P. 1
prosa tradisional

prosa tradisional

4.0

|Views: 4,813|Likes:
Published by joyce liong

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: joyce liong on Jul 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

PROSA TRADISIONAL

PETA MINDA DEFINISI
Merupakan sejenis cerita rakyat yang berdasarkan kehidupan masyarakat. Sastera ini dianggap milik bersama masyarakat dan kelompok masyarakat yang tertutup. JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

CERITA MITOS

CERITA LEGENDA

CERITA JENAKA

CERITA BINATANG

CERITA LIPUR LARA

CERITA JENAKA.
. Kisah-kisah lucu . Berfungsi sebagai hiburan, petunjuk dan sindiran . Bertujuan untuk memberi pengajaran

CERITA LIPUR LARA
. Struktur cerita yang panjang , sukar difahami. . Masa yang agak lama untuk dihabiskan . Cerita disulam dengan puisi lama . Wira atau wirawati mempunyai sifat-sifat yang luar biasa

CERITA MITOS
. Cerita zaman dahulu, tergolong dalam sastera sejarah, juga dianggap dongeng atau direka-reka . Mungkin juga dianggap benar

CERITA BINATANG
. Melibatkan watak binatang, membri pengajaran, berfungsi sebagai hiburan & sindiran

PAK KADUK
SINOPSIS
1. Pak Kaduk tinggal berhampiran dengan sebatang sungai di hujung kampung negeri Chempaka Seri. 2. Raja negeri itu bernama Indera Sari yang amat gemar melakukan kerja-kerja maksiat seperti berjudi dan menyabung ayam hingga menyebabkan seluruh rakyat terikut-ikut oleh perangai baginda. 3. Ajaran Islam tidak lagi dipatuhi kerana raja dan para pembesar negeri begitu asyik dengan kerjakerja yang dilarang oleh ajaran Islam. 4. Pesta menyabung ayam yang diadakan di istana telah menarik minat Pak Kaduk untuk turut mengadu nasib dalam pertandingan menyabung ayam jantan peliharaannya yang bernama Biring Si Kunani. 5. Pak Kaduk menyatakan hasratnya itu kepada isterinya yang bernama Mak Siti. Pak Kaduk bercadang untuk menjadikan kampung mereka sebagai taruhan. 6. Pak Kaduk menyuruh Mak Siti menjahitkan pakaian yang diperbuat daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, dia mengarahkan isterinya melekatkan sahaja kertas itu dengan gam. 7. Apabila sampai di istana, Pak Kaduk menyatakan hasratnya kepada Raja Indera Sari. Baginda begitu asyik memerhatikan ayam Pak Kaduk , iaitu Biring Si Kunani. Baginda mendapati bahawa ayam Pak Kaduk lebih handal daripada ayamnya yang bernama Jalak Putih Mata.

8. Lantas raja pun mencadangkan kepada Pak Kaduk agar menukarkan ayam masing-masing dengan memberi alasan bahawa ayam Pak Kaduk kurang bertuah atau handal berbanding ayamnya, Jalak Si Putih Mata. 9. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk terus bersetuju untuk menukarkan ayamnya dengan ayam raja. 10. Sebagai wang pertaruhan, Pak Kaduk menggadaikan kampungnya kepada raja dengan jumlah 50 rial. 11. Apabila sabungan diadakan, ayam Pak Kaduk yang telah menjadi milik Raja Indera Sari menang manakala ayam raja yang menjadi kepunyaan Pak Kaduk kalah. 12. Tanpa menyedari bahawa ayamnya telah ditukarkan dengan ayam raja , Pak Kaduk bersorak keriangan. Akibatnya, baju kertas yang dipakainya koyak-rabak hingga menyebabkan Pak Kaduk telanjang bulat. 13. Orang ramai terus mentertawakan Pak Kaduk yang telanjang itu lalu dia terus berlari pulang ke rumahnya dengan perasaan amat malu. 14. Pak Kaduk bernasib sungguh malang kerana ayamnya sekarang menjadi milik raja walaupun ayamnya itu menang. Keadaan ini mengakibatkan kampungnya turut tergadai.

TEMA PERSOALAN

Sikap sesetengah manusia yang bersikap terburu-buru dalam membuat sesuatu tanpa memikirkan akibatnya. Keburukan berjudi dan menyabung ayam Berjudi merupakan amalan yang menyebabkan kemiskinan dan kepapaann. Berjudi menyebabkan kita berhutang, akibatnya banyak barang kita tergadai untuk melangsaikan hutang kita. Berjudi tidak memberi sebarang manfaat, malah menyusahkan hidup. Menzalimi orang yang lemah Menipu atau menganiaya golongan yang lemah merupakan persoalan yang cuba diterapkan dalam cerita ini. Sikap zalim golangan yang berkuasa terhadap rakyat yang lemah merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Golongan rakyat sudah tentu menghormati dan mempercayai pihak yang berkuasa. Sikap tamak Sikap tamak menyebabkan kerugian. Pak Kaduk mengharapkan kemenangan yang besar hingga sanggup mengadaikan kampungnya sendiri. Akhirnya, dia sendiri yang menanggung rugi dan raja pula yang untung. Orang jahil dan bodoh senang ditipu Orang jahil dan bodoh merupakan sasaran bagi orang yang cerdik. Kebodohan diri akan digunakan oleh orang yang cerdik untuk menindas orang yang bodoh. Justeru, pelajarilah ilmu supaya tidak mudah ditipu oleh golongan yang bertanggungjawab.

WATAK PAK KADUK 1. 2. 3. 4.

PERWATAKAN Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan pertengahan tahun. Hidup miskin dan mempunyai seorang isteri bernama Mak Siti . Digelar juga Pak Siti. Bodoh, bersikap terburu-buru dan lurus bendul. Gemar menyabung ayam kerana memiliki ayam jantan yang handal bernama Birng Si Kunani. 5. Taat kepada perintah raja walaupun raja berniat tidak baik terhadapnya. 6. Bernasib malang akibat kebodohan diri dan jahil tentang menyabung ayam. 7. Mangsa kezaliman golongan orang yang berkuasa seperti Raja Indera Sari.

Raja Indera Sari

Mak Siti

1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3.

Raja negeri Chempaka Seri . Gemar berjudi dan menyabung ayam. Tidak menunaikan perintah ajaran Islam yang sebenarnya. Suka menipu dan menganiayai rakyat yang lemah Mahir tentang menyabung ayam serta menggalakkan rakyat melakukan maksiat. Memiliki ayam jantan yang bernama Jalak Putih Mata. Isteri Pak Kaduk, taat dan patuh pada arahan suami. Menangis mengenangkan nasib yang menimpa diri dan suaminya. Berleter apabila melihat Pak Kaduk pulang dalam keadaan bertelanjang bulat. Tambahan pula, mereka turut kehilangan kampung halamannya akibat kekalahan Pak Kaduk sewaktu pertaruhan dengan raja. Ayam jantan kepunyaan Pak Kaduk. Menang dalam pertaruhan dengan mengalahkan Jalak Putih Mata. Menjadi milik Raja Indera Sari setelah ditukarkan oleh Pak Kaduk. Ayam jantan kepunyaan Raja Indera Sari. Kalah semasa menyabung dengan Biring Si Kunani. Menjadi kepunyaan Pak Kaduk setelah ditukarkan oleh Raja Indera Sari.

Biring Si Kunani (haiwan) Jalak Putih Mata (haiwan)

1. 2. 3. 1. 2. 3.

PLOT PERMULAAN (EKSPOSISI) Cerita bermula dengan penegnalan negeri Chempaka Seri, iaitu negeri yang diperintah oleh Raja Indera Sari dan juga kampung halaman Pak Kaduk serta isterinya, Mak Siti. Diceritakan juga tentang rakyat negeri tersebut yang suka berjudi dan menyabung ayam termasuklah Raja Indera Sari dan para pembesar negeri. PERKEMBANGAN Berita Pertandingan menyabung ayam yang diadakan di istana raja menarik minat Pak Kaduk untuk turut menyabung ayam jantannya yang bernama Biring Si Kunani. Pak Kaduk menyuruh isterinya, Mak Siti menjahit pakaian daripada kertas. Namun, disebabkan ingin cepat, Pak Kaduk menyuruh isterinya hanya melekatkan kertas tersebut dengan menggunakan gam. Mak Siti menurut suruhan suaminya. Pak Kaduk terus ke istana untuk menyabung ayam. KONFLIK / PERUMITAN Bermula apabila Pak Kaduk telah diminta oleh raja untuk menukarkan ayamnya (Biring Si Kunani) dengan ayam raja (Jalak Putih Mata). Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam raja. Wang pertaruhan pula ialah kampung halaman Pak Kaduk sendiri dengan nilai sebanyak 50 rial. KEMUNCAK / KLIMAKS Pertaruhan atau sabungan dimulakan. Ayam Pak Kaduk yang menjadi milik raja menang, manakala ayam raja yang menjadi milik Pak Kaduk kalah. Pak Kaduk yang terlupa akan pertukaran yang telah dibuat olehnya, terus melompat kegembiraan tanpa menyedari bahawa baju kertas yang dipakainya telah koyak-rabak sehingga dia bertelanjang dan orang ramai sedang mentertawakannya. PELERAIAN Pak Kaduk melarikan diri pulang ke rumah dengan perasaan amat malu. Dia kecewa kerana tertipu dan bodoh kerana tidak berfikir panjang . Akhirnya, dia dimarahi isterinya kerana pulang dalam keadaan bertelanjang dan menyebabkan kampung halaman mereka tergadai.

GAYA BAHASA PARADOKS Pernyataan yang berlawanan dengan kejadian yang sebenarnya berlaku. Paradoks biasanya bertujuan untuk menyindir.  Contohnya: • Ayamnya menang kampung tergadai. Gaya bahasa perbandingan yang menggunakan perkataan seperti, macam, laksana, bagai, umpama, dan bak. Contoh: • “Apa kena awak Pak Siti, seperti orang gila ni?” • “Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maha faham pada sabungmenyabung” Cerita ini menyelitkan banyak bahasa istana sesuai dengan cerita rakyat.  Contohnya: • Beta, patik, tuanku, titah, duli Penggunaan bahasa Arab juga dapat ditemukan dalam cerita ini.  Contohnya: • Sallallahu alaihi wassalam Penggunaan simpulan bahasa juga ada dalam cerita ini.  Contohnya” • Bertelanjang bulat Penggunan bahasa Melayu klasik mengesahkan ciri-ciri prosa klasik.  Contohnya: • Bena- endah, hirau, peduli • Tuntung- hujung yang tajam • Bulang- mengikatkan taji pada kaki ayam dengan tali • Roman- raut wajah • Sedondon- sama warna atau corak

SIMILE

BAHASA ISTANA

BAHASA ARAB

SIMPULAN BAHASA BAHASA KLASIK

LATAR MASA  Zaman dahulu, iaitu zaman masyarakat Melayu tradisional.  Zaman feudal yang mana raja berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata.  Peristiwa sabungan ayam berlaku pada waktu siang hari.

LATAR TEMPAT  Negeri Chempaka Seri  Kampung Pak Kaduk, iaitu di pinggir sungai di hujung negeri Chempaka Seri.  Gelanggang menyabung ayam  Rumah Pak Kaduk

LATAR MASYARAKAT  Masyarakat Melayu tradisional yang masih berpegang kuat pada amalan tradisi.  Masyarakat petani yang miskin.  Masyarakat yang suka berjudi dan menyabung ayam serta melupakan ajaran agama Islam.  Golongan raja dan pembesar yang suka menipu dan menganiayai rakyat.

PENGAJARAN PATUH KEPADA PERINTAH TUHAN TAAT KEPADA SUAMI BERTANGGUNGJAWAB & AMANAH BIJAKSANA Patuh pada perintah Tuhan merupakan amalan atau sifat yang terpuji. Kita sebagai makhluk ciptaan Tuhan harus taat pada segala larangan dan suruhan-Nya. Jangan sekali-kali mengingkari syariat Islam dengan berjudi atau menyabung ayam. Mentaati perintah suami juga merupakan amalan yang mulia. Suami harus dipatuhi walaupun perintah itu kadangkala sukar untuk dilaksanakan. Seseorang pembesar atau pemimpin mestilah menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan bertanggungjawab. Jangan menganiayai golongan yang diperintah demi kepentingan diri sendiri. Setiap orang mestilah bijaksana samaa ada dalam membuat keputusan atau melakukan sebarang kerja . Sifat bijaksana menjadikan diri sentiasa berada dalam keadaan selamat. PENGAJARAN

     

Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum bertindak atau melakukan sesuatu. Jangan menipu atau menganiayai orang yang lemah, Jangan menyeksa binatang seperti menyabung ayam. Janganlah berjudi dan menyabung ayam. Jangan sekali-kali meninggalkan perintah Tuhan. Hendaklah menghormati dan menyayangi antara satu dengan yang lain.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->