan menyertai
kegiatan sosial dalam masyarakat terutamanya aktiviti yang memberi keselesaan atau
faedah kepada kumpulan mereka. Remaja juga mula tertarik kepada rakan sebaya
daripada jantina yang berlainan. Dengan ini, latar belakang keluarga memepengaruhi
perkembangan sosial remaja. Antaranya termasuk ibu bapa menggunakan kaedah disiplin
yang bersifat hukuman atau kawalan ketat untuk mengawal tingkah laku anak mereka.
Keadaan ini menyebabkan mereka mempunyai keinginan bebas dari kongkongan ibu
bapa. Ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap anak-anak juga membolehkan
mereka berpeluang melanggar peraturan sekolah dan sentiasa bersedia membantu kanak-
kanak dan menjawab soalan mereka ketika ditanya.

Pasa peringkat ini, masalah displin yang timbul berkaitan dengan perkembangan
sosial kanak-kanak. Sekiranya remaja ingin bergaul dengan sekumpulan kawan tetapi
tidak diterima atau tersisih oleh kumpulan tersebut. Akibatnya remaja tersebut akan
hilang keyakinan untuk bergaul dan bersikap rendah diri. Ini kerana pada peringkat ini
merupakan proses pertumbuhan berlaku menyebabkan mereka mengambil berat terhadap
fizikal sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan mereka tidak suka akan suasana sekolah
atau rakan sebaya menyebabkan masalah displin seperti ponteng sekolah, gengsterisme,
melepak di siber kafe berlaku.
Masalah displin menjadi isu topik perbincangan pada hari ini. Biasanya remaja pada
peringkat ini cenderung memberontak, mereka mengganggap kawan adalah paling rapat
dengan mereka semasa di sekolah. Sekira tidak diakui oleh kawan-kawan di sekolah
maka mereka akan menyertai kumpulan gengster di luar sekolah. Tatkala, jenayah seperti
mencuri, bergaduh, ponteng sekolah, kes buli pelajar dan sebagainya berlaku di kalangan
pelajar. Ini akan memburukan perkembangan sosial remaja kerana sikap dan tingkah laku
mungkin tidak diterima oleh masyarakat.
Pada masa ini, guru perlu mengambil berat terhadap kepada kumpulan remaja ini
dari segi perkembangan sosial dengan menggunakan proses pengajaran yang menarik
membolehkan pelajar tidak berasa bosan di sekolah. Remaja pada awal peringkat tidak
suka pergi ke sekolah kerana proses pengajaran dan pembelajaran hari ini mungkin tidak
menekankan keseronokan belajar tetapi selalu memberi tekanan-tekanan yang tertentu ke
atas pelajar yang tidak tahan akan tekanan ini.
Guru perlu menggalakan pelajar memupuk berfikir secara logikal dan kreatif serta
gunakan komunikasi yang positif dan menggalakannya ketika berhubung dengan guru
dan ibu bapa. Jika guru menggunakan cara berkomunikasi yang garang dan negatif boleh
manakutkan remaja dan menghapuskan minat belajar dan meneroka. Contohnya, guru
yang mengajar Sejarah kepada pelajarnya boleh menggunakan konsep sayang akan
sekolah dan kemudian dalam sesi pembelajaran dan pengajaran akan terus menjurus pada
konsep nasionalisme atau rasa kebangkitan kesedaran ke arah pemerintahan sendiri dalam
bentuk kajian kes. Proses ini dapat diteruskan pada aktiviti yang bersifat kokurikulum
seperti membersihkan kawasan sekolah, aktiviti bersukan, aktiviti berpakaian seragam
dan sebagainya. Guru perlu mencungkil sikap pelajar yang malu dan diam untuk
berkomunikasi dengan kawan-kawan lain dengan menggunakan kaedah perbincangan.
Konsep dan kaedah ini dapat memberi pengalaman yang sesuai untuk hidup
bermasyarakat dan berkumpulan.
Pada peringkat awal dewasa iaitu antara umur 23 hingga 34 tahun, individu mula
meneroka persahabatan intim dengan rakan berlainan jantina mengikut teori Robert
Havighurst. Sebagai andaian, perkembangan sosial bersifat positif dipupuk sejak
peringkat awal kanak-kanak maka pada masa inilah individu mula memantapkan diri
dalam pekerjaan dan membentuk sebuah masyarakat yang menuju ke arah damai dan
bertoleransi.
Secara ringkasnya, teori Arnold Gesell menyatakan perkembangan individu
berdasarkan pendidikan bebas dan perkembangan ditentukan secara semula jadi
manakala Teori Robert Havighurst menyatakan perkembangan individu adalah
dipengaruhi oleh persekitaran. Dengan itu, sosialisasi adalah proses saling mempengaruhi
antara aspek peribadi individu dan konteks sosial di kalangan ibu bapa, guru dan rakan
sebaya. Perkembangan sosial kanak-kanak berterusan sehingga mereka meningkat
dewasa. Pergaulan di peringkat remaja semakin matang kerana mereka akan
mempertinbangkan atau memelihara kepentingan personaliti dan peribadi sendiri.
Namun, perkembangan sosial yang utama adalah bermula dari ibu bapa. Ibu bapa
merupakan punca membimbing kanak-kanak berkomunikasi supaya bergaul dalam
masyarakat yang kompleks sama ada memberi kebebasan memberi anak-anak bergaul di
samping memberi pengajaran bergaul dengan kawan yang baik bahkan pepatah “melentur
buluh biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semua tahap perkembangan telah dilalui maka
tidak wujud masalah untuk membina satu kehidupan norma yang sempurna.

4.3 Memahami emosi pelajar pada peringkat yang berbeza

Emosi ialah gambaran perasaan pada wajah seseorang. The Oxford Dictionary Of
Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman
terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.
Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia
yang boleh mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau
mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi.
Ibrahim Mamat (1997), menyatakan emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami
oleh seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Adakalanya ia boleh
berbentuk positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih; adakalanya ia berbentuk
negatif seperti sedih, marah, benci dan dendam. Menurut Gesell, emosi seseorang
individu adalah semula jadi. Contohnya, tangisan mendayu-dayu meminta supaya ibu
memeluknya. Menurut Havighurst pula, emosi seseorang adalah dipengaruhi oleh alam
sekitarnya. (Suppiah Nachiappan, 2008)
Guru-guru perlu memahami teori Gesell dan Teori Havighurst supaya boleh
mengetahui bahawa kanak-kanak reaksi yang berlainan semasa memasuki zaman
persekolahan. Contohnya, kanak-kanak mungkin berasa gembira atau takut pada hari
pertama bersekolah. Menurut teori Gesell, kanak-kanak akan berasa takut dan menangis
apabila berada situasi asing. Manakala menurut teori Havighurst, kanak-kanak akan
berasa gembira apabila bersekolah kerana mereka ingin berkawan dan bermain dengan
kanak-kanak yang lain yang berada di sekitar tadikanya. Jika guru tidak memahami
kedua-dua teori, maka guru akan berkelang-kabut apabila menghadapi keadaan ini.
Sebaliknya jika guru memahami kedua-dua teori, mereka mengetahui cara yang sesuai
dan tepat untuk mengatasi keadaan ini dengan hati yang tenang.
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula membentuk penilaian terhadap diri sendiri.
Ini juga merupakan perkembangan moral peringkat awal kanak-kanak. Jika ibu bapa atau
guru tidak mendidik kanak-kanak tersebut dengan baik, akibatnya dia akan menjadi insan
yang tidak berakhlak pada masa akan datang. Menurut teori Havighurst, kanak-kanak
berkelakuan baik untuk mengelakkan hukuman atau denda daripada ibu bapanya.
(Suppiah Nachiappan, 2008) Jika kanak-kanak tidak berkelakuan baik, ini menunjukan
ibu bapanya tidak mendidik anak mereka dengan sewajarnya. Sebagai contohnya, ibu
bapa tidak pernah menghukum atau denda anak mereka walaupun mereka melakukan
kesalahan yang besar. Secara tidak langsungnya, ini telah menyebabkan perangai kanak-
kanak menjadi tidak baik. Dengan ini, guru tidak boleh menegur atau menghukum kanak-
kanak tersebut apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan. Jika guru menbuat
demikian, kanak-kanak akan merajuk dan tidak mahu hadir ke sekolah. Untuk melicinkan
proses pelajaran kanak-kanak, guru harus memberi nasihat kepada ibu bapa supaya
mendidik anak mereka dengan sewajarnya. Dengan ini, dapat membantu perkembangan
emosi kanak-kanak.
Pada peringkat sekolah, kanak-kanak akan menonjolkan reaksi mereka sendiri
dalam sesuatu masa melalui riak muka seperti ketawa, menangis, senyum, bermasaam
muka dan langsung tidak berkata apa-apa. Daripada situasi yang kita lihat, di sini dapat
kita rumuskan bahawa kanak-kanak memiliki emosi yang tidak stabil dan berubah-ubah
mengikut masa dan keadaan. Mereka sangat sensitif dan mudah menangis apabila ditegur
dengan nada yang kasar seperti dimarahi oleh bapa. Seterusnya, emosi mereka turut
berubah apabila diberi pujian setelah berjaya menyelesaikan sesuatu perkara lebih-lebih
lagi dalam bidang akademik. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat meningkatkan
tahap ekstim kendiri dalam diri kanak-kanak tersebut.
Perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah-ubah
mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian guru atau rakan rakan sebaya.
Menurut teori Havighurst, kanak-kanak mula memasuki sekolah dan belajar bersahabat
pada peringkat sekolah rendah.(Suppiah Nachiappan, 2008) Kanak-kanak mula bergaul
dengan kawannya. Untuk mandapat persahatan rakan sebaya, kanak-kanak akan belajar
bekerjasama, toleransi, prihatin dan bertangguangjawab. Sebagai contohnya, kanak-
kanak akan bersama dengan rakannya membuat sesuatu tugas yang diberi oleh guru.
Sebagai guru yang bestari harus mejalankan mejalankan aktiviti berkumpulan untuk
membantu kanak-kanak belajar bersosialisasi.
Menurut teori Gesell, kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu tentang segala
yang terdapat dalam alam sekitarnya pada peringkat ini. Oleh itu, kanak-kanak peringkat
ini berminat untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati
oleh mereka. Ini kerana, mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta
bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif
dan cenderung melakukan apa sahaja perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan
langsung tidak boleh menerima sebarang teguran daripada orang sekeliling. Lazimnya,
kanak-kanak ini akan menghadapi konflik dalam diri seandainya mereka gagal dalam
melakukan sebarang bentuk tugas yang diberikan dan keadaan ini akan menimbulkan
perasaan rendah diri dan wujud kekecewaan dalam diri sendiri. Namun begitu,
rangsangan daripada individu yang berkenaan terutama guru dan sahabat dapat
memadamkan spekulasi yang mereka lemparkan terhadap diri mereka sendiri. Sebagai
guru yang prihatin harus memberi bimbingan yang sewajarnya kepada mereka supaya
mereka tidak putus asa.
Pada peringkat ini, mereka akan mula memahami perasaan orang lain dan belajar
menstabilkan emosi melalui intekrasi dan pengalaman. Kanak-kanak juga lebih
cenderung untuk menarik perhatian orang lain. Mereka melakukan sesuatu untuk
mendapatkan pujian atau pengiktirafan. Dengan ini, guru harus memuji atau memberi
ganjaran kepada kanak-kanak jika mereka berprestasi baik. Hal ini kerana teori
Havighurst menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini boleh menilai diri sendiri
dan orang lain. (Suppiah Nachiappan, 2008) Oleh itu, guru tidak boleh berat sebelah
terhadap kanak-kanak. Jika guru membuat demikian akan menimbulkan perasaan
cemburu di kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir kanak-
kanak yang begitu sensitif terhadap cemuhan. Ini menyebabkan mereka berasa jauh diri
dan memisahkan diri daripada persekitaran mereka. Guru harus memberi bimbingan yang
sesuai kepada kanak-kanak tersebut. Dengan ini, kanak-kanak boleh mencapaikan tugas-
tugas yang ditetapkan oleh masyarakat.
Pada awal peringkat remaja, mereka akan mengalami lonjakan pertumbuhan,
sudah pasti mereka tidak menerima perubahan bentuk badan yang mendadak. Selain itu,
sebilangan remaja tidak berpuas hati dengan perubahan pertumbahannya. Mereka akan
menghabiskan masa dan tenaga untuk menjadikan bentuk badan mereka seperti yang
diidamkan. Akhirnya merka tidak memberi tumpuan terhadap pelajarannya. Ejekan dan
cemuhan perlu dielakkan pada masa ini. Hal ini kerana jiwa remaja sangat sensitif dan
mudah tersentuh. Mereka akan merajuk dan menyembunyikan diri di dalam bilik berhari-
hari jika perasaan tersentuh. Oleh itu, percakapan guru harus berhati-hati dan bertimbang
sebelum mengkirtik mereka.
Selain itu, perasaan ingin menang semakin bertambah pada jiwa remaja. Mereka
suka menunjukkan kebolahan mereka supaya dapat penghargaan atau ganjaran. Dengan
ini, guru harus memberi peluang bagi mereka memperkembangkan bakat mereka. Di
samping itu, mereka juga akan menonjolkan diri untuk mandapat pengiktirafan rakan-
rakannya. Hal ini kerana teori Havighurst menyatakan bahawa remaja akan membentuk
kumpulan rakan sebaya pada peringkat ini. (Suppiah Nachiappan, 2008) Guru-guru harus
memberi perhatian terhadap remaja untuk mengelakkan mereka bergaul dengan rakan
sebaya yang tidak berdisiplin dan menjadi insan yang sombong.
Menurut teori Havighurst, remaja mula tertarik kepada rakan sebaya daripada
janitina yang berbeza pada peringkat ini. (Suppiah Nachiappan, 2008)Remaja lelaki akan
menunjukkan tanda-tanda seperti mengambil berat, menghantar hadiah atau surat cinta
untuk menyatakan hasrat menjadi teman dating. Guru harus menjelaskan kepada pelajar-
pelajar tentang ’cinta sejati’, ’cinta monyet’, dan ’cinta bodoh’ untuk mengelakkan
remaja perempuan dan lelaki kecundang oleh nafsu dan melakukan perbuatan yang
dilarang oleh undang-undang dan untuk mengelakkan kemahiran luar nikah. Selain itu,
percintaan akan menjejaskan pelajaran seseorang remaja. Guru harus menjelaskan betapa
penting pelajaran pada masa depan mereka.
Pada peringkat akhir remaja, terdapat remaja yang belajar di kolej atau universiti.
Terdapat juga telah menamatkan pelajaran dan dalam proses memilih kerjaya sesuai.
Keadan ini menyebabkan pasangan kekasih berpisah di tempat berlainan. Oleh itu, boleh
dikatakan perasaan rindu dan cemburu menguasai remaja pada peringkat ini. Rindu
adalah perasaan mendalam yang lahir apabila seseorang remaja berjauhan daripada orang
yang dikasihi. Oleh itu, terdapat pepatah Melayu mengatakan ungkapan’demi cinta,
lautan api sunggup ku harungi’, yang bermaksud orang yang berada dalam percintaan
sunggup membuat apa-apa perkara sekira perlu menempuh bahaya juga tidak takut
asalkan dapat menemui kekasihnya. Cemburu juga lahir daripada perasaan kecewa atau
marah sebab orang yang dikasihi menunjukkan kemesraan terhadap orang asing.
Perasaan cemburu akan menyebabkan remaja lelaki dan perempuan melakukan tingkah
laku yang boleh membawa akibat buruk kepada diri mereka. Sebagai contohnya, remaja
lelaki akan bergaduh dengan remaja lelaki yang lain yang dianggapnya merampas
kekasihnya. Kadangkala pergaduhan ini akan membawa kecederaan ataupun kematian.
Remaja yang tidak mengawal emosinya, bermakna dia mungkin tidak mencapai sesuatu
tugas perkembangan yang dinyatakan oleh Havighurst. Oleh itu, remaja tersebut harus
memberi bimbingan kauseling yang sesuai supaya dapat mengawal emosinya.
Secara kesimpulannya, Guru-guru harus memahami kedua-dua teori sebelum
menjalankan sesuatu pengajian. Hal ini kerana guru-guru mesti dapat menentukan tahap
emosi pelajar-pelajar sebelum memulakan perancangan atau pengajaran. Dengan
kesedaran guru-guru terhadap desakan-desakan dan dorongan emosi boleh
mempengaruhi kesemua pemikiran dan tingkah laku pelajar-pelajar. Ini dapat membantu
guru menjalankan atau merancang aktiviti yang menarik dengan situasi dalam bilik
darjah.

Penutup
Sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa sebagai seorang guru perlulah
memahami perkembangan sosial dan emosi diperingkat tertentu untuk membantu dirinya
menjalankan tugas pengajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah. Bagi tugasan
kami, kami telah menggunakan tiga faktor utama yang mengikut teori perkembangan
Gesell dan Havighurst iaitu, memilih kaedah yang sesuai, perbezaan sosialisasi dan juga
emosi pelajar.
Bagi faktor memilih kaedah yang sesuai. Sebagai seorang guru harus menentukan
cara pengajaran yang sesuai bagi pelajar supaya objektif pengajaran kita tercapai. Oleh
itu, kita perlulah mengetahui pelajar di peringkat umur mana sebelum menentukan
kaedah pengajaran. Selain daripada umur, unsur lain seperti kepantasan pelajar
menerima pengajaran guru juga perlu diambil kira.
Seterusnya bagi perbezaan sosialisasi pula, boleh dikatakan bahawa pelajar adalah
datang dari latar belakang yang berlainan dan juga memiliki taraf sosial yang berlainan
iaitu sama ada golongan atasan, golongan pertengahan dan juga golongan bawahan. Oleh
itu, guru perlu mengambil serba sedikit mengenai latar belakang pelajar bagi
memudahkan guru mengendali kerenah-kereneh pelajar yang berlainan.
Emosi pelajar juga adalah mengikut pringkat umur tertentu. Bagi peringkat umur
baru masuk persekolahan, mungkin pelajar risau dengan suasana sekolah. Manakala bagi
pelajar yang memasuki sekolah menengah, emosinya bertukar pula iaitu mungkin iri hati
terhadap pencapaian rakannya yang mendapat keputusan yang lebih baik daripadanya.
Oleh itu, guru juga perlu mengambil kira emosi pelajar pada peringkat tertentu supaya
dapat mengendalikan pelajar dengan lebih berkesan.
Akhir kata, diharap guru dapat mengkaji dan memahami kedua-dua teori
perkembangan Gesell dan Havighurst dengan lebih mendalam dan aplikasi dalam proses
pengajaran seharian.

You might also like