You are on page 1of 3

Refleksi Program Perkhemahan Bersepadu dan Sukan Intregrasi Sekolahsekolah Zon Pedalaman 2012 Selepas mengikuti perkhemahan ini,

banyak perubahan telah berlaku dalam diri saya sendiri. Apa yang telah berjaya saya ubah pada diri saya ialah sifat yakin kepada diri sendiri dalam mengurus dan kemahiran berkomunikasi yang lebih mantap. Dalam menjalankan perkhemahan ini, saya merupakan setiausaha JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN BERSEPADU & SUKAN INTEGRASI SEKOLAH-SEKOLAH ZON PEDALAMAN 2012 dan memegang jawatan sebagai ketua Kumpulan ........Sebagai seorang pemimpin, saya tidak boleh lagi malu- malu untuk menjalankan tanggungjawab, bukan bermaksud saya mengarah ahli kumpulan, tetapi bekerja bersama ahli kumpulan yang memerlukan seseorang mengepalai sesuatu aktiviti tersebut. Di samping itu, saya perlu berkomunikasi dengan lebih baik tetapi tegas supaya ahli kumpulan dapat menerima arahan dengan baik dan dengan hati yang terbuka. Sebagai ketua, saya juga mesti menjaga tutur kata agar tiada sesiapa yang tesinggung dan terasa hati. Saya juga berkomunikasi bersama jurulatih dan fasilitator untuk mendapatkan tunjuk ajar, nasihat dan keperluan untuk melaksanakan apa- apa aktiviti. Sepanjang BIG, saya dapat lebih mengenali dengan lebih dekat rakanrakan guru dari sekolah lain. Jika sebelum ini, kami hanya bertegur sapa dan haaya berbalas senyuman dengan ringkasnya seperti berkata hi, hello dan sebagainya, tetapi tidak di perkhemahan kerana kami semua bekerja dalam satu kumpulan dan lebih dapat mengenali hati budi masing- masing. Mungkin selama ini kami kurang mengenali dan hanya berjumpa semasa menghadiri kursus yang sama, namun sebagai rakan seperkhemahan, perkara tersebut sudah tidak berlaku lagi. Kami saling bekerjasama dan berbincang tentang sesuatu perkara sebagai rakan. Begitu juga halnya berlaku kepada peserta perkhemahan, mereka bukan sahaja mendapat kawan baharu, malah mereka dapat bertukar-tukar fikiran, dapat bergaul dengan rakan yang berbangsa Iban dan Melayu.

Dalam perkhemahan ini, segala kemudahan yang disediakan adalah lengkap dan tidak pernah terfikir oleh saya keadaan kem itu sebegini rupa. Mungkin sebelum ini, kem- kem yang pernah saya ikuti tidak sebaik ini dengan kemudahan tandas, dewan, tapak perkhemahan, dan tempat serta bahan memasak yang mencukupi disediakan kepada kami. Namun begitu, beberapa aktiviti seperti LDK mungkin boleh diperkemaskan lagi pada masa akan datang. Bagi saya, aktiviti LDK yang melibatkan perbincangan agak kurang sesuai dilaksanakan semasa para peserta penat selepas seharian melakukan aktiviti lasak, mungkin LDK yang lebih berunsurkan permainan dan keriangan boleh dilaksanakan dalam masa tersebut. Keseluruhannya, aktiviti yang diadakan dan kemudahan yang disediakan memang baik dan berfaedah serta sesuai dilaksanakan untuk membentuk intergrasi nasional. Keseluruhannya, perkhemahan yang telah saya sertai amat menyeronokkan dan memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya sebagai seorang guru. Perkhemahan ini telah berjaya membentuk saya lebih menguasai kemahiran komunikasi, kepimpinan, pengurusan, dan tanggungjawab. kerana Selain itu, dengan aktiviti- aktiviti lasak seperti berakit dan kembara, saya dapat meningkatkan lagi semangat yakin pada diri sendiri walaupun pertama kali melakukannya. Lebih membanggakan dan memberikan kepuasan, rakit yang kami naiki adalah rakit yang kami bina dengan tangan sendiri. Selain itu, aktiviti SUKAN INTREGRASI SEKOLAH-SEKOLAH ZON PEDALAMAN juga mendedahkan saya berkenaan dengan pengurusan rumah sukan, pengadilan, dan yang pasti ia amat menyeronokkan apabila acara sukan dimenangi oleh kumpulan kita sendiri. Aktiviti kesukanan dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Murid-murid didapati dapat mengawal perasaan apabila kalah dan menerima kekalahan itu sebagai dorongan untuk melakukan yang terbaik pada kejohanan yang mendatang.

Program perkhemahan ini mungkin boleh ditambah lagi dengan programprogram yang lebih menyeronokkan tetapi berfaedah seperti aktiviti kembara disekalikan dengan aktiviti mencari harta karun. Oleh kerana aktiviti ini nampak seperti dilakukan dengan tergesa- gesa, perkhemahan juga mungkin boleh dilaksnakan dalam 5 ke 6 hari supaya lebih banyak lagi aktiviti dapat dilaksanakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Sk Saint Luke kerana menyediakan program ini dengan kemudahan yang serba lengkap. Tidak lupa juga kepada En. Saharuddin bin Sapiae, Kem Komanden yang cukup berpengalaman dalm mengendalikan kem ini, para jurulatih, para fasilitator seterusnya guru-guru dari SK Saint Luke dan Sk Baou Ulu kerana memberikan kerjasama yang padu antara satu sama lain. Semoga kenangan dan pengalaman bersama kita akan terpahat dalam ingatan untuk pedoman di masa akan datang

You might also like