You are on page 1of 17

KONSTRUKTIVISME

KHOO SWEE LING


NUR AFIFAH BT AHMAD
NUR ATHIRAH BT ROSLAN
NUR AFIRA FARHANA BT CHE HUSIN
RABIATUL ADAWIYAH BT ZULKIPLI
TEORI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
• Konstruktivisme ialah teori pembelajaran
yang melihat pelajar sebagai pembina
pengetahuan, bukannya sebagai
penerima pengetahuan.
• Pelajar membina pengetahuan tentang
topik yang dipelajari dengan cara
mengaitkannya dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada masing-masing,
bukannya menerima bulat-bulat
pengetahuan yang disampaikan.

• Mempunyai asas teori kognitif dengan


penekanan diberikan kepada bagaimana
struktur kognitif membina dan
mengorganisasi pengetahuan.
TEORI KONSTRUKTIVISME
PSIKOLOGI/ INDIVIDU/ KOGNITIF
• Jean Piaget (1896) – keupayaan
mengurus maklumat dan pengetahuan
berlaku secara berperingkat.
• Proses membina pengetahuan juga
berlaku mengikut peringkat yang bermula
dengan pengetahuan sedia ada dalam
struktur kognitif.
• Struktur asas dalam organisasi mental ini
dinamakan skema.
• Maka, pengetahuan sedia ada yang
menjadi asas tingkah laku ialah skema.
• Piaget membahagikan adaptasi kepada
dua proses, iaitu ASIMILASI dan
AKOMODASI.
ASIMILASI
• Maklumat baru mempunyai ciri-ciri
persanmaan dengan maklumat sedia ada
dalam skema, maklumat tersebut akan
dapat diserap dengan mudah ke dalam
struktur kognitif.
• Ini menyebabkan keseimbangan
(equilibrasi) berlaku.
SKEMA
Premis sedia ada

ADAPTASI
Proses penyesuaian

Akomodasi
Asimilasi
Ubah suai skema
Serap masuk maklumat
sebelum maklumat
serupa skema
baru dapat diserap

Equilibrasi Disequilibrasi
AKOMODASI
• Apabila maklumat baru tidak mempunyai
ciri-ciri persamaan dengan maklumat
dalam skema, akan berlaku ganggu gugat
atau ketidakseimbangan dalam struktur
kognitif.
• Apabila skema berubah, melalui
pembacaan, perbincangan atau
seumpanya, maklumat baharu akan
diserap masuk.
• Dengan itu, struktur kognitif akan
mencapai equilibrasi.
• Kedua-dua proses asimilasi dan
akomodasi berlaku sepanjang hayat
individu dalam proses penyesuaian diri
dengan persekitaran.
• Dengan proses adaptasi yang semakin
kompleks, skema juga akan menjadi lebih
kompleks.
• Skema yang semakin kompleks ini akan
membentuk struktur kognitif.
• Struktur kognitif akan melalui proses
organisasi secara hierarki dan daripada
susunan umum kepada khusus.
• Melalui proses adaptasi (asimilasi &
akomodasi), maklumat dalam strukttur
kognitif sentiasa diorganisasi untuk
disimpan dan digunakan apabila perlu.
• Oleh itu, pembinaan pengetahuan sentiasa
dibuat sepanjang hayat individu.
TEORI KONSTRUKTIVISME
SOSIAL
• Dipelopori oleh LEV VYGOTSKY (1896-
1934)
• Menurut Vygotsky, perkembangan konsep
kanak-kanakberkembang secara
sistematis, logikal serta rasional dengan
bantuan dan bimbingan verbal orang lain.
• Konteks sosial memainkan peranan
utama dalam pembelajaran.
• Konstruktivisme sosial melihat
pembelajaran manusia dalam konteks
sosio-budaya.
• Dalam konteks sosial inilah berkongsi dan
saling membina pengetahuan baru.
• Penglibatan dengan orang lain
memberikan peluang kepada pelajar
untuk menilai dan meningkatkan
pengetahuan.
ZON PERKEMBANGAN
TERDEKAT
• Vygotsky – isi pelajaran mudah dikuasai
pelajar jika berasaskan skema ataupun
pengetahuan sedia ada.
• Zon perkembangan terdekat (ZPD)
merujuk kepada tugasan pembelajaran
yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar.
• Sekiranya pelajar dapat melakukannya
sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan
berada pada zon bawah.
• Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai
tugasan dengan bimbingan orang lain,
tugasan tersebut berada pada ZPD.
• Isi pelajaran yang berada di luar zon aras
bawah bermakna tidak berlaku
pembelajaran kerana pelajar sudah
menguasai isi pelajaran.
• Isi pelajaran yang berada di luar zon aras
atas, tidak akan dapat dikuasai pelajar
walaupun dengan bimbingan orang lain.
• Teknik scaffolding diperkenalkan bagi
membantu isi pelajaran yang berada
dalam ZPD – iaitu proses membimbing
dan membantu pembelajaran.
• Scaffolding – peringkat bimbingan dan
sokongan yang dilakukan mengikut
keperluan pelajar.
• Bimbingan akan dikurangkan apabila
pelajar telah menguasai peringkat demi
peringkat. Akhirnya, bimbingan dilepaskan
apabila pelajar telah dapat melakukannya
sendiri.
• Teknik yang boleh dilakukan untuk
scaffolding ialah:
- penjelasan verbal
- soal jawab
- prompting
- cueing
- tanda isyarat yang lain
IMPLIKASI TEORI
KONSTRUKTIVISME KEPADA
PENGAJARAN
• Teori konstruktivisme mendapat sokongan
daripada sebahagian besar ahli psikologi
pendidikan.
• Masing-masing mengemukakan
pandangan dari sudut yang pelbagai,
tetapi menjurus kepada konsep yang
sama, berdasarkan pembinaan
pengetahuan melalui pengalaman sendiri.

You might also like