You are on page 1of 41

TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

BAHAGIAN A (PENGURUSAN).

Soalan 2.

Sebagai seorang pengurus, bagaimanakah anda mewujudkan dorongan kerja yang

tinggi di kalangan pekerja. Bincang dan huraikan langkah-langkah yang perlu

dilaksanakan.

JAWAPAN

Bagi mewujudkan dorongan kerja yang tinggi dikalangan pekerja-pekerja perlulah dibuat

langkah-langkah yang dapat memberikan dorongan dan semangat agar mereka terus

terdorong untuk meningkatkan prestasi. Antara langkah yang perlu dibuat antaranya;

i. Anugerah.

Mewujudkan anugerah kepada pekerja yang telah menunjukkan prestasi kerja yang

memberansangkan dan menaikkan nama organisasi. Anugerah ini boleh diadakan

dalam bentuk seperti Pakej Umrah / Haji, bagi yang beragama Islam. Selain itu,

boleh juga dibuat dorongan-dorongan lain seperti bonus tahunan, pakej

pelancongan, kenderaan dan lain-lain yang bersesuaian. (BOLEH DIBERI TAPI

ADAKAH INI BERUNSUR RASUAH) Semua ini dapat memberikan dorongan kepada

pekerja-pekerja tersebut untuk berusaha keras memajukan organisasi.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 1


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

CONTOH

Anugerah
Perdana Menteri
Perkhidmatan Awam
Perdana TM
Q InovasiPKPA 3/91
KMK
APC PKPA 2/93 & 2/02
Laman Web

MAMPU
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysian

ii. Bengkel.

Bengkel-bengkel latihan, pengurusan dan kemahiran serta dorongan untuk meningkatkan

kualiti hendaklah diadakan bagi pekerja-pekerja disetiap peringkat dan bahagian bagi

meningkatkan kemahiran dan seterusnya memberikan dorongan kepada pekerja-pekerja

untuk meningkatkan produktiviti.Begitu juga kem-kem motivasi dan jati diri diadakan

untuk menanamkan sifat-sifat dan sikap yang positif di kalangan pekerja-

pekerja.Disamping itu nilai-nilai yang positif haruslah ditanam dan disebarkan

dikalangan pekerja-pekerja untuk mewujudkan suasana bekerja yang kondusif dan

positif. (BINA INSAN)

iii. Perbincangan.

Perbincangan-perbincangan dalaman perlu selalu diadakan dikalangan pekerja-pekerja

bagi membolehkan mereka meluahkan dan membincangkan permasalahan yang

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 2


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

berbangkit dalam melaksanakan tugasan seharian. Dari situ jalan penyelesaian dapat

dicari dan seterusnya menyelesaikan permasalahan yang berbangkit. Ini dapat

meningkatkan produktiviti dan membeir dorongan kepada pekerja-pekerja untuk terus

gigih berusaha. Langkah ini juga dapat menggalakkan penglibatan pekerja-pekerja dalam

menentukan matlamat dan halatuju organisasi melalui perbincangan yang lebih kerap.

Pekerja-pekerja disetiap bahagian dapat menyuarakan pendapat dan buah fikiran untuk

kemajuan organisasi. Langkah ini juga dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan

antara pekerja-perkerja.

Tujuan Pengwujudan KMK

☛ Memberi peluang kepada pekerja untuk


mengambil bahagian dalam penyele-
saian masalah atau penambahbaikan
cara bekerja

☛ Menggalakkan peningkatan keupayaan


dan pengetahuan kakitangan

MAMPU
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysian

iv. Pengurusan.

Pengurus hendaklah mewujudkan wawasan dan objektif jabatan yang mantap dan

menyebarkannya kepada semua lapisan pekerja bagi meningkatkan dorongan serta

semangat kerja yang tinggi. Penerangan yang berterusan kepada pekerja-pekerja dapat

memberikan mereka kefahaman arah dan halatuju organisasi. Ini akan memberi mereka

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 3


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

dorongan untuk berkerja keras mencapai objektif organisasi. Disamping itu segala

keputusan, perancangan, belanjawan, pengagihan tugasan dan penilaian prestasi

hendaklah dibuat dengan sebaik mungkin demi memastikan pekerja-pekerja mendapat

keadilan.

Teori Pengharapan
• Teori pengharapan menumpukan pemilihan kelakuan yang
akan membawa kepada ganjaran atau upah yang diingini.

• Teori ini menyatakan bahawa individu akan menilai strategi-


strategi kelakuan tertentu, seperti bekerja keras dan
berusaha lebih dan akan, memilih kelakuan yang diharapkan
mendapat ganjaran seperti kenaikan gaji atau penghargaan
yang bernilai bagi individu itu.

• Sebagai contoh, apabila seseorang pekerja yang bekerja kuat


akan mendapat upah yang lebih maka teori pengharapan
meramalkan bahawa pekerja itu akan bekerja keras untuk
mendapatkannya (kelakuan yang bermotivasi).

• Model teori pengharapan ini menunjukkan faktor-faktor yang


mempengaruhi usaha seseorang.

v. Persekitaran.

Susunatur pejabat hendaklah dibuat bersesuaian dan memberi keselesaan kepada

pekerja-pekerja sebagai dorongan kepada mereka untuk berusaha memajukan organisasi.

Segala kemudahan asas dan juga lain-lain kelengkapan terkini hendaklah diadakan bagi

memudahkan kelancaran tugasan seharian.Disamping itu segala kemudahan-kemudahan

hendaklah berada dalam keadaan baik dan selamat. Oleh itu sesuatu kerja dapat disiapkan

dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ini adalah dorongan untuk mereka menyiapkan

kerja-kerja atau tugasan dengan lebih pantas dan efisen.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 4


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Perkayaan Kerja
• Cara untuk mendorong pekerja meningkatkan
keinginan dan prestasi kerja mereka tidak sahaja
terletak kepada cara pusingan kerja dan perluasan
kerja.

• Terdapat satu cara lain, iaitu perkayaan kerja yang


menitikberatkan kerja atau tugas itu sendiri.

• Perkayaan kerja di dalam organisasi melibatkan dua


faktor penting , iaitu:
– Menyediakan kerja yang pelbagai.
– Memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada pekerja
untuk menjalankan tugas mereka sehingga selesai.

1 Tanggungjawab pekerja
• Pekerja dapat meningkatkan tanggungjawabnya
apabila diberikan pengawalan ke atas kerjanya.

• Ini bermakna pekerja itu tidak dikawal dengan ketat


oleh penyelianya dan dengan demikian pekerja
tersebut dapat mengawal dan menyeliakan
tugasnya sendiri tanpa peng-awalan rapi yang
dapat menyekat kreativiti pekerja.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 5


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

2 Membuat keputusan
• Pekerja hendaklah diberikan kuasa dan kebebasan
di dalam membuat keputusan berhubung dengan
kerjanya.

• Apabila seseorang pekerja itu mempunyai kuasa


dan kebebasan ke atas kerjanya, maka ia akan
mendapat kepuasan serta dapat menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab.

3 Maklum balas

• Prestasi pekerja hendaklah


disampaikan kepadanya sama
ada pencapaian itu
memuaskan ataupun tidak.

• Dengan demikian beliau dapat


memperbaiki prestasinya pada
masa akan datang.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 6


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

4 Kemajuan dan
perkembangan diri
• Tanggungjawab yang diberikan, autoriti dan
autonomi yang ada pada pekerja itu dapat me-
nambahkan pengalaman dan keupayaannya melalui
latihan yang disediakan oleh pihak peng-urusan
serta pengalaman yang ada, pekerja tersebut dapat
memajukan diri dan kerjayanya.

vi. Teknologi.

Organisasi juga perlu dilengkapkan dengan teknologi terkini demi memastikan

kelancaran dan juga meningkatkan produktiviti. Dengan adanya kemudahan ini

memudahkan pekerja-pekerja menyelesaikan permasalahan yang berbangkit dengan

adanya teknologi seperti internet dan juga alatan yang berteknologi tinggi.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 7


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Soalan 4.

Pihak pengurusan boleh mengambil tindakan untuk produktiviti melalui gaya

pengurusan, persekitaran kerja, teknologi, bahan-bahan dan kelengkapan modal.

Huraikan secara ringkas tindakan-tindakan tersebut.

JAWAPAN

Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6 tahun 1991, produktiviti

boleh didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit

input. Output ialah keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi.

Sebagai contoh output yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ialah

mengeluarkan lesen memandu, pemeriksaan kenderaan perniagaan dan pendaftaran

kenderaan. Input pula ialah sumber-sumber yang digunakan untuk menghasilkan output.

Sumber-sumber ini ialah seperti tenaga manusia, modal, bahan-bahan, peralatan kerja,

jentera dan sebagainya. Untuk meningkatkan produktiviti, pihak pengurusan hendaklah

mengambil langkah-langkah bagi memperkukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi

produktiviti. Antara faktor-faktor tersebut adalah gaya pengurusan, persekitaran kerja,

teknologi, bahan-bahan dan kelengkapan modal.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 8


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEPIMPINAN
TEMPAT PERSEKI
DIRI KERJA -TARAN

ORANG KEADAAN
ATASAN KERJA

ORANG
BAWAHAN PELANGGAN

PENGIKUT KELUARGA

GAYA KEPIMPINAN

 Autokratik/kuku besi

 Demokratik

 Gabungan

Bagi mencapai kejayaan, pihak pengurusan perlu menerajui sendiri usaha-usaha

meningkatkan produktiviti. Peranan dan pengaruh pihak pengurusan ke atas prestasi

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 9


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

jabatan atau pejabat adalah besar kerana ia bertanggungjawab terhadap proses-proses

utama dalam organisasi. Ini termasuklah proses membuat keputusan, membuat

perancangan, belanjawan, penentuan keutamaan kerja, pengagihan sumber, dan juga

penilaian prestasi. Oleh itu, pihak pengurusan perlu menunjukkan komitmen terhadap

produktiviti dengan mengamalkan corak pengurusan yang berorientasikan output.

Tanggungjawab terpenting pihak pengurusan ialah memastikan seluruh kakitangan dan

sistem dalam jabatan atau pejabat dapat digerakkan ke arah peningkatan produktiviti. Di

antara tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan ialah:

i. Mewujudkan wawasan dan objektif jabatan atau pejabat yang jelas dan

menyebarkan kepada seluruh kakitangan. Ini akan memotivasikan kakitangan

kerana mereka boleh mengaitkan sumbangan kerja-kerja mereka dengan

pencapaian matlamat jabatan.

ii. Merancang dan menetapkan matlamat prestasi jabatan atau pejabat dan

kemudiannya mengukur pencapaian sebenar. Langkah ini akan membolehkan

jabatan atau pejabat mengetahui tahap produktivitinya pada sesuatu masa dan

menggunakan matlamat tersebut untuk mengambil tindakan susulan.

iii. Mewujudkan budaya kerja yang menakankan produktiviti untuk diamalkan oleh

setiap lapisan kakitangan. Budaya ini hendaklah berteraskan nilai-nilai kerja yang

baik seperti dedikasi, integriti, akauntabiliti, berdisiplin dan sebagainya.

Manakala, persekitaran kerja sesebuah jabatan atau pejabat mempunyai kesan langsung

ke atas produktiviti jabatan atau pejabat berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 10


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

jabatan atau pejabat mempunyai susunatur yang baik, proses-proses kerja akan dapat

berjalan dengan lancar. Aktiviti-aktiviti seperti pergerakan fail, maklumat dan komunikasi

di antara bahagian-bahagian dan di antara kakitangan dapat dibuat dengan berkesan. Oleh

itu, masa untuk menyiapkan sesuatu kerja akan dapat dijimatkan dan ini adalah petunjuk

kepada peningkatan produktiviti. Selain itu, susunatur pejabat yang baik juga akan

mengoptimakan penggunaan ruang dan ini akan menjimatkan kos operasi. Secara tidak

langsung, penjimatan kos ini dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Untuk

meningkatkan produktiviti, jabatan atau pejabat perlu meningkatkan kualiti persekitaran

kerjanya supaya bersesuaian dengan tugas-tugas yang dijalankan. Tindakan-tindakan

yang boleh diambil termasuklah:

i. Mengadakan susunatur pejabat yang sesuai dengan operasi kerja.

ii. Melengkapkan pejabat dengan kemudahan-kemudahan asas seperti alat hawa

dingin, perabot yang baik dan alat perhubungan.

iii. Menjaga kebersihan dan perhiasan pejabat.

iv. Menyediakan kemudahan untuk kakitangan seperti bilik rehat, riadah dan

sebagainya.

Penggunaan teknologi moden dalam proses kerja adalah satu langkah yang penting bagi

meningkatkan produktiviti. Teknologi bukan sahaja merujuk kepada mesin-mesin atau

peralatan elektronik seperti komputer, mesin taip elektrik atau mesin faksimili. Tetapi

juga merangkumi pengetahuan dan kaedah-kaedah bekerja yang saintifik. Melalui

penggunaaan teknologi, sesetengah proses kerja dapat di automasi atau mekanisasikan

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 11


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

kualitinya. Selain daripada itu, sesetengah kerja yang dahulunya dijalankan oleh manusia

secara manual boleh diambilalih oleh mesin. Ini akan membantu mengatasi masalah

kecacatan output oleh kecuaian atau kelemahan manusia.

Sebagai strategi meningkatkan produktiviti, jabatan atau pejabat hendaklah mengkaji

kesesuaian untuk mengautomasi atau memekanisasi proses-proses kerja yang mereka

jalankan. Program mekanisasi boleh ditumpukan kepada kerja-kerja yang bercorak

pemprosesan dan rutin seperti penyediaan bil, resit kutipan hasil, penyediaan surat notis

atau pengeluaran borang-borang rasmi yang seragam.kerja-kerja seperti ini sesuai

dilakukan oleh mesin kerana melibatkan keputusan-keputusan pengurusan yang penting.

Program automasi pula, khususnya yang berasaskan komputer, boleh ditumpukan kepada

pengendalian sistem maklumat. Ini termasuklah sistem maklumat bagi tujuan

pengurusan, perancangan, kawalan kewangan,penyelenggaraan inventori dan sebagainya.

Bukan itu sahaja produktiviti juga boleh ditingkatkan dengan mengurangkan pembaziran

bahan-bahan yang digunakan sebagai input. Bahan-bahan ini bahan binaan, kertas, alat

tulis, bahan kimia, dan lain-lain yang digunakan untuk menghasilkan output. Pembaziran

lazimnya berlaku apabila bahan-bahan yang dibeli untuk dijadikan input itu tidak

berkualiti. Bahan-bahan tersebut terpaksa dibuang kerana jika diproses boleh

mencacatkan output yang dihasilkan. Sebab itulah untuk meningkatkan produktiviti,

jabatan atau pejabat perlu mempastikan bahan-bahan yang digunakan berkualiti tinggi. Di

antara cara-cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan pembaziran adalah seperti

berikut:

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 12


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

i. Menjalankan pemeriksaan kualiti ke atas semua bahan, sebaik sahaja diperolehi

daripada pembekal dan sebelum ianya diproses untuk mengeluarkan output.

ii. Memberi pendidikan kualiti kepada pembekal dan memastikan hanya pembekal-

pembekal yang diiktiraf sahaja dibenar membekal bahan-bahan yang diperlukan

oleh jabatan pejabat.

iii. Mengamalkan sistem inventori yang baik untuk mengelakkan pemegangan stok

yang berlebihan. Stok yang berlebihan juga adalah satu pembaziran yang

membebankan jabatan atau pejabat dari segi kewangan.

Selain dari itu, kelengkapan modal seperti jentera, loji, kenderaan pengangkutan dan

sebagainya adalah input penting dalam proses pengeluaran output, kelengkapan ini perlu

diselenggarakan dengan sempurna supaya boleh beroperasi di sepanjang masa. Langkah

ini boleh mengelakkan masa yang mungkin terbuang jika berlaku kerosakan. Di antara

cara-cara bagi meningkatkan tahap bolehguna kelengkapan modal adalah seperti berikut:

i. Menyelenggarakan kelengkapan mengikut jadual supaya dapat mengurangkan

kemungkinan kerosakan.

ii. Menentukan kelengkapan berada dalam persekitran operasi yang baik. Misalnya

jika kelengkapan itu ialah alat computer kerangka utama, ia hendaklah diletakkan

dalam bilik berhawa supaya tidak rosak.

iii. Merancang penggunaan kelengkapan supaya semuanya dapat digunakan dengan

optimum.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 13


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Kesimpulannya, jabatan atau pejabat kerajaan hendaklah menjadikan usaha peningkatan

produktiviti sebagai satu proses yang berterusan. Ini kerana tahap produktiviti bersifat

relaktif. Sesuatu tahap yang dianggap tinggi pada satu masa dahulu tidak lagi dianggap

sedemikian pada masa ini. Oleh itu, sesebuah jabatan atau pejabat hendaklah sentiasa

memperbaiki prestasinya pada sepanjang masa. Usaha-usaha ke arah ini hendaklah

diterapkan menjadi sebahagian daripada amalan pengurusan seharian. Selain itu, tumpuan

ke atas produktiviti seharusnya juga diseimbangkan dengan tumpuan ke atas kualiti. Ini

adalah kerana jabatan atau pejabat bukan sahaja dinilai berasaskan keupayaannya

menghasilkan keluaran-keluaran, tetapi juga dinilai berasaskan keupayaan keluaran

tersebut memenuhi kehendak orang ramai yang menjadi pelanggan.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 14


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

BAHAGIAN B (PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM-PKPA).

SOALAN 1.

Piagam Pelanggan merupakan satu komitmen bertulis sesebuah jabatan terhadap

penyampaian perkhidmatan terhadap pelanggan. Nyatakan ciri-ciri yang perlu ada

di dalam sesuatu Piagam Pelanggan yang disediakan oleh sesebuah jabatan.

JAWAPAN.

Piagam Pelanggan ialah satu komitmen bertulis, jabatan / agensi kerajaan terhadap

penyampaian keluaran atau perkhidmatannya kepada pelanggan (termasuk stakeholders).

la merupakan satu jaminan jabatan/agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran atau

perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Lazimnya standard kualiti

keluaran atau perkhidmatan adalah standard yang dapat memenuhi kemahuan dan

citarasa pelanggan.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 15


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

PIAGAM PELANGGAN

Berikut adalah ciri-ciri yang perlu ada di dalam sesuatu Piagam Pelanggan.

Piagam Pelanggan yang dikeluarkan oleh sesebuah agensi antara lain hendaklah

mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Jelas.

Sesebuah Piagam Pelanggan itu hendaklah jelas, ringkas dan mudah difahami.

Maklumat-maklumat di dalamnya hendaklah menyatakan hanya perkara-perkara utama

dengan tepat. Ini membolehkan segala hal yang berkaitan dengan sesebuah malumat itu

dapat diterima dengan meluas.

ii. Senang disebar.

Sesebuah Piagam Pelanggan agensi hendaklah disebar untuk memberi pengetahuan yang

berguna kepada orang ramai. Penyebarannya boleh dibuat sama ada melalui risalah-

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 16


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

risalah, 'handbills' atau poster-poster yang boleh dipamerkan di tempat-tempat strategik

di jabatan/agensi atau di tempat-tempat awam. Ini kerana penyebaran yang meluas dapat

menyampaikan sesuatu risalah dengan lebih telus dan praktikal.

iii. Kebolehpercayaan.

Kebolehpercayaan sesuatu piagam, hendaklah menyesuaikan janji berdasarkan

keupayaannya. Keupayaan sesebuah jabatan/agensi adalah bergantung kepada sumber-

sumber yang ada seperti tenaga manusia, teknologi, kewangan, sistem dan prosedur.

Dengan hal sedemikian, piagam yang dikeluarkan akan menjadi satu pengisytiharan

jaminan yang dapat memenuhi janji dengan tepat pada setiap masa. Ini akan

menambahkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti keluaran atau perkhidmatan yang

diberikan.

iv. Praktikal.

Piagam yang praktikal memerlukan perancangan, kajian dan ujian yang teliti. Ini akan

menentukan bahawa hasil keluaran atau perkhidmatan sepatutnya boleh dilaksanakan.

Sebagai contoh jaminan yang tidak praktikal ialah sesebuah Pihak berkuasa Tempatan

akan meluluskan pelan bangunan dalam masa dua hari. Dari kajian yang dibuat adalah

tidak praktikal pelan bangunan boleh diluluskan dalam masa kurang dari seminggu.

Piagam Pelanggan akan menerangkan kepada pelanggan jenis-jenis perkhidmatan yang

akan diberikan oleh jabatan-jabatan berkaitan. Ia juga menerangkan hak-hak yang patut

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 17


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

diperolehi oleh pelanggan dalam bentuk jaminan bertulis. Menyedari hakikat ini,

Perkhidmatan Awam perlulah responsif dan peka kepada keperluan dan kemahuan-

kemahuan ini. Standard kualiti keluaran atau perkhidmatan adalah diasaskan kepada

kemahuan dan kehendak pelanggan. Penentuan standard berkenaan hendaklah pula

diselaraskan dengan keupayaan jabatan/agensi. Dengan demikian, Piagam Pelanggan

bukanlah satu penyataan yang statik. Sebaliknya, ia boleh diperbaiki dari masa ke

semasa.

Pelaksanaan Piagam Pelanggan bukan sahaja memberi tumpuan kepada peningkatan

kualiti dan produktiviti, tetapi juga kepada perubahan sikap anggota Perkhidmatan

Awam. Ia akan melahirkan anggota-anggota yang lebih berdisiplin, beretika, bertanggung

jawab dan prihatin. Hasil daripada tumpuan ke atas ketiga-tiga aspek ini akan

meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan dan

keluaran oleh jabatan/agensi Kerajaan.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 18


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

SOALAN 5.

Apakah yang dimaksudkan dengan :

5.1 Manual Prosedur Kerja.Jelaskan enam (6) daripada kebaikan-kebaikannya.

JAWAPAN.

Maksud Manual Prosedur Kerja (MPK) adalah sebuah dokumen rujukan bagi peringkat

jabatan/pejabat, mengandungi fungsi dan objektif rasmi pejabat, prosedur-prosedur yang

jelas serta pegawai dan staf yang bertangungjawab bagi melaksanakan tiap-tiap aktiviti

yang dipertangungjawabkan. Dokumen ini merupakan rujukan utama yang akan

membantu jabatan/pejabat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Keterangan mengenai

fungsi dan objektif rasmi yang sejelas-jelasnya dan diketahui secara dekat dan terperinci

oleh setiap anggota jabatan/ pejabat akan membolehkan mereka melaksanakan tugas

dengan lebih berkesan. Prosedur kerja yang lebih terperinci serta penentuan

tanggungjawab yang jelas pula akan juga membantu pegawai dan staf menjalankan tugas

masing-masing dengan lebih cekap dan teratur.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 19


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

KEBAIKAN MPK/FM
☞ Merekodkan prosedur dan peraturan kerja sebagai
rujukan rasmi.
☞ Keseragaman sistem/kaedah kerja.
☞ Menentukan peraturan dipatuhi.
☞ Mengurangkan kesilapan.
☞ Sebagai alat latihan informal.
☞ Menyenangkan pertukaran pekerja - proses
ambilalih tugas.
☞ Memudahkan kajian mengenai sistem kerja.
☞ Mengurangkan arahan secara lisan.
☞ Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan
Pegawai lain.

Kebaikan Manual Prosedur Kerja :

• Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi.

• Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja.

• Menentukan peraturan jabatan/pejabat dipatuhi.

• Mengurangkan kesilapan-kesilapan operasi semasa menjalankan tugas.

• Menyenangkan pertukaran pekerja-pekerja dari satu jabatan ke jabatan lain.

• Menyenangkan kajian ke atas sistem kerja dan membolehkan pembaikan sistem

dibuat.

5.2 Fail Meja dan jelaskan fungsinya dalam pelaksanaan tugas kakitangan bagi

sesebuah agensi.

JAWAPAN.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 20


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Fail Meja adalah dokumen rujukan kerja bagi peringkat individu/jawatan. Dokumen ini

antara lain mengandungi carta jabatan/pejabat yang menunjukkan kedudukan individu

dalam jabatan atau pejabat berkenaan, objektif jabatan dan bahagian di mana individu ini

ditempatkan serta prosedur kerja yang terlibat dengan jawatan individu yang berkenaan.

Apabila mereka jelas dengan tuju arah jabatan/pejabat dan jelas juga mengenai peranan

yang perlu dilaksanakan serta mempunyai garis panduan yang lengkap bagi menjalankan

kerja, tugas mereka dapat dijalankan dengan lengkap dan sempurna serta mengelakkan

kelewatan dalam menyelesaikan sesuatu kerja.

5.3 Huraikan perbezaan antara MPK dan FM

JAWAPAN.

i. MPK adalah dokumen rujukan peringkat jabatan/ pejabat sebaliknya FM

merupakan dokumen peringkat individu/jawatan.

ii. MPK berasaskan fungsi dan bidang tugas jabatan manakala FM berasaskan tugas

dan tanggungjawab individu.

iii. Satu MPK adalah untuk satu jabatan sementara satu FM untuk satu jawatan.

iv. MPK mengandungi maklumat menyeluruh mengenai semua aktiviti dalam jabatan

sebaliknya FM mengandungi maklumat panduan untuk mengendalikan tugas yang

ditetapkan bagi satu-satu jawatan

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 21


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

PERBEZAAN MPK DAN FM


MPK FM
Dokumen rujukan Dokumen rujukan peringkat
peringkat pejabat - makro individu/jawatan - mikro.

Berasaskan fungsi dan Berasaskan tugas dan


bidang tugas jabatan. tanggungjawab individu.

Satu MPK untuk satu Satu FM untuk satu jawatan.


jabatan.

Mengandungi maklumat Mengandungi maklumat


menyeluruh mengenai panduan untuk mengendalikan
semua aktiviti dalam tugas yang ditetapkan bagi
jabatan. satu-satu jawatan.

SOALAN 9.

Dalam layanan urusan melalui telefon, peringkat pengendalian akan melibatkan

telefonis, pembantu khas dan pegawai. Jelaskan tindakan-tindakan yang perlu

dilakukan oleh pegawai yang menerima panggilan pada peringkat itu.

JAWAPAN.

Dalam layanan urusan melalui telefon , peringkat pengendalian akan melibatkan operator

telefon , pembantu khas dan pegawai.Pada peringkat ini, pegawai yang terlibat sebagai

barisan pertama @ ‘front liner’ akan memainkan peranan penting bagi memberikan

perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan dalam memenuhi keperluan

mereka.Ini kerana pegawai ini akan menyampaikan maklumat dan panduan tepat yang

diperlukan oleh pelanggan dengan layanan mesra dalam pengendalian telefon di

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 22


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

peringkat ini.Sekaligus,ia menggambarkan imej organisasi tersebut di mata

pelanggannya.

LAYANAN YANG BERKUALITI


• Layanan yang mesra, bersopan santun dan
bertanggungjawab. Bercakap dengan
mengamalkan ciri-ciri suara yang baik
antaranya:
– Suara yang sederhana iaitu tidak terlalu kuat dan
tidak terlalu perlahan, menyenangkan pendengaran
pemanggil.
– Sebutan yang terang dan jelas akan menyenangkan
perhubungan.
– Suara yang ramah menyenangkan hati pelanggan
untuk perhubungan.

Operator Telefon

Contohnya, operator telefon yang menyambut telefon perlu menjawab telefon dengan

intonasi suara dan layanan yang mesra sebagai permulaan untuk memberikan tanggapan

pertama kepada pelanggan serta mampu memberikan maklumat umum sesebuah

organisasi atau panduan umum yang tepat setakat mana yang diketahui atau dibenarkan.

Sekiranya pemanggil memerlukan sebarang maklumat lanjut, pemanggil tersebut akan

disambungkan kepada pegawai yang lebih mahir yang dipertanggungjawabkan melalui

nombor sambungan jabatan.Dalam hal ini, terdapat dua perkara yang perlu diambil berat

bagi memastikan talian yang disambungkan itu berjalan lancar dengan memaklumkan

kepada pemanggil bahawa panggilannya akan disambungkan kepada pegawai yang

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 23


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

berkenaan dan keduanya, panggilan itu disambung dengan segera. Jika pegawai yang

disambungkan tiada di dalam pejabat atau talian sambungannya sibuk, operator telefon

perlu memaklumkan kepada pelanggan selepas menunggu dalam tempoh tertentu dan

mengambil pesanan ringkas. Bagi pesanan yang tidak dapat diatasi atau di luar bidang

kuasanya, panggilan perlu disambungkan kepada kerani bahagian yang terlibat agar

pesanan yang diterima dapat disampaikan terus kepada pegawai atasan di bahagiannya.

Semua pesanan yang diterima perlu dicatatkan ke dalam borang yang disediakan

mengikut format standard yang ditetapkan. Berikut adalah perkara yang perlu

dititikberatkan oleh operator telefon dalam merekodkan pesanan pemanggil iaitu:

i. Nama pemanggil yang tepat dan betul.

ii. Nombor telefon pemanggil yang boleh dihubungi.

iii. Tarikh dan masa panggilan yang betul.

iv. Maklumat / pesanan yang ingin disampaikan ditulis dengan tepat.

v. Mengulangi pesanan ditulis untuk mengesahkannya dengan pemanggil.

Terdapat juga perkara-perkara yang perlu dielakkan dan tidak seharusnya berlaku seperti:

i. Membiarkan pemanggil menunggu terlalu lama di talian. Jika melebihi tempoh

yang ditetapkan contohnya 1 minit, buat pengesahan dengan pemanggil samada

mahu terus menunggu sehingga panggilan dijawab ataupun tidak. Sekiranya

pemanggil masih mahu menunggu, maklumkan kepadanya dari masa ke semasa

bahawa panggilan belum dapat disambungkan lagi. Jika pemanggil tidak mahu

terus menunggu dan mahu meninggalkan pesanan, ambil pesanan tersebut dan

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 24


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

catatkan ke dalam borang pesanan. Pesanan yang ditinggalkan oleh pemanggil

diserahkan dengan kadar segera kepada pegawai tersebut.

ii. Memindahkan talian kepada pegawai yang tidak berkenaan tanpa mempedulikan

pegawai yang bertanggungjawab sehingga pemanggil terpaksa menunggu terlalu

lama dan bercakap dengan pegawai yang salah sebelum dapat bercakap dengan

pegawai yang dikehendakinya.

Panggilan perlu disambungkan serta-merta sekiranya didapati pegawai bertanggungjawab

telah menamatkan perbualan telefon yang terdahulu.

Pembantu Khas

Jika pelanggan hanya ingin mendapatkan maklumat tertentu,pastikan maklumat yang

disampaikan adalah maklumat yang tepat dan betul seperti yang diminta oleh pelanggan.

Pembantu khas yang menerima panggilan, perlu memastikan bahawa pegawai

mempunyai waktu untuk menjawab dan melayan pemanggil tersebut atau tidak. Jika

pegawai tidak mempunyai masa untuk menjawab panggilan tersebut, pembantu khas

perlu memberikan alasan yang sesuai. Contohnya, “Ecik Ali sedang bermesyuarat lagi,

boleh tuan tinggalkan nama dan nombor telefon tuan untuk beliau menghubungi tuan

semula?”.

Sekiranya panggilan tersebut telah boleh disambungkan,maklumkan kepada pemanggil

bahawa panggilannya akan disambungkan kepada pegawai yang bertanggungjawab.

Namun begitu, jika pelanggan mahu meninggalkan pesanan, ambil nama, nombor telefon

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 25


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

dan pesanan yang hendak disampaikan serta menyerahkan ia kepada pegawai dengan

seberapa segera dengan mengisi borang pesanan.

Pegawai

Pegawai perlu memberikan maklumat khusus yang betul dan tepat yang diperlukan oleh

pemanggil setakat yang mana diketahui oleh pegawai. Sekiranya maklumat yang diminta

oleh pemanggil tidak mencukupi atau pemanggil memerlukan maklumat secara

terperinci, rujuk pemanggil kepada pegawai yang lebih arif atau maklumkan kepada

pemanggil bahawa rujukan terperinci diperlukan sebelum maklumat boleh disampaikan.

Pegawai perlu meminta nama dan nombor telefon pemanggil untuk membolehkan

pemanggil dihubungi semula setelah maklumat terperinci dan tepat diperolehi.

Elakkan pelanggan menunggu panggilan terlalu lama melebihi tempoh atau had masa

yang ditetapkan contohnya 1 minit atau lebih tanpa alasan. Jika pegawai yang

bertanggungjawab tidak ada di pejabat, dapatkan pesanan dan maklumat pemanggil

untuk dihubungi semula oleh pegawai terbabit setelah beliau kembali. Antara contoh ayat

yang boleh digunakan adalah, “Minta maaf tuan, Encik Ali masih berkursus dan akan

kembali bertugas pada hari Selasa nanti. Adakah apa-apa yang boleh saya bantu tuan?”.

Jangan menggunakan perkataan-perkataan seperti berikut:

a) “Dia belum datang lagi”.

b) “Awak siapa?”

c) “Nanti sekejap,boleh?”

d) “Cepatlah cakap,saya tak ada masa ni!”

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 26


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

e)”Ada apa-apa pesan?”.

Penyampaian maklumat juga perlu diberikan secara berhemah dan tidak terburu-buru

bagi memastikan maklumat yang disampaikan itu benar-benar maklumat yang diperlukan

oleh pelanggan dan ia dapat memahami isi yang hendak disampaikan. Dengan ini juga,

pelanggan akan rasa diri mereka amat dihargai dengan pengisian maklumat yang

mencapai kehendak yang mereka perlukan dan merasakan kakitangan yang mesra

pelanggan dan dialu-alukan pada bila-bila masa untuk membuat pertanyaan melalui

panggilan telefon.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 27


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

BAHAGIAN B (DASAR).

Bahagian 1 (Dasar).

Soalan 1.

Apakah perbezaan-perbezaan nyata antara Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar

Pembangunan Negara (DPN). Huraikan perbezaan-perbezaan tersebut.

JAWAPAN.

Perbezaan–perbezaan nyata antara Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan

Nasional (DPN) ialah:

Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Jika dilihat dari segi perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan

perkembangan masyarakat secara ‘plural’ melalui amalan ‘pecah dan perintah’.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan

pertumbuhan bandar dan jalanraya.

Objektif.

Kerajaan telah berusaha untuk membuat satu pendekatan baru di bidang pembangunan

negara yang melibatkan program yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali

sebagai DEB. Ianya bermatlamat untuk mewujudkan perpaduan negara dengan

mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan lain–lain.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 28


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Matlamat.

DEB bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan

menyusun semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang stabil.

Strategi Dan Perlaksanaan.

Di bawah DEB, pelbagai rancangan telah disusun menerusi strategi Serampang Dua Mata

iaitu bagi mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan

dan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum;

dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut

fungsi-fungsi ekonomi. Di samping itu juga ianya bertujuan untuk membasmi

Kemiskinan

Kemiskinan merupakan sebab utama timbulnya rasa tak puas hati di kalangan rakyat.

Keadaan ini menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan paling tinggi

adalah berlaku di kalangan orang Melayu. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi

mengelakkan masalah sosioekonomi terjadi. Di antaranya ialah:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang

mengganggur.

ii. Menambahkan lagi daya pengeluaran dan pendapatan .

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 29


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

iii. Membuka peluang perpindahan kepada mereka yang bekerja disektor yang rendah

daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih menguntungkan serta lebih

lumayan.

iv. Meminimakan lagi jurang perbezaan pendapatan antara kaum di antara kawasan

bandar dengan luar bandar.

v. Mewujudkan kemudahan dari segi kehidupan di luar bandar.

vi. Menambahkan lagi kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.

vii. Memupuk suasana pekerjaan yang melambangkan komposisi kaum di Malaysia.

viii. Memperbaiki serta meningkatkan lagi taraf dan kualiti hidup rakyat melalui

pembelajaran, latihan, kesihatan, infrastruktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut

telah disusun :

i. Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui

proses memodenkan kawasan luar bandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang

terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan melalui pertumbuhan

ekonomi supaya kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

iii. Meningkatkan lagi taraf pemilihan modal oleh rakyat dalam stok syarikat dan

pertumbuhan ekonomi.

iv. Mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan

orang Melayu dan Bumiputera supaya dapat membantu 30% ekonomi dalam

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 30


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

tahun 1990 serta menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank

Pembangunan, Bank Bumiputera dan lain-lain.

v. Negeri–negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan

wilayah baru seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.

Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional mengambil kira beberapa faktor yang perlu

dipertimbangkan. Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira

keperluan bagi mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan .Strategi–strategi asas DEB

masih dikekalkan tetapi DPN merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut :

Pertama, dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin,

penekanan akan diberikan kepada pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberi.

Kedua, kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih berdaya saing perlu diambil kira

dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Dalam menghadapi

cabaran, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan para pelabur dan pengusaha dengan

memperluaskan aktiviti di negara ini.

Ketiga, penyertaan semua kaum hendaklah diambil kira dalam mencapai taraf negara

maju menjelang 2020. Ini bermakna DPN akan digubal dalam melaksanakan strategi

Serampang Dua Mata. Ianya menggalakkan perkembangan sumber-sumber negara kita.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 31


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Dengan meyakinkan setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri serta boleh

saling membantu antara satu sama lain.

Objektif DPN

i. Mewujudkan satu keseimbangan di antara matlamat pertumbuhan ekonomi

dengan pengagihan yang saksama.

ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor–sektor utama ekonomi

untuk membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama ada dalam saling

melengkapi dan membantu di antara satu sama lain.

iii. Menghapuskan keadaan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara untuk

menggalakkan perkongsian faedah yang diperolehi dan pertumbuhan secara lebih

adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

iv. Memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang yang luas

dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar

bandar.

v. Memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan

produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran

pembangunan dalam masyarakat perindustrian melalui satu budaya

kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan masyarakat.

Strategi Dan Perlaksanaan.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 32


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

i. Memberi penekanan kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan

menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping

mengurangkan kemiskinan relatif.

ii. Memberi perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perindustrian

Bumiputera dan Perdagangan sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan

mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

iii. Memberi penekanan dalam aspek sektor swasta untuk melibatkan diri dalam

proses penyusunan semula masyarakat.

iv. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuklah

sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan

pengagihan yang saksama.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 33


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Bahagian 2 (Dasar).

Soalan 1.

Kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian. Huraikan sekurang-kurangnya lima langkah yang telah

dicadangkan oleh kerajaan dalam Pelan Induk Perindustrian 1983.

JAWAPAN.

Pelan Induk Perindustrian (PIP) merupakan pelengkap kepada pembanguna Negara dari

sector perindustrian terutamanya sektor perkilangan. Corak perindustrian negara adalah

berlandaskan kepada keperluan semasa dan sosio-ekonomi. Strategi-strategi sektor

perindustrian ini adalah ingin menjadikan negara sebagai sebuah negara yang maju dan

berdaya saing. Perubahan demi perubahan perlu dilakukan mengikut keperluan dan

peruntukan semasa bagi mencapai matlamat.

Antara matlamat PIP adalah untuk menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst

pertumbuhan Negara, menggalakkan penggunaan sumber asli dan meninggikan tahap

penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan.

PIP mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan untuk mencapai

matlamat-matlamat tersebut. Antaranya daripada sektor-sektor ini adalah dengan

menggunakan sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayu- kayan, makanan,

kimia, logam bukan ferus dan keluaran galian bukan logam. Manakala selebihnya

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 34


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

merupakan industri yang bukan berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik,

peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam, tekstil dan pakaian.

Industri ini terpilih kerana mempunyai potensi untuk mencapai matlamat asas negara.

Langkah-langkah yang dicadangkan dalam Pelan Induk Perindustrian:

i) Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi bagi tujuan memajukan

sector-sektor perindustrian diperingkat awam dan swasta serta meluaskan

penghasilan keluaran produk yang berteknologi tinggi dan berdaya saing di arena

global.

ii) Memaju, memoden dan memantapkan struktur perindustrian yang sedia ada

seperti industri kecil atau sederhana untuk tujuan pembangunan yang lebih

sistematik serta meningkatkan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan

dikurangkan.

iii) Melaksanakan dasar perindustrian keluar untuk mengekalkan kadar pertumbuhan

perindustrian yang lebih tinggi. Malaysia harus tumpukan pengeksportan,

pengeluaran-pengeluaran pekilang secara besar-besaran ke tahap pembangunan

yang seimbang.

iv) Memajukan dan mempelbagaikan hasil pengeluaran seperti menaik taraf

kemudahan infrastruktur dikawasan perindustrian bagi tujuan merangsang dan

melancarkan perjalanan pembangunan.

v) Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import.

vi) Menggalakkan pembelian dan penggunaan barang buatan Malaysia. Ini secara

tidak langsung dapat mengurangkan kemasukkan barangan import.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 35


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

vii) Mengurangkan kos dan perbelanjaan dalam sector penghasilan barangan

perindustrian melalui penggunaan bahan mentah yang sedia ada dalam negara

termasuk penghasilan dan penggunaan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran

tinggi.

Secara kesimpulannya PIP merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang

boleh membawa Malaysia ke dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya

menjadi teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya pertumbuhan ekonomi Malaysia

akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam sector eksport yang berlandaskan strategi

industrialisasi yang “outward-looking”. Sejauh mana ini akan mencapai hasil yang baik

bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang di Malaysia mengekalkan prestasi, jika

tidak pun meningkatkan lagi daya saing di pasaran antarabangsa yang penuh cabaran.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 36


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Soalan 2.

Di bawah dasar penswastaan, kerajaan telah membenarkan penswastaan ini

dilaksanakan di dalam beberapa bentuk. Huraikan tiga (3) bentuk penswastaan

yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

JAWAPAN.

Dasar penswastaan telah diumumkan oleh kerajaan pada tahun 1983 dan merupakan satu

pendekatan baru dalam dasar pembangunan negara. Dasar ini menyokong dasar-dasar

lain seperti dasar pensyarikatan Malaysia yang menekankan peranan sektor swasta dalam

pembangunan ekonomi Malaysia. Pendekatan ini mencerminkan hasrat kerajaan untuk

mengurangkan penglibatannya dalam ekonomi serta mengurangkan tahap dan skop

perbelanjaan awam dan pada masa yang sama membenarkan kuasa pasaran menentukan

aktiviti ekonomi.

Menurut Pekeliling Am Bil.2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Dasar

Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran

kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh pihak

swasta. Ia juga bertujuan menggalakan pertandingan dan meningkatkan kecekapan serta

daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mengecilkan saiz

sektor awam dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat Dasar

Ekonomi Baru (DEB).

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 37


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

DEFINISI PENSWASTAAN.

Penswastaan dapat didefinisikan sebagai proses pemindahan kepada sektor swasta,

aktiviti dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab sektor awam.

Definisi ini boleh digunakan bagi entiti yang dimiliki oleh kerajaan dan juga projek baru

yang pada kebiasaannya dilaksanakan oleh sektor awam. Dalam melaksanakan

pemindahan tersebut, tiga komponen utama berhubung dengan organisasi terlibat iaitu ;

i) Tanggungjawab pengurusan.

ii) Aset atau hak untuk mengguna aset, dan

iii) Kakitangan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa bentuk penswastaan yang tidak melibatkan

ketiga-tiga komponen tersebut. Antara tiga bentuk penswastaan termasuklah penjualan,

kontrak pengurusan dan ‘Bina Kendali Pindah’ atau BKP (Build-Operate Transfer atau

BOT) dan ‘Bina Kendali’ atau BK (Build-Operate atau BO).

PENJUALAN

Salah satu bentuk penswastaan termasuklah penjualan. Bentuk penswastaan melalui

penjualan boleh digunakan ke atas aset atau ekuiti kerajaan. Penjualan ekuiti adalah

khusus bagi syarikat-syarikat kerajaan dan melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen

organisasi iaitu tanggungjawab pengurusan, aset (berserta atau tanpa tanggungan) dan

kakitangan.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 38


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

Bentuk penswastaan ini boleh melibatkan penjualan sebahagian atau keseluruhan ekuiti

sesuatu syarikat. Penjualan ekuiti keseluruhan bermakna pemindahan 100% penjualan

ekuiti kerajaan dalam syarikat berkenaan, manakala penjualan sebahagian bermakna

pemindahan berkurang daripada 100%. Penjualan aset boleh melibatkan pemindahan

samada ketiga-tiga komponen organisasi tersebut atau sebahagian daripada

komponennya. Penjualan aset boleh melibatkan aset yang dimiliki oleh apa jua

organisasi kerajaan samada syarikat atau lain-lain entiti. Antara contoh syarikat yang

terlibat dengan dasar penswastaan bagi bentuk penjualan termasuklah Pos Malaysia

Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

KONTRAK PENGURUSAN

Kaedah ini melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk mengurus

sesuatu entiti kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan. Kaedah ini meliputi

pemindahan tanggungjawab pengurusan kepada sektor swasta dan mungkin juga

melibatkan pemindahan kakitangan tetapi tidak melibatkan pemindahan hak milik aset.

Di antara syarikat yang terlibat dengan kontrak pengurusan termasuklah Malaysia

Productivity Corporation (MPC) dan Malaysia Airlines Systems (MAS).

Pemilikan Bumiputera juga telah meningkat menerusi program penswastaan entiti

kerajaan yang diswastakan secara MBO bernilai RM 119 juta. Menerusi kaedah ini,

bilangan usahawan Bumiputera yang terlibat dengan dalam projek penswastaan juga

meningkat selaras dengan program mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 39


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

‘BINA KENDALI PINDAH’ ATAU BKP (BUILD-OPERATE TRANSFER ATAU

BOT) DAN ‘BINA KENDALI ATAU BK (BUILD-OPERATE ATAU BO)

Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi penswastaan projek-projek baru yang setara

tradisinya dimajukan oleh sektor awam, termasuk projek infrastruktur dan kemudahan

awam seperti jalan dan bekalan air. Kaedah BKP melibatkan pembinaan sesuatu

kemudahan awam oleh pihak swasta dengan pembiayaannya sendiri dan akan

mengendalikannya bagi tempoh yang dinamakan tempoh konsesi. Kemudahan-

kemudahan ini akan diserahkan balik kepada kerajaan di akhir tempoh konsesi tersebut.

Dalam tempoh konsesi tersebut, sektor swasta dibenarkan mengutip caj terus daripada

pengguna kemudahan berkenaan atau secara tidak langsung daripada pihak perantaraan,

biasanya institusi kerajaan. Kaedah BK adalah hampir sama dengan kaedah BKP, kecuali

kaedah BK tidak melibatkan penyerahan balik kemudahan berkenaan kepada kerajaan.

Kedua-dua kaedah ini biasanya melibatkan pemberian lesen dan/atau konsesi. Contoh

yang jelas dapat dilihat kaedah BK dan BKP termasuklah Konsesi Lebuh Raya Utara

Selatan (PLUS) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sejak dasar pelaksanaan dasar ini, beberapa projek penswastaan

telah menunjukkan prestasi yang baik dan memberangsangkan. Beberapa projek telah

menunjukkan peningkatan dalam kecekapan, mendorong perkembangan sektor korporat

dan membuka peluang yang lebih bagi meningkatkan pertumbuhan melalui daya usaha

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 40


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009
TUGASAN KUMPULAN KUMPULAN GEMILANG

sektor swasta, meningkatkan penyertaan di sektor swasta dan tidak kurang pentingnya

dasar ini berjaya mengurangkan beban pentadbiran kerajaan, khasnya dari segi

kakitangan dan juga tanggungan kewangan, pencapaian ini menambahkan lagi keyakinan

kerajaan untuk memperluaskan dasar penswastaan di negara ini.

Namun begitu, dalam pelaksanaan dasar ini, kerajaan telah mengambil pendekatan yang

penuh berhati-hati supaya kepentingan pekerja dan pengguna di agensi yang terlibat

dalam penswastaan dilindungi. Ini adalah sangat penting bagi merealisasikan objektif

dasar penswastaan dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan,

meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja serta menggalakkan pertumbuhan

ekonomi.

KURSUS INDUKSI MODUL UMUM KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN 41


KUMPULAN SOKONGAN 1 SIRI 8/2009

You might also like