You are on page 1of 2

Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT

Sekolah
1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau
semasa tiada penyelaras.

2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal


komputer yang telah disediakan.

3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh


di dalam makmal.

4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.

6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.

7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan


dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/


rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang
disediakan.

9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak
bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara.
( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang
cakera perisian atau dokumen.

11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer


atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang
kerosakan.

12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru
bertugas.

13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau
keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru
bertugas.

14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.


15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan
sahaja.

16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat
pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi
arahan ini.

You might also like