You are on page 1of 22

ISLAM DAN

PEMIKIRAN
KRITIS
IAEU 2309

TAJUK:
UNSUR- UNSUR PEMIKIRAN KRITIS
DALAM ILMU MUSTOLAH AL- HADITH

PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. MOHD FAUZI BIN HAMAT

PEMBENTANG
MOHD HAFIZI B MOHAMAD PAUZI IEB 060062
NURUL SHAHIDA BT AHMAD IEB 060115
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1 BAB SATU

PENDAHULUAN 1

2 OBJEKTIF KAJIAN 2

3 BAB DUA

ILMU MUSTOLAH AL-HADITH 2


- Definisi 2
- Istilah-istilah yang biasa digunakan dalam 3
Mustolah Al-Hadith

4 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU 5


MUSTOLAH AL-HADITH

5 BAB TIGA

KONSEP PEMIKIRAN KRITIS 9


- Definisi 9
- Ketegori pemikiran kritis 10
- Tujuan pemikiran kritis 11

6 UNSUR PEMIKIRAN KRITIS DALAM ILMU 12


MUSTOLAH AL-HADITH

LOGIK BARAT DAN PERBAZAANNYA 15


DENGAN PERBAHASAN SANAD

‘ADALAH DALAM PERIWATAN HADITH DAN 16


KAITANNYA DENGAN KRITIS DALAM
BERFIKIR
17
ANTARA ELEMEN KRITIS IAITU
PENYUSUNAN SISTEM ISNAD DALAM ILMU
MUSTOLAH AL-HADITH

7 KESIMPULAN 18

8 SENARAI RUJUKAN 19
BAB SATU

PENDAHULUAN

Hadith merupakan sumber syariah kedua selepas Al-Quran. Umat Islam diwajibkan

mematuhi hadith ( sunnah ) sebagaimana diwajibkan mematuhi al-Quran .

∩∠∪ É>$s)Ïèø9$# ߉ƒÏ‰x© ©!$# ¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 (#θßγtFΡ$$sù çµ÷Ψtã öΝä39pκtΞ $tΒuρ çνρä‹ã‚sù ãΑθß™§9$# ãΝä39s?#u !$tΒuρ 4

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya

bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah

amat keras hukumannya.”1

Bahkan Allah mengecam orang yang membantah atau menyalahi rasul. Seperti

firman Allah2 ;

∩∉⊂∪ íΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝåκz:ÅÁム÷ρr& îπuΖ÷FÏù öΝåκz:ŠÅÁè? βr& ÿÍνÍ÷ö∆r& ôtã tβθàÏ9$sƒä† tÏ%©!$# Í‘x‹ósuŠù=sù 4

63. Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa

cobaan atau ditimpa azab yang pedih.

1
Surah Al-hasyr :7
2
Surah Annur :63
Firman di atas menunjukkan bahawa umat Islam dilarang menentang hukum yang

datang dari Rasulullah sallahualaihi wasallam. Seperti yang kita maklum, ilmu hadith

merupakan satu ilmu yang sangat luas. Perkembangan ilmu Islam yang mengembangkan

ilmu hadith itu sendiri. Maka wujudlah cabang dari ilmu hadith yang dinamakan

Mustolah al-Hadith.

OBJEKTIF KAJIAN

Demi memastikan kajian ini tidak tersasar dari tajuk Unsur Pemikiran Kritis

dalam Ilmu Mustolah Al-Hadith, penulis telah meletakkan dua objektif kajian seperti

berikut:

1. Kajian bertujuan untuk memastikan unsur pemikiran kritis yang terdapat dalam

ilmu mustolah al-Hadith

2. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kepentingan unsur pemikiran kritis dalam

ilmu mustolah al-Hadith


BAB DUA

ILMU MUSTOLAH AL-HADITH

2.1 Definisi

Mustolah al-Hadith ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah- istilah yang

digunakan dalam ilmu hadith.3

Ilmu mustolah al-Hadith ialah ilmu yang membahaskan unsur- unsur dan kaedah-

kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan hadith dari segi diterima atau ditolak.

Inti perbahasannya ialah sanad dan matan hadith dari segi diterima atau ditolak. Ini dapat

membezakan hadith sahih daripada hadith yang tidak sahih.4

Ia juga bermaksud ilmu yang membahaskan tentang keadaan perawi dan apa yang

diriwayatkan sama ada diterima dan ditolak. Berdasarkan ini kita dapat mengetahui dan

memilih hadith- hadith yang diterima atau ditolak.5 Orang yang mula menyusunnya ialah

Qadi Abu Mahmud al-Ramahramzi.6

2.2 Istilah – istilah yang biasa digunakan dalam Mustolah al- Hadith:

3
Mustafa ‘Abdul Rahman ( 2000) Hadith 40 ( terjemahan dan Syarahnya), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Fajar,
4
Manna’Khalil al-Qathan ( 2006), Cara Mudah Memahami Ilmu- Ilmu Hadith,Abu Izzat al-Mubarat( pt),
Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa Sdn.Bhd. h. 123
5
Subhi Saleh ( 1998) ‘Ulum al-Hadith wa mustalaha. Beirut : Dar al – ‘Ilm li al – Malayin,cet.17 1998.
6
Tahun 360 Hijrah
i. Al-hadith : Berita atau baharu. Menurut istilah bermaksud berita atau khabar yang

berbentuk kata-kata, perbuatan dan pengakuan yang disandarkan kepada

Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.7

ii. Al-Khabar : Berita. Menurut istilah membawa pengertian yang sama dengan al-

Hadith, apa yang datang daripada Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam, manakala

al-khabar ialah sesuatu yang datang selain Baginda dilalui sama ada baik atau

buruk.

iii. As-Sunnah : Jalan yang biasa . Menurut ulama’usul ia bermaksud apa yang

diriwayatkan daripada Nabi sallallahu’alaihi wasallam merangkumi kata- kata ,

perbuatan atau pengakuan Baginda sahaja.8

iv. Al- Athar : Kesan daripada sesuatu. Menurut istilah sesuatu yang diriwayatkan

daripada para sahabat radhiallahu’anhu ( dinamakan juga sebagai hadith mauquf)9

v. Sanad : Sandaran, menurut isthilah ialah jalan yang menyampaikan kepada matan

iaitu silsilah perawi- perawi hadith.10

vi. Isnad : bermaksud suatu perbuatan menyandarkan sesuatu hadith kepada perawi-

perawinya dan ia digunakan dengan makna yang sama dengan sanad.11

vii. Matan : Suatu benda keras yang timbul di atas permukaan bumi. Menurut istilah

ialah lafaz- lafaz hadith yang membawa makna atau kalam yang berada di akhir

sanad.12

7
Abdul Hamid Mohd Tahir dan Fauziah Sani ( 1978), Al-Hadith dan Mustolah al-Hadith, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka ,hlm 124
8
Ibid.,1978, h. 128
9
ibid., 1, 1978 h. 129
10
Mustafa ‘Abdul Rahman ( 2000 ) Hadith 40 ( terjemahan dan Syarahnya ), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Fajar, h. 128-129
11
Ibid., h. 128-129
12
Ibid., h. 129
viii. Al-Musnid: Orang yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya semata- mata

sama ada dalam keadaan mengetahui ilmu hadith atau tidak.13

ix. Al-Muhaddith : Golongan yang berkecimpung dalam bidang hadith sama ada

ilmu dirayah atau riwayah, mendalami sanad- sanad dan kecacatan sesuatu hadith,

mengetahui perawi-perawi hadith dan riwayat-riwayat yang ada pada zamannya

dan benar- benar melibatkan diri dalam periwayatan hadith tersebut. Menghafaz

sejumlah besar daripada matan dengan mengambil daripada kitab-kitab yang

sahih. Contohnya ’Umar bin ’Ubaidillah al-Dzihli.14

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU MUSTOLAH AL-HADITH

Para pengkaji sejarah telah menyimpulkan bahawa asas dan rukun- rukun asas

bagi ilmu mustolah al-Hadith dan pemindahan hadith yang wujud sehingga hari ini

adalah bermula daripada firman Allah subhanahu wata’la yang bermaksud15 :

óΟçFù=yèsù $tΒ 4’n?tã (#θßsÎ6óÁçGsù 7's#≈yγpg¿2 $JΒöθs% (#θç7ŠÅÁè? βr& (#þθãΨ¨t6tGsù :*t6t⊥Î/ 7,Å™$sù óΟä.u!%y` βÎ) (#þθãΖtΒ#u tÏ%©!$# κš‰r'‾≈tƒH

∩∉∪ tÏΒω≈tΡ

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik

membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan

13
Ibid., h. 215
14
Abdul Hamid Mohd Tahir dan Fauziah Sani ( 1978 ), Al-Hadith dan Mustolah al-Hadith, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 127
15
Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 47
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan

kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.16

Maksud firman Allah di atas telah menjadi titik permulaan kepada pengambilan

hadith dan pemeliharaan ilmu mustolah al-Hadith dengan sepenuh perhatian. Dengan

melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya , para sahabat radhiallahu’anhu telah

menetapkan satu garis panduan yang perlu dituruti dalam menerima dan memindahkan

hadith-hadith Rasulullah sallallu’alaihi wassalam. Mereka sangat berhati- hati agar tidak

terdapat sebarang keraguan pada kebenaran pemindahan hadith tersebut. Sanad 17 bagi

sesebuah hadith memainkan peranan yang sangat penting dalam penerimaan sesebuah

hadith.18

Secara terperinci, perkembangan ilmu mustolah al-Hadith dapat dibahagikan

kepada tujuh peringkat. Peringkat pertama ini bermula selepasa kewafatan Rasulullah

sallallahu’alaihi wasallam sehingga akhir kurun pertama hijrah. Pada peringkat pertama

ini, ilmu mustolah al-Hadith mempunyai ciri- ciri berikut iaitu kurangnya periwayatan

hadith daripada Rasulullah sallallahu’alaihi wassallam kerana dibimbangi tersilap atau

terlupa yang menjerumus ke arah perkara syubhat dan pembohongan secara tidak sengaja

terhadap Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam, terlalu teliti dalam menerima dan

meriwayatkan hadith daripada Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam, menolak sebarang

riwayat yang bertentangan dengan nas sahih serta kaedah hukum yang telah ditetapkan

oleh para ulama.19

16
Surah Al-Hujurat : Ayat 6
17
Sanad ialah jalan periwayatan yang menyampaikan kepada matan iaitu silsilah perawai- perawi hadith.
18
Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 49
19
Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur: ISP Shabab Trading m.s 52
Peringkat kedua ini bermula dari akhir kurun pertama sehingga kurun kedua

hijrah. Peringkat ini adalah ke arah menyempurnakan lagi kaedah- kaedah yang terdapat

dalam ilmu mustolah al-Hadith dengan menilai taraf serta kekuatan hadith satu persatu.20

Peringkat ketiga bermula dari kurun ketiga sehingga kurun keempat hijrah. Pada

peringkat ini, ilmu mustolah al-Hadith mula berkembang sebagai ilmu yang berasingan

daripada ilmu- ilmu lain. Ilmu jarh wa at- ta’dil, tarikh ar –ruwah21, ilmu gharib al –

hadith22 dan sebagainya juga telah mula ditulis pada peringkat ini.23

Peringkat keempat bermula dari pertengahan kurun keempat sehingga awal kurun

ketujuh hijrah. Hasil- hasil penulisan tentang ilmu mustolah al-Hadith semakin meluas

pada peringkat ini. Istilah- istilah ini baru bagi mustolah al-Hadith juga telah mula dicipta

untuk memudahkan pemahaman ilmu ini. Ulama-ulama hadith pula menitikberatkan

kajian mereka terhadap matan-matan hadith, rijal, kecacatan sanad dan lain-lain lagi.

Antara hasil penulisan terbesar yang terhasil pada peringkat ini ialah Ma’rifah ulum al-

hadith karangan Imam an –Nisaburi dan Al-kifayah fi qawan ibn al-Riwayah karangan

Ibn al-Khatib al-Baghdad.24

Seterusnya, peringkat kelima. Ia bermula dari kurun ketujuh sehingga kurun

kesepuluh Hijrah. Penyusunan mustolah al-Hadith semakin sempurna pada peringkat ini

dan banyak permasalahan hadith yang berjaya diselesaikan. Ramai Mujtahid hadith yang

20
Ibid., h. 53
21
Ilmu tarikh ar-ruwah adalah ilmu yang membicarakan tentang perawi hadith, sama ada dari kalangan
sahabat ,tabiin atau mereka yang selepasnya. Ilmu ini bertujuan untuk mengetahui keadaan perawi yang
menerima hadith dari Rasulullah salallahu’alihu wassalam serta keadaan perawi yang menerima hadith
daripada sahabat dan seterusnya.
22
Ilmu gharib al-hadith adalah ilmu yang membahaskan dan menerangkan ucapan atau perkataan yang
terdapat dalam matann hadith yang sular difahami maknanya disebabkan ia jarang ditemui.
23
Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 53
24
Ibid., h. 54
mula lahir ketika ini seperti Imam an- Nawawi, Al-Iraqi dan Ibn Hajar. Antara karya

yang terhasil ialah Ulum Al-Hadith karangan Ibnu Solah.25

Peringkat keenam pula bermula dari kurun kesepuluh dan beberapa kurun

selepasnya. Peringkat ini dalah peringkat jumud dan beku. Tidak ada sebarang ijtihad,

penyelesaian masalah mahupun penulisan dalam ilmu mustolah al-Hadith.26

Seterusnya, peringkat ketujuh merupakan zaman muktahir sehingga hari ini.

Peringkat kebangkitan semula dalam ilmu mustolah al-Hadith ini berlaku apabila para
27
orientalis Barat mula campur tangan. Keadaan ini menimbulkan kesedaran dan

menyebabkan para ulama hadith bangkit untuk memelihara hadith daripada sebarang

penyelewengan dan pemalsuan. Peringkat ini berterusan sehingga hari ini.28

Berdasarkan kepada peringkat di atas, jelaslah bahawa pentingnya penggunaan

ilmu mustolah al- Hadith dalam membantu ahli hadith dalam mengkaji dan

menyampaikan ilmu hadith pada masa kini.

Dari zaman sahabat lagi telah menetapkan satu garis panduan yang perlu dituruti

dalam menerima dan memindahkan hadith-hadith daripada Rasulullah sallallhu’alaihi

wasallam. Mereka sangat berhati-hati agar tidak terdapat sebarang keraguan pada

kebenaran pemindahan hadith tersebut. Bermula dengan itulah maka penulisan dan

pembukuan ilmu mustolah al- Hadith.

25
Ibid., h. 55
26
Ibid., h. 55
27
Orientalis merupakan golongan yang mengkaji dan mendalami Islam dengan tukjuan untiuk merosak dan
menyelewengkannya.
28
Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 56
BAB TIGA

KONSEP ASAS PEMIKIRAN KRITIS

3.1 Definisi

Dalam Kamus Dewan ( 1984) perkataan kritis ditakrifkan sebagai ” tidak dengan

begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu ( menimbangkan buruk baiknya

terlebih dahulu”.Perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ” Critic”. Namun

begitu kata dasar kritis merupakan perkataan Greek ’Kriths’ ( kritikos) yang bermaksud

menimbang ( judge). Menimbang membawa maksud menilai ( evaluates ), membezakan

( distinguishes), memutuskan ( decide) dan menyoal ( qustion )sama ada sesuatu itu benar

atau salah ( Levy, 1997). Sehubungan dengan itu , pemikiran kritis bukan hanya berkisar

kepada soal–soal mengkritik tetapi sepatutnya dilihat daripada perpektif yang membina

dan objektif.29

Setiap sarjana sains pemikiran akan memberikan pengertian pemikiran kritis

berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah

dapat memahamkan kita mengenai apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis.

”...berfikir secara serius ( mendalam ) dan seterusnya membuat pertimbangan

daripadanya.

( Dewey , 1933)

”..pemikran kritis melibatkan aktiviti mental seperti analisis sintesis dan

penilaian.,..”

( Bloom, 1956 )

29
Mohd Azhar Abd.Hamid ( 2001) Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif. Johor : Universiti Teknologi
Malaysia hlm 91
”...sebagai pemikiran ”relektif” yang berusaha untuk memutuskan sama ada

untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat”

( Ennis, 1985)

”Secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara

gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi

berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai- bagai dimensi.

Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan

pelbagai krisis baru.”

( Nik Azis, 1994)

3.2 Kategori Pemikiran kritis

Som dan Mohd Dahlan ( 1999) membahagikan pemikiran kritis kepada dua kategori,

iaitu :

1. Pemikiran Kritis Rendah30

Pemikiran kritis rendah hanya sekadar proses kognitif yang sederhana. Minda

hanya memilih , mengasingkan , memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam

satu-satu kategori atau kumpulan dan antaranya seperti :

• Membanding dan membeza

• Membuat kategori

• Membuat sekuens dan urutan

• Membuat bahagian- bahagian kecil dan keseluruhan

• Menerangkan sebab

30
Ibid., h. 91
2. Pemikiran Kritis Tinggi31

Pemikiran kritis tinggi ialah memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat,

penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik dan terarah. Agar daripadanya kita dapat

menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak konsisten dari segi

logik, dan antaranya seperti :

• Membuat ramalan

• Mengusul periksa andaian

• Membuat inferens

• Mengesahkan sumber maklumat

• Membuat generalisasi

• Mencari sebab dan membuat kesimpulan

Dalam pemikiran kritis bukan sahaja soal nilai ( baik atau buruk) yang

dibincangkan , tetapi juga soal fakta ( benar atau salah), soal bahasa ( jelas atau kurang

jelas ), dan terutama sekali soal susunan hujah ( sah atau tidak sah ).32

3.3 Tujuan Pemikiran Kritis

Bidang pemikiran kritis bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang

digunakan untuk berhujah secara ( lebih) berkesan . Ini bermaksud bahawa yang penting

bukan aspek psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya

31
Ibid., h. 91
32
Mohd. Micheal Abdullah ( 1995) Pemikiran Kritis.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 3
digunakan oleh manusia. Pemikiran kritis menumpukan perhatian pada kaedah-kaedah

yang seharusnya digunakan oleh manusia untuk berfikir secara berkesan. Aspek yang

diutamakan dalam bidang Pemikiran Kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan

untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.33

UNSUR PEMIKIRAN KRITIS DALAM ILMU MUSTOLAH AL-HADITH

óΟçFù=yèsù $tΒ 4’n?tã (#θßsÎ6óÁçGsù 7's#≈yγpg¿2 $JΒöθs% (#θç7ŠÅÁè? βr& (#þθãΨ¨t6tGsù :*t6t⊥Î/ 7,Å™$sù óΟä.u!%y` βÎ) (#þθãΖtΒ#u tÏ%©!$# κš‰r'‾≈tƒH

∩∉∪ tÏΒω≈tΡ
Maksudnya : “ Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik

membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan

suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan

kamu menyesal atas perbuatanmu itu.34

Ayat di atas merupakan permulaan asas dan rukun- rukun asas bagi ilmu

mustolah al-Hadith dan pemindahan hadith yang wujud sehingga hari ini. Ini bermaksud

sesuatu perkara yang kita perolehi hendaklah dikaji atau diselidiki terlebih dahulu untuk

mengetahui kesahihan sesuatu perkara.

Pengajian ilmu mustolah al-Hadith juga sarat terkandung dalamnya elemen-

elemen pemikiran kritis, khususnya jika dilihat dari kriteria-kriteria atau parameter yang

digunakan oleh ulama dalam menilai kesahihan sesuatu hadis. Pertama, kritikan

33
Ibid., h. 3
34
Surah Al-Hujurat: Ayat 6
terhadap matan hadis dan sanadnya menentukan sejauh mana sesuatu maklumat

berkenaan hadith boleh diterima sebagai sesuatu yang benar dan sahih. Matan hadis yang

mengelirukan dan perawi yang meragukan atau dipertikaikan dari segi dhabitnya

( ketepatan ingatan atau catatan hadis) atau kebolehpercayaannya ( thiqah) diambil kira

sebagai kayu ukur penting dalam penilaian sesuatu hadis. Selain dari itu , kaedah al-jjarh

wa –ta’dil juga tidak kurang pentingnya dalam menilai kebolehpercayaan dan

kebolehterimaan sesuatu hadis.35

Sesuatu hadis itu diterima kerana mempunyai unsur- unsur pemikiran kritis dalam

ilmu mustolah al - Hadith iaitu melalui syarat- syarat yang telah ditetapkan iaitu sanad

yang bersambung yakni mestilah ada antara perawi sanad satu ikatan seperti bertemu

dengan orang yang mendapat hadith daripada orang yang terdahulu dan orang yang

mengambil hadith daripada penyampai hadith secara langsung dari awal hingga

akhirnya.36

Kedua, perawi yang adil iaitu satu sifat yang dimiliki di dalam jiwa yang dapat

membawa pemiliknya menjadi seorang yang bertaqwa, bermaruah, menjauhkan diri

daripada perkara keji dan bida’ah. 37 Perawi yang adil ialah orang yang mencukupi

syarat–syarat berikut iaitu islam, baligh, berakal, tidak fasik, menjaga maruah.38

35
Mohd Fauzi Mahat, (2007).”Pengajaran Kursus Pemikiran Kritis Berteraskan Al-Quran Di Peringkat
Pengajian Tinggi: Satu Cadangan.” Kertas Kerja Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat
Pengajian Tinggi ( CTLHE),12-14 Disember 2007.
36
Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) h. 152
37
Ibid., h. 154
38
Abdul Hamid Mohd Tahir dan Fauziah Sani (1978)
Ketiga , perawi mestilah yang kuat ingatan . Mereka yakin apa yang mereka

hafaz, terpelihara dari kesalahan atau kesamaran dan mampu menyebut apa yang dihafaz.

Jenis penjagaan yang perlu dititikberatkan ialah penjagaan meliputi penjagaan di dalam

dada iaitu menghafaz dan dapat menyampaikan semula apa yang didengar pada bila- bila

masa. Seterusnya penjagaan bebentuk penulisan iaitu perawi menjaga terhadap apa yang

ditulis setelah membuat pembetulan, membaiki tulisan dan membuat pengiktirafan

terhadapnya serta menjaga kitabnya daripada sampai ke tangan orang yang ingin

melakukan pemesongan.39

Keempat, selamat dari keganjilan iaitu tiada perbezaan perawi terhadap siapakah

perawi yang lebih diyakini atau lebih dipercayai, kerana kecacatan atau keganjilan ialah

terdapat perselisihan di antara perawi yang dipercayai ( thiqah ) dan perawi yang lebih

diyakini daripadanya iaitu terdapat tambahan atau kekurangan pada riwayat yang dibawa

oleh perawi yang lebih diyakini tidak terdapat sebarang tambahan atau kekurangan. Oleh

itu sebarang bentuk persepakatan tidak mungkin berlaku di antara dua riwayat yang

berbeza, di mana ada perselisihan ini akan menghalang kesahihan hadith.40

Kelima, selamat dari ’illat ( kecacatan ). Ia merupakan sebab berlakunya

kesamaran yang boleh mencacatkan kesahihan hadith seperti penggunaan lafaz dengan

kesamaran sama ada dia mendengarnya atau dia tidak mendengarnya secara langsung

daripada gurunya.41

39
Ibid.,
40
Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur: ISP Shabab Trading, h. 155
41
Ibid, h.156
LOGIK BARAT DAN PERBAZAANNYA DENGAN ”BAHAS SANAD”

Secara amnya ia adalah bawaan Socrates yang hidupnya berakhir di tali gantung

kerana dituduh bahawa pemikiran beliau meracuni golongan anak muda ketika itu oleh

Raja Athens, akan tetapi pengaruh pemikirannya amat kuat, dan mereka yang membawa

gelombang pemikiran beliau adalah rakan beliau sendiri iaitu Aristotel dan plato.

Aristotal merupakan pengembang pemikiran logik dan ia ambilan pengaruh dari Socrates,

kaedah berfikir ini ialah mencari kebenaran dengan beranya soalan, ditambah dengan

kaedah Plato dan Aristotal, ia menjadi asas pemikiran Barat. Gaya berfikir ini mencari

kebenaran dengan mencari kesalahan dalam pada itu pemikiran seseorang itu akan

dibelasah, cara in tidak mengapa menurut Socrates.42

Dengan ini jelas sekali gaya pemikiran ini amat bercanggah dengan penerimaan

Islam sebagai cara berfikir, di mana kita memiliki aset cendikiawan Islam yang terbilang

dari segi keilmuan mereka, contohnya seperti imam al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan lain

tokoh yang hebat ilmu mereka, mereka memperoleh ilmu dengan usaha mereka. Al-

Ghazali misalnya mengetengahkan asas pemikiran logik yang dikiranya tidak bercanggah

dengan Islam. Beliau juga Berjaya menjelaskan kaedah-kaedah yang logik yang berkisar

pada perbahasan al-hadd dan al-burhan, ini bersesuaian dengan unsur bahas sanad

dalam proses menerima hadith menurut manhaj ilmu Mustolah Al-Hadith43.

42
Ainom Mohd Bin Abdullah Hassan (1999), Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti. h. 218
43
Mohd Fauzi Hamat (2005), Ketokohan Imam Al-Ghazali Dalam Bidang Logik. h. 50
‘ADALAH DALAM PERIWATAN HADITH DAN KAITANNYA DENGAN
KRITIS DALAM BERFIKIR

Syarat peneriman hadith banyak dibincangkan oleh ulama hadith di dalam karya-

karya mereka. Antara syarat terpenting yang perlu diberi perhatian disini di sini ia syarat

yang berkaitan dengan keadilan, kejujuran dan keboleh percayaan yang ada pada diri

seorang pelapor malumat atau berita tersebut.‘Adalah Al-Rawi atau keadilan boleh

diketahui melalui dua cara, pertama ialah sifat adilnya yang mahsyur diketahui oleh

orang ramai. Kedua ialah pengesahan atau tazkiyyah tentang sifat adil seorang perawi

yang dibuat oleh individu yang juga adil 44. Syarat ini penting diberi perhatian kerana

dengan syarat inilah Al-Imam Al-Syafie turut mengiktiraf hadith ahad atau khabar al-

Wahid45.

Imam Al-Syafie meletakkan syarat ‘adalah sebagai syarat yang perlu diberikan

keutamaan dalam penerimaan sesuatu hadith, ketiadaan syarat ini menyebabkan

sebahagian besar ulama, khususnya jumhur muhaddisin, sebagaimana yang dinukilkan

oleh Ibnu Solah tidak menerima kehujahan hadith Mursal kerana penerimaan sesuatu

hadith terletak pada syarat Al-‘Adalah yang dimiliki oleh perawinya dan dalam kes

hadith Mursal, ‘Adalah Al-Rawi tidak mungkin diketahui kerana nama perawinya tidak

diketahui langsung. Syarat ‘Adalah ini mempunyai hubungan rapat dengan syarat Al-

Dabt dari aspek kedua-duanya mempunyai unsur kebolehpercayaan ( Al-Thiqah ) dan

sebab itu, ada kalangan yang berpendapat bahawa jikalau disebut istilah Al-Thiqah yakni

44
Mohd Fauzi Hamat (2003). Al-Bayan, Jurnal Al-Quran & Al-Hadith, bil. 1, h. 175
45
Ibid., h.176
keboleh percayaan, maka tidak perlu lagi disebut Al’Adl dan Al-Dabt dalam definisi

hadith.46

ANTARA ELEMEN KRITIS IAITU PENYUSUNAN SISTEM ISNAD DALAM


ILMU MUSTOLAH AL-HADITH

Para sahabat Rasulullah saw amat menekankan aspek Isnad dalam penyampaian

sesuatu berita yang berkaitan dengan Rasulullah saw. Abu Bakar As-Siddiq misalnya

amat berhati-hati dalam penerimaan sesuatu berita47.

Sistem Isnad diperketatkan lagi bila mana berlakunya peristiwa-peristiwa pada

kurun fitnah selepas pembunuhan Saidina Uthman r.a, yang menyaksikan lahirnya

golongan berkepentingan dan aliran-aliran politik dalam masyarakat Islam48.

Merujuk kepada pengkaedahan hadith, perhatian terhadap benar atau salahnya

sesuatu fakta maklumat. Bukan sahaja dilihat dari sudut fakta itu sendiri atas sifatnya

sebagai satu fakta maklumat, tapi ia juga dinilai dari sudut pembawa fakta49

46
Ibid., h. 177
47
Ibid., h. 180
48
Ibid., h. 181
49
Ibid., h. 186
KESIMPULAN

Bermulanya surah al-Hujurat ayat 6 yang telah dinyatakan , bahawa sebarang

berita atau perkhabaran yang sampai kepada kita hendaklah diselidiki terlebih dahulu.

Terdapat tiga perkara yang dapat disimpulkan berdasarkan kepentingan pemikiran kritis

dalam ilmu mustolah al-Hadith :

i. Perlunya untuk mengelakkan daripada penyelewengan dan pemalsuan sesuatu

hadith.

ii. Menilai kesahihan sesuatu hadith samada diterima atau ditolak.

Kaedah ini juga boleh diterapkan sebagai asas dalam bidang kewartawanan dan

penulisan ilmiah.50 Ini bermakna sebarang maklumat yang diperolehi hendaklah diselidiki

terlebih dahulu sebelum ditulis atau diterbitkan. Ini perlu dititikberatkan supaya segala

maklumat yang ingin disampaikan adalah sahih dan tepat serta tidak ada keraguan

terhadapnya.

50
Op.cit,.2007
SENARAI RUJUKAN

Abdul Hamid Mohd Tahir dan Fauziah Sani, Al-Hadith dan Mustolah al-Hadith, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Ainom Mohd Bin Abdullah Hassan. 1999. Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti.
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

Manna’Khalil al-Qathan ( 2006), Cara Mudah Memahami Ilmu- Ilmu Hadith, Abu Izzat
al-Mubarat( ptj).Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa Sdn.Bhd

Mohd Azhar Abd.Hamid ( 2001) Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif. Johor :
Universiti Teknologi Malaysia

Mohd. Micheal Abdullah ( 1995) Pemikiran Kritis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka

Mustafa Abdul Rahman ( 2005) Hadith 40, Terjemahan dan Syarahannya: Petaling Jaya:
Dewan Pustaka Fajar

Mohd Fauzi Hamat (2005), Ketokohan Imam Al-Ghazali Dalam Bidang Logik. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Fauzi Hamat (2003). Al-Bayan, Jurnal Al-Quran & Al-Hadith, bil. 1, h. 175

Qurrotul Aien Fatah Yasin (2006 ) Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur: ISP Shabab
Trading.

Rosmawati Ali (2005) ,Pengantar Ulum Hadith. Kuala Lumpur : Pustaka Salam

Subhi Saleh ( 1998) ’Ulum al-Hadith wa mustalahah. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin,
cet.17.

You might also like