You are on page 1of 11

Penulisan : Surat Kiriman Rasmi

1. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang khusus.


2. Format surat rasmi mempunyai ciri-ciri teknikal tertentu.
3. Surat kiriman rasmi mestilah bersifat formal dan tidak menyentuh perkara-
perkara peribadi.
4. Beberapa contoh surat kiriman rasmi adalah seperti berikut:
(a) Surat aduan
(b) Surat rayuan
(c) Surat memesan barangan
(d) Surat undangan menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang
penting dan rasmi
(e) Surat permohonan
(f) Surat pekeliling
5. Gunakanlah bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan
mestilah baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca.
6. Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam
penulisan karangan jenis ini.

Format Surat Kiriman Rasmi


Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu. 24 APRIL
1998.
Tuan,
Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama
Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin
memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.
2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon
bola baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk
menghadapi perlawanan yang akan datang.
3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang
kami adakan setiap hari itu tidak tergendala.
4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk
berlatih sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
Widyawati
…………………
( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa
Tajuk : Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke
Unit Akhbar Dalam Darjah, Berita Harian. Tuliskan sepucuk surat permohonan kepada
akhbar tersebut.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
_________________________________________________________________________
______________
Ketua Pengarang,
Unit Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) ,
Berita Harian Sendirian Berhad,
31, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur. 10 JANUARI
1997.
Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar
Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini ingin memaklumkan bahawa
persatuan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Unit Akhbar Dalam
Darjah ( ADD ) pada 27 Januari 1997, jam 9.30 pagi.
2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan tiga guru pengiring. Tujuan kami
mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui matlamat unit ADD ditubuhkan dan
bagaimana mengendalikannya.
3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan.
4. Segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Nazimah
…………………..
( NAZIMAH NAZIM )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
Soalan :
Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar.
Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.
Contoh Jawapan :
Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru. 14 OKTOBER 1998
Tuan,
Memesan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam
akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.
2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti
berikut :

Bil. Judul Buku Kuantiti Harga Seunit


1. Misteri Kapal Tenggelam 1 RM 3.60
2. Misteri Patung George 1 RM 3.60
3. Rahsia Rumah Tua 2 RM 4.00
Jumlah RM 11.20
3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai
RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut.
Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )
Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat
kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 15 OKTOBER 1998
Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Lawatan
Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di
Kampung Raja, Besut.
2. Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran
tersebut.

Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :


Tarikh : 17.10.1998
Masa : 10.00 pagi
Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring
Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.

Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak dapat hadir ke sekolah
selama dua hari. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk
memberitahunya keadaan anda.
Kampung Awek,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru kelas,
Tahun 6 kenanga,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 20 OKTOBER
1998
Cikgu,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung dengan perkara di atas, saya Habibah Bt. Ghazali murid Tahun 6 Kenanga ingin
memaklumkan bahawa saya tidak hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.
2. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di salah sebuah klinik. Doktor
menasihatkan saya supaya berehat selama dua hari.
3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk makluman dan
tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah
seperti biasa.
Atas perhatian dan kerjasama cikgu, saya dahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
( HABIBAH BT. GHAZALI )
Kelab Sains sekolah anda akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di
Sri Pentas. Tuliskan sepucuk surat kepada pengarah stesen tersebut untuk
memohon kebenaran.
Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Pengarah,
Stesen Penyiaran TV3,
Sri Pentas,
50164 Kuala Lumpur. 18 OKTOBER 1998
Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau
akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.
2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-
murid tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan
pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada
murid-murid.

3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :


Tarikh : 25.11.1998
Masa : 10.30 pagi
Ahli : 39 orang termasuk 4 guru pengiring
4. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera.
Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.

Yang menjalankan tugas,


(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)
Setiausaha,
Kelab Sains.
Sebuah buku yang kamu pinjam dari perpustakaan sekolah telah hilang. Tuliskan
sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk menerangkan sebab-sebab kamu
tidak boleh memulangkan buku tersebut.
No.76, Kampung Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 17 OKtOBER 1998

Cikgu,
Buku Hilang
Merujuk kepada perkara di atas, saya Khushaima bt. Khairuddin murid Tahun 6 Kenanga
ingin memaklumkan bahawa buku yang saya pinjam pada 14 Oktober 1998 telah hilang.
2. Buku tersebut berjudul ‘Menanti Hari Esok’ karya Naimah Haji Hassan. Saya meminjam
buku tersebut pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi makan di kantin. Setelah selesai
makan, barulah saya sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.
3. Saya akui kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Saya
memohon maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kehilangan buku
tersebut.
Sekian untuk makluman cikgu. Terima kasih.
Yang benar,
(KHUSHAIMA BT. KHAIRUDIN)

CONTOH SURAT PERMOHONAN KEBENARAN MENGGUNAKAN PKK PERAK


SMK PASIR BOGAK

32300PANGKOR,

PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh:

Ruj. Kami:

Ruj. Tuan:

Penolong Pengarah,

Pusat Kokurikulum Perak,

32300 Pangkor

Perak

Tuan,

Permohonan Mengadakan Program Pendidikan Luar Badan Pengawas Sekolah

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, di bawah ini dinyatakan maklumat mengenai program


yang akan diadakan :

2.1 Tarikh : 25 – 27 Ogos 2008 ( Jumaat – Ahad)

2.2 Masa : 3.00 petang (Pendaftaran)

2.3 Peserta : Lelaki 40 orang

Perempuan 37 orang

2.4 Guru Pengiring: Lelaki 03 orang

Perempuan 02 orang

Jumlah 82 orang
3. Sehubungan dengan pihak sekolah memohon jasa baik tuan agar dapat
memberikan kebenaran untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di tempat
tuan dan khidmat jurulatih dari pihak Pusat Kokurikulum pada tarikh dan masa yang
dinyatakan diatas. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan
sewajarnya dari pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

4. Sekian untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan.

Terima kasih.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

t.t

(FAISAL BIN MOHD JAPERI)

Pengetua

SMK Pasir Bogak.

32300 Pangkor.

Tarikh : 7 Jun 2008

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Univesiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.

Tuan,
Rayuan Untuk Mendapat Tempat di Desasiswa Murni Nurani

Merujuk kepada perkara diatas saya Muhd Al-Aarifin Bin Ismail (79798), pelajar
tahun 4, Pusat Pengajian Sains Perubatan, ingin membuat rayuan untuk
mendapatkan tempat di desasiswa Murni Nurani untuk sidang 2008/09.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, sebelum ini saya telah memohon (atau tidak
memohon kerana..) melalui website healthycampus untuk tinggal di desasiswa,
namun permohonan saya telah ditolak.

3. Saya sangat berharap supaya tuan mempertimbangkan permohonan saya ini


memandangkan saya .....(sesuaikan dengan diri masing-masing)

4. Sekali lagi saya merayu agar pihak tuan mempertimbangkan permohonan saya
ini. Segala kerjasama daripada tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih.

“Kami Memimpin”

Yang benar,

____________________

(Muhd Al-Aarifin Bin Ismail)


Pelajar tahun 4,
Pusat Pengajian Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.

You might also like