You are on page 1of 27

1449/2

MATEMATIK

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Mathematics 1449/2 mengandungi dua bahagian : Bahagian A : Bahagian ini mengandungi 11 soalan subjektif pendek. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam bahagian ini. Bahagian ini mengandungi 5 soalan subjektif panjang. Calon dikehendaki menjawab mana-mana empat soalan dalam bahagian ini.

Bahagian B :

PRESTASI KESELURUHAN Secara keseluruhan calon mempamerkan prestasi yang baik. Calon menunjukkan kebolehan menjawab dengan sempurna seperti kehendak soalan dengan langkah kerja yang lengkap dan teratur. Walau bagaimanapun terdapat juga calon yang hanya mampu menjawab beberapa soalan sahaja dengan lengkap. Mereka tiada menguasai konsep asas matematik seperti kemahiran menghitung. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon memberikan jawapan yang tepat dengan langkah penyelesaian yang lengkap, teratur serta memenuhi kehendak soalan. Mereka mahir dalam kemahiran menghitung dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah yang betul. Calon juga mahir dalam kemahiran membina yang melibatkan tugasan seperti melukis graf serta melukis pelan dan dongakan. Kumpulan Sederhana Calon hanya mampu menjawab beberapa soalan sahaja dengan baik khususnya dari Bahagian B. Mereka memberikan langkah penyelesaian yang tidak lengkap dan tidak tersusun. Segelintir calon menggunakan rumus yang salah dan segelintir lagi mengantikan nilai yang salah dalam rumus yang betul. Bagi soalan yang melibatkan kemahiran membina sebahagian mereka tidak melukis dengan tepat dan kemas.

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kumpulan Lemah Calon tidak menguasai kemahiran asas matematik. Mereka sering memberikan jawapan tanpa menunjukkan langkah penyelesaian. Sebahagian besar calon hanya mencuba Bahagian B yang melibatkan kemahiran membina. Walau bagaimanapun kualiti jawapan yang diberikan sangat rendah. PRESTASI TERPERICI BAHAGIAN A Soalan 1(a) Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon memahami operasi ke atas set dan seterusnya boleh melorek rantau yang dikehendaki dengan betul. Sebahagian calon tidak memahami operasi yang melibatkan tiga set . Kesilapan Biasa.

Calon melorek rantau yang salah.

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1 (b) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon boleh melorek kawasan yang dikehendaki dengan betul. Sebahagian calon tidak boleh melorekkan rantau yang melibatkan gabungan operasi. Kesilapan Biasa Calon tidak melorek rantau dengan lengkap di mana set Y tidak dilorek.

Calon tidak melorek rantau dengan lengkap di mana set (X Z) tidak dilorek.

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2(a) Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon boleh mengenalpasti dan menanda sudut yang dikehendaki. Sebahagian calon tidak dapat mengenalpasti sudut yang dikehendaki. Kesilapan Biasa

Calon tidak dapat mengenalpasti sudut di antara satah BCHG dengan tapak ABCD.

Soalan 2(b) Secara umum prestasi calon adalah lemah. Calon boleh menggunakan Teorem Pythagoras untuk mencari panjang GB, dan seterusnya menggunakan nisbah trigonometri untuk mencari sudut. Sebahagian calon tidak boleh mengenalpasti sudut yang dikehendaki. Segelintir calon pula dapat mengenalpasti sudut betul tetapi menggunakan nisbah trigonometri yang salah. Kesilapan Biasa Calon tidak menuliskan persamaan trigonometri dengan betul dan menggunakan nisbah trigonometri yang salah

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon boleh menulis persamaan kuadratik dalam bentuk umum, membuat pemfaktoran dan seterusnya memperolehi nilai-nilai x. Sebahagian calon tidak dapat menulis persamaan kuadratik dalam bentuk umum dan juga lemah dalam pemfaktoran. Kesilapan Biasa

Calon menggunakan kalkulator untuk mencari nilai x terlebih dahulu sebelum membuat pemfaktoran. Pemfaktoran yang diberikan tidak sempurna.

Calon dapat menyusun persamaan kuadratik dengan betul tetapi membuat pemfaktoran yang salah.

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4 Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon boleh menyelesaikan persamaan linear serentak menggunakan kaedah penghapusan atau gantian atau matriks. Sebahagian calon lemah dalam mengendalikan operasi tambah dan tolak yang melibatkan nombor negatif. Sebahagian kecil calon tidak menyusun matriks dengan betul semasa melakukan operasi pendaraban matriks. Kesilapan Biasa..

Calon membuat kesilapan mencari matriks songsang.

Soalan 5 Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon menggunakan rumus yang betul untuk mencari isipadu pepejal yang tinggal. Sebahagian calon menggunakan jejari atau rumus yang salah. Sebahagian calon pula memperoleh jawapan yang betul tetapi membuat kesilapan dalam pembundaran kepada dua tempat perpuluhan yang salah.

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kesilapan Biasa Calon menggunakan jejari yang salah.

Calon menggunakan rumus yang salah untuk mencari isipadu kubus.

Soalan 6(a) Secara umum prestasi calon adalah cemerlang. Calon boleh menentukan sama ada pernyataan itu benar atau palsu. Sebahagian calon tidak dapat menetukan penyataan yang benar atau palsu. Sebahagian calon lain menggunakan istilah yang tidak tepat seperti betul, salah atau tidak betul. Kesilapan Biasa

Calon memberikan jawapan tidak mengikut kehendak soalan. Istilah yang salah /ejaan digunakan.

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6(b) Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon boleh menulis kedua-dua implikasi dengan betul. Sebahagian calon tidak faham maksud implikasi . Kesilapan Biasa Calon tidak menulis implikasi dengan betul.

Calon menggunakan istilah yang salah /ejaanuntuk menerangkan implikasi. Soalan 6(c) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat melengkapkan hujah pada Premis 2. Sebahagian calon tidak memahami konsep hujah. Kesilapan Biasa Calon tidak memahami konsep hujah dengan baik.

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 7(a) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari kecerunan garis OP dan menggunakan konsep keselarian untuk mencari persamaan garis lurus JK. Sebahagian calon tidak memahami konsep keselarian garis. Kesilapan Biasa

Calon menggunakan rumus yang salah untuk mencari kecerunan.

Soalan 7(b) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon boleh mengaplikasi konsep bahawa pada pintasan-x, nilai y adalah sifar. Sebahagian calon tidak faham konsep pintasan-x. Kesilapan Biasa Calon menggantikan nilai x = 0 bukan y = 0.

Matematik

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 8(a) Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon dapat menulis kesudahan peristiwa pada Gambarajah Pokok. Sebahagian calon menulis kesudahan peristiwa tidak mengikut urutan. Kesilapan Biasa

Calon tidak menulis susunan kesudahan dengan betul. BA ditulis sebagai AB.

Matematik

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 8(b)(i) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon boleh menyenaraikan semua peristiwa dan mencari kebarangkalian. Sebahagian calon tidak dapat menyenarai semua peristiwa dengan betul . Kesilapan Biasa Calon menyenaraikan kesudahan peristiwa yang salah...

Soalan 8(b)(ii) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon boleh menyenaraikan semua peristiwa dan mencari kebarangkalian. Sebahagian calon tidak dapat menyenarai semua peristiwa dengan betul . Kesilapan Biasa . Calon tidak menyenaraikan semua kesudahan yang dikehendaki dengan lengkap.

Matematik

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 9(a) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon faham konsep perimeter dan boleh menggunkan rumus yang betul. Sebahagian calon mengunakan rumus salah dan sebahagian calon lagi menggunakan rumus yang betul dengan gantian nilai jejari yang salah. Kesilapan Biasa Tiada Kesilapan Soalan 9(b) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon menggunakan rumus dengan betul. Sebahagian calon menggunakan nilai yang salah di dalam rumus. Sebahagian calon lagi menggunkan rumus yang salah. Segelintir calon membundarkan jawapan pada peringkat langkah penyelesaian tidak pada jawapan akhir. Kesilapan Biasa

Calon menambah panjang jejari untuk mencari luas seluruh rajah.

Matematik

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 10(a)(i) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mengenalpasti laju seragam dari graf. Sebahagian calon tidak dapat mengenalpasti laju seragam dari graf. Kesilapan Biasa

Calon menyatakan masa sebagai laju seragam. Soalan 10(a)(ii) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari kadar perubahan laju dari kecerunan graf garis lurus. Sebahagian calon menggunakan rumus yang salah untuk mencari kecerunan (kadar perubahan laju) dan segelintir calon tertinggal tanda negatif. Kesilapan Biasa

Calon menggunakan luas di bawah graf untuk mencari kadar perubahan laju.

Calon menggunakan rumus yang salah untuk mencari kecerunan.

Matematik

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 10(b) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon memahami konsep jarak dilalui zarah dengan mencari luas di bawah graf laju-masa. Sebahagian calon tidak dapat memahami konsep jarak dilalui dengan mencari luas di bawah graf. Kesilapan Biasa

Calon menggunakan nilai yang salah dalam rumus.

Soalan 11(a) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari matriks songsang dan seterusnya menyatakan nilai m dan k. Sebahagian calon tidak dapat mencari matriks songsang. Segelintir calon memberikan nilai penentu sebagai nilai k. Kesilapan Biasa

Calon memberikan nilai penentu untuk nilai k.

Matematik

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 11(b) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari matriks songsang, menulis persamaan matriks dan mencari nilai x dan y. Sebahagian calon tidak menulis persamaan matriks dengan betul dan teratur . Sebahagian lagi calon menggunakan matriks songsang yang salah dan ada yang menggunakan kaedah persamaan serentak untuk mencari jawapan. Segelintir calon meninggalkan jawapan akhir dalam bentuk matriks. Kesilapan Biasa Calon tidak menulis persamaan dengan sempurna.

Calon tidak menulis persamaan matriks dengan betul.

Matematik

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

BAHAGIAN B Soalan 12(a) Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon dapat melengkapkan jadual dengan mencari kedua-dua nilai y menggunakan persamaan diberikan. Sebahagian calon menggunakan persamaan yang betul tetapi melakukan kesilapan dalam mengendalikan operasi melibatkan nombor negatif. Kesilapan Biasa Tiada Soalan 12(b) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon boleh menandakan titiktitik dengan tepat dan seterusnya melukiskan lengkung dengan licin. Sebahagian calon tidak menandakan titik dengan tepat. Segelintir calon tidak melukis lengkung dengan licin . Kesalahan Biasa

Calon tidak menanda titik pada

Matematik

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 12(c)(i) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari nilai y dari graf. Sebahagian calon memberikan nilai y luar dari julat kerana lukisan graf tidak tepat. Kesilapan Biasa Tiada Soalan 12(c)(ii) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari nilai positif x dari graf. Sebahagian calon memberikan nilai positif x dan negatif x dari bacaan graf. Sebahagian jawapan diberikan luar julat kerana lukisan graf tidak tepat. Kesilapan Biasa Calon memberikan keduadua nilai x bukan nilai positif sahaja seperti yang dikehendaki.

Soalan 12(d) Secara umum prestasi calon adalah lemah. Calon dapat mencari persamaan garis lurus, melukiskan garis tersebut dan seterusnya mencari kedua-dua nilai x. Sebahagian calon tidak dapat menulis persamaan garis lurus yang betul dan seterusnya melukis garis lurus yang salah. Segelintir calon dapat mencari persamaan yang betul tetapi gagal melukiskan garis lurus yang betul. Kesilapan Biasa Calon tidak dapat mencari persamaan garis lurus yang

Matematik

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 13(a)(i) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari titik hasil gabungan dua penjelmaan. Sebahagian calon memberikan jawapan dalam bentuk vektor lajur. Question 13(a)(ii) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari titik hasil gabungan dua penjelmaan. Sebahagian calon mengendalikan gabungan penjelmaan tidak mengikut urutan yang betul. Segelintir calon memberikan jawapan dalam bentuk vektor lajur . Kesilapan Biasa .

Calon tidak memberikan jawapan dalam bentuk koordinat.

Soalan 13(b)(i) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat menghuraikan penjelmaan dengan lengkap. Sebahagian calon tidak dapat menghuraikan penjelmaan dengan lengkap. Segelintir calon tidak menggunakan istilah penjelmaan yang betul dan sebahagian lagi melakukan kesilapan dalam ejaan.

Matematik

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kesilapan Biasa Calon tidak menghuraikan penjelmaan dengan lengkap.

Calon tidak menggunakan istilah yang betul untuk faktor skala pembesaran.

Soalan 13(b)(ii) Secara umum prestasi calon adalah lemah. Calon boleh mencari luas dengan menggunakan rumus atau mengira bilangan petak segiempat pada rajah. Sebahagian calon menggunakan rumus yang salah. Segelintir calon pula menggunakan faktor skala yang salah.

Matematik

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kesilapan Biasa Calon menggunakan rumus yang salah untuk mencari luas.

Calon menggunakan rumus yang salah untuk mencari luas. Soalan 14(a) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat mencari min anggaran. Sebahagian calon menggunakan titik tengah yang salah untuk mencari min anggaran. Segelintir calon melakukan kesilapan semasa membundarkan jawapan akhir. Kesilapan Biasa

Calon menggunakan sempadan atas untuk mengira min anggaran.


Matematik 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 14(b) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat melengkapkan had atas dan kekerapan longgokan pada jadual. Sebahagian calon membuat kesilapan dalam menghitung kekerapan longgokan. Kesilapan Biasa Tiada Soalan 14(c) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat menanda titik dengan tepat dan melukiskan graf kekerapan longgokan dengan licin. Sebahagian calon tidak menggunakan had atas untuk melabel paksi x . Sebahagian lagi calon tidak menanda titik dengan tepat dan melukis lengkungan yang tidak licin. Segelintir calon menggunakan skala tidak seragam. Kesilapan Biasa

Calon tidak menanda titik dengan tepat.

Matematik

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 14(d) Secara umum prestasi calon adalah lemah. Calon dapat mentafsir graf dan mengira bilangan pekerja dikehendaki. Sebahagian calon tidak memahami kehendak soalan dan membuat tafsiran graf yang salah. Kesilapan Biasa

Calon tidak mengambil nilai daripada graf.

Soalan 15(a) Secara umum prestasi calon adalah baik. Calon dapat melukiskan dongakan dengan kemas dan tepat. Sebahagian calon tidak melukiskan dongakan dengan tepat. Sebahagian pula calon melukiskan dongakan yang tidak kemas seperti garisan tebal dan bertindih pada rajah. Segelintir calon melukiskan segi empat sama dan bukan segiempat tepat. Kesilapan Biasa

Calon melukis segiempat sama sebagai segiempat tepat untuk dongakan.

Matematik

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 15(b)(i) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat melukiskan dongakan dengan kemas dan tepat. Sebahagian calon tidak melukiskan dongakan dengan tepat. Segelintir calon melukiskan dongakan yang tidak kemas seperti garisan tebal dan bertindih pada rajah. Kesilapan Biasa

Calon tidak menggunakan ukuran yang tepat.

Soalan 15(b)(ii) Secara umum prestasi calon adalah rendah. Calon dapat melukiskan pelan dengan kemas dan tepat. Sebahagian calon tidak melukiskan pelan dengan tepat. Sebahagian pula calon melukiskan pelan yang tidak kemas seperti garisan tebal dan bertindih pada rajah. Segelintir calon tidak melukis garis putus-putus pada rajah. Kesilapan Biasa

Calon tidak melukis garis putus-putus.

Matematik

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 16(a) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat menyatakan longitud R. Sebahagian calon menulis longitud R dalam bentuk kedudukan titik. Kesilapan Biasa Calon memberikan jawapan dalam bentuk kedudukan.

Soalan 16(b) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat menggunakan rumus untuk mencari jarak. Sebahagian calon menggunakan rumus salah untuk mencari jarak . Kesilapan Biasa

Calon tidak menggunakan rumus yang betul.

Matematik

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 16(c) Secara umum prestasi calon adalah rendah. Calon dapat mencari latitud V. Sebahagian calon tidak menggunakan rumus yang betul untuk mencari latitud V. Kesilapan Biasa

Calon tidak menunjukkan langkah kerja yang lengkap.

Soalan 16(d) Secara umum prestasi calon adalah sederhana. Calon dapat menghitung masa dalam jam yang diambil bagi seluruh penerbangan itu. Sebahagian calon memberikan jawapan dalam jam dan minit. Kesilapan Biasa Tiada

Matematik

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON. Calon disarankan mengambilkira perkara-perkara berikut untuk memastikan pretasi yang lebih baik. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bawa bersama semua peralatan matematik seperti kalkulator saintifik, pembaris panjang dan jangka lukis semasa peperiksaan. Baca soalan dengan teliti dan fahami tugasan dikehendaki. Kuasai kemahiran asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab , bahagi serta mengendalikan kurungan dengan betul. Tunjukkan langkah penyelesaian dengan lengkap, kemas dan teratur di ruang jawapan disediakan. Bundarkan jawapan yang melibatkan titik perpuluhan pada jawapan akhir. Pembundaran awal boleh menjejaskan ketepatan jawapan akhir. Berikan jawapan akhir teringkas. yang melibatkan pecahan dalam bentuk

Buat banyak latihan soalan-soalan mirip format peperiksaan. Gunakan satu bahasa sahaja semasa memberikan jawapan. Kuasai semua tajuk dan tidak memberikan tumpuan kepada tajuk tertentu sahaja.

Matematik

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA GURU Guru disarankan mengambilkira perkara-perkara berikut untuk memastikan pretasi yang lebih baik. 1. Latih pelajar kemahiran asas matematik terutama kemahiran yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi . Pastikan pelajar boleh mengendalikan kurungan dengan betul. Latih pelajar membaca soalan dengan teliti dan merangka penyelesaian dengan sistematik, kemas dan lengkap seperti kehendak soalan. Beri penekanan kepada konsep, prinsip dan teorem matematik . Berikan latihan yang mencukupi dan pelbagai bagi mengesan kekuatan dan kelemahan yang sering dilakukan pelajar. Latih pelajar menggunakan kalkulator dengan betul. Gunakan kaedah yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas untuk menarik minat pelajar. Semak latihan pelajar secara konstruktif supaya pelajar tahu kesilapan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan.

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Matematik

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

You might also like