You are on page 1of 25

1

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL

Intan Zarina Bt Ghazali & Herdawati Bt Mukhsin

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn


2

ABSTRAK

Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin

utama proses pengglobalisasian dunia. Istilah globalisasi merujuk kepada keadaan dunia tanpa

sempadan samada dari segi politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Matlamat menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa memerlukan negara

meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikan ke taraf dunia. Impak globalisasi

boleh dilihat dari sudut kebaikan dan juga keburukan. Oleh itu, kerajaan sentiasa memastikan

kesan globalisasi ini tidak menjejaskan segala yang dikecapi dan dirancang selama ini. Malah

seluruh warga pendidikan perlu bekerjasama untuk melaksanakan perubahan yang selari dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Bagi merealisasikan visi negara untuk menjadi negara maju

pada tahun 2020, negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir dan pakar dalam pelbagai bidang

terutamanya latihan teknik dan vokasional. Oleh yang demikian, kerajaan telah berusaha

meningkat dan memperbanyakkan sekolah dan institusi pengajian tinggi yang lebih

berkonsepkan teknikal dan vokasional. Sementara dari segi sains dan teknologi, telah banyak

berlaku perubahan cara hidup dan peradaban manusia sejak zaman dahulu hingga kini, malah

turut mempengaruhi cara hidup manusia dan persekitarannya. Perkembangan sains dan

teknologi boleh memberi kesan positif atau negatif bergantung kepada pandangan dan

penerimaan setiap individu dan masyarakat itu sendiri.


3

1.0 IMPAK GLOBALISASI KE ATAS PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Impak globalisasi merupakan faktor utama yang menentukan perubahan corak pendidikan di

Malaysia. Kebaikan dan keburukan globalisasi ke atas corak pendidikan adalah bergantung

kepada penerimaan individu, masyarakat dan negara. Dalam konteks pendidikan, impak

globalisasi dapat dilihat dalam pelbagai aspek.

1.1 Meminggirkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Kesan globalisasi akan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku

kerana para pelajar mudah memperoleh maklumat melalui internet dan kebanyakkan maklumat

yang disebarkan melalui internet adalah dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu, cawangan

universiti luar akan terus menjadikan Bahasa Inggeris sebagai medium dalam proses pengajaran.

Dewasa ini juga banyak Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terkemuka yang telah

menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar seperti Kolej Sunway dan Kolej Prima.

1.2 Pendidikan Negara Terbuka Kepada Dunia Luar

Globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk

belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan

keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan

cawangan oleh universiti luar di negara kita merupakan satu persaingan yang sihat, namun

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini.

Para pelajar sudah tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja

mereka. Hal inilah yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT luar negara menjadi

pilihan utama majikan berbanding IPT tempatan yang seolah-olah menjadi graduan kelas kedua.
4

1.3 Pengkomersilan Pendidikan

Percambahan pesat cawangan universiti luar dalam negara juga akan terus mengukuhkan

pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Para korporat pendidikan akan membuat keuntungan

maksimum dalam industri pendidikan ini. Jika hal ini berterusan, matlamat dan objektif

pendidikan ini tidak mampu dicapai. Demi mengejar keuntungan semata-mata, kualiti

pendidikan diabaikan dan yang diutamakan adalah keuntungan. Lanjutan daripada

pengkomersilan pendidikan ini juga akan terus menafikan konsep pendemokrasian pendidikan

itu. Hanya pelajar yang mampu sahaja berpeluang melanjutkan pendidikan mereka disebabkan

kadar yuran pengajian yang tinggi.

1.4 Peluang Pendidikan Semakin Banyak

Dalam gelombang penubuhan IPTS beberapa waktu kebelakangan ini, arus globalisasi telah

memberi manfaat kepada beberapa kolej swasta tempatan iaitu dengan memperkenalkan konsep

pengajian berkembar. Selain itu, melalui kemajuan teknologi komputer maka terjalinlah

kerjasama dalam bidang pendidikan di antara Universiti Deakin dengan kolej tempatan iaitu

Kolej Stamford dan Institut Lim Kok Wing. Keadaan ini dapat memberi peluang kepada

generasi muda Malaysia memperolehi sesuatu kelulusan dan kelayakan akedemik di peringkat

antarabangsa.

1.5 Pentingnya Pengajaran Sains dan Teknologi

Memandangkan pembangunan ekonomi seluruh dunia pada masa kini dan akan datang adalah

berdasarkan kepada sains dan teknologi tinggi, maka Kementerian Pendidikan telah menetapkan

nisbah bilangan pelajar aliran sains kepada bilangan di aliran sastera di peringkat Sijil Pelajaran
5

Malaysia (SPM) ialah 60:40 seperti yang telah dilaksanakan pada tahun 2000. Hal ini bertujuan

bagi memastikan negara mempunyai sumber manusia yang mencukupi dalam bidang tersebut.

1.6 Inovasi dan Kreativiti Penting

Dalam era infotek, apa yang penting ialah para pelajar boleh menggunakan teknologi siber bagi

membolehkan mereka menguasai ledakan maklumat. Penggunaan internet, e-mel, perisian

multimedia intraktif dan sebagainya menyumbangkan kemahiran yang amat berharga kepada

pelajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi seseorang guru sentiasa membudayakan teknologi

canggih dalam menjalankan tugas harian agar ianya akan menjadi ikutan pelajar.

1.7 Perubahan Merupakan Prasyarat Kemajuan

Globalisasi turut membawa kepada perubahan merupakan satu prasyarat kemajuan. Sebagai

contoh, era teknologi siber telah mengubah pendekatan pembelajaran yang aman. Pembelajaran

secara tidak formal ini sedikit demi sedikit akan mengubah peranan yang dimainkan oleh guru.

Dinding-dinding bilik darjah akan runtuh kerana pembelajaran yang bersifat langit terbuka

melalui perisian multimedia, internet, e-mel dan sebagainya.

1.8 Kurangnya Penghayatan Ilmu

Kesan yang tidak kurang pentingnya ialah penghayatan ilmu itu terkubur sedikit demi sedikit.

Ini disebabkan oleh para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri.

Mereka boleh mendapat maklumat daripada internet tanpa berjumpa guru dan maklumat tersebut

digunakan hanya untuk tujuan peperiksaan atau tugasan yang diberikan. Hal ini tentulah akan

melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri.
6

Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan kemahiran yang ada pada mereka digunakan untuk

tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan duit orang lain ke dalam akaun sendiri dan

berbagai-bagai lagi.

2.0 ANJAKAN PARADIGMA DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DAN

LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Anjakan paradigma dapat dilihat dalam konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional

melalui perubahan dan perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa. Penganjakan

paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan itu

sendiri. Sebagai contoh, di dalam petikan rencana “Pendidikan Sebagai Satu Industri” dalam

Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa,

“Selepas kemerdekaan sistem pendidikan negara telah melalui banyak perubahan.

Bermula dengan dasar untuk menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia

pendidikan kita berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati

dimensi baru dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat”

2.1 Anggapan Negatif Masyarakat Tentang Latihan Teknik dan Vokasional

Anggapan negatif yang sering kita dengar tentang PTV yang mana ia merupakan sejenis

pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja salah dari keadaan

sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat pelajar untuk mengikuti PTV itu

sendiri. Menyedari tanggapan masyarakat terhadap kelemahan PTV inilah, maka Kementerian
7

Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan vokasional. Di

mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan

dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan sekolah teknik dan

vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran mereka ke politeknik atau IPT.

Menuju ke arah negara perindustrian, di mana banyak kilang dan sektor pembinaan memerlukan

tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam

sesuatu bidang amatlah cerah.

2.2 Pusat-Pusat Latihan Teknik dan Vokasional

Sejak kebelakangan ini, lebih banyak sekolah teknik dan vokasional, politeknik dan kolej

komuniti ditubuhkan untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai meminati PTV. Ini

selaras dengan kehendak kerajaan untuk mencapai kemajuan negara pada tahun 2020 dalam

bidang perindustrian, perdagangan dan pertanian. Jika diamati PTV mampu menyediakan diri

individu memasuki sesuatu pekerjaan atau mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran mereka.

Di samping perancangan sistem pendidikan dan latihan, satu perkembangan baru yang

meyakinkan aspek latihan kemahiran ialah dari segi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Negara (PTPTN) yang disediakan kepada semua pelajar di institusi latihan kemahiran.

2.3 Pemantapan Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sistem pendidikan teknik dan vokasional perlu mengalami perubahan dari semasa ke semasa

kerana tidak terdapat formula yang khusus bagi menyelesaikan masalah pendidikan vokasional

untuk semua negara. Untuk memantapkan sistem pendidikan guru vokasional, kurikulum bagi

guru-guru ini perlu diwujudkan sebagai mana yang telah dilakukan dalam melatih golongan
8

professional seperti jurutera, akauntan, arkitek dan sebagainya. Disini dapat dilihat bahawa

kursus-kursus perguruan perlu mengalami anjakan bagi memastikan pengajaran dan kaedah

mengajar menjadi lebih berkesan.

2.4 Meningkatkan Sistem Penyampaian Pendidikan dan Kemahiran

Sistem penyampaian pendidikan dan kemahiran akan dipertingkatkan dan diorientasi semula

untuk memenuhi keperluan kemahiran yang kian meningkat. Bagi tujuan ini, kerajaan akan

meneruskan reformasi pendidikan yang telahpun dimulakan dalam tempoh Rancangan Malaysia

Keenam. Reformasi ini termasuk penukaran secara berperingkat sekolah menengah vokasional

kepada sekolah menengah teknik, penyusunan semula institusi-institusi pengajian tinggi

termasuk mengkorporat dan memendekkan tempoh kursus tertentu. Pengajaran Bahasa Inggeris

akan diberi penekanan yang lebih bagi meningkatkan penguasaan dalam bahasa tersebut dan

seterusnya membantu dalam kemajuan kerjaya.

2.5 Menambah Kakitangan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P)

Nisbah saintis dan ahli teknologi P&P setiap sejuta penduduk pada masa sekarang adalah rendah

dan memerlukan usaha yang lebih giat bagi menambah penawaran kakitangan P&P. Tabung

Sains dan Teknologi Sumber Manusia sebanyak RM300 juta akan ditubuhkan bagi menyediakan

biasiswa untuk pengajian lepasan ijazah kedoktoran serta penyelidikan di peringkat siswazah.

Ini bukan sahaja akan menambah bilangan penyelidik dan saintis tetapi mewujudkan pusat

kecemerlangan dalam penyelidikan dan teknologi.


9

3.0 IMPLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI TERHADAP PERADABAN MANUSIA DAN

PERSEKITARANNYA

3.1 PENGENALAN

Sejak beberapa abad ini, kita menyaksikan dunia bekembang pesat sejajar dengan arus

permodenan yang sedang rancak berlaku. Masyarakat dunia mengalami suatu gelombang

transformasi yang begitu hebat bermula dari era revolusi perindustrian di Eropah sehinggalah

revolusi teknologi maklumat (IT). Fokus masyarakat dunia juga turut berubah daripada

penemuan di bidang pertanian ke zaman industri, dan yang terkini penceburan secara meluas dan

rancak dalam bidang teknologi maklumat.

Fenomena ini berterusan di alaf baru ini. Jika kita peka dan sering merujuk kepada

pandangan pakar dan sarjana ulung dunia, mereka mengatakan bahawa sains dan teknologi boleh

merubah segalanya seperti the end of the nation state cetusan Keneichi Ohmae, Marshall Mc

Luhan dengan gagasan dunia tanpa sempadan (borderless world) dan Bryan S.Turner dengan

idea zaman Pasca Modernisme. Jika kita mengkaji secara mendalam, semua kebangkitan di atas

merujuk kepada perkembangan dan ledakan pesat sains dan teknologi ke dalam masyarakat

dunia. Persoalannnya mengapakan pengetahuan tentang sains dan teknologi begitu penting dan

apakah kesan utama dalam menyumbang ke arah pembinaan peradaban manusia sejagat.

Secara amnya, kita lihat sains dan teknologi banyak merubah cara hidup dan peradaban

manusia sejak zaman dahulu hingga kini, malahan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi

ini semakin meningkat dan turut mempengaruhi cara hidup manusia serta persekitarannya.

Perhubungan di antara sains dan teknologi dan masyarakat semakin meningkat dan ketara di
10

masa hadapan. Oleh itu beberapa perubahan am akan berlaku secara langsung ataupun tidak

langsung. Perkembangan sains dan teknologi boleh memberi kesan yang positif atau negatif

bergantung kepada pandangan dan penerimaan setiap individu dan masyarakat itu sendiri.

(Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional, Penterjemahan; Suriah Mohamad).

3.2 MAKNA SAINS DAN TEKNOLOGI

3.2.1 Definisi Sains

Umumnya sains bermakna science dalam bahasa Inggeris dan scientia dalam bahasa

Latin. Fishbane berpendapat bahawa sains bemakna ingin tahu, di samping tuntutan memenuhi

keperluan diri menyebabkan ilmu sains perlu dituntut, diteroka dan dikembangkan. Penjanaan

idea ilmu sains terjalin melalui kesedaran tentang berlakunya siang dan malam, sejuak dan panas

dan membabitkan persoalan seperti mengapa bintang bergerak, bagaimana mamalis membiak

dan lain-lain yang menggerakkan daya kreativiti dan inovasi manusia untuk terus meneroka dan

mengkaji keindahan, keagungan dan kebesaran alam ciptaan Allah s.w.t. Kitab suci Al-Quran

ada menyebut fenomena ini seperti berikut:

” Sesungguhnya dalam penciptan langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang,

terdapat tanda-randa bagi orang yang berakal, iitu orang-orang yang mengingati Allah sambil

berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka sering memikirkan tentang

penciptaan langit dan bumi, seraya berkata ”Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini

dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa api neraka”.

Robert E.McGinn, seorang sarjana dari Universiti Stanford menzahirkan sains kepada empat

makna utama iaitu:-


11

i) ilmu pengetahuan (knowledge)

ii) Bidang kajian sistematik pertanyaan kepada alam semulajadi (a field of systematic

inquiry into nature)

iii) Satu bentuk aktiviti budaya manusia ( a form of human cultural activity)

iv) Perusahaan masyarakat secara keseluruhan (total society enterprise)

Ada juga pihak gemar menggunakan istilah sains moden, yang pada hakikatnya merujuk kepada

ilmu sains yang terdapat dalam dunia muasir (kontemporari) ini.

3.2.2 Definisi Teknologi

Teknologi merujuk kepada ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem. Ada cerdik

pandai mengaitkan teknologi dengan proses industri dan saling barkait rapat dengan sains

kejuruteraan. Robert E. McGinn cuba memecahkan tembok pemahaman teknologi kepada skop

yang lebih luas dengan membahagikan ertinya kepada empat pengertian asas iaitu:

i) teknik

ii) teknologi

iii) satu bentuk aktiviti budaya manusia

iv) perusahaan kemasyarakatan

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa sains itu amat penting dalam membina tamadun

baru manusia. Manakala teknologi sebagai pelengkap dan tiang seri yang mengukuhkan lagi

struktur binaan yang diasaskan oleh perkembangan sains. Sains dan teknologi sentiasa bergerak

beriringan dalam meninggikan martabat tamadun manusia.


12

3.3 SEJARAH PERKEMBANGAN

Tidak dinafikan bahawa sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam memaju

dan memacu umat manusia ke arah kegemilangan hidup di samping menyumbangkan kepada

pemantapan tamadun insan. Kelestarian sains dan teknologi mempunyai sejarah panjang jika

dikaji secara teliti. Sejarah perkembangannya bermula untuk setengah abad terkini bermula dari

perang dunia kedua. Ini kerana kemuncak kesedaran mengenai kepentingan mempelajari sains

dan teknologi hanya bemula di pertengahan abad ke-20.

Projek Mega Manhatthan ketika Perang Dunia Kedua telah membuka tirai membawa

kepada tercetusnya tragedi ngeri yang tidak pernah luput dari sejarah dunia, iaitu Peristiwa

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada Ogos 1945 oleh tentera Amerika Syarikat.

Babak ini ditambah dengan kemunculan dan penyertaan secara aktif para saintis dan jurutera

Jerman dalam perang Nazi yang menyebabkan keadaan menjadi semakin gawat dan tidak

terkawal. Masyarakat mula menyedari tentang kepentingan penerapan pemahaman nilai sains

dan teknologi dan menyarankan unsur-unsur murni seperti tanggungjawab sosial perlu dirangka

segera bagi menyelamatkan keadaan supaya tragedi lebih dahsyat tidak akan berulang. Perkara

ini diakui oleh J. Robert Oppenheimer, Pengarah Projek Mega Manhatthan, dalam ucapannya

berbunyi ”...akhirnya ahli sains mengetahui dosa dan kelemahannya”.

Pada tahun 1945 hingga 1960, kesedaran tersebut mula kendur. Usaha membiayai projek

saintifik dan teknologi terus berkembang dengan pesat kerana mendapat dokongan dan dorongan

yang kuat daripada kerajaan pesekutuan di kebanyakan negara maju. Pada tahun 1980-an,

persepsi masyarakat mula berubah.


13

Mereka mula prihatin dan mengkritik beberapa pogram dan dasar pembangunan sains

dan teknologi yang tidak teratur dan membawa kepada kebinasaan. Kesedaran ini telah merebak

dengan begitu meluas dalam masyarakat dunia ketika itu. Mereka mula prihatin tentang isu

pencemaran, udara, tumpahan minyak, pembuangan sisa toksik dan penggunaan bahan kimia.

Mereka juga sudah berhikmah, apabila mengutuk pencabulan Amerika Syarikat dalam Perang

Vietnam, di mana rakyat Vietnam telah dijadikan mangsa sebagai bahan eksperimen dalam ujian

keberkesanan penciptaan senjata-senjata canggih oleh pihak barat.

Bermula pada tahun 1980 sehinggalah masa sekarang, mayarakat telah mula mengakui

bahawa kajian sains dan teknologi perlu dikaji, dipelajari dan dijadikan subjek di pusat-pusat

pengajiantinggi, institusi penyelidikan dan swasta. Di Amerika Syarikat cotohnya pada awal

tahun1980-an subjek ini telah mula diperkenalkan di beberapa buah pusat pengajian tinggi

terkemuka. Antaranya di Cornell, Penn State, Univesity State, New York, Institut Teknologi

Massachusetts, Universiti Washington, Michigan dan Universiti Stanfod.

Kini penubuhannya tidak terkira dan perkembangannya begitu menakjubkan. Namun di

Malaysia perkara ini masih baru dan belum mendapat sambutan yang begitu membanggakan di

kalangan masyarakat kita tetapi tetap mempunyai peluang yang cerah untuk dimajukan. Isu sains

dan teknologi dalam masyarakat amat wajar diplajari kerana ia melibatkan soal polisi

pembangunan negara, kehidupan masyarakat dan kemampuan kita mengawalnya.

3.4 PROFIL SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Dalam keghairahan melatih jurutera dan ahli sains untuk memenuhi tuntutan industri dan

ekonomi, adalah penting bagi kita menyedari bahawa terdapat perbezaan di antara bidang
14

kejuruteraan, sains dan teknologi. Ketiga-tiga bidang ini berkaitan dan sokong menyokong di

antara satu sama lain. Kesan dari sikap ”pukul borong ” selama ini, kita beranggapan bahawa

perbincangan tentang sains, teknologi dan kejuruteraan ini merujuk kepada isu yang sama.

Dengan mengambil contoh perkembangan mutakhir dalam bidang teknologi maklumat yang

sedang diusahakan hari ini, telah mula kedengaran keluhan dan kebimbangan tentang kelemahan

asas sains dan kejuruteraan negara dalam membina teknologi hari ini.

Adalah mustahil sesebuah negara boleh membina sebarang teknologi dengan

mengenepikan faktor sains dan kejuruteraannya. Wang mungkin boleh membeli peralatan

teknologi tinggi tetapi tidak mungkin boleh membeli sains dan mendirikannya. Sebelum

terlambat, ada baiknya kita menilai semula kekuatan asas sains yang dimiliki, mengukur

keupayaan dari segi kejuruteraan sebelum bergerak ke arah membina teknologi.

Sumbangan ahli sains dan matematik dalam bidang kejuruteraan dan teknologi amat penting,

baik secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, ahli fizik telah meletakkan asas kukuh

bagi perkembangan kejuruteraan elektrik, ahli kimia menyumbang kepada perkembangan

kejuruteraan kimia. Begitu juga dengan ahli matematik dengan struktur nombor dan fuzzy

logicnya, menymbang kepada perkembangan kejuruteraan komputer termaju hari ini. Pengaliran

idea-idea sains dari peringkat dasar ke dalam bidang kejuruteraan adalah penting kerana is

merupakan asas yang perlu dimiliki terlebih dahulu sebelum kita boleh pergi lebih jauh lagi.

Adalah amat merugikan apabila kita beranggapan perkembangan sains tulen tidak penting

kepada kemajuan negara. Ada golongan yang menyatakan bidang ini hanya sesuai bagi

memenuhi tuntutan akademik di univesiti hanya kerana ia tidak mempunyai nilai-nilai komersil

dalam jangka masa pendek. Perlu diingat, selagi sesuatu ilmu itu bersifat ilmu dan pengetahuan

walau dari mana datangnya (selain ilmu sihir) tidak ada lebel negatif boleh ditempelkan. Tidak
15

boleh diterima secara logik, apabila kita berhasrat membina teknologi sendiri tetapi melupakan

asas yang pelu dimiliki telebih dahulu. Semua bidang teknologi dan kejuruteraan mempunyai

asasnya yang tesendiri. Tenaga elekrik yang menguasai setiap pergerakan kita hari ini pada

peringkat awalnya bemula dari penemuan renjatan elektrik pada otak katak dalam makmal.

Perkembangan dari idea atau penemuan sains asas mengambil masa yang lama untuk matang

sebelum kita beloh mengkormesilkannya atau sebelum ianya menguasai kehidupan manusia pada

masa depan. Rajah di bawah menunjukkan arah pengaliran pengetahuan teknikal.

Sains tulen
Teknologi
Kejuruteraan

Rajah 1: Arah Pengaliran Pengetahuan Teknikal

Kita perlu faham bahawa kejuruteraan adalah bekait rapat dengan penciptaan dan

rekabentuk yang praktikal dan boleh digunakan. Sebarang keputusan yang diambil semasa proses

pembinaan rekabentuk atau penciptaan tesebut memerlukan kepada pengetahuan yang padu dan

mantap. Sesuatu prototaip yang dibina merupakan hasil dari idea kreatif yang perlu memenuhi

hukum-hukum asas yang tertentu.

Dari sudut lain pula kita perlu melihat masalah-masalah yang dihadapi atau had-had

dalam bidang kejuruteraan elektrik, perkembangan kini adalah tehad dan pasti akan melonjak

denga lebih hebat pada masa hadapan apabila rahsia untuk menghasilkan bahan sumber

konduktor pada suhu bilik berjaya diemui oleh ahli-ahli fizik. Umpamanya doktor yang merawat
16

pesakit, kita perlu mengtahui simptom-simptom penyakit tesebut telebih dahulu sebelum

memberi rawatan yang sesuai.

Perkataan teknologi mungkin merupakan perkataan yang paling popular pada hari ini. Ia

membawa maksud pengkajian secara saintific dan sistematik dalam kerja-kerja mereka yang

kemudiannya digunakan oleh jurutera. Penguasaan teknologi penting untuk perkembangan

kejuruteraan yang lebih tinggi. Dengan mengambil contoh komunikasi canggih hari ini, jelas

tentang perlunya sumbangan idea-idea kreatif yang boleh dilaksanakan. Idea yang bermula dari

telefon asas yang dicipta oleh Graham Bell hinggalah kepada perhubungan berteknologi satelit

memerlukan banyak penyelesaian teknikal oleh saintis dan teknokrat sebelum jurutera boleh

membina telefon mudah alih yang boleh disimpana di dalam kocek baju. Ahli sains juga

berfungsi sebagai teknokrat dan bekerjasama dengan jurutera untuk memberi extra push untuk

bergerak ke depan. Dalam kata lain, teknokrat berada di antara ahli sains dan jurutera. Pengaliran

pegetahuan secara dua arah adaripada sains kepada kejuruteraan dan sebaliknya perlu bergerak

lancar dengan perantaraan teknologi.

Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai perbezaan tetapi saling

berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Tumpuan yang keterlaluan pada salah satu hujungnya akan

meruntuhkan ketiga-tiga bidanga tadi. Jika Malaysia ingin menjadi negara industri yang sihat

dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains asas yang kukuh

serta pengaliran pengetahuan yang lancar di antara kedua-duanya.


17

3.5 PERANAN AHLI SAINS DALAM MASYARAKAT

Peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang individu sebagai anggota masyarakat

bergantung kepada kejaya yang dilakukan. Semakin penting (bukan glamor) fungsi kerjaya yang

dilakukan maka dikatakan semakin besarlah tanggungjawab yang perlu dipkulnya.

Di dalam senario hari ini tidak banyak yang diperkatakan tentang kejaya sebagai seorang

ahli sains berbanding dengan kerjaya lain seperti yang dikecapi oleh ahli-ahli korporat atau ahli-

ahli politik yang lain. Walaupun kerjaya ini diakui penting untuk mencapai tahap negara maju

tidak banyak yang diketahui oleh masyarakat kebanyakan. Keadaan ”terpinggir” ini tidak begitu

sesuai untuk perkembangan kerjaya yang dikatakan penting ini. Dari sudut yang mudah

difahami, kerjaya yang tidak menonjol tidak mempunyai tanggungjawab yang besar kepada

masyarakat. Apabila keadaan ini berlaku wujudlah keadaan ”melukut di tepi gantang”.

Golongan ahli sains mempunyai tanggungjawab untuk memberikan pulangan semula

terhadap pelaburan yang diberikan oleh masyarakat dalam melahirkan seorang ahli sains.

Pulangan ini mungkin tidak berbentuk kewangan secara langsung tetapi lebih kepada

peningkatan pengetahuan, perkembangan industri, pendidikan, penjagaan alam sekitar dan

sebagainya.

Dari skop yang lebih luas ahli sains perlu menerima hakikat bahawa penyelidikannya

perlulah mengikut keperluan masyarakat. Namun begitu, dalam kenayakan situasi, ahli sains

adalah golongan yang dikatakan berada di atas ’tengkok gergasi’. Pengetahuan dan kepakaran

yang dimiliki membolehkan mereka melihat jauh ke depan tentang apa yang akan berlaku hasil

dari penemuan mereka. Kita tidak perlu risau tentang kesan positif tetapi sebarang kesan negatif

memerlukan penyelidikan lain untuk mengatasinya.


18

Ahli sains juga adalah golongan yang diharapkan dapat memberikan input kepada para

pembuat dasar tentang kepentingan keseimbangan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti.

Pengetahuan dan ilmu yang dimiliki oleh ahli sains tanpa mengira disiplin kepakaran mereka di

peringkat tinggi sentiasa memberikan isyarat betapa pentingnya keseimbangan ini dijaga.

Kecenderungan yang keterlaluan tehadap sesuatu perkara akan meninggalkan ruang vakum

tehadap perkara lain yang seterusnya mewujudkan kepincangan yang tidak dikehendaki dalam

keseluruhan sistem. Kerapkali sekiranya kepincangan yang sepatutnya daat dihentikan semasa di

peringkat mikro cuma disedari setelah menjadi terlalu besar dan sukar dikawal.

Ahli sains perlu memastikan penyelidikan yang dijalankan adalah beretika serta tidak

melanggar batas-batas keagamaan dan moral. Sebagai penyelidik tidak dinafikan mereka perlu

sedikit sifat ’gila-gila’ yang terkawal dalam meneroka sesuatu yang baru. Namun mereka wajib

memastikan yang mereka tidak menjadi ahli sains yang ’gila’ semasa menjalankan penyelidikan

kerana ia membawa implikasi yang amat buruk. Seseorang ahli sains bertanggungjawab

memastikan penyelidikan mereka tidak membawa kemusnahan terhadap alam sekitar, haiwan

atau kehidupan manusia itu sendiri. Penyelidikan yang melibatkan penggunaan bahan kimia atau

ujian terhadap haiwan dalam keadaan yang tidak wajar perlu dihentikan.

3.6 KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Terdapat pelbagai manfaat dan kepentingan sains dan teknologi yang kita peroleh dalam

mempelajari ilmu sains dan teknologi. Sains dan teknologi membawa kesan yang baik dan juga

kesan buruk. Walaubagaimanapun ianya sukar diramalkan dengan tepat. Hal ini bergantung
19

kepada pandangan dan pengaplikasian seseorang terhadap sains dan teknologi itu sendiri. Antara

contoh implikasi sains dan teknologi peradaban dunia ialah:

3.6.1 Astronomi

Secara umumnya, astronomi adalah kajian mengenai bintang dan planet, asal usulnya,

pemulaan masa, tarikan graviti dan sebagainya. Para saintis dalam bidang astronomi boleh

menyatakan kuantiti melalui formula kompleks matematik perihal alam semesta misalnya

kelajuan cahaya, bintang, komet, tarikan magnet, kuasa graviti dan sebagainya.

3.6.2 Pengklonan

Kebarangkalian manusia boleh diklon kini semakin menjadi realiti berbanding 20 tahun

lalu. Pada awalnya pengklonan manusia hanya boleh didapati dalam novel-novel sains fiksyen,

tetapi konsep yang diutarakan memberi satu pengalaman menarik kepada masyarakat.

Pengklonan embrio adalah bebeza sekali dengan proses persenyawaan vitro tetapi masih

mempunyai banyak kesamaan antara keduanya. Misalnya, proses yang berlaku dalam

persenyawaan vitro adalah secara langsung. Ia membabitkan pengambilan telur daripada

perempuan dan sperma daripada lelaki. Embrio yang terhasil kemudiannya dimasukkan ke dalam

uterus atau rahim perempuan kemudian akan membesar seperti biasa. Keturunan yang dilahirkan

akhirnya membentuk individu unik yang memiliki sifat-sifat yang tersendiri. Begitu juga yang

berlaku kepada si kembar, walaupun rupanya sama tetapi sikapnya pasti berbeza. Tidak ada

manusia yang serupa seratus peratus dari segi mental dan fizikal.

Pengklonan juga sebenarnya melalui proses-proses yang sama, tetapi hasil pengklonan

memiliki kesamaan hampir seratus peratus. Ada saintis berpendapat pengklonan ini penting
20

sebagai penderma organ. Misalnya ada kanak-kanak yang memerlukan organ-organ yang

tertentu bagi menggantikan organnya yang telah rosak. Oleh itu, embrio yang tertentu perlu

diklon bagi membolehkan organ berkenaan diperoleh tanpa perlu mengambilnya daripada

manusia normal.

3.6.3 Pertanian

3.6.3.1 Kejuruteraan Genetik

Kejuruteraan genetik yang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar makanan di barat

biasanya dihasilkan dengan cara memasukkan gen serangga, ikan, binatang dan juga manusia ke

dalam tumbuh-tumbuhan, termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam pembakaan

tumbuhan dan haiwan, pemilihan gen dalam proses semulajadi dan mutasi berlaku secara

semulajadi bagi mengembangkan spesis baru yang mempunyai kegunaan spesifik kepada

manusia.

Makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik sebenarnya telah dikenalpasti

memberi beberapa risiko kepada kesihatan manusia. Ada juga yang mempunyai kandungan

toksin yang tinggi bagi membolehkan tumbuh-tumbuhan berkenaan rintang pada serangan

perosak. Toksin yang terkandung di dalamnya hanya boleh dikurangkan selama beberapa ribu

tahun lagi melalui proses pembakaan yang seterusnya daripada pokok yang sama. Ini bermakna

apabila tumbuhan ini rintang pada serangga perosak, ia mempunyai sistem penahan yang

biasanya membabitkan sintesis daripada karsinogen yang semulajadi.


21

3.6.3.2 Bioteknologi

Secara umumnya bioteknologi melibatkan aktiviti penggunaan organisma hidup melalui

teknik biologikal untuk menghasilkan produk-produk yang berguna antaranya termasuklah

bidang pertanian, makanan dan perubatan. Istilah bioteknologi ini merujuk kepada aplikasi

terhadap organisma atau hasilnya dengan mebabitkan manipulasi molekul DNA (Asid

Deoksribonukleik) organisma tersebut.

Perkembangan dalam bidang bioteknologi telah pun bermula sejak dahulu lagi. Misalnya

dalam penghasilan tempe, proses penapaian dan fermentasi berlaku yang dilaukan oleh yis iaitu

sejenis organisme daripada kumpulan fungi (kulat). Namun perkembangan bioteknologi bukan

sahaja tertumpu kepada pembuatan makanan dan minuman, malah juga merangkumi bidang

seperti kejuruteraan genetik, biotakalisis dan immunilogi.

Sumbangan bioteknologi bukan sahaja dalam bentuk produk, malah juga mempunyai

beberapa aplikasi yang penting dalam diagnosis penyakit. Daripada penyelidikan immunologi,

diagnosis terhadap jangkitan penyakit adalah aplikasi yang bermakna daripada bioteknologi.

Antaranya diagnosis jangkitan AIDS, hepatisis, tuberkolosis dan beberapa penyakit lain.

3.6.4 E-Teknologi

Dewasa ini huruf ’e’ dikaitkan dengan banyak kemajuan teknologi. Ramai merasa kagum

dengan ’e’ dan takjub dengan apa yang telah dibawa serta yang bakal terjadi. Memang teknologi

web dan internet menarik. Selain membaca email, memuat turun lampiran dan sebagainya, ia

juga turut merangkumi mencari berita terkini, perkembangan teknologi, mencuba aplikasi baru

dan melawati laman web yang baru ditemui.


22

Sedar atau tidak, pengguna peralatan teknologi ini terdedah kepada radiasi. Peralatan

teknologi telah mengubah mutu kehidupan dan kerja yang dijalankan. Tetapi dalam masa yang

sama kos pengorbanan tidak sedikit terjadi. Namun begitu, yang lebih penting bagaimana setiap

individu menilai dan menghakiminya sendiri.

3.6.5 Ketenteraan

Jika ditinjau dari sudut ketenteraan, kita boleh menilai kepentingannya melalui fakta yang

terdapat dalam sejarah perang dunia kedua. Kehebatan sains yang digabungkan dengan

keupayaan teknologi telah memberikan satu cetusan kekuatan luar biasa kepada tentera Amerika

Syarikat dan sekutunya sehingga dapat mengawal dunia melalui kecanggihan penciptaan sains

dan teknologi. Pendek kata, keupayaan dan kecanggihan sains dan teknologi telah menjadi

lambang kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara. Hingga ke hari ini, sumber saintifik dan

kecanggihan teknologi terus memainkan peranan besar dalam soal isu keselamatan negara bagi

beberapa kerajaan besar. Malah Amerika telah memperuntukkan tiga perempat daripada

belanjawannya pada tahun 1998 untuk aktiviti dan projek pembangunaan ketenteraan.

3.7 KESAN SAINS DAN TEKNOLOGI DARI PERSPEKTIF ISLAM

Agama dan sains adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ianya berbeza

namun ianya ada tali perhubungan anatara satu sma lain. Kemajuan sains dan teknologi tidak

boleh lari dari batasan agama. Sebagai contoh pengklonan manusia yang mana menyaksikan

pertembungan kecanggihan sains dan teknologi dengan nilai-nilai murni yang didokong oleh

agama. Terdapat batasan yang telah ditentukan oleh agama mungkin membantutkan
23

perkembangan sains dan teknologi tetapi ini tidak bermakna bahawa agama akan menyekat

penemuan-penemuan baru dalam kajian sains dan teknologi.

Kebenaran agama yang sebenar tidaka akan tergugat dengan penemuan sains dan

perkembangan teknologi tetapi memperkukuhkan lagi keyakinan manusia pada wahyu yang

berkaitan dengannya. Hanya saians dan teknologi tidak seharusnya cuba menanggani persoalan-

persoalan kerohanian yang sebenar.

Sains dan teknologi telah diamalkan meluas dalam peradaban Islam seenarnya. Ianya

telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran, oleh itu proses pencarian dan penemuan

bidang baru sains hauslah berpandukan kepada Al-Quran. Kita lihat pada zaman kegemilangan

Islam telah muncul ramai tokoh dalam bidang sains yang mana menjadi pelopor kepada kajian

dan dapatan sains dan teknologi pada masa kini.

Walaubagaimanapun sains dan teknologi dari perspektif Islam ialah sesuatu yang boleh

memberikan manfaat dan membawa banyak kebaikan kepada semua. Namun begitu jika ianya

membawa kepada kemusnahan, ancaman, kehancuran nilai dan budaya, ia harus ditolak dan

hendaklah diselamatkan melalui agama dan tradisi.

3.8 PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM MEMBENTUK KURIKULUM

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Dalam hal ini kerajaan menitikberatkan sains dan teknologi dalam pendidikan teknik dan

vokasional yang bertujuan bagi mencapai negara yang maju dan berdaya saing dengan negara

luar. Ini kerana kita memerlukan ramai tenaga kerja yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang.
24

Penggunaan sains dan teknologi di sekolah-sekolah teknik dan vokasional sentiasa diterapkan

agar pelajar dapat mengaplikasikan kaedah sains dan teknologi pada masa akan datang.

Kurikulum yang berbentuk sains dan teknologi dapat membuka peluang kepada para

pelajar sebagai seorang pekerja yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang sains. Sebagai

contoh, pengendalian mesin ataupun robotik diserapkan melalui pembelajaran. Kecekapan para

pelajar mengendalikan mesin serta dapat mencipta sesuatu alat yang abru akan memberi

gambaran bahawa keperluan tenaga kerja di dalam bidang yang berteknologi tinggi adalah amat

diharapkan.

Penerapan sains dan teknologi bukan hanya kepada para pelajar tetapi juga kepada

seluruh pentadbiran sekolah yang mana ia merupakan pengaruh yang besar dalam pembentukan

kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Sekiranya guru-guru yang mengajar

mempunyai kemahiran tinggi di dalam bidang sains dan teknologi ini akan memudahkan lagi

proses pembentukan kurikulum PTV berlaku.


25

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Sanon Printing Corporation

Sdn. Bhd.

2. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan.

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3. Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan. Dewan Masyarakat.

4. Sufean Hussein (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

5. Sharifah Alwiah Alsagof (1984). Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya: Heinemann Edu.

Books (Asia) Ltd.

You might also like