You are on page 1of 14

UNSUR-UNSUR ISLAM

DALAM SULALATUS SALATIN


1. SEJARAH KEDATANGAN ISLAM
DI PASAI DAN MELAKA

Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke


Pasai dan Melaka telah dimetoskan
Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh Fakir
Muhammad.
Pada malamnya bermimpi berpandangan
dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda
menganga mulut. Diludahinya, pada
keesokannya badannya berbau narawastu
Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar,
kemudian menukar namanya kepada Sultan
Malikut Salleh.
Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi
berpandangan dengan keelokkan Rasulullah.
Rasulullah meminta baginda mengucap dua
kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar
menukar namanya kepada Raja Muhammad.

Keesokan harinya didapati badannya berbau


narawastu dan kalam sudah dikhatankan.
Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi
baginda menjadi kenyataan dimana pada waktu
asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai
Melaka dan beliau bersembahyang di situ.
Tujuan dimetoskan kedatangan Islam iniadalah
bertujuan mengagungkan Islam.
Ia memberi gambaran bahawa Islam benar-
benar berkembang di Melaka, bermula di istana
Melaka dan terus berkembang di kalangan
rakyat jelata.
Raja Melaka pertama beragama Islam ialah
Sultan Muhammad Syah.Gelaran Sultan
digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
2. PENYEBUTAN DAN
PENONJOLAN TOKOH-TOKOH
ISLAM DAN ULAMA-ULAMA ISLAM

Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah pahlawan


Islam yang terkenal gagah berani dalam
menaikkan martabat Islam di dunia.
Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan
raja Melaka bertujuan untuk menunjukkan
keagungan raja.
Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh
pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah
Tokoh-tokoh pendakwah Islam,ulama-ulama
Islam dari Asia Barat datang ke Melaka
bertujuan mengembangkan agama Islam dan
mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka.
Tokoh-tokoh tersebut seperti :
Syed Abdul Aziz
Maulana Abu Bakar
Kadi Yusuf
Maulana Sadar Jahan
Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan
pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka
sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal
berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
3. ADAT ISTIADAT DAN
PERUNDANGAN

Unsur-unsur Islam terdapat dalam adat istiadat


dan perundangan yang diamalkan kerajaan
Melaka. Ia meliputi :
Upacara akad nikah kahwin
Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti
menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya
Korban
Adat-adat seperti berkhatan.
Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada
raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan
wasiat kepada pembesar negeri dan putera
mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad.
Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada
Sultan Mahmud.
Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan
unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang
bersumberkan al-Quran dan hadis.
4. KARYA-KARYA
KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka meyimpan karya-karya sastera
Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu
Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir
Hamzah
Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-
panglima Melaka untuk menaikkan semangat
keperwiraan menentang musuh/Peringgi.
Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair.
Penggunaan puisi atau bidlan Arab ini dalam
menjelaskan sesuatu gambaran berkesan
memberi nilai estetika pada teks tersebut.
Contohnya menggambarkan keadaan Sultan
Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun
Fatimah.
5. PENDIDIKAN DAN
PERKEMBANGAN ILMU KEISLAMAN
Istana digambarkan sebagai pusat pengajian
ilmu-ilmu Islam.
Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah
mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie
Istana merupakan pusat pengajaran Islam di
mana sultan dan pembesar turut belajar dan
menuntut ilmu.
Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh
berkumpl di istana.
Contohnya Maulana Sadar Jahan dari Jeddah
mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar
tasawuf.
Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum
dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan
diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah
turut belajar kitab itu.
Utusan Melaka ke Pasai menyelesaikan masalah-
masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai
ramai ulama-ulamaberkumpulbermuzakarah
tentang ilmu-ilmu keislaman.
6. TEKNIK PENULISAN SULALATUS
SALATIN
Mukadimmah dimulai dengan Bismillahir-
rahmanir-rahim.
Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat al-
Quran dan diikuti pula dengan terjemahan
dalam Bahasa Melayu.
Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai
perbandingan,pengarang memasukkan syair
dan bidalan Arab dengan disertakan
terjemahannya sekali.
Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah.
Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-
leret dalam wasiat.
Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi
digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar,
alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.

You might also like