You are on page 1of 4

Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN)

Keanggotaan ASEAN

1. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di


Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
2. ASEAN terdiri daripada Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura dan
Thailand. Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984,
Vietnam pada tahun 1995,Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan
Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.

Matlamat ASEAN

1. Walaupun pertimbangan strategik dan politik merupakan asas


penubuhan ASEAN, pertimbangan ekonomi dan kestabilan sosial
kawasan serantau juga tidak diabaikan.
2. Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:
a) Mempercepat pertumbuhan ekonomi,kemajuan sosial dan
pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
b) Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa bersatu
c) Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai
bidang termasuk latihan dan penyelidikan.
d) Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor
pertanian dan perdagangan.
e) Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.

Kerjasama Potitik
1 Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep
ZOPFAN telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November
1971. Matlamat penubuhan ZOPFAN adalah seperti berikut:
(a) Memelihara keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan
mengelakkan campur Langan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia,
Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal rantau ini.
(b) Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia
Tenggara secara aman dan bukan dengan menggunakan kekerasan.
(c) Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
(d) Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.

2 Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987


untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuklear.
3 ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan
Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya
diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.
Kerjasama Ekonomi
1 Kerjasama ekonomi Bari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembap kerana
tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah
beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of
Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of
ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-
ketua Kerajaan ASEAN pertama.
2 Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
(a) Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
(i) Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
(ii) Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
(iii) Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
(iv) ProjekVaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
(v) Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand

bMengadakan Skim Pelengkapan Perindustrian ASEAN, misalnya dalam bidang


automotif.
(d) Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk Meningkatkan
perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk
kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa ole:entiti kerajaan,
pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan peluasan tarif istimewa.
(e) Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
(i) Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) telah ditubuhkan untuk
menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di rantaL ASEAN.
(ii) Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudaha_ kewangan
kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-proje usaha sama ASEAN.
(f) Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
(i) Pemasangan kabel laut ASEAN untuk menghubungkan semua negara anggota.
(ii) Mengasskan Skim Pertukaran Berita Televisyen.
(iii)Mengiktiraf lesen pemandu di rantau ASEAN.
(g) Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
(i) Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai
bank data atau pusat maklumat mengenai masalah pertania
(ii) Penubuhan Plant Quarantine Training Centre and Institute di Serda:
(iii)Penubuhan ASEAN Centre for Development ofAgricultural Cooperar. di
Indonesia.
(h) Mengadakan dialog dengan negara-negara maju.
(i) Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan per bangunan
dalam bidang perdagangan, pelancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
(i) IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
(ii) IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura
(iii)BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indone Malaysia-
Filipina)
Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
1 Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan an: negara
ASEAN melalui aktiviti kebudayaan. Antara kegiatan kebudayaan yang diadakan
ialah Pesta Filem ASEAN, Pesta Lagu ASEAN dan Bengkel. Lukisan dan Muzik bagi
kaum belia.
2 Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM)
(a) Ditubuhkan pada 4 November 1985 bagi menggantikan Majlis Bahasa Brunei
Darussalam- Indonesia-Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada 29 Disember 19
(b) Diusahakan oleh sebuah urusetia di setiap negara (Malaysia, Indone- dan Brunei
Darussalam) yang bersidang dua kali setahun.
(c) Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:
(i) Mengembangkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang setaraf. dengan
bahasa moden yang lain.
(ii) Meningkatkan semangat persaudaraan antara negara anggota.
(iii)Meningkatkan peranan bahasa Melayu sebagai alat perhubung yang lebih
luas.

3 Pembentukan Perubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)


(a) (b) Menganjurkan projek berikut:
(i) Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
(ii) Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
(iii) Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang
Cabaran ASEAN
Ekonomi
1 Pada peringkat permulaan, pengurangan permintaan pasaran dunia
terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli
negaranegara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi di
rantau ini.
2 Akibatnya, negara-negara ASEAN terpaksa memberikan perhatian kepada
sektor perkilangan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, negara-negara
maju masih mempunyai kelebihan ekonomi dari segi kos pengeluaran dan
kecanggihan teknologi.
3 Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan
yang sengit dalam kalangan negara anggota dan antara negara ASEAN
dengan negara maju.
4 Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan.
5 Kerjasama ekonomi juga terbatas akibat ketidakstabilan politik yang dialami
oleh negara-negara tertentu di ASEAN.
6 Indonesia dan Thailand dibebani oleh hutang luar negara.
7 Ada negara anggota yang melaksanakan projek ekonomi mengikut
kepentingan negara sendiri dan bukan kepentingan serantau.
8 Dasar perlindungan perdagangan yang dilaksanakan oleh negara maju
turut membantutkan pertumbuhan ekonomi ASEAN.
Sosial
1 Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup
atau kualiti hidup rakyatnya.
2 Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang kian
meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di
negara-negara ASEAN.
Politik
1 Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN seperti Malaysia dan
Singapura.
2 Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia.
3 Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik
di negara masing-masing. Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan.

You might also like