You are on page 1of 19

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

Kementerian Kesihatan Malaysia Oktober 2011 KANDUNGAN

Muka surat Tujuan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pendahuluan Rasional Keperluan vitamin Strategi Objektif Program Liputan Program Kumpulan Sasar 7.1 7.2 8. Kriteria kelayakan Kriteria pengecualian 1 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3 3 4 4

Kaedah Pelaksanaan 8.1 8.2 8.3 Penerimaan bekalan daripada pembekal Cara penyimpanan Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau penjaga 8.4 8.5 Cara pemberian Langkah-langkah keselamatan

4 6 6 7

9. 10.

Pengurusan dan Penyelarasan Rumusan

Muka surat 11. 12. 13. Rujukan Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Pembentukan Garis Panduan Pelaksanaan Program Vitamin 1Malaysia di Sekolah Rendah Lampiran : Lampiran 1 Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia Lampiran 2 Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral Lampiran 3 Spesifikasi Tablet Multivitamin dan Mineral Lampiran 4 Report on Suspected Adverse Drug Reactions 12 13 14 19 8 9

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

TUJUAN Tujuan garis panduan ini ialah untuk menggariskan kaedah pemberian multivitamin dan mineral di sekolah rendah dan akan digunakan oleh pentadbir/ guru sekolah dalam melaksanakan Program Vitamin 1Malaysia kepada murid sekolah. Garis panduan ini hendaklah juga dibaca bersama Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005 serta Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A4(26) bertarikh 15 Julai 2010. 1. Pendahuluan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang 2020. 2. Rasional Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005). Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004).

Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A, kalsium, zat besi dan zink.

3.

Keperluan Vitamin Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink. Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan ( picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit.

4.

Strategi Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah.

5.

Objektif Program Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.

6.

Liputan Program Semua murid yang memenuhi kriteria pemilihan dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.

7.

Kumpulan Sasar 7.1 Kriteria kelayakan Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah). 7.2 Kriteria pengecualian Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu: i. Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala. Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin. Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital.

ii. iii.

8.

Kaedah Pelaksanaan 8.1 Penerimaan bekalan daripada pembekal i. Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP). Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang mengandungi maklumat tarikh pembekalan, kuantiti dan nombor batch menggunakan Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1). Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam keadaan baik dan dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.

ii.

iii.

8.2

Cara penyimpanan i. Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih dan kering pada suhu kurang daripada 30C atau mengikut arahan pengeluar. Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian.

ii.

8.3

Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau penjaga Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap murid mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masingmasing. Oleh itu, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah: i. mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid, ii. memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah dijawab, iii. memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian memberi kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid. Jika ibu bapa/penjaga menjawab YA pada soalan 1, 2 atau 3 di bahagian Sejarah Perubatan pada Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral, maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi multivitamin dan mineral di sekolah.

8.4

Cara Pemberian i. Kekerapan Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.

ii.

Dos (Bilangan tablet) Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.

iii.

Pemberian Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan sarapan. Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah dan ditelan oleh setiap murid. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik.

iv.

Kesan sampingan pengambilan vitamin Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius. Kesan sampingan ringan seperti muntah, mual, pening, sakit perut, sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam sebilangan kecil murid. Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital untuk rawatan. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan. Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan kemudian klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).

8.5

Langkah-langkah keselamatan Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah: i. Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah, retak atau terdapat kesan dibuka atau koyak. Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah: Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label. Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan. Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan dahulu sebelum yang baru dibuka. Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput.

ii.

iii.

memastikan murid yang dikecualikan daripada menerima tablet multivitamin dan mineral (rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan.

9.

Pengurusan dan Penyelarasan Rancangan pemberian multivitamin dan mineral ini diintegrasikan ke dalam RMT. Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan memantau melalui unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan. Buat masa ini, tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

10.

Rumusan Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.

Rujukan Brown KH et al. (2002). Effect of supplemental zinc on the growth and serum zinc concentrations of prepubertal children: a meta-analysis of randomized controlled trials. American Journal of Clinical Nutrition, 2002, 75:10621071. Codex Alimentarius Guidelines For Vitamin And Mineral Food Supplements CAC/GL 55-2005. Foo et. al. (2004). Iron status and dietary iron intake of adolescents from a rural community in Sabah, Malaysia. Asia Pacific J Clin Nutr 2004;13 (1):48-55. Ministry of Health Malaysia. (2000). Nutritional Status of Children Below Six Years in Malaysia. National Health and Morbidity Survey III (2006). Unpublished data. Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, 2005. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah. Rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010. Taras H., (2005) Nutrition and student performance in school . Journal of School Health. August 2005, Vol.75, No.6.

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PEMBENTUKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Puan Rokiah Don Pengarah Bahagian Pemakanan Puan Fatimah Salim Timbalan Pengarah Bahagian Pemakanan Puan Zaiton Hj Daud Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemakanan Puan Shamsuriati Awang Kechik Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pemakanan Puan Fatimah Zurina Mohamad Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemakanan Encik Mohamad Soffian Mohamad Rasid Penolong Pengarah Bahagian Pemakanan Puan Rusnah Adon Penyelia Jururawat Bahagian Pemakanan Dr. Nik Rubiah Rashid Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Puan Tan Phaik Sim Penyelia Jururawat Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Puan Anis Talib Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Puan Salasiah Abdullah Penolong Pengarah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Dr. Fuziah Zain Ketua Jabatan Perubatan Pediatrik Jabatan Perubatan Pediatrik Hospital Putrajaya KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Tuan Hj Zafrullah Shamsuddin Ketua Unit Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Encik Ismail Abdul Aziz Timbalan Setiausaha Bahagian (D) Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset Puan Noor Azani Abdul Aziz Penolong Setiausaha (PP) 4 Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset Encik Ahmad Afifi Hussain Penolong Setiausaha Bahagian Kewangan Encik Mohd Nurhazwan Rostam Penolong Setiausaha Bahagian Kewangan Encik Mohd Adyirwan Arshad Pegawai Eksekutif (BT) 1 Bahagian Kewangan

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Dr. Razalee Sedek Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan

Lampiran 1 LAPORAN PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA (PV1M) BULAN _______________ TAHUN _______________
NEGERI PPG/PPD/ZON SEKOLAH PEMBEKAL TEMPAT SIMPANAN A. : _____________________________________________________________ : _____________________________________________________________ : _____________________________________________________________ : _____________________________________________________________ : _____________________________________________________________ TELEFON : ______________________________ TELEFON : ______________________________ TELEFON : ______________________________ TELEFON : ______________________________ BIL. PENERIMA PV1M : ____________________

PENERIMAAN KUANTITI DI TERIMA BIL TARIKH TERIMA BEKALAN TARIKH LUPUT JUMLAH (KOTAK PENGHANTARAN) KIRAAN DALAM KOTAK VITAMIN STRIP VITAMIN NO. SAP

NAMA PENERIMA (PEGAWAI YANG MENERIMA BEKALAN)

TANDA TANGAN

1. 2. 3.

B. HARI AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

AGIHAN (kuantiti ialah jumlah tablet) MINGGU 1 TARIKH KUANTITI TARIKH AGIHAN DAN KUANTITI MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 TARIKH KUANTITI TARIKH KUANTITI TARIKH KUANTITI MINGGU 5 TARIKH KUANTITI JUMLAH AGIHAN SEBULAN (KOTAK) KOMEN/ ULASAN

JUMLAH C. BIL. 1. 2. 3. 4. LAPORAN TABLET VITAMIN YANG ROSAK KEROSAKAN TARIKH JUMLAH GANTIAN TARIKH JUMLAH ULASAN PELAPOR TANDA TANGAN

Lampiran 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL Objektif Pemberian multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pemakanan dan tumbesaran. Ianya diberi secara percuma kepada anak/ anak jagaan tuan/ puan di sekolah. Multivitamin dan mineral diberi pada setiap hari persekolahan bersama dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekiranya terdapat kemusykilan, sila hubungi pihak pentadbir/ guru sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat Murid
Nama Murid: Alamat Rumah: Tahun: Nama Sekolah:

Sejarah Perubatan 1. Adakah anak/ anak jagaan tuan/ puan mempunyai penyakit talasemia yang disahkan oleh pegawai perubatan dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala? Ya 2. Tidak

Adakah anak anda sedang mengambil apa-apa vitamin lain di rumah? Ya Tidak

3.

Adakah anak anda sedang menerima rawatan vitamin di klinik/ hospital? Ya Tidak

Kebenaran menerima multivitamin dan mineral (sila lengkapkan SATU kotak sahaja).
Saya Bersetuju membenarkan anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral. Nama ibu bapa/penjaga: No. Telefon Rumah: No. Telefon Bimbit: Tandatangan: Tarikh: Saya Tidak Bersetuju anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral. Nama ibu bapa/penjaga: No. Telefon Rumah: No. Telefon Bimbit: Tandatangan: Tarikh:

Terima kasih atas kerjasama tuan/ puan melengkapkan borang ini. Sila kembalikan borang kepada pihak sekolah.

Lampiran 3

SPESIFIKASI TABLET MULTIVITAMIN DAN MINERAL 1. Jenis Tablet boleh dikunyah (chewable) berperisa buah-buahan (pelbagai rasa). 2. Standard Produk hendaklah memenuhi kesemua kriteria berikut: i. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mempunyai No. Pendaftaran Produk (salinan Sijil Pendaftaran Produk wajib disertakan). Mematuhi sukatan nutrien bagi multivitamin dan mineral dengan zat besi bagi kanak-kanak 7-12 tahun pada dos biasa sebagai tambahan pemakanan (dietary supplement) dan bukan dos terapeutik. Kandungan minima setiap vitamin dan mineral bagi sukatan pengambilan sehari hendaklah mengandungi 15% saranan pengambilan kanak-kanak 7-12 tahun yang ditetapkan oleh FAO/WHO (Codex Alimentarius Guidelines For Vitamin And Mineral Food Supplements CAC/GL 55-2005 ). Sebagai panduan, berikut adalah kandungan yang dicadangkan: Kandungan minima bagi dos sehari kanak-kanak 7-12 tahun 1. Vitamin A 249.8 2. Vitamin C 5.3 3. Tiamina (B1) 0.14 4. Riboflavin (B2) 0.14 5. Nicotinamide (B3) 1.8 6. Vitamin D 15 7. Vitamin E 1.0 8. Zat besi 1.4 9. Zink 0.9 Lain-lain vitamin dan mineral yang diluluskan oleh Pihak Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia Bil Jenis vitamin dan mineral Unit IU mg mg mg mg IU IU mg mg Berkuasa

ii.

iii.

Halal kemukakan sijil HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekiranya ada. Mengisytiharkan kandungan produk mengandungi bahan-bahan daripada sumber porcine atau bovine, jika berkaitan. Mengguna bahan pewarna, perisa dan pemanis yang dibenarkan .

iv.

v.

3.

Pembungkusan Menepati syarat-syarat berikut: i. Vitamin hendaklah dibungkus dalam botol yang legap sepenuhnya (tidak telus cahaya). Setiap bekas mengandungi 60 biji tablet. Pelabelan pada pembungkusan botol dan kotak mesti menepati keperluan PBKD dan produk dilabelkan Program Vitamin 1Malaysia dan NOT FOR SALE. Label tersebut hendaklah dicetak dan bukan tampalan.

ii.

4. a.

Syarat-syarat serahan produk: Tarikh luput : Sekurang-kurangnya 18 bulan dari tarikh penyerahan : Semua sekolah yang terlibat : Setiap 3 bulan

b. c. d.

Tempat serahan Kekerapan pembekalan

Jadual dos (bilangan tablet sekali makan) mengikut umur murid hendaklah disediakan oleh pembekal berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.

5.

Pengangkutan dan Pengedaran Tablet multivitamin dan mineral hendaklah dilindungi daripada pencemaran atau pun kerosakan semasa pengangkutan dan pengedaran. Kenderaan yang mengangkut hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: i. Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap. Berada pada suhu kurang daripada 30oC atau mengikut arahan daripada pengeluar. Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih, berkeadaan baik dan boleh dibersihkan. Tidak mengangkut bahan lain yang boleh mencemar tablet multivitamin dan mineral serta kenderaan. Mempunyai sistem pengudaraan yang cukup. Pemunggahan bekalan multivitamin dan mineral hendaklah dijalankan dengan cermat. Tidak mencampur adukkan batch bekalan multivitamin dan mineral yang berlainan. Pengangkutan dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch.

ii.

iii.

iv.

v. vi.

vii.

Lampiran 3a Cadangan Pembungkusan

Program Vitamin 1Malaysia


pada setiap petak tablet No batch

Program Vitamin 1Malaysia Nama Produk dicetak

Program Vitamin 1Malaysia


(ayat sama besar dengan nama produk) 1 Nama dan kekuatan bahan aktif, RDA Pengawet (jika ada) Alkohol (jika ada) Indikasi Dos/ arahan penggunaan Akuan fungsi (jika ada) Amaran (jika ada) Arahan penyimpanan Jauhi daripada kanak-kanak Nama dan alamat pemegang pendaftaran Nama dan alamat pengilang

Sumber haiwan (jika ada) Saiz pembungkusan Bentuk dos 2Nombor batch Tarikh pembuatan Tarikh Luput MAL ..

1. Bagi nama dan kekuatan bahan aktif memadai dinyatakan multivitamin dan mineral 2. No. batch, tarikh pembuatan dan tarikh luput boleh dinyatakan pada label, pada atas atau bawah kotak Arahan penyimpanan Jauhi daripada kanak-kanak Kuantiti

Nama Produk

You might also like