You are on page 1of 29

1.

PENGENALAN

Perkataan psikolinguistik itu terbentuk daripada gabungan dua disiplin ilmu, iaitu
Psikologi dan linguistik. Jadi, psikolinguistik ialah ilmu yang mengkaji aspek-aspek yang
berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia.
Dalam matapelajaran Pedagogi Bahasa Melayu ini, membicarakan mengenai
bahasa yang diperjelas menggunakan teori-teori tertentu seperti dalam teori huraian
bahasa Yang teori huraian bahasa terbahagi kepada empat aliran pemikiran teori
huraian bahasa iaitu Teori Tradisional (Panini) iaitu Kajian bahasa dibuat terhadap
bentuk-bentuk tulisan. Teori Struktural (Bloomfield) bahasa merupakan Kajian tentang
fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat, Teori Tranformasi
Generatif (Chomsky) Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.dan Teori
Fungsional (Halliday) Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa
ketika seseorang berkomunikasi.
Terdapat pelbagai teknik, kaedah, pendekatan, dan strategi untuk memperoleh
bahasa atau mengajarkan bahasa. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai teori
pemerolehan bahasa. Teori pemerolehan bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu teori
pemerolehan bahasa aliran Behaviurisme yang diasaskan oleh Ivan Pavlov dan
dikembangkan oleh B.F.Skinner, E.L. Thondike dan B. Watson, teori pemerolehan
bahasa aliran mentalis dipelopori oleh Piaget, Robert Glazer, John Anderson., teori
pemerolehan bahasa aliran konstruktivisme, teori pemerolehan bahasa aliran
interaksionalis yang dipelopori oleh Halliday.
Dalam menjalankan sesi pangajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat
empat cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan
pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat banyak cara
untuk seorang guru mengguna pakai cara pembelajaran seperti yang disebutkan di atas
untuk di aplikasikan dalam pembelajaran dan mengaitkan cara pembelajaran dengan
teori-teori aliran bahasa seperti aliran behaviurisme, aliran kognitif, aliran
interaksionalis, dan aliran konstruktivisme.
Penjelasan mengenai teori huraian bahasa, teori pemerolehan bahasa dan juga
jenis pendekatan, strategi, kaedah dan teknik akan diperjelaskan secara terperinci lagi
dalam hasil tugasan disebelah.
2. TEORI HURAIAN BAHASA
2.1. Nahu Tradisional
Teori nahu tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari
India. Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan
manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan
suara.ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah
diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan
dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada
nahu terjemahan.

2.2. Struktural
Teori huraian bahasa struktural ini dipelopori oleh Edward
Sapir,Bloomfield dan Leonard de Saussure. Menurut teori ini, bahasa
adalah bersifat sistematik dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta
hidup dan sentiasa berubah-ubah. Bahasa juga dikatakan mempunyai
satu sistem dan mempunyai peraturan. Selain itu bahasa bersifat arbitrari
dan digunakan untuk perhubungan antara satu dengan lain. Teori ini
Menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis. Huraian
bahasa juga dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh
kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan tidak menentingkan makna
serta analisis dibuat secara luaran sahaja.

2.3. Transformasi Generatif


Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh
Noam choamsky. Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan
dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif dikatakan
berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam
sesuatu bahasa. Berdasarkan daripada kebolehan ini seterusnya akan
membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap.
Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa
pertama terlebih dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan
luaran. Menurut teori ini juga, bahasa dikatakan bersifat sejagat dan
kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan
symbol-simbol tertentu untuk menganalisis setiap nahu.

2.4. Teori Fungsional


Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins.Teori ini
mengkaji tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika
seseorang sedang berkomunikasi. Teori ini juga menganggap bahawa
bahasa adalah sebagai alat perhubungan antara masyarakat dan sangat
mementingkan aspek semantik iaitu makna kata. Pengukuhan bahasa
boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa juga
dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut. Teori ini turut
memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek
yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika
seseorang itu berkomunikasi.

3. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


3.1. Teori Behaviurisme

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui


proses pengulangan Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas.
Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat
ditimbulkan melalui ganjaran.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini
menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran
lisan dalam pengajaran.
Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan
pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme.
Golongan ini beranggapan bahawa Pertama, bahasa yang diutamakan
ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting.
Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah
didahului dengan bahasa lisan.
Kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua
penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah
berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan
kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat
dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur
bahasa.
Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam
proses pembelajaran kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi
serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran
dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada
yang lebih susah.
Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran
disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku
yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya
adalah pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan
sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh
oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.
Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia
merupakan latihan ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan.
Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini
adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh
dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam
hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :
Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam


konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model
yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa
yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan
menguntungkan pelajar-pelajar itu.
Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam
proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.
Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat
diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang
berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan
minat serta motivasi.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk
mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara
mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan
pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi
guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan,
kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.
Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif.
Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan
memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah
diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ????
Generalisasi

3.2. Teori Mentalis

Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu


proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan
(competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi
(performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur
berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek
pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.
Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan
sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau
bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang
dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap
pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:
Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui
proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan
pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.
Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka
telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan
semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan
mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan
pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan
bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.
Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak
pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini
mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan
mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah
berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak
disampaikan.
Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur
bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk
menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan
makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat
bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan
berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa
yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik.
Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses
pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian
bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan
yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke
bahasa ibunda atau sebaliknya.
Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara
deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran,
Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna,
penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai
rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi
contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar
biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model:
Generalisasi ??? Contoh

3.3. Teori konstruktivisme

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji


bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius
terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai
alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran
bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.
Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang
diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada
murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang
dipelajari itu.
Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan
mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk
mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.
Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran
berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah
beberapa variasi dalam penggunaannya.
Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi
komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

3.4. Teori Interaksionalisme

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi


dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini
menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-
undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan
supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip
yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa
Interaksionalisme adalah seperti berikut:
Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam
komunikasi bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada
pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting.
Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih
penting ialah belajar untuk interaksi.
Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan
makna yang dimaksudkan adalah
Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna
dan struktur bahasa.
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan
penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru
itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna
maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan
lancar dan fasih.
4. JENIS STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
4.1. STRATEGI
4.1.1. Definisi strategi
Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.
Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan
mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan
bahan, masa dan sebagainya.

4.1.2. Pengaplikasian strategi pengajaran bahasa


4.1.2.1. Berpusatkan guru

Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP.


Dengan adanya perkembangan sistem perkembangan kita,
strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan
guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan
mengawal proses PnP. Pelajar hanya bersifat pasif.
Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku
semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan
daripada membuat interpretasi.
Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar
dari segi kebolehan dan minat yang wujud.
Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak
mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.
Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan
dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal
sepenuhnya jalan cerita.

4.1.2.2. Berpusatkan murid

Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan


pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP.
Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator atau pemudahcara.
Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk
meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran
dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam
proses ini.
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di
mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan
pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap
pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan
dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan
toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai
corak kebolehan dan minat.
Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar
dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal
lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya,
pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

4.1.2.3. Berpusatkan bahan

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat


bantu(ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran
guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan
pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran
ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan
pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh
kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk
membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.
Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi
pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama
yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta dapat
meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua
sesi pengajaran memerlukan bahan.
Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu
masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran
yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru
hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat
yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan
pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar
mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.
Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan
proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas
terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk
sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu
menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru.
Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling
bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat
disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

4.1.2.4. Berpusatkan masalah

Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh


dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus
dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat.
Memerlukan proses penakulan yang agat tinggi. Antara
langkah yangperlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah,
mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji
hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses
penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar
pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan
ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya

4.2. PENDEKATAN
4.2.1. Definisi pendekatan

pendekatan adalah berlandaskan teori, prinsip atau kaedah


tertentu yang mendokong sesuatu teori. Cara pengajaran juga
adalah berdasarkan objektif yang ditentukan. Pendekatan adalah
beraksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan
alasan. Contohnya dalam sesi pengajaran, guru menggunakan
pendekatan daripada mudah sehinggalah susah agar pengajaran
dapat difahami oleh murid.

4.2.2. Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa


4.2.2.1. Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar


yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi. Menurut
John, M. Kierzek dan Walker Gibson ( 1960), pendekatan induktif
dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke
hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan
mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan
menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi, dan membantu
pelajar-palajar untuk mengaitsimpul satu kesimpulan yang sesuai.
Dalam pengajaran bahasa pendekatan lebih dikenali
sebagai pendekatan gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh
struktur penggunaan unsur- unsur tatabahasa yang dipelajari dan
kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Kaedah pencarian
digunakan iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian, analisis
tentang aspek bahasa pada awal pembelajaran. kemudian
kesimpulan umum dikaitsimpul daripada data yang dipelajari.
Guru sama sekali tidak digalakkan memberi definisi,
menerangkan peraturan-peraturan, menerangkan isi atau
kandungan keseluruhan pelajaran.

Proses pengajaran induktif


Sebelum memulakan pengajaran ini, guru perlulah
memahami idea keseluruhan yang melibatkan proses pengajaran
secara induktif.
Paul D. Eggen (1979 ) telah memperkenalkan satu model
pengajaran iaitu, model yang menekankan perancangan aktiviti
sebagai proses yang pertama. Guru perlu memastikan matlamat
yang ingin dicapai dan hasil yag perlu disampaikan dan
kemudiannya guru memberikan contoh-contoh yang sesuai.
Dengan adanya elemen ini, pelajar akan dapat membentuk
konsep-konsep dengan mudah dan membuat generalisasi
mengenai perkara yang dipelajari.
Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti.
Guru akan memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan
memberikan contoh yang terlibat dalam pengajaran. Contoh yang
dikemukakan oleh pelajar haruslah sesuai dan kemudian guru akan
menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Kemudian, pada
peringkat terakhir pula contoh tambahan perlulah dikemukakan
bagi mengukuhkan konsep dan generalisasi pelajar dan guru pula
membuat penilaian secara tidak formal.
Model yang ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan
proses melihat kembali keberkesanan pengajaran yang telah
disampaikan. Guru akan dapat mengenal pasti kekuatan atau
kelemahan dalam pengajaran. Guru juga akan mengubahsuai
mencari cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan.

Strategi pengajaran induktif


Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa
menggunakan pengajaran induktif antaranya ialah dengan
menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru perlulah
menentukan struktur isi yang hendak disampaikan. Kemudian
setelah aspek bahasa telah dikenal pasti, guru hendaklah
merancang dengan memecahkan isi tersebut kepada bebarapa
bahagian dan menyusun semula bahagian yang berkait rapat agar
komponen isi dapat disampaikan dengan menarik agar pelajar
dapat meningkatkan pemahaman mereka.
Langkah yang kedua ialah penentuan kebolehan kognitif
iaitu kemahiran intelektual yang melibatkan contoh-contoh pada
bahagian awal pwngajaran dan kemudian kesimpulan.
Pelaksanaan pendekatan ini melibatkan tiga tahap iaitu membentuk
konsep melalui contoh, membuat generalisasi dan pengaplikasian
pengetahuan dalam situasi lain.
Langkah yang ketiga ialah prosedur pengajaran induktif
yang melibatkan struktur, isi dan peringkat-peringkat kebolehan
kognitif.
Seterusnya ialah prosedur pengajaran induktif yang
melibatkan langkah-langkah pengajaran yang dirancang. Ia
melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif
dan dapat dilihat dalam peringkat pendedahan, peringkat
pembentukan konsep, peringkat membuat generalisasi, dan
peringkat mencubakan generalisasi serta yang terakhir ialah
peringkat penutup.

4.2.2.2. Deduktif

Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar


yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada
hukum-hukum tertentu dan menggunakan proses penaakulan yang
tinggi.
Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu
dipatuhi iaitu Teori, hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan
dahulu. Kemudian bimbingan diberi bersama dengan contoh yang
sesuai. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat
dipentingkan. Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan
rumus yang baru, pemilihan rumus haruslah berdasarkan rumus
yang diketahui umum oleh pelajar dan penggunaan contoh yang
berkaitan dan pengukuhan pemahaman konsep sesuatu rumus.
Guru hanya perlu membimbing pelajar menjalankan aktiviti melalui
soalan-soalan terarah yang terancang.
4.2.2.3. Elektik

Elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua


pendekatan awal yang sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini
mengambil kelebihan yang ada pada kedua-dua pendekatan
induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-
mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan
mudah diubahsuai mengikut keperluan pelajar.
Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan
contoh-contoh dahulu, galakkan pelajar berfikir mengenai
rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain
sebagai pengukuhan.
Guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan
menyatakan hipotesis terlebih dahulu kemudian diikuti dengan
contoh-contoh khusus. Selepas pelajar membuat perkaitan di
antara generalisasi dengan contoh, barulah guru mengukuhkan
pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang
berkaitan.
Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan
yang terdapat pada kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan
induktif dan deduktif.
Melalui pendekatan ini, guru akan lebih fleksibel dan mampu
mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan pelajar.

4.2.2.4. Komunikatik

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang


berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk
komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-lain.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan
bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain
lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina
ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada
konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan
berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat
membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks
bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu
dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang
betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui
aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih
dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam
berkomunikasi.
Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks
wacana dan guru perlu megajar bahasa yang melampaui batas
ayat agar pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan.
Seterusnya ialah pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi
sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.

4.3. KAEDAH
4.3.1. Definisi kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik


yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah
ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan
merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur
tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.
Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

4.3.2. Jenis-jenis kaedah


4.3.2.1. Kaedah natural
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam
situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-
pendekatan tradisional. Kurang menekankan rujukan
kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada
teori tatabahasa tertentu.
Menurut Krashen dan Terrell (1983 :9) menyebut
pendekatan ini sebagai natural, psikologikal, fonetik, baharu,
diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan (imitative) , dan
sebagainya.
Kaedah ini Melihat bahasa sebagai satu alat untuk
menghubungkan makna dan mesej. Ini bermakna,
penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami
mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip
kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan
struktur secara berperingkat-peringkat.
Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini
melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan
keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan
pembelajaran (learning).
Pertama ialah Penguasaan. Cara yang semula jadi, yang
terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai
bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara
yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui
pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk
komunikasi yang bermakna.
Kedua ialah Pembelajaran.Proses yang melibatkan
peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa
diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan
yang jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan
merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan.
Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan
pembelajaran berlaku dan pemetulan kesalahan dapat
membantu dengan perkembangan peraturan yang telah
dipelajari
Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula
daripada kelas rendah, penekanan adalah kepada
persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran.
Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam
kelas, dan kandungan gambar seperti yang dilakukan dalam
kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar
tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga
mereka sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian.
Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input
pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran. Masa kelas
secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input
untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input
bahasa yang konstan (tekal), sambil memberi klue non
linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input tersebut.
Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan
natural ialah skedul, brochures, iklan, peta, buku-buku yang
sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara
umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah.

4.3.2.2. Kaedah nahu tradisional


Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan
pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih
pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah
ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa
asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi
melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang
luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan
menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa
ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai
kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini
bersifat deduktif yang mementingkan bahasa tulisan
daripada lisan.
Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan
memperkenalkan pelajar kepada undang-undang nahu
dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada pelajar
mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi
misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar-
pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu
dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai
perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam
bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya disuruh
membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai
perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang
dipelajari.

4.3.2.3. Kaedah terus


Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan
Harald Palmer antara tahun 1920-1935.
Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana
pernah digunakan unruk melatih pegawai tentera dan
diplomat dalam Perang Dunia Kedua.
kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang
berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan
segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa
yang telah diketahui oleh murid-murid.
Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak
menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara
berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa
yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan
benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya
pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-
pengalaman yang telah sedia ada. Kemudian harus
menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui
soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran
haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak
mempelajari bahasa ibunda mereka.

4.3.2.4. Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara


demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus
berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan
kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa
diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan
dan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa
ibunda.
Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi
perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara
terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran
itu dalam bahaa ibunda pula. Contohnya diberi dalam
bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa
ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat
daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi
bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog
dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian-
bahagiannya.
Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian
seperti latihan dalam pertuturan, karangan-karangan lisan,
latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan
dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu
pula menggunakannya dalam bentuk-bentuk .

4.3.2.5. Kaedah linguistik


Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa
moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara
dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus
tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping
aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-
lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.
Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-
bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi
pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah
berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam
bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih
bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa
ibunda mereka.
Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi
membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah
diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.
Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan
nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang
dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

4.3.2.6. Kaedah kod kognitif


Kaedah ini adalag berasaskan pendapat gologan
mentalis yang memandang bahasa sebagai satu kreativiti
mental.
J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan
pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan.
Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus-
rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik.
Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu
bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak
dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus - rumus
bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat.
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna.
Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus
mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-
hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.
Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa,
lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian
ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa
diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui
pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat
dipentingkan.

4.3.2.7. Kaedah bahasa komuniti


Pembelajaran bahasa komuniti atau ‘Community
Language Learning’ merupakan cara pembelajaran bahasa
yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan
rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan
teori CLL.
Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah
bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model
abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami
sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa
bahasa itu.
Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan
corak tatabahasa menyerupai teori struktural. Namun,
pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu
teori bahasa yang agak berlainan yang disebut sebagai ‘
Bahasa Sebagai Proses Sosial’
Bagi CLL, pembelajaran manusia sebenarnya
melibatkan kongnitif dan afektif. Inilah yang disebut sebagai
pembelajaran ‘Whole Person’.
Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang
melibatkan guru dan pelajar dalam satu interaksi. Justeru
perhubungan antara mereka perlu diperkembangkan.
Kejayaan dalam mempelajari sesuatu bahasa
berhubung kait dengan perhubungan yang baik antara
pelajar dan guru, dan sesama pelajar.
Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing
daripada pelajar lain.
Curran menekankan kemesraan, pemahaman dan
penilaian yang positif terhadap harga diri orang lain.
Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu
dalam prosedur kelas CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah
komitmen di pihak pelajar sebelum proses pemerolehan
bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling ketara
dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori
lain.

4.3.2.8. Kaedah Oral – Aural

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan


pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran
bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur,
Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah
ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran
membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar
memahami kebudayaan asing melalui pengalaman
dalam bahasa.
Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah
Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara
ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik
dengan memberi perhatian kepada Intonasi yang betul,
sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman
boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa
yang diajar.
Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan
kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini
dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian
barulah latihan menulis bebas dibenarkan.

4.4. TEKNIK
4.4.1. Definisi Teknik

Teknik merupakan satu cara yang paling berkesan untuk


mencapai objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka untuk
satu jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada satu masa
sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan
haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan.
4.4.2. Jenis teknik
4.4.2.1. Teknik drama

Drama ialah melakonkan cerita tertentu dalam situasi


yang lengkap penerangannya
Teknik ini merupakan satu cara utk membolehkan murid
sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman
yang spontan, tidak dilatih terdahulu dan seolah-olah hidup
utk obejktif P & P.
Teknik ini melibatkan gambaran atau membayangkan
sesuatu situasi atau keadaan yang kemudian dilakonkan
tanpa sebarang skrip.
Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu murid
menggunakan prinsip yang dikaji dalam bentuk abstrak . ia
juga dapat membolehkan murid memahami motivasi atau
tujuan orang lain dengan melakonkan peranan orang
tersebut dan meningkatkan kesedaran murid mengenai
masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga
dapat menambahkan unsur-unsur benar dan hidup(realisme)
serta menambahkan berbagai-bagai bentuk aktiviti untuk
mencapai objektif P & P murid

4.4.2.2. Teknik latih tubi

Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta-


fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar
ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk
melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik
ini perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains
atau mata pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana
latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan
hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran
seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat
fakta-fakta yang terpenting
Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan
teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan kebebasan
berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan
mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat
membosankan kepada murid-murid. Seterusnya ialah
maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal
sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan
yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran
sebagai satu tindakan mekanikal.

4.4.2.3. Teknik permainan bahasa

Teknik permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang


menarik dan boleh meninggalkan kesan yang baik dalam
pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah bertujuan
menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk
menghilangkan kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya
tidaklah hanya khusus untuk kemahiran lisan sahaja malah
diaplikasikan untuk semua kemahiran.
Terdapat beberapa jenis permainan bahasa ini antaranya
ialah Permainan menyampaikan pesan, Permainan memerhati
dan mengingat, Permainan berpasangan, Tekalah saya,
Permainan menikam angka, Slip undian.
Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran
tidak formal dan menyeronokkan dan mampu mengekalkan
minat pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. Selain dapat
mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang
kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan
melibatkan diri.

4.4.2.4. Teknik bercerita

Bercerita adalah merupakan Jalinan dan susunan


mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar atau
khayalan pencerita sahaja.
Teknik bercerita ini adalah merupakan kaedah
mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi
pelajarannya melalui cerita. Teknik ini merupakan satu
cara penyampai yang sesuai dengan sifat semula jadi
pelajaran. Pelajar akan lebih cepat menumpukan
perhatian sekiranya pelajaran disampaikan menyentuh
dan membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka.
Sewaktu merancang aktiviti ini guru perlulah memilih
cerita yang sesuai dengan peringkat umur, minat dan
kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu
rapi daripada segi menghafal cerita dan menyediakan
alat bantu.
Guru perlulah memastikan semua pelajar bersedia
mendengar cerita yang ingin disampaikan.
Selain itu juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti
tertentu seperti mempunyai suara yang jelas agar
penyampaian cerita dapat difahami.
Seterusnya ialah guru perlulah memastikan perkataan
dan ayat yang digunakan perlu sesuai dengan kebolehan
pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah
mengadakan sesi penilaian terhadap murid .

You might also like