You are on page 1of 22

PERANAN GURU DALAM MENCEGAH KEMEROSOTAN NILAI MORAL

DI KALANGAN PELAJAR REMAJA

1. Pengenalan

“ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi

gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras

gangsterisme”. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar

tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan nilai

moral pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat

serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan .Walaupun pelajar sekolah diajar

supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-

mata.

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi

pemimpin negara pada masa hadapan.Merekalah yang akan terus melaksanakan program

pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.Pembangunan negara yang pesat

dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah

membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan

akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang

buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan

kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang

dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan

pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis

salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Perkembangan mutakhir, terutamanya

-1-
menjelangnya abad 21, telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda

negara kita berhubung dengan disiplin para remaja. Berbagai pihak telah mengeluarkan

hujah-hujah mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan

para remaja terutamanya yang berada di bangku sekolah.

2. Definisi konsep

2.1 Peranan

Tuntutan atau melakukan sesuatu yang ditetapkan oleh struktur yang dikaitkan

dengan sesuatu kedudukan sosial yang tertentu

2.2 Guru

Guru yang dimaksudkan di sini adalah merupakan individu yang terlibat secara

langsung dengan proses pengajaran di sekolah dan ia merangkumi samada Guru

biasa, Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Matapelajaran dan Guru Penolong Kanan.

2.3 Mencegah Kemerosotan

Mencegah Kemerosotan yang ialah merupakan sebarang usaha yang dilaksanakan

dalam menyekat, menghalang atau membendung sesuatu perkara itu daripada

terus merebak atau menjadi lebih serius lagi

2.4 Nilai moral

Nilai ditakrifkan sebagai suatu ukuran yang standard. Manakala moral pula

merupakan perlakuan-perlakuan yang baik. Kebiasaannya perlakuan baik tersebut

diasaskan kepada perbuatan yang zahir dan akal semata-mata. Sesuatu perlakuan

yang baik itu dianggap bermoral sekiranya mendapat pengiktirafan daripada

-2-
orang lain. Secara umumnya moral mementingkan hubungan sesama manusia

serta berdasarkan sentimen masyarakat setempat. Ia sentiasa berubah-rubah

mengikut adat dan kehendak sesebuah masyarakat tersebut.

Contohnya jika dalam sesebuah masyarakat itu menganggap bahawa arak

itu adalah baik bagi tujuan memanaskan badan di negara-negara sejuk dan

pengambilannya tidak salah maka ia dianggap perbuatan yang bermoral. Oleh itu

nyatalah matlamat moral hanya kepada manusia semata-mata.

2.5 Pelajar remaja

Rata-rata, mengikut takrifan dalam pelbagai kamus, remaja membawa

maksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia

pula, remaja dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi,

zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam

kanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan

(Mahmood 1990).

Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang

panjang, yang mana perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan

pelbagai halangan konflik kehidupan (Chais, 1976).

Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang

amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman

inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah

persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga

-3-
belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi

kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar.

Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku,

sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada

alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).

Sering juga diperkatakan bahawa remaja adalah kumpulan masyarakat

yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak boleh kita

nafikan. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan

penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun

demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman

kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa

panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus

dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap

aset yang tidak ternilai ini.

3. Peranan guru

Dalam konteks menangani masalah kemerosotan nilai moral di kalangan pelajar

remaja hari ini beberapa inisiatif perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah khususnya pihak

guru bagi menjamin agar ianya tidak akan berterusan dan akhirnya akan menyebabkan

berlakunya gejala yang tidak sihat dalam masyarakat kita . Dalam hal ini terlebih kita

lihat dari aspek Pembentukan Sikap Kenegaraan dikalangan pelajar itu sendiri.

Pembentukan sikap kenegaraan ini bermaksud menyemaikan perasaan cinta

terhadap negara. Seseorang yang mempunyai sikap kenegaraan akan sentiasa

-4-
mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, misalnya sikap taat setia kepada raja dan

negara, rela memberi sumbangan dan rela berkorban untuk negaranya. Justeru itu sikap

kenegaraan mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Taat setia kepada raja dan negara.

2. Rela memberi sumbangan untuk kemajuan dan kemakmuran negara.

3. Rela berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.

4. Meluhurkan Perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang negara.

5. Berdisiplin dan bersopan santun.

6. Mempunyai semangat kekitaan.

7. Sentiasa sanggup bekerjasama dengan orang lain.

Pembentukan sikap kenegaraan amat penting untuk pembangunan negara.

Justeru itu, pelajar harus diasuh ke arah membentuk sikap ini supaya mercka:

1. Menyedari pentingnya sikap kenegaraan terhadap diri dan masyarakat

untuk kemajuan, kemakmuran dan pembangunan negara.

2. Memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara.

3. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

4. Menjadi warganegara yang berdisiplin dengan mematuhi peraturan-

peraturan dan undang-undang.

5. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melengkapkan diri supaya

bersedia memberi sumbangan kepada negara.

6. Menyedari kepentingan sikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam

masyarakat berbilang kaum.

7. Menghargai segala warisan sejarah dan hasil pembangunan negara.

-5-
Pembentukan sikap kenegaraan memangnya telah diambil kira dalam

rancangan kurikulum sekolah. Jadi tugas membentuk sikap kenegaraan terletak di

bahu guru kerana guru adalah orang yang diamanahkan untuk melaksanakan

rancangan kurikulum sekolah. Dalam hal ini, guru haruslah memahami

kepentingan dan tujuan pembentukan sikap kenegaraan di kalangan pelajar.

Di peringkat sekolah, peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh

dilaksanakan oleh guru melalui tiga cara iaitu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan aktiviti budaya sekolah.

3.1 Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran

Sebagaimana yang kita ketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisip

dalam semua mata pelajaran kita sama ada di bawah rancangan KBSR atau

KBSM. Tugas guru ialah menonjolkan sikap kenegaraan itu semasa menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan secara

langsung apabila guru mengajar mata pelajaran seperti Pendidikan Moral,

Sejarah, Bahasa Melayu dan sebgainya, atau secara tidak langsung apabila murid-

murid menjalankan menjalankan aktiviti kumpulan di mana murid-murid akan

dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama, tolong-menolong, hormat-

menghonnati, tanggungjawab dan toleransi. Sikap-sikap sepeiti ini adalah penting

dalam usaha menenguhkan pembentukan sikap kenegaraan.

-6-
3.2 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum meliputi aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan,

permainan dan sukan serta unit beruniform. Salah satu tujuan mengadakan aktiviti

kokurikulum ini ialah untuk memupuk nila-nilai murni termasuk sikap

kenegaraan dikalangan murid-murid.

Di dalam kelab dan persatuan, murid-murid mendapat peluang

berinteraksi di antara satu sama lain. Mereka juga berpeluang memupuk nilai-nilai

murni seperti kerjasama, semangat kekitaan dan perpaduan dalam usaha

menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab dan persatuan mereka.

Aktiviti permainan dan sukan, selain menyihatkan tubuh badan, boleh

meneguhkan lagi pembentukan sikap kenegaraan, kerana melalui aktiviti

permainan dan sukan, pelajar-pelajar mendapat peluang untuk:

1. Berinteraksi dengan berbagai-bagai kaum.

2. Mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan-peraturan.

3. Bekerjasama dengan pasukan sendiri.

4. Mengamalkan sikap toleransi teihadap rakan-rakan.

3.3 Aktiviti budaya sekolah

Aktiviti budaya sekolah adalah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti

berikut :

1. Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik sepcrti

"Malaysia Berjaya" dalam perhimpunan sekolah.

2. Membaca ikrar dalam upacara-upacara rasmi seperti Hari Sukan,

-7-
perhimpunan pengakap dan sebagainya.

3. Mengibaikan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan

perhimpunan sekolah.

4. Menjalankan kempen kebersihan sekolah.

5. Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu.

Adalah nyata bahawa semangat patriotisme boleh diwujudkan melalui

aktiviti-aktiviti budaya sekolah tersebut. Oleh itu, tidak dapat dinafikan aktiviti-

aktiviti budaya sekolah akan memberi sumbangan ke arah pembentukan sikap

kenegaraan.

4. Perbincangan

Rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan fenomena

keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak

sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula

peranan ibubapa dan keluarga? Sejauh manakah keprihatinan pemimpin dalam soal ini?

Bagaimana pula reaksi institusi agama dalam menanganinya?

Kemerosotan nilai moral di kalangan remaja khususnya para pelajar dengan

kewujudan kumpulan-kumpulan samseng di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir ini cukup

memilukan hati kita semua, kerana ianya menggambarkan betapa biadap dan runtuhnya

disiplin dan akhlak segelintir daripada golongan remaja kita.

Barangkali masih segar diingatan kita bagaimana seorang pelajar 8 tahun ditikam

tidak kurang dari sepuluh kali oleh pelajar tingkatan satu pada 21 Jun yang lalu hanya

kerana tidak memberikan wang sakunya. Begitu juga bagaimana deritanya seorang

-8-
pengawas di sebuah sekolah menengah di Kluang Johor dibelasah oleh sekumpulan

remaja dengan menggunakan besi dan rotan berpaku pada 3 Julai yang lalu. Betapa

hancurnya hati ibubapa seorang remaja perempuan berumur 16 tahun apabila ditahan

polis kerana menyertai kumpulan untuk merompak sebuah kondominium Prisma

Perdana, Cheras, pada 26 Mei. Lebih menyayat hati kita lagi apabila seorang remaja

perempuan berumur 16 tahun dituduh membunuh wanita berumur 58 tahun kerana tidak

memberikannya wang yang diminta pada 24 September yang lalu. Yang terkini dan

seolah-olah seperti menjadi barah yang begitu cepat merebak ialah kecenderungan remaja

membakar sekolah sebagai tanda protes dan tidak puas hati mereka kepada para guru.

Kes-kes sebegini adalah sebahagian daripada keganasan yang membabitkan para

remaja khususnya para pelajar yang ternyata begitu berani mencabar undang-undang.

Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998, kadar jenayah yang melibatkan remaja

lelaki meningkat sebanyak 35 peratus, remaja perempuan 25 peratus, dan sepanjang

tahun 1998 sebanyak 6338 kes baru yang membabitkan remaja telah dilaporkan. Dalam

laporan ini emaja Melayu yang beragama Islam adalah yang paling banyak terbabit!

(Berita Harian 12 Julai 2000)

Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan

fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan perbuatan mereka terkeluar dari jangkaan kita

yang waras. Kita juga tentu bersimpati dengan para guru di sekolah-sekolah yang

terbabit apabila imej sekolah yang selama ini dianggap mulia, tempat mencurahkan ilmu

bagi mendidik anggota masyarakat, telah menjadi mangsa segelintir pelajar yang masih

terbelengu dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagaikan pepatah “madu diberi,

tuba yang dibalas”.

-9-
Segala persoalan berkenaan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali

pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan

insan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Tanpa menuding jari ke arah mana-mana

pihak, semua patut insaf betapa kemerosotan akhlak dan moral pelajar serta generasi

muda menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan, sama ada formal

atau tidak formal.

Sebelum dikaji konsep pendidikan, kita perlu sedar dan insaf bahawa pendidikan

bukanlah tugas pihak tertentu, tetapi adalah amanah dan tanggungjawab semua , meliputi

individu,ibubapa dan keluarga, pemimpin masyarakat dan negara.

Bagi golongan pendidik, terutamanya para guru mereka perlulah memiliki minat

yang mendalam, kewibawaan ilmu dan keperibadian yang luhur untuk memastikan

kejayaan proses pendidikan. Remaja sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang

tidak serius, apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun

dalam perkara yang dianggap remeh seperti merokok, cara bercakap dan berpakaian.

Rasa hormat kepada guru adalah antara syarat asas dalam memastikan kejayaan

penyaluran ilmu dan nilai-nilai yang baik kepada para remaja.

Dalam konteks tidak formal pula seperti dalam institusi keluarga, ibubapa perlu

sentiasa menyingkirkan sifat negatif daripada menjadi amalan dalam rumahtangga.

Sementara dalam bidang kepimpinan pula, pemimpin perlu mengawasi diri daripada

bersikap “cakap tak serupa bikin” untuk memastikan keberkesanan kepemimpinannya

yang juga suatu bentuk pendidikan.

Pendeknya, untuk melahirkan generasi remaja yang berakhlak mulia memerlukan

kepada penglibatan yang serius dari semua pihak. Tanpa kerjasama dari setiap pihak

- 10 -
yang terlibat akan membantutkan usaha untuk mendisiplin remaja. Kita juga turut

bimbang masa depan para remaja kini lebih-lebih lagi di era globalisasi yang tiada lagi

batas sempadan komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

4.1 Faktor-Faktor Utama

Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan nilai moral

pelajar remaja pada masa kini berlaku. Punca utama ialah pengaruh media massa.

Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning

amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan

fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka

yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah.

Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah

keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu

yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah

ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah,

sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu bermula di

rumah.

Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk

melupakan segala masalah. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang

diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi

oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas

menyebabkan kesempatan guru terbatas.

- 11 -
Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga

merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar.

Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan

dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, ini juga tidak

menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu

kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja.

Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar

merosot. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah.

Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran

ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan

menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan

untuk menarik perhatian.

Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua

ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akanterbiar dan memilih haluan sendiri.

Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat

dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti.

Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak

wajar jika sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan

guru mestilah memainkan peranan mereka masing-masing.

Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana

fenomena ini mungkin menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Nisbah

- 12 -
antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4:6. (Berita Harian :19 Julai

1999) . Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan

menurut Kementerian Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan

berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih

perempuan di maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Begitu juga

di peringkat universiti , di mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk

menceburi bidang pendidikan.

Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki

yang bermisai lebat dan berwajah garang. Apabila orang lelaki semakin

menghindari profesion ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa tahap disiplin

atau nilai-nilai moral pelajar hari ini semakin merosot.

4.2 Kesan

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun

1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan

kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja

yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2

peratus(Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan

adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram

ersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku

di sekolah.

- 13 -
Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat

menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah

sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk

menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad,

1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud

kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.

Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah

kemerosotan nilai moral pelajar remaja ialah:

a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan

sebagainya.

b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa

mereka.

c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa

terancam.

d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan

pendidikan.

e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

terbabit.

Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi

kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat

pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial

yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan

- 14 -
berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada

masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif

kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu

antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah

pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

5. Cadangan

5.1 Selain dari peranan yang dimainkan oleh guru Laporan serta kerjasama

daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini.

5.2 Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program

yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku

pelajar remaja di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar

sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis

salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru,

bertumbuk dan sebagainya.

5.3 Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling – Guru pakar dalam bidang ini

perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi

nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini

akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah

- 15 -
seluruh negara mempunyai nilai-nilai moral yang baik. Ini kerana mereka

inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang.

5.4 Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut

diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran

untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan

memberi kesedaran dikalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan

pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan

kepada pentingnya sikap yang jujur.

5.5 Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah

kemerosotan nilai moral ini, namun yang paling penting adalah peranan

ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa

mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

6. Kesimpulan

Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan

pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada

guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi

oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam

suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di

samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.

- 16 -
Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan

nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat,

teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak

terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis

nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan

untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh

bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar

sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar.

Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-

kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan

membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang.

Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar

menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak

puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah

kemerosotan nilai moral yang berlaku dikalangan pelajar sekarang banyak

berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan

yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

- 17 -
BIBLIOGRAFI

Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Kedua.

Tanjong Malim: Quantum Books.

Ghazali Darussalam. 2001. Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee. 1995. Asas Pendidikan 2 Murid dan Proses Pembelajaran. Edisi

Keempat. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 1993. Asas Pendidikan 1. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noraini Ahmad. 1995. Kaunseling Remaja. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn.Bhd.

Robiah Sidin, Zaiton Sidin. 1989. Sosiologi Pendidikan ( terjemahan ). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

- 18 -
PENGHARGAAN

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga terutama kepada En Lee Lai Guan selaku Pensyarah Sosiologi Pendidikan

Institut Perguruan Darulaman (IPDA) Jitra, Kedah Darul Aman, kerana telah banyak

memberi bimbingan yang begitu baik kepada saya dalam menyiapkan Kerja Kursus2

Sosiologi Pendidikan yang bertajuk “PERANAN GURU DALAM MENCEGAH

KEMEROSOTAN NILAI MORAL DI KALANGAN PELAJAR REMAJA”.

Walaupun beliau terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah Sosiologi Pendidikan,

namun dapat juga meluangkan masa untuk memberikan bimbingan

Selain itu, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada

semua pelajar-pelajar PKPG IPDA-UPSI 2002/2003 terutama daripada kelas TM3 yang

telah memberi kerjasama dan berkongsi-kongsi bahan bersama-sama bagi menyiapkan

kerja kursus ini. Segala sumbangan yang saudara saudari berikan, mudah-mudahan

mendapat rahmat daripada Allah SWT. InsyaAllah.

Sekian…

- 19 -
Kandungan muka

surat

Prakata

1. Pengenalan 1-2

2. Definisi konsep 2-4

2.1 Peranan

2.2 Guru
2.3 Mencegah Kemerosotan
2.4 Nilai Moral
2.5 Pelajar Remaja

3. Peranan Guru 4–8


3.1 Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran
3.2 Aktiviti Kokurikulum
3.3 Aktiviti budaya sekolah

4. Perbincangan 8 - 15

5. Cadangan 15 - 16

6. Kesimpulan 16 - 17

7. Bibliografi 18

Penghargaan

- 20 -
PRAKATA

Institusi Pendidikan khususnya kaum guru sememangnya merupakan penggerak

utama ke arah pembentukan awal minda pelajar. Status guru dan peranannya tidak dapat

dinafikan dapat membentuk masyarakat ke arah kewujudan tamadun manusia yang lebih

gemilang. Namun begitu, apa yang dapat dilihat institusi perguruan tidak lagi dihormati

dan dipandang sebagai institusi yang dapat memberikan kesan yang positif. Kepincangan

demi kepincangan hadir dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat

yang seimbang dari segi mental dan rohani. Malah masalah kemerosotan nilai moral yang

melanda pelajar-pelajar remaja kita hari ini semakin dirasa dengan peningkatan kes yang

melibatkan pihak polis. Contohnya apabila kita digemparkan dengan "kemajuan" gejala-

gejala sosial yang berkaitan dengan kemerosotan nilai moral ini masyarakat kita akan

cepat merasa gusar dan kecewa malah ada yang menunding jari kepada orang lain,

kumpulan tertentu sebagai yang bersalah.

Walaupun terdapat pelbagai tanggapan masyarakat terhadap status mulia ini tetapi

tidak adil sekiranya semua kekurangan itu diletakkan atas bahu pendidik. Walaupun

kekurangan sememangnya wujud, usaha sepatutnya dilakukan demi mengembalikan

kemuliaan status tersebut.

Oleh sebab itulah dalam keadaan ini saya rasakan guru perlu memainkan peranan

dan melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak akan berterusan.

- 21 -
- 22 -

You might also like