You are on page 1of 1

Cara Murid Menghormati Pendapat dan Kebolehan Orang Lain

Setiap murid mempunyai kebolehan dan pendapat yang


tersendiri. Kita sebagai seorang murid perlu menghormati
kebolehan yang dimiliki oleh rakan kita itu. Selain itu, kita juga
perlu menghormati pendapat yang berbeza di kalangan kita di
dalam kelas.
Antara cara kita boleh menghormati pendapat orang lain
ialah dengan bersikap positif dalam menerima pandangan, kritikan,
dan teguran daripada guru dan rakan. Dengan cara ini, kita akan
dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana yang
harmoni dalam kelas kita.
Selain itu, kita juga perlu berfikir sama ada pendapat rakan
kita itu berguna ataupun sebaliknya. Jika pendapat itu tidak
sesuai, kita haruslah menyatakan perasaan kita supaya rakan kita
menerima ia dengan hati yang terbuka. Ini dapat mengelakkan
perselisihan faham, cemburu, dengki, pergaduhan, buli, dan
perasaan tidak puas hati.
Kesimpulannya, pelbagai pendapat yang ada dalam kalangan
komuniti di sekolah mestilah kita hormati dan hargainya.

You might also like