You are on page 1of 21

PDG 183

MOHD FAHMY BIN


TUMUT

PEGAWAI PENILAIAN
(W41) KURSUS PEGAWAI-
MAJLIS PEGAWAI PIHAK
PERBANDARAN BERKUASA TEMPATAN
SEPANG SELANGOR
SIRI 9/2009

1
PDG 183

SOALAN TUGASAN

Setiap tahun semua PBT di negara ini


menyediakan Anggaran Belanjawan untuk
menentukan hasil yang boleh dikutip dan
perbelanjaan yang dijangkakan untuk tahun
kehadapan.
Belanjawan amat penting kepada PBT untuk
menetapkan strategi-strategi dan pelan-pelan
tindakan dan perlaksanaan untuk mencapai
sasaran yang ditetapkan dan memperkukuhkan
kewangan PBT itu sendiri.
Oleh itu sila jelaskan bagaimana Anggaran
Belanjawan ini membantu PBT dalam
meningkatkan Tahap Pengurusan Kewangan
PBT.

ISI KANDUNGAN
2
PDG 183

1.0 Pendahuluan 4

1.1 Definisi 4

1.2 Pengurusan Kewangan PBT 7

2.0 Kepentingan Belanjawan Dalam Pengurusan Kewangan 15

3.0 Pemantauan Hasil Dan Belanja 17

4.0 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi PBT 18

5.0 Kesimpulan 19

6.0 Lampiran-Lampiran 20

1.0 PENDAHULUAN

Setiap PBT di Malaysia mengurus kewangan berdasarkan


Perlembagaan Persekutuan,Akta Kerajaan Tempatan 1976
yang khususnya di bahagian VI (akaun dan audit),Akta Acara
Kewangan 1957,Arahan Perbendaharaan dan juga lain-lain
pekeliling kewangan yang berkaitan.
3
PDG 183

Kesemua PBT di Malaysia menggunakan asas perakaunan akruan. Setiap PBT juga
perlu menyediakan anggaran belanjawan setiap tahun dan perlu diluluskan Pihak
Berkuasa Negeri. Kaedah penyedian belanjawan adalah berasaskan sistem
belanjawan diubahsuai (MBS).Komponen yang terdapat dalam sebuah belanjawan
adalah hasil dan belanja.Belanjawan ini merupakan alat bagi sesebuah PBT
merancang pengurusan kewangannya untuk tempoh setahun.

1.1 Definisi

Hasil
Definisi di dalam Kamus Dewan Edisi ketiga bermaksud bayaran yang
dikenakan oleh kerajaan ke atas barang-barang yang dibawa masuk ke
dalam negeri,tanah,perniagaan dan lain-lain seperti cukai dan pajak.

Menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976,seksyen 39 (punca kuasa PBT


mendapatkan hasil):-

a) semua cukai,kadar,sewa,bayaran lesen,diu, dan lain-lain wang atau caj


yang kena dibayar kepada PBT itu menurut peruntukan-peruntukan akta
ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

b) semua caj keuntungan yang terbit daripada apa-apa


perdagangan,perkhidmatan atau pengusaha yang dijalankan oleh PBT itu
dibawah kuasa-kuasa yang terletak hak padanya;

c) semua bunga atas apa-apa wang yang dilaburkan oleh PBT itu dan
semua pendapatan yang terbit daripada harta tak alih PBT itu;dan

d) Semua hasil yang terakru kepada PBT tempatan itu daripada Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Ngeri atau mana-mana badan
berkanun,lain-lain PBT atau daripada mana-mana punca lain sebagai
pemberian,sumbangan,endowen atau lain-lain.

4
PDG 183

Belanja

Seksyen 57 Akta Kerajaan Tempatan menyebut,Tiada sesuatu PBT bole


melakukan apa-apa perbelanjaan yang tidak dimasukan dalam anggaran-
anggaran yang diluluskan kecuali dengan izin Pihak Berkuasa Negeri.

Sehubungan dengan itu dari perspektif kerajaanbelanja boleh ditakrif sebagai


:-.

“WANG YANG DIBELANJAKAN SELARAS DENGAN SEMUA


PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG TELAH
DITETAPKAN”

Belanjawan

5
PDG 183

belanjawan

hasil belanja

Dalam seksyen 55(1),Akta Kerajaan Tempatan 1976.menyebut PBT


hendaklah tidak lewat daripada 10hb setiap tahun meluluskan anggaran-
anggaran lengkap mengenai hasil dan perbelanjaan PBT itu bagi tahun
kewangan yang berikutnya selepas sahaja daripadanya.

Oleh itu dari perspektif sektor kerajaan belanjawan boleh disimpulkan


sebagai :-

”SATU PERNYATAAN HASIL DAN PERBELANJAAN BAGI MASA


HADAPAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT PERANCANGAN DAN
PENGURUSAN SUMBER-SUMBER EKONOMI UNTUK MEMENUHI
KEPERLUAN RAKYAT”

1.2 Pengurusan Kewangan PBT

Seperti yang telah diterangkan dalam para 1.0 di atas belanjawan adalah satu
alat bagi pengurusan kewangan di sesebuah PBT.

6
PDG 183

Belanjawan merupakan instrumen perancangan projek-projek dan aktiviti-aktiviti


tahunan sesebuah PBT berdasarkan hasil yang dijangkakan dikutip.Konsep
belanjawan PBT yang diamalkan di Malaysia adalah belanjawan berimbang.
Hasil dan belanja hendaklah seimbang jumlahnya.Justifikasi konsep ini adalah
untuk bagi sumber yang ada diuruskan secara efisyen. Belanjawan ini juga tidak
boleh lari daripada sasaran kerja tahunan (SKT) PBT. Contohnya belanjawan
yang telah diluluskan untuk Majlis Perbandaran Sepang adalah sebanyak RM
62,799,477.00 (belanjawan berimbang) seperti di lampiran.

Semua perbelanjaan yang hendak dibelanjakan oleh PBT hendaklah diluluskan


di dalam belanjawan dan Datuk Bandar atau YDP PBT bertanggungjawab
sebagai Pegawai Pengawal bagi keseluruhan belanjawan.Manakala Ketua
Jabatan merupakan Pegawai Pengawal bagi belanjawan jabatanya.Semua
peruntukan,perbelanjaan,tanggungan dan baki peruntukan direkodkan dalam
buku vot.Buku vot ini bertujuan untuk mengawal perbelanjaan bagi sesuatu
aktiviti agar perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan
belanjawan.

BELANJAWAN PBT

Hasil Belanja

Sistem Belanjawan PBT

Terimaan 7
Hasil Bukan
Cukai Bukan Pembangunan Mengurus
Cukai
Hasil
PDG 183

Bagi menyediakan anggaran belanjawan ini.Perbendaharaan Malaysia telah


mengarahkan semua agensi kerajaan telah menggunakan Sistem Belanjawan
Diubahsuai (MBS).

Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS).

8
PDG 183

Sistem Belanjawan Diubahsuai (Modified Budgeting System - MBS)


adalah satu sistem pengurusan yang menitikberatkan perhubungan
antara input, output dan impak. MBS juga membantu dan
melengkapkan (complement) pelaksanaan Kaedah-kaedah Pentadbiran
Awam lain seperti Produktiviti, Pengurusan Kualiti
Menyeluruh, Sistem Saraan Baru dan Piagam Pelanggan.

Pengukuran Produktiviti di peringkat organisasi merupakan pengukuran


output Program dan Aktiviti. Output Program dan Aktiviti ini
dikenalpasti dalam Perjanjian Program yang disediakan untuk
pelaksanaan
MBS. Maklumat output yang dikenalpasti digunakan bagi mengukur
pencapaian sesuatu Aktiviti. Maklumat output disediakan dalam bentuk
kuantiti, kualiti, ketepatan masa dan kos unit.

MBS seperti juga Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)


menitikberatkan perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan. Sistem
Saraan Baru memerlukan penentuan Sasaran Kerja Tahunan untuk
setiap pegawai
dan ini boleh ditentukan daripada spesifikasi output Aktiviti dalam
Perjanjian Program. Pelanggan dan keluaran ataupun perkhidmatan
yang dimaksudkan untuk Piagam Pelanggan mempunyai persamaan
dengan pelanggan
dan output yang dikenalpasti dalam Perjanjian Program.

MBS ini dilaksanakan melalui prinsip Let Manager Manage yang


menurunkan kuasa Pegawai Pengawal kepada Ketua Jabatan untuk
merangka program-program dan aktiviti-aktiviti berdasarkan Perjanjian
Program.Walaubagaimanapun penurunkan kuasa ini mestilah
mematuhi prinsip akauntabiliti.Perjanjian program perlu dipersetujui
oleh Pegawai Pengawal untuk didokumenkan di dalam
9
PDG 183

belanjawan.Pada kebiasanya Ketua Jabatan akan merangka program-


program dan aktiviti-aktiviti berdasarkan ruang lingkup Teras dan
Strategi Belanjawan yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh
Pegawai Pengawal.Contohnya Teras dan Strategi Belanjawan Majlis
Perbandaran Sepang di dalam Belanjawan 2009 dan 2010 adalah :-
 MEMPELBAGAIKAN PUNCA PENDAPATAN MAJLIS
 MENERUSKAN PERBELANJAAN BERHEMAH (PRUDENT SPENDING)
 MEMPERKUKUHKAN BACK TO BASICS
 MENINGKATKAN KEBOLEHCAPAIAN (ACCESSIBILITY) PELANGGAN
KEPADA SISTEM PENYAMPAIAN DELIVERY SYSTEM.
 MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
 MEMPERKUKUHKAN PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN
KEBAJIKAN.
Strategi belanjawan Majlis Perbandaran Sepang seperti di
lampiran__

Konsep value for money dengan peruntukan yang seminimum mungkin


supaya dapat menghasilkan output semaksima mungkin seterusnya
menghasilkan impak faedah yang besar untuk dinikmati pelanggan
PBT.Walaubagaimanapun perancangan dan kajian yang teliti perlu
dibuat bagi mengetahui kehendak pelanggan dan aspek pengurusan
dan penyelenggaraan supaya sesuatu aktiviti atau projek yang hendak
dilaksanakan PBT mencapai impak dan kesan yang dirancangkan.
Contohnya pembinaan taman permainan oleh PBT,impak boleh diukur
dengan melihat kadar penggunaan taman permainan tersebut oleh
kanak-kanak.Jika sesuatu projek digelar projek “gajah putih” bermakna
sesuatu projek tersebut telah gagal dari segi impaknya.

10
PDG 183

Konsep MBS ini boleh digambar seperti di dalam gambarajah di bawah


:-

Input Impak
Output terhadap
pelanggan

11
PDG 183

Akta Kerajaan Tempatan 1976

Setiap PBT tertakluk pada Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menerangkan
secara jelas berhubung penyediaan anggaran kewangan seperti di dalam :-

 Seskyen 55(1) : PBT hendaklah tidak lewat daripada 10hb November


setiap tahun meluluskan anggaran-anggaran lengkap mengenai hasil dan
perbelanjaan PBT itu bagi tahun kewangan yang berikutbselepas sahaja
daripadanya.

 Seksyen 55(5) : Selepas belanjawan itu diluluskan oleh PBT


itu,belanjawan hendaklah dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak
lewat daripada 20hb November dan hendaklah ditimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Negeri tidak lewat daripada 31hb Disember dalam tahun itu dan
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengurangkan atau menolak apa-apa
butiran perbelanjaan yang terdapat di dalamnya itu

 Seksyen 55(6) : Ringkasan Belanjawan itu sebagaimana yang diluluskan


oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah disiarkan di dalam Warta dan PBT
adalah terikat olehnya.

 Seksyen 57 : Tiada sesuatu PBT boleh melakukan apa-apa perbelanjaan


yang tidak dimasukan dalam anggran-anggaran yang diluluskan kecuali
dengan izin Pihak Berkuasa Negeri.

Pada kebiasanya belanjawan diluluskan semasa Mesyuarat Khas Belanjawan


yang bersidang khusus untuk membincang dan menimbang dan meluluskan
belanjawan,

Secara ringkasnya Pihak Berkuasa Negeri mengawal perbelanjaan tahunan


setiap PBT dalam melaksanakan projek-projek dan aktiviti-aktivitinya
12
PDG 183

tahunannya termasuklah Kadar (%) cukai taksiran untuk satu-satu tahun


kewangan itu.

Carta Alir Ringkas Penyediaan Belanjawan Majlis Perbandaran Sepang.

13
PDG 183

4
3
a

Perincian Carta Alir


14
PDG 183

1) Hantar cadangan anggaran hasil dan belanja (berdasarkan MBS) Jabatan


kepada urusetia.

2) Urusetia compile cadangan jabatan-jabatan dan menyediakan draf


belanjawan untuk dibentangkan di dalam sesi pembentangan belanjawan.

3) Pembentangan belanjawan oleh setiap ketua Jabatan

4) Pinda cadangan setelah pembentangan belanjawan

5) Urusetia compile pindaan cadangan selepas sesi pembentangan


belanjawan dan menyediakan draf belanjawan untuk dibentangkan di
dalam Mesyuarat Khas Belanjawan.

6) Pembentangan draf belanjawan di Mesyuarat Khas Belanjawan

7) Hantar kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan berdasarkan


Seksyen 55(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

8) Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan diwartakan seperti seksyen 55(5)


dan seksyen 55(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

15
PDG 183

2.0 KEPENTINGAN BELANJAWAN DALAM PENGURUSAN


KEWANGAN

Seperti yang telah dibincangkan


belanjawan adalah merupakan satu alat
dalam pengurusan kewangan sesebuah
PBT.Alat ini berfungsi untuk mengawal 2
komponen penting iaitu hasil dan
belanja.2 komponen ini saling perlu memerlukan dalam penyediaan
belanjawan.Hasil adalah penting bagi menampung operasi sesebuah PBT
manakala belanja adalah penting bagi PBT memberi perkhidmatan
kepada pelangganya.Dalam penyediaan belanjawan hasil akan
menentukan teras dan strategi aktiviti dan program dan seterusnya
mencorakan belanja.Dalam erti kata lain hasil datang dahulu barulah
belanja.

Efisyen dan efektif sesebuah PBT bergantung kepada sejauh mana


kawalan Pegawai Pengawal terhadap 2 komponen tersebut.Sehubungan
dengan itu kepentingan belanjawan ini boleh dilihat daripada 2 sudut:-

 Hasil dan;

 Belanja

Hasil

 Anggaran hasil yang munasabah berdasarkan situasi ekonomi dan


politik semasa adalah penting untuk merangka aktiviti dan program
tahunan sesebuah PBT.

 Anggaran hasil ini merupakan siling bagi belanja yang akan


dikeluarkan untuk setiap program dan aktiviti tahunan PBT yang
dirangka.Dalam erti kata lain earned RM1,spend RM 1 iaiti nisbah 1:1.
Walaubagaimanapun PBT perlu mengurangkan pergantungan kepada
cukai taksiran.Pada dasarnya setiap kenaan cukai taksiran
memerlukan belanja dikeluarkan untuk perkhidmatan.

16
PDG 183

 Membolehkan strategi jangka pendek dan jangka panjang dirangka


untuk kutipan tunggakan dan penerokaan hasil bukan cukai
baru.Contohnya kenaan sewaan tapak billboard bagi bagi tanah yang
diberikan Lesen Pendudukan Sementara kepada PBT.

 Meningkatkan kesedaran disiplin kewangan PBT supaya tidak boros


kerana dapat mengetahui siling yang ada.

 Sebagai alat pengurusan untuk membuat keputusan mengenai laporan


kutipan hasil.

 Sebagai dokumen kawalan sumber.

Belanja

 Kaedah MBS adalah penting bagi penyediaan cadangan belanja.Ini


adalah kerana konsep MBS mementingkan value for money bagi
menghasilkan output yang sama atau lebih dengan menggunakan
input yang lebih minimum.Ia juga mengambil kira impak faedah
kepada pelanggan PBT.Ini dapat mengelakan PBT melakukan
pembaziran memandangkan PBT kini mengalami kekangan
kewangan.

 Pengawalan belanja dengan menyeluruh melalui buku vot.Dengan


adanya sistem berkomputer urusan kawalan perbelanjaan dapat
menjadi lebih tepat,mudah dan teratur.Contohnya Pesanan Tempatan
tidak dapat dicetak sekiranya belanja melebihi peruntukan yang telah
diluluskan belanjawan ataupun tanggungan melebihi peruntukan.

 Meningkatkan akauntabiliti kerana Pengurus Program


bertanggungjawab terhadap program yang dicadangkan dengan
mengambil kira varians yang telah dipersetujui

 PBT dapat menilai keberkesanan program dengan indakator yang


boleh diukur dan seterusnya mencerminkan prestasi PBT.

17
PDG 183

 Viremen dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan Pegawai


Pengawal diberi kuasa untuk kelulusan viremen.

 PBT dapat merancang perbelanjaan mengikut keutamaan dan


kepentingan berdasarkan impak fedah yang dibawa.Contohnya
dengan pengurangan aduan awam yang diterima dengan keutamaan
diberikan kepada dasar Back To Basics.

 PBT dapat melakukan penjimatan dengan


memansuhkan/mengganti/mengecilkan dasar sediaada yang tidak lagi
relevan.

3.0 PEMANTAUAN HASIL DAN BELANJA

Selepas sesuatu belanjawan diluluskan pemantauan secara


berkala hendaklah dibuat terhadap 2 komponen hasil dan
belanja ini.Pada kebiasanya di Majlis Perbandaran Sepang
pemantauan dibuat di dalam agenda-agenda mesyuarat ;-

 Mesyuarat Mingguan Pengurusan Kanan

 Mesyuarat Mingguan Pengurusan Hasil

 Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Anggaran Dan Kewangan dan seterusnya


diperakukan di Mesyuarat Penuh Majlis

 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA)


seperti yang diarahkan Perbendaharaan Malaysia

Laporan peratus (%) kutipan hasil dan perbelanjaan akan dibentangkan di dalam
mesyuarat-mesyuarat ini dan seterusnya maklumbalas dapat diberikan
berhubung dengan isu dan masalahdan trend-trend semasa dan seterusnya

18
PDG 183

keputusan dapat dibuat supaya ia selaras dengan belanjawan yang telah


diluluskan.

Laporan audit dalaman juga memainkan peranan dalam memastikan pengurusan kewangan
berjalan dengan lancar.

4.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI PBT

PBT merupakan sebuah organisasi yang


berautomoni dan self financing dan amat
memerlukan hasil yang cukup bagi
menampung operasinya untuk memberikan
khidmat pada pelangganya.
Walaubagaimanapun PBT terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran getir
dalam melaksanakan amanahnya kepada pelanggan-pelangganya iaitu :-

 Hasil meningkat perlahan berbanding kos.Contohnya kenaikan kos


perkhidmatan pelupusan sisa pepejal akibat kenaikan kos
pengangkutan kerana terpaksa menghantar ke tapak pelupusan yang
lebih jauh manakala hasil cukai taksiran tidak meningkat.

 Kehendak dan aspirasi pelanggan yang lebih tinggi dengan


mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik.

 Cabaran memberikan khidmat perbandaran yang berkualiti dengan


sumber yang terhad.

 Mengutip tunggakan hasil daripada penunggak tegar.

 Kekurangan sumber manusia dengan skop tugas yang semakin


bertambah.

 Masalah ekonomi global yang menyebabkan keutamaan membayar


cukai menurun.

 Meningkatkan kesedaran tanggungjawab melunaskan cukai taksiran


kepada pemegang harta.

19
PDG 183

 Masalah perbandaran yang makin kompleks walaupun agensi lain


yang bertanggungjawab. Contohnya masalah projek terbengkalai dan
masalah Indah Water.

5.0 KESIMPULAN

Jelaslah belanjawan adalah alat yang memainkan


peranan yang penting dalam meningkatkan tahap
pengurusan kewangan PBT.Belanjawan berfungsi
sebagai alat pengurusan yang dapat digunakan untuk
merangka strategi jangka pendek dan panjang,dapat
menjadikan petunjuk prestasi/menilai impak faedah
kepada pelanggan serta dapat mengawal perbelanjaan.
Tahap pengurusan kewangan yang baik dapat
dicerminkan kepada prestasi PBT dalam memberikan
perkhidmatan kepada pelangganya.

Kawalan terhadap belanjawan yang telah diluluskan adalah sama penting seperti
penyediaan belanjawan itu sendiri. Pemantauan hendaklah dijalankan supaya
komponen hasil dan belanja adalah selaras dengan belanjawan yang telah
dipersetujui

Walaubagaimanapun situasi kini amatlah berbeza berbanding dengan dahulu. Ini


adalah kerana perbandaran yang berkembang pesat menyebabkan masalah
perbandaran lebih kompleks dan disamping itu juga para pelanggan PBT
meletak kehendak yang lebih tinggi kepada PBT.

20
PDG 183

6.0 LAMPIRAN-LAMPIRAN

21

You might also like