You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS SEMPENA PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR 1.

(KETIBAAN WAKIL KERAJAAN PUSAT DAERAH BALING ) Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik MOHD masuk ke dalam Dewan .

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Yang Dihormati, Encik Mohd Yusoff bin Ishak , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar Yang Berusaha , Encik MARZUKI BIN MUSTAFA. , Tuan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar Barisan Guru-guru Penolong Kanan , ahli-ahli jawatankuasa PIBG , warga pendidik yang dedikasi , staf-staf sekolah,para jemputan khas , ibu-ibu , bapa-bapa seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul dan berkenal mesra dalam satu majlis yang pastinya dinati-nantikan oleh warga ibubapa sekalian iaitu Penyampian Bantuan Awal Persekolahan oleh Kementerian pelajaran Malaysia kepada semua pelajar di Malaysia . Sudah pasti para ibubapa sedia maklum bahawa sekolah-sekolah di sekitar kawasan ini telah pun menerima bantuan yang diwar-warkan lebih awal dan kini tibalah pula giliran anak-anak yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar ini menerima bantuan awal persekolahan mereka . Sebelum tari kata diatur lebih lanjut lagi , pihak Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Mohd . di atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis ini sekaligus menyerahkan bantuan kepada murid-murid di sekolah ini . Dengan kehadiran Yang Berusaha Encik Mohd .. akan menjadikan majlis ini menjadi lebih bermakna lagi. Ucapan Terima kasih juga dikalungkan kepada para ibubapa dan waris yang sudi meluangkan masa seketika bertandang ke teratak ilmuan ini bagi menjayakan majlis ini . Jikalau boleh , pihak sekolah mahu menyelesaikan semua pembayaran bantuan pada

petang yang permai ini agar semua pihak dapat merancang dengan terperinci perbelanjaan persekolahan anak-anak kea rah yang sewajarnya . Sidang hadirin sekalian ,

Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada petang yang gemilang ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Zulhazmi Bin Kamarudin naik ke atas pentas untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

(BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)

Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zulhazmi Kamarudin di atas bacaan doa itu tadi.Semoga perhimpunan ini mendapat barakah daripada Allah SWT dan berjalan dalam suasana penuh harmonis .

Sidang majlis yang dihormati , Seterusnya , marilah kita bersama-sama menyanyikan pula lagu kebangsaan dengan penuh semangat . Justeru , saya ingin memohon kerjasama dan jasa baik daripada semua hadirin dan hadirat untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku sebagai tanda hormat kepada Negara . Sekali lagi diminta smua hadirin berdiri sebelum lagu kebangsaan didendangkan . ( NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ) Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada hadirin di atas nyanyian Negaraku itu tadi . Baiklah , mari kita memacu terus ke agenda yang seterusnya iaitu mendengar ucapan alu-aluan daripada peneraju pentadbiran Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar . Maka itu , pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohd Yusoff Bin Ishak , Guru Besar SK Ulu Tawar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. (UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan itu tadi. 3. (UCAPAN TNC)

Hadirin dan hadirat sekalian, Marilah kita bergerak pula ke aturcara yang seterusnya .Sesungguhnya ,Tidak lengkap rasanya majlis ini sekiranya kita tidak mendengar ucapan daripada jemputan khas majlis ini iaitu Encik Mohd . Dengan itu pihak majlis dengan berbesar hati ingin menjemput yang berbahagia , Encik Mohd .. untuk naik ke atas pentas utama untuk memberi amanat dan sepatah dua kata dan seterusnya menyerahkan bantuan awal persekolahan 2013 kepada waris-waris pelajar SK Ulu Tawar . Dengan segala hormatnya dipersilakan .

(UCAPAN TETAMU JEMPUTAN KHAS) 5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang BERUSAHA ENCIK MOHD .. kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyerahkan bantuan wang awal persekolahan kepada waris-waris pelajar tahun 1 . Air laut tenang-tenangan, Tanam selasih tepi perigi; Cenderamata tanda kenangan, Terima kasih sekalung budi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang dihormati, Puan Zauyah Zakaria untuk mengiringi Yang Dipertua PIBG Encik Marzuki Mustafa naik ke atas pentas untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Penyampaian cenderamata dan apabila selesai) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG dan Puan Guru Besar kerana sudi menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat itu tadi. (Penyampaian cenderamata) Dengan berakhirnya penyampian cenderahati dan hadiah itu tadi , maka agenda pertama majlis kita pada petang ini berakhir sudah . Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad atas kesudian untuk bersama-sama kita pada petang ini. Dengan itu , pihak majlis ingin menjemput Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Ahmad ke bilik guru untuk menikmati sedikit jamuan kecil yang telah disediakan. Dengan segala hormatnya , dipersilakan .

Hadirin dan hadirat sekalian , Majlis kita akan berhenti untuk seketika dan akan disambung semula pada jam . Untuk kita teruskan pula agenda utama majlis petang ini iaitu Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Tawar kali ke-29. Untuk membasahkan tekak dan mengalas perut , pihak majlis ingin menjemput hadirin hadirat sekalian untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak jawatankuasa mesyuarat ini .Dengan segala hormatnya dipersilakan .

Pengumuman tambahan : .. .. 6. (PENUTUP) Para hadirin sekalian. Ibarat berjalan dah sampai di halaman, Ibarat berenang dah sampai di tebing, Ibarat terbang dah hinggap di dahan, Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

Terima kasih kepada hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersamasama menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar kali ke-29 ini.

Akhir kata, Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Yang baik itu ketentuan Allah, Yang cela itu kelemahan diri.

You might also like