You are on page 1of 11

Pendahuluan Ilmu Qiraat adalah ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi setiap kalimah al-Quran dan

cara menyempurnaknnya sama ada disepakati atau sebaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya. Ilmu Qiraat adalah kata jamak yang berasal daripada kalimah Qiraah yang bermaksud bentuk kalimah alQuran yang dibaca. Menurut Muhammad Ali As-Sobuni pengertian Qiraat dari sudut istilah membawa maksud : suatu mazhab daripada mazhab-mazhab penuturan dalam al-Quran yang dipegang oleh seseorang Imam daipada imam-imam Qiraat sebagai satu mazhab (pegangan) yang menyalahi selainnya di dalam sebutan (penuturan) ayat al Quran dan ianya adalah sabit dari segi sanadnya hingga kepada Rasulullah s.a.w. Manakala bagi Ibnu Al-Jazari pula mentakrifkan Qiraat ialah satu ilmu yang membicarakan tentang bagaimana penyebutan kalimah-kalimah al-Quran dan perselisihannya yang dinisbahkan kepada yang memindahkannya. Az-Zarqani pula mengistilahkan qira`at dengan Suatu mazhab yang dianut oleh seorang imam dari para imam qurra yang berbeza dengan yang lainnya dalam pengucapan al-Quran al-Karim dengan kesesuaian riwayat dan thuruq darinya. Baiknya itu perbezaan dalam pengucapan huruf-huruf ataupun pengucapan bentuknya. Dalam membincangkan definisi konsep qira`at, para ulama menggunakan pelbagai definisi yang pelbagai sesuai dengan paradigma yang dipakai. Namun perbezaan cara pendefinisian sebenarnya berada pada satu kerangka yang sama, iaitu bahawa ada beberapa cara menghafaz al-Quran walaupun samasama berasal dari satu sumber, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Kesimpulannya, Ilmu Qiraat ialah satu ilmu yang membicarakan berkenaan wajah-wajah di dalam penyebutan al-Quran yang merangkumi aspek

bahasa, suara dan menjadi satu kemudahan yang dikurniakan oleh Allah untuk hamba-hambanya yang membaca al- Quran.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN PERANAN INSTITUSI-INSTITUSI YANG TERLIBAT Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidak diperkenalkan secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri. Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan

perkembangan dakwah Islam yang telah sampai ke gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Quran hanya diajar oleh para ulama dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Quran dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan. Ini adalah kerana keutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Quran beserta tajwid. seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al-Jazari. Al-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri , tetapi masyarakat tidak mengetahuinya. Sebagaimana Al-Quran dan Qiraat adalah satu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada Ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran.

Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa disisi syara'. Masyarakat Malaysia lebih senang menggunakan satu jenis qiraat sahaja yang telah dipelopori oleh nenek moyang mereka. Di Malaysia, pembacaan alQuran pada masa sekarang adalah mengikut Rasm Uthmani, yang telah ditulis dan dibukukan semasa pemerintahan Saidina Othman bin Affan r.a. Sementara bacaannya adalah mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman melalui Toriq AsySyatibiyyah dan ianya diambil dari Qiraat Imam Asim. Masyarakat Islam di Malaysia mula memahami bahawa bacaan yang mereka pelajari selama ini adalah bacaan daripada riwayat Hafs bin Sulaiman alKhufi melalui majlis-majlis dan pertandingan-pertandingan yang melibatkan tilawah al-Quran yang sebahagian besarnya menonjolkan identiti bacaan ini sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawa bacaan yang dipersembahkan adalah mengikut bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi sepertimana yang mereka amalkan sebelum ini.

Disamping itu, dengan timbulnya beberapa Maahad Tahfiz samada dibawah kerajaan atau pun swasta yang mengambil sukatan pelajaran daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, telah membuka sedikit ruang kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentang ilmu Qiraat yang mana sebelum ini pengetahuan sebegitu hanya tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja.

Sukatan pelajaran yang diambil di antaranya ialah mempelajari bacaan Qiraat melalui aliran al-Syatibiah dengan menggunakan matan al-Hirzu al-Amaani Wa al-Wajhu al-Tahaani. Justeru itu, penggunaan aliran al-Syatibiah bagi riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi ini semakin popular dan terkenal dengan adanya sistem pelajaran yang sebegini dan ramainya lepasan-lepasan pelajar dari maahad-maahad tahfiz. Hakikatnya, sebelum aliran al-Syathibiah ini dikenali oleh

masyarakat Islam di Malaysia dan sememangnya mereka sudah pun membaca mengikut aliran ini tanpa mereka sedari. Institusi-Institusi yang terlibat dalam Ilmu Qiraat di Malaysia Dan Peranannya Dalam Perkembangan Ilmu Qiraat Di Malaysia Antara contoh institusi- institusi yang terlibat dalam Ilmu Qiraat di Malaysia ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong, Maahad Tahfiz alQuran wal-Qiraat ADDIN di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar.Perak., Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Shah Alam, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Kubu Baru,Selangor dan lain-lain. Institusi-Institusi lain yang terlibat seperti Institut Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Jakim, ILIM dan Sekolah-sekolah Pondok. Darul Quran Darul Quran berperanan melahirkan para huffaz dan du'at yang berkemahiran dalam bidang Al-Quran, berwibawa dan berketerampilan dalam kerangka membina ummah yang berkualiti. Darul Quran mempunyai visinya tersendiri iaitu melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah. Manakala misinya pula ahla mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat. Di antara objektif dan peranan Darul Quran ahla mensepadukan ilmu duniawi dan ukhrawi untuk melahirkan golongan professional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan dan aspirasi ummah dan negara. Darul Quran juga menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan Islam. Oleh itu, Darul Quran lah yang memainkan peranan penting dalam keilmuan

menyediakan landasan dan memberi peluang kepada para hafiz dan hafizah

melanjutkan pelajaran di bidang yang lebih tinggi. Jelaslah di sini, Darul Quran bukan sahaja berperanan untuk melahirkan hafiz dan hafizah yang layak menjadi imam dan guru-guru agama, malah layak menjadi ahli sains dan ahli-ahli profesional yang lain. Inilah sebenarnya yang telah berjaya dilahirkan semasa era kegemilangan tamadun Islam seperti Ibn Sina, al Kindi, al Khawarizmi, Ibn Khaldun, Ibn Rushd dan ramai lagi. JAKIM JAKIM adalah sebuah lagi institusi yang banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu qiraat di negara ini. JAKIM telah menyediakan pakar-pakar dari negara luar sebagai pendidik kepada generasi baru. Selain itu pihak kerajaan juga menyediakan pusat-pusat pengajian di setiap negeri. Kini, cuma negeri tertentu sahaja yang menyediakan pengajian Ilmu al-Qiraat seperti Kelantan, Johor,Perak dan Kedah. Kementerian Pelajaran Peranan pihak Kementerian Pelajaran pula tidak kurang pentingnya di mana pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan guru-guru pakar dalam bidang al-Qiraat di sekolah-sekolah aliran agama selain memasukkan sukatan ilmu al-Qiraat dalam kurikulum dan menjadikannya sebahagian daripada mata pelajaran wajib. Pengenalan program perdana pemantapan dan pengukuhan penulisan jawi , Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu ain (j-QAF) di sekolah rendah juga telah dapat memartabatkan ilmu Qiraat. Oleh yang demikian itulah Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah mewujudkan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ). KKQ telah di laksanakan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) sejak tahun 1986 sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum di sekolah. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan jawatankuasa

perancangan pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Kelas ini di perluaskan ke kelas aliran agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) mengikut sukatan pelajaran yang di tetapkan. Kelas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran juga adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87). Kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu. Untuk merealisasikan perjalanan kelas ini jawatan guru alQuran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di bawah senarai perjawatan tahun 2002. JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA dan SMK yang mempunyai aliran KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan. Status murid yang dipilih untuk mengikuti kelas ini dari kalangan murid yang baik dan lancar membaca al-Quran. Pelajar-pelajar kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dijalankan semasa tingkatan tiga dan tingkatan lima. Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat alsab,ie.

Institusi Pengajian Tinggi Kebanyakkan IPTA dalam negara sejak dari duhulu lagi telah menyediakan kusus tentang Qiraat kepada pelajar-pelajar. Antara IPTA tersebut seperti UKM, UIA, UM dan Kolej Universiti Insaniah demi untuk memartabatkan Ilmu Qiraat supaya tidak hilang begitu sahaja.

Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT) telah ditubuhkan pada tahun 2008. Sebelum itu ia dikenali sebagai Pusat Pengajian Ilmu Teras. PQIT mengendalikan kursus-kursus berkaitan pengajian al-Quran serta ilmu-ilmu teras dalam Islam yang melibatkan bacaan dan tafsir al-Quran, aqidah, politik, pemikiran, falak, faraid dan sebagainya. Sebahagian besar kursus yang dilaksanakan adalah berkait rapat dengan kehendak dan keperluan semasa umat Islam. Matlamat penubuhan PQIT adalah untuk memberi latihan kepada pegawai dan kakitangan Hal Ehwal Islam dari semua agensi agama berkaitan ilmu-ilmu teras dalam Islam bagi membina kemahiran mengendali isu-isu semasa dan hukum hakam yang berkait dengan pemikiran dan kehidupan umat Islam. Selaras dengan matlamat di atas, PQIT telah merancang kursus-kursus yang berkaitan dengan Tahsin dan Tarannum al-Quran.

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM PEMAHAMAN AL-QURAN Secara amnya, ilmu al-Qiraat merupakan satu bidang ilmu yang berkait rapat dengan al-Quran. Ia memfokuskan perbahasan mengenai kaedah pembacaan al- Quran daripada pelbagai riwayat yang mutawatir di mana sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Jelasnya, hubungan di antara kedua-duanya (al-Quran dan al-Qiraat) adalah saling melengkapi iaitu al-Quran itu adalah al-Qiraat dan kedua-duanya dituntut kepada umat Islam mempelajarinya. Jadi, membaca al-Quran dengan Qiraat yang tidak mutawatir adalah satu kesalahan dan di anggap berdosa di sisi syarak. Ini bertujuan bagi memelihara kemurnian dan kesucian kalam Allah dari sebarang penyelewangan sama ada dari segi bacaan mahupun maknanya.

Ilmu Qiraat juga sangat penting kerana denganya seseorang itu dapat mengetahui cara-cara mengucapkan lafaz-lafaz Al-Quran dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat di antara berbagai jenis bacaan yang ada, malah qiraat juga dapat memastikan maksud yang sebenarnya apabila terjadi perselisihan. Secara umum, tafsir dari sudut Bahasa Arab ialah keterangan dan kenyataan. Manakala dari sudut istilahnya pula ialah suatu ilmu yang membicarakan perihal al-Quran berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan tujuan Allah sekadar yang termampu oleh daya pemikiran manusia. Sesetengah ulaman memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah s.w.t yang dimulai dari sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatu hukum. Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat dan masa sesuatu kejadian itu berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-Qiraat), yang lengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang melingkupi nahu, saraf, balaghah, bayan, badi' dan sebagainya. Qiraat Mutawatirah merupakan pra syarat utama dalam membolehkan Sesutu bacaan al-Quran diamalkan dan dijadikan hujah di samping dua rukun Qiraat yang lain iaitu bertepatan dengan Bahasa Arab dan Rasm `Uthmani. Ulama bersepakat bahawa kepentingan yang dimainkan oleh Qiraat Mutawatirah dalam ilmu tafsir. Kepelbagaian bentuk bacaan yang sah sanadnya adalah merupakan satu rahmat kepada umat Islam khususnya dalam bidang pensyariatan hukum-hakam. Ini kerana kepelbagaian tersebut bukanlah bermaksud wujud pertentangan makna mahupun pada aspek pentafsiran secara total, bahkan ianya merupakan pelengkap di antara satu sama lain yang mempunyai hubung kait.

Dalam perbincangan mengenai peranan Qiraat Mutawatirah dalam ilmu tafsirini, kita akan didedahkan dengan beberapa contoh potongan ayat-ayat alQuran yang mempunyai kepelbagaian bentuk bacaannya. USUL-USUL IMAM QIRAAT PERAWI-PERAWI QURRA DAN USUl BACAAN PERAWI IMAM NAFEI Periwayat yang masyhur dari Imam Nafei ialah Qalun dan Warsy. Ialah : (i) Qalun ialah Abu Musa Isa Ibn Mina al-Nabwi. Ia dipanggil Qalun kerana kelunakan suaranya dan makna qalun ialah bagus, baik. Beliau membaca di hadapan Nafei pada tahun 150 hijrah pada masa pemerintahan al-Mansur. Apabila ditanya berapa kalikah kamu membaca di hadapan Imam Nafei, beliau berkata Aku membaca al- Quran dihadapan Nafei banyak kali dan aku masih membaca di hadapanya selepas 20 tahun. Qalun meninggal pada tahun 220 Hijrah. Bacaan riwayat Qalun masih diamalkan pada hari ini di negara Libya. Penduduk islam disana membaca al-Quran dengan riwayat Qalun dan juga mencetak al-Quran dengan riwayat tersebut. Antara usul riwayat Qalun ialah seperti berikut: Bil Usul Riwayat Qalun 1 Mim al-Jam ( Sukun/Silah) 2 Mad Wajib ( 4 Harakat) 3 Mad Jaiz ( 2/4 Harakat) 4 Hamzatan Fi Kalimah (Tashil berserta Idkhal) (ii) Warsy ialah Othman Ibn Suida al-Misri. Ia dipanggil Warsy kerana warna kulitnya terlalu putih. Beliau telah bermusafir ke Madinah dan membaca al-Quran dihadapan Nafei dengan beberapa kali khatam iaitu pada tahun 155 Hijrah.

Kemudian beliau pulang ke Mesir dan mengetuai pengajian Qiraat di sana. Mempunyai suara yang bagus dan bacaan yang elok. Beliau meninggal pada tahun 197 Hijrah. Bacaan riwayat Warsy banyak diamalkan di negara-negara benua Afrika seperti Moroko, Algeria, Senegal, Chad dan lain-lain. Antara usul bacaan riwayat Warsy ialah seperti berikut: Bil Usul Riwayat Warsy 1 Mim al-Jam (silah jika selepasnya Hamzah al-Qat) 2 Mad Wajib (6 Harakat) 3 Mad Jaiz (6 Harakat) 4 Mad Badal (2,4,6 Harakat) 5 Mad Lin Mahmuz (4/6 Harakat)6 Hamzatan Fi Kalimah (Tashil) b) PERAWI IMAM IBN KATHIR Dua perawi yang masyhur dari Ibn Khatir, tetapi mengambil bacaan Ibn Kathir melalui sahabatnya ialah al-Bazi dan Qunbul. (i) Al-Bazi ialah Abu al-Hassan Ahmad Ibn Muhamad Ibn Abdullah Ibn al-Qasim Ibn Nafei Ibn Abi Bazzab. Al-Bazi adalah nisbah kepada Bazzah iaitu datuknya yang tertua. Beliau merupakan seorang imam yang tajam ingatannya serta dipercayai seluruh permasalahan qiraat akan kembali kepadanya. Dalam qiraat al-Bazi meriwayatkan bacaan Ibn Kathir melalui ikrimah Ibn Sulaiman yang mengambil dari Syibil Ibn Ubbad dan Ismail Ibn Abdullah yang mengambil dari Ibn Kathir. Al-Bazi adalah imam dan bilal di Masjid al-Haram Makkah. Meninggal pada tahun 250 Hijrah. (ii) Qunbul ialah Mohamad Ibn Abdul Rahman Ibn Khalid Ibn Mohamad al-Makhzuni al-Mekki. Mempelajari qiraat Ibn Kathir dari Abi al- Hasan Ahmad alQawwas yang mengambil dari wahab yang Kedua-duanya mempelajari dari Ibn Kathir. Qunbul meninggal pada tahun 291 Hijrah. Bacaan Ibn Kathir melalui dua perawinya al-Bazzi dan Qunbul tidak diamalkan secara meluas pada masa kini. Namun begitu bacaan Ibn Kathir masih diamalkan di perguruan pengajian Qiraat seperti di Syubra, Mesir dan tempat-tempat lain. Antara Usul bacaan Ibn Kathir adalah seperti berikut: Bil Usul Qiraat Ibn Kathir 1 Mim al-Jam (Silah) 2 Ha al-Kinayah (Silah) 3 Mad Wajib (4 Harakat) 4 Mad Jaiz (2 Harakat) 5 Hamzatan Fi Kalimah (Tashil)

You might also like