You are on page 1of 20

KADAR BARU TAMBANG TEKSI DIUMUM KHAMIS INI

13/07/2009 7:32pm

KUALA LUMPUR 13 Julai - Kerajaan akan mengumumkan kadar baru tambang teksi
Khamis ini, yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk destinasi, jarak dan masa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata,
Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah menyediakan kajian tambang
pengangkutan itu.

LPKP telah mengemukakan kajian semakan itu kepada beliau pada 7 Mei lepas, katanya
kepada pemberita selepas merasmikan siri kedua Program Kerjasama Teknikal Malaysia di
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan pada dasarnya bersetuju memberi kenaikan 30 peratus
bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam terbabit dan ini termasuk surcaj
30 peratus tambang bas ekspres yang dikekalkan sehingga hari ini.

Kali terakhir semakan tambang dibuat ialah pada tahun 2005 dan kerajaan sebelum ini
memutuskan semakan kadar tambang bagi perkhidmatan awam akan dibuat secara berkala
setiap tiga tahun sekali. – Bernama

Utusan Malaysia, 13/7/2009

1
KADAR TAMBANG BARU DIPERKENAL

Oleh HERMAN HAMID


herman@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tambang baru bagi
pengangkutan awam di seluruh negara yang menyaksikan kenaikan untuk kesemua jenis
kategori perkhidmatan.

Kadar baru bagi semua kelas lesen merangkumi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas mini,
bas pengantara, bas sekolah, teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa itu bakal
berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kali terakhir tambang pengangkutan awam disemak ialah pada Mei 2005, manakala bagi
bas sekolah pula pada April 2006.

Kadar tambang baru yang diumumkan itu merupakan had kadar maksimum (siling) dan
pengusaha pengangkutan awam dibenar untuk mengenakan tambang lebih rendah
daripada kadar tambang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tambang bas ekspres dan bas berhenti-henti yang mengalami kenaikan
kira-kira 30 peratus boleh dirasionalisasikan dengan kadar tambang tambahan semasa
(surcaj).

Oleh itu, ia bukan merupakan kenaikan baru apabila berkuat kuasa 1 Ogos ini kerana surcaj
itu dimansuhkan dengan pengenalan tambang baru itu.

Ketika mengumumkan kadar tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bagi Semenanjung, struktur baru itu akan menyaksikan
tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak dua sen bagi setiap kilometer.

Katanya, pada masa ini, kadar tambang bas ekspres yang dikenakan ialah 6.5 sen untuk
setiap kilometer dan apabila berkuat kuasa 1 Ogos kelak, tambangnya akan menjadi 8.5 sen
setiap kilometer.

Menurutnya, untuk bas sekolah kategori bandar, ia mengalami kenaikan sebanyak RM6.33
bagi bayaran bulanan, manakala untuk setiap kilometer berikutnya ia dinaikkan sebanyak 47
sen.

''Bagi bas sekolah kategori luar bandar, kenaikan yang diluluskan ialah sebanyak RM4.76
bagi bayaran bulanan diikuti dengan kenaikan sebanyak 47 sen bagi setiap kilometer.

''Untuk kategori bas sekolah luar bandar, bayaran bulanan yang dikenakan ialah sebanyak
RM15.85 bagi setiap kilometer pertama dan RM1.55 bagi kilometer berikutnya,'' jelasnya.

Mohamed Nazri mengumumkan demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian
Surat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 pemandu teksi Lembah Klang di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menambah, bagi bas berhenti-henti di Kuala Lumpur, kenaikan dibuat
mengikut zon yang akan menyaksikan kenaikan antara 25 sen sehingga 70 sen bagi setiap
kilometer.

Katanya, untuk bas berhenti-henti berhawa dingin selain dari Kuala Lumpur pula, kenaikan
yang diluluskan adalah sebanyak 22 sen bagi setiap dua kilometer diikuti kenaikan 2.2 sen
bagi setiap kilometer berikutnya.

2
''Untuk yang tanpa berhawa dingin, tambangnya dinaikkan sebanyak 14 sen bagi dua
kilometer pertama diikuti 2.2 sen bagi setiap kilometer berikutnya.

''Bagi bas mini, kadar tambangnya dinaikkan sebanyak 20 sen bagi satu arah perjalanan,''
ujarnya.

Bas pengantara turut mendapat kenaikan tambang sebanyak 10 sen untuk setiap pusingan
perjalanan.

Untuk teksi di Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka pula dinaikkan
dari RM2 untuk satu kilometer pertama kepada RM3, manakala dari segi jarak, kenaikan
yang diluluskan ialah 10 sen untuk setiap 115 meter berbanding 10 sen untuk 150 meter
sekarang.

Menurutnya, selain itu, bayaran bagi penumpang lebih dua orang dan bagasi yang
diletakkan di but turut dimansuhkan manakala pemandu teksi dibenarkan mengenakan
surcaj tengah malam bagi perjalanan yang melewati pukul 12 tengah malam.

Katanya, bagi teksi di Pulau Pinang pula, kadar kenaikannya adalah sebanyak RM1 untuk
satu kilometer pertama dan 20 sen untuk satu kilometer berikutnya.

''Sementara itu, harga mengikut masa pula dinaikkan sebanyak 15 sen untuk setiap minit
atau 10 sen untuk 21 saat berikutnya.

''Struktur baru ini turut menyaksikan kenaikan mengikut masa iaitu sebanyak RM1 untuk
satu minit pertama menjadi kepada RM3 seminit diikuti 10 sen untuk setiap 21 saat
berikutnya,'' tambahnya.

Mohamed Nazri berkata, bagi kereta sewa tanpa hawa dingin, kadar barunya menyaksikan
kenaikan sebanyak 10.1 sen untuk setiap kilometer menjadikan 21.6 sen selain caj
tambahan 50 sen bagi setiap penumpang.

Kata beliau, sementara itu, bagi kereta sewa yang berhawa dingin, kadar baru yang
diumumkan menyaksikan kenaikan sebanyak 11.7 sen menjadi 25 sen setiap kilometer
selain 50 sen caj tambahan bagi setiap penumpang.

''Bagi teksi lapangan terbang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LKLIA)
Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), kadar tambang yang dikenakan antara
keduanya diseragamkan dengan kadar minimum ialah sebanyak RM3.20,'' jelasnya.

Utusan Malaysia, 17/7/2009

3
4
5
6
TINGKATKAN MUTU PENGANGKUTAN AWAM, KASIHANI PENGGUNA

KENAIKAN tambang pengangkutan awam sudah termaktub. Ia diterima dengan pelbagai


perasaan. Namun telah menjadi adat, kenaikan itu pasti akan berlaku. Apatah lagi kali
terakhir tambang pengangkutan awam naik sekitar lima tahun lalu.

Kita ketepikan dahulu soal sama ada kenaikan itu akan membebankan pengguna atau tidak.

Persoalan utama di sini ialah bagaimana untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan


pengangkutan awam seiring dengan kenaikan tambang. Sekiranya kenaikan tambang tidak
dapat dielak, adakah pengguna mendapat jaminan kualiti sebagai balasan?

Adakah kenaikan tambang ini akan setara dengan tawaran untuk kualiti perkhidmatan?
Rakyat atau lebih tepat, pengguna, sudah bosan dengan janji-janji untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan.

Yang diperlukan ketika ini ialah janji berkenaan dikotakan. Kita tidak lagi mahu mendengar
janji-janji muluk tetapi hasilnya tetap sama. Tiada perubahan malah dalam sesetengah kes,
kualiti semakin buruk.

Jika rasional kenaikan tambang dikaitkan antara lain dengan kenaikan kos
penyelenggaraan, maka pengguna berharap ia akan dimanfaatkan untuk menyelenggara.

Biarlah keadaan fizikal pengangkutan awam selepas ini semakin selesa. Jangan ada lagi
bas yang berjalan tersengguk-sengguk atau mati di tengah jalan. Alasannya enjin terlalu
panas, masalah brek ataupun sistem pendingin hawa yang tidak berfungsi.

Pengguna juga pastinya berharap agar soal ketepatan masa lebih dititikberatkan. Ketika ini
pengguna bas henti-henti, ekspres, sistem transit aliran ringan mahupun komuter sering
merungut mengenai ketepatan waktu.

Dalam soal ini, sistem pengangkutan awam kita masih ketinggalan. Walaupun masalah itu
dikenal pasti sejak sekian lama namun tiada langkah berkesan untuk mengatasinya.

Masalah lapuk tersebut masih terus menjadi "masalah". Ia lebih ketara pada waktu puncak
iaitu pada awal pagi ketika orang ramai keluar bekerja dan ketika pulang kerja.

Setiap kali masalah ini diutarakan, akan ada janji untuk mengatasinya. Namun ia tetap di
takuk lama. Yang menderita pastinya pengguna. Mereka tiada pilihan selain menggunakan
pengangkutan awam.

Itu tidak lagi mengambil kira soal sistem pendingin hawa yang tidak berfungsi atau tidak
mampu menampung jumlah penumpang yang ramai pada satu-satu masa.

Apabila disentuh soal mutu pengangkutan awam, rasanya tidak lengkap jika tidak disentuh
soal teksi.

Sehingga kini, kualiti perkhidmatan teksi masih terus menjadi rungutan. Ia juga belum
selesai walaupun isunya itu telah dibangkitkan lebih dua dekad lalu.

Soal pemandu teksi mengenakan tambang sesuka hati bukan isu baru. Begitu juga dengan
kerenah pemandu yang enggan melalui kawasan-kawasan tertentu pada waktu sesak.

7
Masalah itu tiada kena mengena dengan kenaikan tambang. Bagi pemandu seperti itu,
tambang naik atau tidak, mereka tetap sama. Tambang yang dikenakan oleh mereka
bukannya berdasarkan kiraan meter.

Bagaimanapun masalah utama yang mesti diberi perhatian oleh kerajaan khususnya
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ialah keadaan 'fizikal' pemandu.

Ramai pengguna pernah berdepan dengan pemandu yang berpenampilan kurang


menyenangkan. Ada yang mengadu pernah menaiki teksi yang dipandu oleh pemandu
berambut panjang yang diikat tocang. Malah ada yang bertindik telinga.

Mungkin bagi sesetengah orang keadaan itu tidak apa-apa. Namun ramai yang
beranggapan ia sangat-sangat tidak menyenangkan.

Jadi, pantau-pantaulah keadaan itu, jangan biarkan pengguna terus tertekan. Biarlah
kenaikan tambang setanding dengan kualiti yang ditawarkan. Biar semua berdepan dengan
situasi "menang-menang".

Utusan Malaysia, Isnin 20 Julai 2009

8
TAMBANG NAIK, MUTU BAGAIMANA?

Hanya lima hari selepas Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan 11
hadiah untuk rakyat sempena 100 hari mentadbir negara, rakyat dikejutkan pula dengan
kenaikan tambang perkhidmatan awam.

Awang tertanya-tanya tidak bolehkah ditangguhkan sementara pengumuman itu ketika


rakyat masih bercakap dan baru mahu merasa lega atau feel good daripada pengumuman
Najib?

Awang melihat pengumuman kenaikan tambang bagi bas ekspres, bas henti-henti, bas
sekolah, teksi dan kereta sewa antara 2 sen dan RM10 mulai 1 Ogos, menenggelamkan 11
insentif untuk rakyat yang diumumkan Perdana Menteri.

Bukanlah Awang mahu menafikan sama sekali kenaikan tambang itu yang sememangnya
ada kewajaran demi membantu sektor perkhidmatan awam tetapi masanya tidak kena.

Ini sekadar pandangan Awang dan bukan bertujuan mencari salah sesiapa termasuk
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz, yang mungkin mempunyai sebab
tersendiri berbuat demikian.

Ekoran kenaikan tambang tersebut, ramai pengguna membantah dan persatuan pengguna
meminta kerajaan mengkaji semula keputusan itu.

Awang berkongsi sentimen bantahan tersebut kerana rakyat masih merasakan tekanan kos
hidup yang tinggi sedangkan negara masih belum keluar sepenuhnya daripada kesuraman
ekonomi.

Pada masa yang sama Awang juga faham kenapa tambang terpaksa dinaikkan. Kali terakhir
tambang pengangkutan awam disemak ialah pada Mei 2005 manakala bas sekolah pada
April 2006. Sektor pengangkutan juga perlu diselamatkan sementara pemandu bas, teksi
dan bas sekolah perlu pembelaan.

Awang amat berharap kenaikan tambang tersebut, akan disusuli dengan peningkatan mutu
perkhidmatan. Sejak tambang dinaikkan beberapa kali dalam tempoh 10 tahun, mutu
perkhidmatan terutama teksi dan bas tidak banyak berubah.

Pengurusan waktu laluan bas misalnya tidak konsisten selain banyak aduan salah laku,
penipuan dan sikap kasar pemandu teksi, antaranya disebabkan penguatkuasaan yang
lemah.

Sebab itu, jika ada kenaikan tambang, orang ramai akan skeptikal terhadap peningkatan
mutu khidmat. Naik tambang sahajalah maknanya. Kita asyik geleng kepala dan berkerut
dahi apabila bercakap tentang hal ini tetapi sampai bila?

Utusan Malaysia, 19 Julai 2009

9
KERAJAAN PASTIKAN PENGGUNA DAPAT PERKHIDMATAN TERBAIK

IPOH 18 Julai - Kerajaan perlu menaikkan kadar tambang pengangkutan awam kerana
mahu memastikan pengguna mendapat perkhidmatan terbaik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan menaikkan kadar
tambang mulai bulan depan itu sepatutnya telah lama dilakukan tetapi ditangguh berikutan
keadaan semasa.

"Apa yang kita harapkan dengan keputusan ini, pengangkutan bas atau teksi meningkatkan
tahap kecekapan setimpal dengan kenaikan," ujarnya kepada pemberita selepas
merasmikan majlis sambutan Hari Koperasi Negara di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Khamis lalu, kerajaan mengumumkan kadar tambang baru bagi pengangkutan awam di
seluruh negara meliputi semua jenis kategori perkhidmatan iaitu bas ekspres, bas berhenti-
henti, bas mini, bas pengantara, bas sekolah, teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa
berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kali terakhir tambang pengangkutan awam disemak ialah pada Mei 2005 manakala bagi bas
sekolah pula pada April 2006.

Menurut Muhyiddin, sekiranya kerajaan mengambil keputusan mengkaji semula kenaikan


tambang baru tersebut, ia akan menyebabkan operasi teksi dan bas menanggung kerugian
tergendala dan akhirnya menjadi tidak cekap.

"Saya fikir pengguna tidak terlalu membantah kalau proses perkhidmatan itu disediakan
secara cepat. Apa pun, kita harap kenaikan ini tidak terlalu membebankan.

"Kalau ikut tuntutan mereka (operator pengangkutan awam) jauh lebih tinggi daripada apa
yang ditimbangkan (diluluskan) oleh kerajaan," katanya.

Ditanya tidakkah keputusan itu akan dilihat tidak seiring dengan matlamat 'rakyat
didahulukan' beliau menjelaskan: "Kalau kos industri yang terlibat mahal dan kita tidak
timbangkan, mungkin mereka tidak mahu menjalankan perniagaan."

Menurutnya, kerajaan sedar setiap tahun sektor pengangkutan menghadapi peningkatan


kos, bukan sahaja di Malaysia namun di seluruh dunia.

"Kalau kita tak mahu (naikkan tambang), mereka kata boleh, tetapi mungkin tidak beri
perkhidmatan seperti dikehendaki. Akhirnya kesan ditanggung oleh rakyat," ujarnya.

Muhyiddin berkata, kerajaan telah mengambil kira semua faktor sebelum membuat
keputusan dan apa yang dilakukan itu sebenarnya adalah satu keputusan yang sukar
walaupun kadar yang diluluskan itu dianggap berpatutan.

"Walaupun kita sedar beban rakyat akan bertambah lagi, tetapi kita harus melihat secara
holistik langkah- langkah lain yang kerajaan buat untuk menangani masalah kos sara hidup
rakyat," jelas beliau.

Antara langkah tersebut katanya, pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak mengenai penggubalan model ekonomi baru yang akan menyaksikan taraf hidup
rakyat berubah daripada berpendapatan sederhana ke pendapatan yang lebih tinggi.

10
"Pokoknya kita hendak tengok bagaimana kita mampu menguruskan inflasi dalam negara
supaya masyarakat daripada pelbagai kelompok terutama yang berpendapatan rendah dan
menengah tidak menanggung beban yang terlalu berat," katanya.

Utusan Malaysia, 19 Julai 2009

11
PENGUSAHA PENGANGKUTAN AWAM DIMINTA TINGKAT KUALITI

IPOH 18 Julai — Kerajaan mahu semua pengusaha pengangkutan awam meningkatkan


kualiti dan kecekapan perkhidmatan sejajar dengan kenaikan tambang yang diluluskan, kata
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata perkhidmatan yang berkualiti dan lebih baik semenangnya dikehendaki oleh
para pengguna.

―Pengguna tidak akan terlalu membantah kenaikan tambang jika khidmat yang cekap
diberikan. Pengguna mahukan kecekapan supaya setimpal dengan tambang,‖ katanya
ketika menggulas bantahan beberapa pihak terhadap kenaikan kadar tambang
perkhidmatran yang diluluskan kerajaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2009 di sini hari ini,
Muhyiddin berkata keputusan kerajaan dibuat selepas membuat pertimbangan yang
menyeluruh terhadap kesan kepada pengguna dan juga industri.

Beliau berkata kenaikan yang diluluskan mengambil kira pelbagai faktor dan tidak mudah
bagi kerajaan membuat keputusan kerana tidak mahu membebankan rakyat. - Bernama

Utusan Malaysia, 19 Julai 2009

12
PENGANGKUTAN AWAM PUAS HATI

Oleh ZULHISHAM ISHAK


utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 17 Julai - Pengusaha pengangkutan awam di negeri ini yakin kadar baru
tambang yang diumumkan kerajaan mampu meringankan beban dan menambah
pendapatan mereka.

Mereka yang berpuas hati dengan kadar baru itu berkata, dengan kenaikan itu juga akan
membolehkan mereka memberikan perkhidmatan terbaik untuk keselesaan pengguna.

Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi Kota Kinabalu, Kung Yung Sang
berkata, pengumuman itu amat melegakan mereka kerana ia adalah perkara yang sudah
lama tertangguh.

"Kita semua menyambut baik langkah ini yang diselaraskan di seluruh negara kerana
sebelum ini terdapat peraturan baru pengangkutan awam di Semenanjung tidak melibatkan
Sabah," katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menyuarakan kebimbangan, harga baru itu akan menjauhkan
orang awam dari menggunakan perkhidmatan mereka.

Di bawah kadar baru yang diumumkan kerajaan hari ini, tambang bas berhenti-henti tanpa
hawa dingin di Sabah, naik sebanyak 15 sen kepada 65 sen untuk dua kilometer pertama
berbanding 50 sen sebelum ini.

Kadar tambang bas berhenti-henti hawa dingin pula naik 18 sen kepada 78 sen untuk dua
kilometer pertama berbanding 60 sen.

Bagi teksi, kadar baru ditetapkan pada RM10 untuk tiga kilometer pertama berbanding RM3
untuk satu kilometer pertama sebelum ini.

Kadar teksi lapangan terbang yang menggunakan kupon pula naik sebanyak RM10 kepada
RM35.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Pemandu Kereta Sewa Kota Belud,
Syed Abdullah Kendoro berharap, tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan atas
kenaikan kadar tambang itu.

''Kita minta mereka yang berkaitan seperti Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer
(Puspakom), pembekal alat ganti dan syarikat penyelenggara kereta sewa tidak menaikkan
kadar bayaran perkhidmatan mereka," ujarnya.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Bumiputera Sabah, Lokman Sunggim berkata,


kenaikan kadar tambang itu mampu memberikan semangat kepada pengusaha bas untuk
meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.

Katanya, kenaikan itu juga dapat membantu pengusaha bumiputera yang sering
berhadapan dengan masalah kenaikan kos memperluaskan lagi perkhidmatan mereka.

"Kenaikan ini adalah wajar memandangkan masalah utama yang dihadapi kira-kira 2,000
ahli persatuan itu kini adalah kerana kenaikan kos penyelenggaraan bas serta kenaikan
harga alat ganti," katanya.

13
Beliau menambah, kadar kenaikan itu juga adalah adil dan tidak membebankan pengguna.

Utusan Malaysia, 18/7/2009

14
TAMBANG NAIK, KUALITI PULA BAGAIMANA?

AKHIRNYA syarikat pengangkutan mendapat kenaikan tambang seperti yang


dinantinantikan. Difahamkan kali terakhir mereka menerima kenaikan ini ialah pada 2005.
Memang patut pun diberikan kenaikan kali ini.

Orang ramai kini kena tanggung kenaikan lagi. Semuanya naik. Barang makanan naik, kos
sara hidup pula sudah lama naik. Sejak minyak melambung sampai AS$140 setong Julai
tahun lalu.

Kini minyak sudah turun sehingga AS$61 setong tetapi harga barang tidak juga turunturun.
Gaji tidak boleh naik sebab ekonomi negara masih lagi meleset.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyatakan, eksport negara akan jatuh lebih
21.8 peratus untuk tahun ini dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga akan jatuh
lebih tinggi daripada ramalan awal negatif 2.2 peratus kepada negatif 4.2 peratus. Tahun
depan jatuh lagi kepada negatif 3.8 peratus.

Rakyat biasa mungkin tidak faham, naik atau turun KDNK. Mungkin ramai yang tidak ambil
pusing.

Yang rakyat biasa faham ialah tambang bas dan teksi akan naik sampai paras tertinggi iaitu
30 peratus.

Minggu depan elektrik pula akan dinaikkan. Tidak tahulah banyak mana yang hendak
dinaikkan. Kalau tarif elektrik naik, alamat kos semua barang akan naik lagi.

Kita tahu hutang Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM22.2 bilion setakat Februari 2009.

Penggal kedua berakhir Februari 2009, TNB untung sebanyak RM674.6 juta. Jatuh daripada
RM1,069.2 juta penggal sebelumnya. Hampir separuh.

Kemudian kerugian daripada urus niaga tukaran wang asing setakat akhir penggal 2009
ialah RM1,536.7 juta.

Apa sudah jadi dengan hedging (langkah perlindungan tukaran asing)? Mata wang kita
dengan mata wang asing entah kenapa asyik lemah sahaja walaupun negara asing lebih
teruk kemelesetan ekonominya.

Kita juga diberitahu dengan kenaikan ini tahap perkhidmatan juga patut naik. Kita tengoklah
sama ada kita perlu berdebat dengan pemandu teksi hanya untuk hendak pergi ke sesuatu
tempat.

Mereka selama ini ukur kadar bayaran ikut kesesakan trafik. Walaupun kini dah ada kadar
untuk sesak dengan tidak sesak tentu ramai yang pukul rata kadar bila lalu jalan sesak.

Berapa banyak rungutan pengguna teksi tentang bukan sahaja tahap perkhidmatan tetapi
juga keadaan teksi yang tidak selesa.

Bila naik teksi rasa macam duduk atas tayar kereta bukan atas kusyen sebab penyerap
hentakan kereta sudah lama tidak ditukar. Bila pasang radio, yang berkumandang hanya
lagu kegemaran pemandu. Dia tidak pedulikan perasaan penumpang yang gemar atau tidak
dengan lagu yang dimainkan itu.

15
Apa nak buat, akhirnya kita penumpang kenalah akur, bukannya pemandu yang sepatutnya
kena hormatkan penumpang kerana kita yang membayar tambang.

Sementara itu, ada juga teksi yang dipandu oleh orang asing.

Entah macam mana dia orang boleh diberikan kebenaran memandu kita pun tidak faham.
Jenuhlah penumpang pula yang tunjuk jalan kepadanya.

Tetapi dengan kenaikan tambang sekarang, kita harap bolehlah dapat perkhidmatan yang
lebih baik.

Sepatutnya sistem penyewa teksi kena bayar RM45 hingga RM50 sehari dihapuskan dan
beri hanya kepada mereka yang bawa sendiri dan bukan syarikat-syarikat.

Begitu juga dengan bas. Jangan biarkan sistem bayaran gaji ikut jumlah perjalanan.

Disebabkan rakyat hari ini begitu perlu bergerak dari satu tempat ke suatu tempat, tidak
hairanlah kalau beratus-ratus syarikat bas jarak jauh beroperasi.

Dulu kita dengar pasal hendak pasang kotak hitam macam kapal terbang. Sekarang apa
dah jadi dengan isu kotak hitam itu? Dengarnya ramai pengusaha merungut pasal kos
pemasangan kotak hitam, maka tidak jadilah peraturan.

Kalau dulu belum ada lebuh raya kalau ada kemalangan kita fahamlah jalan tidak elok, ini
sudah ada lebuh raya, lagi banyak kemalangan.

Bila tiba hari perayaan, cuti sekolah atau apa jua cuti umum, ramai penumpang yang kena
tipu kerana terbeli tiket bas palsu.

Walaupun mereka membeli tiket daripada kaunter belian yang sahih tetapi ada juga yang
kena tipu. Tiket ada bas tidak ada.

Kalau dibenarkan diperluaskan semasa raya dengan pengusaha bas sekolah,


macammacam berlaku. Sekian lama kita lihat terminal bas di Puduraya begitu menyedihkan.

Terkini kita dengar Puduraya akan diperbaiki. Alhamdulillah.

Bayangkanlah di tingkat atas tempat makan di tingkat bawah bas menghidupkan enjin. Asap
hitam dan tebal naik ke kawasan orang menikmati hidangan.

Bayangkanlah pencemaran di situ yang terpaksa dihadapi oleh penumpang sejak sekian
lama.

Rungutan tentang pengangkutan awam tidak pernah habis-habis. LRT tidak cukup gerabak,
tidak ada pendingin hawa, tidak tepat masa dan kehadiran orang asing yang mungkin tidak
mandi 'mengharumkan' lagi suasana dalam gerabak membuatkan orang patah semangat.

Kalau nak kira-kira kos hendak menyampai ke sesuatu stesen LRT pun boleh tahan juga
ada yang memilih untuk tidak naik sistem pengangkutan ini.

Bukan semua tempat ada stesen ini. Maka bertambahlah kereta di atas jalan raya. Maka
akan semakin sesaklah jalan raya kita.

Jadi akhirnya mutu perkhidmatan pengangkutan awam kita masih di tahap "pi mai pi mai
tang tu jugak". Hanya tambang yang naik, mutu belum tentu.

16
DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Utusan Malaysia, 18/7/2009

LPKP UMUM LANGKAH TINGKAT KHIDMAT PENGANGKUTAN AWAM

KUALA LUMPUR 17 Julai - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan


melaksanakan empat langkah utama bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan
awam selaras kadar tambang baru yang diumumkan semalam.

Menurut Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohd. Sadique, ia merupakan usaha kerajaan
bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna kenderaan awam.

Empat langkah itu adalah:

 Mewujudkan bank data pemandu.

 Menubuhkan Institusi Latihan Pengangkutan Awam Malaysia (ILPAM).

 Mewajibkan semua syarikat pengangkutan awam mempamerkan jadual


perkhidmatan.

 Pemasangan meter resit di Puspakom dengan bayaran RM10.

Halimah ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, keputusan melaksanakan langkah-


langkah tersebut dicapai menerusi perbincangan pihaknya dengan persatuan-persatuan
pengusaha bas dan teksi serta beberapa agensi kerajaan lain.

Katanya, empat langkah itu selari dengan kod amalan keselamatan dan kesihatan pekerja
serta pengurusan di dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bank data pemandu yang akan diwujudkan itu
mengandungi segala maklumat mengenai pemandu termasuk pemilikan lesen, tempoh
pemanduan, rekod jenayah dan kesalahan jalan raya yang pernah dilakukan.

Bank data itu juga, jelas beliau, bertujuan memberi kemudahan kepada para pengusaha
pengangkutan awam untuk melihat maklumat peribadi pemandu pengangkutan awam
sebelum mengambil mereka berkhidmat.

"Bank data ini akan dikawal sepenuhnya oleh LPKP dan dipantau dari semasa ke semasa
dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),"
katanya.

Beliau ditanya mengenai langkah yang akan diambil oleh LPKP untuk memastikan kualiti
pengangkutan awam ditingkatkan selaras dengan kenaikan tambang yang diumumkan
semalam.

Mengenai penubuhan ILPAM, Halimah berkata, institut itu berfungsi sebagai pusat latihan
utama untuk pemandu-pemandu kenderaan awam di seluruh negara.

17
Pemandu yang mengikuti latihan di institut itu, tambah beliau, akan diajar pelbagai aspek
keselamatan dan etika pemanduan bagi meningkatkan kemahiran dan tingkah laku mereka
semasa memandu.

Beliau berkata, LPKP kini, dengan kerjasama beberapa syarikat pengangkutan awam hanya
menyediakan kursus secara berkala kepada para pemandu, bagaimanapun ia didapati tidak
begitu efektif dalam mendidik pemandu.

"Sehubungan itu, LPKP merancang menubuhkan ILPAM kerana kita mahu semua
pengusaha syarikat pengangkutan awam mengambil pekerjanya melalui ILPAM demi
kepentingan syarikat dan orang ramai.

"Kita dalam proses menyediakan kertas kerja sebelum diserahkan kepada Kementerian
Pengangkutan untuk kelulusan," jelasnya.

Halimah berkata, berkuat kuasa serta-merta LPKP mahu semua syarikat pengangkutan
awam terutamanya bas mempamerkan jadual perjalanan dan perkhidmatan bas di dalam
kenderaan masing-masing.

Menurutnya, ia bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna dan pihak berkuasa yang
memantau perjalanan bas.

Beliau berkata, kerajaan juga melalui Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer


(Puspakom) memberikan potongan harga untuk pemasangan meter resit kepada pengusaha
teksi iaitu sebanyak RM10 berbanding RM50 sebelum ini.

Beliau memberitahu, semua pengusaha teksi diberi tempoh dari 1 Ogos hingga 31 Disember
ini untuk memasang meter resit itu.

"LPKP tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha teksi yang masih
tidak menggunakan meter resit.

"Malah, orang ramai juga dinasihatkan jangan menaiki teksi yang tidak mempunyai meter
resit dan segera melaporkan kepada LPKP," katanya.

Utusan Malaysia, 18/7/2009

18
KAJI SEMULA KADAR TAMBANG

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan diminta mengkaji semula kenaikan kadar tambang
pengangkutan awam kerana ia menambahkan kos harian orang ramai yang menggunakan
perkhidmatan tersebut.

Rata-rata pengguna perkhidmatan pengangkutan awam agak kecewa dan beranggapan ia


tidak wajar dinaikkan sekarang dalam keadaan kelembapan ekonomi global sekarang.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani


Abdullah berkata, kenaikan kadar tambang itu sememangnya membebankan rakyat.

Katanya, kerajaan harus mencari kaedah lain untuk mengurangkan kos operasi bukan
meletakkan beban tersebut kepada pengguna.

''Kemudahan awam kebiasaannya digunakan oleh orang yang berpendapatan rendah, jadi
bila kadar tambang dinaikkan ia bakal menyusahkan dan membebankan mereka.

''Baru-baru ini kerajaan kata mahu bantu kurangkan beban rakyat dengan mengumumkan
11 hadiah, tetapi sekarang naikkan tambang pula dan ia sama sekali tidak wajar,'' katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Shaani berkata, jika kadar tambang dinaikkan maka kualiti perkhidmatan juga sepatutnya
ditingkatkan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kenaikan kadar tambang baru tersebut akan bermula 1 Ogos ini merangkumi bas ekspres,
bas henti-henti, bas mini, bas pengantara, bas sekolah, teksi, teksi lapangan terbang dan
kereta sewa.

Kali terakhir tambang pengangkutan awam tersebut disemak adalah pada Mei 2005
manakala bas sekolah pula pada April 2006.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr.
Jacob George berkata, kerajaan perlu prihatin dengan semua golongan bukan golongan
tertentu sahaja.

Katanya, kenaikan tersebut memberi gambaran bahawa kerajaan tidak mengkaji secara
mendalam kesan kepada semua golongan.

''Jika hanya ikut permintaan pengusaha pengangkutan awam sahaja maka ia tidak adil,
bagaimana pula dengan pengguna.

''Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pihak, pengguna dan juga
pengusaha sebelum memutuskan untuk melaksanakan kenaikan tersebut,'' katanya.

Utusan Malaysia, 18/7/2009

19
PENGGUNA TIDAK SETUJU

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar tambang bagi
pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai.

Pelayan restoran, Mohd. Hadi Mohd. Surajin, 18, berkata, kenaikan tambang pengangkutan
awam terutama bas dan teksi itu adalah tidak wajar.

‗‗Tindakan tersebut tidak patut dilakukan kerana akan menyusahkan orang awam seperti
saya yang kekurangan daripada segi kewangan,‘‘ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di
sini hari ini.

Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang dikenali sebagai Rajakobal, 19, pengumuman
tersebut bukan berita yang gembira dan mahu didengar oleh rakyat.

‗‗Kenaikan tambang pengangkutan awam akan menyebabkan masyarakat berasa susah dan
sedikit tertekan.

‗‗Kadar sedia ada sudah baik dan tidak perlu dinaikkan lagi,‘‘ katanya.

Rakannya, Suresh Jeeva, 19, juga bersetuju dengan pendapat tersebut.

‗‗Jika tambang naik susah bagi kami untuk pergi ke tempat pengajian kerana kami
bergantung pada pengangkutan awam sepenuhnya,‘‘ katanya.

Seorang lagi pelajar IPT, Juliana Ibrahimi Husaimi, 19, berkata, dia tidak setuju dengan
kenaikan tersebut kerana menyukarkan kehidupannya sebagai seorang pelajar.

‗‗Sebagai pelajar, saya perlukan wang untuk membeli buku-buku rujukan dan kenaikan
tambang ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi wang pengajian saya,‘‘ katanya.

Dalam pada itu, seorang jurujual, Ivan Pius, 25, berkata, tindakan tersebut keterlaluan
kerana kos hidupnya bakal meningkat kerana kenaikan tambang tersebut.

‗‗Kalau harga minyak naik 10 sen pun orang ramai sudah bising. Inikan pula tambang bas
dan teksi yang naik, mesti orang lagi tidak setuju,‘‘ katanya.

Bagaimanapun menurut seorang Pereka grafik, Farid Hashim, 28, tindakan kerajaan
menaikkan tambang pengangkutan awam itu wajar dilakukan.

Utusan Malaysia, 17 Julai 2009

20

You might also like