You are on page 1of 36

Power Supply

Switch ON/OFF

Litar didalam
Power Connector ke Motherboard

The two "AT style" power connectors, P8 (left) and P9.


On the PC/XT, pin #2 of P8 is left unconnected.

Pemasangan kabel kuasa, untuk kabel P8 dan P9,


kabel warna hitam mesti bersebelah dengan kabel
hitam.

Ini merupakan kabel kuasa untuk motherboard ATX


Drive Power Connector

Penyambung ini untuk kegunaan CDROM dan Cakera Keras (Hard Disk)
Penyambung ini untuk Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Sekiranya penyambung tidak cukup, kita boleh menggunakan penyambung seperti


diatas.

Ini merupakan penyambung untuk menukar dari penyambung jenis besar kepada kecil.

Power Supply FAN


Power Supply Form Factor
Typical
Match to
Form Dimensions Usual Motherboard Match to Case Form
Motherboard
Factor (W x D x H, Style(s) Connectors Factor
Form Factor
mm)

PC/XT 222 x 142 x 120 Desktop AT Style PC/XT PC/XT

Desktop or
AT 213 x 150 x 150 AT Style AT AT, Baby AT
Tower

Desktop or Baby AT, AT, AT/ATX AT, Baby AT, AT/ATX


Baby AT 165 x 150 x 150 AT Style
Tower Combo Combo

LPX, some Baby AT, LPX, AT, Baby AT,


LPX 150 x 140 x 86 Desktop AT Style
AT/ATX Combo AT/ATX Combo

ATX, Mini-ATX,
ATX, Mini-ATX,
Desktop or Extended ATX, NLX,
ATX/NLX 150 x 140 x 86 ATX Style Extended ATX, NLX,
Tower microATX, AT/ATX
microATX, FlexATX
Combo

100 x 125 x 63.5 Desktop or microATX, FlexATX, microATX, FlexATX,


SFX ATX Style
* Tower ATX, Mini-ATX, NLX ATX, Mini-ATX, NLX

150 x 230 x 86
(single fan)
WTX Tower WTX Style WTX WTX
224 x 230 x 86
(double fan)
Report Abuse « Previous | Top 100 |
Search: The Web Tripod
Next »

share: del.icio.us
Select Rating | digg | reddit |
furl | facebook

Perkakasan Komputer

Aksesori Papan Induk


Semasa mendapatkan papan induk, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan. Papan induk yang tidak
ada VGA dan audio dibina di dalamnya (built-in), kabel penyambung VGA (.4) dan audio (7) tidak akan
diberi. Sesetengah pengeluar membekalkan kabel port permainan yang berasingan seperti gambar (B) di
bawah. Senarai penuh perkakasan seperti berikut:

  Papan induk dan manual.

  Kabel-kabel reben cakera keras 40 pin (1) dan pemacu cakera liut 34 pin
  Kabel reben penyambung VGA (sekiranya kad jenis bina dalam).

  Kabel reben penyambung audio (sekiranya kad jenis bina dalam) dan port
permainan atau kabel penyambung port permainan sahaja.

  Kabel reben penyambung COM1, COM2 (1) dan LPT1 (1).

  Cakera padat (CD) atau disket untuk pemacu VGA dan audio (sekiranya kad-kad
berkenaan jenis bina dalam).

  Kad modem kecil dengan slot tambahan CNR (Communication Network Riser) di
papan induk sekiranya ada kemudahan itu.
Pilihan 'ATX Form Card'
Kad A di atas mempunyai satu port 'infrared'
(IR), satu port untuk tetikus PS/2 dan 2 port
USB.
Kad 'ATX Form' harus dibeli berasingan dan
pastikan sambungan ATX ada dipapaninduk.

LAN Network Adapter


Extension
Kad B di atas dari jenis kad rangkaian (LAN
Network Adapter Extension Bracket) dan harus
dibeli berasingan. Pastikan juga papan induk
ada sarnbungan berkenaan.
Contoh papan induk ATX Slot 1 dan Socket 370 untuk kebanyakan CPU jenis Intel. Papan induk Slot 1
sudah agak berkurangan kini.

Kelebihan papan induk ATX


Papan induk ATX boleh dihidupkan melalui papan kekunci, tetikus dan panggilan masuk dari
modem, yang boleh disetkan di paparan CMOS setup.

Jenis-jenis Papan Induk


Ada berbagai-bagai jenis papan induk boleh dipilih
dan dibina menjadi sebuah komputer klon.
Kebanyakan papan induk kini dalam bentuk ATX
dan Celeron Baru dipaparkan di atas sebagai
panduan. Papan induk Socket 7, Super 7, Slot A
dan Slot 1 akan pupus atau sudah pun pupus
kerana kesukaran mendapatkannya. Papan induk
dengan huruf V, S, M dan L menunjukkan pada
komponen dibina di dalam papan induk berkenaan.
Huruf V bererti kad video, S bererti kad
bunyi (sound), M bererti kad modem dan L bererti
kad network (Line) atau kad rangkaian.

Jenama-jenama papan induk klon yang popular


seperti Abit, Asus, MSI, Intel, Apollo, Gigabyte
dan lain-lain lagi.

CPU
Prosesor atau CPU yang pertama dicipta Intel pada tahun 1971, mempuryai 2,300
transistor dan dipanggil cip 4004. Kelajuannya pada ketika itu ialah 108KHz. Setelah
tiga dekad, kini Intel harus berbangga dengan CPU Pentium 4 yang mempunyai lebih
28 juta transistor dan berkelajuan melebehi 1GHz, Jenama-jenama CPU yang
popular terdiri dari Intel dan AMD. CPU dibina dan direka untuk papan induk yang
dikhaskan untuknya.. CPU Intel Celeron semasa mula dikeluarkan menggunakan Slot
I tetapi ditukar ke Socket 370 dengan kelajuan CPU dari 366Mhz hingga 800MHz.
Pentium II dan III juga mengikut CPU Celeron iaitu dari Slot 1 ke Socket 370. Terkini
prosesor Pentium 4 dicipta untuk papan induk Socket 423 dan Socket 478 bagi
menyokong RAM yang berbeza.

AMD menggunakan Super 7 menandingi Slot I dari segi kelajuan dan harga. Terkini,
AMD mengeluarkan CPU bernama Athlon dan Duron yang menggunakan Socket A
untuk menyaingi Intel. Kelajuan prosesor sebenarnya dirujuk pada kelajuan
informasi diproses dalam cip tersebut dan tentunya lebih laju lebih baik. Kelajuan
sesebuah komputer tidak bergantung pada kelajuan CPU sahaia tetapi komponen-
komponen seperti jumlah RAM kad graflk, kelajuan bas papan induk, kelajuan
memori, jumlah RAM dan jenis sambungan cakera keras harus diambil kira.
Sekiranya salah satu komponen tidak sesuai, umpamanya kelajuan 133MHz untuk
penghantaran data antara CPU dan RAM, tetapi memori yang digunakan yang
dipanggil 100MHz, maka ini akan mengakibatkan satu suasana 'bottle-neck' dan
sistem sesak.
CPU atau Pemproses (Kotak dan tray)
Apa gunanya CPU?

CPU (central processing unit) adalah sebuah cip yang bertindak sebagai pusat memproses segala data
dalam komputer dan kelajuannya menjadi idaman setiap insan IT.

Kelebihan CPU masa kini, ia mempunyai cache aras 1 terbina di dalamnya. Operasi komputer agak laju
dengan tambahan cache ini dan dengan itu sekiranya lagi banyak jumlah cache lagi baik sesebuah komputer
itu. Sebagai contoh, cache bagi CPU Intel Celeron 333MHz adalah sebanyak 128Kb. Biasanya maklumat
cache ini boleh didapati di kotak CPU atau dari senarai yang dikeluarkan oleh syarikat CPU itu dan juga di
laman Web syarikat berkenaan.

Terdapat CPU yang dijual tanpa kotak (tray), biasanya dibekalkan kepada wakil
penjual (dealer) untuk penjimatan kos. Harga CPU agak murah kerana tiada
bungkusan yang terlibat.

CPU direka dengan jenis socket (papan induk) yang bersesuaian untuknya. Socket 3 dalam rajah 2
digunakan untuk CPU 486 yang sudah pupus kecuali mungkin masih digunakan di rumah-rumah.

Cara-cara pemasangan CPU Pentium dan CPU AMD . hampir sama dan antaranya tidak boleh ditukar
ganti. CPU Pentium 4 umpamanya, menggunakan papan induk Socket 423 dengan RAM Rambus dan
terakhir Papan induk Socket 478 direka untuk Pentium 4 dengan rnemori SDRAM yang berharga dan
berprestasi sederhana. CPU AMD Athlon dan Duron menggunakan papan induk Socket A.

CPU Intel dan AMD


Dua syarikat gergasi pembekal CPU menyaingi antara satu sama lain untuk mengeluarkan barisan CPU
paling mantap dan canggih. Setiap keluaran ditambah ciri-ciri kelebihan mengira arahan secepat yang
mungkin dan ukuran senipis-nipis yang boleh bagi menambah jutaan transistor, mengurangkan penggunaan
kuasa elektrik , dan secara automatic mengurangkan haba.

Intel menggunakan rutin optimisasi (optimisation) multimedia MMX dan SSE2 sementara CPU AMD
dengan 3Dnow. Program-program yang mengguna MMX dan SSE2 akan menampakkan penggunaan yang
optimum dengan komputer yang berasaskan CPU Intel. Begitu juga program-program yang menggunakan
3Dnow, tentunya komputer dengan CPU AMD akan mencapai satu tahap yang terbaik.

Untuk membina sebuah komputer, pemilihan CPU agak kritikal. Intel mengeluarkan CPU seperti Celeron,
Pentium III dan Pentium 4 (P4) untuk taburan pengguna-penggunanya pelbagai peringkat. Celeron
biasanya untuk pengguna biasa, Pentium III untuk pengguna pertengahan dan P4 untuk pengguna kuasa
(power user). CPU AMD Duron dan Athlon untuk satu kelas pengguna biasa dan satu lagi pengguna kuasa.
Celeron bolehlah digandingkan dengan Duron dari segi prestasi dan P4 dengan Athlon iaitu sama kuat dan
padan mengikut CPU pada peringkat masing-masing. Dari segi harga, AMD agak rendah sehingga hampir
10 peratus bezanya berbanding Intel.

Terpulang kepada individu memilih CPU yang berkenan di hati atas dasar tujuan komputer digunakan dan
modal yang ada. Harus diingat CPU saja tidak memberi kelajuan sebenar, ia bergantung kepada
keseluruhan sistem dari segi perkakasan dan sistem operasi. Sekiranya RAM yang digunakan sedikit dan
kad grafik bertaraf rendah, sistem tidak akan beroperasi secara optimum.

Papan induk memainkan peranan penting terutama cipset yang digunakan. Cipset akan menentukan jenis
RAM yang boleh digunakan, tahap kelajuan bas (FSB) dan sebagainya. Pilihan perkakasan harus serasi
dan sesuai terutama di antara CPU, papan induk, PAM dan sebagainya. Senarai papan induk dan CPU
dipaparkan di mukasurat seterusnya, CPU dalam warna kelabu menun'ukkan keluaran yang terbaru atau
masih terdapat di pasaran.

Senarai papan induk yang pernah muncul di persada IT satu ketika dulu bertukar berganti mengikut
peredaran masa. Walaupun sesetengah papan induk dan CPU di bawah masih digunakan di rumah-rumah,
sukar untuk mendapatkannya kini kecuali terselit dimana-mana.
* Tanda bintang dan laman kelabu rnenunjukkan senari papan induk dan CPU terkini iaitu maklumat pada
Sep200l.

FSB bermaksud Front Side Bus iaitu sistem bas untuk CPU dan memori (RAM) menyimpan dan
rnengambil data sepantas yang disetkan kepada CPU oleh pengeluar.

Kotak komputer (Casing)


Kotak komputer datang dalam beraneka bentuk untuk menampung pelt)agai jenis papan induk. Tujuan
sebenar kotak komputer urituk bagi melindungi perkakasan dari habuk, debu, benda-benda asing dan
sebagainya. Dua

bentuk kotak komputer yang ketara ialah AT dan ATX. Harga sebuah ketak komputer ATX lebih mahal
berbanding dengan kotak AT kerana hentuk penyambung yang baru serta saiznya agak lebar. Dalam
bekalan kuasa jenis baru ini juga terdapat penambahan voltan 3V.

Aksesori Kotak Komputer

Semasa mendapatkan kotak komputer, pastikan beberapa perkakasan dibekalkan seperti senarai di bawah.
Kotak komputer dengan bekalan kuasa 250 watt atau lebih
Kabel kuasa
4 lapik getah dan 4 plag kecil
Beberapa skru, penebat (insulator), nat berkaki dan plag plastik

Rajah di atas menunjukkan pandangan panel depan kotak komputer berbagai bentuk.

Ada berbagai-bagai jenis kotak komputer AT untuk dipilih mengikut kemahuan dan keadaan seperti
Desktop, Mini tower, Midi tower dan Midi tower. Terdapat satu lagi rekabentuk kotak komputer dipanggil
ATX yang amat popular, dikhaskan untuk papan induk jenis ATX juga. Bentuknya dalam golongan Mini,
Midi, Maxi dan Desktop. Biasanya kotak komputer ATX agak lebar bentuknya dan dibekalkan dengan
bekalan kuasa jenis ATX.
Diperhatikan tren kini, saiz kotak komputer semakin mengecil bagi menampung papan induk yang kian
padat. Kebaikan tren berkenaan, ia mengambil ruang yang kecil serta comel apabila dipandang.

Voltan yang digunakan di Malaysia ialah 240V AC dan mengiklit peratus antara +5% dan -10%, ia boleh
berligar dari 216 V AC hingga 252 V AC.

Jangan sesekali menukarkan ketetapan atau setting di belakang kotak bekalan kuasa kepada bacaan 112V
AC. Kebanyakan unit bekalan kuasa kini sudah menghapuskan pilihan ini.

Rajah A menunjukkan 4 lapik bawah kotak komputer. Rajah B dan C menunjukkan cara-cara pemasangan
lapik getah berkenaan.

Unit Bekalan kuasa AT dan ATX


Apa gunanya bekalan kuasa?
Seperti yang sedia maklum, bekalan kuasa perlu untuk menghidupkan komputer seperti juga petrol untuk
menjalankan kenderaan. Bekalan elektrik dinding tidak sesuai untuk sistem komputer yang memerlukan
bekalan kuasa bateri. Datang unit bekalan kuasa untuk menjadi wira menyelamatkan keadaan. Bekalan
kuasa untuk kornputer klon terbahagi kepada dua jenis iaitu AT dan ATX. la direka dalam satu kotak yang
berasingan dari perkakasan komputer untuk memudahkan pertukaran sekiranya ada kerosakan. Jangan
sesekali membuka unit bekalan kuasa semasa ia beroperasi. Kalau bekalan kuasa bermasalah dan diri
kurang yakin, beri kepada juruteknik yang berpengalaman untuk menguji dan memperbaikinya.

Fungsi bekalan kuasa komputer adalah untuk menukarkan voltan 240V AC (alternating current) kepada
+5V, -5V, +12V, -12V, +3.3V dan -3.3V DC (direct current). Voltan-voltan yang pelbagai jenis itu
disalurkan pada litar-litar elektronik untuk operasi. la juga membekalkan punca bagt mengstabilkan atau
mengaktifkan komputer seperti 'Power good' dan 'Power supply On'. Prosesor Pentium 4 terkini
memerlukan unit bekalan kuasa sekurang-kurangnya 300 watt dan datang dengan label ATX12V di atas
kotaknya. Perhatikan keadaan ini jika hendak membeli unit bekalan kuasa secara berasingan. Ia juga
dipanggil oleh para penjual komputer sebagai unit bekalan kuasa Pentium 4.

Kelebihan bekalan kuasa ATX


Output bekalan kuasa ATX mempunyai tambahan 3V untuk sesetengah litar-litar dalam papan induk ATX
berfungsi, yang tidak ada pada bekalan kuasa AT.

Sambungan kuasa P8 dan P9 untuk papan induk jenis AT. Terdapat antara tiga atau empat sambungan
kuasa seperti rajah A dan B dalam sesebuah kotak kornputer.

Sekiranya ingin menambah sambungan kuasa, dapatkan adapter khas seperti dalam rajah C di atas.
Sambungkan soket D ke plag B dan dua sambungan kuasa akan bertambah.

Sambungan-sambungan kuasa untuk papan induk jenis ATX berbeza dari AT. Suis kuasa pada kotak ATX
dipasang terus ke papan induk

Ada tiga bahagian operasi dalam unit bekalan kuasa iaitu transformer, rectifler dan filter.
Transformer: Ia menurunkan voltan 240V AC ke tiga cabang voltan iaitu 3V, 5V dan 12V AC. Voltan
output masih dalam gelombang AC.
Rectifier: Ia menukarkan voltan 3V, 5V dan 12V AC ke DC tetapi masih kurang stabil iaitu ada gelombang
halus sama seperti gelombang AC.
Filter: Ia menapis gelombang dan memberi satu arus DC yang bersih dan tidak bising untuk ketiga-tiga
voltan.

Nota:
Voltan +3.3V dan -3.3V hanya terdapat dalam kotak bekalan kuasa ATX sahaja.

Amaran
Jangan membuka penutup unit bekalan kuasa tanpa pengetahuan yang cukup. Sekiranya rosak, beri pada
juruteknik komputer yang berpengalaman atau tukar sahaja dengan yang baru.

RAM
Memory
RAM akronim bagi random access memory bertindak sebagai satu jenis memori dinamik (dynamic) bagi
CPU dapat menyimpan Data ringkas dan mengambilnya dengan cepat tanpa bantuan terus dari cakera
keras. Penyimpanan data di kad RAM bersifat sementara, bila komputer ditutup, semua maklumat akan
terpadam. Penggunaan ruang RAM dilakukar oleh sistem dan bukan pengguna.

SIMM (72 pin) bererti single in-line memory module iaitu sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil
SIMM RAM. RAM jenis EDO (extended data out) ini dilekatkan di slot SIMM di papan induk, biasanya
berpasangan iaitu 16MB dengan 16MB atau 32MB dengan 32MB.

DIMM (168 pin) bermaksud double in-line module, sebuah kad litar kecil memori yang dipanggil SDRAM
dan dilekatkan sendirian di slotnya. SDRAM datang dengan kapasiti 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan
256MB.

RAM kecil A dalam rajah di atas digunakan pada papan induk 286, 386 dan Pada sesetengah 486. Ia
mempunyai sebanyak 30 pin dan sekarang tidak dikeluarkan lagi atau dengan lain perkataan ia telah pupus.

RAM B yang kedua sama ada jenis Normal iaitu FPM (front page mode) atau EDO (extended data out)
mempunyai sebanyak 72 pin. RAM EDO digunakan untuk papan induk Pentium dan RAM FPM untuk
papan induk 486.

RAM C dipanggil SDRAM mempunyai sebanyak 168 pin, digunakan pada papan induk seperti Socket 370,
Slot 1 dan Pentium III. SDRAM ada beberapa jenis kelajuan seperti 66MHz, 100MHZ dan 133Mhz
mengikut sistem bas di papan induk. RAM 66MHz sudah tidak dikeluarkan lagi atau dikira sudah pupus.

RAM Terkini
Ada tiga jenis RAM atau memori sekarang ini iaitu SDRAM, DDR-DRAM dan RDRAM. Pemilihan RAM
harus bersesuaian dengan papan induk Yang hendak digunakan. Kemampuan BIOS dan cipset di papan
induk menentutkan jenis RAM yang serasi. Firmware (perisian tegar) BIOS ialah perisian kecil digunakan
semasa rutin startup, sentiasa diubah atau ditingkatkan oleh pengeluar bagi menampung pelbagai RAM
Yang kian canggih kini. Penerangan ketiga-tiga RAM tentang erti, kelajuan bas dan jenama seperti berikut:

SDRAM bererti synchronous dynamic RAM, terdapat pada kebanyakan papan induk Celeron dan Pentium
III. Dari segi harga ia paling murah di antara ketiga-tiga RAM dan sederhana semasa operasi. Kelajuan
bas RAM ialah 100MHZ (PC100) dan 133MHz (PC133). Kapasiti SDRAM, antaranya 64MB, 128MB dan
256MB. Jenama SDRAM Yang popular seperti Hitachi, Kingmax, Kingston dan Takei.
DDR-DRAM bererti double-data-rate synchronous dynamic RAM sebenarnya sambungan dari - SDRAM
tetapi dua kali ganda lebih laju. Ia mempunyai 184 pin dengan kelajuan penghantaran data sebanyak
1600Mbps bagi RAM PC1600 menggunakan detik memori (memory clock) 100MHZ dan 2100MBps bagi
RAM PC2100 dengan detik memori 133MHz. Papan induk harus mampu menyokong RAM jenis ini untuk
mendapatkan kebaikan RAM berkenaan, jika tidak ia beroperasi pada kadar biasa atau lebih teruk dari
SDRAM sendiri.

RDRAM bererti Rambus dynamic RAM, ia lebih mahal dari kedua-dua RAM di atas tetapi lebih laju dari
DDR-DRAM. Kelajuan bas RDRAM pada tahap 40OMHZ dan ia digurakan bersama CPU Pentium 4 (P4)
dengan papan induk Socket 423. Kini terdapat papan induk Socket 478 untuk CPU P4 bagi menyokong
SDRAM dan ini satu petanda baik. Jenama RDRAM seperti Micro, Samsung dan Kingmax dan berkapasiti
di antara 64MB hingga 128MB.

Cakera keras dan cakera liut


Apa pentingnya storan?

Sebuah komputer seharusnya mempunyai satu storan untuk ditempatkan sistem operasi, program-program
aplikasi, utiliti dan sebagainya. Di sinilah cakera keras memainkan peranannya sebagai satu storan yang
berwibawa.

Cakera keras
Cakera keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu pointer membaca,
menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya. Piring ini tersimpan di dalam satu bekas kejap
bagi mengelakkan dari debu, habuk, asap dan sebagainya.

Ciptaan canggih ini ada banyak kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya. Pertama, ia tidak
boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pergerakannya harus cermat. Kedua, semasa operasi, penutupan
yang mengejut boleh membantu menambah kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan
'bad sector' atau sektor rosak. Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga akhir
hayatnya. Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer
terutama dengan sistem operasi jenis Windows. Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis
musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini. Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan
memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi. Pencarian fail akan meniadi cepat dan boleh
memanjangkan umurnya. Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras. Keempat,
pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah kipas aksesori di
atas cakera keras untuk penyejukan yang padu.

Cakera liut atau disket


Satu lagi storan yang masih digunakan ialah cakera liut atau disket dan ia harus bekerja dengan pemacu
cakera liut. Cakera liut atau 'floppy disk' sekarang boleh dianggap kecil storannya jika dibandingkan
dengan storan lain. Walau bagaimanapun ia masih digunakan lagi untuk menyimpan . beberapa fail kecil
yang penting. Disket harus dijaga dengan cermat kerana ia mudah rosak. Perkara-perkara yang harus
diberi perhatian seperti elakkan dari sentuhan besi berani, dedahan tepat sinar matahari, debu, habuk rokok,
air, sentuhan jari di permukaan cakera dan timbunan sesuatu beban. Jika tidak digunakan, masukkan disket
ke dalam kotak asalnya.

Cakera keras
Apa yang hendak dicari pada cakera keras ialah muatan storan, kelajuan pusingan sesaat (rpm), kelajuan
kadar penghantaran (transfer rate) dan purata waktu cari (average seek time). Contoh rpm, transfer rate dan
average seek time cakera keras Seagate Medalist 3221 ialah 650 rpm, 3.5MB/s dan 11 millisec mengikut
susunan. Lagi tinggi bacaan rpm, lagi baik, dan tentunya bertambah mahal harganya. -Pengeluar-pengeluar
cakera keras yang popular ialah Seagate, Quantum, Maxtor, Fujitsu, Western Digital, Samsung dan lain-lain
lagi. Ada berbagai-bagai lagi jenis storan seperti pemacu LS-120, pita, Iomega 100MB dan 250MB tetapi
tidak akan dibincangkan di sini.

Pemacu cakera keras di atas dibuka untuk melihat komponen-komponen yang ada di dalamnya sebagai
demo sahaja. Ia tidak harus dibuka sama sekali.

Makna jargon ciri-ciri cakera keras seperti berikut:

RPM bermaksud pusingan seminit atau revolution per minute. Kelajuan cakera keras kini sama ada 5400
atau 7200 pusingan seminit (rpm). Dengan lain perkataan, lebih laju pusingan cakera keras lebih cepat
informasi dapat dicari.

Seek time bererti waktu diambil oleh kepala tulis dan baca tergerak (read/write head) ulang-alik dalam
mencari balapan (track) tepat di mana data disimpan.

Transfer rate bermaksud ukuran kelajuan cakera keras melakukan penghantaran data ke komputer.

IDE atau SCSI?


Ada dua IDE slot yang terdapat di atas papan induk untuk diletakkan perkakasan storan dan pemacu cakera
optik. Kabel reben 40 pin diperlukan untuk tugas itu. Ada dua jenis kelajuan cakera keras yang beraskan
IDE, iaitu UltraATA/66 dan UltraATA/100. Pemilihan cakera keras UltraATA/l00 disyorkan untuk
permainan komputer dan sebagainya, Kebanyakan papan induk sekarang sudah dilengkapi BIOS
menyokong antaramuka itu. Satu kabel reben khas yang dibekalkan bersama papan induk harus digunakan
untuk sambungan tersebut.

SCSI pula memerlukan satu kad antaramuka slot PCI untuk berfungsi dan keseluruhan sistemnya agak
mahal untuk pengguna rumah.
1 G (giga) bererti 1,000,000,000 (seribu juta) dan dalam kiraan komputer iaitu digit penduaan (binary
digit), I GB (gigabytes), ianya jadi 2 ganda 30 (2 X 2 sebanyak 30 kali) bersamaan 1,073,741,824 bait
(bytes) Satu bait

terdiri dari 8 bit. Satu bit pula bererti sama ada 0 atau I. Satu 'bait’ ialah satu huruf, angka atau aksara
(character).

Apa yang mengelirukan?


Kekeliruan bacaan jumlah bait cakera keras menjadi satu perkara yang selalu dibangkitkan. Contohnya,
sebuah cakera keras bermuatan 10.2GB oleh pengilang, hanya 9.54GB apabila dikesan oleh Windows. Apa
yang sebenarnya teriadi? Pengilang mendifinasikan 1MB sebagai 1,000,000 bait dan bagi fdisk pula yang
menggunakan sistem binary, jumlah bait sebanyak 1,048,576 tepat. Bila dibahagi 10.2GB iaitu
10,200,000,000 bait dengan 1,048,576 bait, akan menunjukkan 9.727GB saja. Apa yang dikesan oleh
Windows dianggap betul bila kehilangan bait selebihnya telah diambil oleh sektor but dan fail-fail sistem
FAT.
Pemacu cakera liut

Pemacu cakera liut


Pemacu cakera liut 1.44Mb memerlukan disket bila beroperasi sama ada untuk membaca, menulis dan
memadam. Kerosakan perkakasan berkenaan biasanya ia tidak boleh membaca disket dan harus dicuci
dengan cecair kimia khas yang boleh dibeli di kedai-kedai servis komputer. Kalau tidak berjaya,
sambungan kabel reben antara pemacu dan papan induk diperiksa sama ada ia tidak dimasukkan dengan
kemas. Periksa di Menu CMOS untuk memastikan pemacu cakera tidak di sekatkan dari beroperasi.
Sekiranya sudah habis ikhtiar, nampaknya pilihan terakhir mengantikannya dengan yang baru.

Penjagaan pemacu cakera liut

Cara #1
Satu atau dua titik cecair kimia seperti rajah di atas memadai untuk mencuci pemacu disket. Dapatkan
prom DOS, pilih pemacu A dan setelah masukkan disket pencuci, tekan Enter.

Cara # 2
Sekiranya sudah dalam Windows, klik ikon My Computer untuk dapatkan paparan senarai komponen
dalam sistem operasi, masukkan disket pencuci di pemacu A dan klik ikon berkenaan untuk ia beroperasi.

Dua perkakasan yang boleh dikaitkan dengan storan dalam komputer ialah cakera keras dan pemacu
disket. Muatan cakera keras kini antara 10GB hingga 30GB. Pemacu cakera liut masih setia dengan disket
tradisinya iaitu disket 1.44MB.

Cakera keras
Cakera keras dianggap sebagai sebuah storan yang mampu menyimpan sistem operasi dan seribu satu
perisian. la diukur dalam kiraan bait (byte) dan sebagai contoh 20GB bererti cakera keras berkenaan boleh
memuatkan sebanyak lebih kurang 20 ribu juta huruf, angka dan aksara.

Pemacu cakera liut atau pemacu cakera layut


Perkakasan kedua ialah pemacu cakera liut yang beroperasi bila ada cakera liut atau disket di dalamnya. la
sebenarnya bertindak sebagai satu Perkakasan untuk membaca dan menulis ke satu storan iaitu disket
1.44MB. Untuk keselamatan kandungan disket, penutup seak B dibuka bagi disket boleh dibaca tetapi tidak
boleh ditulis.

Bahasa komputer: Apa itu bit dan apa itu bait?


Komputer akan berkomunikasi dengan bahasa yang difahaminya iaitu bahasa digital. Litar logik yang
mengandungi kumpulan transistor akan mengeluarkan output 'On' dan 'Off seperti mentol yang menyala
dan padam. Keadaan 'On' atau 'Off ini dikira satu bit (binary digit) dalam bahasa komputer. Lapan bit akan
menjadi satu bait (byte) yang bererti satu huruf, angka dan aksara. Jumlah kombinasi lapan bit ini
mencapai sehingga 256 (2 ganda 8) dan dirujukkan kepada nilai ASCII akronim bagi American Standard
Code for Information Interchange.

Bit dan bait

Terdapat berbagai-bagai nama bait seperti KB (Kilobyte), MB (Megabyte), GB (Gigabyte) dan sebagainya,
1KB bererti 1024 bait, bukan 1000 bait mengikut kiraan biasa. Dalam binary, 1KB bila dikira 2 ganda 10
(2 X 2 sebanyak 10 kaii) akan menjadi 1024 bait. Dalam rajah di bawah, ditunjukkan senarai 1 bit
sehingga 1GB dan jumlah bait sebenar.

Memahami binary penting kerana kebanyakan perkakasan dalam komputer sedikit sebanyak akan
menyentuh mengenainya. Perkakasan seperti memori (RAM), RAM di kad video, storan cakera keras,
cakera padat (CD) dan cache di papan induk semuanya ada kaitan dengan bait dan harus diberi perhatian
mengenai kebaikannya. Contohnya, sebuah buku yang mempunyai 600,000,000 huruf, dengan mudah
diisikan ke dalam sebuah CD-R (cakera padat yang boleh merakam data) yang bermuatan 650 MB. Untuk
pengetahuan, kapasiti CD-R 650MB ialah 681,984,000 baits apabila ia direkodkan dalam format Mod-1
ISO 9660.
Kad video dan kad grafik

Apa pentingnya kad video?

Tanpa kad video dalam komputer, monitor secanggih manapun tidak akan berfungsi. Kad video
memainkan peranan yang penting dalam menghantar signal digital ke monitor. Kad video slot tambahan
mempunyai RAM tersendiri dan boleh memproses data mengikut cip yang terbina dalam kad tersebut. Ada
berbagai-bagai jenis kad video yang boleh dipilih kini. Kad video jenis slot ISA sudah tidak dikeluarkan
lagi, Tren sekarang, kad video dibina terus dalam papan induk. Cara ini menjimatkan kos kepada pengeluar
dan dimanfaat oleh pengguna biasa yang tidak memeriukan kecanggihan paparan. Permainan komputer
memerlukan kad grafik yang boleh mengeluarkan efek 3D (3 dimensi). 3D ialah paparan grafik yang
menampakkan emej secara blok dan seperti hidup. Kad jenis AGP (Accelerated Graphics Port) dan slot
AGP dibuat bagi melaksanakan hasrat pengguna yang inginkan paparan canggih dan kepantasan
penghantaran data graflk. Permainan 3D dapat dimainkan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
Terdapat berbagai-bagai jenis kad grafik untuk dipilih seperti kad grafik GeForce2 GTS atau GeForce2
Ultra dan lain-lain lagi, terpulang kepada kemampuan dan keperluan melaksanakan tugas.

Tiga aspek kad video yang harus diketahui iaitu ciri-ciri yang ada pada kad, 2D dan 3D. Ciri-ciri kad yang
dimaksudkan seperti ada output TV atau kemampuan menyunting rakaman video. 2D dikaitkan dengan
tugasan biasa yang dilakukan seperti membuka dokumen atau mempamerkan laman web. 3D pula
berkaitan permainan komputer 3 dimensi. Jumiah RAM di kad grafik harus diberi perhatian mengikut
tugasan yang hendak dilakukan. Kad graflk dengan RAM sebanyak 16MB memadai bagi menepati
permintaan program yang memerlukan kepantasan beroperasi. Kini setengah kad graflk diletakkan
sebanyak 128MB jenis DDR (double-data-rate) RAM untuk melaksanakan tugas berat itu.

Kad VGA slot tambahan ISA, PCI dan AGP

Kad video slot ISA sudah pupus. Kad video slot PCI mungkin mengikut jejak yang sama. Kini kad grafik
slot AGP paling popular dan semakin canggih. Kad grafik dengan RAM yang tinggi menjadi idaman setiap
pengguna yang berminat dengan permainan komputer dan kerja-kerja grafik berat dalam bentuk CD-ROM
atau disket.
Terdapat juga kad video bersepadu dalam papan induk bertujuan bagi menjimatkan kos. Kad video jenis
bina dalam akan berkongsi memori dan boleh menjejaskan sedikit operasi komputer. Sebagai contoh,
sekiranya komputer mempunyai RAM sebanyak 32MB, ia cuma akan tinggal 28MB saja untuk sistem dan
yang lainnya diambil oleh kad video iaitu sebanyak 4MB. Perkongsian RAM diset dalam CMOS Setup
semasa komputer dihidupkan.

Kad VGA bersepadu

Semasa membuat pembelian kad video atau kad VGA (video graphic adapter), pastikan dibekalkan manual
dan fail driver perkakasan sama ada dalam bentuk CD-ROM atau disket.

Papan induk yang mempunyai kad video bersepadu (intergrated), kabel sambungan khas dibekalkan seperti
dalam rajah .

Akhir sekaii, pastikan jenama kad seperti contoh gambar dalam bulatan 4. sama dengan disket atau CD-
ROM untuk pemasangan yang betul dan tepat nanti.

Monitor
Monitor dan radiasi
Monitor merupakan salah satu peranti output yang tidak boleh dipandang ringan. Pertama sekali harus
difikirkan tentang sinar radiasi yang dipancarkan. Bekerja dengan komputer tanpa berhenti rehat boleh
merosakkan mata si pengguna. Setelah sejam bekerja, ambil rehat 5 minit atau sekadarnya untuk kebaikan
diri. Guna filter monitor yang baik boleh meringankan sedikit keletihan mata. Monitor keluaran baru kini
kebanyakannya telah lulus ujian radiasi.

Apa itu sindrom carpel tunnel?


Bila tangan dan pergelangan tangan mula merasa sakit dan kebas, akibat bekerja berpanjangan dengan
komputer, itu tanda-tandanya mengalami sindrom carpel tunnel (carpel tunnel syndrome). Elakkan dari
berlakunya perkara ini dengan mengambil masa untuk rehat dan sekaligus boleh meredakan
ketegangan. walaupun papan kekunci dan tetikus menyumbangkan kepada sindrom berkenaan, monitor
juga terlibat secara langsung. Bebanan teknologi yang berterusan harus dikurangkan secara realistik. E-
mel, SMS, faks dan Internet dielakkan semasa rehat. Latihkan diri berhati-hati dengan aliran teknologi
yang boleh memakan diri.

CRT dan LCD


Monitor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor yang berasaskan LCD.
Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod (cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih
dikeluarkan dengan mutu yang bertambah baik dan canggih. Monitor LCD atau paparan kristal cecair
(liquid crystal display) pula baru diperkenal dan agak mahal harganya. Ada beberapa kelebihan monitor
LCD berbanding monitor CRT seperti tiada pancaran radiasi, kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak
memakan ruang yang besar dan amat comel sekali. Isu keserasian meniadi topik utama bila menggunakan
monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor masih dalam gelombang analog (analogue wave).
Monitor CRT memerlukan keadaan ini. Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu
cip dalam dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital. Di sinilah timbulnya masalah bila
pemproses grafik komputer dan monitor LCD tidak seimbang (synchronize), imej monitor menjadi kabur.
Hati-hati semasa membeli monitor LCD, dapatkan monitor dengan pemproses yang mampu memberi imej
yang tajam.

Ukuran monitor
Monitor datang dengan berbagai-bagai ukuran, antaranya 14" (14 inci), 15' 17" dan 21". Saiz monitor
untuk penggl-na rumah memadai clengan 15", melainkan mempunyai modal dan kecenderungan untuk
bermain permainan komputer atau mahu kepuasan melayari Internet. Monitor yang bersaiz besar, baik dari
segi resolusi dan piksel (pixel) atau elemen gambar. Pixel monitor dapat ditingkat sehingga 1024X768
piksel atau lebih tanpa masalah.

Resolusi dan kedalaman warna


Prestasi resolusi juga bergantung kepada jenis kad video yang digunakan. Juga selain resolusi, jumlah
kedalaman warna (color depth) sangat penting untuk prestasi sesebuah monitor. Contohnya, ada beberapa
warna iaitu 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color. 16-bit color bererti monitor
boleh mengeluarkan 2 ganda 16 (65,536) warna. Begitu juga bagi 24-bit color dan 32-bit color
memberikan jumlah warna yang paling cemerlang. Terpulang kepada kemampuan kad video dan monitor
untuk mengeluarkan resolusi dan warna yang dikehendaki. Untuk melayari laman web di Internet dan
untuk sesetengah permainan komputer, ukuran sekurang-kurangnya 256 color (8-bit color) dan resolusi 640
X 480 piksel (pixel) diperlukan.

Monitor CRT bercorak interlaced dan non-interlaced


Selain perkara di atas, ada dua corak (patern) tembakan elektron dalam monitor yang harus diambil kira.
Yang pertama, monitor bercorak interlaced dan kedua non-interlaced. Monitor interlaced menembakkan
elektron selang sebaris dalam monitor dan jenis non-interlaced pula setiap baris. Kadar refresh (vertical
frequency) pada monitor bererti kemampuan monitor membuat update pada skrin dalam sukatan misalnya
75Hz. 'Flicker' pada monitor tidak akan dapat dikesan oleh mata dalam sukatan ini. Kenapa sukatan Hz?
Hz atau nama penuhnya Hertz juga membawa maksud Pusingan sesaat (cycle per second). Sebagai contoh,
apa yang sebenarnya berlaku, mentol menyala dan padam setiap masa kerana mengikut gelombang arus
elektrik turun naik. Didapati 50 pusingan sesaat atau 50Hz adalah ukuran yang paling sesuai bagi mata
tidak dapat rnengesan flicker dan ia diterima sebagai satu sukatan standard. Ukuran khas untuk mentol ini
jika tidak betul boleh membuat pengguna merasa pening dan tidak selesa.

Dot pitch
Satu lagi perkara yang harus diambil kira ialah dot pitch pada monitor. Dot pitch bermaksud ukuran emej
tajam dalam kiraan mm (millimeter). Biasanya bacaan kecil bermakna emej yang halus dan tajam. Dot
pitch pada setiap monitor tidak boleh diubah kerana la disetkan semasa dalam proses pembuatan. Dot pitch
0.28mm boleh diterima sebagai yang terbaik, walaupun ada monitor dengan bacaan yang lebih rendah lagi
dan tentunya mahal. Contoh spesifikasi teknikal monitor dari manual yang dibekalkan.
Monitor mana pilihan hati?

Akhir sekali untuk memilih monitor, cari yang berukuran 17" ke atas serta panel leper (flat), pastinya tidak
akan menyesal nanti. Kalau. Mampu monitor LCD pilihan paling tepat.

Yang aneh pada monitor, ukurannya dikekalkan dalam sukatan inci tidak mm (millimeter). Monitor
berukuran 17 inci sudah mula menjadi pilihan pengguna rumah kerana harga yang berpatutan dan prestasi
yang tinggi. Ukuran monitor dikira dari sudut kanan atas skrin ke sudut kiri bawah skrin seperti dalam rajah
1.
Untuk resolusi sebuah komputer pula dikira dari tepi skrin kiri hingga ke tepi skrin kanan seperti dalam
rajah 2 iaitu 640 piksel (pixels). Untuk melengkapkan ukuran resolusi dikira pula dari atas skrin hingga ke
bawah Iskrin iaitu 480 piksel. Skrin berkenaan dikatakan mempunyai resolusi 640 kali 480 piksel
(640X480) dan ini boleh ditukar mengikut kemampuan monitor serta kad video yang digunakan.
Kedalaman warna (color depth) pada monitor adalah ketajaman gambar dan antaranya 16 colors, 256
colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color seperti dalam rajah 3.

Tetikus dan papan kekunci


Tetikus
Tetikus dan papan kekunci masing-masing ada dua jenis iaitu tetikus dan papan kekunci bersiri (serial
mouse dan serial keyboard) dan jenis PS/2, PS/2 bermaksud personal system dan biasanya terdapat pada
komputer yang berjenama. Walaupun disediakan pada komputer klon AT, kabel penyambung tetikus PS/2
tidak diberi bersama papan induk dan harus dibeli berasingan sekiranya diperlukan. Papan induk klon
bentuk ATX sememangnya disediakan sambungan PS/2 untuk kedua-dua perkakasan berkenaan,

Kursor (cursor) di skrin monitor digerakkan oleh tetikus atas arahan pengguna. Untuk memahirkan diri
dengan penggunaan tetikus, biasanya disyorkan bermain permainan Solitare atau Freecell yang dibekalkan
percuma bersama sistem operasi Windows. Tekan butang kiri bermaksud tekan sebelah kiri tetikus seperti
dalam rajah di bawah. Begitu juga dengan arahan menekan butang kanan tetikus, bererti tekan sebelah
kanan tetikus.

Papan kekunci kini banyak disediakan kekunci tambahan seperti kekunci berlogo Windows bagi
mempersingkatkan sesuatu kerja. Pemilihan papan kekunci, biarlah yang dapat memberi keselesaan
sekiranya ingin mencapai mutu kerja yang memuaskan. Aksesori pad tangan di papan kekunci, satu
pelaburan yang tidak merugikan.
Cara-cara pemasangan perkakasan
untuk menguji papan induk
CPU

Panduan pemasangan CPU (prosesor)


• Tarik tuil (lever) melepasi cangkuk dan angkat arah ke atas sehingga tegak berdiri.
• Letakkan CPU di atas soket, pastikan pin 1 CPU dan soket selari. Sekiranya CPU tidak masuk
dengan kemas, kemungkinan ada pin-pin yang bengkuk. Dengan hati-hati betulkan pin-pin
berkenaan menggunakan playar muncung tirus dan cuba masukkan sekali lagi.
• Turunkan tuil dan pastikan ia kemas di tempat asalnya.

Soket jenis ini dinamakan soket ZIF (Zero Insertion Force) yang bererti semasa memasang atau
mengeluarkan CPU, tidak perlu tenaga yang kuat. Tujuan lain bagi memudahkan membuat upgrade.
Untuk mengelakkan dari CPU kepanasan, gris khas diletakkan di antara CPU dan sink haba. Setelah CPU
dipasang, jangan lupa menyambungkan kipas CPU dengan salah satu wayar sambungan kuasa.

Panduan pemasangan cip CPU secara graflk


Mula sekali, tarik tuil (lever) L ke arah A untuk
keluar dari cangkuk B. Angkat tuil ke atas
mengikut arah C dan plat (plate) atas F akan
bergerak ke arah E. Letakkan CPU di soket
papan induk dan pastikan pin 1 keduadua
perkakasan selari. CPU dengan mudah masuk di
soket, turunkan tuil ke arah D dan lekatkan di
cangkuk B. CPU akan dicengkam oleh plat atas
F yang bergerak ke arah G (asal) dan CPU sukar
dikeluarkan lagi. Letakkan kipas dan sink haba
atas CPU sekiranya datang berasingan.
Sangkutkan klip kipas di pemegang H di depan
dan belakan soket.

Panduan Mengeluarkan CPU dari Socket 7


Keluarkan sink haba dan kipas dengan
melepaskan klip C dari sekatan D di depan dan
belakang soket. Sambil itu putuskan sambungan
kuasa dari kipas penyejuk CPU. Tarik tuil ke
arah A sedikit dan naikkan tuil ke arah B,CPU
dengan rnudah dapat dikeluarkan. Tolak tuil
dengan cermat ke arah E dan letakkan di sisi
soket untuk mengelakkan tuil dari patah atau
rosak
.
Thermal grease untuk kawal haba
CPU
Kepanasan CPU semasa operasi kadang-kadang
sukar dibendung akibat dari bilik yang tidak
berhawa dingin atau kurangnya laluan udara
dalam kotak komputer. Tambahan pula
sesetengah pengguna menaikkan kelajuan CPU
atau overclocking tanpa menukarkan kipas yang
lebih kuat dan mantap. Antara CPU dan sink
haba terdapat rongga yang mungkin tidak dapat
dilihat mata seperti dalam rajah A di bawah.
Gris terma (thermal grease) dimasukkan di
antara CPU dan sink haba (rajah B) dapat
membantu menyerapkan haba pada tahap
maksimum. Haba akan dipindahkan dari CPU
ke sink haba seperti dalam rajah C. Elak
menggunakan terlalu banyak bahan itu yang
boleh memberi kesan lain pula (Rajah D).
Thermal grease boleh didapati di kedai-kedai
servis komputer dalam bentuk seperti di atas.
Blasanya ia boleh digunakan sebanyak dua
aplikasi.

Kipas yang menggunakan sambungan kuasa


dalam bulatan C sudah berkurangan. Kebanyakan
kipas CPU jenis baru kini mengambil bekalan
kuasa dari punca atas papan induk seperti dalam
bulatan D. Sambungansambungan kuasa A dalam
keadaan belum dipasang dan B sesudah dipasang.

Pastikan kipas CPU dan kipas dalam unit bekalar


kuasa berfungsi semasa komputer beroperasi.
Sekiranya kipas-kipas berkenaan tidak berpusing,
cari dan betulkan kerosakan dengan segera.
Pemasangan RAM

Masukkan RAM (SIMM atau DIMM) di slotnya serta pastikan ia kemas dan tidak longgar. Biasanya
SIMM atau DIMM tidak boleh digunakan dalam satu papan induk. Walau bagaimanapun, rujuk manual
papan induk sekiranya ini dibenarkan.

Nota:

Pemasangan RAM tidak memerlukan apa-apa konfigurasi, sistem akan mengesan jumlah RAM secara
automatik.

Serongkan RAM seperti arah anak panah A dan


selitkan di slot SIMM 1. Tekan dengan kedua-
dua ibu jari ikut anak panah B dan RAM akan
masuk di slot dengan ditahan oleh klip C. RAM
akan hanya masuk satu arah sahaja disebabkar
huiung kiri dan kanan RAM berlainan bentuk
(D).

Untuk mengeluarkan RAM, tekan kedua-dua


klip C ke arah luar dan RAM akan keluar dari
slotnya dalam keadaan serong seperti rajah 1.

Pemasangan SDRAM, DDR RAM dan RDRAM


tidak jauh bezanya. Antara ketiga-tiga RAM
tidak boleh ditukar ganti, ia memeriukan
penyokongan cipset papan induk.

Pegang RAM dengan cermat iaitu di hujung kiri


dan di hujung kanan kad dan bukan di tempat
yang ada litar atau komponen yang terdedah.
Masukkan SDRAM di slotnya dan tekan ke
bawah mengikut arah anak panah A. Cangkuk B
akan masuk di kedua-dua belah RAM dan akan
menguncinya. Untuk mengeluarkan RAM,
tekan cangkuk C dengan keduadua ibu jari,
RAM akan keluar dari slot seperti dalam rajah .

Nota:

Pemilihan voltan DIMM:


Hanya terdapat pada papan induk lama yang ada
pilihan ini, Sekiranya ada, pastikan voltan
DIMM disetkan ke 3.3V untuk SDRAM
(synchronous DRAM).

Bekalan kuasa P8 dan P9 atau jenis ATX


Sambungkan penyambung P8 dan P9 ke papan induk, pastikan wayar-wayar hitam bertemu atau kelihatan
berada di tengah-tengah. Bagi bekalan kuasa jenis ATX, sambungan ke papan induk agak mudah kerana
hanya satu arah sahaja dilekatkan dan tidak mungkin membuat kesilapan.

Dua jenis sarnbungan iaitu AT dan ATX dipaparkan dengan jelas. Suis ATX disambungkan terus ke papan
induk seperti dalam rajah ATX. Suis AT pula dilekatkan terus ke unit bekalan kuasa.

Pemasangan VGA

Pasangkan kad video di slot AGP atau PCI mengikut jenis kad yang ada. Sengetkan sedikit kad video
tersebut, masukkan sebelah dahulu dan tekan mengikut arah anak panah A. Semasa meletakkan kad di slot,
hati-hati agar papan induk tidak bengkuk oleh tekanan yang boleh mengakibatkan ia rosak. Pastikan ada
sokongan yang kemas di bawah papan induk sebelum memulakan pemasangan kad.
Kad video berasingan tidak perlu sekiranya papan induk ada VGA bersepadu. Pastikan kabel sambungan
VGA bina dalam dan jumper untuk pilihan VGA diletakkan dengan betul di tempat masing-masing.

Kabel signal dari monitor dilekatkan di kad video dan satu (kabel bekalan) lagi ke bekalan kuasa atau ke
bekalan elektrik mengikut jenis monitor.

Cara-cara memasukkan kad ke dalam slot PCI seperti rajah di atas. Cara ini juga boleh digunakan pada
mana-mana pemasangan kad.

Pemasangan pembesar suara dalam kotak komputer

Akhir sekaii, pasang pembesar suara yang


dibekalkan dalam kotak komputer ke papan
induk seperti di atas. Walaupun ia bukan satu
perkara Yang diwajibkan, tapi dapat membantu
semasa ujian. Tujuan pembesar suara
disambungkan ke papan induk untuk memberi
bunyi 'beep' sekiranya ada kerosakan

Ujian papan induk dimulakan

Setelah selesai menyambungkan semua perkakasan, ujian boleblah dimulakan.


Sebelum itu, pastikan papan induk diletakkan di atas lapik plastik atau kotak bekas
papan induk bagi mengelakkan litar pintas atau , shorting' semasa membuat ujian.
Hati-hati dengan keadaan ini dan kalau cermat pasti kerosakan papan induk dapat
dihindarkan. Walau bagaimanapun tidak salah sekiranya ujian dilakukan di dalam
kotak komputer, cuma tidak perlu mengeluarkannya pula bila papan induk didapati
rosak atau bermasalah.

Sebelum memulakan ujian pertama, paling bijak kalau sambungan diulang periksa secara pantas. Ini
sangat baik dilakukan setiap kali hendak memulakan ujian. Amat baik juga diamalkan menulis senarai
yang hendak diperiksa.

Sebagai contoh, senarai pemeriksaan atau check list untuk ujian papan induk seperti di bawah.

 Periksa jumper, terutama kelajuan dan voltan CPU.


 Periksa kedudukan pin 1 CPU dan pin 1 di soket papan induk adalah selari. Biasanya cip
CPU masuk satu arah saja untuk mengelakkan kesilapan.
 RAM kemas kedudukannya dan dari jenis yang sesuai.
 Pemasangan plug P8 dan P9 betul susunannya. Bagi plag bekalan kuasa ATX, ia masuk
satu arah saja.
 Set jumper 'enable' sekiranya guna VGA bersepadu.
 Jumper'Clear CMOS' diaktifkan.
 Kipas CPU disambung ke salah satu sambungan kuasa.
 Pastikan sambungan kabel signal dan kabel kuasa monitor. kemas dan tidak longgar di
tempat masing-masing.
 Periksa pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer sudah dipasangkan di papan
induk.
 Di belakang katak bekalan kuasa pastikan voltan diset pada 230V AC setkan bekalan kuasa
dan bukan 115V AC. Kesilapan ini boleh mengakib rosak. Kebanyakan bekalan kuasa kini sudah
dihapuskan pilihan ini.

Kedudukan semua perkakasan atas papan induk


akan dilihat seperti dalam rajah. Papan kekunci
dan tetikus tidak perlu dipasang setakat ini,
walaupun tidak salah jika dilakukan. Yang
penting sekarang papan induk boleh diuji dan
disahkan baik.

Ujian papan induk yang dijalankan sebelum


dimasukkan ke dalam kotak komputer.
Perkakasan asas yang digunakan ialah papan
induk, CPU, RAM, monitor, kad video dan
bekalan kuasa.

Ujian papan induk dimulakan


Setelah semua perkakasan didapati betul
dan kemas, hidupkan suis kuasa.
Monitor akan memaparkan jenis kad
video dan permulaan CMOS. Jumlah
RAM juga akan ditunjukkan untuk
menepati jumlah RAM sebenar.
Sekiranya tidak ada apa-apa di monitor,
periksa RAM dan sambungan monitor
bagi memastikan kedua-dua perkakasan
bukan punca masalah. Panduan mencari
kerosakan dibentangkan dalam bentuk
jadual untuk memudahkan tugasan.

Paparan CMOS semasa ujian

Dengan terpaparnya skrin di atas, maka


telah lulus ujian peringkat pertama.. Ini
bererti semua perkakasan yang diuji
berfungsi.

Peringkat seterusnya untuk menentukan


baki perkakasan seperti tetikus dan dan
papan kekunci boleh berfungsi.

Nota:

Keterangan ralat HDD (Harddisk) primary


master serta ATAPI tidak serasi bagi secondary
master disebabkan pemacu cakera keras belum
dipasang.

Kod Beep komputer

Komputer kion serasi IBM mengadakan beberapa diagnosis sendiri untuk membantu
memberi keadaan perkakasan komputer semasa ia dimulakan Isyarat audio kod beep, satu
cara yang mudah bagi panduan segera akan kerosakan perkakasan. Untuk mendapatkan
kesan bunyi, pembesar suara dalam kotak komputer harus dilekatkan di papan induk di
petak jumper yang dikhaskan.
Ada dua jenis indikasi iaitu kod beep dan kod angka. Sebagai panduan, untuk manual ini hanya satu atau
dua kod beep yang kerap berlaku ditunjukkan. Rujuk buku-buku komputer atau laman web untuk
keterangan yang lebih mendalam.

Jadual senarai kod beep


-------------------------------------------------------------------------
Kod beep Makna
Kod Award BIOS
-------------------------------------------------------------------------
Beep pendek semasa logo Bunyi biasa semasa POST

Beep panjang tidak Tiada RAM dikesan atau


putus-putus RAM rosak

Satu beep panjang dan Kad video tiada atau rosak


diikuti 3 beep pendek

Beep panjang kuat semasa CPU kepanasan atau sistem


komputer beroperasi beroperasi dengan memori rendah

Sekuen beep (sequence) Kemungkinan kerosakan RAM CMOS rosak


1-1-3
------------------------------------------------------------------------------

Sesetengah komputer menggunakan kod beep yang berlainan dari senarai di atas.

Siasatan dan Tindakan

Sernasa membuat ujian papan induk, tidak selalunya akan menemui kejayaan buat
pertama kali. Bila ada yang tidak kena, carta Ujian boleh dijadikan sebagai panduan.

Taktik yang paling berkesan mencari kerosakan adalah dengan menukar perkakasan satu demi satu hingg di
kepung kerosakan pada satu sudut atau kawasan sasaran. Perkakasan yang disahkan rosak sudah boleh
ditukar dengan baik.

You might also like