You are on page 1of 25

1511/2

SAINS 2

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Sains 1511/2 mengandungi 3 bahagian: Bahagian A: Mengandungi 4 soalan struktur (no 1-4) yang menguji Kemahiran Proses Sains. Bahagian B: Mengandungi 5 soalan struktur (no 5-9) yang menguji Konstruk Pengetahun dan Kefahaman. Jumlah markah 30. Bahagian C: Mengandungi 3 soalan esei. Soalan 10 menguji Konstruk Kemahiran Proses Sains. Soalan 11 dan 12 menguji Konstruk Kefahaman dan Aplikasi Sains iaitu berkaitan membuat keputusan, menyelesai masalah dan mengkonsepsi. Soalan-soalan ini merupakan soalan pilihan dimana calon dikehendaki menjawab 1 soalan sama ada soalan no 11 atau 12. Jumlah markah 10.

PRESTASI KESELURUHAN Calon mempamerkan mutu jawapan yang lebih baik. Calon dapat menjawab soalansoalan di bahagian A, B dan C dengan baik mengikut kehendak soalan. Semua kemahiran yang diperlukan oleh calon seperti kemahiran proses sains, pengetahuan dan kefahaman sains serta kemahiran aplikasi sains dapat dikuasai oleh calon untuk menjawab soalan.

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan tinggi didapati meningkat bilangannya jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Prestasi calon menunjukkan mutu jawapan yang sangat memuaskan. Jawapancalon adalah terancang dan mematuhi kehendak soalan. Calon kumpulan ini mempersembahkan mutu jawapan yang tinggi dalam bahagian C terutama soalan C10 iaitu kemahiran mengeksperimen. Calon mempamerkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tinggi iaitu konstruk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Calon mempunyai kemahiran saintifik yang tinggi. Dengan itu calon berkebolehan merancang eksperimen dengan baik. Kemahiran berkomunikasi calon adalah sangat baik. Calon boleh membuat analisis data dan mempamerkan jawapan dalam bentuk graf atau carta dengan tepat.

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan sederhana juga meningkat bilangannya. Calon boleh menjawab semua soalan tetapi kurang menjawab dengan tepat dalam bahagian C terutamanya soalan 11 iaitu konstruk menyelesaikan masalah. Ada peningkatan mutu jawapan bagi Soalan C10 iaitu soalan mengeksperimen. Walaubagaimanapun, calon masih keliru dalam mengenalpasti pembolehubah, menyenarai radas dan bahan dan penjadualan data. Prestasi calon di bahagian A memuaskan. Jawapan kurang tepat dalam soalan bahagian B iaitu soalan B 7 dan B 9. Didapati calon kurang menguasai kandungan tajuk tersebut. Calon masih tidak boleh memberikan definisi secara operasi dengan baik. Calon cuba menjawab soalan C 12. Walau bagaimana pun, kualiti jawapan adalah sederhana kerana calon tidak dapat menguasai kehendak soalan C12(a). Kumpulan Rendah Mutu jawapan calon kurang baik. Kebanyakan calon tidak menjawab bahagian C. Jawapan calon tidak mengikut kehendak soalan. Jawapan tidak terancang dan laras bahasanya adalah lemah. Calon juga tidak dapat menjawab soalan konstruk pengetahuan dan kefahaman di bahagian B kerana pengetahuan sainsnya sedikit. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah lemah.

PRESTASI TERPERINCI BAHAGIAN A Soalan 1 Kekuatan calon ialah boleh mengukur panjang daun dengan tepat, mengelas data dengan tepat dan melukis carta bar dengan betul seperti contoh (a), (b) dan (c) di bawah. (a)

(b)

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

(c)

Kelemahan calon ialah tidak dapat melukis carta bar dengan kelebaran yang tepat seperti contoh (a) di bawah. Calon juga cenderung melukis dua bar untuk satu bacaan yang akan memberikan 6 bar daripada 3 bar sahaja, seperti contoh (b) di bawah. (a)

(b)

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan2 Kekuatan calon ialah dapat menyatakan pemerhatian dan boleh menyatakan pembolehubah dimalarkan dan dimanipulasikan dengan tepat. Calon boleh menyatakan hipotesis bagi pengaratan paku dengan betul. Meramalkan keadaan paku keluli selepas 5 hari dengan betul dan menyatakan definisi secara operasi dengan tepat, seperti contoh (a), (b), (c), (d), (e), dan (f) di bawah.

(a)

(b)

(c)

(d)

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

(e)

(f)

Kelemahan calon ialah menyatakan hipotesis yang salah sebagai pembolehubah dimanipulasi seperti contoh di bawah.

iaitu menulis masa

Calon tidak menyatakan parameter iaitu isipadu air suling bagi pembolehubah dimalarkan seperti contoh di bawah.

Calon mencampur adukkan pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerakbalas seperti contoh di bawah.

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon salah memberi definisi secara operasi bagi aloi iaitu memberi maksud aloi dan bukannya memberi definisi mengikut eksperimen seperti contoh di bawah.

Soalan 3 Kekuatan calon ialah dapat menyatakan jenis gerakan troli berdasarkan kepada graf dengan betul (contoh, a) menyatakan hubungan antara panjang pita detik dengan masa dengan betul (contoh, b), menyatakan jenis gerakan troli dengan betul (contoh, c), dan dapat meramalkan panjang pita detik yang diberikan dalam graf dengan betul (contoh, d).

(a)

(b)

(c)

(d)

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah hampir keseluruhan calon telah memberikan jawapan mereka dengan menggunakan perkataan gerakan bagi soalan 3(a). Istilah sains yang betul bagi jawapan kepada soalan 3(a) ialah halaju seperti contoh berikut.

Soalan 3 (b)(ii), calon menjawab dengan tidak menggunakan istilah pecutan atau halaju bertambah seperti contoh berikut.

Bagi soalan 3 (b)(iii), calon memberi ramalan yang salah bagi panjang pita detik. Calon menganggap panjang pita detik yang ke-3 sebagai pita detik yang ke-6 kerana mereka keliru dengan angka 6 pada paksi-y seperti contoh di bawah.

Soalan 4 Kekuatan calon ialah dapat menyatakan pemerhatian tentang paras air, inferens, pembolehubah bergerakbalas, definisi secara operasi bagi Prinsip Bernouli dan menunjukkan radas yang menggunakan Prinsip Bernoulli dengan betul seperti contoh (a), (b), (c), (d) dan (e) di bawah.

(a)

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

(b)

(c)

(d)

Kelemahan calon adalah mereka tidak dapat menyatakan definisi secara operasi bagi Prinsip Bernouli dengan tepat. Ada calon yang tidak memulakan jawapan dengan perkataan Prinsip Bernoulli dan ada yang memberi definisi konsep Prinsip Bernoulli seperti contoh di bawah.

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Bagi soalan yang menghendaki calon menandakan pada petak alat yang menggunakan Prinsip Bernoulli calon menandakan dua kotak di mana salah satu adalah salah seperti contoh di bawah.

BAHAGIAN B Soalan 5 Kekuatan calon ialah dapat menamakan jenis neuron, nama struktur yang berlabel, fungsi bahagian struktur X dan lintasan impuls dan dapat menandakan bahagian otak yang mengalami kecederaan dengan betul seperti contoh (a), (b), (c), (d) dan (e) di bawah . (a)

(b)

(c)

Sains 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

(d)

(e)

Kelemahan calon bagi soalan ini ialah tidak dapat menyatakan nama neuron yang betul seperti contoh (a) dan (b) di bawah. (a)

(b)

Sains 2

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat calon yang menamakan bahagian berlabel X dengan ejaan yang salah seperti contoh di bawah.

Terdapat calon yang menjawab Neuron yang salah di 5(d) akibat jawapan yang salah di 5(a) seperti contoh di bawah.

Bagi soalan 5(e) ada calon yang menandakan bahagian otak yang mengalami kecederaan, dengan dua jawapan di mana salah satu adalah salah dan menyebabkan keseluruhan jawapan menjadi salah seperti contoh di bawah.

Soalan 6 Kekuatan calon ialah dapat menyatakan jawapan dengan betul menggunakan pilihan jawapan yang di beri dalam kotak pada soalan. Calon hanya memilih dan menuliskan jawapan yang betul pada petak yang disediakan di dalam soalan seperti contoh di bawah.

Sains 2

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kebanyakan calon boleh menyatakan keadaan tenaga kinetik zarah semasa proses P dan keadaan zarah semasa proses Q dengan betul seperti contoh (a) dan (b) di bawah. (a)

(b)

Bagi soalan 6(d) calon dapat melukiskan susunan zarah pepejal dengan betul seperti contoh di bawah.

Sains 2

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon dalam soalan 6(a) ialah memilih jawapan yang di beri dalam petak jawapan yang salah dan mengisi jawapan dalam ruangan yang diberikan seperti contoh di bawah.

Bagi soalan 6(b) dan 6(c) calon sepatutnya menyatakan apakah yang akan berlaku kepada tenaga kinetik semasa proses P dan pergerakan zarah-zarah dalam bahan itu semasa proses Q. Kelemahannya ialah calon salah menyatakan apa yang akan berlaku kepada zarahzarah tersebut yang tidak dikaitkan dengan tenaga kinetik dan pergerakan zarah seperti contoh (a) dan (b) di bawah. (a)

(b)

Sains 2

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat calon melukiskan zarah bagi proses P dan bukannya proses Q iaitu pembekuan bagi soalan 6(d) seperti contoh di bawah.

SOALAN 7 Kekuatan calon ini ialah dapat memberikan warna primer, warna sekunder, warna yang diwakili oleh Q, warna X dan Y serta warna yang terbentuk di skrin dengan betul seperti contoh (a), (b), dan (c) dan seperti di bawah. (a)

(b)

(c)

Sains 2

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah memberi lebih daripada satu jawapan di mana jawapan tambahan adalah salah dan keseluruhan jawapan menjadi salah seperti contoh di bawah.

Kelemahan kedua ialah calon memberi jawapan yang salah bagi Q iaitu memberi jawapan campuran warna pigmen seperti contoh di bawah.

Kelemahan calon pada soalan 7(c) ialah tidak dapat menentukan warna cahaya X dan Y dengan betul seperti contoh di bawah.

Kelemahan calon bagi soalan 7(d) ialah tidak dapat mentafsirkan warna cahaya yang akan kelihatan jika penapis hijau diletakkan di hadapan skrin putih seperti contoh di bawah.

Sains 2

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 8 Kekuatan calon ialah dapat menamakan asap yang di keluarkan oleh kilang serta jenis pencemaran dengan betul (contoh,a). Calon juga dapat menyatakan kesan pencemaran kepada manusia serta cara untuk mengatasinya dengan betul (contoh,b). Calon juga dapat menyatakan kesan pencemaran alam sekitar akibat haba yang terperangkap oleh gas X (contoh, c) dan fenomena akibat daripada gas tersebut dengan betul (contoh,d). (a)

(b)

(c)

(d)

Sains 2

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah kesan pencemaran kepada manusia disalah tafsir sebagai kesan kepada alam sekitar. Calon juga menganggap gas X sebagai gas CFC. Calon juga memberikan jawapan salah kepada fenomena ini iaitu penipisan lapisan ozon seperti contoh (a), (b), (c) dan (d) di bawah. (a)

(b)

(c)

(d)

Sains 2

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 9 Kekuatan calon ialah calon dapat menyatakan jenis getah yang digunakan dengan betul. Calon juga boleh menyatakan satu ciri getah di soalan 9 (a)(i) dan jenis plastik yang terdapat dalam jadual seperti contoh (a) dan (b) di bawah.

(a)

(b)

Sains 2

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah menyalin pernyataan daripada jadual 9.2 ke dalam jadual 9.1 menyebabkan jawapan menjadi salah seperti contoh di bawah.

BAHAGIAN C Soalan 10 Kekuatan calon ialah dapat menyatakan tujuan eksperimen, mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan (keadaan cahaya), pembolehubah bergerakbalas ( pertumbuhan bakteria), membuat hipotesis bagi eksperimen, menyenaraikan radas eksperimen, menyatakan prosedur dan membuat penjadualan data dengan betul seperti contoh di bawah.

Sains 2

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah tidak dapat mengenalpasti jenis pembolehubah dan tidak dapat membuat hipotesis dengan betul. Calon juga tidak dapat menyatakan tujuan eksperimen, menyenaraikan radas dan bahan eksperimen, menerangkan kaedah eksperimen dan penjadualan data dengan baik. Calon juga membuat kesilapan dengan menyatakan hipotesis sebagai tujuan eksperimen dan gagal menghuraikan kaedah eksperimen yang sepatutnya dijalankan seperti contoh di bawah.

Sains 2

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Sains 2

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 11 Kekuatan calon ialah dapat menyatakan kelebihan dan kelemahan akumulator asid plumbum dengan betul. Calon juga dapat mengenalpasti masalah serta menjelaskan kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah mengikut prosedur dengan betul seperti contoh di bawah.

Sains 2

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah tidak dapat menyatakan kelebihan dan kekurangan akumulator asid plumbum dengan betul. Calon juga tidak dapat mengenalpasti masalah yang diberi dalam soalan. Calon tidak dapat menentukan kaedah serta menerangkan kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah seperti contoh di bawah.

Soalan 12 Kekuatan calon ialah dapat memberikan dua faktor yang mempengaruhi keperluan kalori bagi seseorang individu dengan betul. Calon dapat mengenalpasti masalah kesihatan bagi seseorang lelaki dan memberi alasan masalah itu berlaku dengan betul. Calon dapat menyatakan tiga kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan betul. Calon juga boleh memilih dan menjelaskan tiga kaedah yang terbaik serta memberi jawapan untuk mengatasi masalah kesihatannya dengan betul seperti contoh di bawah.

Sains 2

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Kelemahan calon ialah memberikan sebab kalori diperlukan untuk badan dan bukan menerangkan faktor yang mempengaruhi keperluan kalori bagi seseorang individu. Calon salah memberikan kaedah terbaik seperti berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan doktor. Calon juga tidak memberikan sebab untuk pemilihan tersebut seperti contoh di bawah.

Sains 2

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menguasai pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep dan fakta sains yang terkandung dalam sukatan pelajaran sains tingkatan empat dan lima. Menguasai semua kemahiran proses sains terutamanya membuat hipotesis dan inferens serta mendefinisi secara operasi. Melibatkan diri secara aktif semasa kerja amali dan membuat pelaporan amali dengan lengkap. Membuat latihan menjawab soalan-soalan berformat matapelajaran sains SPM sebenar. Menguasai istilah sains dan terminologi dengan betul. Menanam minat terhadap bidang fizik terutamanya kerana ramai calon didapati tidak dapat menjawab soalan dalam bidang fizik seperti Prinsip Bernouli dan gerakan.

SARANAN KEPADA GURU 1. 2. 3. 4. Guru mesti mengetahui format soalan peperiksaan Sains SPM sebenar supaya dapat membantu calon menjawab dengan tepat dan betul. Menjalankan eskperimen daripada setiap topik supaya calon didedahkan kepada semua jenis eskperimen sains. Mendedahkan teknik menjawab yang betul. Membimbing calon menjawab soalan mengikut kehendak soalan.

Sains 2

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

You might also like