You are on page 1of 12

Pendahuluan

Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik

yang mengkaji tentang makna. Semantik adalah suatu istilah tambahan

yang baru diperkenalkan dalam kajian linguistik. Dari segi istilah, semantik

berasal dari kata Yunani iaitu sema yang menerbitkan kata semainein

yang bermaksud ‘menunjukkan’, ‘bermakna’ atau ‘bererti’. Bidang

semantik sudah lama menarik perhatian ahli bahasa. Perkataan

semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis bernama

Michel Breal dalam bukunya Semantics Studies in the Science of

Meaning.

Semantik berkait rapat dengan makna, oleh itu definisi makna

dalam dalam linguistik haruslah dilihat juga sebagai semantik. Menurut

Harimurti Kridalaksana, semantik mempunyai dua pengertian iaitu

semantik adalah sebahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan

dengan makna dari ucapan dan juga struktur makna sesuatu pertuturan

dan pengertian yang keduanya ialah semantik adalah satu sistem dan

penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Radiah Yussof dan Nor’Aini

Ismail pula berpendapat bahawa semantik merupakan istilah teknikal

untuk kajian tentang makna perkataan, frasa, ayat dan ungkapan dalam

bahasa manusia. Hasil analisis semantik akhirnya mengarah kepada

pandangan dunia orang yang menggunakan bahasa itu bukan sahaja

sebagai wahana untuk bercakap dan berfikir, tetapi untuk

1
mengkonsepsikan dan menginterpertasikan dunia sekeliling mereka. Pada

pendapat mereka, makna penutur ialah makna yang hendak disampaikan

oleh penutur sesuatu bahasa.

Kertas kerja ini akan memperkatakan tentang semantik dalam teks

kesusasteraan atau lebih tepat kertas kerja ini adalah satu analisis teks

kesusuateraan dari sudut semantik. Dalam semantik, makna terbahagi

kepada pelbagai jenis antaranya ialah makna konteks, makna rujukan

dan bukan rujukan, makna konseptual, makna asosiatif, makna stilistik,

makna kata, makna idiom, makna istilah, makna denotatif dan makna

konotatif

Objektif kajian ini adalah membincangkan tentang makna

denotatif dan makna konotatif dalam ujaran.

Kajian ini dibataskan kepada aspek-aspek yang bukan linguistik

seperti makna denotatif dan makna konotatif. Berhubung hal ini terdapat

beberapa faktor yang mempengaruhi makna ujaran seseorang, antaranya

ialah persepsi dan tanggapan, jauh atau rapat hubungan penutur dan

pendengar, pemilihan diksi, intonasi, aliran fikiran dan kebudayaan.

Pengkaji akan mengupas bagaimana enam faktor ini boleh mempengaruhi

pemahaman penutur, pendengar dan pembaca. Untuk tujuan ini, pengkaji

telah memilih cerpen Abang, Isteri dan Anak-Anaknya, Kawan, Malam

karya Zaharah Nawawi, Mengenal Erti Hidup karya Tuan Faridah Syed

Abdullah, Malapetaka karya Mohd Kassim Mahmud dan Singkowoton

karya Azmah Nordin sebagai bahan kajian.

2
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Makna

Faktor pertama yang akan disentuh oleh pengkaji ialah tanggapan

dan persepsi. Dalam kajian dari sudut semantik ini, persepsi dan

tanggapan penting dalam pemahaman maksudnya. Ini dapat dilihat dalam

ungkapan yang dipetik daripada cerpen Kawan karya Zaharah Nawawi di

bawah:

“Kini setelah aku benar-benar dewasa dan berakal, setelah ayah

pergi terlalu jauh meninggalkanku, baru aku mengerti bahawa kata-kata

ayah adalah benar belaka”

Ungkapan setelah ayah pergi terlalu jauh meninggalkanku membawa

makna yang berbeza mengikut persepsi dan tanggapan seseorang.

Ungkapan tersebut boleh ditafsirkan sekurang-kurangnya untuk dua

makna yang berbeza berdasarkan konteksnya. Pertama, secara tersurat

bahawa ayahnya telah pergi atau berpindah jauh ke tempat atau ke

kawasan lain. Kedua, ungkapan itu secara tersirat membawa makna

bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Hakikat ini tentu sahaja boleh

berlaku kerana dalam menanggapi makna. Penutur dan pendengar

sedapat mungkin mentafsir lambang-lambang bahasa yang digunakan.

Halangan yang wujud dalam pemahaman boleh menjejaskan penafsiran

terhadap maksud sebenar.

3
Faktor ini boleh diperjelaskan lagi dengan dengan contoh di bawah

yang dipetik daripada cerpen karya Zaharah Nawawi yang bertajuk

Abang, Isteri Dan Anak-Anaknya:

“Diam…diam…di mana sakit, nak? Di mana? Itulah, nakal sangat.

Budak nakal memang dibenci orang.”

Dialog di atas adalah antara ibu dan anaknya. Dialog tersebut boleh

ditafsir sekurang-kurangnya untuk dua makna. Pertama, bentuk pujukan

atau nasihat untuk anaknya supaya jangan bersikap nakal lagi kerana

budak nakal tidak akan disukai orang. Makna yang kedua pula ialah

ungkapan itu ditujukan kepada pendengar kedua yang bertujuan untuk

sindiran. Ungkapan /budak nakal dibenci orang/ merujuk kepada sindiran

terhadap pendengar kedua. Ini dapat diperjelaskan dalam baris

berikutnya, “…kudengar suara Kak Ton jelas sekali seperti memperliku.

Untuk lebih jelas lagi, cuba teliti dialog yang dipetik dari cerpen

Malapetaka karya Mohd. Kassim Mahmud di bawah:

“Tidak, kami tidak mahu berpindah, perairan ini akan kami

pertahankan walaupun tanpa ketua. Kami bukan pengecut”

“Ini bukan soal pengecut atau berani, jika kita tinggalkan tempai ini

bukan bererti kita tidak mempertahankan tempat tinggal kita. Ini

soal hidup atau mati.”

Berdasarkan dialog di atas, persepsi yang berlainan terhadap siapa

penuturnya akan timbul dalam fikiran pembaca. Mungkin watak yang

berdialog itu dalam kalangan nelayan yang mempertahankan kawasan

4
kediaman dan tempat mereka mencari rezeki dari diceroboh. Mungkin

juga boleh ditanggap dialog tersebut adalah di antara petugas- petugas

negara yang berkawal di sempadan perairan demi keselamatan negara.

Jika diteliti dalam dialog yang seterusnya iaitu “Ah, jangan jadi bodoh dan

berfikiran sempit, sedangkan manusia tidak mampu mempertahankan

kemaraan minyak itu apa lagi kita.”

Berdasarkan ungkapan di atas, amat jelas watak yang mengeluarkan

ungkapan tersebut adalah bukan manusia. Watak tersebut boleh

ditanggap dengan jitu bila meneliti rangkap seterusnya:

“…. keempat-empat kakiku tidak lagi berdaya untuk terkodek-

kodek di tengah lautan yang maha luas. Tubuh besar berat

bercangkerang tuaku perlahan-lahan mendap ke dasar laut.

Pandanganku menjadi gelap gelita.”

Apabila frasa /keempat-empat kakiku/ dan /tubuh besar berat

bercangkerang tuaku/ tiba di mata pembaca, sudah pasti pembaca dapat

membuat tanggapan yang tepat siapakah watak tersebut

Dalam aspek pengkajian makna ini hubungan antara penutur dan

pendengar juga diambilkira. Ini dapat dijelaskan dengan contoh dialog

antara ibu dan yang dipetik daripada cerpen Kawan di bawah:

“Ke mana engkau menghilang?”

“Be…” jawabku pendek. Ibu tak bertanya lagi.

5
Di sini dapat dibuktikan bahawa si ibu dapat memahami apa yang

dimaksudkan dengan ungkapan /be../ oleh si anak walaupun ianya adalah

satu ungkapan yang tidak lengkap. Ini kerana hubungan mereka yang

sangat rapat. Dalam konteks ini, jika penutur dan pendengar tidak berada

dalam lingkungan yang sama dan jauh jarak hubungannya, makanya

makna daripada ungkapan tersebut sudah tentu tidak akan kesampaian.

Selain daripada dua faktor yang telah dijelaskan di atas, pemilihan

diksi juga mempengaruhi pemahaman makna. Ungkapan yang

dikeluarkan oleh penutur lebih terkesan di hati pendengar dengan

penggunaan dan pemilihan diksi oleh penutur walaupun maksud yang

hendak disampaikan itu adalah sama. Ini dapat dibuktikan dengan dialog

yang dipetik dari cerpen Mengenal Erti Hidup karya Tuan Faridah Syed

Abdullah di bawah:

Dialog 1: “Kamu buat kerja bodoh macam lembu, otak udang! Kalau

nak masukkan anak ciku tu sekali dengan polibeg, macam

mana pokok itu nak besar? Macam mana akarnya nak

keluar? Tongong!”

Dialog 2: “Hah, mana CIRP? Tak letak CIRP, akar pokok lambat

tumbuh. Pokok lambat nak besar. Nanti jadi macam kamu!”

Pada pendapat pengkaji, diksi yang dipilih oleh penutur untuk

membandingkan sifat bodoh pendengar dalam dialog 1 dan dialog 2, diksi

dalam dialog 1 lebih terkesan di hati pendengar kerana dirinya

6
dibandingkan dengan sifat seekor haiwan iaitu dalam ungkapan /bodoh

macam lembu/. Ini dapat dibuktikan melalui reaksi oleh pendengar: ….

Marina berasa seperti disimbah air lumpur ke mukanya. “Setan! Gila!

Hantu kau Encik Murad! Jaga kau nanti!”

Dalam dialog kedua, walaupun apa yang diungkapkan oleh penutur

itu adalah sama maksudnya dengan dialog yang pertama namun ianya

lebih lembut. Ini dilihat dalam ungkapan /pokok lambat nak besar, nanti

jadi macam kamu/. Ungkapan ini dianggap lebih lembut berbanding

ungkapan pertama kerana pemilihan diksi kepada objek bandingan itu

adalah tumbuhan bukan haiwan. Ini dapat dibuktikan dengan melihat

reaksi pendengarnya …Marina mengikut tanpa kata, walaupun muka

ditarik jadi macam asam kecut.

Pemahaman makna juga dipengaruhi oleh intonasi pengucapan

sesuatu ujaran oleh penutur. Walaupun ujaran yang dikeluarkan itu sama,

maksud ujaran tersebut akan berubah jika penutur menggunakan intonasi

yang berlainan. Ini dapat dibuktikan dalam dialog yang dipetik daripada

cerpen Kawan ini iaitu:

“Kau tak perlu memberitahu sesiapa kerana aku tidak bercadang

hendak ke mana-mana”

Jika ungkapan ini diucapkan dalam intonasi yang lembut dan mendatar

ianya boleh membawa maksud penutur berniat untuk memenangkan dan

melegakan hati pendengar yang memerlukan bantuannya dan amat

7
berharap serta berusaha sedaya upaya agar penutur tidak berpindah ke

tempat lain. Walau bagaimanapun jika ungkapan ini diungkap secara

kasar, “Kau tak perlu memberitahu sesiapa kerana aku tidak bercadang

hendak ke mana-mana!” akan membawa maksud ugutan kepada

pendengar. Ungkapan ini boleh menggambarkan situasi tegang antara

penutur yang mempunyai kedudukan yang kukuh dalam sesebuah

institusi dan pendengar yang sedaya upaya berusaha untuk

melenyapkannya dari situ.

Maksud ini boleh dijelaskan lagi dengan contoh ungkapan yang

juga dipetik dari cerpen Kawan:

Dihulur kepadaku sebiji jambu bol yang telah kudapat agak dari

mana asalnya.

Sambil menyambar jambu lantas menyorong ke mulut sempat aku

bertanya “Di mana kau dapat jambu ni , Pungut?

Soalan yang dikemukakan oleh penutur di atas boleh dianggap sebagai

pertanyaan yang memerlukan jawapan dan juga boleh dianggap sindiran.

Ini bergantung kepada intonasi yang digunakan oleh penutur mengikut

konteksnya. Kesilapan dalam memilih nada suara dalam sesuatu ujaran

boleh mengubah maknanya.

Aliran fikiran antara penutur dan pendengar juga merupakan

penyumbang kepada pemahaman makna dalam sesebuah perbualan.

Jika aliran fikiran antara penutur dan pendengar tidak searah ia akan

8
membawa kepada kesalahtafsiran makna dan akan wujudlah halangan

komunikasi. Ini menyebabkan tujuan ujaran tidak akan kesampaian. Hal

ini boleh dibuktikan oleh pengkaji dengan memberi contoh dialog yang

dipetik daripada cerpen Malam:

“Ana hendak ke mana?”

“Keluar”

“Untuk apa?”

“Makan”

“Makan?. Cari makan? Mari dengan saya”

“Ke mana?”

“Ke atas”

“Untuk apa? Makan?”

“Ah, pura-pura tanya pulak!” Azmi menarik tangan Hana dengan

keras. Hana kebingungan.

Dalam dialog di atas, jelas bahawa frasa /makan/ adalah frasa yang

berkonotasi mengikut aliran fikiran kedua pihak yang terlibat dalam

perbualan tersebut. Amat jelas di sini kedua-dua individu yang terlibat

mempunyai aliran fikiran yang berbeza. Pada individu yang bernama

Hana, frasa /makan/ yang dimaksudkan olehnya adalah perlakuan

memamah dan menelan makanan manakala /makan/ yang dimaksudkan

oleh individu yang bernama Azmi ialah memuaskan nafsu seks. Maka

jelaslah di sini bahawa aliran fikiran penutur dan pendengar

9
mempengaruhi pemahaman makna dalam ujaran dan jika ada

percanggahan dalam aliran fikiran ini, maksud tidak akan kesampaian.

Pemahaman makna dari sudut aliran fikiran ini juga bergantung kepada

aliran fikiran pembaca. Ini dapat dijelaskan oleh pengkaji melalui monolog

yang dipetik daripada cerpen Erti Kehidupan.

“Ini semua gara-gara papa”. Marina merungut geram sambil

tangannya menghayun cangkul tinggi sebelum mata cangkul itu

mencekam tanah. “Kalau tidak kerana papa, mati hidup balik pun

aku tak akan buat kerja ni!”

Pemahaman makna monolog di atas akan mengikut aliran fikiran

pembacanya. Mungkin sesetengah pembaca menanggapi penutur

tersebut telah dipaksa oleh bapanya untuk melakukan sesuatu yang salah

di sisi undang-undang atau terpaksa menunaikan permintaan bapanya

walaupun telah menyedari perkara tersebut menyalahi undang-undang.

Mungkin ada pembaca yang menanggapi bahawa permintaan si bapa

adalah untuk memberi kesedaran kepada anaknya betapa jerihnya

pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mendapatkan kesenangan

pada kemudian hari. Ini dapat dilihat dalam ungkapan di bawah:

“Papa hantar Rin supaya Rin tahu kesusahan hidup. Dari

kesusahan kita dapat membina kekuatan kerana hidup ini memerlukan

kekuatan, Rin. Buang sifat-sifat manja. Rin, papa punya tiga puteri, papa

tak ada anak lelaki tapi papa punya estet untuk diuruskan”

10
Pemahaman makna dari sudut aliran fikiran ini bergantung kepada positif

atau negatifnya fikiran pembaca.

Kebudayaan antara sesebuah masyarakat juga boleh

mempengaruhi makna ungkapan. Ini dapat dibuktikan dalam ungkapan

yang dipetik daripada cerpen Singkowoton karya Azmah Nordin iaitu:

“Solisir, apabila engkau memakan lemak ini, roh tengkorak itu

akan melindungi kau.” Sesuatu ungkapan atau frasa yang menjijikkan

dan menyeramkan boleh dianggap sebaliknya dalam sesebuah

masyarakat kerana budayanya. Frasa /lemak/ dan /tengkorak/ dalam

ungkapan di atas boleh menimbulkan perasaan jijik dan menyeramkan

kepada mereka yang berada di luar budaya tersebut tetapi ia memberi

maksud suci dan pelindung kepada masyarakat berkenaan.

Pengertian sesebuah ungkapan juga akan hanya difahami oleh

mereka yang merupakan anggota masyarakat tersebut. Ini disebabkan

oleh perbezaan kebudayaan. Istilah-istilah yang digunakan hanya dapat

difahami oleh anggota masyarakat tersebut yakni yang mengamalkan

budaya yang sama. Hal ini dapat dibuktikan oleh pengkaji dengan

memetik sebuah ungkapan daripada cerpen Singkowoton:

“Ah, biarpun keempat-empat lemak kering yang bergantungan

bersama tengkorak antik yang dijadikan singkowoton di bahagian

tengah dewan lansaran itu mereka makan, belum tentu mereka

akan terselamat daripada malapetaka”

11
Kata /singkowoton/ dan /lansaran/ ialah istilah yang cuma digunakan

dalam masyarakat berkenaan yang sudah pasti anggotanya

mengamalkan cara hidup yang sama. Istilah tersebut hanya dapat

difahami sesama mereka. Jika kata tersebut dituturkan kepada mereka

yang diluar budaya berkenaan, maksudnya sudah pasti tidak akan

kesampaian dan kata tersebut tidak akan memberi apa-apa makna.

Kesimpulan

Kesimpulannya semantik adalah sebahagian daripada kajian ilmu

linguistik yang meneliti makna sama ada dalam morfem, kata, frasa,

klausa dan ayat. Penutur akan menggunakan komponen-komponen ini

untuk menyatakan sesuatu yang hendak disampaikan kepada pendengar.

Pendengar pula akan berusaha untuk mentafsir dan memahami apa yang

hendak disampaikan oleh oleh penutur. Dalam hal ini tafsiran dan

pemahaman akan bergantung kepada persepsi dan tanggapan, jarak

hubungan, pemilihan diksi oleh penutur, aliran fikiran mereka yang terlibat

dalam pertuturan, intonasi yang digunakan dan juga kebudayaan.

12

You might also like