You are on page 1of 24

Tentera Darat Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Tentera Darat DiRaja Malaysia)


Lompat ke: pandu arah, gelintar
Tentera Darat Malaysia

Insignia Tentera Darat Malaysia

Data Agensi
Ditubuhkan 23 Januari 1933 - Kini
Di bawah
Kerajaan Malaysia
tanggungjawab
Ibu pejabat Kuala Lumpur
Pekerja Sulit
Pemerintah Jeneral Tan Sri Muhammad
tertinggi Ismail Hj Jamaluddin
Laman web
Malaysian Army

Tentera Darat Malaysia adalah komponen darat di dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Tentera Darat Malaysia meliputi beberapa pasukan tempur dan pasukan bantuan tempur
yang diberikan tugas mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Tentera Darat Malaysia mempunyai 17 Rejimen dan Kor dan yang aturkan menjadi
pasukan-pasukan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama
dan ulung di dalam Tentera Darat Malaysia adalah Rejimen Askar Melayu.

Isi kandungan
[sorok]

• 1 Sejarah
• 2 Insignia
• 3 Kor dan Rejimen
o 3.1 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)
o 3.2 Rejimen Renjer DiRaja(RRD)
o 3.3 Kor Armor DiRaja(KAD)
o 3.4 Rejimen Artileri DiRaja(RAD)
o 3.5 Rejimen Semboyan DiRaja (RSD)
o 3.6 Kor Pasukan Elit (KPE)
 3.6.1 10 Briged Para
 3.6.2 Rejimen Gerak Khas (RGK)
o 3.7 Kor Perkhidmatan Am (KPA)
o 3.8 Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD)
• 4 Kor Kesihatan Diraja (KKD)
o 4.1 Kor Risik DiRaja (KRD)
o 4.2 Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD)
o 4.3 Kor Ordnans DiRaja (KOD)
o 4.4 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)
o 4.5 Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
o 4.6 Rejimen Askar Wataniah (AW)
o 4.7 Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)
o 4.8 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)
• 5 Unit dan organisasi
o 5.1 Kekuatan Tentera Darat Malaysia
• 6 Kelengkapan
• 7 Aset Udara
• 8 Istiadat and Tradisi
o 8.1 Perarakan Panji-Panji DiRaja
o 8.2 Last Post
• 9 Hari Pahlawan

• 10 Pautan luar

[sunting] Sejarah
Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda
Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen
ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen
Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941
iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.

Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang


tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah
diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah
ditambah menjadi tujuh batalion.

Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang
bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun
1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah
berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera
Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera unuk peperangan
konvensional.

[sunting] Insignia
Mahkota - Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Bulan dan Bintang -
Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam
yang merupakan agama rasmi Negara. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan
Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya. Berlian melambangkan
kekayaan hasil bumi yang dinikmati rakyat Malaysia. Kalungan Bunga Padi sebanyak
16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia. Keris
Bersilang Duku Ilang melambangkan keperwiraan. Lambang ini menunjukkan pantang
undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.

[sunting] Kor dan Rejimen

Anggota Rejimen Askar Melayu DiRaja memperkasakan kedudukan selepas mendarat


menggunakan Landing Craft, Air Cushion, (LCAC) daripada kapal USS Boxer (LHD 4)
semasa Latihan CARAT) di Malaysia.

[sunting] Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)

Rencana utama: Rejimen Askar Melayu DiRaja


Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah rejimen tertua dalam Tentera Darat Malaysia.
Rejimen Askar Melayu DiRaja bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan
pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu DiRaja
merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya,
pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Rejimen Askar Melayu DiRaja
kini mempunyai kekuatan 25 batalion.

Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1
Mac 1933. RAMD memngandungi 25 batalion yang mana dua batalian sebagai Batalian
Para, dua batalian sebagai Battalion Mekanis, satu Batalian Istiadat dan selebihnya adalah
Batalian Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam
Tentera Darat Malaysia.

Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah
ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3
elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Elit Para akan menjadi teras
kepada infantri. Satu batalion akan dikhususkan sebagai Batalion Istiadat. Batalian
Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang ditubuhkan pada 1 Jan 1938 telah diubah
dari peranan sebagai pasukan infantri biasa kepada batalian infantri istiadat mulai 1 Jan
1989. Di atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan serta pencapaian mutu yang tinggi,
pasukan ini telah diberi kepercayaan dalam kawalan kehormatan utama setiap kali
lawatan pembesar-pembesar luar negara. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi
dan membantu pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun
semula dari segi keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan
latihan yang intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun
perperangan insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman
musuh-musuh negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan
Tentera Darat yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan
pantas. Justeru, pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini.

Sebagai kor yang tertua di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kor Infantri
mempunyai rentetan sejarahnya yang tersendiri. Pada tanggal 1 Mac 1933 bertempat di
Port Dickson, Negeri Sembilan, seramai 25 anak watan memulakan latihan rekrut dalam
Kompeni Percubaan Askar Melayu yang mana menjadi pengasas terbentuknya Tentera
Darat Malaysia sekarang. Di antara yang memainkan peranan utama dalam penubuhan
rejimen ini adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhamad Ibni Yam
Tuan Antah, Undang Luak Rembau Negeri Sembilan, Dato’ Abdullah bin Dahan, Sultan
Perak, Sultan Alang Iskandar Shah dan Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan. Dengan
berbekalkan semangat keperwiraan, latihan yang intensif serta perancangan yang
menyeluruh, skuad ini telah berkembang dengan pesat bagi memenuhi keperluan semasa
negara.

Dalam mempertahankan maruah bangsa melayu dan membuktikan keperwiraan anak-


anak watan, 2 buah batalion Rejimen Askar Melayu Diraja telah terlibat di dalam Perang
Dunia II. Antara pertempuran yang menjadi ingatan dan kebanggaan Kor Infantri adalah
“Pertempuran Muar”. Di dalam pertempuran ini, Lt Ibrahim Al-Dita selaku ketua platun
telah membuktikan keberaniannya. Beliau telah dianugerahkan “Military Cross” iaitu
pingat yang tertinggi Perang Dunia ke 2 bersama dua lagi rakannya iaitu Lt Ismail Babu
dan Kpl Yaakob Bidin. Pertempuran Bukit Chandu pada 14 Feb 1942 yang begitu sengit
merupakan satu titik tanda sejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian askar
Melayu. Dalam pertempuran ini, Leftenan Adnan Bin Saidi telah sanggup bertahan
sehingga ke titisan darah yang terahkir. Beliau telah berjaya membunuh ramai tentera
musuh serta rela ditikam sehingga mati daripada menyerah kalah kepada tentera Jepun.

Ketika ini, 2 batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja dikhususkan sebagai pasukan
payung terjun (Para) ditugaskan menjadi komponen di dalam 10 Briged Para, asas
Pasukan Atur Cepat di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Dua lagi batalion Rejimen
Askar Melayu DiRaja ditukarkan menjadi batalion mekanis dan menbentuk komponen 4
Briged Mekanis di dalam Tentera Darat Malaysia.

Seorang pegawai dari Rejimen Renjer memberi "Perintah Taktikal" semasa Latihan
CARAT 2002.

[sunting] Rejimen Renjer DiRaja(RRD)

Rencana utama: Rejimen Renjer DiRaja

Pasukan ini terkenal dengan cogan kata "Agi Hidup Agi Ngalaban" ataupun "Selagi
Hidup Selagi Melawan". Bersama dengan Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Kor Armor
DiRaja, Rejimen Renjer DiRaja merupakan elemen tempur Tentera Darat Malaysia.
Walaupun usianya sebagai rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda
daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja, Rejimen Renjer DiRaja bersama memikul beban
sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara.

Rejimen Renjer Diraja (RRD) adalah salah satu daripada Kor Infantri yang telah
ditubuhkan pada 16 Mac 1963. RRD memngandungi 9 batalion yang mana satu batalion
sebagai batalion para, satu batalion sebagai battalion mekanis, dan selebihnya adalah
batalion infantri standard. RRD juga merupakan kor yang kedua terbesar di dalam
Tentera Darat Malaysia selepas RAMD. Perbezaannya dengan RAMD adalah
keanggotaan RRD terdiri daripada berbagai kaum dan agama di Malaysia.

Menuju cabaran di alaf baru, Kor Infantri telah disusun semula menjadikan ia sebuah
ketumbukan yang mantap dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan setiap tugas. 3
elemen utama iaitu Infantri Standard, Infantri Mekanis dan Infantri Para akan menjadi
teras kepada infantrI. Dalam melaksanakan tugas-tugas dalam operasi dan membantu
pihak berkuasa awam semasa aman, pasukan infantri baisa telah disusun semula dari segi
keanggotaan dan material kepada Batalion Infantri Standard. Dengan latihan yang
intensif dalam semua bentuk cabaran samada konvensional mahupun perperangan
insurgensi, batalion ini dilatih supaya siap siaga bagi menghadapi ancaman musuh-musuh
negara. Dasar pertahanan negara di abad ke 21 memerlukan ketumbukan Tentera Darat
yang mampu diaturgerakkan dalam semua keadaan dengan cekap dan pantas. Justeru,
pasukan Infantri Para telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ini.

Ia adalah rejimen yang kedua besarnya dalam Tentera Darat. Rejimen ini adalah satu
rejimen yang unik di mana dianggotai berbagai kaum dan agama. Selain berketurunan
Melayu, Cina, India dan Sikh, Rejimen Renjer DiRaja juga dianggotai oleh anggota
terdiri dari rakyat bumiputera dari Sabah dan Sarawak serta Orang Asli serta terdapat
juga bangsa Gurkha (yang menjadi warganegara Malaysia, bukannya penduduk tetap)
turut berkhidmat dalam rejimen ini. Kehadiran kaum bumiputera memberi identiti
tersendiri bagi Rejimen Renjer DiRaja dan menjadikan ianya kaya dengan pelbagai
kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.

[sunting] Kor Armor DiRaja(KAD)

Rencana utama: Kor Armor DiRaja

Kor Armor Diraja bermula dengan tertubuhnya Skuadron Kereta Perisai Persekutuan
pada 1 September 1952. Skuadron ini telah diperbesarkan kepada Rejimen Kereta Perisai
Persekutuan dalam tahun 1957. Dalam tahun 1960, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan
telah dicantumkan dengan Rejimen Persekutuan, sebuah batalion infanteri. Percantuman
ini melahirkan Kor Peninjau yang telah dikurniakan gelaran Diraja pada 20 Mei 1972.
Pada 22 Disember 1979 Kor Peninjau Diraja telah ditukarkan nama menjadi Kor Kavalri
Diraja. Tugas kor ini ialah menjalankan operasi secara "serangan" dan "pertahanan"
dengan sentiasa menyediakan bantuan perisai kepada Tentera Darat. Cogankata Kor
Armor Diraja ialah BERSATU.

Kor Armour DiRaja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat
Malaysia. Kor Armor DiRaja, ataupun lebih dikenali sebagai Armor dilengkapkan
kenderaan perisai pengangkut tentera (Armoured Personnel Carrier), kenderaan tempur
infantri (Infantry Fighting Vehicle), kenderaan tempur berperisai (Armoured Combat
Vehicle) dan juga dengan kereta kebal.

[sunting] Rejimen Artileri DiRaja(RAD)

Rencana utama: Rejimen Artileri DiRaja

Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri
dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota
Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang
Dunia II. Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke
Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment
Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan. Seramai 89
anggota telah bersetuju dan bersedia untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan.
Maka pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan
dianggotai oleh seramai 89 anggota. Bateri ini menggunakan meriam jenis 25 pounder
dan pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston
Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Kapt. N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan
yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Mej. M.
Barkeley RA. Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk
menubuhkan sebuah bateri artileri untuk Tentera Persekutuan di Semenanjung Tanah
Melayu.

Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan
kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat
mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi
mereka dengan efektif.

Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat (10 km) dan
sederhana (45 km),sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu
anti pesawat. Rejimen Artileri turut mempunyai peralatan dan radar pengesan
persenjataan musuh serta peralatan kajicuaca bagi memudahkan data-data tembakan
diberi dengan cepat dan tepat

[sunting] Rejimen Semboyan DiRaja (RSD)

Rencana utama: Rejimen Semboyan DiRaja

Rejimen Semboyan Diraja adalah sebuah rejimen Bantuan Tempur di dalam Tentera
Darat Malaysia. Tugas utama RSD ialah menyedia dan menyelenggarakan komunikasi
untuk perintah dan kawalan Tentera Darat. Di samping itu, RSD juga terlibat di dalam
menyediakan bantuan Peperangan Elektronik kepada Tentera Darat.

RSD bertanggungjawab meyedia dan mengekalkan semua saluran komunikasi diantara


markas-markas formasi hingga ke pasukan di peringkat taktikal Tentera Darat
Malaysia. RSD juga bertanggungjawab menguruskan semua aspek perlaksanaan
peperangan elektronik dan sistem amaran awal untuk Tentera Darat Malaysia.

Sejarah Rejimen Semboyan Diraja bermula apabila tertubuhnya ‘Communications Troop’


di Pusat Latihan Askar Melayu Diraja pada tahun 1949 di Port Dickson, Negeri
Sembilan. Terup tersebut telah dianggotai oleh jururadio dari Platun Semboyan Batalion
Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja.

Pada awal tahun 1952, 'Communication Troop' ini telah dinaik taraf ke skuadron dan
dikenali sebagai 'Federation Signals Squadron'. Bermula dari tarikh itu secara rasminya
Skuadron tersebut telah diberi tugas dan tanggungjawab khusus untuk menyediakan
komunikasi kepada semua pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja.
Seiring dengan penubuhan ‘Federation Army Brigade’ pada tahun 1952, ‘Federation
Brigade Siqnal Squadron’ juga telah ditubuhkan bagi menyokong bantuan komunikasi
antara markas 'Federation Army Brigade' ke pasukan-pasukan di bawahnya. Ia
kemudiannya dikenali sebagai ‘Malaysian Signal Regiment’. Rejimen Semboyan juga
telah mengiktiraf tanggal 15 November 1952 sebagai tarikh penubuhan ‘Federation
Signals’ dan sehingga sekarang tarikh tersebut secara rasmi dikenang sebagai tarikh
penubuhan Rejimen Semboyan Diraja.

Sejajar dengan jasanya dalam pelaksanaan peranan dan tugas yang disandang dalam
pemodenan komunikasi Tentera Darat, disamping keterampilan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi terhadap Raja dan Negara, Rejimen Semboyan Malaysia telah
dianugerahkan Gelaran Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong pada 6 Jun 1992. Kor tersebut kini dikenali sebagai Rejimen Semboyan
Diraja.

[sunting] Kor Pasukan Elit (KPE)

Tentera Darat Malaysia mempunyai 2 kor pasukan elitnya iaitu 10 Briged Para dan Grup
Gerak Khas.

[sunting] 10 Briged Para

Rencana utama: 10 Briged Para

10 Briged Para merupakan sebuah Pasukan Elit Tentera Darat Malaysia yang terdiri
pelbagai cabang kor ATM yang berpengkalan di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka
dan sebahagian daripada elemen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) Angkatan
Tentera Malaysia dalam menangani keganasan dan ancaman pihak musuh dengan
menggunakan jumlah keanggotaan yang ramai. Cogankata 10 Briged Para adalah
TINDAK PANTAS.

Antara pasukan yang membentuk 10 Briged Para adalah;

• 9 Melayu
• 17 Melayu
• 8 Renjer
• Batalion Pertama Rejimen Artileri Diraja

[sunting] Rejimen Gerak Khas (RGK)

Rencana utama: Grup Gerak Khas

Grup Gerak Khas merupakan entiti utama pasukan elit TDM yang paling digeruni.
Ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 di Kem Majidee, Johor Bharu. Rejimen pada mulanya
dikenali sebagai Malaysian Special Service Group (MSSG), dan dalam tahun 1969 telah
diperbesarkan menjadi satu Rejimen yang dikenali dengan nama Rejimen Pertama Gerak
Khas Malaysia (1 RGKM). Tugas Rejimen Gerak Khas ini ialah menjalankan operasi
tertentu secara bebas melalui darat, laut dan udara. Cogankata Rejimen Gerak Khas
adalah “CEPAT DAN CERGAS”. GGK pernah terlibat dalam beberapa siri operasi
berprofil tinggi termasuklah operasi menyelamat pasukan Delta Force dan Renjer
Amerika Syarikat yang terperangkap dalam pertempuran di Pasar Bakhara, Moghadishu,
Somalia yang mengakibatkan 2 anggota GGK terkorban dalam operasi yang
digandingkan bersama Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan. RAMD juga
turut kehilangan seorang anggotanya dalam operasi tersebut.

Peranan dan tugas

• Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh


dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan
gerila.

• Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui


laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga
mendapatkan maklumat.

[sunting] Kor Perkhidmatan Am (KPA)

Rencana utama: Kor Perkhidmatan Am

Kor Perkhidmatan Am diwujudkan dalam tahun 1954 dengan nama “The Federation
General Service Corps”. Bahagian-bahagiannya ketika itu ialah Pejabat-pejabat Rekod,
Gaji, Perubatan, Pelajaran dan Perisikan. Nama pasukan Perkhidmatan Am
dikuatkuasakan pada 1 Julai 1958. Bahagian-bahagian Perubatan dan Perisikan kemudian
berpisah dan menubuh kor yang berasingan. Pasukan Perkhidmatan Am dengan rasminya
menjadi Kor Perkhidmatan Am pada 1 Mei 1972. Kor ini bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas urusan khidmat dari segi Urusan Gaji, Pekeranian, Pelajaran dan Perhubungan
Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia. Cogankata Kor Perkhidmatan Am ialah
“BERBAKTI” Kor Perkhidmatan Am terbahagi kepada 4 komponen penting yang
membentuk kor ini iaitu Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani), Kor Perkhidmatan
Am (Gaji), Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) dan Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan
Raya) di mana tiap-tiap komponen memainkan peranan penting di dalam tugas dan
peranannya sesuai dengan mottonya "BERBAKTI"

[sunting] Kor Polis Tentera DiRaja (KPTD)

Rencana utama: Kor Polis Tentera Diraja

Kor Polis Tentera Diraja telah ditubuhkan pada 12 November 1953 dikenali sebagai Polis
Tentera Persekutuan dan diletakkan dibawah pemerintahan dan Pentadbiran Royal
Military Police, British Army. Pasukan kecil ini ditugaskan khas untuk
menyelenggarakan tatatertib Tentera Darat sahaja. Dewasa ini Kor Polis Tentera Diraja
telah berkembang dan memainkan peranan penting meliputi ketiga-tiga cabang
perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, bertanggungjawab terhadap undang-undang,
peraturan-peraturan dan perintah-perintah tentera. Kecekapan Kor ini adalah selaras
dengan cogankatanya “SEDIA BERKHIDMAT.

Kor Polis Tentera DiRaja adalah sebuah badan yang menjaga dan memelihara undang
undang Angkatan Tentera Malaysia. Walau pun di bawah cabang Tentera Darat. Tetapi
tugasnya meliputi ketiga tiga cabang ATM. Ketua bagi Kor Polis Tentera Diraja ialah
Brigedier Jenderal. Setiap cabang ATM ada polisnya sendiri. Tugas PDRM adalah sebuah
badan yang menjaga dan memelihara undang undang awam. Sementara itu KPTD
menjaga dan memelihara undang undang Angkatan Tentera.

Setiap briged TDM terdapat 1 kampeni KPTD. Terdapat percahan dalam polis tentera
antaranya Cawangan latih, cawangan pusat tahanan, cawangan siasatan jenayah,
cawangan PARA, Polis Askar Wataniah, Polis Tentera Laut, Polis Tentera Udara. Tugas
cawangan PARA ialah menjaga dan mengawal tatatertib anggota tentera untuk komando
dan briged para sahaja. Tugas cawangan latih ialah mel;atih anggota dan pegawai tentera
untuk diserapkan menjadi Polis Tentera. Tugas cawangan pusat tahanan membaik pulih
imej anggota dan pegawai Tentera yang dikenakan tahanan @ penjara. Tugas Polis Askar
Wataniah ialah menjaga dan memelihara tatatertib pegawai dan anggota simpanan sahaja.

[sunting] Kor Kesihatan Diraja (KKD)


Rencana utama: Kor Kesihatan Diraja

Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam


menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh
warga ATM. Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera
menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT, Institusi latihan
seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera.
Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan
dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara. Khidmat bakti perkhidmatan
kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi
PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera bermula seawal sejarah perjuangan


angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara selepas Perang Dunia
Pertama. Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi
merupakan penyumbang ke arah penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun
1960. Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera terukir apabila Kor Ubatan dan
Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967. Evolusi Kor Kesihatan Diraja
terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera
(KKAT) pada 10 Ogos 1988. Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 merupakan pengiktirafan negara terhadap
khidmat bakti dan pengorbanan warga Kor kepada bangsa dan negara. Cogankata Kor
Kesihatan Diraja ini adalah “KHIDMAT DIUTAMAKAN”.
[sunting] Kor Risik DiRaja (KRD)

Rencana utama: Kor Risik Diraja

Kor Risik Diraja telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 dan
dianugerahkan gelaran Diraja pada 7 Jun 1997 oleh SPB Yang DiPertuan Agong ke X
Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Organisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap
Pengerusi KRD dan terbahagi kepada penempatan seperti berikut:

• Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).


• 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK).
• 91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT).
• Cawangan Perisikan.
• Jabatan Arah Risik.
• Pusat Latihan Perisikan (PULARIS).

Kesemua penempatan ini mempunyai tugas dan peranan yang berbeza tetapi secara
ringkasnya KRD berperanan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha dari segi
mengumpul, menilai dan menyebar perisikan taktikal yang berkaitan dengan kepentingan
Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya

Kor Risik Diraja ditubuhkan secara rasminya pada 7 November 1969 bagi menghadapi
ancaman Parti Komunis Malaya yang melancarkan dasar ketenteraan dan merancang
pemberontakan bersenjata mulai 1949.

Pada tahun 53, pentadbiran Inggeris mulai sedar tentang keperluan perisikan bagi
membantu pasukan keselamatan dalam usaha membanteras perjuangan bersenjata PKM.
Serentak dengan itu, seorang anak watan Pbt Hashim bin HJ Rauf telah diserap dan
ditugaskaskan di ”HQ 355 Field Security Section (FSS)” iaitu ”British Military
Intelligence” yang diketuai oleh LtM E.A Atkinson. Potensinya yang baik meyakinkan
pihak Inggeris dan seterusnya menggalakkan mereka terus merekrut lebih ramai anak
tempatan. Sekumpulan Pegawai Tidak Tauliah (PTT) dari Rejimen Askar Melayu,
Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dan Jurutera Persekutuan telah ditumpangkan ke
”HQ 355 FSS” untuk dilatih dalam seksyen perisikan.

Apabila negara merdeka ”HQ 355 FSS” disusun semula dan dikenali sebagai ”Federation
Field Security Section” (FFSS) dan diletakkan dibawah Markas Tentera Persekutuan (HQ
Malaya Command), Kuala Lumpur. Seramai 14 orang ”Junior Civil Liaison Officer”
yang bertugas dengan cawangan khas Polis Persekutuan Tanah Melayu dipanggil oleh
pihak Inggeris bagi melaksanakan kerja perisikan di medan.

Pada November 63, Bahagian Gerakan, Rancang dan Perisikan telah diambil alih oleh
pegawai tempatan dan Cawangan Rancang dan Perisikan telah ditukar kepada
Jabatanarah Perisikan Bersama pada Mac 1965. Awal tahun 66, tiga pertubuhan unit
perisikan yang berfungsi tanpa pemerintahan dan kawalan dari mana-mana organisasi
telah ditubuhkan yang terdiri daripada Penasihat Pertahanan Tentera, Anggota Tentera
Cawangan Khas (ATCK) dan Jawatankuasa Sempadan.

Semua organisasi unit perisikan dalam angkatan tentera telah disatukan di dalam satu kor
pada tahun 69 dan semenjak penubuhannya Kor Risik amat disegani atas kemampuan dan
kebolehannya sebagai sumber perisikan kepada pertahanan negara dan pencerobohan
kegiatan subversif pihak musuh terutamanya di era penentangan pengganas komunis.

[sunting] Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD)

Rencana utama: Kor Perkhidmatan Diraja

Kor Perkhidmatan Diraja berasal dengan penubuhan Cawangan Bekal dan Angkut dalam
bulan April 1957 sebagai satu bahagian dalam Army Service Corps (ASC). ASC telah
ditukarkan nama kepada Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) selaras dengan
tugasnya memberi bantuan logistik kepada semua Perkhidmatan Angkatan Tentera. Pada
9 April 1965 AFMC telah dibubarkan dan Pasukan Bekal dan Angkut Tentera telah
ditubuhkan. Pasukan ini kemudian dikenali dengan nama Kor Perkhidmatan Diraja dan
bercogankata “BERKHIDMAT KEPADA SEMUA” Menjalankan sebagai pasukan
Logistik Tentera Darat seperti Workshop dan kampeni angkot. Kecuali senjata dan
bekalan asas. Setiap Briged ada satu kompeni angkut dan workshop briged. Manakala di
dalam satu ketumbukan divisyen pula terdapat satu batalion angkut dan empat kompeni
di dalamnya. Ini termasuklah seperti kompeni angkut itu sendiri, kompeni hantaran udara,
kompeni bekalan dan kompeni markas. Di peringkat batalion ini ia diketuai oleh satu kali
Leftenan Kolonel yang diikhtiraf.Dan disetiap kompeni diketuai oleh satu kali pegawai
berpangkat Mejar atau Kapten yang bertauliah.

Dalam memberi bantuan kenderaan di barisan hadapan seperti trak 3 tan (bawa anggota,
peralatan dll),drops (kontena 20 kaki), bozer minyak dan air,Tank Transporter, Mobile
Fuel Dispensing System (CFT) kor ini juga memberi perkhidmatan dari segi bantuan
lojistik seperti kargo perkapalan, penginapan (transit), penerbangan (MAS, Airasia)dan
sebagainya.

[sunting] Kor Ordnans DiRaja (KOD)

Rencana utama: Kor Ordnans Diraja

Kor Ordnans Diraja bermula dengan penubuhan Malay Regiment Stores Depot pada 17
Julai 1964 di Port Dickson yang kemudiannya disatukan dengan lain-lain pasukan
logistik, dalam bulan April 1957 dengan nama Army Service Corps (ASC). Berikutan
dengan penubuhan Tentera Laut dan Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada
Armed Forces Maintainance Corps (AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC
dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini telah dengan rasminya dinamakan Kor
Kelengkapan Malaysia kemudian nya ditukarkan kepada Kor Ordnans Diraja. Cogankata
Kor ini ialah “BERKHIDMAT MEMBANTU”.
Pasukan Logistik didalam Tentera Darat. Tugasnya ialah membekal senjata dan keperluan
asas tentera darat. TLDM TUDM ada pasukan logistik nya sendiri

[sunting] Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)

Rencana utama: Rejimen Askar Jurutera Diraja

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditubuhkan pada 22 April 1953. Seperti Kor-
kor lain juga, RAJD telah mengalami berbagai perubahan sejajar dengan perkembangan
dan pembesaran Tentera Darat Malaysia. RAJD bermula dengan peranan awal yang
terhad dalam membantu operasi TENTERA PERSEKUTUAN menentang komunis,
khasnya dalam tugas-tugas memusnah bom, membersih kawasan periuk api, membina
jalan, jambatan, landasan kapal terbang serta menyediakan bekalan air. Sekarang RAJD
mampu memainkan peranan yang lebih luas dalam membantu pembangunan negara
setelah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peralatan dan jentera serta mempunyai
pegawai-pegawai dan warga RAJD yang berkemahiran tinggi.

Dengan cogan kata "BERUSAHA BERFAEDAH" RAJD yang pakar dalam kejuruteraan
tentera terbukti telah menyumbangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara
termasuk menyediakan tenaga mahir kepada sektor awam apabila anggotanya bersara.
Sebagai tanda pengiktirafan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah
berkenan mengurniakan gelaran DIRAJA pada 6 Jun 1992. Seterusnya pada 5 Jun 2004,
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekali lagi telah berkenan
mengurniakan Panji-Panji Diraja kepada RAJD.

Sejarah penubuhan telah bermula dengan rasminya pada 22 April 1953 dengan
penubuhan pasukan JURUTERA MALAYSIA pertama dikenali sebagai 76th Federal
Field Squadron di Balaclava Lines, Kluang. Anggota-anggota dari pasukan ini telah
dilatih di Pusat Latihan Tentera British bertempat di Nee Soon Singapura dan Kluang.

Apabila negara kita hampir mencapai kemerdekaan, Tentera British telah merancang
untuk membubarkan RE Field Regiment dan menyerapkan anggota daripada Rejimen
kepada FEDERATION ENGINEERS. Pada 15 Julai 1957, Skuadron Jurutera Kedua telah
ditubuhkan dengan kekuatan seramai 201 anggota daripada 75 th Malayan Field
Squadron. Sementara itu, 76th Federal Field Squadron, FEDERATION ENGINEERS
telah ditukar designasi kepada Skuadron Jurutera Pertama kerana ia merupakan pasukan
pertama jurutera dalam TENTERA PERSEKUTUAN.

Semasa penubuhan 1 Skuadron Jurutera dan 2 Skuadron Jurutera, Cawangan Jurutera


Tentera Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Leftenan
Kolonel RA Blakeway OBE RE sebagai Komander Jurutera. Sekarang, organisasi ini
dikenali sebagai JABATAN ARAH JURUTERA Markas TD yang diketuai oleh Ketua
Jurutera berpangkat Brigedier Jeneral.

[sunting] Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)


Rencana utama: Kor Agama Angkatan Tentera

PERKHIDMATAN AGAMA DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)


TELAH LAMA BERMULA SELARAS DENGAN PENUBUHAN REJIMEN ASKAR
MELAYU PADA TAHUN 1933. WALAU BAGAIMANAPUN PERJAWATAN PADA
KETIKA ITU TERLETAK DI BAWAH PENTADBIRAN JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM (JPA) DAN BUKANNYA ATM. SEJAK DARI ITU PERKEMBANGAN
PERKHIDMATAN AGAMA DALAM ATM SEMAKIN MELUAS SEJAJAR DENGAN
KEPERLUAN PERKEMBANGAN ORGANISASI DALAM ATM ITU SENDIRI.

EKORAN DARI PERKEMBANGAN DI ATAS, KEPERLUAN UNTUK


MENUBUHKAN SEBUAH KOR YANG BERTANGGUNGJAWAB
MENGENDALIKAN HAL EHWAL KEAGAMAAN DALAM ATM SEMAKIN
DIRASAKAN PERLU DAN MENDESAK. LANGKAH PERTAMA BAGI
MEREALISASIKAN HASRAT DAN IDEA INI TELAH DIMULAKAN PADA TAHUN
1979 OLEH YANG BERHORMAT DATUK PATINGGI ABDUL TAIB MAHMUD
SELAKU MENTERI PERTAHANAN KETIKA ITU. AKHIRNYA SEMASA TUN DR.
MAHATHIR MOHAMAD MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA
TAHUN 1980, KAGAT TELAH DITUBUHKAN PADA 24 JUN 1980 MELALUI
MAJLIS ANGKATAN TENTERA (MAT) DALAM PERSIDANGANNYA YANG KE-
197. SELARAS DENGAN DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM YANG
TELAH DILANCARKAN OLEH KERAJAAN PADA KETIKA ITU, SETERUSNYA
IA MENDAPAT PERKENAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN
AGONG KELAPAN, SULTAN ISKANDAR IBNI ARMARHUM SULTAN ISMAIL
SELAKU PANGLIMA TERTINGGI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PADA
KETIKA ITU, MAKA SECARA RASMI KAGAT TELAH DITUBUHKAN PADA 16
APRIL 1985 DI KUALA LUMPUR DAN MENJADI KOR YANG KE-16 DALAM
TENTERA DARAT MALAYSIA. PENUGASAN PERKHIDMATANNYA YANG
BERKONSEPKAN “MILITARIZATION” MELIPUTI KETIGA-TIGA
PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA IAITU TENTERA DARAT
MALAYSIA (TDM), TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) DAN
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM).

MELAHIRKAN WARGA ATM YANG BERILMU, BERIMAN, BERAMAL DAN


BERTAKWA KE ARAH MEMPERKUKUHKAN KEROHANIAN DAN KEKUATAN
TEMPUR (SPIRITUAL COMBAT POWER)

[sunting] Rejimen Askar Wataniah (AW)

Rencana utama: Rejimen Askar Wataniah

Rejimen Askar wataniah merupakan Rejimen yang di tugaskan sebagai barisan kedua
dalam mempertahankan kedudukan negara dari sebarang ancaman musuh negara.
Rejimen ini di latih sepenuhnya oleh angkatan tentera malaysia yang bertugas sebagai
anggota tetap. Segala bentuk latihan yang di berikan adalah berdasarkan pada latihan
yang di berikan kepada anggota tetap.
Anggota Rejimen Sempadan sedang mengawasi perbatasan.

Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-
badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia
sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan
rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai
dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar
Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan,
penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam
pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan bantuan
nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan
Angkatan Tentera Malaysia.

Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak


1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF),
Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay
States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits
Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya


semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa
darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard'. Pasukan ini telah disusun semula sebagai
Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar
Wataniah Malaysia.
Ketua Platun Rejimen Sempadan sedang memberi taklimat penugasan.

Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat
yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya
menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan
penghidupan sosial negara. Dengan itu, pendekatan latihan ialah untuk melatih pegawai
dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya mempunyai
kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai
dengan peranan Kor masing-masing. Dalam konteks perkembangan AW ke arah tahun
2000, peranan dan tugas AW adalah selari dengan peranan Angkatan Tetap. Oleh itu,
setiap pihak yang terlibat harus menyedari tanggungjawab masing-masing dan
memahami segala aspek yang berkaitan dengan latihan supaya matlamat AW dapat
dicapai dengan sempurna.

[sunting] Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD)

Rencana utama: Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja

Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja berasal dari Army Service Corps (ASC) yang telah
ditubuhkan dalam bulan April 1957. Berikutan dengan penubuhan Tentera Laut dan
Udara Malaysia, ASC telah ditukar nama kepada Armed Forces Maintainance Corps
(AFMC) pada 27 Mei 1958. Setelah AFMC dimansuhkan pada 9 April 1965, Kor ini
telah dengan rasminya dinamakan Kor Jurutera Letrik dan Jentera dan bercogankata
“BERTUKANG DAN BERJUANG”.

Peranan Kor Jurutera Letrik dan Jentera adalah memberi bantuan teknik seperti
pembaikan, penyelenggaraan dan pemeriksaan ke atas semua peralatan kepunyaan
Tentera Darat kecuali kenderaan jentera berat kepunyaan Kor Jurutera Diraja seperti
jentolak, trelar (yang dikenali sebagai Kenderaan Jenis C) dan peralatan perhubungan
Kor Semboyan Diraja seperti peralatan telegraf yang digunakan untuk menerima dan
menghantar mesej. Peranan Kor JLJ juga merangkumi perkara berikut:

• Pemeriksaan. Menjalankan pemeriksaan teknik ke atas semua peralatan Tentera


Darat untuk memastikan tahap kebolehgunaan dan penyelenggaraan peralatan
tersebut. Pemeriksaan ini dilakukan sama ada setiap tahun, dua kali setahun atau
empat kali setahun.

• Pengubahsuaian. Pengubahsuaian dilakukan kepada peralatan dan kenderaan


untuk menambah baik serta menyesuaikan peralatan tersebut dengan keperluan
perkhidmatan.

• Perkhidmatan Kembalik (kren). Perkhidmatan kembalik atau kren adalah


perkhidmatan menarik atau menunda kenderaan atau peralatan beroda yang rosak
ke woksyop yang berhampiran untuk diperbaiki. Perkhidmatan ini terbahagi
kepada 3 iaitu:

o Kembalik Ringan untuk menunda kenderaan yang beratnya kurang daripada 3 tan. o
Kembalik Sederhana untuk menunda kenderaan yang beratnya melebihi 3 tan dan kurang
daripada 16 tan. o Kembalik Berat untuk menunda kenderaan yang beratnya melebihi 16
tan iaitu kereta perisai seperti Scorpion, Condor, Sibmas dan sebagainya.

• Sukatan. Kor JLJ bertanggungjawab menentukan secara terperinci segala


keperluan alat ganti berdasarkan kepada pemeriksaan yang telah dijalankan dan
pengalaman penggunaan peralatan tersebut.

• Pembaikan. Kor JLJ bertanggungjawab menjalankan pembaikan peralatan dan


kenderaan Tentera Darat berdasarkan kerosakan dan keperluan pembaikan.

• Perkembangan Teknikal. Setiap perkembangan teknik perlu diikuti oleh Kor JLJ.
Segala maklumat terkini mengenai peralatan, kenderaan, teknologi dan
persenjataan akan dimaklumkan oleh Kor JLJ kepada Panglima Tentera Darat
untuk mengenal pasti kesesuaian peralatan tersebut bagi kegunaan Tentera Darat.

[sunting] Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)

Rencana utama: Pasukan Udara Tentera Darat

Pasukan Udara Tentera Darat telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994 apabila tertubuhnya Tim
Projek Pasukan Udara Tentera Darat (Tim Projek PUTD). Tim Projek ini
bertanggungjawab terhadap semua rancangan dan perlaksanaan penubuhan PUTD dan
juga berfungsi sebagai "cawangan udara" di Markas TD. Penubuhan PUTD telah
dilancarkan dengan rasminya pada 11 Mac 1995 bertempat di Pangkalan TUDM, Kem
Mahkota, Kluang, Johor. Sempena pelancaran tersebut, skuadron pertama PUTD iaitu No
881 Skn telah ditubuhkan. Asas penubuhan ialah penyerahan 10 buah helikopter SA 316B
Alouette MK III oleh TUDM kepada TDM dan juga penyerahan sebahagian pangkalan
TUDM Kluang. Pada Januari 1996, TUDM telah menyerahkan sepenuhnya pangkalan ini
kepada TDM. Penubuhan PUTD adalah bagi meningkatkan lagi keupayaan TDM di
dalam melaksanakan operasi-operasi menggunakan kekuatan daya tembakan dan mobiliti
(Platform Udara). Kemahiran dalam bidang Juruterbang Helikopter, Kejuruteraan,
Kawalan Trafik Udara, Pengurusan Logistik adalah di antara aspek yang terdapat dalam
pasukan ini. PUTD telah diisytiharkan bertaraf operasi pada 29 Mac 1997 oleh Menteri
Pertahanan YB Dato’ Syed Hamid Albar bin Jaafar Albar.

Pasukan Udara Tentera Darat atau PUTD adalah satu kor di dalam Tentera Darat
Malaysia yang berperanan memberikan bantuan udara di medan tempur kepada unit-unit
Tentera Darat. Pasukan ini paling baru ditubuhkan di dalam Tentera Darat Malaysia. Pada
masa ini, PUTD dilengkapkan dengan helikopter bagi berperanan sebagai penghubung
atau melakukan misi tinjauan di medan tempur.

[sunting] Unit dan organisasi


Tentera Darat Malaysia disusun mengikut kumpulan-kumpulan tertentu sesuai dengan
peranan yang dimainkan oleh unit-unit yang terlibat.

Peranan perintah ditugaskan kepada Markas Tentera Darat yang bertanggungjawab ke


atas perancangan, pentadbiran dan pengurusan Tentera Darat secara keseluruhan. Tentera
Darat Malaysia diterajui oleh Panglima Tentera Darat yang berpangkat Jeneral. Beliau
dibantu oleh pegawai-pegawai kanan seperti Pengarah Perisikan, dan juga oleh pengarah-
pegarah Rejimen dan Kor. Beliau bertanggungjawab menasihat Panglima Angkatan
Bersenjata mengenai perkara-perkara keselamatan dan perihal kesediaan Tentera Darat.

Batalion infantri disusunkan melaui kelengkapan dan latihannya menjadi salah satu
daripada

• kebanyakan batalion di dalam tentera Darat Malaysia disusun menjadi Batalion


Infantri Standard. Pasukan infantri standard bergerak ke medan tempur sama
ada dengan berjalan kaki (infantri) ataupun dengan menggunakan lori tentera,
ataupun kemudahan pengangkutan yang lain. Pasukan infantri standard
dilengkapkan dengan raifel tempur peribadi, dan dikumpulan mengikut kumpulan
tempur Skuad, Platun, Kompeni dan Batalion. Anggota infantri bersenjatakan
raifel tempur akan dibantu oleh anggota-anggota yang bersenjatakan kelengkapan
yang lebih beat seperti LMG, GPMG, Mortar dan roket penangkis kereta kebal.

• Batalion Infantri Para iaitu melakukan penggerakan menggunakan payung


terjun untuk masuk ke medan pertempuran. Apabila mendarat, mereka beroperasi
seperti pasukan infantri biasa. Oleh ekrana mereka bergerak menggunakan
pesawat uadara, dan had muatan berat amat terhad, Batalion Infantri Para
mempunyai kelengkapan tempur ringan sahaja dan tidak mempunyai bantuan
kelengkapan berat. Oleh kerana tugas mereka melibatkan mereka terjun
memasuki medan tempur di dalam kawasan operasi yang berada di dalam
kawalan pihak musuh, anggota Batalion Infantri Para perlu mempunyai kekuatan
mental yang kental dan tahap kecergasan fizikal yang amat tinggi. 'Airborne"
menjadi teriakan kebanggaan pasukan Infantri Para.

• Batalion Infantri Mekanis menjalankan operasi menggunakan kenderaan tempur


(berperisai). batalion mekanis bergerak sebagai sebahagian daripada kumpulan
gabungan tempur (combined arms) dan mencari, mendekati dan memusnahkan
musuh menggunakan kenderaan berperisai. Apabila bertempur, infantri mekanis
akan keluar dariapda kenderaan perisai mereka and bertempur seperti infantri
biasa. kenderaan perisai yang mengangkut infantri mekanis menggunakan
kelengkapan senjata seperti mesingan dan meriam 20mm untuk memberikan
bantuan tembakan terus.

• Batalion Infantri Istiadat mempunyai peranan yang sama seperti batalion infantri
standard. tetapi semasa aman diberikan tugas utamanya adalah mengadakan
kawalan kehormatan yang merupakan satu kemegahan negara serta menyediakan
anggota untuk kawalan di Istana Negara. Batalion Pertama Rejimen Askar
Melayu DiRaja adalah sebuah Batalion Infantri Istiadat.

Peranan tempur ditugaskan kepada formasi-formasi medan. Formasi tempur disusnkan


mengikut saiz dan peranan. pasukan Tentera Darat Malaysian boleh dikelaskan dalam 3
kumpulan mengikut peranan :

• Elemen Tempur
• Elemen Bantuan Tempur
• Elemen Bantuan

Pasukan Tentera Darat dikumpulkan dalam formasi tertentu untuk membolehkan fungsi
perintah dan kawalan dibuat dengan berkesan. Formasi ini mempunyai peranan tertentu
dan mempunyai kawasan operasi yang ditetapkan supaya tidak terdapat pertindihan
kawasan operasi yang boleh mengakibatkan kekeliruan dan kemalangan.

• Markas Medan

Diketuai Panglima berpangkat Leftenan Jeneral dan mempuyai elemen tempur


sebanyak 3 Divisyen dan dibantu oleh elemen-elemen bantuan seperti Artilleri,
Semboyan, Polis Tentera, Askar Jurutera dan sebagainya. Markas Medan
merupakan formasi tempur paling besar di dalam Tentera Darat Malaysia ketika
ini.
Pada masa ini Tentera Darat Malaysia mempunyai 1 Markas Medan yang
bertanggungjawab untuk pertahanan darat di Semenanjung Malaysia.

• Divisyen

Unit tempur Divisyen merupakan pasukan tempur kedua paling besar di dalam
Tentera Darat Malaysia. Divisyen biasanya mempunyai anggota antara 10,000
sehingga 20,000 orang mengikut peranana dan kelengkapan yang dibekalkan.
Divisyen di dalam Tentera Darat Malaysia adalah dari jenis Divisyen Infantri
yang mana sebilangan besar anggotanya terdiri dariapda pasukan infantri.
Divisyen biasanya mempunyai kekuatan 3 briged tempur dan disokong oleh
pasukan bantuan tempur seperti Artilleri, Semboyan, Polis Tentera, Askar Jurutera
dan juga oleh pasukan bantuan seperti pasukan kesihatan, dan KAGAT.
Dalam Tentera Darat Malaysia kini terdapat 4 buah Divisyen yang dikenali
dengan nombor-nombor turutan - 1 Divisyen Infantri, 2 Divisyen Infantri, 3
Divisyen Infantri dan 4 Divisyen Infantri. Biasanya, unit ini dipanggil dengan
ringkasan 1 Div, 2 Div, 3 Div dan 4 Div sahaja.
3 Div telah dirancangkan untuk diubahkan menjadi pasukan 'combined arms"
yang mempunyai unit infantri, mekanis, armor dan pasukan udara.

• Briged

Briged adalah satu formasi tempur di dalam Tentera Darat Malaysia, dan biasanya
mempunyai kekuatan 3 batalion ataupun rejimen. Kadangkala bilangan battalion
diubah menjadi empat battalion ataupun dua battalion mengikut keperluan
taktikal.
Sesuatu Briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1 x bateri artileri, 1 x
skuadron semboyan, 1 x kompeni polis tentera, 1 x platun risik, 1 x skuadron
askar jurutera, dan 1 x Detasmen Bantuan Ringan Kor Jurutera Letrik Dan
Jentera.

• Batalion atau Rejimen

Batalion adalah satu pasukan tentera yang mempunyai dua hingga enam
Kompeni. Biasanya batalion diperintah oleh seorang Leftenan Kolonel. Batalion
mempunayi kekuatan anggota lebih kurang 720 anggota, walaupun bilangan
anggota berubah mengikut peranan dan kelengkapan unit tersebut. Di dalam
Tentera Darat Malaysia, battalion digunakan untuk panggilan unit-unit di dalam
pasukan-pasukan infantri Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Rejimen Renjer
DiRaja, dan juag untuk Pasukan Kor Kesihatan DiRaja jdan kor Risik DiRaja juga
dikumpulan mengikut battalion.lain-lain kor menggunakan panggilan Rejimen
dan bukannya batalion.

• Kompeni, Skuadron dan Bateri

Dalam Tentera Darat Malaysia, Batalion-Batalion Infantri mempunyai 3 kompeni


infantri dan disokong oleh sebuah Kompeni Markas dan sebuah Kompeni
Bantuan. Setiap Kompeni mempunyai 3 Platun dan disokong oleh satu elemen
Kompeni Markas (Perintah). Satu Kompeni biasanya diperintah oleh Seorang
[[Mejar] ataupun Kapten. Kompeni Markas juga mempunyai Sarjan Mejar
Kompeni untuk membantu Ketua Kompeni dalam urusan pentadbiran.
Kompeni Bantuan dilengkapkan dengan peralatan senjata yang lebih berat seperti
mesingan, mortar dan penangkis kereta kebal. Kompeni Bantuan juga mempunyai
anggota-anggota dengan kepakaran tertentu seperti peninjau, penembak tepat dan
perisik medan. Rejiemn Artileri mengunakan terma Bateri dan Rejimen
Semboyan, Jurutera, Armor menggunakan terma Skaudron untuk pasukan-
pasukan tahap kompeni di dalam organisasi mereka.

• Platun atau Terup


Platun dalam Tentera Darat Malaysia biasanya dianggotai oleh 34 orang anggota,
dan dibahagikan menjadi 4 Seksyen, di mana setiap seksyen mempunyai 8 orang
anggota. Salah satu daripada 4 Seksyen di dalam platun akan dijadikan Seksyen
Markas dan mengambil peranan memberi perintah kepada keseluruhan platun.
Ketua platun biasanya seorang Leftenan ataupun Leftenan Muda dan dibantu oleh
Sarjan Platun. Jika platun dipecahkan, Sarjan Platun akan mengambil perintah
satu satu daripada pasukan yang dipecahkan tadi.

• Seksyen

Seksyen Tempur Infantri adalah pasukan tempur paling kecil dalam Tentera Darat
Malaysia. seksyen dianggotai 8 orang anggota diketuai oleh seorang Sarjan
ataupun Korperal. Seksyen boleh dibahagikan kepada dua pasukan tempur kecil
(fire team) dengan ketua Seksyen mengetuai pasukan 4 anggota dan Pembantu
Ketua Seksyen mengetuai baki 4 orang anggota lagi. Anggota Seksyen dilengkapi
dengan raifel tempur dan 2 buah mesingan jenis LMG dengan dua pelancar
grenad M204.

[sunting] Kekuatan Tentera Darat Malaysia

Barisan Anggota Tentera Darat Semasa Perbarisan

Tentera Darat Malaysia kini mempunayi kelengkapan dan kekuatan seperti berikut :

Anggota Tetap (Regular) : 100,000 orang Pasukan Simpanan Tentera Darat : 50,000
orang

Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 4 Divisyen Infantry Tempur. Formasi tentera
Darat disusun menjadi pasukan seperti berikut :

1 x Markas Medan (Semenanjung Malaysia) dengan 3 Divisyen Infantri (2 Div, 3 Div


dan 4 Div) 1 Divisyen Infantri (Sabah dan Sarawak) (1 Div)

Divisyen Infantri ditubuhkan dariapda 10 buah Briged Infantri dan 1 Briged Mekanis. 1
Briged Para dan 1 Grup Gerak Khas (Briged) diletakkan di bawah naungan dan perintah
Markas tentera Darat. Divisyen 3 (3 Div) kini dalam proses pengubahsuaian menjadi satu
pasukan unit menyeluruh (combined arms) dengan unit-unit tempur infantri, armor,
artileri dan pasukan udara.
Unit-unit Tentera Darat Malaysia mempunyai kekuatan berikut :

• 26 Batalion Infantri Standard


• 4 Batalion Infantri Ringan (Light Infantri)
• 3 Batalion Infantri Para
• 4 Batalion Infantri Mekanis
• 1 Batalion Infantri Bantuan
• 5 Rejiemn Armor (4 Rejimen IFV, 1 Rejimen Kereta Kebal CVR(T) dan 1
Skuadron Para)
• 16 Rejimen Artileri (4 rejimen pertahan Udara, 2 Rejimen MLRS, 1 Rejimen
Artileri Para dan 9 Rejimen Artileri Medan)
• 3 Rejimen Gerak Khas
• Batalion Serangan Udara (AIR ASSAULT) dalam perancangan penubuhan

Rejimen Askar Wataniah mempunyai 16 Rejimen Infantri (Siri 500) dengan setiap
Rejimen mempunayi 3 Batalion Infantri. Anggota Simpanan Rejimen Askar Wataniah
berjumlah 50,000 orang diletakkan dalam 60 batalion (Rejimen Askar Wataniah).

[sunting] Kelengkapan
Rencana utama: Senarai kelengkapan senjata Tentera Darat Malaysia

Sepertimana pasukan tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia dibekalkan
dengan senjata-senjata terkini yang diperolehi dari beberapa negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemilihan karbin Colt
M4A1 buatan Amerika Syarikat telah dipilih menjadi raifal tempur standard untuk
anggota Tentera Darat Malaysia. [1] Pemilihan karbin M4 menepati spesifikasi ATM
yang mahukan senjata yang jauh lebih fleksibel, ringan, mempunyai ciri-ciri inovatif dan
mudah digunakan. Senjata ini akan dikeluarkan buat di Malaysia dengan secara berlesen
oleh SME Ordnance. Perolehan karbin M4 membabitkan permulaan 14,000 unit dan akan
dilakukan secara berperingkat. M4 Carbine akan dilengkapkan dengan aksesorinya.
Hantaran fasa pertama dijangka Oktober 2006. Pembelian M4 Carbine bernilai RM70
juta melibatkan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pemodenan
sistem persenjataan ATM. [2]

[sunting] Aset Udara


• 10 X SA316B ALLOUTTE III
• 11 X AGUSTA A109H
• 10 X ULAN UDE MI-171 (tempahan)

[sunting] Istiadat and Tradisi


[sunting] Perarakan Panji-Panji DiRaja

[sunting] Last Post

Seperti banyak daripada negara-negara Komanwel yang lain, tradisi memainkan lagu
“Last Post” yang diwarisi daripada Tentera British diteruskan oleh Tentera Darat
Malaysia. Lagu Last Post dimainkan pada Hari Pahlawan yang disambut dengan upacara
peringatan pada 31 Julai di Tugu Negara.

Tugu Peringatan Negara

Pada tahun-tahun terdahulu, bendera Malaysia akan dikibarkan pada waktu pagi di Tugu
Peringatan Negara, dan pada waktu petangnya, bendera itu akan diturunkan semula.
Upacara ini akan dilakukan oleh satu detasmen askar dari Rejimen Askar Melayu Diraja
dengan pakaian istiadat (“Number One Dress”). Lagu Last Post akan dimainkan oleh
pemain begol semasa bendera dinaikkan dan semasa bendera diturunkan. Kini upacara ini
tidak lagi diteruskan.

[sunting] Hari Pahlawan


Pada Hari Pahlawan, Tugu Negara menjadi tumpuan ramai apabila Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri-menteri, Panglima-panglima Tentera
dan Polis berkumpul dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sebagai
memperingati mereka yang terkorban semasa mempertahankan negara. Lagu Last Post
akan dimainkan semasa upacara ini.

[sunting] Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:


Malaysian Army

• Laman web rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia


• Laman web rasmi Tentera Darat Malaysia
• Blog portal Para

[sembunyi]
p•b•s

Angkatan Tentera Malaysia

Panglima Angkatan Tentera · Panglima Markas Angkatan Bersama ·


Kepimpinan
Ketua Staf Markas Angkatan Tentera

Tentera Darat Malaysia (Panglima Tentera Darat)


· Tentera Laut Diraja Malaysia (Panglima Tentera Laut)
Perkhidmatan
· Tentera Udara Diraja Malaysia (Panglima Tentera
Organisasi
Udara)

Pasukan elit10 Briged Para · GGK · PASKAL · PASKAU

Unit simpananPALAPES · Askar Wataniah · PSSTLDM · PSTUDM

LatihanMTD · UPNM

UniformPangkat · Pingat
Keanggotaan
Lain-
Persatuan Bekas Tentera Malaysia · LTAT
lain

Tanah Melayu 1941 · Singapura 1942 · Borneo ·


Perang Dunia Kedua
Lt Adnan Saidi

DaruratDarurat · Kanang
Sejarah
KonfrontasiKonfrontasi

TerkiniAl-Ma'unah · Lt Jen Zaini

You might also like