You are on page 1of 13

BUBUR LAMBUK 1

Bahan-Bahannya :
½ ekor ayam
3 liter air
150gm beras
5cm halia dihiris kasar
2 batang serai dititik
½ camca teh halba
100ml pati santan daripada ½ biji kelapa
2 helai daun kunyit dihiris nipis
5 keping cendawan hitam direndam dan dihiris
Garam dan lada putih secukup rasa
Bawang goreng dan daun bawang.

Cara Membuatnya :
Rebus ayam bersama separuh sukatan air hingga ayam empuk.
Sejat dan siat-siatkan dagingnya.
Didihkan air rebusan ayam tadi dan masukkan baki air bersama beras, halia, serai dan
halba. Masak hingga beras kembang.
Masukkan santan, daun kunyit dan cendawan. Kacau hingga mendidih.
Bubuh garam dan serbuk lada putih bersama-sama isi ayam.
Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.

BUBUR LAMBUK 2

Bahan-Bahannya :
2 gayung beras dimasak menjadi nasi
Rempah sup
Sayur campur
Daging goreng direbus
Udang dikupas dan direbus
Lada sulah

Bahan Rempah Tumis :


3 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan-Bahan Yang Dikisar :


3 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
1 inci halia
Bahan Hiasan :
1 biji telur digoreng dadar dan dihiris
Bawang goreng
Lada merah dihiris
Daun sup dan daun bawang dihiris
Ikan bilis

Cara Membuatnya :
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam bubur dan kacau.
Kemudian masukkan rempah sup dan rempah tumis.
Daging cincang dan udang dimasukkan ke dalam bubur.
Akhir sekali campurkan sayur campur, lada sulah dan garam.
Taburkan dengan bahan-bahan hiasan apabila menghidang.

BUBUR LAMBUK 3
Puti Mazura Binti Mashudi

Bahan-Bahannya :
4 cawan beras ( guna beras biasa, jangan guna beras Basmathi /
beras Siam )
1kg daging dipotong kecil, kalau jenis yang keras, rebus dahulu
1kg udang dikupas kulitnya dan rebus kulit, ambil air rebusan
1 genggam udang kering direbus, jangan buang air rebusannya, kisar
2 paket kecil serbuk rempah sup Adabi
2 paket kecil serbuk rempah kurma Adabi
4 sudu makan kerisik
Santan dari 2 biji kelapa
1 genggam kacang tanah
1 genggam kacang kuda ( chickpeas )
1 cawan campuran kekacang lain ( ikut citarasa )
10 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 inci kayu manis
Air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk tumis
Bawang goreng
Daun saderi dan daun bawang dihiris halus

Cara Membuatnya :
Rendam kacang-kacang semalaman. Buang air rendaman dan tukar air.
Rebus sehingga lembut.
Kisar bawang merah kecil, bawang putih, halia, lengkuas dan serai.
Pijarkan minyak. Tumis bahan yang sudah dikisar dan kayu manis. Masukkan rempah
sup dan kurma. Kacau rata.
Masukkan udang kering yang telah dikisar dan daging ( kalau guna yang belum direbus ).
Kacau rata
Masukkan beras dan air dan kacang yang telah empuk ( jangan masukkan air rebusan
kacang, nanti bubur jadi hitam )
Kecilkan api and masak sehingga beras pecah.
Masukkan daging yang sudah direbus berserta stoknya sekali, isi udang, air rebusan kulit
udang dan santan. Gaul rata.
Masak lagi sehingga mendidih.
Masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Masak sehingga daging lembut. Kacau selalu supaya tidak hangus / berkerak.

Cadangan Menghidang :
Masukkan bubur ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun saderi dan
daun bawang.

Nota : Kalau bubur terlalu pekat, masukkan air panas dan kacau, adjust garamnya.

My family, selalunya makan dengan rojak ( timun, nenas dan sengkuang dan kuah kacang
) atau kerabu taugeh / pegaga atau acar rampai.

BUBUR LAMBUK 4
Nabila

Bahan-Bahannya :
1 cawan beras
Santan dari 1 biji kelapa
3 ekor ikan kembung ( ikan lain pun boleh ) dipanggang dan ambil isinya sahaja dikisar
halus
200gm daging lembu
10 ulas bawang merah }
3cm halia } dikisar halus
½ sudu teh lada hitam }
3 batang serai dititik
1 ikat sayur rampai pucuk paku merah ( termasuk pucuk labu, daun kaduk, daun kunyit,
daun kesum, daun selasih dsb ) kalau tak ada, memadai daun paku, daun kunyit dan daun
kesum
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Beras di rebus dengan 6 cawan air, dan daging / tulang lembu.
Setelah beras kembang ( jadi bubur ), masukkan santan, serai, bahan kisar dan ikan.
Setelah santan mendidih, masukkan sayur rampai dan garam.
Biar mendidih 5 minit sebelum dihidangkan.

Nota : Sayur rampai boleh ditukar dengan bayam, tapi serai dan daun kunyit mesti ada.
Bagi yang suka pelbagaikan rasa, boleh jugak masukkan udang serta sotong dan direbus
bersama beras tadi.

BUBUR LAMBUK 5

Bahan-Bahannya :
4 gelas beras
1 ikat daun pucuk midin / pucuk paku merah
1 ikat daun cekur manis
15 helai daun kadun
4 helai daun ulat bulu / daun kaduk / daun ubi kayu
5 tangkai daun kesum
6 batang serai
1 biji kelapa untuk buat kerisik
1 biji kelapa untuk buat santan
20 ulas bawang merah
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
½ cawan kicap
15 ekor ikan selayang
Garam, gula dan serbuk perasa.

Cara Membuatnya :
Semua daun-daun dibersihkan dan dipakai.
Ikan direbus, ambil isinya dan dihancurkan.
Bawang merah, halia dan lada hitam ditumbuk hingga lumat.
Beras dibersihkan dan direbus hingga kembang.
Masukkan kerisik dan kacau hingga rata dan masukkan bahan rempah yang ditumbuk
tadi dan kacau hingga rata.
Serai diketuk-ketuk dan masukkan ke dalamnya ( beras ).
Apabila semua sudah bergaul, masukkan semua daun-daun tadi dan balik-balikkan
hingga rata.
Bila daun-daun sudah agak layu, masukkan santan hingga tenggelam.
Kemudian masukkan ikan, garam, kicap, gula dan serbuk perasa.
Masaklah hingga mendidih.

BUBUR LAMBUK 6

Bahan A :
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 ½ sudu besar jintan putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah dikisar
RM1.00 udang kering dikisar
½ cawan kacang tanah digoreng dan dikisar halus
Sedikit lada sulah - nak pedas boleh tambah
1/3 biji kelapa dibuat kerisik

Bahan B :
2 cawan beras
¼ kilo daging lembu ( boleh digantikan dengan ayam )
1 cawan udang basah
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Daun kucai
Air rebusan daging
Garam

Bahan Penumis :
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

Cara Membuatnya :
Tumiskan bahan penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan Bahan A yang telah dikisar. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan kelapa goreng, udang kering, kacang tanah, daging dan udang.
Gaul dan biarkan sekejap.
Masukkan sedikit air rebusan daging dan biarkan mendidih sekejap.
Campurkan garam, lada sulah, beras dan air mengikut sukatan beras untuk buat bubur.
Masak hingga bubur kembang.
Taburkan daun sup, daun bawang, daun kucai dan bawang goreng.

BUBUR LAMBUK 7
Anisadlina

Bahan-Bahannya :
1kg beras
300gm daging cincang ( kalau tak nak cincang daging, potong kecil-kecil macam
untuk inti karipap )
150gm udang basah ( kalau besar, potong kecil-kecil )
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar lada hitam biji
½ sudu besar halba
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
250gm santan pekat
2 sudu teh garam atau secukup rasa
½ sudu teh gula atau secukup rasa
3 helai daun pandan disimpul
3 liter air
2 sudu besar minyak masak

Bahan Hiasan :
2 ulas bawang merah

Cara Membuatnya :
Basuh beras dan toskan. Ketepikan.
Kupas dan basuh bawang merah dan bawang putih. ( Bawang Jangan Dihiris.
Biarkan Sebiji-Sebiji ) Ketepikan.
Kupas halia dan hiris nipis. Ketepikan.
Masukkan beras, bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, halba, jintan
manis, jintan putih, daun pandan dan air ke dalam periuk yang dalam ( kalau ada
yang 'non-stick' lebih mudah).
Masak atas api sederhana kecil selama 1 jam atau sehingga beras dah "pecah" ( pecah /
merekah, bukan hancur ).
Kacau sekali-sekala dan tambah air sedikit-sedikit, jika perlu.
Apabila beras dah "pecah", kecilkan api.
Kemudian masukkan santan, garam dan gula.
Masak sehingga bubur mendidih kemudian padam api ( jangan biarkan mendidih
terlalu lama, takut santan pecah minyak ).
Hiris bawang merah hiasan seperti untuk buat bawang goreng.
Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga keperang-perangan.
Padam api dan curahkan bawang goreng berserta minyaknya ke atas bubur tadi.
Siap untuk dimakan.

Nota : Bawang merah dan bawang putih sengaja dibiarkan sebiji-sebiji. Lebih sedap.

BUBUR LAMBUK 8
Sazlyna Ramly

Bahan-Bahannya :
Beras ( agak-agak jangan terlalu banyak )
Santan ( asingkan pati pekat dan cair )
½ sudu teh halba
Serbuk lada hitam
Kentang / lobak merah dipotong dadu
Udang kering dikisar
Halia sebesar ibujari
Bawang merah
Daun bawang
Daun sup
Udang / Ayam / Daging ( fresh )
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama daging hingga separuh kembang dan

daging empuk. ( Nota : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat )


Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan memasukkan halba dan halia yang
dihiris.
Masukkan santan cair dan rebus lagi.
Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang kering, lobak
merah, kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan. Kacau.
Sediakan dapur satu lagi. Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga kekuningan.
Angkat bersama-sama sedikit minyak ( jangan terlalu banyak nanti berminyak sangat )
dan masuk kedalam periuk bubur tadi.
Masukkan daun bawang / sup yang dihiris. Kacau.

Actually tidak banyak beza dengan bubur tanpa santan.

BUBUR LAMBUK AYAM

Bahan-Bahannya :
100gm beras
1 helai daun pandan
2 batang serai
4cm halia
4cm kulit kayu manis
300gm ayam disiat-siat halus
2 helai daun bawang
4 kuntum bunga lawang
200gm minyak sapi
1 ½ liter air
2gm buah pelaga
5gm bawang goreng
2 cawan santan

Bahan Dihiris :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Membuatnya :
Panaskan minyak.
Masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan
bunga lawang.
Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi.
Masukkan air dan beras.
Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah disiat-siat dan
masak hingga mendidih.
Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.

BUBUR LAMBUK MAKANAN LAUT

Bahan-Bahannya :
100gm beras
1 ½ liter air
Sehelai daun pandan
2 batang serai
4cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4cm kulit kayu manis

Bahan Dipotong Halus :


70gm udang
70gm isi ikan
70gm sotong
400gm susu cair
5gm bawang goreng
2gm buah pelaga
3gm bunga lawang
200gm minyak sapi
Garam secukup rasa.

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak. Masukkan daun pandan, serai, halia, bawang putih, bawang merah,
kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Tumis sehingga naik aromanya hingga wangi.
Masukkan air dan beras dan masak hingga beras kembang.
Masukkan udang, sotong dan ikan.
Kemudian masukkan garam secukup rasa dan susu cair.
Masak hingga nasi mendidih.
Hidangkan dan hias dengan bawang goreng dan daunnya.
BUBUR LAMBUK MASJID KAMPUNG KENANGAN BATU PAHAT, JOHOR
Hj Suhaimi

Bahan-Bahannya :
15kg beras
6kg daging lembu dikisar
10 biji kelapa diambil santannya
3 biji kelapa dibuat kerisik
6 senduk besar bawang kecil kisar
2 senduk besar halia kisar
3 senduk besar bawang putih kisar
2 senduk besar lada hitam kisar
1 kg udang kering dikisar
1 paket besar ( RM1.00 ) rempah tumis
700gm rempah beriani
2 paket garam kasar
4 helai daun pandan
½ kg pucuk paku
1kg minyak masak untuk menumis
1kg minyak sapi untuk menumis
* ½ kg kacang tanah direbus dengan air hingga kembang ( masuk dulu )
* ½ kg kacang peas + jagung - ( masuk akhir )
* Boleh pilih mana yang disukai.

Cara Membuatnya :
Cairkan minyak sapi dengan minyak masak.
Masukkan bawang, halia, bawang putih dan lada hitam. Tumis sehingga garing.
Kemudian campurkan udang kering dan rempah beriani.
Selepas garing dan bau bawang tiada, masukkan daging kisar dan tumis sehingga
garing.
Masak air satu periuk besar.
Masukkan 4 helai daun pandan yang dicarik-carik.
Selepas air mendidih, campurkan santan dan masukkan beras dan biarkan sehingga
kembang.
Masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam bubur dan kacau sehingga
kembang dan mesra.
Bila sudah masak, taburkan bawang goreng dan daun sup.

Jangka masa memasak lebih kurang 1½ jam.

BUBUR LAMBUK MASJID ANNUR KG BERINGIN

Bahan-Bahannya :
8kg beras
4kg daging lembu dicincang
½ kilo udang kering dikisar
½ kilo halia dikisar
½ kilo bawang Putih dikisar
½ kilo bawang Besar dikisar
1 paket besar rempah sup adabi ( serbuk )
1 bungkus penumis
1 bungkus besar kacang campur ( kebiasaannya buat nasi goreng )
Cili padi secukup rasa
2 paket minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan secukup rasa

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak masak.
Kemudian masukkan bahan penumis diikuti oleh bahan bahan yang telah dikisar. Tumis
bahan tersebut sehingga garing dan naik bau.
Masukkan rempah sup dan seterusnya daging yang telah dicincang kecil.
Gaul sehingga daging tersebut empuk.
Masukkan air sehingga ¾ penuh dari periuk.
Setelah air mendidih, masukkan beras.
Bubur hendaklah sentiasa dikacau apabila beras telah mula kembang.
Masukkan kacang campur dan kacau lagi.
Masak bubur selama 2 hingga 2 ½ jam.
Sebelum diangkat, masukkan cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng dan
digaul sehingga rata.

BUBUR LAMBUK PAHANG


Puti Mazura Binti Mashudi

Bahan-Bahannya :
3 cawan beras hancur
4 ekor ikan kembung besar ( atau ½ ekor ikan tenggiri + 1 ekor ikan kembung )
Segenggam isi udang hidup
1 - 2 cawan santan cair
10 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai dititik
7 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu teh serbuk lada hitam
3 keping asam gelugor
1 inci halia ( selain daripada yang di atas ) dititik
1 inci lengkuas dititik
2 helai daun pandan dibasuh dan simpulkan
2 cawan pucuk paku perak ( daun dan batang yang lembut sahaja ) dibasuh dan toskan.
Cara Membuatnya :
Rebus ikan dan udang dengan halia, lengkuas yang ditumbuk dan asam gelugor
sehingga sangat-sangat lembut. Ketepikan.
Keluarkan asam, halia dan lengkuas dan mesin bersama ikan dan udang ( asingkan
tulangnya, mesin tulang berasingan. Boleh juga tak gunakan tulang kalau takut tak
halus ). Air rebusan jangan dibuang.
Tumbuk bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam.
Masukkan ke dalam ikan yang dikisar. Masukkan garam.
Gaul rata dan perapkan selama 1 jam.
Didihkan air rebusan, masukkan beras yang sudah dibasuh bersih. Tambahkan air jika
perlu. Bila beras sudah pecah, masukkan ikan, udang dan bahan perapan. Gaul rata.
Masukkan serai dan santan.
Masak hingga menggelegak dengan api kecil. Kacau sekali sekala, jangan sampai pecah
minyak.
Sesuaikan rasa garam dan lada hitamnya. Masukkan sedikit gula. Kacau rata. Didihkan.
Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku perak.
Gaul sekali dan tutup api.
Hidangkan panas-panas. Kalau suka boleh tambahkan lobak asin ( chaipoh ) yang
dipotong halus, sambal cili cuka dan minyak bawang putih.

BUBUR LAMBUK SEAFOOD

Bahan-Bahannya :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar minyak masak
2 pot beras dibersihkan
Air secukupnya
1 paket sup bunjut ADABI ( atau rempah tumis biasa )
100gm daging dihiris
100gm udang dibersihkan dan dibuang kulitnya
100gm sotong dibersihkan dan dihiris kecil
50gm lobak asin dihiris halus
Garam, lada sulah, serbuk perasa secukup rasa

Bahan Hiasan :
3 biji lada merah dihiris
2 biji telur digoreng dadar dan potong kecil
100gm kacang tanah digoreng
2 tangkai daun sup dihiris
Daun bawang dihiris
Bawang goreng
Cara Membuatnya :
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, dan halia.
Panaskan minyak di dalam periuk nasi dan tumis bahan kisar bersama udang kering.
Bila wangi, masukkan beras dan air sehingga ¾ penuh.
Masukkan sup bunjut, daging, udang, sotong, lobak asin.
Tambah garam, serbuk perasa, lada sulah.
Masak lebih kurang ½ jam atau nasi sudah menjadi bubur.
Tambah air kalau tak cukup.
Hidangkan dan hias dengan hirisan lada merah, daun sup, daun bawang, bawang goreng,
telur dan kacang.

BUBUR LAMBUK SI MANJA

Bahan-Bahannya :
1 cawan beras dijadikan bubur
½ cawan daging / ayam cincang
5 ekor udang
½ cawan sayur campur
1 sudu besar serbuk ikan bilis digoreng tanpa minyak
1 sudu mentega
1 biji bawang besar dihiris halus
1 ulas bawang putih dihiris

Cara Membuatnya :
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan sedikit air, daging sayur, udang dan serbuk ikan bilis.
Setelah mendidih, masukkan pula bubur nasi dan kacau rata.
Tambah sedikit garam dan biarkan mendidih. Kemudian hidangkan.

BUBUR LAMBUK TANJUNG KELING


Chef Harun Mat Yusop

Bahan-Bahannya :
7 camca besar minyak masak
2 liter air
200gm daging tetel
300gm beras
50gm kacang dal direndam semalaman
Garam secukup rasa
3 camca besar daun sup hiris
3 camca besar daun bawang hiris
Bawang goreng ( daripada 7 biji bawang merah )
Bahan Tumis :
3cm kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 camca besar serbuk kurma
5 biji buah pelaga
1 camca besar bawang putih dikisar
1 camca besar bawang merah dikisar
1 camca besar halia dikisar

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis.
Kacau sehingga terbit bau.
Masukkan air, kacau rata.
Kemudian masukkan daging yang dihiris, kacau lagi.
Biar ia masak sehingga daging lembut.
Masukkan beras dan kacang dal dan kacau rata.
Biarkan kedua-dua bahan ini kembang.
Masukkan garam dan masak 15 minit.
Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Enak dimakan untuk berbuka puasa.

You might also like