You are on page 1of 2

FUNGSI UTAMA BAHASA BAKU

Terdapat empat fungsi utama bahasa baku, iaitu;

1. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa yang melambangkan kedaulatan


Negara kita. Hakikat ini termaktu dalam perlembagaan persekutuan
dibawah perkara 152.
2. Sebagai bahasa perpaduan, iaitu asasnyang digunakan untuk
menyatukan rakyat yang berbilang kaum.Tugas ini diharap dapat
dilaksanakan melalui Dasr Pendidikan Negara. Dasar ini berasaskan
dua dokumen penting iaitu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman
Talib (1960). Antara aspek yang ditekankan dalam pendidikan Negara
ialah penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian kerajaan yang lain.
Melalui penggunaan satu bahasa yang sama diharap akan melahir
masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
3. Sebagai bahasa ilmu pengetahuan yang digunakan di institusi-insitusi
pendidikan.Bahasa Melayu berfungsi sebagai saluran untuk
menyampaikan ilmu dan sekaligus menjadi asas pembinaan tamadun
yang tinggi.
4. Sebagai bahasa pentadbiran Negara dan alat perhubungan rakyat
jelata. Dalam konteks ini bahasa digunakan dalam jentera pentadbiran,
dalam media massa, dan sebagai alat perhubungan antara
warganegara.

ASPEK PENGGUNAAN BAHASA


a) Penggunaan bahasa yang baik, mudah, dan praktikal sebagai
alat perhubungan bahasa sehari-hari antara manusia. Bahasa
hendaklah dianggap sebagai alat yang membantu dan
melicinkan perhubungan, bukan sebagai penghalang.
b) Ppenggunaan bahasa yang berkesan sebagai alat untuk
menyampaikan sesuatu maksud dan pengantar maklumatt serta
ilmu pengetahuan.
c) Pengetahuan bahasa yang indah sebagai alat pengucapan seni
dan penampung nilai-nilai sebagai alat esetika yang tinggi. Demi
kejayaannya sebagai bahasa kebangsaan moden, aspek
keindahan ini perlu diberi penekanan. Bahasa yang kita gunakan
dan kita sanjung sebagai lambing kedaulatan Negara kita ini
hendaklah bukan sahaja betul dan berkesan, tetapi juga indah.

DASAR SEBUTAN BAKU


Dasar sebutan baku ialah mengikut sistem fonemik, disebut
sebagaimana dieja dan dieja segaimana disebut dan tiada huruf yang
disenyapkan. Dasar sebutan fonemik ini atau sebutan berasaskan
ejaan ini seringkali juga dikritik dan dipertikaikan apabila ada orang-
orang tertentu yang menafsirkan dasar itu menurut pengertian selapis
sahaja, atau pabila ada orang yang menekankan kekecualian-
kekecualian yang berlaku lebih daripada prinsip itu sendiri.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG KESERAGAMAN


SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

You might also like