You are on page 1of 24

IPG M KA MPUS TENGKU

AMPU AN AFZ AN , K UALA


LIPI S
TUTORIAL TAJUK 2

PEMBELAJARAN AWAL
MATEMATIK DI PRASEKOLAH

Pengertian Matematik
Kepentingan Pembelajaran Matematik
Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik
National Council Teaching Mathematic
(NCTM)
PENGERTIAN
MATEMATIK
• Matematik berasal dari ‘máthēma’ yang bermaksud
mempelajari, menimba, sains, dan ia didatangi untuk
menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih
teknikal.

• Didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian


mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau
dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan
gambar rajah.

• Satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada


proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam
sekeliling atau cakerawala.
• Satu sistem logik yang menentukan rumusan-
rumusan yang terdiri daripada bahasa matematik
yang tersendiri daripada simbol, hukum atau
operasinya.

• Dilahirkan daripada kehendak atau keperluan


menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

• Contoh pemikiran logik yang membentuk konsep


nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman,
interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman
berkenaan pemikiran kanak-kanak.
• Dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa
perbualan dan penulisan, dengan dan tatabahasa
yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami
hubungan fizikal dan konsep.

• Satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir


secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.

• Melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif


dan deduktif menggunakan nombor dengan
berkesan dan menyelesaikan masalah secara
saintifik.
KEPENTINGAN DAN
PERANAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK
• Melatih individu menaakul secara logik dan
rasional.

• Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan


seharian seperti urusniaga, perjalanan,
makanan, pembelajaran dan membuat kerja.

• Memahami dan menyedari konsep ruang,


luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam
matematik.
• Memberi peluang mengembangkan kemahiran
mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf,
membilang dan operasi nombor.

• Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang


asas matematik.

• Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir.

• Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka


menyiasat.
• Memberi pelbagai peluang memegang,
meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang
berkaitan dengan idea matematik.

• Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula


daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea di
dunia yang abstrak.
NATIONAL COUNCIL TEACHING
MATHEMATIC [NCTM]

President : Hendry Kepner

Misi :
Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai
pendidikan matematik.
Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan
profesionalisme dikalangan guru.
Menyumbang kepada suasana pembelajaran matematik yang
berkualiti.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
MATEMATIK NATIONAL COUNCIL
TEACHING MATHEMATICS
(NCTM)
PERKONGSIAN / EQUITY
• Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk
melibatkan diri antara murid, guru, keluarga dan masyarakat.

 Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan


menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.
 Pihak sekolah perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan
cara untuk meneroka Matematik.
 Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum dan
perkembangan individu murid dan guru adalah diperlengkapkan.
 Murid didedahkan dalam suasana yang berhadapan dengan cabaran
dan pengalaman pembelajaran matematik yang bermakna.
• Elemen dalam Perkongsian
 Harapan yang tinggi
 Menghormati
 Memahami
 Sokongan moral yang tinggi kepada murid

• Semua perkara dalam elemen ini hendaklah


dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran
Matematik bagi memaksimumkan pemerolehan
pembelajaran murid.
KURIKULUM / CURRICULUM
• Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan, berfokuskan kepentingan
matematik dan mengikut perkembangan tahap murid.

Kurikulum perlu mempunyai perkaitan antara satu topik dan topik


yang lain.
Murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik.
Maka, murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan
berkembang.
Murid perlu diberi peluang untuk meneroka dunia Matematik yang
akan meningkat mengikut tahap perkembangan mereka.
PENGAJARAN / TEACHING

• Guru perlu memahami pengetahuan sedia ada murid


dan apa yang mereka perlu belajar.

Guru perlu menguasai bidang Matematik yang


beliau ajari dan bersikap komited kepada murid.
Guru perlu mencipta suasana pembelajaran yang
menggalakkan budaya pemikiran matematik.
– Pengajaran yang efektif dalam Matematik:
• Pilih dan guna ABM yang sesuai.
• Gunakan teknik penyampaian arahan yang sesuai.
• Menjalankan penambahbaikan yang berterusan
dalam diri guru tersebut.
• Menentukan topik yang hendak difokuskan pada
hari itu.
• Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk
melakukan aktiviti.
• Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras
kesukaran.
PEMBELAJARAN / LEARNING
• Murid perlu belajar secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan
sedia ada.

 Murid memahami konsep Matematik terlebih dahulu dan kemudian


mampu menggunakannya dalam pelbagai keadaan.
 Cara terbaik dalam penguasaan Matematik ialah dengan cara
penggabungan pemahaman fakta, konsep dan prosedur.
 Pembelajaran perkara asas dalam Matematik adalah penting.
 Apabila murid mula menguasai sesuatu topik, maka dia boleh
menyelesaikan masalah yang berkaitan atau yang lebih sukar.
PENAKSIRAN / ASSESSMENT
• Penaksiran mestilah menyokong kepentingan
pembelajaran Matematik dan membekalkan
maklumat penting kepada guru dan murid.

 Melalui penaksiran, guru dapat


menentukan kaedah terbaik untuk program
pengayaan sama ada dalam bentuk pemberian
bahan rujukan tambahan, mengajar semula
topik yang sukar atau menyediakan sesuatu
yang berlainan kepada murid yang memerlukan
latihan tambahan.
 Guru perlu melalukan pelbagai jenis
penaksiran agar memperoleh keputusan yang
lebih tepat.
 Guru perlu memastikan semua murid
diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa
yang telah mereka pelajari.
 Contoh penaksiran:
• Soalan
• Temu bual
• Ujian bertulis
TEKNOLOGI / TECHNOLOGY
• Tekonolgi merupakan satu keperluan dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik, ia juga
mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh
pengetahuan murid.

 Penggunaan komputer dan kalkulator


membenarkan murid mempelajari Matematik
secara mendalam melalui cara penggunaan yang
betul.
 Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah yang
sukar dengan kemudahan-kemudahan fungsi istimewa.
 Teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran murid
tetapi bukan sebagai guru sebenar.
 Murid perlu memahami sesuatu konsep terlebih dahulu
sebelum boleh menggunakan teknologi.
 Guru pula perlu menentukan bila murid boleh menggunakan
teknologi.
TERIMA KASIH ATAS
PERHATIAN ANDA
AKTIVITI
Mengikut pemahaman anda…

Bagaimana guru dapat mengaplikasikan


6 prinsip NCTM dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka??

You might also like