You are on page 1of 19

PENGENALAN

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia
lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan
kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan
tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan
ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan,
ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada
beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan
kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh
pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:


• Pendaratan
• Statik
• Gerak edar
• Putaran
• Hamburan
• Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti


gimnastik artistik, ialah:
• Keuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek
regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan
imbangan, kemahiran serta melombol.
• Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol dalam
satu pergerakan.
• Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan
yang lebih sukar.

1
• Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan
pergerakan.
• Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan
dapat dihasilkan
• Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

PROGRAM LATIHAN GIMNASTIK ARTISTIK

Program latihan adalah merupakan alat yang digunakan oleh jurulatih untuk
merancang, mengarah dan memandu gimnas bagi menjalani latihan sepanjang
tahun.

Dalam kerangka program latihan terdapat peridosiasi iaitu tempoh atau jangka
masa. Periodisasi merupakan proses di mana pelan tahunan dibahagikan
kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program yang dirancang dapat
dijalankan dengan teratur.

Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa


fasa latihan dan bahagian –bahagian kecil bertujuan untuk :

i) Memudahkan penyediaan program latihan


ii) Lebh mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat
iii) Dijadikan garis panduan bagi menentkan pencapaian puncak yang
betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama.
iv) Membantu jurulatih dan atlet menjalani latihan dengan lebih teratur
dan bersistematik.
v) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian.

Periodisasi latihan dibahagikan kepada:


• Fasa-fasa latihan
• Latihan Mingguan

2
• Latihan Harian
• Sesi latihan
Berikut adalah lakaran program latihan gimnastik daripada pra musim hingga ke
pertandingan. Program ini dijalan sepanjang tahun.

Persedian Prapertandingan Pertandingan

Umum Khusus
Kemahiran
Pergerakan Motivasi

Latihan Semua Latihan Apparatus Psikologi


Komponen Komponen
Kecergasan Ketangkasan Startegi
Kekuatan
Apparatus Kelenturan Psikologi
Koordinasi
Kemahiran Motivasi
pergerakan Latihan
Kemahiran
Jan Mac Mei Dis

Apabila seseorang jurulatih membuat satu rancangan latihan beliau perlu


mematuhi beberapa keperluan asas dalam proses perancangan. Antara
keperluan-keperluan yang perlu dipertimbangkan ialah:

Perancangan Jangka Panjang Perlu Berkait dengan Perancangan Semasa


Perancangan jangka panjang adalah keperluan penting dalam proses
latihan yang digunakan oleh para jurulatih sebagai matlamat latihan, bertujuan
untuk membantu dalam latihan gimnastik. Sesuatu rancangan latihan perlu
merangkumi kedua-dua aspek iaitu kemahiran dan prestasi, yang sepatutnya
meningkat dalam setiap latihan. Objektif dalam program latihan jangka masa
panjang bergantung kepada garis pengukur dan kandungan latihan yang
terdapat dalam rancangan tahunan, makro dan mikro. la juga perlu mempunyai
kesinambungan antara objektif semasa dan jangka panjang.

3
Mengekal dan Menekankan Faktor Utama dalam Latihan

Semasa latihan seseorang jurulatih perlu selalu menekankan


kesederhanaan atau berdasarkan keperluan gimnas dalam setiap aspek latihan,
seperti mana pentingnya volum dan intensiti latihan itu sendiri. Semasa dalam
pertandingan atau ujian seseorang jurulatih perlu dapat menilai pencapaian
gimnas untuk dibandingkan dengan objektif latihan yang telah ditetapkan. Jika
terdapat kelemahan prestasi gimnas dalam aspek tertentu, tidak mengikut apa
yang dirancang, jurulatih perlu mengubah suai program latihan atau memberi
tumpuan kepada aspek kelemahan gimnas. Inilah yang dikatakan mengekalkan
faktor utama dalam latihan dan pada masa yang sama mengekal dan
meningkatkan kelebihan atlet gimnastik dalam aspek yang menunjukkan prestasi
yang baik sebagaimana objektif latihan.

Merancang Pencapaian Secara Berperingkat

Semasa memulakan setiap fasa latihan, seseorang jurulatih perlu


menetap dan mencatatkan objektif yang perlu dicapai oleh atlet gimanstiknya
pada sesi akhir latihan tersebut. Objektif yang ingin dicapai dalam setiap sesi
latihan perlu teratur dan berjadual, sebagai pengesan dalam peningkatan tahap
latihan dan kemampuan prestasi atlet gimnastik. Dalam masa yang sama juga
untuk memastikan program latihan berjalan teratur dan berkualiti. Bukan sesuatu
yang luar biasa komponen latihan berjadual ini diabaikan oleh ramai jurulatih
kerana mahu meningkatkan volum dan intensiti latihan bagi pencapaian prestasi
atlet ke tahap maksimum dengan lebih cepat. Tindakan atau perancangan yang
tidak teratur ini bukan sahaja tidak akan membantu dalam peningkatan prestasi
atlet, malah boleh menurunkan prestasi mereka. Justeru seseorang jurulatih
perlu mematuhi konsep pencapaian prestasi khusus, dan menekankan tahap

4
yang ditetapkan atau objektif prestasi atlet, dalam usaha mencapai potensi
kejayaan yang sebenar.

Matlamat

Matlamat mestilah jelas dan tidak spesifik baik pada jurulatih mahu pun
kepada atlet. tiap matlamat yang hendak dicapai haruslah relevan dan sesuatu
yang mampu dicapai.Matlamat latihan hendaklah ditentukan terlebih dahulu
sebelum sesuatu program latihan dijalankan sama ada latihan jangkamasa
pendek atau jangkamasa panjang dan matlamat hendaklah dicapai menjelang
sesuatu kejohanan atau pertandingan sebenar. Walau apa sekali pun hubungan
atau komunikasi antara jurulatih dan atlet gimanstik adalah penting demi
mencapai matlamat tersebut.

Program latihan yang berkualiti seharusnya ialah tingkat prestasi yang tinggi.
Bagi mencapai matlamat asas latihan iaitu peningkatan tahap kemahiran dan
prestasi terdapat berapa objektif umum latihan yang perlu dicapai. Antara
objektif-objektif tersebut adalah

Pembentukan atau Peningkatan Pelbagai Aspek Fizikal


Pembentukan kecergasan yang menyeluruh seperti meningkatkan daya
tahan, kekuatan, kesimbangan, kelenturan, dan tahap kordinasi yang tinggi. Ini
perlu dilihat dari aspek berlandaskan perlakuan motor dan berdasarkan latihan.

Pembentukan Keperluan Fizikal yang Khusus untuk Sukan Tertentu


Membentuk dan meningkatkan kekuatan relatif dan sepatutnya, komposisi
otot dan kekenyalan, kekuatan khusus dalam sukan atau acara tertentu,
pergerakan dan masa tindak balas dan koordinasi serta kelembutan. Hasil dari
latihan ini membolehkan atlet melakukan semua jenis pergerakan berdasarkan
keperluan sukan tertentu dengan licin dan kemas.

5
Kerangka Program Latihan

Program latihan adalah merupakan alat yang digunakan oleh jurulatih


untuk merancang mengarah, dan memandu atlet gimnastik bagi menjalani
latihan sepanjang tahun.

Di dalam kerangka program latihan terdapat periodisasi iaitu tempoh atau


jangka masa. Periodisasi adalah proses yang mana pelan tahunan dibahagikan
kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program latihan yang dirancang
dapat dijalankan secara teratur.

Fasa-Fasa Latihan
Satu kelendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu
fasa persediaan, pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-
ciri tertentu dan dibahagikan lagi kepada sub- fasa. Setiap fasa adalah terdiri
daripada kitar makro (long cycle) dan kitar mikro (short cycle). Setiap kitar ini
mempunyai matlamat yang berbeza.

Fasa Persediaan

Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan


program latihan yang dijalankan. Kekurangan tumpuan pada fasa ini
menjejaskan persediaan fasa-fasa berikutnya, terutamanya fasa pertandingan.

Fasa persediaan dibahagikan lagi kepada dua subfasa iaitu:

Persediaan Umum

6
Dalam fasa persediaan umum jurulatih perlu memberi tumpuan kepada
pembinaan kecergasan fizikal yang menyeluruh terutamanya dalam aspek daya
tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum gimnas
menjalani latihan pembinaan komponen fizikal yang diperlukan untuk melahirkan
gimnas yang mampu bersaing di peringkat yan lebih tinggi.

Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensiti
latihan adalah sederhana antara 40% hingga 70%. Bergantung kepada masa
yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 hingga 14
minggu.

Selain itu, kecergasan fizikal merupakan faktor yang amat penting untuk
mencapai prestasi kemahiran yang tinggi. Tahap kecergasan yang rendah boleh
menyebabkan teknik permainan tidak dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Jurulatih yang baik seharusnya tahu mengenai kecergasan khusus untuk
permainan dan mengimbangkan program pelaziman dalam sesi latihan. Dalam
fasa persediaan umum ini , jurulatih semestinya mengelolakan sesi latihan yang
melibatkan semua komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan seperti
daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan juga
komposisi badan manakala kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor
terdiri daripada kelajuan, ketangkasan, kuasa, imbangan, koordinasi dan masa
tindak balas.

Selain daripada komponen kecergasan , jurulatih perlu menekankan


aspek-aspek kemahiran pergerakan dalam sukan gimnastik . Seseorang gimnas
perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti melentur dan meregang,
mengimbang, melompat dan melayang, melonjak, menyokong, memusing dan
mengilas, mengguling, mengayun, melenting. Dengan kemahiran asas inilah
seorang gimnas berupaya melakukan pergerakan senaman lantai dan
penggunaan alatan dengan baik dan kemas.

7
Pergerakan asas menggunakan alatan seperti pergerakan menggunakan
lombol lalu, lombong kangkang dan lombol muka perlu dikuasai oleh gimnas
terlebih dahulu. Pergerakan ini akan membantu seseorang gimnas menguasai
pergerakan menggunakan alatn yang memerlukan kekuatan tangan dan
pendaratan yang baik.

Beberapa pergerakan asas ketangkasan, imbangan dan lombol akan


memberi kesedaran ruang, masa, beban dan aliran serta membina daya kreatif ,
reka cipta dan pengubahsuaian bagi menghasilkan rangkaian pergerakan yang
harmoni dan estetik.

Sebagai jurulatih beberapa kemahiran pergerakan yang perlu diajar


termasuklah :

1. Gaya Dirian
Seseorang gimnas perlu mempunyai cara berdiri yang sempurna dan
kemas bagi setiap permulaan pergerakan. Kedudukan gaya dirian yang baik
dapat membantu gimnas memungut mata dalam persembahannya.

2. Guling hadapan 3. Guling Belakang

4.

Dirian kepala
5. Dirian tangan

8
6. Roda kereta 7.Hambur kepala

8. Hambur tangan 9.Hambur terbang

10.Hambur melenting 12. hambur belakang

9
Setiap kemahiran asas yang telah diajar kepada murid perlu
dipertingkatkan dengan melakukan lakuan ansur maju .

Kemahiran seseorang individu merangkumi empat elemen penting iaitu


motivasi, pergerakan asas, kecergasan fizikal dan teknik-teknik kemahiran.
Sebagai asas, seseorang gimnas individu perlu mempunyai moitvasi yang tinggi
untuk melibatkan diri dalam acara individu. Motivasi merupakan penyokong
kepada semua kemahiran lain dan kemahiran-kemahiran bergantung kepada
motivasi bagi menentukan seseorang itu berjaya atau tidak. Justeru itu, jurulatih
perlu memainkan peranan untuk memotivasikan para gimnas semasa sesi
latihan dan dalam pertandingan. Oleh itu, motivasi perlu dididik semasa fasa
persediaan lagi.

Persediaan Spesifik (Khusus)

Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen


fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan gimnastik . Bagi sukan gimnastik
komponen-komponen fizikal yang dominan ialah, kelenturan, keseimbangan
,ketangkasan, kekuatan, dan juga koordinasi . Isipadu latihan yang dijalankan
dikurangkan kepada 65% hingga 80%. Jangka masa latihan bagi fasa ini adalah
antara enam hingga 10 minggu.

Bagi sukan gimnastik , kaedah-kaedah latihan seperti latihan kecergasan


diteruskan. Di samping itu , jurulatih juga perlu mempertingkatkan latihan
kemahiran pergerakan dalam gimnastik artistik seperti melentur dan meregang,
mengimbang, menghambur, memusing dan mengilas, mengguling, mengayun
dan melenting.

10
Jurulatih juga perlu mendedahkan bentuk-bentuk pertandingan dan acara-
acara yang dipertandingkan. Selain itu , gimnas juga perlu diajar dengan
menggunakan alatan sebenar yang digunakan dalam pertandingan.

BENTUK PERTANDINGAN GIMNASTIK


Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan , keseimbangan dan
ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik,
setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan,
keseluruhan dan individu untuk setiap alatan.

Acara yang dipertandingkan bagi ahli gimnastik lelaki ialah :


• Senamai lantai
• Kekuda pelana
• Gelang
• Lombol
• Palang sejajar
• Palang tunggal
Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara iaitu:
• Senaman lantai
• Lombol
• Palang bertingkat
• Batang titian

KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK

A. SENAMAN LANTAI
Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastk.Senaman
lantai mempengaruhi pergerakan gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian
tangan dan kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu

11
pergerakan di palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang sejajar,
gelang dan palang tunggal.

B. ACARA LOMBOL
Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig
Jahn, yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Apabila melakukan lombol,
gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan
yang lebih tinggi. Lombol mempunyai enam fasa iaitu larian penujuan, lonjakan,
penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.

12
C. ACARA PALANG
Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan
lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan . Para gimnas wanita pernah
menggunakan palang sejajar sehingga 1930. Selepas itu , satu daripada palang
telah direndahkan dan dikenali sebagai palang bertingkat khas untuk wanita.
Pergerakan di kedua-dua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan
ayunan daripada pergerakan kekuatan.

D. KUDA BERPELANA
Alatan yang digunakan dalam acara kuda berpelana lebih sama bentuk
dengan kekuda lombol , tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya
digelar bonjol pelana. Peserta akan menggunakan bonjol pelana ii untuk
memindahkan keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau kedua-dua
lenganya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana bergantung
kepada tumpuan , imbangan dan rentak.

13
E. BATANG TITIAN
Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu
perkembanngan pembentukan dirian tubuh, dan gaya yang baik. Ciri-ciri
terpenting dalam acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti
dilakukan dengan berhati-hati di ataas alatan yang lebarnya hanya 10 cm.

F.

ACARA GELANG
Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk
mendapatkan pegangan pertama. Jika peserta terjatuh, dia mempunyai 30 saat
untuk naik semula. Semasa mendarat peserta tidak dibenarkan melangkah,
tetapi boleh membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah.

14
G. ACARA PALANG
TUNGGAL
Acara palang
tunggal merupakan
acra terakhir dan selalu

15
dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas
palang tunggal ini melalui tangan dan bahagian depan lengan.

Di samping itu juga jurulatih perlu sentiasa memberikan


motivasi kepada para gimnas. Seseorang gimnas yang
bermotivasi tinggi akan berlatih dengan bersungguh-
sungguh.

Fasa Pertandingan
Fasa pertandingan dibahagi kepada dua subfasa iaitu:

i) Pra pertandingan
Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal yang
terdapat dalam sesuatu sukan yang dilatih. Berbeza daripada fasa persediaan
khusus, latihan pada fasa pra pertandingan ini bertujuan meningkatkan atau
mengekalkan tahap kecergasan. Latihan dilakukan dalam situasi pertandingan
sebenar atau melalui simulasi pertandingan.

Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan,


sementara intesiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. Bagi sukan
yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan adalah sederhana
antara 60% hingga 70%, sementara intensiti latihan boleh ditingkatkan sehingga
100%.

Selain daripada latihan khusus seperti dinyatakan di atas, kaedah-kaedah


seperti latihan tubuh badan, kesedaran ruang , kesedaran masa ,kesedaran
beban, kesedarn aliran, kesedaran ritma diteruskan . Latihan bebanan masih
boleh diteruskan dan tumpuan diberikan kepada peningkatan dan pengekalan

16
daya tahan otot. bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa
bagi fasa ini adalah antara enam hingga lapan minggu.

Ujian pasca kecergasan diperlukan. Selain itu,latihan taktikal amat


diperlukan dalam fasa ini. Jurulatih.juga perlu memainkan peranan untuk
memotivasikan pemain-pemain yang bakal berhadapan dengan pihak lawan.
Justeru itu. Latihan tekanan amat diperlukan dalam fasa pra pertandingan.

ii) Pertandingan
Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang
diperlukan oleh sukan yang diceburi. Tapering off ubahsuai isipadu dan intensi
(lazimnya penurunan). Isipadu dan intensiti amat diperlukan pada fasa ini bagi
memastikan para gimnas berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari
pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui perrtandingan
sebenar .

Bagi sukan gimnastik, isipadu dan intensiti latihan adalah sekurang-


kurangnya sama dengan keperluan sebenar sukan tersebut. Jurulatih juga perlu
memberi pendedahan tentang taktik dan juga psikologi kepada para pemain.

Kesimpulan.

Pengetahuan yang mendalam amat diperlukan oleh jurulatih dalam


melaksanakan program latihan. Dengan pengetahuan yang mendalam , juru latih
berkemampuan untuk merancang serta melaksanakan latihan bagi memastikan
atlet mereka mendapat faedah yang sewajarnya hasil daripada latihan yang
sistematik

17
Langkah-langkah keselamatan

Aspek Keselamatan

Aspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktiviti gimnastik.


Kita mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting pergerakan dan
aspek biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat
seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat graviti. Para
gimnas juga mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan
risiko kecederaan.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam langkah-


langkah keselamatan para gimnas :

1. Para gimnas perlu sedar bahawa setiap perlakuan yang hendak dilakukan
perlulah mengikut kemampuan dan kematangan. Jika para gimnas
melakukan aktiviti sukar yang tidak bersesuaian dengan kemampuannya
boleh mengakibatkan kecederaan.

2. Jurulatih perlu menggunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa


sebarang objek yang boleh mendatangkan kecerderaan kepada para
gimnas. Justeru itu, sebelum latihan dijalankan, jurulatih perlu memastikan
tiada sebarang objek yang berbahaya di kawasan latihan.

3. Jurulatih juga perlu memastikan alatan yang digunakan semasa latihan


Alatan yang digunakan dalam latihan perlu berada dalam keadaan
selamat, alatan yang sempurna, sesuai dan selamat. Peralatan di
gimnasium tersebut mestilah diperiksa pada setiap kali hendak digunakan.
Di samping itu , peralatan itu juga hendaklah diperiksa secara berkala
untuk memastikan keselamatan pada alatan tersebut.

1. Aktiviti memanaskan badan, kelonggaran dan regangan yang secukupnya


pada bahagian-bahagian otot dan sendi utama bagi mengelakkan risiko
kecederaan. Oleh itu, sebelum melakukan sebarang aktiviti, jurulatih perlu
memastikan para gimnas melakukan aktiviti memanaskan badan .

18
2. Jurulatih juga perlu memastikan setiap alatan disusun dengan betul dan
kedudukan alatan tersebut hendaklah memikirkan keselamata para gimnas
semasa melakukan latihan.

3. Ketebalan tilam untuk senaman lantai mestilah bersesuaian dengan latihan


yang hendak dijalankan. Jurulatih juga perlu menyediakan tilam-tilam
keselamatan di kawasan yang berisiko. Para gimnas juga harus melakukan
latihan di kawasan yang bertilam. Ini disebabkan oleh aktiviti dalam
gimnastik terdedah kepada kecederaan.

4. Setiap akiviti yang hendak dilakukan oleh gimans perlu dibuat setelah
menerima arahan guru dengan jelas Selain itu , para gimnas perlu
mendapatkan bantuan penyokong semasa melakukan aktiviti yang sukar.

Rujukan:

1. Bimbingan Intesif Sains Sukan (2005). Kualiti Books Sdn. Bhd. Petaling
Jaya, Selangor.
2. Yusof Ismail (1994) . Gimnastik. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik_artistik"
4. HBPE 2103, Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan (2007),
Open University Malaysia.

19

You might also like