P. 1
Tugasan 4

Tugasan 4

4.0

|Views: 3,240|Likes:
Published by suryatee

More info:

Categories:Types, Research
Published by: suryatee on Jul 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/14/2013

pdf

text

original

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN (GGGB 5023) KERTAS PEMBENTANGAN SEMINAR 2009 TAJUK : Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan

Satu Terhadap Tajuk Istinjak Dengan Menggunakan Bahan Maujud OLEH : Mohd Azizi bin Sulaiman (P 48607) Badrol Hisham Bin Majid (p 48671) Mohd Hafiz Bin Hassan (P 48678) Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581) Suryatee binti Abd Rashid (P 48696)

UNTUK : Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin

KELOLAAN : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

2 MEMPERTINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAP TAJUK ISTINJAK DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD Mohd Azizi bin Sulaiman Badrol Hisham Bin Majid Mohd Hafiz Bin Hassan Siti Zubaidah binti Ingsa Suryatee binti Abd Rashid Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2009, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak: Kajian ini membincangkan tentang mempertingkatkan minat pelajar tingkatan satu terhadap tajuk istinjak dengan menggunakan bahan maujud. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap tajuk istinjak melalui bahan maujud, mengklasifikasikan jenis-jenis bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak dan mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak. Bagi memperolehi dapatan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian melalui guru dan video serta penilaian daripada penyelia yang merangkumi Kemahiran A: Permulaan, Variasi, dan Penerangan, Kemahiran B: Penggunaan Papan Hitam dan Pengesanan, Kemahiran C: Menjelaskan dengan contoh, Peneguhan, dan Pengesanan serta Kemahiran D: Penyoalan dan Pengesanan. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 9 orang pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) major Pendidikan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran guru berkesan dan dapat menarik minat pelajar dengan penggunaan bahan maujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hanya sedikit sahaja penambahbaikan yang perlu guru perbaiki bagi meningkatkan lagi mutu pengajarannya pada sesi yang lain. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada para pentadbir dan pelajar amnya dan para guru Pendidikan Islam khususnya. PENGENALAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masakini, guru digalakkan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Di samping itu, untuk menarik minat pelajar, bahan dan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran sejak ia dilaksanakan dalam tahun 1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di maktab-maktab perguruan telah diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai

3 pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti. Persoalan yang sering ditanya ialah : Sejauh manakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang didedahkan kepada guru pelatih semasa dimaktab dapat dipraktikan disekolah ? Adakah amalan guru dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran, saiz kelas dan faktor masa ? Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara kita akan dibestarikan. Sekolahsekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media. Oleh itu, guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Guruguru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam. Kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum latihan perguruan di universiti-universiti dan maktab-maktab perguruan (kini institut perguruan) memberi penekanan dengan melatih bakal guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai pelbagai kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu pendidikan di antaranya Pedagogi, Psikologi Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Sosiologi dan Profesionalisme Dalam Pendidikan, ‘Mikro Teaching’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan latihan yang diberikan di tempat pengajian, mereka dihantar pula ke sekolah-sekolah untuk menjalani latihan mengajar sebelum bergelar seorang guru. Mereka didedahkan dengan pelbagai kaedah mengajar, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan maujud dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai guru di sekolah kelak. Persoalannya, sejauhmanakah ilmu yang

4 diperolehi sepanjang pengajian itu dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah terutamanya dalam penggunaan bahan maujud. Objektif Kajian Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah untuk: i. Meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap tajuk istinjak melalui bahan maujud. ii. Mengklasifikasikan jenis-jenis bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak.

iii.

Mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak.

Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan objektif kajian tercapai di antaranya ialah: i. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap tajuk istinjak? ii. Bagaimanakah mengklasifikasikan jenis-jenis bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak? iii. Bagaimanakah mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak. Kepentingan Kajian Kajian yang dilakukan ini akan memberi faedah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan khususnya yang melibatkan Bahan Maujud dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Antara pihak-pihak yang boleh mendapat faedah dari kajian ini ialah seperti berikut:

5 Guru Menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah-sekolah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada kajian ini akan membolehkan mereka menilai semula pengajaran mereka. Seterusnya ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru ke tahap yang lebih membanggakan. Kajian ini juga mampu membantu guru-guru Pendidikan Islam agar dapat menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar. Pentadbir sekolah Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui pemilihan Alat Bantuan Mengajar serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Dengan itu, diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan pendedahan sumber pengajaran yang berbagai bentuk. KAJIAN KEPUSTAKAAN Bahan bantu mengajar bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara akan dibestarikan (Lai, Khaw dan Seah, 2002). Sekolah-sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan alat bantu mengajar yang merangkumi pelbagai perkara. Guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai

6 dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Dengan itu, guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar ataupun bahan maujud khususnya bagi matapelajaran pendidikan islam dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahanbahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar ataupun bahan maujd perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001). Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan bahan bantu mengajar kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih BBM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan BBM amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Di antara kepentingan BBM yang dapat disebutkan di sini adalah seperti berikut: i. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran. ii. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. iii. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. METODOLOGI Sampel kajian ini terdiri daripada 9 orang pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) major Pendidikan Islam. Mereka ini terdiri daripada bakal guru Pendidikan Islam yang menjalani kelas mikro dan makro. Guru yang mengajar tajuk Istinjak merupakan salah seorang pengkaji bagi kajian tindakan ini.

7 Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Istinjak. Tempoh kajian dilaksanakan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam iaitu 40 minit. Pemerhatian dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan serta pemerhatian yang dilakukan menggunakan rakaman video digunakan sebagai instrumen kajian Pemerhatian dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji akan membuat pemerhatian sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Perkara-perkara yang diperhatikan ialah respon dan tingkah laku pelajar di dalam kelas. Ia akan melihat samada respon yang diberikan berbentuk positif seperti memberikan perhatian terhadap pengajaran guru, mengambil bahagian dalam setiap aktiviti di dalam kelas, terhibur atau membuat hal sendiri dan boleh menerima dan mengikut arahan yang diberikan atau berbentuk negatif seperti pelajar membuat hal sendiri, tidur, membuat bising, tidak memberikan perhatian dan lain-lain. Pemerhatian ini melibatkan semua pelajar di dalam kelas dan setiap pemerhatian akan di catat di dalam buku supaya tidak hilang atau terlupa di akhir pengajaran nanti. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan rakaman video pula akan mengimbas kembali proses p&p yang telah dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti setiap kelemahan yang perlu dibaiki dan kelebihan yang perlu dikekalkan. Ini bagi mengelakkan daripada guru ini akan terlepas pandang sesuatu kelemahan dalam kaedah pengajarannya yang telah dijalankan. Intrumen lain yang digunakan dalam kajian ialah melalui penilaian dan komen penyelia yang turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Penilaian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran guru serta kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar terhadap tajuk Istinjak dengan menggunakan bahan maujud penilaian dan komen tersebut merangkumi : i) ii) iii) iv) Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan. Kemahiran B: Penggunaan papan hitam dan pengesanan. Kemahiran C: Menjelas dengan contoh, peneguhan dan pengesanan. Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.

8 PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data yang digunakan ialah melalui pemerhatian dan penilaian penyelia. Pemerhatian ini pula terbahagi kepada dua iaitu: i) ii) Pemerhatian dilakukan oleh guru sewaktu proses p&p berlaku. Pemerhatian keseluruhan kelas melalui rakaman video semasa proses p&p berjalan di dalam kelas. Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh guru, guru akan membuat pemerhatian sebelum, semasa dan selepas proses p&p dilakukan. Perkara-perkara yang diperhatikan ialah respon dan tingkah laku pelajar di dalam kelas. Ia akan melihat samada respon yang diberikan berbentuk positif seperti memberikan perhatian terhadap pengajaran guru, mengambil bahagian dalam setiap aktiviti di dalam kelas, terhibur atau membuat hal sendiri dan boleh menerima dan mengikut arahan yang diberikan atau berbentuk negatif seperti pelajar membuat hal sendiri, tidur, membuat bising, tidak memberikan perhatian dan lain-lain. Pemerhatian ini melibatkan semua pelajar di dalam kelas dan setiap pemerhatian akan di catat di dalam buku supaya tidak hilang atau terlupa di akhir pengajaran nanti. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan rakaman video pula akan mengimbas kembali proses p&p yang telah dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti setiap kelemahan yang perlu dibaiki dan kelebihan yang perlu dikekalkan. Ini bagi mengelakkan daripada guru ini akan terlepas pandang sesuatu kelemahan dalam kaedah pengajarannya yang telah dijalankan. Kaedah pengumpulan data yang seterusnya adalah melalui penilaian dan komen penyelia yang turut serta dalam sesi p&p yang dijalankan. Penilaian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran guru serta kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar dari pelbagai segi contohnya seperti:

9 i) Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan. Kriteria • • • • • • • • • • • • • • Menarik perhatian Membangkitkan minat Menstruktur Membuat cantuman Gestur Pola percakapan Penggunaan pelbagai deria Interaksi guru – pelajar Pergerakan guru Kejelasan Penegasan Petunjuk Perancangan Guru melihat, menyoal dan bergerak Bil Item 1 Permulaan

2

Variasi

3

Penerangan

4

Pengesanan

ii)

Kemahiran B: Penggunaan papan hitam dan pengesanan. • • • • • • • • • Kriteria Alat tulis dan lukis Penggunaan ruang (pembahagian papan hitam) Format penulisan (tajuk dan susunan idea) Ilustrasi (penggunaan idea dari ilustrasi asas, besar, ringkas dan jelas. (besar, jelas, tegak, seragam, ada ruang, dan bentuk huruf) Baris tulisan selari Tidak menulis atas huruf atau perkataan Pemadaman bersih / tulisan jelas Guru melihat, menyoal dan bergerak

Bil Item 1 Perancangan

2 3

Kualiti Tulisan Kemas

4

Pengesanan

iii)

Kemahiran C: Menjelas dengan contoh, peneguhan dan pengesanan. Kriteria • • • • • • • • • • Ringkas Relevan Menarik Penggunaan media Penyertaan pelajar Berbahasa Gestur Aktiviti Kesesuaian (masa dan tahap pelajar) Guru melihat, menyoal dan bergerak

Bil Item 1 Menjelaskan dengan contoh

2

Peneguhan

3

Pengesanan

10 iv) Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.

9

Kriteria Hentian sebentar (sesuai dengan tahap soalan) Menerima jawapa salah dengan muka manis Dorongan Meminta penjelasan lanjut Alih tumpuan (kaitan dengan topik/ konsep yang lain) Ubah haluan (meminta pendapat pelajar yang lain) Menjemput bukan sukarelawan Jenis soalan • Ingat semula • Pemahaman • Penggunaan (aplikasi) • Analisis • Sintesis • Penilaian Pengesanan (Guru melihat, menyoal dan bergerak)

ANALISIS DATA & DAPATAN KAJIAN Pemerhatian guru dan video Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan Berdasarkan dapatan kajian melalui pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses p&p yang akan diajar oleh guru selanjutnya. Hal ini kerana guru menunjukkan bahan maujud seperti batu, tisu, kulit kayu, daun kering, kertas kesat dan kain perca semasa set induksi di awal proses p&p. Pelajar kebanyakannya tertanya-tanya kepada guru apakah kegunaan bahan-bahan maujud tersebut. Sebelum guru memberikan jawapan tentang proses pengajaran pada hari itu, beliau telah meminta pelajar meneka apakah kegunaan dan sebab bahan-bahan maujud itu dibawa. Respon yang diterima daripada pelajar adalah sangat aktif. Dalam pemerhatian, pengkaji mendapati kelas menjadi lenih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.

11 Sewaktu proses perkembangan p&p dijalankan, pengkaji mendapati guru menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional. Guru menggunakan bahan konvensional berbentuk peta minda untuk menerangkan isi pengajaran kepada pelajar. Manakala penggunaan multimedia bagi menayangkan gambar-gambar seperti jenis-jenis air yang digunakan untuk bersuci dan alat-alat yang diharamkan untuk bersuci seperti kaca, duri, makanan dan lain-lain bagi meningkatkan minat dan kefahaman pelajar di dalam pembelajaran mereka. Disini pengkaji mendapati penggunaan multimedia sebagai pengubah haluan dan minat pelajar supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja. Berdasarkan respon pelajar, pengkaji mendapati mereka lebih berminat untuk mengikuti p&p selanjutnya. Pengkaji mengandaikan sedemikian kerana mendapati bahawa para pelajar tekun mendengar penerangan daripada guru. Sesekali guru ada menyelitkan unsur cerita dan jenaka untuk mengelakkan pelajar bosan dan mengantuk. Kemahiran B: Penggunaan papan hitam dan pengesanan. Dapatan kajian melalui kemahiran B pula, pengkaji dapati guru tidak mempunyai perancangan di dalam penggunaan papan hitam sepanjang proses p&p dijalankan. Akan tetapi guru telah menggunakan bhan bantu mengajar berbentuk konvensional seperti yang telah dinyatakan di atas. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji dapati kualiti tulisan yang ditulis di atas bahan bantu mengajar yang digunakan kemas, tegak, idea yang tersusun dan seragam tetapi terdapat beberapa kelemahan seperti tulisan agak kecil dan kurang jelas. Ini menyebabkan pelajar kurang jelas dengan perkataan sehingga memaksa guru memegang bahan bantu mengajar tersebut dengan jarak yang dekat dengan mereka. Kemahiran C: Menjelas dengan contoh, peneguhan dan pengesanan. Melalui kemahiran C, pengkaji dapati kelas semakin hidup dan penglibatan semua pelajar sangat aktif. Ini kerana guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun dengan iringan muzik yang rancak. Di dalam kotak beracun tersebut, guru meletakkan beberapa jenis bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar terhadap pembelajaran pada hari itu.

12 Dapatan mendapati respon pelajar begitu seronok, terhibur dan faham dengan pembelajaran pada hari itu. Ini kerana setiap cabutan soalan dan bahan maujud yang terkandung di dalam kotak beracun itu mampu dijawab dengan baik dan tepat. Selepas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar, guru akan membuat sedikit ulasan ringkas bagi mengukuhkan pemahaman pelajar. Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan. Bagi kemahiran D, beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji seperti tenik penyoalan yang dilakukan. Guru telah meminta penerangan lanjut daripada pelajar atas jawapan yang diberikan untuk mendidik mereka supaya berani mengeluarkan pendapat dan pandangan sendiri. Disamping itu, teknik penyoalan yang dilakukan oleh guru menepati kriteria bagi kemahiran D. Setiap persoalan yang diajukan kepada pelajar, guru menerima setiap jawapan yang diberikan dengan muka yang manis samada jawapan yang diberikan betul ataupun salah. Ini akan membina keberanian dan semangat pelajar untuk sentiasa cuba menjawab soalan walaupun mereka merasakan jawapan itu kurang tepat. Sepanjang proses p&p juga, guru didapati kerap memberi dorongan yang membina serta nasihat yang berguna untuk pelajar mengamalkannya di dalam kehidupan seharian mereka. Penilaian Penyelia Melalui penilaian dan komen yang diberikan oleh penyelia, kebanyakan komen adalah positif dan membina. Antara komen yang diberikan ialah: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) pengajaran guru semakin baik teknik bercerita yang baik set induksi yang berkesan dan menarik minat pelajar penerangan yang jelas dan mantap gestur yang bagus dan bersesuaian interaksi guru dan pelajar sangat bagus aktiviti yang sangat menarik dan menghidupkan suasana kelas dengan penglibatan semua pelajar. Teknik penyoalan yang baik

13

Walaubagaimanapun penyelia tetap memberi teguran yang membina untuk penambahbaikan beberapa perkara seperti: i) suara guru perlu lebih kuat dan dilontarkan dengan lebih jelas. Ini kerana kadangkala pelajar di bahagian belakang kelas kurang dengar apa yang dituturkan oleh guru. ii) Tulisan di alat bahan bantu mengajar yang digunakan perlu lebih besar dan menggunakan dakwat yang tebal. PERBINCANGAN Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, pengkaji berpendapat ada beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam proses pengajaran yang disampaikan. Ini penting untuk memastikan proses p&p yang dijalankan berjalan lancer dan mengikut seperti yang diharapkan. Guru mestilah prihatin dan peka terhadap suasana di dalam kelas dan tingkah laku pelajar sepanjang proses p&p. Ini bagi memastikan pelajar dan suasana kelas sentiasa terkawal dan pelajar-pelajar di dalam kelas itu tidak pasif sebaliknya sentiasa berinterkasi antara satu sama lain. Pendekatan bahan bantu mengajar yang menarik dan bersesuaian mestilah dititikberatkan oleh guru supaya sesi pengajaran lebih berkesan dan menarik. Mungkin guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai, alam semula jadi dan teknologi terkini yang melangkau sempadan dunia dan masa. Guru juga seharusnya pandai menggunakan pendekatan melalui aktiviti yang mampu menghidupkan suasana kelas seperti lakonan, nyanyian, pertandingan dan sebagainya bagi mengukuhkan pengetahuan yang telah disampaikan. Disamping itu, ia penting untuk memastikan semua pelajar turut terlibat sama dalam sesi pengajaran yang sedang berlangsung. Dalam pada itu, guru juga seharusnya bijak memikirkan kaedah penyampaian ilmu yang menarik dan berlainan seperti membawa pelajar keluar kelas melawat tempat-tempat berkaitan dengan pembelajaran yang dijalankan pada hari itu dan sebagainya. Sesi pengajaran dan pengajaran yang berlangsung tidak boleh tidak pasti menghadapi beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya kelemahan itu datang daripada unsur-unsur luar atau diluar kemampuan guru, maka itu pastinya dapat dimaafkan.

14 Namun sekiranya kelemahan dan kekurangan yang berlaku muncul daripada perbuatan, amalan dan sikap guru itu sendiri, maka seharusnya penambahbaikan harus segera dilakukan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesan yang negative dan diluar jangkaan guru berlaku. Bagi pengajaran guru ini, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah guru seharusnya melontarkan suaranya dengan jelas dan kuat supaya semua pelajar dapat mendengar dan memberikan perhatian yang sewajarnya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah, dimana pelajar akan merasa mengantuk dan bosan sekiranya suara guru yang mengajar agak perlahan dan mendatar. Dalam pada itu, guru akan menyukarkan pelajar untuk memahami dan menangkap maksud pengajaran yang disampaikan. Ini bukan sahaja akan membuatkan proses p&p gagal malah pelajar juga tidak mendapat ilmu yang sepatutnya diterima. Selain itu, guru harus peka dengan bahan bantu mengajar yang digunakan. Sebagai contoh jika memerlukan guru untuk menulis, maka guru seharusnya menulis dengan tulisan yang besar, jelas, kemas dan seragam supaya ia dapat memudahkan pelajar untuk membaca dan memahami pengajaran yang disampaikan. Kebanyakan guru kurang peka akan permasalahan ini. Pada mereka asalkan bahan ini disediakan, maka ia sudah mencukupi sedangkan masalah yang timbul melibatkan pelajar di bahagian belakang kelas. Mereka tidak dapat membaca dan memahami apa yang ditulis dan cuba di sampaikan oleh guru melalui alat bantu mengajar ini. Guru boleh melakukan percubaan awal sebelum menggunakan bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan dengan mempraktikkan sendiri sesi pengajarannnya sebelum diaplikasikan di dalam kelas yang sebenar. RUMUSAN Secara keseluruhannya berdasarkan kajian yang telah dilakukan, didapati usaha guru ini dalam mengetengahkan penggunaan bahan maujud di dalam pengajarannya dapat menarik perhatian pelajar. Ini dapat dilihat daripada dapatan kajian yang diperolehi disamping penilaian oleh oleh penyelia yang kebanyakannya berbentuk positif dan membina. Minat pelajar ini juga dapat dilihat dengan interaksi dan suasana di dalam kelas yang sangat aktif. Melalui aktiviti di dalam kelas seperti music box yang telah dilakukan sememangnya mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana mampu membuat pelajar tidak bosan dengan kaedah penyoalan yang sama dan mendatar.

15 Sememangnya penggunaan bahan maujud di awal pengajaran atau di dalam set induksi patut di gunapakai di dalam topik-topik pendidikan Islam yang lain bahkan mampu diaplikasikan di dalam subjek-subjek pelajaran yang lain. Antara topik Pendidikan Islam lain yang sesuai untuk diaplikasikan penggunaan bahan maujud ini adalah seperti Dalil Kewujudan Allah, Ibadat Haji, Tayammum, Binatang Halal dan Haram di dalam Ialam dan sebagainya. Penggunaan kaedah ini juga seharusnya dipertingkatkan dengan penambahbaikan yang bersesuaian pada masa akan datang. RUJUKAN Jabatan Ilmu Pendidikan MPSS. http://www.teachersrock.net/pdkt.htm [8 Julai 2009]. Kaedah & Teknik Mengajar. 2008. http://www.scribd.com/doc/3394071/Kaedah-TeknikMengajar [8 Julai 2009]. Mok Soon Sang. 2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. Jabatan Bahasa Melayu, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangs. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article89.pdf [8 Julai 2009].

16

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO GGGE 5082 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DISEDIAKAN UNTUK:DR. NIK MUHAMMAD RAHIMI NIK YUSOF DISEDIAKAN OLEH:MOHD AZIZI BIN SULAIMAN P48607 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

17 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Tingkatan Tarikh Hari Masa Tajuk Konsep Utama Kata Kunci : Pendidikan Islam : Satu : 8 Jun 2009 : Selasa : 40 minit : Istinjak : Bersuci Asas Kebersihan : Pengertian Istinjak dan Hukum, Alat-alat yang boleh dan Alat-alat yang tidak boleh Tujuan Am Hasil Pembelajaran (dilarang) Istinjak, Syarat-syarat Istinjak dengan benda kesat dan cara-cara Istinjak. : Pelajar dapat mengetahui dan memahami mengenai Istinjak. : Di akhir pengajaran, pelajar dapat:1. Menyatakan pengertian Istinjak dan hokum.
2. Menerangkan alat-alat yang boleh dan alat-alat yang dilarang

Istinjak. 3. Menjelaskan syarat-syarat Istinjak dengan benda kesat dan caracara Istinjak. Nilai Murni Kemahiran Berfikir Teknik Pengajaran : 1. 2. Menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Dapat melakukan amal ibadat dengan khusyuk dan selesa.

: Menjana idea, mengkategorikan dan menganalisis mengenai alat-alat syarat-syarat dan cara-cara Istinjak. : Teknik kuliah, bercerita, perbincangan dan soaljawab. dan bahan-bahan maujud seperti batu, daun kering, tisu, kain perca dan sebagainya.

Bahan Bantu Mengajar : LCD, Power Point, permainan kotak hikmah (music box), peta minda

18 Isi Pengajaran :

19 BAHAN YANG HARAM DIGUNAKAN UNTUK ISTINJAK:• • • • • Bahan yang bertulis ayat al-Quran atau Hadis Benda najis yang kering Bahan makanan Benda licin Benda merbahaya dan tajam

SYARAT-SYARAT ISTINJAK DENGAN BENDA KESAT:• • • • Alat yang digunakan mesti suci Najis yang ada belum kering Najis tidak meleleh Tidak ada benda lain yang melekat

CARA-CARA ISTINJAK:1) Menggunakan Batu dan Air Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga (3) biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga (3) bucu. Kemudian basuh dengan air Mutlak sehingga bersih, cara ini lebih afdal. 2) Menggunakan Air Basuh tempat keluar najis dengan air Mutlak sehingga bersih. 3) Menggunakan benda kesat Bersih tempat kena najis dengan benda least seperti kertas dan tisu hingga bersih.

Bahan Rujukan Internet:
-

: Buku Rujukan Jaguh Imtaz (PMR), Buku Fiqah Islamiyah dan sumber

http://www.ms.wikpedia.org/wiki/istinjak http://www.makmal.8m.com/istinjak.html http://www.tayibah.com/eIslam/istinjak.htm

20
-

http://www.fiqh-am.blogspot.com : Pelajar telah mempelajari mengenai tajuk bersuci daripada najis seperti pengertian, jenis-jenis serta cara-cara menyuci najis.

Pengetahuan Lepas

Langkah-Langkah Pengajaran:

AKTIVITI GURU

AKTIVITI PELAJAR

BBM

PERMULAAN (A) Guru mengeluarkan bahan maujud untuk menarik minat dan menguji tekaan pelajar. Pelajar cuba member perhatian dan meneka pertanyaan guru. Bahan maujud seperti batu, daun kering, tisu dan sebagainya. Guru bertanyakan pengalaman pelajar yang ada kaitan dengan tajuk hari ini. Guru memberikan penerangan mengenai pengetahuan lepas dan kaitan dengan tajuk hari ini. Guru menerangkan objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Pelajar memberi perhatian dan cuba mengingat kembali pelajaran lepas. Power Point Pelajar maklum akan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menjawab berdasarkan pengalaman masing-masing.

PERKEMBANGAN (B) Guru menerangkan dan menjelaskan pengertian, alat-alat yang boleh dan alat yang dilarang, syarat-syarat Istinjak dengan benda-benda kesat. Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya. Peta minda

21 Guru meminta pelajar-pelajar membaca setiap isi-isi pengajaran yang tertulis di depan. Guru menunjukkan gambar-gambar Pelajar tertarik dan memberi air mutlak yang digunakan untuk Istinjak. Guru menjelaskan cara-cara Istinjak mengikut kategori yang ditetapkan. Guru bertanyakan kepada pelajar secara rambang agar pelajar dapat member tumpuan sentiasa. Pelajar menjawab mengikut apa yang difahami hasil daripada pembelajaran tadi. Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya. Peta minda perhatian. LCD dan Power point Pelajar faham kehendak guru dan mengikut arahan guru. Peta minda

PENERANGAN LANJUT DAN AKTIVITI PENEGUHAN (C) Aktiviti seterusnya memerlukan pelajar-pelajar duduk berdekatan dan tersusun agar memudahkan aktiviti. Guru memberi satu kotak yang berisi soalan-soalan di dalamnya. Kemudian kotak tersebut bergerak dari seorang ke seorang dengan diiringi lagu. Kemudian kotak itu diberhentikan mengikut lagu yang diberhentikan oleh guru. Pelajar yang terakhir Permainan kotak Hikmah. Aktiviti bermula. Pelajar faham dan mengikut arahan guru. Permainan Kotak Hikmah.

22 yang memegang kotak tersebut perlu mengambil satu soalan dan jawab. Kemudian diulang lagi aktivitipermainan tersebut. Antara soalan-soalan melalui permianan kotak hikmah ialah: 1) Terangkan hokum dan alas an bagi masalah berikut: “Ahmad telahberistinjak menggunakan akhbar walaupun terdapat air pada ketika itu? 2) Jelaskan cara-cara beristinjak? Manakah yang lebih afdal? 3) Apakah hukum beristinjak? Mengapa? 4) Keluarkan lima (5) contoh air mutlak?

PENUTUP (D) Guru membincangkan mengenai pengajaran serta penghayatan yang boleh diambil dari tajuk yang dipelajari. Guru merumuskan dan membuat pengukuhan dengan bertanyakan beberapa soalan kepada pelajarpelajar. Pelajar membuat perhatian dan menjawab soalan yang diberikan. Pelajar bersama-sama guru dalam sesi perbincangan

23 Guru membuat kesinambungan pelajaran dengan objektif pelajaran hari ini. Kelas tamat dan guru memberikan tugasan lanjutan kepada pelajar cara meminta pelajar-pelajar membuat nota serta latihan yang ada di dalam buku teks. Penialaian Kendiri : Pelajar berminat dengan bahan maujud yang dibawa ke dalam kelas, masing-masing tertanyatanya apakah tujuan bahan maujud itu dan membuat pelbagai andaian. Secara keseluruhannya pelajar lebih memahami dan dapat menjawab semua soalan yang diberi pada kemahiran C iaitu pengukuhan. Dalam pada itu, pelajar juga tidak mengantuk di dalam kelas seperti pengajaran sebelum ini yang berlangsung pada waktu tengah hari. Catatan Penyelia negative iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. pengajaran guru semakin baik teknik bercerita yang baik set induksi yang berkesan dan menarik minat pelajar penerangan yang jelas dan mantap gestur yang bagus dan bersesuaian interaksi guru dan pelajar sangat bagus aktiviti yang sangat menarik dan menghidupkan suasana kelas dengan penglibatan semua pelajar Teknik penyoalan yang baik suara guru perlu lebih kuat dan dilontarkan dengan lebih jelas. Ini kerana kadang-kala pelajar di bahagian belakang kelas kurang dengar apa yang dituturkan oleh guru. Tulisan di alat bahan bantu mengajar yang digunakan perlu lebih besar dan menggunakan dakwat yang tebal. : Pelajar-pelajar menyalin semua tugasan lanjut yang diberi. Buku Nota Pelajar member tumpuan sepenuhnya.

Berdasarkan proses p&p yang di lakukan, terdapat beberapa komen dari aspek positif dan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->