You are on page 1of 2

Andaikan anda menyertai perkhemahan unit beruniform sekolah. Anda diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.

Panjangnya laporan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah kata.
Rangka Karangan Pendahuluan perkhemahan unit beruniform sekolah - disertai oleh semua unit beruniform Isi-isi Penting (a) diadakan di kawasan sekolah - berlangsung selama tiga hari (b) pelbagai aktiviti diadakan - mendirikan khemah, memasak, dan sebagainya (c) ada aktiviti berbentuk pertandingan - khemah terbersih - membuat gajet aktiviti berkumpulan (d) ceramah agama dan motivasi - bersolat secara berjemaah - membentuk sahsiah diri Penutup berjaya mencapai matlamat - banyak pengalaman

Contoh Karangan
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Pada 11 hingga 13 Jun 2011 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh telah mengadakan aktiviti perkhemahan. Aktiviti ini diadakan di padang sekolah. Aktiviti ini disertai oleh semua ahli unit beruniform sekolah iaitu Persatuan Pengakap, Persatuan Tunas Puteri dan Persatuan Puteri Islam. Jumlah murid adalah kira-kira 60 orang. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tiga hari tersebut. Antaranya, aktiviti membuat gajet, berkawad, memasang khemah dan memasak. Selain itu, ada juga aktiviti yang berbentuk pertandingan seperti pertandingan khemah terbersih dan membuat gajet menarik dan berguna. Aktiviti ini mampu membentuk kerjasama dalam kumpulan. Selain itu, aktiviti berbentuk kerohanian seperti ceramah agama dan motivasi turut diadakan. Solat secara berjemaah diadakan juga. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membentuk sahsiah diri murid. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjaya mencapai matlamatnya. Murid-murid memperoleh banyak pengalaman yang berguna. Disediakan oleh,

30 JUN 2011.

(NIK SURIANI BT MANSOOR) Setiausaha, Persatuan Tunas Puteri, Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh.

You might also like