You are on page 1of 58

TERMOKIMIA

BAB 4

ISI KANDUNGAN

PULIHKAN INGATAN ANDA

4.1 Perubahan Tenaga di dalam Tindak Balas Kimia

Termokimia adalah kajian tentang

perubahan haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul, bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah setelah bertindakbalas.

Terdapat 2 jenis tindak balas kimia iaitu:


Tindak balas

Eksotermik

Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba.

Tindak balas

Endotermik

Endo bermaksud dalam manakala termik

bermaksud haba

TINDAK BALAS EKSOTERMIK


Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran

dalam sistem. Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat. Tindak balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan mengeluarkan/membebaskan haba ke persekitaran seterusnya menjadikan suhu persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga haba. Di antara contoh-contoh tindak balas

Eksotermik ialah:

Tindak balas pembakaran - Bahan bakar (bahan kimia

yang mudah atau boleh terbakar) bertindak balas dengan gas oksigen Tindak balas peneutralan - Tindak balas antara bahan kimia yang bersifat asid dan alkali Tindak balas pepejal dengan air - Tindak balas ini berlaku terutama antara unsur kumpulan I dalam jadual berkala dengan air kerana lebih reaktif Tindak balas logam reaktif dengan air - Tindak balas redoks, terdapat tindak balas penurun dan tindak balas pengoksidaan

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan nilai negatif, iaitu
Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak

Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas H = H h - H b

Rajah aras tenaga Eksotermik

TINDAK BALAS ENDOTERMIK


Endotermik bermaksud haba yang diserap masuk ke dalam dalam bahan hasil tindak balas.

Oleh itu suhu bahan tindak balas akan meningkat. Tindak balas Endotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan menyerap haba daripada persekitaran seterusnya suhu di pesekitaran akan menjadi lebih rendah daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindakbalaskan.

Perubahan tenaga tindak balas Endotermik

ialah dari tenaga haba kepada tenaga kimia. Di antara contoh-contoh tindak balas Endotermik ialah:
Tindak balas Penguraian garam karbonat secara

terma - Garam karbonat akan diuraikan menjadi oksida logam dan gas karbon dioksida. Tindak balas pembakaran pada penunu bunsen Apabila api dihidupkan pada radas penunu bunsen, pemukaan penunu bunsen akan terasa sejuk dan terdapat titisan stim/wap air.

Perubahan tenaga tindak balas Endotermik

akan menunjukan nilai positif, iaitu Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas H = H h - H b

Rajah aras tenaga Endotermik

Konsep perubahan tenaga haba

Konsep perubahan tenaga

haba ini disebabkan oleh pemecahan/pemutusan ikatan lama dan pembentukan/pembinaan ikatan baru.

TINDAK BALAS EKSOTERMIK


Pembentukan/Pembinaan ikatan lama Tindak

balas ini merupakan tindak balas Eksotermik. Contoh tindak balas kimia: H+ + Cl- --> HCl H= -430 KJ mol-1
H+ + Cl-430 KJ mol-1 HCl

Rajah aras tenaga Eksotermik

TINDAK BALAS ENDOTERMIK


Pemecahan/Pemutusan ikatan lama Tindak

balas ini merupakan tindak balas Endotermik. Contoh tindak balas kimia: HCl --> H+ + Cl- H= +430 KJ mol-1
H+ + Cl+430 KJ molHCl
1

Rajah aras tenaga Endotermik

Haba tindak balas

Kuantiti haba tindak balas

ialah haba yang dihasilkan hasil daripada tindak balas kimia. Tindak balas ini menglibatkan menyerap dan pembebasan haba.

Kuantiti haba ini boleh ditentukan pada keadaan piawai iaitu:


Suhu bilik 25oC atau 298 K
1 tekanan atmosfera iaitu 101.3/101 kPa 1.0 mol dm-3 kepekatan larutan

Berada dalam keadaan fizik - suhu dan tekanan

piawai

Contoh persamaan termokimia

HCl --> H+ + Cl- H= +430 KJ mol-1 H merupakan perubahan haba

Kuantiti haba tindak balas (Q) akan

dipengaruhi oleh:
Jisim haba (m)

Haba pendam tentu bahan (c) -

biasanya air
Perubahan suhu ()

Terdapat 4 jenis haba tindak balas iaitu:


Haba Pemendakan Haba Peneutralan Haba Penyesaran Haba Pembakaran

4.2 HABA PEMENDAKAN

Haba pemendakan ialah

perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol mendakan terbentuk hasil tindak balas ion-ion yang bertindak balas.

nitrat
K

4.3 HABA PENYESARAN


Haba penyesaran ialah perubahan

haba yang berlaku apabila 1 mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elektropositif. Hanya logam elektropositif dapat menyesarkan ion logam yang kurang elektropositif.

4.4 HABA PENEUTRALAN

Haba peneutralan ialah

perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid untuk meneutral 1 mol ion OH daripada alkali bagi menghasilkan air.

4.5 HABA PEMBAKARAN


Haba pembakaran ialah perubahan haba

yang berlaku apabila 1 mol bahan bakar dibakar dengan lengkap dalam keadaan gas oksigen berlebihan. Contoh-contoh bahan api/bakar ialah:
Alkohol
Gas asli Gas metana

Petroleum

You might also like