You are on page 1of 4

MAKLUMAT TENTANG PUSAT SUMBER SEKOLAH

PANDUAN GURU
2009

1. PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
a. Waktu perpustakaan dibuka
Hari Masa
Isnin - Jumaat 7.30 pg – 5.00 ptg
Sabtu Dibuka atas permintaan
Ahad & cuti umum Ditutup

b. Perpustakaan boleh digunakan untuk aktiviti di luar waktu persekolahan


samada siang ataupun malam tetapi mesti dibuat tempahan terlebih dahulu.
c. Sekiranya guru-guru ingin membawa pelajar ke perpustakaan, guru-guru
mestilah berada sepanjang masa dengan pelajar untuk mengelakkan
berlaku sebarang kehilangan benda
d. Guru-guru yang ingin menggunakan perpustakaan samada semasa waktu
persekolahan ataupun diluar waktu perpustakaan, bolehlah membuat
tempahan di perpustakaan melalui mana-mana guru perpustakaan.
e. Guru-guru tidak dibenarkan mengajar semasa P & P dalam waktu
persekolahan di perpustakaan kerana memberi laluan kepada pelajar untuk
melaksanakan program NILAM
f. Selain melaksanakan program NILAM, guru-guru dibenarkan membawa
pelajar ke perpustakaan untuk mencari bahan / maklumat untuk nota /
latihan / projek / kerja kursus ataupun menjalankan aktiviti kokurikulum
dalam keadaan yang tidak bising
g. Guru-guru boleh mengases internet di perpustakaan dengan menggunakan
komputer riba sendiri ataupun komputer yang dikhaskan di perpustakaan
h. Guru-guru yang menggunakan perpustakaan samada untuk sebarang
aktiviti samada mengakses internet, membaca akhbar, membaca buku
ataupun lain-lain aktiviti dimohon merekodkan dalam buku rekod
penggunaan guru di perpustakaan
2. PROGRAM NILAM
a. Guru-guru yang melaksanakan program NILAM samada di perpustakaan
ataupun di kelas mestilah memastikan bahawa pelajar membaca sekurang-
kurangnya sebuah buku dan direkodkan sinopsis dan pengajarannya dalam
buku rekod NILAM masing-masing
b. Guru-guru dibenarkan membawa keluar buku bacaan NILAM daripada
perpustakaan tetapi mesti memastikan jumlah buku dalam kotak NILAM
yang diambil dan dihantar adalah sama. Ini adalah untuk mengelakkan
kehilangan buku tersebut.

3. PENGGUNAAN LCD
a. Sekiranya guru-guru ingin menggunakan LCD semasa P & P, guru-guru
bolehlah menggunakan Bilik-bilik khas seperti Bilik Alat Pandang Dengar
(APD). Penempahan bilik APD boleh dibuat melalui Cik Yuvarani atau Pn
Norliza.
b. Untuk makluman, perpustakaan ada menyimpan LCD mudah alih.
Sekiranya ingin meminjam LCD mudah alih, guru-guru bolehlah
berhubung dengan Pn Norliza untuk membuat tempahan

4. PENGAWAS PUSAT SUMBER


a. Sebagai makluman, pengawas pusat sumber akan bertugas di perpustakaan
semasa waktu rehat seminggu sekali mengikut giliran.
b. Guru-guru dimohon memberi kerjasama dengan membenarkan pengawas
pusat sumber yang bertugas tersebut untuk bertugas di perpustakaan pada
masa yang ditetapkan.
c. Jika guru-guru mempunyai sebarang aduan berkenaan Pengawas Pusat
Sumber, guru-guru boleh melaporkan kepada Pn Norliza untuk diambil
tindakan

5. DERMA BUKU
a. Guru-guru adalah digalakkan dan dialu-alukan untuk menyumbangkan
buku atau sebarang bahan bacaan ilmiah kepada perpustakaan

SEGALA KERJASAMA ATAU SUMBANGAN TUAN/PUAN/CIK AMAT


DIHARGAI DAN DIDAHULUKAN DENGAN UCAPAN JUTAAN TERIMA
KASIH.
MAKLUMAT TENTANG PUSAT SUMBER SEKOLAH
PANDUAN PELAJAR
2009

1. PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
b. Waktu perpustakaan dibuka
Hari Masa
Isnin – Jumaat 7.30 pg – 5.00 ptg
Sabtu Dibuka atas permintaan
Ahad & cuti umum Ditutup

c. Pelajar-pelajar yang mengambil buku di rak buku untuk di baca tidak perlu
memulangkannya di rak buku tetapi meletakkan di dalam bekas yang
disediakan (bakul kuning / troli buku) selepas membacanya.
d. Pelajar-pelajar dibenarkan menggunakan komputer di perpustakaan untuk
menyiapkan kerja sekolah ataupun mencari bahan ilmiah melalui internet
di perpustakaan dengan menggunakan komputer yang dikhaskan di
perpustakaan. Penggunaan komputer tersebut perlu direkodkan dalam
buku rekod penggunaan komputer di perpustakaan.
e. Pelajar-pelajar yang menggunakan perpustakaan samada untuk sebarang
aktiviti samada mengakses internet, membaca akhbar, membaca buku
ataupun lain-lain aktiviti dimohon merekodkan dalam buku rekod
penggunaan pelajar di perpustakaan
f. Pelajar-pelajar yang ingin memasuki perpustakaan mestilah menanggalkan
stokin dan kasut dan diletakkannya di rak kasut yang telah disediakan
g. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan buku tulis sahaja
ke perpustakaan
h. Barang-barang lain yang tidak dibenarkan bawa masuk ke perpustakaan
boleh diletakkan di rak penyimpanan barang di depan perpustakaan.
Sekiranya anda takut kehilangan barang anda, sila bawa mangga kunci
sendiri. Mangga kunci boleh dibeli di koperasi sekolah.
i. Tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa yang membawa keluar
buku yang tidak dipinjam atau sebarang peralatan tanpa kebenaran guru
perpustakaan
2. PROGRAM NILAM
j. Pelajar diwajibkan membaca buku bacaan NILAM sekurang-kurangnya 2
buah buku sebulan samada di perpustakaan / di kelas / diasrama dan
direkodkan sinopsis dan pengajarannya dalam buku rekod NILAM
masing-masing
k. Pelajar yang tidak mempunyai kesempatan membaca di perpustakaan
dibenarkan dan digalakkan meminjam buku-buku daripada perpustakaan
sebagai bahan bacaan NILAM
l. Pelajar-pelajar dibenarkan meminjam buku selama seminggu dan jika
lewat memulangkan buku tersebut, pelajar akan didenda.
m. Novel-novel cinta tidak digalakkan untuk dijadikan bacaan NILAM
n. Buku-buku yang boleh dijadikan bahan bacaan NILAM mestilah terdiri
daripada buku-buku yang mempunyai muka surat yang melebihi 40 muka
surat
o. Sebagai satu galakan membaca, pihak pusat sumber sekolah akan
menyediakan hadiah yang menarik untuk pelajar yang membaca paling
banyak buku sebagai bacaan NILAM
p. Pelajar yang membaca bacaan NILAM sekurang-kurangnya 75 buah buku
dalam masa 2 tahun akan diberikan sijil NILAM yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sijil tersebut akan diserahkan kepada
pelajar selepas tamat tingkatan 5.

3. DERMA BUKU
q. Pelajar-pelajar adalah digalakkan dan dialu-alukan untuk menyumbangkan
buku atau sebarang bahan bacaan ilmiah kepada perpustakaan

SEGALA KERJASAMA ATAU SUMBANGAN PARA PELAJAR AMAT


DIHARGAI DAN DIDAHULUKAN DENGAN UCAPAN JUTAAN TERIMA
KASIH.

You might also like