You are on page 1of 6

Kaedah berkesan untuk menarik minat pelajar kepada pengajaran guru

Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja

rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan. Guru

sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?

b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?

c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.

d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh

dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat

apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi

kebaikan ini pada masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah,

puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja

diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang

diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan

dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang

berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.

1
Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata

pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar

mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

Pelajar akan memberikan tindak balas yang positif terhadap guru yang

mengambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik

daripada menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau,

memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain

sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru

dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai

dan saling bertanggung jawab. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, pastikan

mereka faham bahawa semua orang boleh melakukan kesilapan tetapi jelaskan

kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar daripada kesilapan.

Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana

progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk

membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah

usahakanlah dari semasa ke semasa mengatur sesi perbincangan personal ini

dengan semua pelajar.

Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam

pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan

mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Pelajar akan lebih

2
bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu

libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan,

mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan

sebagainya.

Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih

sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan

peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari

beberapa aktiviti untuk mereka melibatkan diri, memberikan juga mereka kuasa

memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan agar mereka

bebas menyumbang sebarang idea.

Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu

memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual,

gambar, lakaran, graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas

dengan memeta konsep agar pelajar tahu kandungan penting sesuatu bab dan

dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab

tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik

baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.

Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.

Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman

seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang

3
disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar

apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan.

Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi

menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru,

hakikat siapa kita tidak penting, yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun

yang akan datang. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah,

menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakonan yang

tujuannya untuk membentuk dan mendidik.

Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah

membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanamkan dalam fikiran

pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap

mata pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain.

Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar

mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup

terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar

yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab

mereka rasa mereka sukar dibentuk. Di sinilah bezanya antara guru biasa dengan

guru luar biasa . Guru luar biasa akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan

kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja

maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal

kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka.

4
Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan

maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar

dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan

ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat

besar dalam hidup pelajar. Hanya ada dua cara untuk membuatkan guru sentiasa

diingati oleh pelajar iaitu sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai

seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada di antara dua

kategori ini pasti akan dilupakan.

Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar kita.

Ulangi kata-kata itu. Lekatkan kata-kata itu dalam kelas, nescaya ia lazim dalam

pemikiran pelajar. Amalkan Prinsip Tegas, Saksama, dan Mesra.

Rumusan

Bagi menghadapi cabaran menjelang tahun 2020, negara memerlukan

generasi guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan yang paling

besar, khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid-murid. Guru turut

mempunyai tanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak

hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begitu deras sekali.

Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, mudah sekali menghasilkan

kemusnahan baik pada alam fizikal, biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani

dan kejiwaan.

5
Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis

dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjayakan hasrat Falsafah

Pendidikan Negara bukanlah suatu yang mudah. Dengan adanya Falsafah

Pendidikan Negara, guru-guru haruslah mencuba sedaya upaya dalam menerapkan

nilai-nilai murni menerusi inisiatif mereka sendiri. Walaupun telah ada Falsafah

Pendidikan Negara , tanpa perubahan yang dilakukan oleh guru-guru sama ada dari

segi perbuatan atau tutur kata, maka segala yang diharapkan tidak akan terlaksana.

Guru-guru adalah model. Oleh itu guru-guru perlulah berusaha agar menjadi model

yang baik walaupun diketahui bahawa untuk menerapkan nilai-nilai murni, bukanlah

suatu perkara yang mudah.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk memastikan

tercapainya setiap falsafah yang dibentuk iaitu Falsafah Pendidikan Negara,

Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya matlamat Wawasan 2020.

You might also like