You are on page 1of 115

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: IMPLIKASI I.S.O TERHADAP PENGURUSAN MASA KENDIRI


________________________________________________________________
PENSYARAH DI U.T.H.M

SESI PENGAJIAN : SEMESTER II 2006/2007

AHMAD ZAWAWI BIN ZULKIFLI (800929-08-5513)


Saya ________________________________________________________________
(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (Sarjana Muda/Sarjana /Doktor Falsafah)* ini disimpan di


Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan


SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub
di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

___________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT 334, KG CHEH HULU, KATI, P.M DR WAN MOHD RASHID B. WAN AHMAD
33020, KUALA KANGSAR, PERAK.

Tarikh: _______________________ Tarikh: _______________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan Teknik dan Vokasional.”

Tandatangan : .................................................…………………….
Nama Penyelia : PM DR WAN MOHD RASHID B WAN AHMAD
Tarikh : …………………….
IMPLIKASI ISO TERHADAP PENGURUSAN MASA KENDIRI
PENSYARAH DI UTHM

AHMAD ZAWAWI BIN ZULKIFLI

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

APRIL , 2007
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’.

Tandatangan : …………………….
Nama Penulis : AHMAD ZAWAWI BIN ZULKIFLI
Tarikh : …………………….
Ku Titipkan Karya Ilmu Ini Khas Buat,

Ayah dan Bonda Tercinta...


Terima kasih di atas pengorbanan kalian..
Semoga Allah memberikan kerahmatan dan kemuliaan buat kalian
berdua..

Guru-guruku...
Terima kasih di atas curahan ilmu kalian..
Semoga Allah memberikan kejayaan dan kesenangan buat kalian
semua di dunia dan akhirat..

Buat Adik-adik dan Sanak Saudaraku...


Terima kasih di atas sokongan yang kalian berikan..
Semoga Allah memberikan keberkatan dalam kehidupan..

Buat Allahyarham Datukku...


Jasa baik yang dicurahkan sepanjang hayatmu sentiasa cucumu
kenang dan hargai..
Semoga Allah menempatkanmu di kalangan orang yang soleh..

Buat Teman-teman Seperjuanganku...


Terima kasih atas bantuan dan sokongan kalian..
Semoga Allah memberi keberkatan ilmu di dunia dan akhirat..
PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga


kepada penyelia projek saya iaitu Prof Madya Dr Wan Mohd Rashid B. Wan Ahmad
di atas segala bimbingan, panduan, nasihat dan perhatian yang telah diberikan
kepada saya sepanjang projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan
kepada Dr Baharom B. Mohamad , Prof Madya Mahmad Amir B Mohd Radzali,
Encik Asri B. Selamat, Prof Dr Jailani B Md Yunos, Dr Ahmad B Esa, Tuan Haji Ali
B Suradin dan pensyarah – pensyarah FPTek yang lain di atas segala panduan dan
kerjasama yang diberikan kepada saya bagi menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga buat pensyarah – pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi


(FPT) dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (FTMM) kerana sudi
menjadi responden kepada kajian ini dan segala kerjasama yang diberikan amat saya
hargai. Tidak ketinggalan rakan seperjuangan iaitu pelajar Sarjana Pendidikan
Teknik dan Vokasional (MBV), staf-staf FPTek dan semua insan yang banyak
membantu memberi maklumat dan sokongan secara langsung dan tidak langsung
bagi merealisasikan projek ini. Buat ayah dan bonda serta sanak saudara yang
banyak membantu, terima kasih dan jasa anda semua sentiasa dikenang.

Wallahua’lam.
ABSTRAK

Isu pensyarah diberikan beban kerja yang berlebihan, pendekatan –


pendekatan yang baru untuk digunakan, kualiti kerja berpandukan standard,
pengurusan masa yang lebih cekap dan efisien dan pengurusan dari segi pengajaran
dan pembelajaran sering dibangkitkan. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal
pasti implikasi amalan ISO terhadap pengurusan masa kendiri pensyarah dalam
memenuhi keperluan sebagai pendidik dan anggota dalam organisasi yang perlu
mematuhi piawaian ISO. Kajian ini mengkaji dengan mendalam mengenai cabaran
– cabaran yang dihadapi oleh pensyarah berlandaskan dua aspek iaitu pengurusan
yang mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi. Seramai
85 orang pensyarah dari Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), Fakulti Pengurusan
Teknologi (FPT) dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (FTMM) di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terlibat dalam kalian ini. Data yang
diperoleh dari responden telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk
memperoleh nilai skor min bagi setiap item. Hasil kajian menunjukkan amalan ISO
di UTHM telah memberi implikasi positif kepada pengurusan masa kendiri
pensyarah. Selain dari itu, responden turut bersetuju (skor min keseluruhan = 4.12)
bahawa dua amalan ISO yang dikaji secara signifikan mempengaruhi proses
pengurusan masa mereka.
ABSTRACT

Issues of lecturers given over work load, new approaches to be implemented,


working quality based on standard, more efficient and effective management also
teaching and learning management are frequently raised. The aim of this study is to
identify the implications of ISO on self time management among lecturers in
fulfilling the requirement as educator and member of the organization, and also
obliged to comply with the ISO standard. The study explore in depth challenges that
is faced by lecturers within two types of practices namely system approach
management and participation of members in organization. The samples for this
research consist of 85 randomly chosen lecturers from the Faculty of Technical
Education, Faculty of Technology Management and Faculty of Information and
Multimedia at UTHM. Data collected from the respondents were analyzed using
descriptive statistics to obtain the mean score value for each items. The result of the
study shows that the practice of the ISO at UTHM has a positive implication to
lecturers’ self time management. Therefore from this study, it appears that the
respondents agreed (Total mean score = 4.12) that the two types of ISO practices has
contributed significantly to their time management process.
KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Matlamat Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Persoalan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Kepentingan Kajian 9
1.9 Batasan Kajian 10
1.10 Kerangka Konsep 11
1.11 Definisi Konseptual 14
1.12 Kesimpulan 17

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 18
2.2 Kualiti dalam Pendidikan 19
2.3 ISO 21
2.4 Prinsip Pengurusan yang Mengamalkan Pendekatan 23
Sistem
2.5 Penglibatan Anggota Organisasi 25
2.6 Aspek Pengurusan Kualiti Akademik di IPTA 25
2.6.1 Prosedur Kualiti 26
2.6.2 Arahan Kerja 27
2.6.3 Strategi Persijilan dan Skop Persijilan 28
2.6.4 Amalan Penambahbaikan 29
2.6.5 Perluasan Skop Persijilan 29
2.6.6 Realiti dan Penghambat Kualiti 31
2.7 Pengurusan Masa Efektif 32
2.8 Mitos Tentang Pengurusan Masa yang Efektif 38
2.9 Kesimpulan 40

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 44
3.3 Kaedah Persampelan Kajian 43
3.4 Pentadbiran Instrumen Kajian 45
3.4.1 Soal Selidik 45
3.5 Kaedah Analisis Data 48
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 51
3.7 Kajian Rintis 53
3.8 Kesimpulan 55

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 56
4.2 Prosedur yang digunakan untuk Menganalisis Data 57
4.3 Bahagian B: Pengurusan yang Mengamalkan 59
Pendekatan Sistem – Mengelola (Organizing) Masa
Kendiri
4.4 Bahagian C: Amalan Prinsip Keutamaan (Prioritizing) 62
dalam Urusan Seharian sebagai Pensyarah dan Anggota
Organisasi yang Mematuhi ISO 9001:2000
4.5 Bahagian D: Amalan Penjadualan (Scheduling) dalam 65
Urusan Masa Seharian Pensyarah
4.6 Bahagian E: Perubahan Pengurusan Masa Kendiri dalam 69
Urusan P&P Hasil dari Pematuhan kepada Prosedur ISO
9001:2000
4.6.1 Persediaan 71
4.6.2 Penyampaian 72
4.6.3 Penilaian 73
4.6.4 Bimbingan 75
4.7 Bahagian F: Item Terbuka Tentang Pendapat Implikasi 76
ISO Terhadap Pengurusan Masa Kendiri Pensyarah

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 79
5.2 Amalan Pengurusan yang Mengamalkan Pendekatan 80
Sistem bagi Mengelolakan (Organizing) Masa Kendiri
5.3 Amalan Prinsip Mengutamakan (Prioritizing) dalam 82
Urusan Seharian sebagai Pensyarah dan Anggota
Organisasi yang Mematuhi ISO 9001:2000
5.4 Amalan Menjadualkan (Scheduling) dalam Pengurusan 85
Masa Seharian Pensyarah
5.5 Perubahan Pengurusan Masa Kendiri dalam Urusan P&P 87
Hasil dari Pematuhan kepada Prosedur ISO 9001:2000
5.5.1 Persediaan 89
5.5.2 Penyampaian 91
5.5.3 Penilaian 92
5.5.4 Bimbingan 93
5.6 Rumusan Kajian 94
5.7 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya 96

RUJUKAN 97

LAMPIRAN 102
SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Keperluan Standard ISO 9001:2000 22


3.1 Bilangan Responden 44
3.2 Format Skala Likert 46
3.3 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 49
3.4 Interpretasi Skor Min 50
3.5 Interpretasi Skor Alpha – Cronbach 50
3.6 Analisis Skor Alpha-Cronbach Kajian Rintis 54
4.1 Bilangan Item mengikut Bahagian 58
4.2 Skor Min Bagi Pengurusan Yang Mengamalkan 61
Pendekatan Sistem – Mengelola (Organizing) Masa
Kendiri.
4.3 Skor Min Bagi Amalan Prinsip Mengutamakan 64
(Prioritizing) Dalam Urusan Seharian Sebagai Pensyarah
Dan Anggota Organisasi Yang Mematuhi ISO 9001:2000.
4.4 Skor Min Bagi Amalan Penjadualan (Scheduling) Dalam 68
Urusan Seharian Pensyarah.
4.5 Skor Min Bagi Perubahan Pengurusan Masa Kendiri 70
Dalam Urusan P&P Hasil Dari Pematuhan Kepada
Prosedur ISO.
4.6 Skor Min Bagi Aspek Persediaan Dalam P&P. 71
4.7 Skor Min Bagi Aspek Penyampaian Dalam P&P. 73
4.8 Skor Min Bagi Aspek Penilaian dalam P&P. 74
4.9 Skor Min Bagi Aspek Bimbingan dalam P&P. 76
4.10 Cadangan Responden Dari Aspek Penglibatan Sebagai 77
Pensyarah Dan Anggota Pengurusan Organisasi
(universiti).
4.11 Cadangan Responden Dari Aspek Pengurusan Yang 78
Mengamalkan Pendekatan Sistem.
SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Rajah 1.1: Kerangka Konsep 13


3.1 Rajah 3.1: Carta Alir Kerangka Kerja 52
SENARAI SIMBOL

α - Alpha-Cronbach.
FPTek - Fakulti Pendidikan Teknikal
FPT - Fakulti Pengurusan Teknologi
FTMM Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia
ISO - International Organization for Standardization
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
KUiTTHO - Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
MS - Malaysian Standard
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PhD - Doktor Falsafah
RPP-03 - Prosedur Khidmat Nasihat Sistem Penasihatan Akademik
RPP-04 - Prosedur Perlaksanaan Kuliah
SIRIM - Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Science
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTHM Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Garis Panduan Krejcie & Morgan (1970). 102


B Surat Kelulusan Melaksanakan Kajian Dari 103
KPTM.
C Surat Kelulusan Melaksanakan Kajian Di FTMM 106
dan FPT.
D Borang Soal Selidik 107
E Analisis Kebolehpercayaan Kajian Rintis. 114
F Kesahan Instrumen Kajian. 119
G Hasil Analisis Data Kajian. 125
H Data Kajian Bagi Item Terbuka. 129
I RPP-03: Prosedur Khidmat Nasihat Sistem 130
Penasihatan Akademik
J RPP-04: Prosedur Perlaksanaan Kuliah 134
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peranan badan piawaian ISO atau International Organization for


Standardization sebagai satu sistem yang dibangunkan untuk piawaian di Geneva,
Switzerland pada tahun 1964 (Mohd Yusof, 2000) adalah bagi tujuan mewujudkan
satu sistem pengurusan yang berkualiti dalam aspek pengurusan sesebuah organisasi.
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah memperolehi pensijilan ISO
pada tahun 2001. Tujuan utama UTHM mendapatkan persijilan ini adalah bagi
memantapkan lagi sistem pengurusan yang berkualiti dan seterusnya menampilkan
UTHM sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menjadikan kualiti
sebagai asas dalam keseluruhan perjalanan sistem pengurusannya.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berdasarkan garis


panduan ISO akan membantu ke arah mewujudkan pensyarah yang berketrampilan
dalam institusi pendidikan. Ini kerana peranan ISO itu sendiri adalah bertujuan
untuk menghasilkan prosedur pengurusan yang yang berkualiti dan secara tidak
langsung ia turut melibatkan tanggungjawab pensyarah untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan prosedur yang telah digariskan (Nuratiqah
Seman, 2005) oleh organisasi atau institusi pendidikan tersebut.
Marzita Abdullah (2005) menyatakan kualiti atau huruf Q merupakan
perkataan atau huruf azimat di mana – mana institusi pengajian tinggi di seluruh
dunia dalam memperkenalkan betapa institusi itu merupakan yang terbaik dalam
kalangan yang terbaik di dunia. Kualiti menjadi fokus utama di IPTA terutama yang
membabitkan keperluan pelanggan, pembaikan berterusan dan kerjasama dalam satu
pasukan. Bukan sekadar pengiktirafan kualiti ISO 9001:2000 semata – mata yang
dibanggakan, UTHM turut memastikan kualiti dalaman diri warganya juga
dipertingkatkan. Penekanan supaya kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
serta produktiviti pensyarah, proses penilaian kendiri atau refleksi dalam aktiviti
pengajaran dan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam P&P.

Muhammad Yahya (2005) pula memberi pandangan bahawa Q itu adalah


jaminan kualiti sesebuah institusi, maka kelebihannya ialah jaminan kualiti prosedur
kerja yang lebih teratur maka ia manjamin produk yang lebih baik. Kualiti bukan
sekadar pengiktirafan tetapi satu kepuasan untuk yang memberi dan yang menerima.
Dalam konteks sebuah universiti, apabila memperkatakan tentang kualiti pendidikan
pensyarah merupakan tumpuan utama bagi mengaplikasikan kualiti yang telah
digariskan. Justeru itu timbul isu sama ada pensyarah mengikuti garis panduan
kualiti atau tidak semasa melaksanakan proses P&P dan urusan harian yang
berkaitan pengurusan kendiri. Tambahan pula, terdapat juga situasi di mana
perlaksanaan ISO 9001:2000 tidak difahami dengan sepenuhnya dalam kalangan
pensyarah dan terdapat juga kritikan yang mengatakan ISO 9001:2000 mengundang
keresahan kerana sistem ini dilihat terlalu birokratik (Nuratiqah Seman, 2005).

1.2 Latar Belakang Masalah


UTHM telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM
pada tarikh 28 Disember 2001. Matlamat UTHM mewujudkan Sistem Pengurusan
Berkualiti melalui pengiktirafan MS ISO 9001:2000 bagi skop perlaksanaan
Program Akademik adalah bagi mengemaskini perkara berkaitan rekabentuk,
pembangunan, pengeluaran dan perlaksanaan perkhidmatannya serta pemantauan
yang perlu dilakukan. Oleh yang demikian, semua kerja perlu dilakukan mengikut
manual yang telah ditetapkan. Namun begitu, perlaksanaan Sistem Pengurusan
Berkualiti ini turut menimbulkan isu sampingan seperti pensyarah yang diberikan
beban kerja yang berlebihan, pendekatan – pendekatan yang baru untuk digunakan,
kualiti kerja berpandukan standard, pengurusan masa yang lebih cekap dan efisien
dan pengurusan dari segi pengajaran dan pembelajaran sering dibangkitkan. (L.C.
Koo, Fredrick K.C Tao & Hannah Koo, 1999).

Pensyarah merupakan asas kepada pendidikan di universiti dan aspek


pemilihan bahan dan kaedah pengajaran, perantaraan bahan pengajaran adalah paling
penting untuk memastikan kualiti dalam suatu proses P & P. Satu kajian telah
dijalankan oleh Wan Noor Hin (2005) yang mengkaji tentang implikasi ISO terhadap
profesionalisme pensyarah kejuruteraan di UTHM. Dalam kajian tersebut, beliau
mendapati wujud golongan pensyarah yang gagal menuruti prosedur kualiti dalam
konteks penyediaan soalan peperiksaan akhir. Ini kerana pensyarah lebih selesa
untuk menyediakan soalan peperiksaan pada penghujung semester pengajian dan
garis panduan kualiti yang memerlukan mereka mulakan prosedur penyediaan soalan
peperiksaan akhir seawal minggu kelima semester pengajian yang dilihat tidak
begitu mendesak untuk dipatuhi.

Wan Noor Hin (2005) menjadikan dua prinsip asas ISO iaitu tumpuan kepada
pelajar dan pendekatan proses sebagai asas kepada kajian yang beliau jalankan.
Selain daripada itu, terdapat juga kelemahan dalam perlaksanaan ISO 9000 termasuk
kurangnya kefahaman dalam kalangan pensyarah tentang ISO 9000 dan terdapat
juga kritikan yang menyatakan ISO 9000 ini mengundang keresahan dalam kalangan
pensyarah dan salah satu aspek yang dilihat mengundang keresahan ialah sistem ini
dirasakan terlalu birokratik (Nuratiqah Seman, 2005). Kritikan ini ada kebenarannya
dan tidak boleh diketepikan dengan begitu sahaja. ISO 9000 jelas memerlukan
rekod – rekod bertulis walaupun tidak semestinya dalam bentuk borang (Azizan
Abdullah, 2002).

L.C. Koo, Fredrick K.C Tao & Hannah Koo (1999) telah melaksanakan satu
kajian untuk mengetahui kelakuan staf semasa pengenalan terhadap pensijilan ISO
dan dapatan dari kajian tersebut menunjukkan persijilan ISO dapat meningkatkan
perkhidmatan tetapi sokongan pengurusan atasan dan komitmen merosot. Semuanya
demi kemajuan dan peningkatan kecemerlangan akademik universiti. Namun
begitu, terdapat rungutan – rungutan yang mendakwa mereka tidak sepatutnya
diberikan beban tugas sedemikian rupa. Mereka juga mendakwa yang golongan
profesional akan hilang wibawanya apabila tanggungjawab yang diberikan
melampaui had yang sepatutnya (Wan Noor Hin, 2005). Pensyarah di UTHM turut
terlibat secara langsung dalam perlaksanaan ISO 9000 sama ada dalam aspek
pengurusan mahupun proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem kualiti juga
dilihat sebagai satu “pendekatan sistem” dan Deming, W.E. (1986) menyatakan
pendekatan sistem ialah situasi di mana pekerja bekerja di dalam sistem, tugas
pengurus ialah untuk melaksanakan sistem tersebut dan menambahbaik secara
berterusan dengan bantuan para pekerja yang lain.

Penglibatan pensyarah sebagai anggota organisasi dalam sistem kualiti


memerlukan mereka turut sama menyumbang kepada penambahbaikan secara
berterusan. Kajian yang dilaksanakan oleh Wan Noor Hin (2005) telah mengkaji
dengan mendalam tentang cabaran - cabaran yang dihadapi oleh pensyarah
berlandaskan dua prinsip asas ISO iaitu tumpuan kepada pelajar dan pendekatan
proses. Dalam kajian tersebut, didapati wujud golongan pensyarah yang tidak
bersetuju untuk mematuhi prosedur yang telah digariskan kerana merasakan tiada
keperluan yang mendesak untuk mematuhinya. Kajian ini pula dijalankan untuk
mengenal pasti kesan amalan ISO terhadap pengurusan masa kendiri dalam kalangan
pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti
Teknologi Maklumat dan Multimedia di UTHM.
1.3 Pernyataan Masalah

Salah satu hasil penemuan kajian yang dilaksanakan oleh Anne Stevenson
dan Sarah Harper (2006) tentang tekanan tempat kerja dan pengalaman pembelajaran
pelajar dalam kalangan staf akademik di Institusi Pendidikan Tinggi Scotland.
Tekanan yang diterima adalah kesuntukan masa untuk menyiapkan kerja pengurusan
dan melakukan kerja yang tidak dimaklumkan lebih awal. Ini terbukti apabila 81.4
peratus daripada responden dalam kajian tersebut bersetuju bahawa bebanan untuk
menyiapkan kerja pengurusan tepat pada masanya telah mewujudkan tekanan akibat
“conflict priorities” di antara kerja pengurusan dan mengajar. Kerja pengurusan
yang dimaksudkan adalah seperti pematuhan kepada aspek penyimpanan rekod ISO
secara teliti, birokrasi yang tidak relevan, arahan kerja pengurusan yang tidak jelas
dan penggunaan masa senggang untuk menyiapkan kerja demi menepati tarikh akhir
yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pensyarah perlu memenuhi tuntutan untuk
mengajar dan memberi bimbingan susulan kepada para pelajar.

Situasi yang sama turut berlaku di negara ini apabila fokus pendidik dalam
“core business” sistem pendidikan, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran
semakin berkurang akibat bebanan tugas “perkeranian” dan pentadbiran yang tidak
sepatutnya (Ismail Abdullah, 1999). Situasi ini telah memberi kesan kepada
pengalaman pembelajaran pelajar kerana pensyarah kesuntukan masa untuk
membuat persediaan yang secukupnya sebelum masuk ke dalam kelas. Tekanan
masa dan peningkatan beban kerja dilihat tidak sepadan.

Penemuan dari kajian Nuratiqah Seman (2005) turut menyatakan bahawa


wujudnya rungutan pensyarah berkaitan ISO iaitu Fail Rekod Pensyarah
memberikan tekanan menjelang audit dalaman dan banyak masa dihabiskan untuk
membuat persiapan menjelang audit. Ini kerana peningkatan kualiti ditentukan
menerusi pemeriksaan proses – proses dalam sesebuah organisasi dari aspek definisi
proses – proses, pembangunan proses dan rekabentuk proses (Mohd Shoki, et.al,
2002).

Jelas sekali masa yang banyak diperlukan untuk menyiapkan butiran dan
dokumen yang berkaitan dengan proses pengauditan ISO. Justeru itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah amalan pengurusan yang
mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi memberi
implikasi kepada pengurusan masa dalam konteks pensyarah di UTHM.

1.4 Matlamat Kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kesan pengurusan yang


mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi pensyarah
kepada pengurusan masa kendiri. Hasil dari kajian ini dapat memberi gambaran
sejauh manakah amalan ISO gunapakai, diterapkan dalam P&P (persediaan,
penyampaian, penilaian dan bimbingan) dan pendekatan yang diaplikasi oleh
pensyarah dalam aspek ”organizing, prioritizing & scheduling” masa kendiri untuk
memenuhi keperluan sebagai pendidik dan anggota dalam organisasi yang perlu
mematuhi piawaian ISO.

1.5 Objektif Kajian


a. Mengenal pasti tahap amalan pengurusan yang mengamalkan pendekatan
sistem ISO dalam kalangan pensyarah.

b. Mengenal pasti tahap penentuan keutamaan tugas pensyarah sebagai


seorang pendidik dan anggota organisasi yang mengamalkan piawaian
ISO dalam prosedur pengurusan.

c. Mengenal pasti tahap amalan pengurusan masa yang efektif dalam


kalangan pensyarah dalam urusan harian.

d. Mengenal pasti tahap perubahan yang berlaku kepada pensyarah hasil


dari perlaksanaan prosedur ISO dalam perihal yang melibatkan P&P.

1.6 Persoalan Kajian

a. Adakah pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem ISO dapat


membantu pensyarah mengelolakan (organizing) masa kendiri?

b. Adakah prinsip mengutamakan (prioritizing) dalam urusan kerja seharian


sebagai anggota organisasi ISO dan pendidik diamalkan oleh pensyarah?

c. Apakah amalan menjadualkan (scheduling) dalam urusan seharian


pensyarah dipraktikkan?

d. Sejauh manakah perubahan yang berlaku dari aspek pengurusan masa


kendiri pensyarah hasil dari guna pakai prosedur ISO dalam urusan yang
melibatkan proses P&P?
1.7 Skop Kajian

Kajian ini difokuskan kepada dua prinsip asas amalan MS ISO 9000:2000
iaitu pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota
organisasi. Untuk prinsip pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem, aspek
yang dikaji adalah dari segi pengurusan masa untuk proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu persediaan, penyampaian, penilaian dan bimbingan. Keempat –
empat aspek ini meliputi masa sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.

Bagi prinsip penglibatan anggota organisasi, aspek yang dikaji adalah


penglibatan pensyarah dalam organisasi yang berkaitan kualiti sama ada diperingkat
jabatan, fakulti ataupun universiti terutama aspek pematuhan dan dokumentasi
prosedur kerja dan fail meja pensyarah. Elemen pengurusan masa kendiri
(organizing, prioritizing & scheduling) pensyarah dalam memberikan komitmen
yang terbaik kepada semua aspek – aspek ini dikaji dan dinilai secara mendalam.
Kedua – dua prinsip amalan ISO ini saling berkaitan antara satu sama lain kerana
penglibatan pensyarah sebagai anggota sesuatu organisasi memerlukan mereka
mengamalkan satu pendekatan sistem yang efektif bagi memastikan masa mereka
diurus dengan sebaiknya. Mekanisma pengurusan masa yang efisien adalah kunci
untuk memastikan kelancaran urusan harian (S. Hart-Hester, 2003).

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini penting bagi membantu pensyarah dan UTHM
dalam mewujudkan satu iklim pengurusan yang positif. Ini kerana terdapat
penemuan dalam kajian terdahulu yang menyatakan staf akademik menerima
tekanan hasil dari beban kerja yang berlebihan dan tekanan masa (Anne Stevenson
dan Sarah Harper, 2006) dan fokus pendidik dalam “core business” sistem
pendidikan, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran semakin berkurang akibat
bebanan tugas “perkeranian” dan pentadbiran yang tidak sepatutnya (Ismail
Abdullah, 1999).

Oleh yang demikian, kajian ini kelak diharapkan dapat memberikan


sumbangan kepada UTHM sebagai panduan dan tindakan selanjutnya seperti:

i. Memberikan input mengenai implikasi ISO terhadap pengurusan masa


kendiri dalam kalangan pensyarah, khususnya di UTHM terutamanya
yang melibatkan aspek bebanan kerja dan tekanan masa.

ii. Membantu memberikan input sistem pengurusan yang sedia ada agar
lebih mesra pensyarah dan pada masa yang sama menjurus kepada
penambahbaikan yang berterusan kepada sistem kualiti yang sedia ada.

iii. Memberikan input mengenai aspek pengurusan masa pensyarah di


UTHM untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti dalam
bidang pendidikan serta komitmen sebagai anggota organisasi yang perlu
mematuhi amalan dan prosedur sistem kualiti seperti yang digariskan
oleh universiti.

iv. Memberi cadangan penambahbaikan secara berterusan kepada UTHM


dalam menerapkan mutu kerja yang berkualiti dalam kalangan warga
pensyarah menerusi amalan pengurusan yang menggunakan sistem dan
penglibatan anggota oraganisasi.
1.9 Batasan Kajian

Kajian ini tertumpu kepada pensyarah – pensyarah di tiga buah fakulti di


UTHM iaitu Fakulti Pendidikan Teknikal (FPTek), Fakulti Teknologi Maklumat &
Multimedia (FTMM) dan Fakulti Pengurusan Teknologi (FPT). Sampel yang dipilih
hanya merangkumi pensyarah dari tiga fakulti ini sahaja, ini kerana kajian terdahulu
oleh Wan Noor Hin (2005) telah dilaksanakan kepada fakulti kejuruteraan. Oleh
yang demikian, pengkaji tidak ingin mendapatkan sampel dari populasi yang sama
bagi kajian yang akan dilakukan ini kelak. Selain daripada itu, kajian ini hanya
melibatkan pensyarah dari tiga fakulti sahaja di UTHM berbanding dengan jumlah
sebenar pensyarah di UTHM disebabkan kekangan masa pengkaji untuk memenuhi
keperluan jumlah jam kuliah dan jangka masa kajian yang terhad kepada tiga
semester pengajian untuk menyiapkan kajian ini.

Data yang diperolehi dari kaji selidik hanya tepat pada masa kajian ini
dijalankan sahaja. Ketepatan dan kebolehpercayaan hasil kajian ini bergantung
kepada keterbukaan responden dalam memberikan jawapan, pendapat, persepsi
mereka secara ikhlas dan jujur. Pengkaji hanya melaksanakan penyelidikan bagi
mengkaji dua prinsip asas amalan ISO sahaja kerana wujud keperluan supaya kajian
ini diselesaikan dalam jangka masa yang terhad. Situasi yang sama turut dialami
oleh pengkaji yang terdahulu. Oleh itu, pengkaji turut mengambil pendekatan yang
sama demi memastikan kajian disiapkan dalam jangka masa yang diberikan.

1.10 Kerangka Konsep

Kerangka konsep digunapakai bagi menjelaskan secara grafik atau dalam


bentuk cerita tentang kajian yang bakal dilaksanakan. Kajian ini dilaksanakan untuk
mengenal pasti implikasi amalan ISO terhadap pengurusan masa kendiri dalam
kalangan pensyarah di tiga buah fakulti di UTHM iaitu Fakulti Pendidikan Teknikal,
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia.
Implikasi yang wujud adalah berasaskan dua prinsip amalan ISO yang dipilih untuk
kajian ini iaitu faktor pengurusan yang mengamalkan sistem dan penglibatan
anggota organisasi.

Kedua – dua faktor ini saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama
lain dalam memberi kesan kepada pengurusan masa kendiri pensyarah. Hasil dari
kajian ini diharapkan dapat memberi input dan panduan kepada pihak universiti
dalam menilai kemampuan dan keupayaan pensyarah dalam menguruskan masa
untuk memenuhi keperluan proses P&P dan penglibatan dalam organisasi di
peringkat jabatan, fakulti dan universiti.

Pengkaji menggunakan kerangka konsep yang didaptasi dari Wan Noor Hin
(2005) bagi menjelaskan turutan dan perjalanan kajian ini dalam merungkai
permasalahan kajian sehinggalah ke peringkat mendapatkan hasil kajian yang
diharapkan kelak (Rajah 1.1). Terdapat dua prinsip asas amalan MS ISO 9000:2000
yang dikaji dalam kajian ini dari jumlah lapan kesemuanya iaitu pengurusan yang
mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi.

Untuk prinsip pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem, aspek yang


dikaji adalah dari segi pengurusan masa untuk persediaan, penyampaian, penilaian
dan bimbingan. Keempat – empat aspek ini meliputi masa sebelum, semasa dan
selepas proses P&P berlangsung. Bagi prinsip penglibatan anggota organisasi, aspek
yang dikaji adalah penglibatan pensyarah dalam organisasi yang berkaitan kualiti
sama ada diperingkat jabatan, fakulti ataupun universiti dan tanggungjawab utama
mereka sebagai pendidik yang terlibat secara langsung dengan proses P&P. Elemen
pengurusan masa kendiri pensyarah dalam memberikan komitmen yang terbaik
kepada semua aspek – aspek ini telah dikaji dan dinilai secara mendalam.

Kedua – dua prinsip amalan ISO ini dilihat memberi implikasi yang
tersendiri kepada pengurusan masa kendiri pensyarah. Implikasi yang berlaku
kepada pengurusan masa kendiri pensyarah dikaji dari segi mengelola (organizing),
mengutamakan (prioritizing) dan menjadualkan (scheduling). Seterusnya implikasi
ISO terhadap pengurusan masa kendiri dalam kalangan pensyarah Fakulti
Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi
Maklumat dan Multimedia dapat dikemukakan berdasarkan hasil dapatan kajian ini.

DUA
Amalan Asas MS ISO 9000

Pengurusan yang
mengamalkan Penglibatan anggota
pendekatan sistem dalam organisasi dalam aspek
P&P pengurusan ISO
Persediaan
RPP04
Pengurusan ISO
Penyampaian
RPP04
Prosedur Kerja
[RPP03 & RPP04]
Penilaian
Fail Meja Pensyarah
RPP04

Bimbingan
RPP03

Implikasi kepada pengurusan masa kendiri pensyarah dari segi;

i. Mengelola (Organizing)
ii. Mengutamakan (Prioritizing)
iii. Menjadualkan (Scheduling)

Rajah 1.1: Kerangka Konsep

1.11 Definisi Konseptual

Di dalam kajian yang telah dilaksanakan ini, pengkaji menggunapakai


beberapa konsep dan operasi yang tertentu bagi memperincikan beberapa aspek yang
berkaitan kajian. Definisi bagi konsep dan operasi yang digunakan dalam kajian ini
adalah seperti berikut:
i. ISO

Satu siri standard atau piawaian antarabangsa bagi sistem kualiti yang
digunapakai sebagai syarat atau keperluan serta cadangan untuk
merekabentuk dan penilaian sistem pengurusan yang menjadi
panduan kepada kakitangan dalam menjalankan tugas (PKPA, 1992).
ISO dirujuk dalam kajian ini sebagai kualiti ataupun standard yang
wujud dalam sistem pengurusan UTHM pada masa kini.

ii. MS ISO 9001:2000

Edisi ini menggantikan kesemua model standard versi tahun 1994


iaitu MS ISO 9001:1994, MS ISO 9002:1994 dan MS ISO
9003:1994. Organisasi hendaklah mematuhi keperluan MS ISO
9001:2000 untuk tujuan pensijilan. Matlamat standard ini ialah untuk
mewujud dan melaksanakan sistem kualiti yang cekap dan berkesan
untuk kepuasan hati pelanggan sesebuah organisasi. Dalam kajian
ini, MS ISO 9001:2000 adalah penarafan yang diperolehi oleh UTHM
dan prosedur serta amalannya digunapakai di institusi ini.

iii. Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

Pensyarah memberikan tunjuk ajar sama ada dari aspek cara,


perbuatan atau lisan sebagai bimbingan dan panduan supaya segala
yang ditunjukkan diikuti dan proses di mana perhubungan dua hala
antara pensyarah dan pelajar tentang aspek pendidikan. Dalam kajian
ini, pengajaran dan pembelajaran (P&P) dirujuk sebagai fokus utama
(core business) pensyarah dalam sistem pendidikan selari dengan
hasil penulisan oleh Ismail Abdullah (1999) dalam kertas projek yang
bertajuk Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 Di Sekolah:
Hubungkait Status Perlaksanaan Dengan Kualiti Dan Produktiviti
Guru.

iv. Pengurusan Kualiti

Definisi pengurusan kualiti ialah suatu aplikasi kerangka kualiti


dalam kesemua proses aktiviti organisasi bagi memastikan kualiti
dalam pengurusan (PKPA, 1992). Perjalanan sesebuah organisasi
dipandu berdasarkan garis panduan pengurusan kualiti yang telah
ditetapkan. Dalam kajian ini, pengurusan kualiti merujuk kepada
aspek pengajaran dan pembelajaran iaitu dari segi kualiti pengajaran
(penyampaian dan persediaan), penilaian dan bimbingan.

v. Kendiri

Kendiri didefinisikan oleh Azizi Yahya (2005) sebagai pelakuan bagi


pihak diri sendiri. Dalam kajian ini, pengurusan masa kendiri
pensyarah merujuk kepada bagaimana pensyarah menguruskan masa
mereka sendiri agar semua urusan seharian lancar dan teratur.

vi. Penglibatan Anggota Organisasi

Semua anggota merupakan sumber penting kepada organisasi.


Penglibatan dan kompetensi anggota – anggota ini amat diperlukan
untuk menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi (PKPA,
1992). Dalam kajian ini, pensyarah merupakan seorang anggota
organisasi yang mengamalkan ISO dalam urusan seharian di UTHM
dan terlibat secara langsung dengan proses P&P dan tugas
pengurusan. Pengurusan yang dimaksudkan ialah aspek pematuhan
dan dokumentasi prosedur kerja dan fail meja pensyarah.

vii. Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem

Pendekatan sistem bermakna semua proses yang ada hubungkait


dikenalpasti dan diuruskan dengan baik supaya objektif organisasi
dapat dicapai dengan lebih berkesan dan cekap (PKPA, 1992).
Pensyarah di UTHM perlu merangka pendekatan yang sistematik agar
objektif kualiti UTHM tercapai.

viii. Pengurusan Masa Kendiri

Pengurusan masa kendiri merujuk proses mengenalpasti bagaimana


masa dihabiskan dan menghargai masa yang dibazirkan oleh diri
sendiri (Norlida Abd Halim & Jurina Pieei, 1994). Dalam konteks
kajian ini, pengurusan masa kendiri merujuk kepada proses
mengelola, menjadual dan mengutama masa kendiri pensyarah.

1.12 Kesimpulan

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah implikasi


amalan ISO yang mempengaruhi pengurusan masa pensyarah. Ini kerana pensyarah
perlu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, namun dalam pada masa
yang sama turut terlibat dengan tugasan pentadbiran sebagai anggota organisasi yang
mengamalkan sistem pengurusan kualiti dalam amalan pengurusan harian. Pengkaji
berharap hasil kajian ini dapat memberi maklumat baru kepada UTHM khususnya,
berhubung kesan amalan ISO kepada pensyarah dari aspek pengurusan masa. Ini
kerana terdapat penemuan dalam kajian yang terdahulu yang menyatakan bahawa
pensyarah menghadapi tekanan akibat bebanan kerja yang berlebihan dan kekangan
masa serta wujud persoalan kenapa pensyarah perlu melaksanakan tugasan
pentadbiran walaupun “core business” mereka dalam sistem pendidikan adalah yang
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran (Ismail Abdullah, 1999). Situasi
yang berlaku telah menjurus kepada keperluan agar kajian ini dilaksanakan bagi
mengkaji implikasi ISO kepada aspek pengurusan masa kendiri pensyarah di
UTHM.

BAB II
KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam melaksanakan sesuatu kajian, pengkaji perlu mempunyai pengetahuan


dan informasi secara terpeinci tentang kajian yang bakal dilaksanakan. Oleh itu,
kajian litaratur merupakan langkah utama untuk membantu pengkaji mendapatkan
gambaran dan panduan kajian yang terdahulu dan seterusnya menjelaskan aspek –
aspek yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan kelak. Antara faktor
penting perlaksanaan kajian literatur dalam sesuatu kajian ialah untuk mengelakkan
sebarang pencarian maklumat yang tidak diperlukan (Wan Noor Hin, 2005).

Manfaat lain yang diperoleh oleh pengkaji apabila membuat kajian literatur
ialah membantu pengkaji merangka fasa reka bentuk kajian, membuat keputusan
tentang apakah jenis – jenis pemboleh ubah yang harus diambil kira dan diuji,
membuat prosedur kajian dan sebagainya (Bordens dan Abbott, 2002). Oleh yang
demikian, dalam bab ini pengkaji mengemukakan tinjauan yang dilakukan ke atas
bahan penulisan dan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini. Aspek – aspek
dalam tinjauan tersebut meliputi kualiti dalam pendidikan, ISO, prinsip pengurusan
yang mengamalkan pendekatan sistem dan penglibatan anggota organisasi, serta
pengurusan masa kendiri.

2.2 Kualiti Dalam Pendidikan


Menurut Oakland (1996), kualiti bermaksud memenuhi keperluan dan
kebolehpercayaan. Beliau turut menyatakan sebahagian kebolehterimaan sesuatu
keluaran atau perkhidmatan akan bergantung kepada keupayaannya berfungsi
dengan memuaskan dalam tempoh masa dan aspek prestasi inilah yang dinamakan
kebolehpercayaan. Situasi yang sama turut berlaku dalam konteks kualiti dalam
pendidikan. Kualiti dalam pendidikan merangkumi standard atau taraf
pembelajaran, keberkesanan pengajaran, kelicinan pengurusan, kepuasan kerja di
kalangan para pengajar dan pelajar, kesesuaian dan kemanfaatan ilmu, dan
kemahiran yang diperoleh daripada sekolah dan institusi pengajian tinggi, perasaan
yakin diri untuk bertanding (competitiveness), perasaan banggakan negara, bangsa
dan budaya, megahkan pencapaian negara termasuk pengiktirafan yang diperoleh
oleh pemimpin negara dan bermacam – macam lagi (Robiah, 1998). Kualiti dalam
pendidikan banyak dikaitkan dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian, adalah penting bagi mewujudkan suasana yang selesa untuk
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, tenaga pengajar yang lebih berinovasi
dan kreatif sesuai dengan teknologi, ekonomi dan sosio - budaya dalam bidang
pendidikan.

Organisasi dan institusi pendidikan perlu mengenal pasti aspek – aspek yang
perlu diberi keutamaan bagi memastikan kualiti pendidikan terpelihara dan terjamin.
Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah dari sudut budaya institusi,
perancangan, pembangunan institusi, kaedah pemantauan dan perkembangan staf
akademik dan sokongan (Wan Noor Hin, 2005). Pensyarah yang berkualiti adalah
pensyarah yang dapat memenuhi kehendak pelajar dan objektif mereka dari segi
kecemerlangan sikap, pengetahuan yang baik dalam bidang pengajaran, sijil
perguruan dan pengalaman mengajar yang baik terutama dari segi penguasaan
kemahiran. Kenyataan ini dibuat oleh Robiah (1998) dan beliau turut menyatakan
pensyarah dan pengajar adalah kunci kepada keberkesanan dan kualiti pendidikan.

Perhatian utama pendidikan di abad ke – 21 adalah untuk mempersiapkan


kehidupan dan pekerjaan bagi masyarakat (Triling dan Hood, 1999) dan proses
membentuk masyarakat yang berpengetahuan dipikul oleh dunia pendidikan. Nelson
(2005) dalam penulisannya tentang pengurusan masa untuk guru menyatakan
bahawa tugas pentadbiran yang kian bertambah, kurikulum kebangsaan, ujian baru
dan penandaan kerja murid menyebabkan golongan guru kini semakin tertekan.
Wujud satu persoalan besar, bagaimanakah guru menguruskan masa demi
menghadapi tanggungjawab yang kian bertambah setelah menghabiskan masa
selama lima jam ataupun lebih lama lagi. Tugasan golongan pendidik semakin
bertambah dan mencabar seiring dengan aspek pendidikan yang menjadi keutamaan
dalam sesebuah negara yang sedang membangun. Bahan kerja guru semakin
bertambah memandangkan ibu bapa dan masyarakat telah menaruh harapan yang
tinggi kepada guru – guru untuk mendidik anak – anak mereka dan sering kali
golongan pendidik dipertikai jika hasrat dan harapan ini tidak tercapai (Ong Mek
Hion, 2005).

2.3 ISO

ISO merupakan siri panduan dan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan


untuk kegunaan penilaian dan persijilan organisasi yang telah melaksanakan Sistem
Pengurusan Kualiti. ISO 9000:2000 adalah merujuk kepada sistem pengurusan
kualiti berasaskan piawai antarabangsa mengikut versi tahun 2000 seperti yang
dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 dalam
Perkhidmatan Awam (2002).
Terdapat tiga standard dalam siri standard MS ISO 9000:2000 seperti yang
termaktub dalam Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 dalam
Perkhidmatan Awam (2002). Standard – standard ini adalah:

a. MS ISO 9000:2000 bertajuk “Quality Management Systems –


Fundamentals and Vocabulary”. Standard ini menggariskan konsep,
prinsip asas dan tafsiran bagi sistem pengurusan kualiti. Sijil tidak akan
dikeluarkan kepada organisasi yang menggunakan standard ini;
b. MS ISO 9001:2000 bertajuk “Quality Managements Systems -
Requirements”. Standard ini menggariskan keperluan – keperluan yang
perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti. Standard ini adalah edisi
ketiga bagi standard MS ISO 9001. Edisi pertama dikeluarkan dalam
tahun 1987 dan edisi kedua dikeluarkan dalam tahun 1994. Edisi ketiga
ini menggantikan kesemua model standard versi tahun 1994 iaitu MS ISO
9001:1994, MS ISO 9002:1994 dan MS ISO 9003:1994. Organisasi
hendaklah mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2000 untuk tujuan
persijilan; dan

c. MS ISO 9004:2000 bertajuk “Quality Managements Systems –


Guidelines for Performance Improvements”. Standard ini memberi
panduan untuk penambahbaikan secara berterusan prestasi keseluruhan
sesuatu organisasi. Tiada sijil dikeluarkan kepada organisasi yang
menggunakan standard ini.

UTHM telah berjaya memperoleh piawaian MS ISO 9001:2000 pada tahun


2001 dan piawaian ini memberi tumpuan kepada kecekapan sistem pengurusan
kualiti dalam memenuhi keperluan pelanggan. Keperluan – keperluan standard ISO
9001:2000 bermula daripada seksyen empat dalam dokumen standard MS ISO
9000:2000 yang dikeluarkan oleh SIRIM. Keperluan – keperluan ini adalah seperti
dalam Jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1: Keperluan Standard ISO 9001:2000


Seksyen Keperluan
4 Sistem Pengurusan Kualiti
5 Tanggungjawab Pengurusan
6 Pengurusan Sumber
7 Penghasilan Produk
8 Pengurusan, Analisis dan Penambahbaikan
2.4 Prinsip Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem

Bagi mencapai kejayaan, sesebuah organisasi perlu diurus dengan sistematik.


Kejayaan boleh dicapai melalui perlaksanaan sistem pengurusan kualiti yang
memberi tumpuan kepada peningkatan secara berterusan dan keberkesanan prestasi
organisasi dengan mengambil kira kehendak pihak – pihak yang berkepentingan.
Sistem pengurusan yang berkualiti yang diwujudkan adalah bertujuan untuk
mencapai objektif organisasi dan ia terdiri daripada hubung kait antara beberapa
proses yang perlu didokumenkan. Berdasarkan dokumen Garis Panduan Bagi
Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam (2002), di antara
sebab – sebab mengapa MS ISO 9001:2000 meminta supaya dokumentasi
dilaksanakan adalah:

i. Mengenal pasti dengan jelas tanggungjawab dan cara menjalankan


sesuatu tugas di dalam sesebuah organisasi;

ii. Mengenal pasti “mekanisme kawalan” di dalam sesuatu proses bagi


memastikan keluaran mematuhi keperluan;

iii. Memastikan konsistensi kepada keluaran;

iv. Menyebarkan keperluan untuk mencapai objektif organisasi; dan

v. Menyediakan asas untuk penilaian dan penambahbaikan.

Dokumen – dokumen yang digunakan dalam sistem pengurusan kualiti


terdiri daripada dokumen yang diwujudkan oleh organisasi dan dokumen yang
diwujudkan oleh pihak luar organisasi. Pengurusan yang mengamalkan pendekatan
sistem memerlukan dokumen yang berkaitan dengan urusan dalaman dan luaran
organisasi dirujuk, diselia dan disimpan untuk rekod dan proses dokumentasi bagi
proses audit dalaman.

Berdasarkan teks ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Abdul Halim Bin
Ali semasa Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Khidmat Cemerlang UTM 1998,
perlaksanaan MS ISO 9000 akan membolehkan agensi – agensi kerajaan
mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang mempunyai prinsip dan ciri – ciri
berikut:

i. Pencegahan dan bukan mengatasi masalah setelah ianya berlaku;

ii. Kajian semula yang berterusan ke atas proses – proses yang kritikal dan
membuat tindakan pembetulan;

iii. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul
pertama kali dan setiap kali;

iv. Semua kerja adalah berasaskan kepada dasar dan prosedur yang
didokumenkan; dan

v. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk membuktikan tindakan


– tindakan yang telah dilaksanakan.

Sistem kualiti yang berasakan ciri –ciri ini akan dapat membantu
meningkatkan lagi keupayaan pihak pengurusan dalam membuat keputusan dengan
tepat, dapat mengawal input – input yang digunakan dalam proses, dapat mengawal
kos kualiti bagi kerja – kerja berulang dan tidak berkualiti serta berupaya
mengelakkan pembaziran masa, tenaga kerja dan wang ringgit.
2.5 Penglibatan Anggota Organisasi

Kualiti bukanlah tanggungjawab pihak pengurusan semata – mata, tetapi


merupakan tanggungjawab semua ahli anggota dalam organisasi (Omar Din, 2002).
Ia memerlukan sumbangan bersama setiap ahli anggota untuk menjayakan usaha
penambahbaikan kualiti. Staf yang lebih arif berkenaan kerjanya sendiri sepatutnya
berperanan di posisinya dengan baik untuk menambahbaikkan proses kerja masing –
masing.

Walau bagaimanapun, penambahbaikan kualiti bukanlah usaha yang boleh


diserahkan kepada anggota organisasi secara individu. Ia adalah proses yang
kompleks dan melibatkan banyak pihak serta memerlukan penglibatan ramai staf.
Sohal, A. S., Samson, D. & Ramsay, L. (1998) pula menyatakan kerja berpasukan
dan pemberian kuasa merupakan antara cara yang didapati berkesan untuk
menggalakkan penglibatan staf. Kerja berpasukan boleh membantu menjalin
perasaan saling percaya – mempercayai, menambahbaikkan komunikasi dan
membentuk sikap saling bergantung di kalangan staf. Komunikasi yang berkesan
serta penglibatan staf pula dapat meningkatkan komitmen staf kepada kualiti (PKPA,
1992).
2.6 Aspek Pengurusan Kualiti Akademik di IPTA

Berdasarkan penulisan Md Zahir Kechot (2003) yang bertajuk “Persijilan


ISO dan Kualiti Akademik IPTA”, beliau menyatakan untuk mendapatkan sijil ISO,
sesebuah organisasi perlu menyediakan dokumen utama di samping dokumen
tambahan. Dokumen utama kepada ISO 9001:2000 terdiri daripada manual kualiti,
prosedur kualiti dan arahan kerja. Berbanding dengan prosedur kualiti dan arahan
kerja, manual kualiti merupakan panduan am mengenai:

i. Sistem pengurusan kualiti


ii. Tanggungjawab pengurusan
iii. Pengurusan sumber
iv. Realisasi output/perkhidmatan dan
v. Pengukuran, analisis dan penambahbaikan

2.6.1 Prosedur Kualiti

Tidak seperti manual kualiti, prosedur kualiti pula bersifat lebih khusus. Ia
memperincikan sekurang-kurangnya enam prosedur seperti berikut:

i. Prosedur Kawalan Dokumen


ii. Prosedur Kawalan Rekod
iii. Prosedur Audit Kualiti Dalaman
iv. Prosedur Kawalan Ketidakpatuhan
v. Prosedur Tindakan Pembetulan
vi. Prosedur Tindakan Pencegahan

Kesemua prosedur kualiti ini dapat dijadikan panduan dan diguna pakai
semasa perlaksanaan sistem pengurusan kualiti sesebuah organisasi. Kedua-dua
dokumen utama seperti di atas akan diteliti dan diperiksa semasa audit
kecukupan/audit dokumen oleh badan persijilan luar yang dipilih.

2.6.2 Arahan Kerja

Arahan kerja pula merupakan dokumen yang lebih terfokus kepada proses
dan kegiatan sebuah organisasi. Ia memperincikan proses/aktiviti yang diliputi
dalam skop persijilan. Sebagai contoh, skop persijilan kepada program pengajian
prasiswazah boleh dimulakan dengan proses pengambilan pelajar. Ini diikuti dengan
pendaftaran pelajar, pengajaran, pengurusan peperiksaan dan pengijazahan. Kelima-
lima proses ini saling berkaitan dan dapat memberi kesan kepada kualiti
perkhidmatan yang dihasilkan.

Kesannya terhadap kualiti akan lebih ketara dan terserlah jika ia dilaksanakan
secara serentak dan secara menyeluruh. Namun begitu dari segi realitinya, adalah
kurang bijak jika skop persijilan yang luas dan menyeluruh menjadi penghalang
utama yang menyebabkan sebuah organisasi gagal mendapatkan sijil ISO kesan dari
kegagalan organisasi memenuhi keperluan audit pematuhan yang memerlukan
pembudayaan cara kerja berkualiti dan penambahbaikan secara berterusan. Kalau
pun sesebuah organisasi berjaya mendapatkan sijil, skop persijilan yang luas akan
mengambil masa yang panjang dengan kos yang tinggi.

Oleh yang demikian pendekatan berasaskan strategi yang bersifat sederhana


dicadangkan kerana ia lebih selesa. Strategi ini lebih realistik. Ia sesuai dengan cara
kerja, kesediaan dan keupayaan warga organisasi dalam mengikut rentak arus
perubahan melalui proses persijilan.

2.6.3 Strategi Persijilan dan Skop Persijilan

Pendekatan persijilan dengan memfokuskan pengurusan peperiksaan sebagai


contoh adalah selaras dengan strategi perlaksanaan yang bersifat sederhana. Ia
merupakan strategi yang berasas. Strategi ini menekankan aspek pemantapan
terlebih dahulu sebelum sesuatu skop persijilan itu diperluaskan. Aspek ini amat
penting terutamanya semasa persediaan organisasi bagi menghadapi audit susulan
iaitu audit selepas sesebuah organisasi dianugerahkan sijil ISO.

Adalah tidak dapat dinafikan aktiviti yang terlibat dalam proses peperiksaan
itu sendiri agak komprehensif. Ia melibatkan lebih daripada 122 aktiviti kecil
(pengalaman UKM) yang mencakupi proses pendaftaran memasuki peperiksaan,
penyediaan jadual waktu peperiksaan, penyediaan kertas soalan, pencetakan,
pembungkusan, pengendalian peperiksaan, pemeriksaan kertas jawapan dan
pengesahan keputusan peperiksaan. Jika semua proses yang didokumenkan
dipatuhi, kualiti pengurusan peperiksaan dapat dipertanggungjawabkan.

Arahan atau prosedur kerja yang komprehensif dapat menghindarkan atau


meminimumkan ketidakselesaan pelajar berkaitan dengan insiden kekeliruan jadual
waktu peperiksaan, kekaburan atau kesilapan dalam kertas soalan, ketidaklancaran
perjalanan peperiksaan dan pelbagai kelemahan lain seperti kebocoran kertas soalan,
kesilapan semasa pemeriksaan skrip jawapan dan kesilapan dalam kemasukan gred.
Dengan adanya arahan kerja yang terperinci ia dapat memberi keselesaan kepada
para pelajar. Ia memudahkan pensyarah dan pengurusan peperiksaan. Di samping
ini ia dapat meningkatkan keyakinan awam terhadap kualiti ijazah yang dikeluarkan
kesan daripada pengurusan peperiksaan yang berkualiti.

2.6.4 Amalan Penambahbaikan

Selaras dengan dasar persijilan ISO 9001:2000, amalan penambahbaikan dan


tindakan pencegahan merupakan suatu keperluan. Dalam aspek penggubalan soalan
misalnya, di peringkat awal arahan kerja lebih sesuai bersifat umum dan tidak
bersifat terlalu mengikat. Arahan kerja misalnya hanya menyatakan iaitu ‘semua
kertas soalan perlu ditaksir’. Cara pelaksanaannya terpulang kepada budi bicara
fakulti masing-masing. Secara umumnya aspek penaksiran kertas soalan peperiksaan
di peringkat universiti merupakan amalan baru kepada kebanyakan fakulti. Ia
merupakan isu yang sensitif kepada sesetengah pihak. Namun begitu kita tidak
dapat lari dari hakikat iaitu sebagai manusia biasa, kakitangan akademik juga tidak
sepi dari sebarang kelemahan.
Kelemahan dalam penggubalan soalan misalnya berlaku kesan dari
ketidakjelasan, ketidakseimbangan dan ketidaksesuaian aras kepayahan sesuatu
soalan. Jika ini tidak diberi perhatian oleh penggubal kertas soalan, soalan yang
digubal berkemungkinan boleh dipersoalkan dari aspek kebolehpercayaan dan
kesahannya. Oleh yang demikian aspek ini adalah penting untuk diberi perhatian
demi untuk menjamin kualiti akademik pada masa kini dan masa akan datang. Ia
dapat dilakukan secara berperingkat apabila kerangka sistem pengurusan kerja telah
dibina, aspek latihan berkaitan disediakan dan budaya kerja berkualiti dijadikan
amalan.

2.6.5 Perluasan Skop Persijilan

Selepas budaya kerja berkualiti diterap dan diamalkan, skop persijilan


dicadangkan untuk diperluaskan secara rasmi atau tidak rasmi. Peluasan skop
persijilan secara rasmi berlaku jika skop persijilan yang baru itu didaftarkan dengan
agensi yang mengeluarkan sijil. Ia dianggap sebagai tidak rasmi jika ia tidak
didaftarkan biarpun semua dokumen yang diperlukan disediakan dan dipatuhi.
Pendekatan ini dikenali sebagi pendekatan ala pengurusan ISO. Kedua-dua
alternatif mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Kedua-dua
pendekatan dapat memberi kesan kepada kualiti program pengajian dengan lebih
baik.

Skop persijilan boleh diperluaskan ke bahagian, fakulti atau unit lain yang
tidak diliputi dalam skop persijilan sebelum daripada ini. Untuk menjimatkan kos
operasi, kita tidak perlu mensijilkan setiap bahagian, fakulti atau unit atau setiap
proses secara berasingan. Jika skop persijilan hendak dilakukan secara rasmi, adalah
bersesuaian diperlebar skopnya. Dalam konteks program prasiswazah, persijilan
dapat diperlebar meliputi proses pengambilan pelajar dan proses pengajaran. Proses
pengambilan pelajar adalah penting dalam menjamin universiti memperoleh calon
yang berkualiti. Ia penting sebagai input yang akan memberi kesan secara langsung
kepada penghasilan output yang berkualiti. Seperti aspek input, proses pengajaran
juga penting dalam pembentukan, penghasilan dan penjaminan output. Satu hakikat
yang tidak dapat dinafikan, pemegang ijazah sarjana dan Ph.D yang cemerlang
dalam bidang tertentu secara khusus tidak semestinya akan menjadi pengajar yang
berkesan dan berkualiti walaupun telah mengajar untuk sekian lama. Untuk tujuan
ini, pendedahan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran diberi kepada semua
kakitangan akademik.

Selaras dengan usaha ke arah universiti penyelidikan yang unggul, sistem


pengurusan kualiti ISO sesuai diperluaskan untuk meliputi program pengajian di
peringkat siswazah dan pengurusan penyelidikan. Proses dan sistem pengurusan
kualiti yang meliputi aspek pengajaran, penyelidikan dan perundingan yang bersifat
menyeluruh dapat memperkasa lagi usaha murni menjadikan universiti sebagai pusat
ilmu terpilih. Sehubungan dengan ini, program persijilan ISO perlu diselaraskan dan
disepadukan secara harmoni dengan semua bahagian/fakulti atau unit yang telah dan
akan mendapatkan sijil untuk menghindarkan sebarang konflik yang akan menjejas
kualiti akademik itu sendiri disamping dapat menjimatkan kos.

2.6.6 Realiti dan Penghambat Kualiti

Sistem pengurusan kualiti ISO merupakan sistem yang mendapat


pengiktirafan antarabangsa. Sistem ini menekankan kepada keperluan penyediaan
dokumen dan rekod. Sistem pengurusan kualiti berasaskan persijilan ISO 9001:2000
menjadi berkesan apabila:

i. Mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya pengurusan


atasan.
ii. Skop persijilan adalah terhadap aktiviti asas (core business) dan
bersifat menyeluruh.
iii. Budaya kerja berkualiti diterima dan diamalkan oleh warga
organisasi.
iv. Melibatkan pendekatan ramai serta, fokus kepada pelanggan dan
mengamalkan aliran pengurusan humanistik atau holistik.

Pendekatan sistem pengurusan kualiti ISO melalui pendekatan proses dan


sistem berupaya mengubah dan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung
kepada kualiti sesuatu program atau organisasi. Ia juga berupaya mengubah gelagat
dan budaya kerja sesebuah organisasi kepada kecekapan dan keberkesanan. Namun
begitu perkara ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Ini kerana perubahan
yang dibawa melalui sistem pengurusan kualiti tidak semestinya akan diterima dan
menggembirakan semua pihak. Kesan daripada peraturan yang terlalu
mengongkong dan tidak fleksibel misalnya boleh menyebabkan universiti
kehilangan profesor atau pegawai yang unik, berwibawa, terkenal dan cekap. Di
pihak lain universiti dijangka akan menghadapi kesukaran untuk menarik bakal
pensyarah muda yang berpotensi dan cemerlang lantaran prosedur/arahan kerja yang
dirasakan begitu mengongkong. Kesemua perkara ini akan memberi kesan kepada
kemandirian dan kecemerlangan sesebuah universiti awam pada masa akan datang.

2.7 Pengurusan Masa Efektif

Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan.
Amer Syakir Zainol (2005) memperincikan bahawa setiap manusia diperuntukkan
masa sebanyak 24 jam sehari semalam dan penentuan sama ada manusia itu berjaya
atau tidak berjaya terpulang kepada cara pengurusan masa kendiri sama ada secara
efektif atau tidak. Beliau menyatakan pengurusan masa yang baik ialah apabila kita
dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti harian. Disiplin yang
dimaksudkan di sini adalah penggunaan jadual aktiviti harian. Semua aktiviti yang
disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lama aktiviti atau perlakuan
itu berlaku. Penggunaan masa yang berkualiti turut berkait rapat dengan aspek
pengurusan masa itu sendiri. Oleh sebab itu seharusnya perhatian yang khusus
diberi kepada dua perkara berikut iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang
digunakan.

Amer Syakir Zainol (2005) turut menggariskan beberapa perkara yang


berkaitan dengan prinsip asas pengurusan masa.

i. Mengubah tabiat lama yang negatif

Tabiat lama selalu juga disebut sebagai habit. Tabiat yang negatif
mesti dibuang dari ianya berada dalam diri. Jika selama ini kita
merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu
mengambil perhatian terhadap perkara ini. Tabiat seumpama ini perlu
diubah kerana tabiat ini adalah tabiat negatif yang begitu dominan
dalam diri manusia.

ii. Komunikasi

Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan


masa. Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita
tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Kita sering
membazirkan masa kita, kerana kita sering berkomunikasi dengan
cara yang tidak baik. Ramai antara kita mengatakan masa tidak
cukup. Sesungguhnya masa mencukupi tetapi cara kita menguruskan
masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi.

iii. Penumpuan

Penumpuan kepada urusan kerja adalah penting dalam memastikan


hasil kerja adalah berkualiti dan selalunya kita akan merasa bosan dan
jemu apabila melakukan perkara yang sama berulang kali. Aspek
penumpuan turut merangkumi disiplin diri untuk melaksanakan kerja
dalam jangka masa yang dirancang.

iv. Rehat

Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor


penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia
memerlukan rehat yang cukup. Kita sering menganggap bahawa tidur
yang cukup perlu untuk kualiti kerja yang tinggi. Dalam hal ini,
terdapat banyak definisi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang
baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang
tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti.
Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita benar-benar
terasa bahawa kita perlu tidur.

Amer Syakir Zainol (2005) turut menjelaskan bahawa prinsip asas kepada
pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa
dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa.
S. Hart – Hester (2003) dalam penulisannya bertajuk “Time Managers:
Secrets of Effective Leaders” memperincikan tentang enam strategi yang patut
diambil demi menjadi seorang pengurus masa yang baik. Strategi – strategi tersebut
ialah “Establish a Goal, Develop a “To Do” List, Establish an Efficient Routine,
Delegate, Set Timelines, Downtime”.

i. “Establish a Goal”

Secara dasarnya, proses menetapkan sasaran ataupun cita – cita


memerlukan seseorang itu mengetahui apa yang ingin dalam dicapai
di akhir jangka masa tertentu. Sasaran yang ingin dicapai perlu
dibuat secara spesifik dan perlu dielakkan dari membina sasaran yang
terlalu hebat dan terlalu sempurna. Sekiranya terdapat lebih dari satu
sasaran, adalah perlu dikelaskan dan diatur mengikut keutamaan.
Sesetengah tugas dan urusan perlu diselesaikan segera kerana
mempunyai keutamaan mengikut situasi, manakala terdapat urusan
yang merupakan pelengkap dan pilihan untuk dilaksanakan. Setiap
sasaran yang dibuat perlu disertakan dengan langkah yang teratur
bagi mencapainya.

ii. “Develop a “To Do” List”

Penyediaan “to do list” ataupun senarai tugas yang ingin dilakukan


adalah perlu demi memastikan kesinambungan kepada langkah untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan. Senarai yang disediakan perlu
bersandarkan kepada keutamaan sesuatu urusan. Ini kerana rutin
harian memberi kesan kepada senarai tugas yang dibina. Sekiranya
terdapat urusan yang “tertinggal” untuk diselesaikan pada masa yang
ditetapkan, urusan tersebut perlu diletakkan paling utama untuk
diselesaikan pada masa atau hari yang berikutnya. Proses
memecahkan kerja yang terlalu kompleks kepada pecahan yang lebih
kecil adalah langkah yang bijak untuk membantu kelancaran
melengkapkan tugas tersebut.

iii.“Establish an Efficient Routine”

Setiap insan mempunyai rutin harian yang tertentu dan diikuti saban
hari, namun begitu kebanyakan dari kita tidak mengetahui
keberkesanan rutin yang dilakukan kepada pengurusan masa harian.
Sering kali rutin tersebut dilihat sebagai paling sesuai dengan cara
hidup seseorang itu, tetapi hakikatnya rutin ini tidak semestinya
menggunakan masa secara efisien. Oleh yang demikian, adalah perlu
rutin ini disoroti dan dilihat secara terperinci agar masa efisien dapat
digunakan bagi sesuatu rutin yang dilakukan saban hari.
iv. “Delegate”

Strategi ini merupakan titik tolak kepada kejayaan pengurusan masa


seseorang. Ini kerana, proses ini memerlukan kerjasama dari rakan
sekerja dan mustahil untuk seseorang itu melaksanakan semua tugas
seorang diri. Proses menugaskan seseorang untuk melakukan tugas
bagi pihak kita memerlukan kepercayaan dan ketelusan bagi
memastikan kelancaran urusan ataupun kerja yang dibuat. Prinsip
yang perlu disematkan dalam fikiran seseorang pekerja dalam
sesebuah organisasi ialah “you have enough time to do anything, but
you just do not have enough time to do everything ”.

v. “Set Timelines”

Antara perkara penting dalam pengurusan masa adalah penetapan


masa yang munasabah dan spesifik dengan tugas atau urusan yang
ingin diselesaikan. Proses ini juga melibatkan penetapan masa yang
realistik dengan mengambil kira cabang tugas yang turut berkaitan
secara langsung dengan tugas utama.

vi. “Downtime”

Pengurus masa yang efektif menyedari akan kepentingan masa


senggang iaitu masa untuk merehatkan fizikal dan mental. Ini kerana
faktor rehat yang cukup adalah antara aspek yang perlu
dititikberatkan dalam pengurusan masa harian. Tidur sebentar (nap)
pada waktu tengah hari dapat memberi kesegaran kepada diri
seseorang itu. Adalah tidak wajar sekiranya masa diatur tanpa
penetapan masa rehat yang cukup.
Menurut Lakein. J (1974) terdapat tiga langkah utama untuk mewujudkan
pengurusan masa yang efektif seperti yang tertulis dalam buku karyanya “How to
Get Control of Your Time and Life”. Langkah – langkah tersebut ialah:

i. Mengelola (Organizing)

Masa yang terurus dengan baik akan membolehkan urusan dan kerja
diatur dengan teratur. Proses mengelola masa untuk hari baru perlu
dilakukan pada sebelah malam atau selewat – lewatnya pada awal
pagi sebelum memulakan urusan kerja sama ada sebagai pelajar atau
pekerja. Pada peringkat ini, tidak perlu ditentukan sebarang
keutamaan kerja dan urusan tetapi hanya perlu disenaraikan sebanyak
mungkin tugas yang perlu dilaksanakan. Tabiat ini dapat
mendisiplinkan diri dan akhirnya menjadi satu amalan.

ii. Mengutamakan (Prioritizing)

Peringkat seterusnya ialah menentukan keutamaan setiap urusan dan


kerja yang telah disenaraikan. Penentuan keutamaan sesuatu tugasan
dibuat berdasarkan tarikh akhir (dateline), keperluan yang mendesak
dan lain – lain aspek yang menjurus kepada keutamaan kerja tersebut
untuk disiapkan terlebih dahulu. Sikap melengah – lengahkan masa
atas alasan inginkan ruang untuk rehat yang cukup tidak patut
diamalkan. Ini kerana kerja yang dibiarkan tertangguh hingga ke saat
akhir adalah satu amalan pengurusan masa yang lemah dan dilihat
kurang efektif. Walaupun wujud kemungkinan terdapat sebab yang
tidak dapat dielakkan hingga menyebabkan kerja tersebut ditunda
hingga ke saat akhir, adalah lebih baik meminimumkan kemungkinan
untuk perkara tersebut berlaku.

iii. Menjadualkan (Scheduling)


Setelah selesai melakukan penentuan keutamaan sesuatu tugasan,
adalah perlu untuk menyesuaikan tugasan tersebut dengan amalan
seharian seperti masa rehat, tidur, masa kerja dan lain – lain rutin
harian. Proses melakukan penyesuaian antara tugasan dan rutin
harian memerlukan satu penjadualan masa yang selari dengan
kehidupan seharian. Penjadualan yang dilakukan perlulah fleksibel
dengan menentukan masa senggang dan keperluan sosial turut
dipenuhi. Selain dari itu, perlu disediakan satu pelan luar jangka bagi
menghadapi kemungkinan yang tidak disangka – sangka. Adalah
tidak relevan sekiranya setiap minit dalam masa seharian ditentukan
secara tetap. Jadual yang dibina perlu realistik dan yang paling
penting dapat dipatuhi sebaiknya, bukan sekadar catatan semata –
mata.

Lakein. J (1974) turut menyatakan cara yang terbaik untuk mengintegrasikan


ketiga – tiga langkah tersebut adalah melalui cara pembinaan senarai tindakan (to do
list). Beberapa aspek perlu dipertimbangkan dalam proses membina senarai
tersebut. Aspek yang pertama adalah senarai yang dibina perlulah realistik dengan
masa yang dianggar untuk disiapkan. Kesetaraan antara masa dan kerja dapat
menjadikan tugasan tersebut mampu dilaksanakan (do-able). Aspek yang kedua
ialah penetapan senarai tindakan perlulah selari dengan rutin harian seseorang itu.
Integrasi yang harmoni antara rutin kehidupan dan kerja yang perlu dilaksanakan
adalah perlu bagi menghasilkan mutu kerja yang terbaik. Aspek yang terakhir
adalah waktu senggang perlu ditetapkan dalam aturan kerja seharian. Ini penting
untuk membina satu kitaran hidup yang seimbang antara keperluan kerja dan
kehidupan manusia normal.

2.8 Mitos Tentang Pengurusan Masa Yang Efektif


Stereotaip bagi pengurusan masa yang efektif berpunca dari satu set mitos.
Menurut Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994) dalam karya yang bertajuk
“Pengurusan Masa Berkesan Hebat”, terdapat tiga mitos penting tentang pengurusan
masa yang perlu difahami supaya seseorang itu menjadi pengurus masa yang efektif.

Mitos yang pertama ialah pengurusan masa terlalu menitikberatkan


perincian. Ramai orang yang tidak gemar kepada perincian sanggup melakukan apa
sahaja dari menyediakan senarai tindakan (to do list) dan cara – cara lain pengurusan
masa. Tiada persetujuan yang pernah dicapai tentang betapa pentingnya perhatian
terhadap perincian. Sering ditimbulkan isu bahawasanya kebijaksanaan terletak
kepada perincian dan pada masa yang sama turut diketengahkan isu jangan titik
beratkan perkara yang remeh. Kedua – dua kenyataan ini ada benarnya. sesetengah
perincian memang perlu manakala sesetengahnya pula tidak penting. Pengurusan
masa yang efektif menitikberatkan perbezaan antara perkara yang rumit dan remeh.
Pengurusan masa yang baik membolehkan seseorang itu peka dan cepat bertindak
terhadap perincian yang penting. apabila respons tersebut menjadi perkara yang
lazim dan automatik, kita dapati bahawa menyediakan perincian tidaklah seburuk
menghadapi krisis kemudian.

Mitos yang kedua ialah pengurusan masa dilihat sebagai suatu yang
mekanikal. Ini kerana orang dilihat lebih tertumpu kepada proses yang kecil tetapi
jelas. Adalah lebih mudah melihat jadual, senarai tarikh akhir dan jadual waktu yang
terurus. Apa jua bahagian sistem pengurusan masa, akan dianggap mekanikal.
Walau bagaimanapun, ini baru sebahagian kecil daripada yang sebenarnya dan tidak
mencerminkan hal – hal lain yang terkandung dalam persediaan senarai dan jadual
tersebut.

Menentukan apa yang perlu diutamakan, memohon kerjasama dan sokongan


orang lain serta bersedia menghadapi masalah yang tidak dijangka bukan hal – hal
yang boleh dianggap mekanikal. Hal – hal ini memerlukan pertimbangan dalaman
dan kreativiti. Sebelum membuat perincian dan senarai tindakan (to do list),
pengurus masa berkesan mestilah mendapatkan gambaran yang luas tentang perkara
tersebut. Penyelidikan dan pertimbangan yang diberikan dalam memahami
gambaran yang luas ini bukan boleh dikatakan mekanikal.

Mitos yang ketiga menurut Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994) ialah
pengurusan masa dilihat sebagai mengurangkan kefleksibelan dan kespontanan.
Pengurus masa yang efektif membuat rancangan dan bekerja keras bagi memastikan
rancangan berjalan mengikut jadual. Pendekatan ini menghasilkan perubahan ketara
dan di luar jangkaan. Sesetengah orang membuat tanggapan terlalu bergantung
kepada rancangan tertentu menjadikan seseorang itu kurang fleksibel. Perancangan
tidak semestinya menghalang kefleksibelan. Apabila rancangan tidak berjalan,
orang yang bijak akan mengetepikan rancangan tersebut dan mencari kaedah yang
sesuai.

Peluang untuk kaedah yang kreatif dan spontan bagi perlaksanaan rancangan
memang banyak kecuali sesuatu rancangan itu terlalu terperinci. Dengan
mengetepikan blok masa yang luas oleh pengurus masa bermakna kespontanan dan
kreativiti boleh berkembang. Salah satu daripada manfaat yang diperoleh oleh
seseorang yang terurus dan bekerja mengikut rancangan ialah beliau dapat
mengurangkan tahap keterdesakan yang dihadapi saban hari.

2.9 Kesimpulan

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam kajian literatur yang


dilaksanakan, didapati wujud hasil penulisan dan kajian yang menjurus kepada
keperluan agar staf akademik menguruskan masa dengan baik bagi memenuhi
tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan pada masa yang sama memikul
tanggungjawab universiti untuk mempraktikkan amalan ISO dalam urusan seharian.
Pensyarah perlu mempunyai stail dan amalan pengurusan masa yang efektif demi
memastikan kesemua tanggungjawab yang diamanahkan dapat dipenuhi dan
disiapkan tepat pada masanya.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan

Bab ini akan memperincikan tentang kaedah yang diguna pakai dalam
melaksanakan penyelidikan, melibatkan aspek reka bentuk serta tatacara kajian
dalam memperoleh dan menganalisis data. Metodologi kajian akan memberi
tumpuan kepada aspek - aspek yang berkaitan dengan reka bentuk kajian, kaedah
persampelan kajian, instrumen kajian, kaedah analisis data, kedah pengumpulan
data, kerangka kerja dan prosedur kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah penting supaya kajian yang akan dijalankan dapat
dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan aspek – aspek yang ingin dikaji oleh
pengkaji. Kajian ini akan menggunakan data kuantitatif, disampaikan melalui
keputusan statistik dan kemudiannya dianalisis bagi menjawab persoalan kajian ini.
Data kualitatif yang diperoleh dari item terbuka dalam instrumen kajian iaitu
pendapat peribadi pensyarah tentang implikasi ISO terhadap pengurusan masa akan
digunakan sebagai sokongan kepada dapatan data kuantitatif dalam bab
perbincangan dan kesimpulan kajian ini.

Borden & Abbott (2002) menyatakan kuantitatif menetapkan pemboleh ubah


– pemboleh ubah dan pemalar – pemalar ini dalam bentuk angka. Kajian
menggunakan data kuantitatif sesuai dijalankan dalam kajian ini kerana ia
merupakan kajian yang menghuraikan sesuatu fenomena dalam bentuk angka dan
pengukuran, dan kajian yang berasaskan kuantitatif bergantung sepenuhnya kepada
keputusan statistik yang diwakili oleh angka (Wiersma, 1995). Pengkaji memilih
kajian berbentuk kuantitatif kerana bersesuaian dengan dapatan analisis yang ingin
mengukur tahap pemboleh ubah – pemboleh ubah.
Untuk kaedah persampelan kajian, pengkaji memilih penggunaan kaedah
rawak mudah . Ini kerana populasi kajian ini melibatkan jumlah yang besar, oleh
kerana itu terdapat kekangan yang bakal dihadapi oleh pengkaji sekiranya ingin
mengumpul data dari keseluruhan populasi. Instrumen kajian yang akan digunakan
ialah soal – selidik dan kaedah analisis data adalah berdasarkan apakah yang akan
dijawab oleh persoalan kajian.

3.3 Kaedah Persampelan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti


Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di UTHM
dan jumlah keseluruhan responden dari ketiga – tiga jabatan adalah sebanyak 125
orang. Pensyarah dari tiga fakulti ini dipilih kerana pengkaji tidak ingin melakukan
pengulangan kepada kajian pengkaji yang terdahulu. Wan Noor Hin (2005) telah
memilih pensyarah fakulti kejuruteraan UTHM bagi melaksanakan kajian yang
menyentuh dua amalan ISO iaitu tumpuan kepada pelajar dan pendekatan proses.
Oleh yang demikian pengkaji telah memutuskan untuk menjadikan pensyarah selain
dari fakulti kejuruteraan sebagai sampel kajian ini.

Penentuan populasi bagi sesuatu kajian adalah penting dalam proses


penyelidikan. Populasi menentukan bidang kajian yang hendak dikaji dan juga
bidang masalah yang perlu dikaji. Populasi juga merupakan satu set ciri yang
menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek
(Mohd Majid Konting, 2000). Populasi bagi kajian ini ialah terdiri daripada
keseluruhan pensyarah Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Namun,
pengkaji telah menetapkan dalam skop kajian bahawa hanya pensyarah dari tiga
fakulti yang terpilih telah dijadikan sebagai responden kajian ini. Walaupun kajian
ini memilih untuk mengkaji pensyarah dari tiga fakulti ini sahaja, namun amalan
ISO melibatkan keseluruhan pensyarah di UTHM.

Pengkaji telah menetapkan untuk mengedar sebanyak 100 soal selidik kepada
ketiga – tiga fakulti yang dipilih. Jumlah ini sudah mencukupi untuk tujuan
penyebaran soal selidik dalam populasi pensyarah seramai 125 orang. Berdasarkan
jadual Krejcie & Morgan (1970) seperti dalam Lampiran A menunjukkan untuk
populasi kajian sebanyak 125 orang, jumlah sampel yang perlu dipilih secara rawak
adalah sebanyak 95 orang. Pengkaji sendiri telah mengedarkan dan mengumpulkan
soal selidik bermula dari 19 Februari hingga 2 Mac 2007. Sebanyak 100 soal selidik
telah diedarkan secara rawak kepada responden kajian ini, tetapi hanya 85 yang
dikembalikan (Jadual 3.1). Jumlah ini adalah melebihi dari 2/3 daripada jumlah
edaran dan menurut Goodwin (2005), bilangan soal selidik yang diterima adalah
tidak penting tetapi jawapan yang diterima daripada responden terhadap soal selidik
lebih diberi keutamaan.

Oleh yang demikian, hasil dari kajian yang dilaksanakan kepada pensyarah
dari tiga fakulti yang ditentukan dalam kajian ini dapat dibuat generalisasi kepada
keseluruhan populasi iaitu pensyarah di UTHM kerana jumlah sampel yang ingin
dikaji adalah melebihi 10% – 20% dari keseluruhan populasi. Jumlah ini menurut
Wiersma (1991) sudah memadai bagi satu kajian untuk mendapatkan pandangan atau
pendapat daripada satu populasi yang besar. Maka masalah ketidakadilan, kesahan
dan ketidakbolehpercayaan data dapat direndahkan.

Jadual 3.1 : Bilangan Responden


Soal selidik yang
Nama Fakulti Populasi Sampel
dikembalikan
Fakulti Pendidikan
49 40 34
Teknikal
Fakulti Pengurusan
39 30 27
Teknologi

Fakulti Teknologi
37 30 24
Maklumat dan Multimedia

JUMLAH 125 100 85

3.4 Pentadbiran Instrumen Kajian

Dalam melaksanakan kajian kuantitatif ini, pengkaji memilih instrumen soal


selidik bagi digunakan untuk memperoleh data kajian. Pemilihan instrumen ini
selari dengan Bordens & Abbott (2002) yang mengatakan soal selidik adalah
instrumen utama yang digunakan untuk mendapatkan keputusan kuantitatif daripada
responden. Pemilihan soal selidik turut berlandaskan kepada kajian yang dijalankan
iaitu penggunaannya memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat yang
diperlukan dan mudah untuk dianalisis.

Terdapat beberapa faktor di mana pengkaji memilih untuk menggunakan soal


selidik sebagai instrumen kajian, antaranya adalah bilangan responden yang terlalu
ramai, maka melalui soal selidik dapat meliputi sampel yang diambil dari populasi
kajian. Selain daripada itu, bilangan soalan adalah tidak terhad dan ia bergantung
kepada persoalan kajian yang ingin dikaji dan penggunaan soal selidik adalah
fleksibel, murah dan mudah diselenggarakan dan diselia.

3.4.1 Soal Selidik


Soal selidik merupakan satu set soalan bertulis di mana responden akan
merekodkan jawapan ke atasnya. Kaedah ini merupakan komponen yang sering
digunakan oleh para penyelidik untuk mengumpul maklumat. Soal selidik
merupakan satu cara untuk mendapatkan data maklum balas daripada responden dan
digunakan untuk melihat sama ada responden bersetuju atau tidak bersetuju dengan
sesuatu kenyataan yang diberikan (Chua Yan Piaw, 2006).

Soal selidik dalam kajian ini (Lampiran D) dibahagikan kepada lima


bahagian iaitu daripada bahagian A hingga E. Item – item dalam bahagian A adalah
berkaitan dengan demografi responden manakala item bahagian B hingga D adalah
berbentuk soalan tertutup iaitu item dikemukakan secara pilihan mengikut panduan
skala Likert lima. Tujuan skala Likert lima digunakan adalah untuk mengawal
maklum balas yang berat sebelah (Goodwin, 2005). Menurut Bordens dan Abbott
(2002), skala Likert sesuai digunakan untuk kajian yang berbentuk pengukuran sifat
dan pandangan. Oleh itu, pengkaji memilih skala Likert lima seperti yang
dinyatakan oleh Uma Sekaran (2003) bagi memastikan ianya dapat mengukur
pandangan dan persepsi yang diberikan oleh pensyarah terhadap item – item yang
dikemukakan (Jadual 3.2).

Jadual 3.2 : Format Skala Likert


Skor Persepsi / Pandangan
1 Sangat Tidak Setuju (Strongly Disagree)
2 Tidak Setuju (Disagree)
3 Tidak Pasti (Neither Agree Nor Disagree)
4 Setuju (Agree)
5 Sangat Setuju (Strongly Agree)
Sumber: Uma Sekaran (2003:197)
Item – item pada bahagian F pula adalah berbentuk soalan terbuka yang
berstruktur. Pemilihan soalan terbuka adalah untuk memberi peluang kepada
responden memberi pendapat mengenai item – item yang dikemukakan, manakala
ianya diletakkan secara berstruktur bagi memudahkan pengkaji membuat pengelasan
data bagi pendapat responden tersebut. Data yang diperoleh dari item terbuka
merupakan data kualitatif dan data ini digunakan bagi menyokong hasil dapatan
analisis data kuantitatif. Soal selidik yang dibangunkan adalah berdasarkan
gabungan butiran dan panduan pengurusan masa seperti yang digariskan oleh
Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994), S. Hart – Hester (2003) dan Lakein. J
(1974). Setiap bahagian dalam soal selidik mempersoalkan isu – isu yang terdapat
dalam persoalan kajian. Perincian bagi setiap bahagian – bahagian soal selidik yang
dibangunkan adalah seperti di bawah.

Bahagian A: Bahagian ini mengandungi item – item demografi responden.


Demografi responden digunakan untuk urusan pentadbiran kajian oleh
penyelidik semata – mata. Data dari demografi responden tidak
digunakan bagi sebarang tujuan analisis kajian ini.

Bahagian B: Bahagian ini mengandungi item – item pengurusan yang mengamalkan


pendekatan sistem ISO oleh pensyarah dari aspek mengelola
(organizing) masa kendiri.

Bahagian C: Bahagian ini mengandungi item – item amalan prinsip mengutamakan


(prioritizing) dalam urusan masa seharian sebagai pensyarah dan
anggota organisasi yang mematuhi ISO 9001:2000.

Bahagian D: Bahagian ini mengandungi item – item amalan menjadualkan


(scheduling) dalam urusan masa seharian pensyarah.

Bahagian E : Bahagian ini mengandungi item – item perubahan pengurusan masa


kendiri dalam urusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) hasil dari
pematuhan kepada prosedur ISO 9001:2000. Terdapat empat aspek
yang ingin dikaji iaitu persediaan, penyampaian, penilaian dan
bimbingan.

Bahagian F: Bahagian ini mengandungi item – item terbuka yang berstruktur.


Implikasi ISO kepada pengurusan masa pensyarah dikenal pasti dalam
aspek penglibatan sebagai anggota organisasi dan pengurusan yang
mengamalkan pendekatan sistem. Pandangan yang diberikan oleh
responden digunakan sebagai sumber sokongan kepada aspek yang
dibincangkan dalam bab perbincangan dapatan kajian ini.

3.5 Kaedah Analisis Data

Data yang diperoleh direkodkan, dianalisis dan diringkaskan dalam bentuk


yang mudah difahami dan diinterpretasikan mengikut turutan persoalan kajian secara
kuantitatif yang mana setiap item menjawab setiap persoalan kajian. Semua data
yang dikumpulkan akan dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif untuk
mendapatkan min, sisihan piawai dan peratusan kekerapan (Lau & Zainuddin, 2001).
Kajian yang dijalankan hanya menggunakan analisis skor min bagi menjawab
keempat – empat persoalan kajian ini.

Analisis deskriptif digunakan untuk menerangkan skor min yang diperoleh


bagi setiap item dalam instrumen kajian ini bagi mengukur sejauh manakah
berlakunya perubahan dari aspek pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna
pakai prosedur dan amalan ISO dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Jadual 3.3 menunjukkan kaedah analisis data bagi setiap
persoalan kajian ini.

Data kualitatif yang diperoleh dalam Bahagian F instrumen kajian dikelaskan


mengikut persamaan pendapat yang wujud. Pengelasan dibuat bagi melihat
kewujudan persamaan pendapat responden semata – mata. Data kualitatif ini
digunakan bagi membantu pengkaji membincangkan dan membuat kesimpulan hasil
dapatan data kuantitatif. Menurut Seman Saleh (2005), data daripada pendapat
responden dapat membantu pengkaji bagi digunakan sebagai data sokongan kepada
data kuantitatif yang diperoleh dalam sesuatu kajian.

Jadual 3.3 : Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian


Bil Persoalan Kajian Kaedah Analisis
Data
1 Apakah tahap amalan pengurusan yang mengamalkan
pendekatan sistem ISO dapat membantu pensyarah Skor Min
mengelola (organizing) masa kendiri?
2 Apakah tahap guna pakai prinsip mengutamakan
(prioritizing) dalam urusan kerja seharian sebagai anggota Skor Min
organisasi ISO dan pendidik?
3 Apakah tahap amalan menjadualkan (scheduling) dalam
Skor Min
urusan seharian pensyarah yang telah dipraktikkan?
4 Apakah tahap perubahan yang berlaku dari aspek
pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna pakai
prosedur ISO dalam urusan yang melibatkan proses
pengajaran dan pembelajaran? Skor Min
i. Persediaan
ii. Penyampaian
iii. Penilaian
iv. Bimbingan

Semua maklumat dalam soal selidik dikumpulkan dalam jadual dan skor
akan diberikan mengikut skala Likert. Analisis data bagi kajian ini melibatkan item
dari Bahagian B hingga D dan dianalisis untuk mendapatkan nilai skor min. Skor
min digunakan untuk melihat persepsi pensyarah sama ada sangat setuju, setuju,
tidak pasti, tidak setuju ataupun sangat tidak setuju. Tafsiran terhadap skor min yang
diperolehi adalah merujuk kepada Jadual 3.4 di bawah seperti yang dicadangkan oleh
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003).

Jadual 3.4 Interprestasi Skor Min.

Julat Skor Min Interpretasi Skor


1.00-1.50 Sangat Tidak Setuju
1.51 – 2.50 Tidak Setuju
2.51 – 3.50 Tidak Pasti / Neutral
3.51 – 4.50 Setuju
4.51 – 5.00 Sangat Setuju

Soal selidik yang telah dibangunkan terlebih dahulu dinilai dari aspek
kebolehpercayaan sebelum diedarkan kepada responden. Nilai kebolehpercayaan
atau Alpha – Cronbach adalah ukuran yang digunakan bagi mengukur darjah
konsistensi dalam instrumen kajian (Gliem.J & Gliem. R, 2003). Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan skala Likert yang diadaptasi daripada Uma Sekaran (2003)
dan interpretasi Alpha – Cronbach bagi menentukan kebolehpercayaan konsistensi
dalaman item soal selidik adalah dengan merujuk kepada Gliem.J & Gliem. R,
(2003) seperti dalam Jadual 3.5 di bawah.

Jadual 3.5: Interpretasi Skor Alpha – Cronbach


Skor Alpha – Cronbach Tahap Kebolehpercayaan
> 0.9 Cemerlang
> 0.8 Baik
> 0.7 Diterima
> 0.6 Dipersoalkan
> 0.5 Serba Kekurangan
> 0.4 Tidak Diterima
Sumber: Gliem.J & Gliem. R, (2003)

Pengkaji memilih untuk menggunakan Statistical Package for Social


Science (SPSS Version 12.0 for Windows) bagi membantu proses menganalisis data
yang telah dikumpulkan agar memudahkan proses menginterpretasikan data
tersebut. SPSS merupakan satu perisian komputer yang dapat membantu pengkaji
membuat pelbagai analisis terhadap data yang diperoleh. Namun begitu, dalam
kajian ini pengkaji hanya melaksanakan analisis deskriptif menggunakan SPSS bagi
memperoleh skor min bagi setiap item dalam soal selidik kajian ini.
3.6 Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah, kemudian diikuti


dengan mengumpul maklumat daripada sumber – sumber seperti jurnal, buku dan
juga bahan – bahan dari internet. Instrumen kajian dibangunkan dengan
menggunakan soal selidik. Pengkaji kemudiannya
MULA mengedarkan soal selidik kepada
responden yang dipilih iaitu pensyarah di tiga buah fakulti di UTHM iaitu Fakulti
Pendidikan Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi
Maklumat dan Multimedia. ProsesMengenal pasti soal
penyebaran Masalah
selidik dilaksanakan selama tiga
minggu bermula pada 6 Februari 2007 hingga 25 Februari 2007. Sebelum soal
selidik diedarkan, pengkaji terdahulu mendapatkan permohonan kebenaran daripada
Mengumpul Maklumat
dekan bagi setiap fakulti tersebut untuk melaksanakan kajian ini.

Membangunkan
Instrumen Kajian
Pengkaji telah mengumpul soal selidik yang diedarkan mengikut masa yang
telah dipersetujui oleh pensyarah untuk mengembalikannya. Ini dilakukan bagi
Kajian Rintis maklumbalas kepada item –
mengelakkan pensyarah tergesa – gesa memberikan
α > 0.7
item yang dinyatakan dalam soal selidik tersebut. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir
kerangka kerja bagi kajian yang telah dilaksanakan.

Kesahan dan
Kebolehpercayaa

Analisis Data Sebenar

Dapatan Kajian

Perbincangan, Kesimpulan dan


Cadangan

TAMAT
Tidak

Ya

Rajah 3.1: Carta Alir Kerangka Kerja

3.7 Kajian Rintis

Sebelum sesuatu instrumen ini boleh diguna pakai, setiap penyelidik


seharusnya menjalankan satu pengujian awal (kajian rintis) atau dikenali sebagai
pilot test untuk menguji dan memperbaiki soal selidik yang telah dibina untuk
mengenal pasti kebolehpercayaan dan kesahan item-item yang digunakan dalam
soal-selidik. Bilangan subjek dalam kajian rintis bagi kebanyakan kajian
penyelidikan adalah 5 hingga 20 orang (Mohammad Najib Abdul Ghafar, 2003).

Pendapat ini diperakui oleh Wiersma (1995) yang mengatakan bahawa kajian
rintis akan memberi peluang kepada penyelidik untuk mengenal pasti sebarang
kekeliruan dan kesamaran bahasa dalam item soal selidik. Di samping itu, kajian
rintis digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dalam soal
selidik yang pertama kali diedarkan agar keputusan dalam kajian sebenar lebih
konsisten (Bordens dan Abbott, 2002).

Oleh yang demikian, penyelidik telah menjalankan kajian rintis pada 23


Januari 2007 hingga 28 Januari 2007 terhadap 12 orang responden yang terdiri dari
lima orang pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, empat orang pensyarah Fakulti
Pengurusan Teknologi dan tiga orang pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat dan
Multimedia di UTHM. Soal selidik yang diperoleh daripada responden
dikumpulkan dan dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan yang
diwakili oleh skor Alpha-Cronbach. Nilai alpha (α ) yang semakin menghampiri
satu menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi terhadap item yang
terkandung di dalam borang soal selidik. Seandainya nilai alpha (α ) kurang
daripada 0.6 ini menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan item soal selidik
adalah rendah.

Menurut Uma Sekaran (2003), nilai alpha (α ) yang menghampiri kepada 1


mempunyai “Internal Consistency Realibility” yang tinggi. Manakala Gliem. J &
Gliem. R (2003) menyatakan soal selidik yang dibangunkan mempunyai nilai
kebolehpercayaan pada tahap yang tinggi apabila didapati nilai α > 0.7. Dalam
kajian ini, pengkaji menggunapakai pendapat yang diberikan oleh Gliem. J & Gliem.
R (2003) bagi menentukan tahap kebolehpercayaan item soal selidik yang telah
dibangunkan dan hasil analisis kajian rintis (Lampiran E) menunjukkan skor Alpha-
Cronbach keseluruhan item adalah sebanyak 0.909 (Jadual 3.6). Berdasarkan skor-
skor Alpha-Cronbach yang diperolehi, didapati nilai tersebut melebihi skor minimum
0.7 seperti yang di syorkan oleh Gliem.J. dan Gliem. R. (2003) untuk soal selidik
mencapai tahap kebolehpercayaan yang diterima.

Jadual 3.6: Analisis Skor Alpha-Cronbach Kajian Rintis


Bil. Bahagian Item Skor Alpha-Cronbach
1. Bahagian B 0.832
2. Bahagian C 0.777
3. Bahagian D 0.722
4. Bahagian E 0.854
Keseluruhan Bahagian 0.909

Kesahan adalah berkaitan dengan potensi instrumen kajian dalam mengukur


apa yang hendak diukur (Santos, 1999). Maklumat mengenai kesahan memberikan
sedikit petunjuk tentang kemampuan ujian tersebut dapat mengukur bidang yang
hendak diukur di bawah keadaan dan kumpulan yang dipilih (Burns, 2000).
Kesahan kandungan selalunya ditentukan melalui penilaian asas oleh pakar (Burns,
2000).

Dalam kajian ini, kesahan item soal selidik (Lampiran F) dibuat dengan
mendapatkan komen dan cadangan daripada pensyarah yang berpengalaman dalam
bidang penyelidikan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tujuannya adalah untuk
proses pemurnian dan pembetulan item-item dalam soal selidik agar berpotensi
memberikan maklumat yang hendak diukur dan dikaji dalam kajian ini.

Sebanyak tiga orang pensyarah telah dipilih berdasarkan kepakaran mereka


dalam bidang berkaitan kualiti, penilaian dan pengurusan. Input dan komen yang
diberikan telah diambil tindakan oleh penyelidik dengan melakukan pemurnian item
dari segi tatacara, tatabahasa dan kesesuaian item dan persoalan kajian yang ingin
dijawab. Proses penyebaran soal selidik untuk pengumpulan data kajian yang
sebenar dilakukan selepas proses pemurnian item dilaksanakan.
3.8 Kesimpulan

Metodologi yang digunakan haruslah konsisten supaya tidak menyeleweng


dari landasan dan batasan kajian. Kaedah yang tepat dan betul adalah penting bagi
menghasilkan sebuah kajian yang bermutu dan berkualiti. Kajian ini hanya
dijalankan terhadap populasi sasaran iaitu pensyarah dari Fakulti Pendidikan
Teknikal, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan
Multimedia di UTHM. Dalam kajian ini, pengkaji mengandaikan responden
memberi jawapan yang jujur dan ikhlas dan data yang diperoleh dapat dianalisis dan
dibuat interpretasi yang bertepatan dengan persoalan kajian dan seterusnya dapat
menjawab kesemua persoalan kajian.

BAB IV
ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang hasil analisis dari data kajian yang diperoleh
dari responden yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal, Fakulti
Pengurusan Teknologi dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di UTHM.
Sebanyak 100 set soal selidik telah disebarkan secara rawak kepada sampel kajian
dan hanya 85 set soal selidik telah berjaya dikumpulkan dan dianalisis. Proses
analisis dilaksanakan mengikut bahagian – bahagian yang terdapat dalam soal
selidik. Bahagian demografi responden (Bahagian A) tidak terlibat dalam analisis
kerana data yang diperoleh sekadar untuk proses pentadbiran kajian ini dan
penyelidik tidak gunakan data tersebut untuk dibuat analisis dengan sebarang
persoalan kajian. Perbincangan mengenai hasil dapatan analisis untuk bahagian B
hingga bahagian E dibuat berdasarkan skor min yang diperoleh bagi setiap item.
Bahagian F yang mengandungi pendapat responden yang berbentuk data kualitatif
dianalisis berdasarkan proses mengelompokkan hasil pendapat yang sepadan.

4.2 Prosedur Yang Digunakan Untuk Menganalisis Data

Dalam kajian ini, soal selidik yang telah direka bentuk untuk pengumpulan
data daripada responden dilihat dari aspek demografi responden, pengurusan yang
mengamalkan pendekatan sistem (mengelola masa kendiri), amalan prinsip
keutamaan dalam urusan seharian sebagai pensyarah dan anggota organisasi yang
mematuhi ISO 9001:2000, amalan penjadualan dalam urusan masa seharian
pensyarah dan perubahan pengurusan masa kendiri dalam urusan P&P hasil dari
pematuhan kepada prosedur ISO 9001:2000. Soal selidik kajian ini adalah seperti
dalam Lampiran D. Terdapat enam bahagian dalam soal selidik iaitu bahagian A
hingga F dan sebanyak 45 item telah diberikan kepada responden untuk dijawab
(Jadual 4.1).

Hasil analisis data kajian bagi bahagian B hingga bahagian E dilampirkan


dalam Lampiran G dan data yang diperoleh untuk item terbuka F45 di lampirkan
dalam Lampiran H. Untuk bahagian A iaitu demografi responden, pengkaji
menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan pentadbiran kajian semata – mata dan
tidak dianalisis untuk tujuan perkaitan dengan sebarang persoalan kajian ini.

Jadual 4.1: Bilangan Item mengikut Bahagian


Bahagian Item Bilangan Item
A Demografi Responden 6
Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem:
B 8
Mengelola (Organizing) Masa Kendiri
C Amalan Prinsip Keutamaan (Prioritizing) Dalam 8
Urusan Seharian Sebagai Pensyarah dan Anggota
Organisasi
Amalan Penjadualan (Scheduling) Dalam Urusan
D 10
Masa Seharian Pensyarah
Perubahan Pengurusan Masa Kendiri Dalam Urusan
E 12
P&P Hasil Dari Pematuhan Kepada Prosedur ISO
Pendapat Secara Peribadi Tentang Implikasi ISO
F 1
Terhadap Pengurusan Masa Kendiri Pensyarah

Jumlah Item 45

Dalam kajian ini, data dianalisis dalam bentuk skor min dengan
menggunakan bantuan perisian SPSS. Untuk proses analisis data bagi bahagian B
hingga E, skor min bagi setiap akan ditafsirkan menggunakan jadual interpretasi skor
min yang dikemukakan oleh Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003) seperti dalam
Jadual 3.4. Untuk bahagian F pula, maklum balas yang diberikan oleh responden
disusun dalam bentuk jadual yang menunjukkan kekerapan pendapat yang sepadan
dan digunakan sebagai bahan sokongan data kuantitatif untuk dibincangkan di dalam
bab perbincangan dan kesimpulan kelak.

4.3 Bahagian B : Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem –


Mengelola (Organizing) Masa Kendiri

Analisis data yang diperoleh dalam bahagian ini akan digunakan bagi
mengukur respons yang diperoleh dari instrumen kajian yang telah disebarkan.
Jawapan responden kepada persoalan sejauh manakah amalan pengurusan yang
mengamalkan pendekatan sistem membantu pensyarah mengelola (organizing) masa
kendiri diperoleh hasil dari analisis yang dibuat. Terdapat lapan item yang
dinyatakan dalam soal selidik kajian bagi membantu menjawab persoalan kajian ini.
Skor min bagi setiap item ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Bagi item B7 iaitu pengurusan masa bergantung kepada individu semata –


mata memperlihatkan catatan skor min bagi item ini bernilai 3.66 iaitu pada tahap
setuju. Untuk item B8 iaitu prosedur kualiti dapat membantu pensyarah mengurus
masa, peratusan responden dilihat cenderung untuk setuju dengan item ini dan
catatan skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.11 dan berada pada tahap setuju.

Dapatan analisis menunjukkan item B9 (kerja pensyarah menjadi lebih


teratur apabila prosedur kualiti dipatuhi) turut memperoleh nilai skor min yang
berada pada tahap setuju dengan nilai sebanyak 4.29. Item penetapan tarikh akhir
(dateline) berkesan untuk mengelakkan penanggahan kerja (B10) mencatatkan skor
min yang lebih tinggi berbanding item B9 dengan catatan skor min item ini berada
pada tahap sangat setuju dengan nilai sebanyak 4.52. Item B11 (penundaan tarikh
akhir adalah petanda pengurusan masa yang lemah) memaparkan nilai skor min
hanya sekadar 3.98, namun masih berada pada tahap setuju. Bagi item pengurusan
masa kendiri adalah satu tabiat (B12), nilai skor min berada pada tahap setuju
dengan catatan skor min sekadar 3.95.

Nilai skor min sebanyak 4.12 dicatatkan bagi item B13 iaitu kerja yang
disiapkan lebih awal adalah hasil pengurusan masa yang baik dan skor min ini
diinterpretasikan sebagai berada pada tahap setuju. Item B14 (rutin harian
membentuk amalan pengurusan seseorang) adalah item yang terakhir dalam
bahagian B. Skor min yang tinggi diperoleh oleh item ini iaitu dengan nilai
sebanyak 4.19 dan berada pada tahap setuju.

Dapatan analisis data secara keseluruhan bagi bahagian B menunjukkan


purata skor min bagi item – item dalam bahagian ini yang menyentuh persoalan
pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem membantu pensyarah mengelola
(organizing) masa kendiri ialah sebanyak 3.96 dan ditafsirkan sebagai berada pada
tahap setuju. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan item – item yang
dikaitkan dengan persoalan kajian ini. Responden dilihat sangat bersetuju dengan
item B10 iaitu penetapan tarikh akhir (dateline) berkesan untuk mengelakkan
penangguhan kerja. Manakala untuk baki tujuh item yang lain, setiap item berada
pada tahap setuju iaitu nilai skor min berada di antara julat 3.66 hingga 4.47.

Jadual 4.2 : Skor Min Bagi Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan


Sistem – Mengelola (Organizing) Masa Kendiri.
No Interpretasi
Item Skor Min
Item Skor
B7 Pengurusan masa bergantung kepada
3.66 Setuju
individu semata – mata.
B8 Prosedur kualiti dapat membantu
4.11 Setuju
pensyarah mengurus masa.
B9 Kerja pensyarah menjadi lebih teratur
4.29 Setuju
apabila prosedur kualiti dipatuhi.
B10 Penetapan tarikh akhir (dateline)
berkesan untuk mengelakkan 4.52 Sangat Setuju
penangguhan kerja.
B11 Penundaan tarikh akhir (dateline) adalah
3.98 Setuju
petanda pengurusan masa yang lemah.
B12 Pengurusan masa kendiri adalah satu
3.95 Setuju
tabiat.
B13 Kerja yang disiapkan lebih awal adalah
4.12 Setuju
hasil pengurusan masa yang baik.
B14 Rutin harian membentuk amalan
4.19 Setuju
pengurusan masa seseorang.

Purata Skor Min 4.10 Setuju

4.4 Bahagian C : Amalan Prinsip Keutamaan (Prioritizing) Dalam Urusan


Seharian Sebagai Pensyarah Dan Anggota Organisasi Yang Mematuhi ISO
9001:2000

Analisis data yang diperoleh dalam bahagian ini akan digunakan bagi
mengukur respons yang diperoleh dari instrumen kajian yang telah disebarkan.
Jawapan responden kepada persoalan sejauh manakah pensyarah mengguna pakai
prinsip mengutamakan (prioritizing) dalam urusan kerja seharian sebagai anggota
organisasi dan pendidik diperoleh hasil dari interpretasi yang dibuat kepada setiap
nilai skor min yang diperoleh. Terdapat lapan item yang dinyatakan dalam soal
selidik kajian bagi membantu menjawab persoalan kajian ini. Skor min bagi setiap
item ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Bagi item C15 iaitu urusan pengajaran dan pembelajaran sentiasa menjadi
keutamaan memperlihatkan skor min bagi item ini mencatatkan nilai 4.61 iaitu pada
tahap sangat setuju. Untuk item C16 iaitu senarai kerja untuk dilaksanakan (to do
list) membantu pensyarah menentukan keutamaan sesuatu kerja, peratusan
responden dilihat cenderung untuk setuju dengan item ini. Situasi ini berlaku hasil
dari skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.34 dan berada pada tahap setuju.

Dapatan analisis menunjukkan item C17 iaitu keutamaan sesuatu kerja


diputuskan berdasarkan kepentingannya kepada P&P turut memperlihatkan catatkan
nilai skor min yang berada pada tahap setuju iaitu sebanyak 4.42. Item urusan P&P
akan diutamakan sekiranya wujud pertindihan dengan kerja pengurusan (C18)
mencatatkan nilai skor min yang lebih rendah berbanding item C17 dengan nilai skor
min sekadar mencatat 4.19. Namun nilai skor ini masih diinterpretasikan sebagai
setuju. Item C19 (prosedur kerja memudahkan proses penentuan keutamaan sesuatu
kerja) menunjukkan skor min yang semakin merosot berbanding item sebelumnya.
Catatan skor min bagi item ini hanya sekadar 4.11 dan masih berada pada tahap
setuju.
Bagi item pengurusan masa kendiri adalah satu tabiat, data yang diperoleh
menunjukkan responden berada pada tahap setuju dengan catatan skor min yang
semakin menurun iaitu sekadar 3.80. Walau bagaimanapun, kemerosotan nilai skor
min tidak berterusan bagi item C21 iaitu keutamaan sesuatu kerja untuk diselesaikan
bergantung kepada arahan pihak atasan. Ini kerana skor min yang dicatatkan ialah
4.27 dan berada pada tahap setuju. Item C22 (urusan P&P perlu diutamakan bagi
mencapai objektif kualiti universiti) yang merupakan item terakhir dalam bahagian C
memperoleh skor min yang tinggi iaitu dengan nilai sebanyak 4.29 dan berada pada
tahap setuju.
Dapatan analisis bagi keseluruhan item bahagian C menunjukkan purata skor
min bagi item – item amalan prinsip mengutamakan (prioritizing) dalam urusan
kerja seharian sebagai anggota organisasi dan pendidik pengurusan yang mematuhi
ISO 9001:2000 ialah sebanyak 4.25 dan ditafsirkan sebagai berada pada tahap
setuju. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan item – item yang dikaitkan
dengan persoalan kajian ini. Responden dilihat sangat bersetuju dengan item C15
iaitu urusan pengajaran dan pembelajaran sentiasa menjadi keutamaan. Manakala
untuk baki tujuh item yang lain, setiap item berada pada tahap setuju iaitu nilai skor
min berada di antara julat 3.80 hingga 4.42.

Jadual 4.3: Skor Min Bagi Amalan Prinsip Mengutamakan (Prioritizing)


Dalam Urusan Seharian Sebagai Pensyarah Dan Anggota
Organisasi Yang Mematuhi ISO 9001:2000.
No Interpretasi
Item Skor Min
Item Skor
C15 Urusan pengajaran dan pembelajaran
4.61 Sangat Setuju
sentiasa menjadi keutamaan.
C16 Senarai kerja untuk dilaksanakan (to do
list) membantu pensyarah menentukan 4.34 Setuju
keutamaan sesuatu urusan.
C17 Keutamaan sesuatu kerja diputuskan
berdasarkan kepentingannya kepada 4.42 Setuju
P&P.
C18 Urusan P&P akan diutamakan sekiranya
wujud pertindihan dengan kerja 4.19 Setuju
pengurusan.
C19 Prosedur kerja memudahkan proses
4.11 Setuju
penentuan keutamaan sesuatu kerja.
C20 Penyediaan “to do list” hanya satu
3.80 Setuju
pilihan, bukannya kemestian
C21 Keutamaan sesuatu kerja untuk
diselesaikan bergantung kepada arahan 4.27 Setuju
pihak atasan.
C22 Urusan P&P perlu diutamakan bagi
4.29 Setuju
mencapai objektif kualiti universiti.

Purata Skor Min 4.25 Setuju

4.5 Bahagian D : Amalan Penjadualan (Scheduling) Dalam Urusan Masa


Seharian Pensyarah

Analisis data yang diperoleh dalam bahagian ini akan digunakan bagi
mengukur respons yang diperoleh dari instrumen kajian yang telah disebarkan.
Jawapan responden kepada persoalan sejauh manakah amalan menjadualkan
(scheduling) dalam urusan seharian pensyarah dipraktikkan diperoleh hasil dari
interpretasi yang dibuat kepada setiap nilai skor min yang diperoleh. Terdapat
sepuluh item yang dinyatakan dalam soal selidik kajian bagi membantu menjawab
persoalan kajian ini. Skor min bagi setiap item ditunjukkan dalam Jadual 4.4.

Bagi item D23 iaitu penggunaan jadual untuk menguruskan masa adalah
langkah yang praktikal memperlihatkan skor min bagi item ini mencatatkan nilai
4.38 iaitu pada tahap sangat setuju. Untuk item D24 iaitu penggunaan jadual
mengurangkan keanjalan (flexibility) dalam pengurusan masa, responden dilihat
cenderung untuk setuju dengan catatan skor min bagi item ini ialah 4.02 dan berada
pada tahap setuju. Dapatan analisis menunjukkan item D25 iaitu pematuhan kepada
jadual pengurusan masa memerlukan disiplin diri turut mencatatkan nilai skor min
pada tahap setuju iaitu sebanyak 4.40.

Item jadual perancangan kerja hanya digunakan ketika berada di pejabat


(D26) mencatatkan penurunan nilai skor min yang ketara dengan responden dilihat
tidak pasti ataupun neutral dengan item ini. Skor min item ini mencatatkan nilai
yang agak rendah berbanding item – item yang lain iaitu hanya sebanyak 3.40 dan
berada pada tahap tidak pasti / neutral. Item D27 (kerja sepatutnya diselesaikan di
pejabat sahaja) turut memperlihatkan responden tidak pasti ataupun neutral dengan
item ini seperti yang berlaku kepada item D26. Catatan skor min yang berada di
bawah tahap setuju iaitu dengan catatan sekadar 3.45 tidak berada pada tahap setuju
tetapi menurun kepada tahap tidak pasti / neutral.
Bagi item penjadualan kerja yang tidak teratur menyebabkan kerja dibawa
pulang ke rumah (D28) memperlihatkan corak respons yang lebih kurang sama
dengan item D26 dan D27. Nilai skor min bagi item ini semakin merudum
berbanding dua item sebelumnya. Catatan sekadar 3.20 merupakan yang paling
rendah berbanding lain – lain item dalam kajian ini. Natijahnya, nilai skor min ini
diinterpretasikan sebagai tidak pasti ataupun neutral oleh sebahagian besar
responden.

Pola penurunan nilai skor min dilihat tidak mempengaruhi item D29 iaitu
rancangan mengajar membantu proses penjadualan masa pensyarah semasa P&P dan
skor min yang dicatatkan ialah 4.12 dan berada pada tahap setuju. Untuk item
kelancaran proses P&P hasil dari penjadualan masa yang baik (D30) mencatatkan
skor min yang berada pada tahap setuju iaitu sebanyak 4.21.

Item seterusnya iaitu kualiti kerja memerlukan penjadualan masa yang teratur
(D31) memperoleh catatan skor min yang agak tinggi iaitu sebanyak 4.46 dan berada
pada tahap setuju. Item D32 (penjadualan masa bergantung kepada tabiat individu)
adalah item yang terakhir dalam bahagian D. Nilai skor min yang dicatat iaitu 3.98
ditafsirkan sebagai setuju.

Dapatan analisis secara keseluruhannya menunjukkan purata skor min bagi


keseluruhan item bahagian D iaitu amalan penjadualan (scheduling) dalam urusan
masa seharian pensyarah ialah sebanyak 3.96 dan ditafsirkan sebagai berada pada
tahap setuju. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan item – item yang
dikaitkan dengan persoalan kajian ini. Responden dilihat bersetuju secara
keseluruhan item dalam bahagian ini dengan catatan skor min bernilai sekitar 3.98
hingga 4.46 bagi item D23, D24, D25, D29, D30, D31 dan D32.

Namun begitu terdapat tiga item dalam bahagian ini yang memberi
interpretasi skor min tidak pasti atau neutral. Item D26, D27 dan D28 mencatatkan
nilai skor min hanya dalam lingkungan 3.20 hingga 3.45. Item D 28 iaitu
penjadualan masa yang tidak teratur menyebabkan kerja dibawa pulang ke rumah
mencatat skor min paling rendah berbanding semua item yang terdapat dalam soal
selidik kajian ini dengan sekadar memperoleh catatan sebanyak 3.20 sahaja.
Jadual 4.4 : Skor Min Bagi Amalan Penjadualan (Scheduling) Dalam
Urusan Seharian Pensyarah.
No Interpretasi
Item Skor Min
Item Skor
D23 Penggunaan jadual untuk menguruskan
4.38 Setuju
masa adalah langkah yang praktikal.
D24 Penggunaan jadual mengurangkan
keanjalan (flexibility) dalam pengurusan 4.02 Setuju
masa.
D25 Pematuhan kepada jadual pengurusan
4.40 Setuju
masa memerlukan disiplin diri.
D26 Jadual perancangan kerja hanya Tidak Pasti /
3.40
digunakan ketika berada di pejabat. Neutral
D27 Kerja sepatutnya diselesaikan di pejabat Tidak Pasti /
3.45
sahaja. Neutral
D28 Penjadualan kerja yang tidak teratur
Tidak Pasti /
menyebabkan kerja dibawa pulang ke 3.20
Neutral
rumah.
D29 Rancangan mengajar membantu proses 4.12 Setuju
penjadualan masa pensyarah semasa
P&P.
D30 Kelancaran proses P&P hasil dari
4.21 Setuju
penjadualan masa yang baik.
D31 Kualiti kerja memerlukan penjadualan
4.46 Setuju
masa yang teratur.
D32 Penjadualan masa bergantung kepada
3.98 Setuju
tabiat individu.
Purata Skor Min 3.96 Setuju

4.6 Bahagian E : Perubahan Pengurusan Masa Kendiri Dalam Urusan P&P


Hasil Dari Pematuhan Kepada Prosedur ISO 9001:2000.

Analisis data yang diperoleh dalam bahagian ini akan digunakan bagi
mengukur respons yang terkumpul dari instrumen kajian yang telah disebarkan.
Jawapan responden kepada persoalan sejauh manakah berlakunya perubahan dari
aspek pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna pakai prosedur kualiti
dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran diperoleh hasil
dari interpretasi yang dibuat kepada nilai skor min yang dicatatkan oleh setiap item.
Terdapat 12 item yang dinyatakan dalam soal selidik kajian bagi membantu
menjawab persoalan kajian ini. Skor min bagi setiap item ditunjukkan dalam Jadual
4.5.

Item – item dalam bahagian ini dibahagikan kepada empat aspek yang
berbeza dalam proses P&P iaitu persediaan, penyampaian, penilaian dan bimbingan.
Skor min keseluruhan item bagi bahagian ini adalah sebanyak 4.17 dan ditafsirkan
sebagai berada pada tahap setuju (rujuk Jadual 4.5). Perincian bagi setiap item
dianalisis mengikut empat aspek seperti yang dinyatakan.
Jadual 4.5 : Skor Min Bagi Perubahan Pengurusan Masa Kendiri Dalam
Urusan P&P Hasil Dari Pematuhan Kepada Prosedur ISO.
No
Item Skor Min Interpretasi Skor
Item
E33 Rancangan mengajar disediakan untuk membantu
4.40 Setuju
pengurusan masa P&P.
E34 Kehadiran pelajar diambil bagi mematuhi
4.00 Setuju
keperluan kualiti universiti.
E35 Penangguhan kuliah menjejaskan objektif kualiti
4.00 Setuju
universiti.
E36 Interaksi pelbagai hala adalah keperluan dalam
4.58 Sangat Setuju
P&P.
E37 Kepelbagaian bahan mengajar dapat
4.58 Sangat Setuju
meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.
E38 Pengalaman pembelajaran pelajar perlu dibina
4.42 Setuju
semasa P&P berlangsung.
E39 Jadual perlaksanaan ujian perlu dimaklumkan di
4.39 Setuju
awal semester pengajian.
E40 Perlaksanaan ujian adalah tertakluk kepada jadual
4.05 Setuju
perlaksanaan ujian.
E41 Penundaan ujian adalah indikator perlaksanaan Tidak Pasti /
3.39
P&P yang tidak teratur. Neutral
E42 Pensyarah perlu menetapkan masa yang khusus
4.20 Setuju
untuk sesi bimbingan dengan pelajar.
E43 Bimbingan susulan adalah satu keperluan
4.04 Setuju
memantapkan pemahaman pelajar.
E44 Penetapan waktu bimbingan adalah satu
4.04 Setuju
keperluan.
4.17 Setuju
Purata Skor Min
4.6.1 Persediaan

Analisis skor min bagi setiap item bagi aspek persediaan ditunjukkan dalam
Jadual 4.6 dan hasil analisis data kajian menunjukkan untuk item E33 iaitu
rancangan mengajar disediakan untuk membantu pengurusan masa P&P
memperlihatkan nilai skor min yang dicatatkan oleh item ini adalah sebanyak 4.40
dan ditafsirkan sebagai setuju. Item kehadiran pelajar diambil bagi mematuhi
keperluan kualiti universiti (E34) mencatatkan penurunan nilai skor min berbanding
item sebelumnya. Nilai skor min yang diperoleh oleh item ini hanya sekadar 4.00
dan masih berada pada tahap yang ditafsirkan sebagai setuju. Item seterusnya iaitu
penangguhan kuliah menjejaskan objektif kualiti universiti (E35) memperlihatkan
nilai catatan skor min yang sama dengan item E34 iaitu 4.00.

Jadual 4.6 : Skor Min Bagi Aspek Persediaan Dalam P&P.


No Interpretasi
Item Skor Min
Item Skor
E33 Rancangan mengajar disediakan untuk
4.40 Setuju
membantu pengurusan masa P&P.
E34 Kehadiran pelajar diambil bagi mematuhi
4.00 Setuju
keperluan kualiti universiti.
E35 Penundaan kuliah menjejaskan objektif
4.00 Setuju
kualiti universiti.

Purata Skor Min 4.13 Setuju


Dapatan analisis bagi bahagian ini secara keseluruhannya menunjukkan
purata skor min bagi keseluruhan item persediaan ialah sebanyak 4.13 dan
ditafsirkan sebagai berada pada tahap setuju. Responden dilihat bersetuju secara
keseluruhan item dalam bahagian ini dengan catatan skor min bernilai sekitar 4.00
hingga 4.40. Item E33 mencatatkan nilai skor min yang tertinggi iaitu 4.40. Ini
membawa gambaran bahawa sebahagian besar responden setuju bahawa rancangan
mengajar disediakan bagi membantu pengurusan masa P&P.

4.6.2 Penyampaian

Analisis skor min bagi setiap item dalam aspek penyampaian ditunjukkan
dalam Jadual 4.7 dan hasil dapatan kajian menunjukkan untuk item E36 iaitu
interaksi pelbagai hala adalah keperluan dalam P&P mencatatkan nilai skor min
yang agak tinggi iaitu sebanyak 4.58 dan nilai ini ditafsirkan sebagai sangat setuju.
Ini memberi refleksi kepada persetujuan responden kepada keperluan interaksi dua
hala dalam P&P.

Item kepelbagaian bahan mengajar dapat meningkatkan pengalaman


pembelajaran pelajar (E37) mencatatkan keputusan skor min yang sama dengan item
sebelumnya. Item yang terakhir bagi bahagian penyampaian dalam P&P iaitu
pengalaman pembelajaran pelajar perlu dibina semasa P&P berlangsung (E38)
memperlihatkan penurunan skor min bagi item ini. Nilai skor min bagi item ini
adalah sebanyak 4.42 dan sekadar berada di tahap setuju.

Dapatan analisis secara keseluruhannya bagi bahagian penyampaian P&P


menunjukkan purata skor min bagi keseluruhan item ialah sebanyak 4.53 dan
ditafsirkan sebagai berada pada tahap sangat setuju. Responden dilihat sangat setuju
dengan keseluruhan item dalam bahagian ini dengan catatan skor min yang paling
rendah ialah item E38 hanya 4.42 dan nilai 4.58 dicatatkan secara bersama oleh item
E36 dan E37.

Jadual 4.7 : Skor Min Bagi Aspek Penyampaian Dalam P&P.


No Interpretasi
Item Skor Min
Item Skor
E36 Interaksi pelbagai hala adalah keperluan
4.58 Sangat Setuju
dalam P&P.
E37 Kepelbagaian bahan mengajar dapat
meningkatkan pengalaman pembelajaran 4.58 Sangat Setuju
pelajar.
E38 Pengalaman pembelajaran pelajar perlu
4.42 Setuju
dibina semasa P&P berlangsung.

Purata Skor Min 4.53 Sangat Setuju

4.6.3 Penilaian

Analisis skor min bagi setiap item untuk aspek penilaian ditunjukkan dalam
Jadual 4.8. Hasil dapatan kajian untuk item E39 iaitu jadual perlaksanaan ujian
perlu dimaklumkan di peringkat awal semester pengajian menunjukkan nilai skor
min yang tinggi iaitu sebanyak 4.39 dan nilai ini ditafsirkan sebagai setuju. Ini
memberi refleksi kepada persetujuan responden kepada penyediaan jadual penilaian
dimaklumkan di peringkat awal semester pengajian.

Item perlaksanaan ujian adalah tertakluk kepada jadual perlaksanaan ujian


(E40) mencatatkan skor min 4.05 dan diinterpretasikan sebagai setuju. Item yang
terakhir bagi bahagian penilaian dalam P&P iaitu penundaan ujian adalah indikator
perlaksanaan P&P yang tidak teratur (E41) memperlihatkan penurunan skor min
yang hanya berada pada tahap tidak pasti atau neutral dengan nilai skor min hanya
sebanyak 3.39 sahaja.

Dapatan analisis secara keseluruhannya bagi bahagian penilaian dalam P&P


menunjukkan purata skor min bagi keseluruhan item ialah sebanyak 3.94 dan
ditafsirkan sebagai berada pada tahap setuju. Responden dilihat setuju dengan
keseluruhan item dalam bahagian ini, namun item E41 iaitu penundaan ujian adalah
indikator perlaksanaan P&P yang tidak teratur memberikan interpretasi yang berbeza
dengan item E39 dan E40. Item ini dilihat tidak pasti atau neutral bagi sebahagian
besar responden.

Jadual 4.8 : Skor Min Bagi Aspek Penilaian dalam P&P.


No Interpretasi
Item Skor Min
Item Skor
E39 Jadual perlaksanaan ujian perlu
dimaklumkan di awal semester 4.39 Setuju
pengajian.
E40 Perlaksanaan ujian adalah tertakluk
4.05 Setuju
kepada jadual perlaksanaan ujian.
E41 Penundaan ujian adalah indikator Tidak Pasti /
3.39
perlaksanaan P&P yang tidak teratur. Neutral

Purata Skor Min 3.94 Setuju

4.6.4 Bimbingan
Analisis skor min bagi setiap item untuk aspek bimbingan ditunjukkan dalam
Jadual 4.9. Hasil dapatan analisis kajian untuk item E42 iaitu pensyarah perlu
menetapkan masa yang khusus untuk sesi bimbingan dengan pelajar memperlihatkan
skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.20 dan nilai ini ditafsirkan sebagai setuju. Ini
memberi refleksi kepada persetujuan responden kepada penetapan masa yang khusus
untuk sesi bimbingan dengar pelajar.

Item bimbingan susulan adalah satu keperluan memantapkan pemahaman


pelajar (E43) turut mencatatkan skor min yang tinggi iaitu 4.04 dan
diinterpretasikan sebagai setuju. Item yang terakhir bagi bahagian bimbingan dalam
P&P iaitu penetapan waktu bimbingan adalah satu keperluan (E44) memperlihatkan
nilai skor min yang diperoleh sama dengan item E43 iaitu 4.04 dan diinterpretasikan
berada pada tahap setuju.

Dapatan analisis secara keseluruhannya bagi bahagian bimbingan dalam P&P


menunjukkan purata skor min bagi keseluruhan item ialah sebanyak 4.04 dan
ditafsirkan sebagai berada pada tahap setuju. Responden dilihat setuju dengan
keseluruhan item dalam bahagian ini dan skor yang tertinggi dicatatkan oleh item
E42. Keseluruhan skor min item berada pada nilai antara 4.04 hingga 4.20
Jadual 4.9 : Skor Min Bagi Aspek Bimbingan dalam P&P.
No Interpretasi
Item Skor Min
Item Skor
E42 Pensyarah perlu menetapkan masa yang
khusus untuk sesi bimbingan dengan 4.20 Setuju
pelajar.
E43 Bimbingan susulan adalah satu keperluan
4.04 Setuju
memantapkan pemahaman pelajar.
E44 Penetapan waktu bimbingan adalah satu
keperluan. 4.04 Setuju

Purata Skor Min 4.09 Setuju

4.7 Bahagian F : Item Terbuka Tentang Implikasi ISO Terhadap Pengurusan


Masa Kendiri Pensyarah

Soal selidik bahagian F adalah berbentuk soalan terbuka bagi memberi


peluang kepada responden untuk memberi pendapat secara peribadi tentang
implikasi ISO terhadap pengurusan masa kendiri mereka. Data yang diperoleh
(rujuk Lampiran H) akan digunakan bagi menyokong proses perbincangan item –
item yang terlibat secara langsung dengan dua aspek amalan yang dikaji dalam
kajian ini iaitu penglibatan sebagai anggota organisasi dan pengurusan yang
mengamalkan pendekatan sistem. Hasil analisis pendapat pensyarah dikelompokkan
berdasarkan respons yang sepadan mengikut kedua – dua amalan ISO yang dikaji
dalam kajian ini bagi melihat implikasinya kepada pengurusan masa kendiri
pensyarah.
Hasil dari analisis respons yang diperoleh mendapati terdapat kepelbagaian
pendapat yang diberikan oleh pensyarah tentang dua aspek yang dinyatakan.
Kepelbagaian pendapat ini dapat membantu dari pengkaji untuk menyokong dapatan
analisis yang diperoleh menerusi respons kepada item tertutup dalam soal selidik
seperti mana yang dinyatakan dalam bahagian B hingga bahagian E kajian ini.

Hasil analisis pendapat responden kepada aspek penglibatan sebagai


pensyarah dan anggota pengurusan organisasi (universiti) ditunjukkan dalam Jadual
4.10. Terdapat lima kelompok pendapat yang terdiri dari peningkatan bebanan kerja,
peningkatan kecekapan tugas, tiada perkaitan antara tugas sebagai anggota
organisasi dan pensyarah, kewujudan birokrasi dalam urusan pensyarah dan tiada
sebarang masalah. Peningkatan kecekapan tugas mencatatkan bilangan kesepadanan
pendapat yang paling tinggi berbanding lain – lain pendapat.

Jadual 4.10: Cadangan Responden Dari Aspek Penglibatan Sebagai Pensyarah


Dan Anggota Pengurusan Organisasi (universiti).
Penglibatan Bilangan
Kelompok Pendapat
Sebagai Responden
Peningkatan bebanan kerja. 6
Pensyarah Dan
Peningkatan kecekapan tugas. 9
Anggota Tiada perkaitan antara keduanya 1
Pengurusan Kewujudan birokrasi dalam urusan
2
Organisasi pensyarah.
Tiada sebarang masalah. 1
(universiti)
Jumlah responden yang memberi pendapat. 19

Bagi persoalan yang kedua iaitu menyentuh tentang aspek pengurusan yang
mengamalkan pendekatan sistem, hasil analisis (Jadual 4.11) memperlihatkan
terdapat empat kelompok pendapat yang sepadan iaitu peningkatan kecekapan
pengurusan dan mutu kerja, kewujudan kekangan idea dan kreativiti, sekadar garis
panduan pengurusan dan konflik antara urusan P&P dan pengurusan. Kebanyakan
pendapat yang diperoleh menjurus kepada pendapat tentang peningkatan kecekapan
pengurusan dan mutu kerja.

Jadual 4.11: Cadangan Responden Dari Aspek Pengurusan Yang Mengamalkan


Pendekatan Sistem.
Bilangan
Kelompok Pendapat
Pengurusan Yang Responden
Mengamalkan Peningkatan kecekapan pengurusan dan mutu
10
Pendekatan kerja.
Memberi kekangan idea dan kreativiti. 2
Sistem. Sekadar garis panduan pengurusan. 2
Konflik antara urusan P&P dan pengurusan. 1
Jumlah responden yang memberi pendapat. 15
BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Perbincangan, kesimpulan dan cadangan akan dibuat berdasarkan kepada


persoalan kajian di mana ianya diatur dalam tema – tema yang dijadikan tajuk
seperti di bawah:

(i) Amalan pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem ISO bagi


mengelolakan (organizing) masa kendiri.

(ii) Amalan prinsip mengutamakan (prioritizing) dalam urusan kerja


seharian sebagai pensyarah dan anggota organisasi yang mematuhi
ISO 9001:2000.

(iii) Amalan menjadualkan (scheduling) dalam pengurusan masa seharian


pensyarah.

(iv) Perubahan pengurusan masa kendiri dalam urusan P&P hasil dari
pematuhan kepada prosedur ISO 9001:2000.

Setiap tema dibincangkan secara terperinci dengan menjadikan hasil analisis


data sebagai petunjuk arah kepada butiran perbincangan. Perbincangan menjurus
kepada proses menjawab persoalan yang dikaji oleh pengkaji. Setelah perbincangan
dibuat, kesimpulan bagi setiap tema dihasilkan dan seterusnya cadangan kepada hasil
kajian bakal diperoleh. Seterusnya semua tema melalui proses perbincangan,
kesimpulan dan cadangan, satu kesimpulan utama yang menjurus kepada jawapan
utama bagi kajian ini dibuat dan akhirnya pernyataan masalah kajian ini dapat
dijawab. Cadangan susulan kepada kajian yang mendatang akan diberikan supaya
wujud kesinambungan kepada kajian ini kelak.

5.2 Amalan Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem ISO Bagi


Mengelolakan (Organizing) Masa Kendiri.

Hasil dari kajian ini menunjukkan pensyarah bersetuju pada dasarnya dengan
pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem membantu pensyarah mengelola
masa kendiri. Dapatan ini dibuat hasil dari maklumat yang menunjukkan bahawa
skor min keseluruhan item di bawah aspek ini berada pada tahap setuju. Fungsi
prosedur kualiti sebagai mekanisme yang membantu proses mengelola masa kendiri
dipersetujui dapat membantu pensyarah mengurus masa. Selain daripada itu,
pematuhan kepada prosedur kualiti diyakini mampu memberi implikasi positif
kepada pengurusan kerja yang lebih teratur. Situasi ini digambarkan menerusi
persetujuan yang diberikan oleh pensyarah dalam kajian ini. Kerja yang
dilaksanakan berdasarkan dasar dan prosedur yang didokumenkan adalah salah satu
ciri sistem pengurusan berkualiti seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Abdul Halim
Bin Ali semasa Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Khidmat Cemerlang UTM 1998.

Amer Syakir Zainol (2005) menyatakan bahawa penentuan sama da manusia


itu berjaya atau tidak berjaya terpulang kepada cara mengelola masa kendiri sama
ada secara efektif atau tidak. Beliau menyatakan pengurusan masa yang baik ialah
apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti harian.
Disiplin yang dimaksudkan di sini adalah penggunaan jadual aktiviti harian.
Penggunaan jadual aktiviti harian turut menjadi mitos dalam pengurusan masa
kendiri seperti yang dinyatakan oleh Norlida Abd Halim & Jurina Pieei, 1994.
Namun begitu, kajian ini menemukan jawapan bahawa pensyarah di UTHM
bersetuju bahawa pengurusan masa kendiri adalah satu tabiat dan rutin harian akan
membentuk amalan pengurusan masa seseorang. Prosedur kualiti yang dipatuhi
akan membentuk tabiat di dalam diri pensyarah. Terdapat pendapat pensyarah yang
menyokong sepenuhnya pematuhan prosedur kualiti membantu kaedah kerja yang
lebih bersistematik dan maklumat serta data direkodkan dengan baik. Prosedur
kualiti juga dilihat memberi implikasi positif kepada proses mendisiplinkan
pengurusan masa pensyarah menerusi panduan yang diberikan.

Hasil kajian ini turut mendapati pensyarah sangat bersetuju dengan


keberkesanan penetapan tarikh akhir (dateline) bagi mengelakkan penangguhan
kerja. Musuh utama pengurusan masa adalah penangguhan kerja (Norlida Abd
Halim & Jurina Pieei, 1994). Kajian ini turut menunjukkan persetujuan pensyarah
tentang perihal penundaan tarikh akhir (dateline) adalah petanda pengurusan masa
yang lemah. Aspek penundaan masa untuk menyiapkan kerja penting akan
menimbulkan krisis yang menggambarkan tindakan yang tidak matang dan tidak
bertanggungjawab. Kerja yang disiapkan lebih awal secara relatifnya dipersetujui
memberi petanda pengurusan masa yang baik. Penggunaan masa yang berkualiti
turut berkait rapat dengan aspek pengurusan masa itu sendiri. Oleh sebab itu setiap
insan perlu mengambil kira dua perkara penting dalam mengelola masa kendiri iaitu
kuantiti masa dan kualiti masa yang digunakan (Amer Syakir Zainol, 2002).

Kesimpulannya, amalan pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem


dipersetujui dapat membantu pensyarah mengelola (organizing) masa kendiri.
Peranan penting prosedur kualiti dan penetapan tarikh akhir (dateline) menjurus
kepada pendekatan yang digunakan oleh pensyarah untuk mengelola masa kendiri
mereka.

Oleh yang demikian, dalam kajian ini memperlihatkan pendekatan sistem


memberi implikasi yang positif bagi membina garis panduan untuk pensyarah
mengelola masa kendiri mereka. Pematuhan kepada prosedur kualiti dapat membina
suatu pendekatan sistem yang akhirnya dapat menjurus semua pensyarah untuk sama
–sama berada dalam sistem kualiti yang turut dilihat sebagai “suatu pendekatan
sistem”.

5.3 Amalan Prinsip Mengutamakan (Prioritizing) Dalam Urusan Seharian


Sebagai Pensyarah Dan Anggota Organisasi Yang Mematuhi ISO
9001:2000.

Muhammad Yahya (2005) menyatakan perkara yang perlu ditekankan oleh


pensyarah ialah perkembangan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang P&P,
peningkatan kualiti P&P dan produktiviti pensyarah, proses penilaian kendiri atau
refleksi dalam aktiviti pengajaran dan penggunaan teknologi maklumat dan
multimedia dalam P&P. Hasil kajian ini turut membuktikan pensyarah UTHM
sangat setuju dengan kenyataan Muhammad Yahya (2005) iaitu urusan P&P sentiasa
menjadi keutamaan. Komitmen pensyarah terhadap urusan P&P memberi gambaran
positif kepada kefahaman pensyarah tentang tanggungjawab utama atau “core
business” mereka.

Kualiti bukanlah tanggungjawab pihak pengurusan semata – mata, tetapi


merupakan tanggungjawab semua ahli anggota dalam organisasi (Omar Din, 2002).
Ia memerlukan sumbangan bersama setiap ahli anggota untuk menjayakan usaha
penambahbaikan kualiti. Oleh yang demikian, pensyarah turut terlibat dalam kerja
pengurusan kualiti dan pada masa yang sama turut bertanggungjawab memastikan
kelicinan proses P&P. Situasi ini telah menimbulkan kewujudan pendapat dalam
kalangan pensyarah yang merasa keliru tentang beban kerja pengurusan yang
diberikan oleh pihak pengurusan universiti. Bebanan tambahan ini memerlukan
mereka membahagikan masa antara urusan P&P dan tugas pengurusan serta
menjejaskan status urusan P&P sebagai “core business” pensyarah dan pendapat ini
senada dengan Ismail Abdullah (1999). Namun, kebanyakan input yang diterima
dalam kajian ini menggambarkan perkara yang sebaliknya. Majoriti pensyarah
melihat secara positif agihan tugas pengurusan kerana kualiti adalah proses yang
kompleks dan melibatkan banyak pihak serta memerlukan penglibatan ramai staf
seperti mana yang disarankan oleh Sohal, A. S., Samson, D. & Ramsay, L (1998).

Kajian ini turut menemukan dapatan bahawa penggunaan senarai tindakan


(to do list) dipersetujui dapat membantu pensyarah dalam proses penentuan
keutamaan sesuatu urusan. Namun begitu, responden dalam kajian ini melihat
penyediaan senarai tindakan dirasakan hanya satu pilihan bukannya sebagai
kemestian dalam aspek pengurusan masa kendiri pensyarah. Perspektif ini tidak
selari dengan kaedah pengurusan masa berkesan seperti yang dinyatakan oleh
Lakein, J (1974) iaitu cara yang paling efektif untuk mengintegrasikan antara aspek
– aspek pengurusan masa (organizing, prioritizing & scheduling) ialah dengan
membina senarai tindakan dalam urusan seharian. Keperluan menulis senarai
tindakan sebagai satu strategi pengurusan masa turut diketengahkan oleh S. Hart –
Hester (2003). Walau bagaimanapun, pensyarah di UTHM secara keseluruhannya
masih melihat penyediaan senarai tindakan mampu membantu pensyarah
menentukan keutamaan sesuatu urusan.

Selain dari itu, kajian ini turut mendapati pensyarah bersetuju untuk
mengutamakan urusan P&P berbanding kerja pengurusan sekiranya wujud
pertindihan di antara keduanya. Pada masa yang sama, pensyarah turut bersetuju
keutamaan sesuatu kerja untuk diselesaikan turut bergantung kepada arahan pihak
atasan. Konflik antara urusan P&P dan arahan pihak atasan merupakan situasi yang
perlu dihadapi oleh pensyarah. Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994)
merumuskan sekiranya seseorang diminta untuk memilih keutamaan di antara dua
situasi, mereka perlu memilih berdasarkan sifat timbal balik, saling hormat
menghormati dan faedah bersama, ikatan yang produktif dan sihat boleh
berkembang.
Adalah penting untuk pensyarah memahami tanggungjawab dan menilai
peranan mereka di dalam sebuah organisasi yang dinamakan sebagai universiti.
Kerja berpasukan boleh membantu menjalin perasaan saling percaya – mempercayai,
menambahbaikkan komunikasi dan membentuk sikap saling bergantung dalam
kalangan staf dan komunikasi yang berkesan serta penglibatan staf pula dapat
meningkatkan komitmen staf kepada kualiti (PKPA, 1992).

Kesimpulannya, pensyarah telah mengguna pakai prinsip mengutamakan


(prioritizing) dalam urusan kerja seharian sebagai anggota organisasi dan pendidik.
Ini kerana pensyarah di UTHM sudah matang untuk menilai peranan mereka sebagai
anggota organisasi dan pada masa yang sama masih melaksanakan “core business”
sebagai pendidik. Rungutan kecil yang wujud tidak menggambarkan situasi yang
berlaku di institusi ini disebabkan hasil kajian menunjukkan sokongan yang
signifikan dalam kalangan pensyarah terhadap implikasi positif ISO kepada urusan
kerja seharian mereka sebagai anggota organisasi dan pendidik.

Pensyarah pada masa kini perlu memahami tugas mereka tidak hanya terikat
kepada proses P&P semata – mata, tetapi keperluan semasa memerlukan mereka
memainkan peranan aktif sebagai seorang anggota organisasi yang menjadikan
kualiti sebagai tunjang kepada setiap urusan. Keberkesanan pengurusan masa
menjadi keperluan utama pensyarah disebabkan mereka perlu berperanan sebagai
pendidik dan anggota organisasi pada masa yang sama. Situasi ini memerlukan
mereka mampu untuk membuat keputusan tentang keutamaan sesuatu urusan yang
perlu diselesaikan.

5.4 Amalan Menjadualkan (Scheduling) Dalam Pengurusan Masa Seharian


Pensyarah.
Hasil kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah di UTHM
bersetuju dengan amalan penjadualan dalam urusan seharian sebagai seorang
pensyarah. Penggunaan jadual dilihat sebagai satu langkah yang praktikal untuk
menguruskan masa. Pematuhan jadual perancangan kerja memerlukan disiplin diri
yang tinggi untuk merealisasikannya. Pensyarah turut bersetuju bahawa penggunaan
jadual akan menyebabkan keterikatan kepada jadual tersebut. Perspektif ini perlu
diperhalusi dengan melihat proses melakukan penyesuaian antara tugasan dan rutin
harian memerlukan satu penjadualan masa yang selari dengan kehidupan seharian.

Penjadualan yang dilakukan perlulah fleksibel dengan menentukan masa


senggang dan keperluan sosial turut dipenuhi. Selain dari itu, perlu disediakan satu
pelan luar jangka bagi menghadapi kemungkinan yang tidak disangka – sangka.
Adalah tidak relevan sekiranya setiap minit dalam masa seharian ditentukan secara
tetap. Jadual yang dibina perlu realistik dan yang paling penting dapat dipatuhi
sebaiknya, bukan sekadar catatan semata – mata. Jika kesemua elemen ini diambil
kira, keanjalan penjadualan masa kendiri pensyarah dapat ditingkatkan.

Namun begitu wujud ketidakpastian dalam kalangan pensyarah apabila


memberi maklum balas tentang guna pakai jadual perancangan kerja. Pensyarah
tidak pasti jadual perancangan kerja yang digunakan ketika di pejabat sahaja dan
kerja yang dibawa pulang ke rumah memberi petanda penjadualan kerja yang tidak
teratur. Kedua – dua aspek ini dirasakan tidak pasti diamalkan oleh pensyarah.
Selain dari itu, pensyarah turut menyatakan ketidakpastian tentang urusan kerja perlu
diselesaikan di pejabat sahaja. Kesemua aspek ini menjurus kepada persetujuan
pensyarah tentang penjadualan masa bergantung kepada tabiat seseorang itu.
Stereotaip pengurusan masa sebagai suatu yang bebas dan fleksibel dipegang oleh
kebanyakan orang (Norlida Abd Halim & Jurina Pieei, 1994).

Kajian ini turut menemukan dapatan bahawa pensyarah bersetuju rancangan


mengajar membantu proses penjadualan masa pensyarah semasa P&P berlangsung.
Persetujuan pensyarah memberi petanda bahawa perancangan tidak semestinya
menghalang kefleksibelan dan apabila rancangan tidak berjalan, orang yang bijak
akan mengetepikan rancangan tersebut dan mencari kaedah yang sesuai. Kaedah
sebegini dapat menggalakkan peluang untuk kaedah yang kreatif dan spontan bagi
perlaksanaan rancangan semasa P&P. Manfaat yang diperoleh oleh seseorang yang
terurus dan bekerja mengikut rancangan ialah mereka dapat mengurangkan tahap
keterdesakan yang dihadapi saban

Secara keseluruhannya, kesimpulan yang dapat dibuat ialah amalan


menjadualkan (scheduling) dalam urusan seharian pensyarah dipraktikkan bagi
membantu proses pengurusan masa kendiri. Penggunaan jadual kerja dipersetujui
oleh pensyarah sebagai mekanisme yang praktikal untuk mengurus masa.
Rancangan mengajar turut membantu proses susun atur perjalanan proses P&P.
Ketidakpastian yang wujud tentang penjadualan kerja lebih menjurus kepada aspek
guna pakai jadual kerja selepas dari waktu pejabat dan kerja yang gagal disiapkan
semasa waktu pejabat. Kedua aspek ini dilihat sebagai suatu amalan kendiri yang
berkait rapat dengan tabiat dan kecenderungan diri.

Amalan menjadualkan masa menjadi keperluan bagi individu yang berada


dalam sesebuah organisasi yang mementingkan kualiti dalam segenap aspek
pengurusan. Ini kerana masa yang diatur dengan baik dapat melicinkan perjalanan
sesebuah organisasi. Setiap perancangan memerlukan penjadualan yang teliti agar
gerak kerja dan yang dibentuk dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan

5.5 Perubahan Pengurusan Masa Kendiri Dalam Urusan P&P Hasil Dari
Pematuhan Kepada Prosedur ISO 9001:2000.
UTHM yang dahulunya dikenali sebagai KUiTTHO telah berjaya
memperoleh piawaian MS ISO 9001:2000 pada tahun 2001 dan sekarang institusi ini
telah enam tahun mengamalkan dan patuh kepada prosedur yang digariskan. Jangka
masa enam tahun sepatutnya dapat menggambarkan kefahaman dalam kalangan
warga UTHM yang sewajarnya turut arif dan memahami keperluan dan prosedur
kualiti yang berkaitan sama ada dari aspek pengurusan dan “core business” institusi
ini iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P). Situasi ini menjadikan
pensyarah dan pengajar sebagai kunci utama kepada keberkesanan dan kualiti
pendidikan (Robiah,1998).

Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelajar iaitu pelanggan


utama UTHM dan kelestarian urusan P&P secara langsung menjadi kayu pengukur
perubahan yang wujud setelah enam tahun ISO meresap dalam institusi pendidikan
yang tersohor ini. Pensyarah yang semakin arif dan sedia maklum tentang amalan
dan prosedur yang perlu dipatuhi tidak sepatutnya berhadapan dengan masalah
kecelaruan garis panduan dan prosedur yang patut dipatuhi. Hasil dari kajian ini
menunjukkan terdapat kepelbagaian pendapat peribadi pensyarah tentang implikasi
yang wujud hasil dari amalan dan prosedur ISO yang dilaksanakan di UTHM.

Hasil dari kajian ini menunjukkan pensyarah di UTHM bersetuju bahawa


wujud perubahan dari aspek pengurusan masa kendiri hasil dari guna pakai prosedur
kualiti dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pensyarah bersetuju guna pakai prosedur ISO membantu meningkatkan kecekapan
dan pengurusan P&P. Pendapat peribadi pensyarah yang memberi maklum balas
dalam item terbuka turut menyokong dapatan tersebut. Terdapat saranan bahawa
masa P&P tidak terjejas dan pendekatan sistem dan kreativiti pensyarah akan
menyumbang kepada keberkesanan penyampaian P&P. Saranan ini memberi
gambaran yang bertentangan dengan Ismail Abdullah (1999) yang menyatakan
kewujudan ISO menyebabkan fokus pendidik dalam “core business” sistem
pendidikan, iaitu proses P&P semakin berkurang akibat bebanan tugas “perkeranian”
dan pentadbiran yang tidak sepatutnya. Namun begitu, terdapat juga pendapat dari
pensyarah yang turut selari kenyataan Ismail Abdullah (1999). Terdapat juga
maklum balas yang merasakan bahawa penumpuan kepada P&P terjejas kerana
banyak masa dihabiskan untuk dokumentasi ISO. Selain itu, ISO dilihat menjadikan
suatu proses P&P menjadi “rigid” dan tidak kreatif serta menimbulkan birokrasi.
Pendapat ini tidak menggambarkan keseluruhan hasil yang diperoleh dalam kajian
ini.

Hasil dari analisis menjelaskan guna pakai ISO dalam urusan P&P mendapat
reaksi positif dari pensyarah menerusi skor min yang tinggi iaitu berada pada tahap
setuju terhadap hampir keseluruhan item yang berkaitan dengan persoalan perubahan
masa kendiri dalam urusan P&P hasil dari pematuhan kepada prosedur ISO
9001:2000. Mohd Hanafiah (2001), dalam kajiannya juga mendapati pensyarah perlu
bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan
mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh pelajar. Oleh itu ciri-ciri tersebut telah
dipamerkan apabila mereka setuju dengan mengamalkan keempat-empat aspek P&P
iaitu persediaan, penyampaian, penilaian dan bimbingan dalam amalan ISO.

5.5.1 Persediaan

Aspek persediaan dalam kajian ini menjurus kepada tiga item yang
dinyatakan dalam instrumen kajian ini iaitu rancangan mengajar disediakan untuk
membantu pengurusan masa P&P, kehadiran pelajar diambil bagi mematuhi
keperluan kualiti universiti dan penundaan kuliah menjejaskan objektif kualiti
universiti. Hasil dari analisis yang dijalankan telah mendapati majoriti pensyarah
bersetuju dengan ketiga – tiga item yang dinyatakan.

Hasil kajian ini turut memperlihatkan rancangan mengajar yang disediakan


oleh pensyarah membantu proses pengurusan masa semasa proses P&P berlangsung.
Rancangan mengajar memberikan garis panduan yang berguna untuk pensyarah
merangka perjalanan proses P&P. Proses mengorganisasikan masa akan berlaku dan
seterusnya memudahkan pensyarah mengatur bentuk pendekatan pengajaran dan
proses pembelajaran yang efektif untuk pelajar ikuti. Proses mengorganisasikan
masa dan isi pelajaran secara langsung memudahkan pensyarah melaksanakan proses
P&P secara teratur. Persetujuan yang tinggi dalam kalangan pensyarah terhadap item
ini semasa di dalam instrumen kajian menjelaskan lagi kepentingan persediaan
rancangan mengajar kepada aspek pengurusan masa pensyarah terutama ketika proses
mengorganisasikan masa P&P.

Persetujuan pensyarah terhadap persediaan untuk mencatatkan kehadiran


pelajar setiap kali waktu kuliah dijalankan adalah sangat tinggi. Kehadiran para
pelajar ke kelas perlu diambil dan direkodkan kerana salah satu ketetapan peraturan
yang dibuat oleh universiti adalah kehadiran pelajar perlu melebihi 80 peratus untuk
mereka layak menduduki peperiksaan akhir. Peraturan akademik ini merupakan
salah satu keperluan kualiti yang perlu direkodkan dan didokumentasikan oleh
pensyarah. Namun begitu terdapat pendapat secara peribadi dari pensyarah yang
merasakan kepatuhan kepada peraturan akademik ini perlu lebih kepada aspek budi
bicara dan tidak terikat sepenuhnya. Ini disebabkan mereka berpendapat pensyarah
perlu membantu pelajar yang tidak memenuhi peratusan kehadiran kuliah untuk
memperoleh peratusan kehadiran yang mencukupi bagi membolehkan mereka layak
menduduki peperiksaan. Proses ini menyebabkan prosedur yang digariskan tidak
perlu diikuti demi membantu pelajar yang bermasalah ini. Pendapat peribadi ini
menjurus kepada pengurangan sikap keterikatan kepada prosedur yang digariskan
oleh universiti demi membantu pelajar yang bermasalah.

Pensyarah turut bersetuju dengan pernyataan penangguhan kuliah


menjejaskan objektif kualiti universiti. Situasi ini dilihat tidak dapat meningkatkan
kecekapan sistem yang sedia ada iaitu penjadualan sesi kuliah yang telah diatur
sejak awal semester pengajian. Penundaan kuliah menyebabkan jadual dan susunan
dan perancangan yang telah dirangka tidak diikuti dan dipatuhi. Namun begitu, dari
aspek pengurusan masa, kewujudan perkara yang tidak dirancang dalam setiap
perancangan adalah sesuatu yang normal dan perlu dibuat perubahan kepada
perancangan yang sedia ada (Norlida Abd Halim & Jurina Pieei, 1994).
Adalah penting untuk memutuskan keputusan penundaan kuliah dibuat
akibat keadaan yang mendesak dan bukan sewenang – wenangnya. Sekiranya,
penundaan kelas dibuat tanpa desakan yang perlu, secara tidak langsung akan
menjejaskan objektif kualiti yang ingin dicapai oleh universiti iaitu mengamalkan
pengurusan berkualiti berdasarkan kepada penanda aras yang diiktiraf seperti sistem
ISO dan QAA.

5.5.2 Penyampaian

Aspek penyampaian secara keseluruhannya menunjukkan pensyarah sangat


bersetuju dengan tiga item yang diberikan dalam instrumen kajian ini. Catatan skor
min sebanyak yang diinterpretasikan sebagai sangat setuju menjelaskan perubahan
persepsi dan pandangan pensyarah UTHM pada masa kini. Hasil kajian ini sedikit
berbeza dengan hasil yang diperoleh oleh pengkaji terdahulu yang turut
menggunakan item yang sama dalam kajiannya. Wan Noor Hin (2005) mendapati
pensyarah di UTHM hanya berada pada tahap setuju dengan item – item aspek
penyampaian. Perubahan pandangan dan persepsi pensyarah yang lebih positif
tentang perjalanan urusan P&P berdasarkan pematuhan kepada prosedur ISO telah
wujud dan diperoleh dalam kajian ini.

Interaksi pelbagai hala sebagai keperluan dalam P&P sangat dipersetujui oleh
pensyarah. Hubungan pensyarah dan pelajar semasa proses P&P tidak merupakan
interaksi sehala, tetapi perlu dijayakan bersama – sama dengan pelajar. Aktiviti
seperti sumbang saran, perbincangan dalam kumpulan dan sesi pembentangan
membantu mewujudkan suasana aktif dan merangsang penglibatan pelajar semasa
proses P&P. Pendapat Noriah Mohd Ishak & Nor Sakinah Mohamad (2003) turut
menyatakan bahawa pelajar akan dapat mengikuti proses pengajaran dengan lebih
mudah jika guru yang mengajar prihatin terhadap perkembangan dan keperluan
semasa pelajar.

Kepelbagaian bahan mengajar dipersetujui mampu meningkatkan


pengalaman pembelajaran pelajar dan hasil dari kajian ini turut menunjukkan
pensyarah bersetuju bahawa pengalaman pembelajaran pelajar perlu dibina semasa
P&P berlangsung. Kedua – dua dapatan kajian ini ternyata selari dengan salah satu
objektif kualiti UTHM iaitu mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berkualiti berpusatkan pelajar menerusi pembelajaran melalui pengalaman
(experential learning).

5.5.3 Penilaian

Hasil kajian bagi aspek penilaian menunjukkan bahawa pensyarah bersetuju


dengan keperluan agar jadual perlaksanaan ujian dimaklumkan di awal semester
pengajian dan ujian yang dilaksanakan tertakluk kepada jadual tersebut. Namun
begitu, situasi berbeza berlaku apabila pensyarah berada pada tahap tidak pasti
tentang penundaan ujian adalah indikator perlaksanaan P&P yang tidak teratur. Hasil
kajian ini memperlihatkan pensyarah tidak begitu pasti perkaitan antara penundaan
ujian dan perlaksanaan P&P. Walaupun wujud ketidakpastian tentang kaitan antara
penundaan ujian dengan perlaksanaan P&P, pensyarah bersependapat bahawa
perlaksanaan ujian wajar dilakukan mengikut jadual perlaksanaan ujian. Aspek
pengurusan berkait rapat dengan elemen perancangan. Perlaksanaan ujian yang tidak
mengikut perancangan memungkinkan wujud ketidakselarian antara perlaksanaan
P&P seperti yang dirancang dalam dokumen Format Penulisan Perancangan Kuliah
(RPP-04). Mengikut perspektif pengurusan masa seperti dinyatakan oleh Norlida
Abd Halim & Jurina Pieei (1994), kebanyakan masalah pengurusan masa disebabkan
oleh ketidakmampuan menghubungkan aktiviti dengan matlamat jangka panjang
pada hari yang sibuk.
5.5.4 Bimbingan

Tumpuan kepada pelajar dari aspek bimbingan merupakan salah satu


kepakaran yang perlu ada dalam diri seorang yang bergelar pendidik. Hasil daripada
analisis memberi interpretasi setuju dalam kalangan pensyarah UTHM terhadap
aspek bimbingan terhadap pelajar. Aspek bimbingan yang dimaksudkan ialah
penetapan masa khusus untuk sesi bimbingan kepada pelajar, keperluan bimbingan
susulan bagi membantu pelajar yang kurang faham isi pelajaran yang diajar dan
penetapan masa bimbingan sebagai satu keperluan bukannya pilihan.

Oleh itu, adalah perlu bagi pensyarah mengekalkan kesediaan untuk


memberikan bimbingan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar. Bagi menjamin
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin, seseorang guru seharusnya dapat
mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan pelajarnya (Ee Ah Meng,
2002). Masalah yang melibatkan P&P perlu diutamakan bagi menambahbaikkan
proses P&P yang dilaksanakan menerusi bimbingan susulan. Persetujuan pensyarah
tentang keperluan masa bimbingan yang khusus untuk pelajar dapat menggambarkan
keprihatinan pensyarah terhadap masalah pelajar terutama yang melibatkan aspek
pembelajaran.

Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati wujud perubahan dari


aspek pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna pakai prosedur kualiti
dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
pematuhan kepada prosedur kualiti dapat membantu kelicinan perjalanan proses
P&P. Contohnya ialah perlaksanaan urusan mengambil kehadiran pelajar bagi
memastikan catatan kehadiran melebihi 80% membuktikan prosedur kualiti difahami
dan dituruti. Selain itu, kualiti dalam proses P&P turut dipersetujui oleh pensyarah
sebagai tugas utama yang perlu dilaksanakan dengan baik menerusi rancangan dan
pendekatan yang menjurus kepada proses mencapai objektif kualiti universiti untuk
mengamalkan kaedah P&P berkualiti berpusatkan pelajar menerusi pembelajaran-
menerusi – pengalaman (experiential learning).

Kajian yang dilaksanakan ini telah memberi perspektif yang lebih jelas
tentang kelicinan proses P&P hasil dari guna pakai prosedur kualiti. Tujuan
prosedur kualiti yang dibina oleh sesebuah organisasi adalah bagi memberi panduan
untuk dipatuhi oleh anggota organisasi bagi melicinkan perjalanan organisasi itu
sendiri. Sewajarnya, prosedur ini digunakan dalam urusan seharian bagi menjadikan
kualiti sebagai nadi utama organisasi tersebut dan akhirnya objektif – objektif kualiti
sesebuah organisasi akan tercapai.

5.6 Rumusan Kajian

Jangkaan enam tahun penarafan ISO 9001:2000 yang telah dilalui oleh
UTHM ternyata memberi implikasi yang mendalam kepada pengurusan masa
kendiri dalam kalangan pensyarah. Implikasi positif yang wujud kepada dua aspek
yang dikaji dalam kajian ini iaitu pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem
dan penglibatan anggota organisasi memberi petanda bahawa pensyarah pada hari ini
sudah matang dalam menguruskan masa mereka sebagai pendidik dan anggota
organisasi. Aspek pengurusan masa iaitu mengelola (organizing), mengutamakan
(prioritizing) dan menjadualkan (scheduling) menerima implikasi secara langsung
dan tidak terkecuali urusan yang melibatkan proses P&P turut menerima gelombang
perubahan.
Amalan pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem dipersetujui dapat
membantu pensyarah mengelola (organizing) masa kendiri dan guna pakai prinsip
mengutamakan (prioritizing) dalam urusan kerja seharian sebagai anggota organisasi
dan pendidik membantu pensyarah menilai peranan mereka sebagai anggota
organisasi dan pada masa yang sama masih melaksanakan “core business” sebagai
pendidik. Amalan menjadualkan (scheduling) dalam urusan seharian pensyarah
turut dipraktikkan bagi membantu proses pengurusan masa kendiri. Perubahan turut
berlaku dari aspek pengurusan masa kendiri pensyarah hasil dari guna pakai
prosedur kualiti dalam urusan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana pematuhan kepada prosedur kualiti didapati membantu kelicinan
perjalanan proses P&P.

Sokongan yang signifikan kepada implikasi positif dua amalan ISO yang
dikaji dalam kajian ini iaitu pengurusan yang mengamalkan pendekatan sistem dan
penglibatan anggota organisasi kepada pengurusan masa kendiri dalam kalangan
pensyarah menyebabkan pengkaji membuat kesimpulan bahawa dalam konteks
pensyarah di UTHM, ISO dilihat memberi implikasi positif kepada pengurusan masa
kendiri pensyarah.

Amalan ISO yang diamalkan oleh warga pensyarah UTHM dapat membantu
proses pembinaan kualiti yang menyeluruh di setiap lapisan pengurusan dan
pentadbiran organisasi serta mencapai objektif kualiti UTHM yang diwujudkan,
dilaksanakan, dipantau dan dikaji semula secara berkala bagi menentukan
pencapaian, kesesuaian serta dikemaskinikan sejajar dengan visi dan misi universiti.

5.7 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya


Berdasarkan kepada perbincangan dan kesimpulan yang dibuat terhadap
dapatan kajian yang diperlaki, maka pengkaji ingin mencadangkan beberapa
cadangan yang dianggap perlu dalam memperbaiki lagi kajian ini dan meneroka
ruang – ruang yang bakal memberi dimensi baru kepada cabang keilmuan yang sedia
ada. Antara cadangan – cadangan tersebut adalah seperti:

(i) Kajian susulan boleh dibuat kepada golongan staf bukan akademik
bagi melihat implikasi ISO kepada mereka. Implikasi dari aspek
bebanan kerja, pengurusan masa kendiri, kepimpinan dan lain-lain.

(ii) Kajian boleh dilaksanakan dengan mengkaji implikasi ISO kepada


staf sokongan di sesebuah organisasi yang menerima penarafan ISO
atau pun organisasi yang sedang mengusahakan proses penarafan
ISO.

(iii) Instrumen kajian boleh diolah semula dengan menggunakan data


kualitatif bagi mengkaji implikasi ISO kepada anggota yang spesifik
dalam sesebuah organisasi seperti golongan pengurusan, pensyarah,
staf bukan akademik dan staf sokongan.

(iv) Kajian lanjutan boleh dibuat tentang perbandingan implikasi ISO


kepada aspek kepimpinan staf akademik dan bukan akademik.
RUJUKAN

Alias Baba (1999). “Statistik Melahirkan Tenaga Kerja Manusia Bertaraf Dunia”.
Kertas Kerja Bengkel SKU/SKT, April 1996.

Amer Shakir Zainol (2002). “Membina Kendiri Unggul Berkarisma” Universiti


Teknologi MARA Cawangan Segamat: Kertas Kerja. Dipetik pada 12 Julai
2006. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/urusmasa/masa1.htm

Anne Stevenson & Sarah Harper (2006). “Workplace Stress and The Student
Learning Experience.” Quality Assurance in Education. Vol.14 No. 9. 167-
178.

Azizan Abdullah (2002). “Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000”. Kuala Lumpur:
Prentice Hall.

Azizi Yahya (2005). ”Pembangunan Kendiri”. Skudai : Penerbitan UTM. 3

Bordens, K. S. & Abbott, B. B. (2002). “Research Design and Methods: A Process


Approach.” 10th ed. New York: Mc Graw Hill. 63-64, 220.

Chua, Y.P. (2006) . “Kaedah dan statistik penyelidikan Buku 1: Kaedah


Penyelidikan.” Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. 190

Deming, W.E. (1986). “Out of Crisis.” Massachusetts: MIT Center for Advanced
Engineering Study. 27.

Ee Ah Meng (2002). “Psikologi pendidikan III (Semester III).” 3rd.ed. Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. 114.
Gliem. J. R. & Gliem. R. R. (2003). “Calculating, Interpreting and Reporting
Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert – Type Scale.”
Columbus: The Ohio States University.3. Dipetik pada 12 Februari 2007.
http://www.alumni-osu.org/midwest/midwestpapers/Gliem&Gliem--
Done.pdf.

Goodwin, C. J. (2005). “Research in Psychology: Methods and Design.” 4th ed. New
York: John Wiley & Sons, Inc. 414.

Ismail Abdullah (1999). “Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000 Di Sekolah : Hubung
kait Status Perlaksanaan Dengan Kualiti Dan Produktiviti Guru.” Universiti
Utara Malaysia : Kertas Projek.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Education & Psychological Measurement. 30.
607-610.

Lakein, J. (1974). ”How to Get Control of Your Time and Life.” New York : Penguin
Books.

L.C. Koo, Fredrick K.C Tao & Hannah Koo (1999). “Charting Staff Attitude Along
The Journey Towards Getting ISO Certification.” Managerial Auditing
Journal. 14. 44-50. MCB University Press. Dipetik pada 25 Ogos 2006.
www.emeraldinsight.com/researchregister

Marzita Abdullah (2005). “Kualiti fokus Utama UKM.” Dipetik pada 29 September
2006. http://utusan.com.my/special.asp?pr=ukm35tahun

Md Zahir Kechot (2003). “Persijilan ISO dan Kualiti Akademik IPTA.” Dipetik pada
24 April 2007. http://pkukmweb.ukm.my/~ppa/03persijilaniso.htm

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003).“Reka bentuk Tinjauan: Soal Selidik


Pendidikan.” Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Hanafiah Omar (2001). ”Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).” Dewan
Ekonomi Bil. Mac 2001. 16 – 18.

Mohd Shoki, Zainab Khalifah, Noor Abidah Mohd Noor, Maimunah Ali &
Norzarina Sulong (2002). “Best Practices and Learning Using ISO
9001:2000” Universiti Teknologi Malaysia: Kertas Seminar.

Mohd Yusof Hj. Othman (2000). “Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan.”


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yahya (2005). “Kualiti fokus Utama UKM.” Dipetik pada 29 September
2006. http://utusan.com.my/special.asp?pr=ukm35tahun

Nelson, I. (2002). “Kemahiran Professional untuk Guru: Pengurusan Masa Untuk


Guru.” Dipetik pada 27 Julai 2005.

Noriah Mohd Ishak & Nor Sakinah Mohamad (2003). “Kesan Interaksi antara Gaya
Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen terhadap Profesion Perguruan.”
Jurnal Pendidikan.28. 91-103.

Norlida Abd Halim & Jurina Pieei (1994). “Pengurusan Masa Berkesan Hebat.”
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2,15,16,17,26.

Nuratiqah Seman (2005). “Kesan ISO 9000 Terhadap Kompetensi Pensyarah


Politeknik.” Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn: Projek Sarjana.
Oakland, S. John. (1996). “Pengurusan Kualiti Menyeluruh.” Terjemahan Mohamad
Salmi Mohd Sohod. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3-4.

Omar Ali (2002). “Tinjauan Persepsi Staf Dan Pelajar Terhadap Amalan
Perlaksanaan Sistem ISO 9002 di POLIMAS.” Universiti Utara Malaysia :
Kertas Projek.
Ong Mek Hion (2005). Guru Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan San
Peng. Dipetik pada 5 Ogos 2005. www.ypc.org.my
PKPA (1992). “Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan
Awam.” Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1992. 40-43.

Robiah Sidin (1998). “Pendidikan dalam Pemikiran.” Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. 28, 214.

S. Hart – Hester (2003). “Time Managers: Secrets of Effective Leaders.” The


Internet Journal of Healthcare Administration. Volume 2 Number 1. Dipetik
pada 10 Januari 2007.
http://www.ispub.com/ostia/index.php?xmlFilePath=journals/
ijeicm/vol7n1/time.xml

Seman Salleh (2005). ”Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu:


Kajian Kes di Sebuah Sekolah Rendah di Daerah Jerantut, Pahang Darul
Makmur.” Jurnal IPBA. Jilid 3 Bilangan 2. 27 – 44.

Sohal, A. S., Samson, D. & Ramsay, L. (1998), “Requirements for Successful


Implementation of Total Quality Management”, International Journal of
Technology Management. Vol.16 No. 4-6. 505-519.

Triling, B. & Hood, P. (1999). “Learning Technology and Education Reform in the
Knowledge Age or “We’re Wired, Webbed, and Windowed, Now What?”.”
Educational Technology. 1. 5-18.
Uma Sekaran (2003). “Research Method for Business: A Skill - Building Approach”
(4th Ed.). New York: John Wiley & Sons, Inc. 197,307.

Wan Noor Hin (2005). “Implikasi ISO Terhadap Pembangunan Profesional di


Kalangan Pensyarah KUiTTHO.” Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien
Onn: Projek Sarjana.

Wiersma, W. (1995). “Research Method in Education: An Introduction.” 6th Ed. New


York: Allan and Bacon. 165.
________ (2002). “Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 dalam
Perkhidmatan Awam.” Lampiran 1 kepada Surat Pekeliling Pentadbiran
Awam Bilangan 2 Tahun 2002.

You might also like