You are on page 1of 8

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Definisi

N Merupakan penggabungan atau adunan


semua aktiviti galakan membaca dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Program
ini merupakan pendekatan menyuburkan
I tabiat membaca di kalangan pelajar.

Matlamat

L Membina tabiat membaca yang berkekalan


di kalangan pelajar.

A Objektif
 Menjadikan murid suka membaca,
bukan sahaja pembacaan yang

M berorientasikan peperiksaan.
 Menggalakkan sekolah terus menjana
idea kreatif dan inovatif
bagi menyemai tabiat membaca.
PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
(UNTUK PELAJAR)

1. SENYAP adalah penting di dalam Pusat Sumber.


2. Murid mestilah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap apabila memasuki
Pusat Sumber.
3. Beg tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Pusat Sumber dan perlu ditinggalkan
di luar Pusat Sumber.
4. Tempahan tempat duduk untuk murid lain adalah dilarang.
5. Sila letakkan bahan bacaaan/rujukan yang telah dibaca/digunakan di tempat yang
disediakan.
6. Dilarang memindahkan buku-buku dari satu rak ke rak yang lain.
7. Makan, minum dan tidur adalah dilarang sama sekali semasa berada di dalam Pusat
Sumber.
8. Murid tidak dibenarkan membuka dan menutup suis-suis dan dilarang mengalir atau
menyalahgunakan perabot-perabot Pusat Sumber tanpa kebenaran Guru Pusat
Sumber.
9. Semua buku, fail, majalah dan sebagainya yang hendak dibawa keluar mestilah
ditunjukkan kepada Pengawas Pusat Sumber yang bertugas untuk diperiksa.
10. Dilarang merosakkan sebarang poster, hiasan, meja, buku dan sebagainya yang
terdapat di dalam dan di luar Pusat Sumber.
11. Murid dikehendaki duduk di tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun
di rak-rak, pintu atau kaunter.
12. Murid hendaklah menulis kemasukan ke Pusat Sumber dalam Rekod Penggunaan
Pusat Sumber (untuk Pelajar) di kaunter.
13. Murid tidak dibenarkan ke Pusat Sumber semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi
guru.
14. Sebelum meninggalkan Pusat Sumber pastikan kerusi dan meja tersusun dan tiada
sampah ditinggalkan di atas meja atau di atas lantai.
15. Peraturan pinjaman buku perlulah dipatuhi seperti yang dilampirkan dalam Peraturan
Pinjaman Bahan Rujukan Buku dan Bukan Buku (untuk Pelajar).
PERATURAN PINJAMAN BAHAN RUJUKAN BUKU DAN BUKAN
BUKU

1. Hanya murid yang mempunyai Kad Pinjaman Pusat Sumber yang lengkap yang
boleh membuat pinjaman. (SEORANG MURID, SEKEPING KAD SAHAJA)
2. Bawa buku yang hendak dipinjam ke Kaunter Pinjaman/Pemulangan dan serahkan
buku serta Kad Pinjaman Pusat Sumber kepada Pengawas Pusat Sumber yang
bertugas untuk rekod pinjaman.
3. Setiap murid dibenarkan meminjam DUA BUAH buku sahaja.
4. Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kehilangan bahan-bahan
Pusat Sumber yang dipinjam.
5. Tempoh pinjaman adalah selama SEMINGGU.
6. Bahan-bahan Pusat Sumber yang dipinjam mestilah dipulangkan sebelum atau pada
tarikh yang telah ditetapkan.
7. Murid yang LEWAT memulangkan buku akan dikenakan DENDA iaitu 10 sen bagi
setiap hari lewat. Kiraan dibuat mulai hari pertama kelewatan hingga ke tarikh buku
itu dipulangkan.
8. Murid mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan atau dirosakkan dengan
nilai sebenar buku.
9. Murid-murid yang hilang Kad Pinjaman Pusat Sumber boleh mendapatkan kad yang
baru dengan bayaran RM 2.00. (PERINGATAN!! SEORANG MURID, SEKEPING
KAD SAHAJA)
10. Buku rujukan serta bahan rujukan tanda merah tidak boleh dipinjam keluar dari Pusat
Sumber dan hanya boleh digunakan di dalam Pusat Sumber sahaja. (Untuk buku
rujukan tanda merah, sila dapatkan keterangan lanjut dari Pengawas yang bertugas
di Kaunter Pertanyaan)
11. Suratkhabar dan majalah hanya boleh digunakan di dalam Pusat Sumber dan tidak
dibenarkan dipinjam keluar dari Pusat Sumber.
12. Peminjaman perisian (CD Courseware) untuk kegunaan di dalam Pusat Sumber
sahaja. (Sila dapatkan keterangan lanjut dari Pengawas yang bertugas di Kaunter
Pertanyaan)

-Semua peminjaman hanya boleh dilakukan ketika Masa Operasi PSS sahaja-
-Adalah dilarang menggunakan Kad Pinjaman murid lain-

Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya pelajar melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
seperti di atas.
Peraturan-peraturan ini boleh dipinda dari masa ke semasa mengikut keperluan.

------------------------------------------------------------------------------------------------
PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
(UNTUK GURU)

1. Guru-guru perlu mengisi Rekod Penggunaan Pusat Sumber (untuk Guru) jika
membawa kelas untuk menggunakan Pusat Sumber semasa proses P&P. Penggunaan
bilik adalah berdasarkan kekosongan dengan keutamaam diberikan kepada kelas
NILAM.
(rujuk Jadual Waktu Penggunaan Pusat Sumber untuk Program NILAM)
2. Guru-guru pengiring bertanggungjawab ke atas penggunaan Pusat Sumber dan perlu
mengawal disiplin murid semasa di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
GURU HARUSLAH SENTIASA BERADA BERSAMA MURID SEMASA
MENGGUNAKAN PUSAT SUMBER.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari
sebelum hari penggunaan.
(bagi penggunaan di luar waktu Program NILAM)
4. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci
selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
5. Peminjaman bahan rujukan buku dan bukan buku oleh guru perlu dicatat ke dalam
Rekod Peminjaman (untuk Guru dan KTBM) di Kaunter Peminjaman / Pemulangan.
(belum ada had bilangan dan tempoh masa peminjaman untuk Guru)

Segala kemusykilan bolehlah berhubung dengan Guru Perpustakaan dan Media untuk
mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dan lanjut.
Peraturan-peraturan ini boleh dipinda dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Apa Itu Nilam?

NILAM atau 'NADI ILMU AMALAN MEMBACA' merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti
galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Perlaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan
markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat
membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah
rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 Program Membina Tabiat
Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Objektif program ini adalah:-


• Merangsang Murid supaya banyak Membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana ide kreatif dan inovatif untuk diserapkan ke dalam NILAM.

Matlamat
Membina tabiat gemar membaca di kalangan individu.

Lagu NILAM

Membaca dan belajar , amalan hidup mulia


Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca, memberikan semangat
Membaca dengan jaya, budaya kita

Indah tabiat membaca, matlamat NILAM kita,


Ganjaran yang diberi, tidak terhingga
Jadi rakan pembaca, juga capai JAUHARI
Pembaca yang bestari, anugerah diberi

chorus
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram,
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya…

Membaca dan belajar, amalan hidup mulia


Dengan tabiat membaca, matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali, pasti lebih berseri
Amalan membaca, menjana minda bestari

* Ulang chorus *

Amalan membaca, menjana minda bestari

NILAM .....

Lirik : Nazura Mohamad


Lagu : Mohd Rosli
Lagu NILAM
Membaca dan belajar , amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca, memberikan
semangat
Membaca dengan jaya, budaya kita

Indah tabiat membaca, matlamat NILAM kita,


Ganjaran yang diberi, tidak terhingga
Jadi rakan pembaca, juga capai JAUHARI
Pembaca yang bestari, anugerah diberi

chorus
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram,
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya…

Membaca dan belajar, amalan hidup mulia


Dengan tabiat membaca, matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali, pasti lebih berseri
Amalan membaca, menjana minda bestari

* Ulang chorus *

Amalan membaca, menjana minda bestari

NILAM .....

Lirik : Nazura Mohamad


Lagu : Mohd Rosli

You might also like