You are on page 1of 1

TAKLIMAT PROGRAM NILAM

PENDAHULUAN

Taklimat Program Nilam telah diadakan pada hari yang sama dengan pelancaran
Program Nilam iaitu pada tarikh 23.2.2009.. Sebelum diadakan majlis pelancaran
Program Nilam, para pelajar terlebih dahulu diberi taklimat berkenaan dengan
Program Nilam oleh Pn. Hajah Ruzaini Hj.Janah , selaku guru Nilam SMK Padang
Midin. Melalui pendedahan ini para pelajar dapat mengetahui kewujudan Program
Nilam dan seterusnya berminat untuk menyertai Program Nilam. Selain itu, guru-
guru BM dan BI diminta sentiasa memantau penglibatan pelajar dalam program
Nilam dan seterusnya mengisi borang data nilam dengan lengkap.

RASIONAL

Rasional taklimat Program Nilam ini diadakan adalah bertujuan untuk


memaklumkan kepada para pelajar SMKPM mengenai Program Nilam yang
diadakan di sekolah dan wajib disertai oleh semua pelajar. Pencapaian Program
Nilam akan diisi dalam sijil berhenti para pelajar kelak.

OBJEKTIF

* Para pelajar akan mengetahui bahawa Program Nilam mesti disertai oleh semua
pelajar bagi memenuhi keperluan sijil behenti para pelajar.
* Menggalakkan para pelajar menyemai tabiat membaca.
* Melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakan bahan
bacaanmenjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi ‘ role model’ kepada
rakan-rakan sebaya yang lain

You might also like