You are on page 1of 3

SALAD

(Rujukan: Jabatan Pertanian Negeri Trengganu)


- Disusun oleh Ah-Q

PENDAHULUAN
Salad ialah sejenis tanaman jangka pendek yang ditanam untuk daunnya. Ianya
boleh ditanam di tanah rendah ataupun tinggi. Jenis yang sesuai bagi tanah
rendah adalah non-heading, dan bagi tanah tinggi, heading.

JENIS TANAH
Tanah jenis gembur berpasir hingga ke tanah liat berpasir adalah lebih sesuai
untuk tanaman lni. Tanah ini mestilah mempunyai saliran yang baik, pH di antara
5.8 - 6.8 dan mengandungi cukup bahan organan.

CARA-CARA MENANAM

Pembajakan
Salad memerlukan tanah yang cukup gembur. Bajak (sekiranya tanah belum
pernah diusahakan), gembur dan lakukan kerja-kerja menyisir tanah.

Penyediaan Batas
Salad ditanam di atas batas. Saiz batas berbeza-beza tetapi selalunya berukuran
1 .2m (4 kaki) lebar, 0.2m -0.3m (9 inci - 12 inci) tinggi dan panjangnya mengikut
kesesuaian. Jarak di antara batas ialah 0.3m - 0.4m (12 inci - 15 inci).

Tapak Semaian
Semai benih salad terlebih dulu di dalam kotak-kotak atau di atas batas-batas.
Taburkan benih dan timbus dengan tanah gembur halus setinggi 1 sm (0.4 inci).
Untuk satu ekar, sebanyak 0.2kg. (0.5 paun) benih diperlukan. Sebelum
menabur, debukan benih dengan racun kulat seperti Captan bagi mengawal
penyakit melecuh (damping off).

Mengubah Anak Semaian


Setelah cambah dan berumur 2 minggu, ubahlah semaian ke batas. Jangan
siram batas tapak semaian atau kotak-kotak semaian sehari atau 2 hari sebelum
mengubah supaya anak-anak semaian akan menjadi kuat. Sebaik sahaja
sebelum semaian hendak diubah, siramlah batas atau kotak semai secukupnya.
Jarak menanam ialah O.lm - O.2m (6 in. - 8 in.) di antara batas dan di antara
pokok.

PENJAGAAN

Naungan
Naungan diperlukan terutama di peringkat semaian iaitu dari mula disemai
sehinggalah setinggi 2 inci - 3 inci (5.1 sm- 7.0 sm). Kurangkan naungan 2 atau 3
hari sebelum mengubah untuk memberikan penyesuaian kepada semaian.
Daun-daun kelapa boleh digunakan sebagai junjung untuk memberi naungan.

Penyiraman Air
Siram tanaman 2 kali sehari, kecuali hari hujan.

PEMBAJAAN

Baja Organan
Sebanyak 7 tan seekar baja tahi ayam sebagai baja asas adalah disyorkan. Ini
bermakna satu batas berukuran 1 .2 m x 7.6 m (4 kaki x 25 kaki) memerlukan
lebih kurang 24.9 kg (55 Ib) baja. Tabur baja dalam satu pant di tengah batas
atau pun tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah.

Baja Kimia
Bancuh dua sudu besar Sulphate of Ammonia (21 %N) dalam 2 gelen air dan
siram 2 minggu sekali.

Tabur baja sebatian (15 : 15 : 15) seperti Nitrophoska Green (15 : 15 : 15)
dengan kadar 0.3kg (3/4 paun) sekali bagi batas yang berukuran 1.2 m x 7.6 m
(4 kaki x 25 kaki). Pembajaan dijalankan 2 kali, iaitu 7 hari selepas mengubah
dan 14 hari selepas pembajaan pertama.

Jika berpandukan jadual pembajaari ini, lebih kurang empat kampit (50 kg
sekampit) Nitrophoska Green dan 1 kámpit (50 kg sekampit) Sulphate of
Ammonia adalah diperlukan bagi seekar tanaman.

MEMUNGUT HASIL
Hasil boleh mula dipungut setelah umur pokok meningkat 6 minggu daripada
tarikh menabur benih. Elakkan memungut hasil selepas hujan atau bila pokok-
pokok masih dibasahi embun, kerana pokok salad akan rapuh dan daunnya
mudah patah. Cabutkan pokok-pokok dengan akarnya sekali dan bersihkan
dengan air sebelum dipasarkan. Hitung panjang hasil kutipan adalah kira-kira 80
pikul seekar.

KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT

Penyakit

Penyakit Agen Penyakit


Virus Mosaic Virus
Reput Pangkal (Bottom Rot) Corticium solani
Kulapuk Downy (Downy Mildew) Bremia lactucae
Serangga

Serangga Tanda Kerosakan


Ulanah (Cut Worm) Kerosakan pada daun-daun
Agrotis ypsilon muda.

Sembur dengan racun seperti Trichlorophon dengan kadar bahan aktif 0.1%

Tanda Kerosakan dan Kawalan

Tanda Kerosakan Kawalan


Terdapat tompok-tompok hijau muda pada daun.
Musnahkan pokok-pokok yang berpenyakit.
Daun berkerinting
Tentukan salirannya baik.
Pangkal reput dan berwarna perang. Musnahkan rumpai.
Musnahkan pokok yang berpenyakit.
Janaspora-janaspora cendawan terdapat di- Gunakan racun kulat seperti PCNB (bahan aktif
bahagian yang berpenyakit. 0.1%)
atau Captan (bahan aktif 0.2%).
Jangan menggunakan benih dan kawasan yang
Terdapat bmtik-bintik perang pada daun. berpenyakit.
Akhirnya seluruh daun akan berwarna perang Tanam di kawasan di mana salirannya baik.
dan mati. Gunakan racun kulat seperti Maneb(0.1% Zineb
(0.15% -0.3%).

You might also like