P. 1
Rasm Uthmani

Rasm Uthmani

5.0

|Views: 23,729|Likes:
Published by gemaputra08

More info:

Categories:Types, Research
Published by: gemaputra08 on Jul 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/03/2014

pdf

text

original

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

1.PENGENALAN Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka dipanggil Mushaf Uthmani iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf yang ada pada kita sekarang. Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. amat terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedahkaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani. Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa tempat daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani dipanggil Rasm Uthmani. Dalam al Quran lama cetakan Pulau Pinang, Singapura dan Thailand yang terdapat di Malaysia sebelum tahun 70an dahulu yang bernama Quran Majid tulisannya dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi. SEJARAH DAN KONSEP RASM UTHMANI Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulispenulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit. Mereka mencatat ayat-ayat al Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Pada zaman khalifah Uthman bin Affan r.a memerintah, Islam telah berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraq dan negara-negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajari dan membaca al Quran menurut kaedah-kaedah bacaan daripada para sahabat yang masyhur di kalangan mereka. Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin

1

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

lembaran-lembaran al Quran yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan mushaf. Sesudah itu, Khalifah Uthman bin Affan memerintahkan supaya dikumpulkan semua lembaran al Quran yang ditulis sebelumnya dibakar. Dengan demikian maka pembukuan al Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf yang seragam menurut ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun masih terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan Mushaf Uthmani. Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, hurufhuruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Penulisan ( rasm ) al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma’ ( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan. 2. RASM UTHMANI DAN KEISTIMEWAANNYA. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Rasm Uthmani ialah ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman ketika penyalinan dan penulisan Al-Quran. suci al-Quran atau menulisnya. Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah : (1) Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi bukan Taufiqi Rasm Uthmani adalah berpunca daripada bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w secara langsung dan mengikut sunnah baginda s.a.w. Setiap perkara yang dikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada Allah berpandukan hadis berikut sebagai sandaran: Ini menunjukkan rasm ini sangat penting dipelajari dan dikaji apabila hendak membaca kitab

2

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

’‫الق الدواة، وحرف القلم، وأنصب الباء،وفرق السين ولتعور الميم، وحسن ال، ومد‬ ‫‘الرحمن، وجود الرحيم، وضع قلمك على أذنك اليسر فإنه أذكر لك‬
Bermaksud : ”Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba’, pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim, perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan alRahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu” Kebanyakan para ulama sama ada salaf atau khalaf fakta di atas menjadi pegangan untuk berhujah tentang keistimewaannya, Ia diyakini melalui pegangan sahabat dan mereka sendiri tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza daripada kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sesuatu sandaran yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada Al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan kalimah-kalimah seterusnya kefahaman terhadap tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang mutawatir. Ada juga sebahagian ulama yang menyatakan bahawa format penulisan al-Quran dalam mushaf Uthmani hanya merupakan ijtihad para sahabat Nabi, tidak bersifat tauqifi. Pada mereka tidak ada nas yang jelas baik berupa ayat al-Quran atau pun as-Sunnah yang menunjukkan secara khusus adanya kewajipan menulis al-Quran berdasarkan format atau pola penulisan tertentu. (2). Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Ulama bersepakat rukun bacaan AlQuran ada tiga dan salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan yang ditolak. Ulama bersepakat tidak mengakui “quraniyyat”

3

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

(kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya. (3) Meliputi Tujuh Huruf Antara keistimewaan sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.Terdapat banyak hadis berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat utama mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama’ ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur berikut; kata nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jamak dan sama ada ia muzakkar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab (analisa nahu), perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawattiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawattiroh yang lain. (4) Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan Malaikat Jibril dan Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul AlQuran oleh dua khulafa’ Ar-Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut. (5) Keistimewaan Rasm Uthmani yang lain ialah: (i) Berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. (ii) Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal. (iii) Pembentukan rasm sedemikian dapat memberi kefahaman makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Contoh yang mudah ialah pada

4

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

kalimah “maliki” dalam surah Fatihah ada yang membaca dengan hazaf alif dan ada yang membaca dengan Ithbat Alif yang kedua makna kalimah tersebut tidak terkeluar daripada maksud yang dikehendaki malahan ia saling mengukuh dan meluaskan makna. (iv) Membolehkan bacaan wajah-wajah qiraat mutawatir pada lafaz yang sama seperti dalam firman Allah (‫ ,)وما يخدعون ال انفسهم‬kalimah (‫ ) يخدعون‬boleh dibaca dengan dua wajah Qiraat iaitu ( ‫ )يخادعون‬dan (‫ ) يخدعون‬dengan kha berbaris dommah. (v) Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih. (vi) Dipersetujui oleh 12,000 orang sahabat. (vii) Salah satu daripada sudut gambaran mukjizat Al-Quran . (viii) Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas. (x) Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat). (xi) Mengandungi rahsia tertentu dari segi mengekal dan menggugurkan huruf. Contohnya dalam surah Zariyyat ayat 47 (‫)والسماء بنيناها باييد وانا لموسعون‬kalimah ayyidin ditulis dengan gandaan huruf ya kerana memberi petunjuk kebesaran kekuasaan Allah khususnya dalam penciptaan langit dan alam semesta. 3. DEFINISI SETIAP KAEDAH BERSERTA CONTOH-CONTOHNYA 3.1. KAEDAH PEMBUANGAN ATAU PENGURANGAN (HAZAF) Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif ( ‫ ,)ا‬wau(‫ ,)و‬ya(

‫ ,)ي‬lam(‫ )ل‬nun(‫ )ن‬yang terdapat pada kalimah tertentu dan huruf-huruf alif(‫ ,)ا‬wau(‫)و‬
dan ya(‫ )ي‬pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu Al-Quran. 3.1.1 Pembahagian Hazaf Hazaf berlaku dalam tiga bentuk; • • Hazaf isyarah bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat mutawatirah tertentu contohnya. Hazaf ikhtisor bermaksud hazaf peringkasan seperti pembuangan alif pada struktur kata jamak Muzakkar Salim dan Jamak Muannath Salim contohnya pada;

5

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

Hazaf iktisor bermaksud hazaf pembatasan yang bermakna hazaf alif pada kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain contohnya hazaf alif pada kalimah “miaad”;

(I) Hazaf Alif Hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut: 1. Alif pada kalimah “basmalah” samada lengkap atau tidak

Kecuali pada surah al-Alaq ayat 1:

(2)Hazaf Wau Hazaf wau berlaku dalam keadaan-keadaan berikut; 1. Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.

(3) Hazaf Ya Hazaf ya berlaku dalam keadaan-keadaan berikut; 1. Ya “muatakallim” pada kedudukan “isim munada” seperti;

6

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

(4) Hazaf Lam Hazaf lam tidak begitu banyak di dalam al-Quran, hazaf lam berlaku pada keadaan berikut; 1. Pada lam kedua dalam kalimah-kalimah kecuali kalimah-kalimah

2. Lam pada lafzul Jalalah. (5) Hazaf Alif Wau Dan Ya Fawatih Suwar Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to sod, qaf,ro. Hazaf wau pula pada huruf nun. Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin, ain dan sin. Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya. 3.2. KAEDAH AL-ZIADAH DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu Al- Quran. Merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani. Jika diamat-amati kaedah ini juga terdapat dalam Bahasa Inggeris yang diistilahkan sebagai “silence pronoun”. . Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan pada bacaan. Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm Uthmani, huruf-huruf yang diziyadah ialah; (a) Huruf Alif (b) Huruf wau. (c) Huruf ya (1) Ziyadah Huruf Alif pada Tempat-tempat Berikut: 1. Selepas huruf wau ganti nama pada jamak muzakkar yang bersambung dengan “Fiil Madi” “Fiil Mudhari’ dan ”Fiil Amar” yang berada di hujung kalimah.

7

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

(2) Ziyadah Huruf Wau pada: 1. Kalimah pada

(3)Ziyadah Ya pada Kalimah-kalimah: 1.

3.3. KAEDAH AL-IBDAL DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI Al-Ibdal atau menukarkan suatu huruf kepada huruf yang lain adalah merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani. Al-Ibdal ialah menggantikan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Perlu diketahui bahawa huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali, tetapi sebaliknya yang dibaca adalah huruf asal yang digantikannya.Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm Uthmani, huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu: (a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw. (b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya’. (c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif. (d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah kepada huruf Ta’ al-Maftuhah. (e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif. (a) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Waw Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Alif akan diibdalkan kepada huruf Waw pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah:

8

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

1. Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu:

(b) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Ya' Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Alif pula akan diibdalkan kepada huruf Ya' pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu ialah: 1. Apabila Alif terletak di hujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan dhamir (ganti nama) Contohnya seperti:

(c) Ibdal Huruf Nun Kepada Huruf Alif Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Nun akan diibdalkan kepada huruf Alif pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu ialah: Huruf Nun Tawkid Khafiyyah pada dua kalimah berikut:

(d) Ibdal Huruf Ta' Al-Marbutah Kepada Ta' Almaftuhah Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta' al-Marbutah akan diibdalkan kepada huruf Ta' al-Maftuhah pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah: 1. Semua kalimah ditulis dengan Ta' al-Marbutah melainkan pada tujuh tempat iaitu:

dalam al-Quran yang ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah

9

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

(e) Ibdal Huruf Thulathi Waw Kepada Huruf Alif Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah Waw akan diibdalkan kepada huruf Alif pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah:

Melainkan pada enam kalimah yang tetap ditulis dengan huruf Ya'. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu iaitu:

3.4 KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI Al-Wasl atau disebut juga sebagai al-Mausul ialah menulis sesuatu kalimah serta menyambungkan dengan kalimah yang selepasnya, dan al-Fasl atau disebut juga sebagai al-Maqtu' pula ialah menulis sesuatu kalimah serta memisahkan dengan kalimah yang selepasnya. Dua istilah tersebut adalah merupakan salah satu dari kaedah penulisan Rasm Uthmani. Kaedah penulisan ini hanya berlaku pada beberapa kalimah yang tertentu sahaja dalam mushaf-mushaf Uthmaniah. Secara keseluruhannya al-Wasl dan al-Fasl yang terdapat dalam mushaf-mushaf Uthmaniah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: (a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah. (b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah. (c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung atau berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah. (d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan bersambung atau berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.

10

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

BAHAGIAN AL-WASL DAN AL-FASL (a) Kalimah yang Ditulis Bersambung dalam Semua Mushaf Uthmaniah Ditulis dengan bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah berikut: 1. Semua Ya’ al-Nida’ dengan kalimah yang selepasnya seperti:

(b) Kalimah yang Ditulis Berpisah dalam Semua Mushaf Uthmaniah Ditulis dengan berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah berikut: 1. Kalimah dengan pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu:

(c)Kalimah yang Berbeza Bentuk Penulisannya dalam Mushaf-mushaf Uthmaniah Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang berbeza cara penulisannya di mana ia akan bersambung pada sebahagian tempat, tetapi akan bercerai pula pada sebahagian tempat yang lain. 1. Kebanyakannya Ditulis dengan Bersambung (a) Kalimah dengan seperti:

(d)Kalimah yang Harus Ditulis Sama Ada Bersambung atau Berpisah dalam Semua Mushaf Uthmaniah Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang harus ditulis sama ada dengan bersambung atau berpisah. Ini bermaksud bahawa kalimah-kalimah tersebut harus ditulis 11

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

dalam semua mushaf Uthmaniah dengan menggunakan salah satu atau mana-mana cara tersebut. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah: 1. Kalimah dengan pada sepuluh tempat dalam al-Quran iaitu:

3.5 KAEDAH AL-HAMZ DALAM AL-QURAN RASM UTHMANI Kaedah al-Hamz atau penulisan huruf Hamzah adalah merupakan salah satu dari enam kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani. Sekiranya kaedah tersebut dibuat perbandingan dengan Rasm Qiyasi, maka kita akan dapati bahawa kaedahnya begitu berbeza sekali, di mana ia ditulis dengan bentuk yang berbeza-beza antara satu sama lain. Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan atau rumah Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan rasm yang sebenarnya. Perkara ini perlu diperjelaskan terlebih dahulu kerana ramai yang beranggapan bahawa perkara yang dibahaskan berkaitan dengan huruf Hamzah ini adalah tandanya iaitu sama ada berbentuk huruf sad kecil ataupun kepala huruf Ain , sedangkan perkara yang dibahaskan

dalam Rasm Uthmani adalah berkaitan surah (rumahnya). BAHAGIAN HAMZAH Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. Hamzah al-Wasl Iaitu huruf Hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-kalimah tertentu. Ia hanya dibaca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk huruf Alif. Contohmya seperti 2. Hamzah al-Qat' Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun di hujung 12

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya ataupun menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya. Contohnya seperti Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Qata' ini ditulis dalam bentuk yang berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf Ya'. 1.KAEDAH PENULISAN HAMZAH AL-WASL Dalam al-Quran Rasm Uthmani, Hamzah al-Wasl itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sama ada dikekalkan ataupun dibuang bentuknya. Apabila bentuknya dikekalkan, maka ia ditulis dengan surah huruf Alif seperti Kalimah dan sebagainya.

Akan tetapi terdapat juga beberapa keadaan di mana surah Hamzah al-Wasl itu perlu dibuang. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu iaitu: 1. Hamzah al-Wasl yang terletak pada Fa' Kalimah (Fa' al-Fi'il)

2.KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH AL-QAT'I Dalam mashaf-mashaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf Hamzah tersebut adalah berbeza antara satu sama lain. Ia berpandukan kepada kedudukannya sama ada ia terletak di permulaan kalimah atau di pertengahannya ataupun di hujung. Penjelasan mengenainya adalah seperti berikut: 1. Huruf Hamzah di Pangkal Kalimah Semua huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim (kata nama), fi'il (kata perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif (berumahkan huruf Alif), sama ada ketika ia fathah, kasrah atau dammah. Contohnya seperti:

2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah Huruf Hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama lain:

13

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

(a) Sekiranya Hamzah itu fathah dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun, maka ia ditulis tanpa surah. Contohnya seperti:

Melainkan tiga kalimah yang ditulis dengan surah iaitu:

1.

(Al-Najm: 47)

2.

(Al-Rum: 10)

3. (Al-Ahzab: 20) Huruf Hamzah di Hujung Kalimah Huruf Hamzah yang terletak di hujung kalimah juga berbeza cara penulisannya di antara satu sama lain. (a) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu kasrah, ia ditulis dengan surah Ya’. Contohnya seperti:

3.6 KAEDAH MA FIH QIRA'ATAANI DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI Kaedah yang terakhir dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani ialah sekiranya sesuatu kalimah itu mengandungi dua cara bacaan, maka ia ditulis berpandukan cara bacaan qiraat-qiraat yang tertentu. Kaedah ini secara tidak langsungnya akan menerangkan tentang perbezaan cara bacaan antara qurra' kerana terdapat perbezaan kaedah penulisan yang terjadi di antara mushafmushaf Uthmaniah itu di sebabkan perbezaan bacaan antara mereka. Perbezaan bacaan yang dibincangkan dalam perbahasan ini adalah tertumpu kepada Qurra' Sab'ah sahaja. Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: 1. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Bertepatan dengan Cara Bacaan

14

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

Kedua-duanya Terdapat beberapa kalimah yang harus dibaca dengan dua atau berbagai-bagai cara bacaan (qiraat). Kalimah-kalimah yang seumpama ini ditulis dalam semua mushaf Uthmaniah dengan satu bentuk yang sesuai dan harus dibaca oleh semua perbezaan qiraat yang berlaku. Contohnya seperti:

2. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berpandukan Salah Satu dari Keduanya (wajah yang lebih masyhur) Terdapat beberapa cara bacaan pada sesuatu kalimah dan ia ditulis dengan menggunakan salah satu bentuk yang lebih mashyur dan banyak digunakan oleh qiraat-qiraat yang mutawatirah. Contohnya seperti:

3. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berbeza-beza antara Mushaf Berpandukan kepada Cara Bacaannya Masing-masing Terdapat beberapa perbezaan bacaan yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah, dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi sesuatu qiraat tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain. Oleh itu ia ditulis pada sebahagian mushaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mushaf dengan kaedah yang lain berpandukan kepada cara bacaannya. Contohnya seperti:

15

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

4. HIKMAH ATAU RAHSIA DI SEBALIK PENGGUNAAN KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT. 4.1. HIKMAH-HIKMAH ATAU RAHSIA-RAHSIA KAEDAH ZIYADAH Selain daripada mempunyai mukjizat yang hanya diketahui Allah sahaja, huruf-huruf ziyadah juga dilihat mempunyai banyak keistimewaan. Para ulama berpendapat penambahan huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui baris asal sesuatu huruf terutamanya pada peringkat awal penulisan al-Quran tiada mempunyai sebarang baris. Antara contohnya ialah kalimah ditambah huruf ya selepas huruf

hamzah untuk menunjukkan hamzah sebelum ya berbaris kasrah. Selain dari itu ulama juga mendapati huruf-huruf ziyadah juga mempunyai makna-makna tertentu yang tersirat. Contohnya ialah; • Menunjukkan keagungan kekuasaan Allah yang tidak sesiapapun dapat menyamainya. Ia berlaku pada kalimah pada surah Azzariyat ayat 47 (rujuk di atas).

• Menunjukkan sifat yang keterlaluan seperti dalam ayat 6 surah Qalam yang membayangkan kegilaan kaum Musrikin yang keterlaluan. • Begitu juga pada ayat 119 surah Toha. Tambahan alif pada kalimah menunjukkan Nabi Yaakub adalah paling banyak mengingati nabi Yusuf. • Begitu juga kalimah dalam surah Syura ayat 30 menunjukkan banyak dan

berterusan kemaafan daripada Allah. 4.2.HIKMAH/RAHSIA HURUF-HURUF IBDAL Sememangnya terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal dalam Rasm Uthmani yang tidak mampu dikaji atau difikirkan oleh akal fikiran manusia. Sebagai contohnya, bagaimanakah akal kita boleh memikirkan tentang penukaran huruf 16

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

Ta' al-Marbutah kepada Ta' al-Maftuhah yang berlaku pada sebahagian kalimah dan sebagainya, sedangkan sebahagian kalimah yang seumpamanya tetap ditulis dengan Ta' al-Marbutah. Begitu juga, akal kita pasti tidak dapat memikirkan tentang hikmah perbezaan cara penulisan kalimah Antara hikmah-hikmah yang dimaksudkan ialah: 1. Huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal-usul sesuatu huruf. Contohnya seperti: yang ditulis dengan huruf Ya' pada

surah Ghafir, sedangkan kalimah yang sama dalam surah Yusuf ditulis dengan huruf Alif.

2. Sebahagian kalimah ditulis bersesuaian dengan berbagai-bagai cara bacaan yang diharuskan. Sebagai contohnya:

4.3.HIKMAH /RAHSIA YANG BERLAKU DARI KEPELBAGAIAN CARA PENULISAN YANG BERKAITAN DENGAN AL-WASL DAN AL-FASL Perbezaan cara tulisan sama ada dengan menyambung atau memisahkannya telah memberi kesan yang besar terhadap tiga perkara, iaitu: 1. Berkaitan Cara Bacaan Cara bacaan bagi semua qurra' akan berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan kalimah-kalimah tertentu. Sebagai contohnya, kalimah Allah s.w.t. dengan pada firman

, sekiranya kalimah tersebut ditulis ,

dengan bersambung, ketika bacaan waqaf para qurra' mestilah berhenti pada kalimah

tetapi sekiranya ia ditulis dengan berpisah, ketika bacaan waqaf para qurra' boleh

17

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

memilih sama ada berhenti pada kalimah 2. Berkaitan Maksud Kalimah

ataupun kalimah

. Begitulah juga yang

berlaku pada kalimah-kalimah yang seumpamanya. Maksud sesuatu kalimah yang ditulis dengan bersambung juga kadang-kadang akan berbeza apabila ia ditulis dengan berpisah. Contohnya seperti kalimah yang ditulis dengan bersambung pada firman Allah s.a.w. dengan ia

bermaksud "atau siapa", tetapi sekiranya ditulis dengan berpisah pada firman Allah s.w.t. , ia pula bermaksud "bahkan". Begitulah juga berlaku pada kalimah-kalimah yang seumpamanya. 3. Berkaitan Hukum Tajwid Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah itu juga pada kebiasaannya akan berubah dengan sebab perbezaan cara tulisan yang melibatkan bersambung atau berpisah. Sebagai contohnya kalimah dengan , sekiranya ditulis dengan bersambung jadilah hukumnya Idgham Bi Ghunnah Musyaddad, tetapi sekiranya berpisah hukumnya akan bertukar kepada Idgham Mithlaini Saghir. Begitu juga kalimah dengan ,

sekiranya ditulis dengan bersambung jadilah hukumnya Idgham Bi Ghunnah Musyaddad, tetapi sekiranya dipisahkan hukumnya akan bertukar kepada Idgham Maal Ghunnah. 4.4.HIKMAH/RAHSIA KAEDAH PENULISAN HAMZAH Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan huruf Hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia. Oleh kerana ia adalah tauqifi daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama, maka kita wajib menerimanya sebagai wahyu daripada Allah s.w.t. sebagaimana firmannya:

Maksudnya: “Dan tidaklah (Muhammad s.a.w.) itu melafazkan sesuatu hanya mengikut hawa nafsu semata-mata. Semuanya tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Ia diajarkan oleh yang sangat perkasa (Jibril a.s.).”

18

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

Salah satu hikmah yang tersurat dari kepelbagaian bentuk-bentuk penulisannya ialah kalimah-kalimah tersebut harus dibaca dengan berbagai-bagai wajah qiraat. Sebagai contohnya:

4.5 HIKMAH/RAHSIA YANG BOLEH DIPEROLEHI DARI KAEDAH MA FIHI QIRA'ATAANI DALAM RASM UTHMANI Terdapat berbagai-bagai keistimewaan yang terdapat dari kaedah ini,antaranya: 1. Merupakan satu kaedah penulisan yang sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat yang mutawatirah. Sebagai contohnya kalimah yang terdapat dalam surah al-

Fatihah, ia ditulis dalam semua mushaf Uthmaniah dengan tanpa Alif selepas Mim supaya ia sesuai dibaca oleh dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan panjang (2 harakat) ataupun pendek. Kalimah dalam surah al-Furqan pula ditulis dalam semua

mushaf Uthmaniah dengan tanpa Alif selepas Ra' supaya ia juga sesuai dibaca oleh dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan panjang (bacaan mufrad) ataupun pendek (bacaan jama'). Begitu juga pada banyak contoh yang lain. 2. Ia ditulis berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan qiraat. Hal ini berlaku apabila sesuatu qiraat itu harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja iaitu bentuk yang asal, tanpa perlu diubah kepada suatu bentuk yang lain dan bentuk itu memungkinkan dibaca dengan berbagai-bagai qiraat. Sebagai contohnya kalimah dalam al-Quran yang ditulis dengan huruf Sad pada semua mushaf Uthmaniah, tetapi bacaannya harus dibaca dengan Sad atau dengan Sin ataupun dengan huruf Zai yang diisymamkan. Kalimah dalam surah al-Baqarah juga ditulis dengan huruf

19

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

Sad pada semua mushaf Uthmaniah, tetapi ia harus dibaca dengan Sad ataupun dengan Sin.

5. PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI Hukum mempelajarinya adalah Fardu kifayah. Ianya satu keperluan, di mana ia dapat menentukan cara menulis sesuatu kalimah contohnya huruf Ta’ ditulis dengan Ta’ maftuhah atau Ta’ marbutoh. Rasm Uthmani sangat penting dipelajari dan dikaji khususnya apabila kita hendak menulis dan membaca kitab suci Al-Quran kerana ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran, ini kerana sekiranya dengan penulisan kita dapat membaca apa yang kita tulis. Bayangkan jikalau tulisan sesuatu kalimah atau lafaz salah, sudah tentu bacaannya juga salah. Perlu diingat bahawa penulisan betul adalah perkara penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah. Hukum Menggunakan Penulisan Al-Quran dengan Rasm Uthmani Ulama berbeza pendapat adakah kaum Muslimin diwajibkan mengikuti rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran apakah dibolehkan menulisnya dengan rasm Imlai. Ulama yang mengakui bahawa rasm Uthmani bersifat tauqifi berpendapat wajib mengikuti rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Sehubungan dengan itu Ahmad Ibn Hambal menyatakan “haram hukumnya menyalahi rasm Uthmani seperti dalam hal penulisan huruf “ya” atau “alif” atau “wau” manakala Imam Malik ketika ditanya “bolehkah al Quran di tulis dalam bentuk penulisan gaya baru? Beliau menjawab “tidak boleh dan mesti mengikut bentuk penulisan yang pertama kali”. Ulama yang tidak mengakui bahawa rasm Uthmani itu bersifat taqifi berpendapat “tidak mesti kita mengikut rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Dengan mudah ia bermaksud dibolehkan kita menulisnya dengan rasm imlai. Mereka menyandarkan pendapat tersebut berdasarkan ungkapan Sheikh Labib al-Saed dalam bukunya “AlJam’al al-Sauti al-Awwali li al-Quran al-Karim”

20

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

Yang bermaksud: ”Sesungguh bentuk dan format penulisan tidak lain melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda atau simbol-simbol. Jadi bentuk serta format tulisan alQuran yang menggambarkan atau menunjukkan arah bacaan yang tepat, dapat benarkan. Manakala rasm Uthmani yang berbeza dengan rasm imlai sebagaimana yang dikenali menyusahkan orang awam juga mengakibatkan kesusahan dan kekeliruan dalam pembacaan.” Ada pula sebahagian pendapat yang lebih selektif. Mereka berpendapat wajib ditulis dengan rasm imlai dalam penulisan al-Quran yang diperuntukkan bagi orang awam. Namun begitu penulisan dengan rasm ‘Uthmani juga wajib dipelihara dan dilazimkan sebagai warisan yang sangat berharga. Sehubungan dengan pendapat ini Sheikh alZarqani menyatakan ungkapannya seperti berikut;

Yang bermaksud: “pendapat ini dimaksudkan untuk memelihara ketulenan al-Quran dari dua aspek. Pertama: berupa penulisan al-Quran dengan bentuk penulisan seperti yang dikenali agar kaum Muslimin terhindar daripada kekeliruan dan kesalahan ketika membacanya. Kedua: usaha penyelarasan al-Quran dengan Rasmnya yang asal ditentukan bagi kaum Muslimin yang tidak dikhuatirkan terjadi kekeliruan dalam bacaannya”. Pendapat yang Rojih (Terpilih) Pendapat terpilih yang menenang hati ialah pendapat Jumhur yang mengakui bahawa penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya. Dr Yusuf al-Qardhawi dalam kitab “fatawa al-Maashirah” menerima dan mempertahankan pendapat ini secara panjang lebar;

21

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

• •

Umat Islam sejak dari Zaman Saidina Uthman menerima mushaf yang ditulis ketika itu. Ia ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid. Umat Islam juga bersepakat mashaf ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis tidakdiubah atau ditukar meskipun cara penulisan sekarang sudah berkembang dan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan yang perlu yang tidak merubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini merangkumi dari segi titik-titik huruf dan baris-baris.

Mashaf ini kekal hingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah sebagai langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran dari sebarang perubahan yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara tersilap atau disengajakan.

• •

Huruf-huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua bunyi-bunyi huruf Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to. Mungkin ada sebahagian orang menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan dengan meletakkan tanda-tanda khas seperti yang diletakkan oleh para orientalis untuk membezakan bunyi-bunyi huruf Latin yang tidak mempunyai huruf khas. Walau bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh berlaku kepada orang yang sudah mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi hurufnya secara tepat.

Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan dan bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga “tanwin” bagaimanakah bunyi ketika disambung (wasal) dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa Marbutoh adalah lain dengan tanwin dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah seterusnya ia hanya dapat dikuasai melalui latihan. Selain daripada sokongan ini terdapat persidangan ulama sedunia yang turut

mengakui kenyataan di atas. Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah pertama “majmak Buhuth Islamih” (Majlis Kajian Islam) Universiti al-Azhar Mesir dalam persingan keenamnya pada 30 Muharram 1391H, “haiah Kibar Ulama” (kesatuan ulama Besar) Arab Saudi pada penetapan n0: 71 bertarikh 21 Syawal 1399H dan ketiga “Majmak Fiqh Islami” (majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam Islami (Liga Islam sedunia) Riyadh menetapkan bahawa;

22

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

• •

Mengekalkan penulisan al-Quran secara rasm Uthmani sahaja bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dalam penulisannya. Mengekalkan al-Quran yang ditulis dengan kaedah rasm Uthmani sahaja kerana ia adalah satu sunnah para sahabat yang diambil daripada Rasulullah bertepatan dengan hadis “alaikum bisunnati...”.

Mengelakkan penulisan rasm Uthmani dan mengikut penulisan rasm Imlai dengan tujuan memudahkan bacaan akan membawa kepada pertukaran atau penambahan huruf al-Quran tanpa disedari.

Membiarkan

al-Quran

tanpa

piawaian

penulisan

yang

tetap

akan

mendedahkannya kepada pihak yang mahu menulisnya melalui perantaraan kaedah-kaedah lain yang pasti akan merosakkan keaslian bacaan. • • Semua bentuk bacaan adalah perkara yang diambil daripada Nabi s.a.w bukan melalui sesuatu fatwa. Membiarkan al-Quran tanpa piawaian penulisan yang tetap akan mendedahkannya kepada pihak yang mahu menulisnya melalui perantaraan kaedah-kaedah lain yang pasti akan merosakkan keaslian bacaan. • Semua bentuk bacaan adalah perkara yang diambil daripada Nabi s.a.w bukan melalui sesuatu fatwa.

23

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

6. PENUTUP

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ianya dipelihara, dikawal dan dijaga sama ada dalam bentuk lisan dan bentuk penulisan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui Malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama’ telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran yang disebut kaedah Rasm Uthmani. Sekiranya kaedah ini bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah tentu kaedah ini tidak diguna pakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang bermukjizat ini. Di sini dapatlah dirumuskan bahawa kaedah tersebut amat unik dan terdapat banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya. Tanpa mengetahui sejarah dan kaedah penulisan al-Quran, pasti berlaku kesilapan sewaktu mentelaah kalam Allah s.w.t. itu. Meskipun al-Quran yang dibuku dan dicetak di seluruh dunia mempunyai beberapa kaedah penulisan, namun hanya yang menggunakan kaedah rasm Uthmani yang diiktiraf jumhur ulama’ kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan di sebalik kemukjizatan yang teragung..

24

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

7. RUJUKAN

1. Ahmad Kamarudin Ibrahim,(2009), Rasm Al-Uthmani, Meteor Doc. Sdn. Bhd. 2. Badaruddin Mohd b Abdullah Al-Zarkasyi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut dar al Makrifah. 3. Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran Rasm Uthmani dan Kelebihannya, Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 4. Husni Sheikh Uthman, Haqq at-Tilawah, al-Urdun, Maktabah al-Manar. 5. Jawdah,Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi,(2000), Thamar al-Jinan Fi Afnan Min Ulum al-Quran, Egypt. 6. Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004), Buku Panduan Rasm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 7. Maulana Abdullah Yusuf Ali, (2001), Al-Quranul Karim Terjemahan dan Huraian - Maksud Jilid 1, DBP Kuala Lumpur. 8. Muhammad Firdaus Nurul Huda, (2006), Ensiklopedia Asas Fardhu Ain,

25

Amiruddin Mohd Saleh SMP / OUM SEM MEI 2009

Crescent News KL Sdn. Bhd. 9. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp=2007=bicara 10. http://kualalangat.net/zakaria/2009/02/02/kelebihan-rasmuthmani

26

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->