You are on page 1of 5

Soalan Pencubaan SPB 2013 Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara meyayangi sekolah.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Memelihara harta benda sekolah

Mematuhi peraturan sekolah

Cara-cara Menyayangi Sekolah

Pencapaian kokurikulum

Kecemerlangan akademik

Pendahuluan Marcapada ini dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai ketil dibelut ekor ini, hampir saban hari kita dimomok-momokan dengan berita tentang sekolah seperti isu yang berkaitan tentang rupa sesebuah sekolah dalam sanubari setiap pelajar. Jika ditelusuri secara mendalam, dalam masyarakat yang bergerak pantas seperti lipas kudung ini, terdapat segelintir pelajar tidak mengambil berat tentang isu menyayangi sekolah sendiri malahan menjatuhkan reputasi sekolah sendiri dengan mencemarkan nama baik sekolah, bak kata peribahasa, membuka pekung di dada. Senario ini amat menyedihkan pihak sekolah yang memberikan pendidikan yang tulen dan bernilai kepada para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah merupakan tempat yang membekalkan ilmu-ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Menurut Chambers, Buku itu ialah penasihat kekal. Sejajar dengan itu, semua pihak yang terlibat sebenarnya tidak boleh berpeluk tubuh dan memejamkan sebelah mata lagi memandangkan kemelut ini umpama api dalam sekam. Maka, minhaj-minhaj yang proaktif, pragmatik dan komprehensif perlu diambil untuk memastikan semua pelajar menyayangi sekolah sebelum kudis menjadi tokak. Persoalannya, apakah prakarsa-prakarsa yang boleh diambil untuk memastikan semua pelajar menyayangi sekolah, bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya?

Isi 1. Memelihara harta benda sekolah Pada realitinya, cara dominan menyayangi sekolah ialah setiap pelajar seyogianya memelihara harta benda sekolah. Sejajar dengan itu, pelajar tidak patut melakukan gejala vandalisme seperti merosakkan harta benda sekolah, menconteng dinding sekolah, merosakkan meja kerusi di dalam bilik darjah dan seumpamanya. Para pelajar sepatutnya menyayangi harta benda yang terdapat di sekolah. Jika sesiapa mendapati pelajar yang merosakkan harta benda sekolah, individu tersebut perlu melaporkan perkara tersebut kepada guru disiplin supaya guru disiplin dapat mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang melakukan

kesalahan, bak kata peribahasa, kerja yang baik disegerakan, jangan ditimpa kerja yang buruk. Lantaran itu, pelajar yang melakukan gejala vandalisme akan lebih menyayangi harta benda sekolah selepas disuntik tentang kepentingan menjaga harta benda di sekolah oleh guru disiplin, bak kata peribahasa, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Menurut Tan Sri Hanif Omar, Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia. Pendek kata, uslub perdana untuk menyayangi sekolah ialah para pelajar haruslah memelihara harta benda yang terdapat di sekolah. 2. Mematuhi peraturan sekolah Salah satu cara untuk menyayangi sekolah yang kurang pentingnya ialah semua warga sekolah harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di sekolah pada bila-bila masa. Para pelajar tidak akan terlibat dalam gejala yang negatif di sekolah seperti buli pelajar yang lemah, mencuri barang dan mengeluarkan kata-kata yang kasar terhadap pelajar lain sekira adanya peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Selain itu, guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan para pelajar mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah. Para guru dapat menekankan kepentingan peraturan dan undang-undang sekolah dalam sanubari pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan seumpamanya. Sejajar dengan itu, guru-guru perlu bertindak sebagai suri teladan kepada para pelajar dengan mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah. Sekiranya guru-guru tidak menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar, maka pelajar-pelajar akan dipengaruhi oleh sikap yang ditunjukkan oleh guru, bak kata peribahasa, guru kencing sendiri, murid kencing sendiri. Tegasnya, semua warga sekolah harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah demi menzahirkan rasa sayang akan sekolah. 3. Kecemerlangan akademik Dalam menyoroti hal ini, kecemerlangan dalam bidang akademik oleh para pelajar juga dapat menunjukkan rasa sayang seorang pelajar terhadap sekolahnya. Sebagai bakal calon yang menghadapi peperiksaan SPM, inilah waktu yang tepat untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah.

Sejajar dengan itu, imej sekolah akan terus melonjak apabila pelajar berjaya dengan cemerlang dalam sesuatu peperiksaan. Pelajar harus berusaha lebih fokus dan mengetepikan segala agenda yang bercorak hiburan dan melalaikan. Untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, semua pelajar harus bersinergi dengan guru mata pelajaran tertentu untuk mencapai kejayaan, bak kata peribahasa, bagai hempedu lekat di hati. Tidak dapat dinafikan bahawa, warga kesuma bangsa merupakan bakal pemimpin negara kita pada masa yang akan datang, maka warga kesuma bangsa ini perlu dididik dengan baik agar mampu mengecapi kejayaan dalam kehidupan mereka, bak kata orang tua-tua, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Menurut Perdana Menteri Indonesia, Soekarno, Berilah aku seratus orang tua, aku hanya mampu menggoncang perahu yang tertangkup, sebaliknya berikan aku sepuluh orang pemuda, aku pasti mampu menggoncangkan dunia. Sejajar dengan itu, para pelajar harus belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat meraih kejayaan, malah juga dapat mengharumkan nama sekolah, bak kata peribahasa, serampang dua mata. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar dapat meyayangi sekolah melalui pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. 4. Pencapaian kokurikulum Selain pencapaian kecemerlangan dalam bidang akademik, pencapaian cemerlang dalam sebarang aktiviti kokurikulum turut menjadi penanda aras sesebuah sekolah diangkat untuk bersaing sama ada di peringkat negeri, nasional mahupun antarabangsa. Pada lumrahnya, aktiviti kokurukulum dibahagikan kepada tiga cabang iaitu, badan unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Setiap pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum supaya masa senggang mereka dapat dimanfaatkan dengan melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi diri daripada gejala negatif. Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat mengasahkan dan mempertajam bakat yang dianugerahi Allah untuk menjadi pelajar yang kompeten dalan sesuatu bidang sama ada dalam bidang sukan, kelab atau badan beruniform. Di samping itu, seseorang yang berjaya dalam aktiviti kokurikulum berpeluang untuk mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan kebangsaan. Sehubungan dengan itu, nama sekolah akan menjadi terkenal jika pelajar tersebut mendapat tempat dalam pertandingan.

Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar yang terdiri daripada pelabagai bangsa dan kaum dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan dalam halakah pelajar, bak kata peribahasa, tak kenal, maka tak cinta. Sejajar dengan itu, para pelajar akan mengikis sikap nafsi dan mementingkan diri sendiri, bak kata peribahasa, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Pada dasarnya, pencapaian dalam bidang kokurikulum akan mengharumkan nama sekolah dan seterusnya akan melahirkan semangat sayang akan sekolah.

Penutup Wahasilnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat heterogen cara untuk menyayangi sekolah. Jika kita menyingkap lembaran sejarah Malaysia, setiap permasalahan yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan penggemblengan kudrat antara pelbagai pihak, bak kata pujangga, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Begitu juga dengan usaha menyayangi sekolah dalam halakah para warga sekolah. Usaha-usaha ini haruslah dijalankan dengan teliti bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Pendekatan-pendekatan ini haruslah banyak dipraktikkan dalam kalangan sekolah dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendek kata, marilah kita bersama-sama membulatkan tenaga dan azam kita supaya warga kesuma yang berprestij dapat dilahirkan untuk membangunkan negara kita demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir Mohammad, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Menurut Napoleon Hill, Apa-apa sahaja yang dapat difikirkan dan diyakini oleh otak manusia, manusia akan dapat mencapainya.

You might also like