You are on page 1of 16

Jumlah istilah yang terdapat dalam tiap-tiap bahasa di dunia ini bergantung pada pengalaman budaya penuturnya.

Bahasa Tamil

di Selatan India misalnya mempunyai 27 istilah untuk bermacammacam jenis angin kerana kawasan itu sangat berangin.

Bahasa Inggeris mungkin kaya dengan istilah sains dan teknologi tetapi kalah dalam bidang lain.

Bahasa Melayu sendiri mempunyai perbendaharaan kata yang cukup kaya untuk dimanfaatkan

Namun dalam pertumbuhan dan perkembangannya,bahasa melayu sejak dahulu lagi mengambil manfaat dari bahasa-bahasa lain sebagai sumber peristilahan dalam memperkatakan pelbagai bidang keilmuan.

Sumber_sumber yang boleh dimanfaatkan termasuklah : 1. Bahasa Melayu sendiri termasuk bahasa Indonesia serta

dialek-dialek Melayu dan juga Melayu klasik yang telah menyerapkan perkataan daripada bahasa arab,Sanskrit,parsi dan lain-lain. 2. Bahasa serumpun dengan bahasa melayu seperti bahasa iban,kadazan-duzun,jawa dan sebagainya.

3. Bahasa asing seperti bahasa inggeris,bahasa arab dan lain-lain.

Sumber 1 dan 2 dapat memberi inventori istilah yang berkaitan dengan kehidupan kemasyarakatan, penternakan,pertanian,alam haiwan,tumbuhtumbuhan,muka bumi,pertukangan dan sebagainya

Bahasa inggeris pula biasanya menjadi sumber peristilahan pelbagai cabang bidang sains dan

teknologi manakala bahasa Arab pula sangat relevan


untuk konsep keagamaan dan falsafah

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut:
a) b)

kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada dua kata yang mempunyai rujukan yang sama). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

c) kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh contoh seperti:

1. 2. 3. 4. 5.

gambut (daripada bahasa Banjar) peat nyeri (daripada bahasa Sunda) pain engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik) wharf dening (daripada dialek Kelantan) yoke

Pembentukan istilah baru dibuat melalui dua cara : Proses pinjam terjemah iaitu meminjam atau membentuk istilah daripada bahasa kita sendiri dan bahasa serumpun Proses peminjaman iaitu meminjam istilah daripada bahasa lain iaitu bahasa inggeris atau bahasa asing yang lain

1.

2.

Penulisan istilah berdasarkan peminjaman perbendaharaan kata bahasa asal/asing ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

Kaedah ini banyak digunakan dalam bidang yang konsepnya memang tidak dapat ditemukan dalam budaya dan bahasa Melayu/serumpun

Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling


internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Contoh contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Atom Electron Professional Psychology Structure

Istilah Bahasa Melayu Atom Elektron Profesional Psikologi Struktur

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar: Sesuai maknanya; Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:
1) Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam

ayat; 2) Kemudahan belajar bahasa; dan 3) Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.

Contoh contoh seperti :


Istilah Asing Campaign Custom Dengue Grant Pension Istilah Bahasa Melayu Kempen Kastam Denggi Geran Pencen

Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring. Contoh:

a) b) c) d)

bona fide esprit de corps Weltanschauung cal de sac

Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu (2004).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like