You are on page 1of 21

Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

MERANCANG HALATUJU PERNIAGAAN


Oleh:
Osman Mohamad
T. Ramayah

It is the set of sails, not the strength of the gales, which determine the
course of the ship.
- Old English seafaring saying

Anyone who says businessmen deal only in facts, not fiction, has never read
old five-year projections.
- Malcolm Fraser

Pengenalan

Tindakan menubuhkan syarikat perniagaan adalah satu titik permulaan bersejarah bagi
seseorang ushawan. Sebagai usahawan beliau berkeyakinan bahawa beliau mempunyai ide
atau konsep dan berupaya dipasarkan sebagai satu produk yang boleh memenuhi
keperluan insan yang lain. Menrealisasikan ide perniagaan dan memperkenalkan ide
tersebut kepada pasaran sasaran memerlukan perancangan yang teliti. Segala pelan
tindakan dipaparkan dalam satu dokumen yang dikenali sebagai rancangan perniagaan.

Kos menilai dan mengubahsuai rancangan perniagaan dalam bentuk penulisan tidaklah
membebankan berbanding dengan kos dan kerugia yang terpaksa ditanggung ekoran dari
kegagalan menyediakan perancangan yang rapi.

Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan

Untuk menulis rancangan perniagaan usahawan terpaksa meneliti setiap aspek perniagaan.
Rancangan perniagaan membolehkan usahawan menganggarkan jumlah pelaburan yang
diperlukan untuk mengharungi tempoh pelancaran dan pembangunan pasaran.

Rancangan perniagaan boleh diumpamakan sebagai sebuah peta perjalanan yang memberi
garis panduan tentang perjalanan untuk menuju ke destinasi tertentu. Ia menerangkan cara
bagaimana sesebuah organisasi boleh mencapai objektifnya atau bergerak maju ke tahap
yang lebih baik dari kedudukan sekarang. Ia memberi maklumat terperinci dan
menerangkan setiap langkah yang harus diambil

Apabila perniagaan semakin berkembang dan mencatatkan keuntungan, rancangan untuk


memperbesarkan lagi perniagaan akan menjadi agenda utama. Dengan menggunakan
rancangan perniagaan yang sedia ada sebagai asas, usahawan dapat mengenalpasti bidang
perniagaan yang lain, dan membuat perkiraan sama ada perniagaan baru akan
menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang diharapkan.

Rancangan perniagaan juga sangat berguna dalam usaha untuk mengagih sumber-sumber
syarikat dengan lebih teratur. Sumber-sumber yang ada dalam syarikat sama ada dari segi
kewangan, sumber manusia, peralatan, bahan-bahan dan juga masa adalah terhad dalam

2
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

sesuatu jangka masa tertentu. Maka pengagihan sumber perlu dilakukan dengan baik
supaya memperoleh hasil yang optimum.

Rancangan perniagaan juga berguna kepada orang luar seperti bank dan juga bakal
pelabur. Rancangan perniagaan tersebut lebih merupakan dokumen sokongan untuk
memperoleh pinjaman daripada institusi-institusi kewangan atau medapatkan rakan kongsi
untuk membuat pelaburan. Rancangan perniagaan memberi jawapan kepada persoalan
yang sering dibangkitkan oleh orang luar, antaranya:

• Apakah perniagaan dan ide yang dicadangkan ini berpotensi?


• Apakah terdapat sesuatu yang unik tentang produk dan perkhidmatan yang
dicadangkan berbanding dengan apa yang ada dalam pasaran masakini?
• Apakah pasarannya telah dikenalpasti?
• Apakah pelunjuran kewangan boleh dipercayai?
• Apakah pasukan pengurusan dan kakitangan teknikal mempunyai pengalaman
yang sesuai dan rekod yang baik?
• Apakah rancangan perniagaan itu memperincikan bagaimana pinjaman itu akan
dilunaskan?

Perkara-perkara yang patut dielakkan semasa menyediakan Rancangan Perniagaan

1. Rancangan perniagaan yang tidak bertaip


2. Kesilapan ejaan dan ayat dalam rancangan perniagaan
3. Surat dari rakan sebagai sokongan kepada usahawan
4. Menyertakan sampel yang tidak berfungsi
5. Mengabaikan pesaing dan menyatakan produk/perkhidmatan anda adalah
unik
6. Menyediakan rancangan kewangan tanpa andaian tertentu
7. Tidak menyediakan ringkasan eksekutif

Kandungan Rancangan Perniagaan

Topik-topik dalam rancangan perniagaan boleh dikategorikan seperti berikut:

1. Ringkasan Eksekutif
2. Pernyataan Misi
3. Sejarah Syarikat
4. Profil Perniagaan dan Industri
5. Perihal mengenai Produk/Perkhidmatan Syarikat
6. Strategi Perniagaan
7. Strategi Pemasaran
8. Analisis Persaingan
9. Maklumat Pemilik, Pengurus dan Pekerja
10. Rancangan Operasi dan Pengeluaran
11. Rancangan Kewangan
12. Lokasi Perniagaa dan Kemudahan

3
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Ringkasan Eksekutif

Bahagian ini mestilah menjelaskan jumlah kewangan yang ingin dipohon, bagaimana dana
ini akan digunakan dan juga bagaimana pembayaran balik akan dilakukan. Bahagian ini
mestilah ditulis sebegitu rupa sehingga ia dapat menarik minat pembaca untuk terus
membaca rancangan perniagaan anda. Jika bahagian ini tidak menarik minat pembaca
mungkin mereka tidak akan terus membaca rancangan perniagaan yang disediakan.

Satu ringkasan eksekutif yang baik merupakan batu asas dalam membentuk “first
impression” yang baik dan ia akan membantu dalam usaha mendapat sumber kewangan.
Walaupun bahagian ini merupakan komponen pertama dalam rancangan perniagaan
namun ia mestilah bahagian terakhir di tulis.

Pernyataan Misi

Misi ialah satu pernyataan yang menerangkan secara umum dan luas tentang mengapa
organisasi diwujudkan. Ia memberikan panduan yang umum tentang arah perkembangan
organisasi. Pernyataan misi membezakan antara satu organisasi dengan organisasi yang
lain. Secara umumnya sesuatu pernyataan misi yang lengkap merangkumi sembilan
komponen berikut:

• Pelanggan Siapakah pelanggan syarikat?


• Keluaran atau perkhidmatan Apakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
oleh syarikat?
• Pasaran Dalam pasaran apa syarikat bersaing?
• Teknologi Adakah teknologi yang digunakan mengikuti arus
perkembangan terkini?
• Menitikberatkan kewujudan
dan pertumbuhan organisasi Apakah organisasi mempunyai daya maju?
• Pegangan asas, nilai, aspirasi
dan keutamaan falsafah
organisasi Adakah syarikat mempunyai nilai-nilai murni?
• Konsep diri Apakah ciri-ciri tersendiri organisasi?
• Menitikberatkan imej umum Apakah tanggungjawab sosial dan persekitaran?
• Menitikberatkan pekerja Adakah kebajikan pekerja dijaga?

Sebagai satu pernyataan yang menggambarkan wawasan dan inspirasi syarikat, misi perlu
menekankan nilai-nilai dan polisi yang akan diamalkan dengan gigih untuk membina
harapan syarikat. Suatu pernyataan misi yang baik mesti dapat menyediakan panduan
bersama diantara pihak pengurusan, pihak fungsian dan pihak operasian untuk menuju
kearah yang sama dan mengambil peluang yang wujud di persekitaran. Ia juga memberi
garis panduan kepada setiap ahli organisasi yang mungkin berselerak dari segi kedudukan
geografi yang bertindak secara individu atau berkumpulan tetapi mempunyai matlamat
yang sama untuk mecapai objektif syarikat.

4
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Latarbelakang Syarikat dan Perniagaan

Seseorang usahawan mestilah menyediakan secara ringkas sejarah operasi syarikat dan
cuba menonjolkan apa-apa kejadian yang signifikan yang terjadi dalam beberapa tahun
yang lampau. Bahagian ini mestilah menjelaskan bila dan kenapa syarikat ditubuhkan dan
bagaimana ia telah berkembang serta apakah visi usahawan untuk masa depan syarikat. Ia
juga mestilah menonjolkan pencapaian objektif masa lampau dan menyampaikan imej
syarikat yang ingin ditonjolkan dalam pasaran.

Profil Perniagaan dan Industri

Untuk memperkenalkan pembaca kepada sifat perniagaan kita, bahagian ini mestilah
menjelaskan apakah gol am syarikat dan juga objektif yang lebih spesifik. Kedua-duanya
akan menunjukkan apa yang ingin dicapai oleh rancangan perniagaan, bagaimana, bila dan
siapa yang akan melakukannya.

Berlandaskan misi, syarikat menetapkan gol syarikat yang merupakan jangkaan pihak
pengurusan atasan yang khusus tentang pencapaian organisasi dalam jangkamasa panjang.
Ia biasanya merangkumi:

• pertumbuhan jualan
• syer pasaran
• peringkat keuntungan dan
• pulangan pelaburan untuk jangka panjang.

Gol akan memberi maklumat kepada semua bahagian dalam organisasi tentang apa yang
harus dicapai dan bagaimana membentuk strategi-strategi tertentu untuk mencapai gol
tersebut. Ia juga dapat memberi panduan untuk menetapkan objektif-objektif jangka
pendek yang akan menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang.

Objektif pula adalah merupakan strategi jangka pendek yang menyatakan dengan jelas
sasaran spesifik yang ingin boleh di capai, di ukur dan boleh di kawal. Setiap objektif
mestilah mencerminkan gol perniagaan yang tertentu dan mestilah meliputi teknik untuk
mengukur sama ada ia dicapai atau tidak.

Bahagian ini juga mestilah menjelaskan latarbelakang syarikat, “state of the art” masa kini
dan apa yang perlu dilakukan untuk berjaya dalam perniagaan ini. Penjelasan mestilah
merangkumi apakah kegunaan produk/perkhidmatan masa kini dan penggunaannya di
masa akan datang.

Dalam analisis industri pula kita mestilah memfokus kepada keuntungan yang dijangka
dalam pasaran sasaran kita. Kemasukan atau penarikan diri firma serta kesannya terhadap
pola persaingan mestilah juga dibincangkan. Adakah keluar/masuk dikawal oleh industri
atau tiada sekatan langsung. Apa-apa perubahan mendadak yang telah berlaku
kebelakangan juga mestilah dibincangakan. Contohnya kawalan kerajaan atau undang-
undang.

5
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Strategi Perniagaan

Bahagian ini membincangkan strategi yang diperlukan atau akan diambil untuk berdepan
dengan pesaing dan mengalahkan mereka. Dalam bahagian sebelum ini dibincangkan ke
manakah usahawan ingin syarikatnya menuju manakala bahagian ini membincangkan
bagaimana kita dapat mencapai tujuan kita itu. Bagaimana dapat kita mencapai kelebihan
persaingan dan bagaimana dapat mencapai gol dan objektif dengan mengambilkira
persaingan dan juga undang-undang kerajaan. Tumpuan bahagian ini adalah bagaimana
usahawan dapat membezakan produk/perkhidmatan yang ditawarkannya berbanding
dengan pesaing. Contohnya jika kejayaan perniagaan bergantung kepada pasukan jurujual
yang terlatih, maka usahawan mestilah menyatakan bagaimana pasukan ini akan di
bentuk dan dilatih.

Perihalan mengenai Produk/Perkhidmatan Syarikat

Faktor-faktor yang mencetuskan ide perniagaan dan kenapa konsep produk yang ingin
dilancarkan itu dijangka akan diterima pengguna.Terangkan situasi pasaran dan mengapa
produk itu dijangka mempunyai kelebihan dari apa yang terdapat dalam pasaran sekarang
ini.

Huraikan pelunjuran untuk jangkamasa pendek dan panjang. Umpamanya, dalam tahun
2000, firma akan memperkenalkan barisan produk baru dan anggaran jualan. Kadar
pertumbuhan jualan dan titik pulang modal. Pembiayaan tambahan yang diperlukan untuk
melancarkan barisan produk tersebut.

Bahagian ini mestilah membezakan produk kita dari dua segi, pertama ciri-ciri dan yang
kedua faedahnya. Ciri-ciri bermaksud apakah kelebihan produk kita, contohnya katakan
modem 56K, ciri-cirinya kita boleh katakan bahawa produk ini mempunyai kelajuan yang
tinggi dan boleh dipercayai. Faedahnya adalah pelanggan tidak perlu takut mengenai
produk itu mudah rosak dan juga penjimatan semasa penggunaan internet kerana
penggunaan internet bergantung kepada masa.

Strategi Pemasaran

Nyatakan pasaran sasaran – pasaran industri atau pasaran pengguna? Apakah ciri-ciri yang
digunakan untuk menerangkan pasaran tersebut? Bagi usahawan yang mengeluarkan
barangan makanan, pasarannya boleh terdiri daripada institusi perniagaan yang
mengendalikan restoran dan juga orang awam dalam pasaran pengguna. Perincikan cirri-
ciri pasaran sasaran.

Perbincangan seterusnya ialah bagaimana produk atau ide perniagaan itu disalurkan dan
ditawarkan kepada pengguna dalam pasaran sasaran. Pelan tindakan untuk meyakinkan
pengguna bahawa mereka perlu memiliki produk yang ditawarkan oleh syarikat mestilah
meliputi objektif pemasaran dan seterusnya setiap campuran pemasaran, iaitu produk,
penetapan harga, pengagihan dan promosi. Untuk perbincangan lanjut, sila rujuk Bab
Rancangan Pemasaran.

6
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Topik perbincangan boleh dibahagikan kepada:

• Pasaran sasaran
• Pengiklanan dan Promosi
• Saiz Pasaran dan Haluan
• Lokasi
• Letakharga
• Pengedaran
Analisis Pesaing

Dalam bahagian ini seseorang usahawan mestilah membincangkan persaingan yang bakal
dan akan dihadapi oleh syarikat. Usahawan boleh mengumpul maklumat mengenai syer
pasaran, produk serta strategi pesaing dari sumber sekunder seperti persatuan peniaga,
pelanggan, jurnal industri, wakil penjual dan lintasan susastera (literature) jualan.

Bahagian ini cuba menunjukkan syarikat mempunyai kelebihan berbanding pesaing.


Topik yang perlu dibincangkan ialah:

• Siapakah pesaing utama kita?


• Apakah kekuatan dan kelemaha mereka?
• Apakah imej mereka dalam pasaran?
• Apakah tahap kejayaan mereka?

Maklumat Pemilik, Pengurus dan Pekerja

Manusia berinteraksi untuk menghasilkan sesuatu yang diperlukan oleh pasaran sasaran.
Kelebihan dalam mengurus tenaga manusia menyumbang kepada keterampilan syarikat.
Huraikan kekuatan individu yang menaja perniagaan dan pasukan pengurusan atasan
syarikat. Pengalaman dan penglibatan mereka dalam dunia perniagaan, dan seterusnya
penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang memanfaatkan masyarakat umum.
Senaraikan nama setiap ahli pengurusan atasan yang akan memimpin dan melaksanakan
tugas-tugas utama dalam menrealisasikan misi syarikat. Kebolehan dan kepakaran para
pekerja diperingkat pertengahan dan operasi juga perlu ditonjolkan. Dasar latihan dan
pembangunan kakitangan hendaklah diperincikan agar pembaca dapat menghayati iltizam
syarikat.

Nyatakan juga, jika firma mendapat sokongan dari mana-mana agensi atau individu yang
pakar dalam bidang-bidang tertentu bersabit dengan perniagaan yang dikendalikan.

Rancangan Operasi dan Pengeluaran

Bahagian operasi hendaklah menerangkan proses menghasilkan produk yang hendak


ditawarkan kepada pasaran sasaran. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana
dan apakah yang diperlukan untuk melicinkan proses pengeluaran. Pada amnya rancangan
pengeluaran bolehlah dipecahkan kepada tiga peringkat:

• Bahan mentah Senaraikan jenis bahan mentah yang diperlukan, proses


perolehan dan pembekal, dan juga kos yang terlibat.

7
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

• Proses pengeluaran Terangkan bagaimana bahan mentah itu akan diproses,


mesin dan tenaga pekerja yang diperlukan, aliran tugas dan
pergerakan bahan mentah dalam proses pengeluaran.

• Barangsiap Terangkan bagaimana produk yang telah siap itu akan


diuruskan supaya selaras dengan pelan tindakan pemasaran.

Dasar pengurusan kualiti, logistik, kawalan inventori, kos pengeluaran, teknologi


pemprosesan dan pengurusan kakitangan yang terlibat hendaklah disediakan.

Rancangan Kewangan

Penyata kewangan memaklumkan kepada pembaca bagaimana sesuatu perniagaan itu


dibiayai, jenis asset yang dimiliki dan juga kos pengendalian perniagaan. Bagi firma yang
telah lama beroperasi, penyata kewangan bagi tahun-tahun yang lepas hendaklah
disediakan agar pembaca dapat membuat penilaian yang positif akan kebolehan syarikat
menguruskan sumber kewangan.

Bagi organisasi yang memerlukan bantuan kewangan untuk memperkembangkan


perniagaan, perancangan kewangan hendaklah menitikberatkan aliran tunai dan pelunjuran
penyata pendapatan sepanjang tempoh pembiayaan. Sediakan satu penyata pelunjuran
kewangan serta justifikasi jika rancangan perniagaan ini disediakan untuk tujuan mendapat
pinjaman.

Kesimpulan

Rancangan perniagaan boleh diumpamakan sebagai peta perjalanan untuk kesuluruhan


organisasi untuk jangkamasa tertentu. Rancangan perniagaan merangkumi rancangan
pemasaran, rancangan operasi dan pengeluran, rancangan sumber tenaga manusia,
rancangan kewangan, dan rancangan penyelidikan dan pembangunan. Rancangan
perniagaan disediakan untuk kegunaan orang dalaman dan juga orang luar . Rancangan
perniagaan untuk kegunaan orang dalaman bertujuan menerangkan langkah-langkah
pengembangan firma untuk masa depan. Sementara itu rancangan perniagaan untuk
bacaan orang luar bertujuan menarik minat pelabur atau meyakinkan institusi bank dan
kewangan untuk mendapat pinjaman. Jadi kandungan rancangan perniagaan hendaklah
disesuaikan dengan kehendak mereka yang akan membacanya dan juga jenis perniagaan.
Bagi perniagaan kecil, rancangan perniagaan dan rancangan pemasaran itu adalah
dokumen yang sama. Tetapi bagi firma perniagaan yang bersaiz besar dan perniagaannya
merentasi berbagai jenis produk dan pasaran, rancangan perniagaannya tentulah lebih luas
skopnya

8
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN

Cyberzone Computers adalah sebuah syarikat yang mengedar perkakasan dan perisian
komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Cheah Siew Gaik pemilik syarikat telah
menyediakan rancangan perniagaan yang dibentangkan di bawah ini untuk memohon
overdraf sebanyak RM150,000 dari bank beliau.

Nama Syarikat: Cyberzone Computers


Alamat Berdaftar: 123 Kampung Pisang Raja, Air Itam, Pulau Pinang.
Tapak Perniagaan: Tingkat 2, Bangunan Pintar, Sungai Satu, Pulau Pinang
No. Telefon:
No. Fax:
E-mail:
Website:
Bank: Bank Bumiputra Malaysia Berhad
Jenis Perniagaan: Pembekal perkakasan dan perisian komputer;
perkhidmatan penyenggaraan

RINGKASAN EKSEKUTIF

Baru! Berbeza! Diperbuat dari peralatan yang terbaik! Berapa kalikah kenyataan seperti
ini timbul mengenai sesuatu produk di pasaran. Berapa kalikah telah anda kecewa setelah
anda membeli produk sebegini. Jangan putus asa, teruskan membaca dan anda akan yakin
bahawa Cyberzone Computers tidak akan mengecewakan anda. Cyberzone Computers
pasti akan memenuhi apa yang dilaung dan akan berusaha untuk mengekalkan kepuasan
anda.

Cyberzone Computers adalah sebuah syarikat milik tunggal yang menjual perkakasan
komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. Cik
Siew Gaik, pemilik syarikat ini mempunyai 5 tahun pengalaman dalam perniagaan
komputer. Walaupun tidak mempunyai kelayakan profesional namun beliau mempunyai
pengalaman “hands on” yang lebih berguna semasa beliau bekerja di sektor perkilangan
dan hartanah.

Cik Siew Gaik pula dibantu oleh dua orang kakak, bapa dan abang iparnya. Syarikat ini
adalah perniagaan milik keluarga disebabkan oleh persaingan yang sengit dari segi harga.
Kedua-dua orang kakak beliau mempunyai pengalaman mengurus di sektor perkilangan.
Sumbangan mereka dari segi pengalaman dan kreativiti berupaya untuk menjayakan
syarikat ini. Manakala bapa beliau, Teong Eng pula membantu sebagai pekerja am. Encik
Terry pula merupakan abang ipar Cik Siew Gaik, berkelulusan Sarjana Pentadbiran
Perniagaan, beliau mempunyai kelayakan profesional dan juga wawasan untuk
memajukan syarikat dari segi keupayaan teknikal beliau dalam perkakasan dan perisian
komputer. Tambahan pula beliau mempunyai ramai kenalan dalam dunia perniagaan yang
dapat membantu dalam perkembangan syarikat ini.

Sasaran pasaran kami adalah terdiri daripada 3 kumpulan iaitu pengguna akhir, sektor
kerajaan dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam pelanggan potensi kami adalah
mereka yang belum lagi memiliki komputer dan juga mereka yang sudah pun memiliki
komputer tetapi tidak puashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat
langganan mereka sekarang.

9
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Komponen utama dalam strategi perniagaan kami adalah dari segi perkhidmatan, kami
berusaha untuk memberikan perkhidamatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Kaedah
ini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk berlanggan dengan syarikat ini.
Kami juga tidak akan bersaing dari segi harga tetapi cuba menyedarkan pelanggan bahawa
perkhidmatan selepas belian adalah juga sama penting.

Semua sumber kewangan sebelum ini adalah dari simpanan pemilik dan juga ahli
keluarganya. Dengan rancangan perkembangan yang dicadangkan kami rasakan kami
memerlukan kewangan tambahan sebanyak RM150,000. Sumber ini bukanlah sebagai
pinjaman jangka panjang (term loan) tetapi sebagai overdraf. Kami menjangka tidak akan
menghadapi masalah dari segi pembayaran balik kerana jika dilihat dari segi ramalan
jualan dan keuntungan syarikat, syarikat berupaya untuk terus maju dan membayar semua
tanggungan syarikat tanpa apa-apa masalah.

Cyberzone Computer adalah hasil misi syarikat untuk mengutamakan perkhidmatan


kepada pelanggan dan bukan semata-mata untuk menjual produk sahaja. “Niche” yang
diterokai ini berupaya untuk memberikan pulangan yang lumayan di masa akan datang.

LATARBELAKANG SYARIKAT

Syarikat persendirian ini milik Cik Cheah Siew Gaik mula beroperasi pada 9/9/1992.
Teras perniagaannya ialah perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan
penyenggaraan. Cik Cheah Siew Gaik mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan ini
apabila Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan mata pelajaran komputer
disekolah-sekolah dan juga minat rakyat Malaysia terhadap komputer. Perniagaan
komputer dan perkhidmatan penyenggaraan komputer dijangka meningkat pada kadar
pertumbuhan yang memberangsangkan pada masa akan datang.

Cik Cheah Siew Gaik yang memiliki ijazah sarjana muda pengurusan dari USM berjaya
meyakinkan ahli keluarganya, terutama dua adik perempuannya untuk turut melabur dan
bersama-sama membangun syarikatnya. Pelanggannya setakat ini terhad kepada pelajar
dan kakitangan USM. Dengan perlantikan suami kakaknya sebagai pengurus teknikal Cik
Cheah Siew Gaik berharap untuk menerokai pasaran agensi kerajaan dan sektor
perkilangan serta meningkatkan perkhidmatan penyenggaraan.

Maklumat Pengurusan

Pengurusan: Cik Cheah Siew Gaik Pemilik


Cik Cheah Siew Chin Pengurus
Cik Cheah Siew Kim Eksekutif Jualan
Encik Cheah Teong Eng Pekerja Am
En. Terry Pengurus Teknikal

Carta organisasi dipaparkan dalam Rajah 1.

10
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Rajah 1: Carta Organisasi

Pemilik

Perunding Teknikal

Pengurus

Pekerja Am Eksekutif Jualan


Dalaman

Misi Perniagaan

Kami Menawarkan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi Yang Pantas,


Efisyen Dan Boleh Dipercayai

Analisis Pasaran

Industri teknologi maklumat mula mencatat perkembangan yang pesat dengan


meningkatnya kepentingan tknologi informasi (IT) dalam pelbagai aspek perniagaan dan
pelajaran serta kehidupan harian. Teknologi e-mel dan interenet telah mengubah cara
hidup manusia. Pembekal-pembekal peralatan komputer mula tumbuh bagai cendawan.
Disekitar bangunan pusat jualan Cyberzone Computers sahaja terdapat 8 kedai komputer.
Sejak akhir-akhir ini persaingan bertambah sengit apabila syarikat-syarikat peruncitan
yang dahulunya menjual barangan perabut dan peralatan dapur mula menjual peralatan
komputer pada kadar harga yang sangat rendah.

Kami di Cyberzone Computers berpendapat kualiti perkhidmatan, bukannya saiz syarikat,


yang akan menentukan kejayaan. Jadi perkhidmatan berkualiti adalah istilah keramat
bagi syarikat kami.

Komputer adalah barang yang sofistikated. Teknologi komputer dan semua produk yang
bersangkut dengan komputer mengalami proses pembaharuan yang sangat pantas. Oleh
kerana sesuatu produk itu boleh menjadi usang dalam masa yang singkat, maka para
pengguna akan menghadapi masalah mengikuti perkembangan industri teknologi
maklumat. Cyberzone Computers bersedia untuk menjadi pemangkin masyarakat dalam
menghayati gelombang teknologi komputer. Ini akan dicapai dengan penawaran pakej
komputer yang canggih dan disokong oleh perkhidmatan selepas jualan dan
penyenggaraan yang efisyen dan boleh dipercayai.

Syarikat ini bermula secara kecil-kecilan dengan membekal komputer kepada pelajar dan
kakitangan USM. Perkembangan seterusnya ialah pembekalan komputer kepada beberapa
pusat pengajian. Jualan terus meningkat dan perkhidmatan yang baik menggamit lebih
ramai pelajar dan kakitangan USM untuk berlanggan dengan Cyberzone Computers.

11
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Syarikat bercadang meneroka pasaran baru – agensi kerajaan dan firm perkilangan di
kawasan FTZ Bayan Baru. Disamping itu perkhidmatan penyenggaraan juga akan diberi
penekanan. Syarikat ini juga ingin menjadi pembekal kepada pengedar komputer secara
serius. Penerokaan segmen ini memerlukan modal yang banyak. Para pengedar pula sudah
pasti akan meminta kemudahan kredit 30 hari.

Rajah 2: Pecahan Pasaran Sasaran

Pengedar
Kilang

Pengguna

Kerajaan

Kami memilih “perkhidmatan berkualiti” sebagi “niche” dan melancarkan strategi


untuk menawan pelanggan dengan memberi perkhidmatan berkualiti selepas jualan
berbanding dengan strategi harga yang rendah yang diamalkan oleh pesaing.

Untuk melaksanakan strategi perkhidmatan, Cyberzone Computers juga memperkenalkan


komputer klon. Pasaran komputer berjenama dikawal oleh syarikat gergasi. Oleh kerana
kawalan harga yang ketat, margin keuntungan amat sedikit. Cyberzone Computers pula
tidak dibenarkan mengusik atau cuba menyelenggara masalah yang berkaitan. Kalau ini
dilakukan, maka waranti akan batal secara automatik. Komputer mestilah dihantar kepada
pembekal untuk dibaikpulih. Rungutan pelanggan ialah masa yang diambil untuk kerja
baikpulih terlalu lama. Pelanggan tidak sanggup berpisah terlalu lama dengan komputer
mereka.

Cyberzone Computers bercadang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan untuk


mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dengan memperkenalkan sistem
komputer klon, Cyberzone Computers bebas memilih perkakas yang hendak digunakan.
“Cyberzone Computers System” akan mengguna perkakas yang terkini dan harganya
pula berpatutan. Strategi ini berjaya apabila Cyberzone Computers menerima banyak
tempahan ekoran dari promosi “mulut” yang dilakukan oleh pelanggan Cyberzone
Computers.

Strategi perkhidmatan berkualiti telah membantu Cyberzone Computers menghadapi


tekanan pesaing. Pesaing mengguna pendekatan “cash and carry”. Harga rendah dan
perkhidmatan tak menentu. Perkhidmatan berkualiti membolehkan Cyberzone Computers
berhadapan dengan pesaing, malah menarik pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan

12
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

yang ditawarkan oleh pesaing. Jualan kembali meningkat dan pendapatan dari aktiviti
penyenggaraan terus meningkat.

Tindakan kerajaan memansuhkan duti import dan cukai jualan serta rebet cukai
pendapatan memberi kesan yang positif. Segmen pasaran “isirumah” (household)
diramalakn akan berkembang pesat. Seterusnya persaingan dikalangan syarikat yang
menawarkan perkhidmatan INTERNET memanfaatkan pengguna dan mencetus
permintaan kepada produk IT.

Rancangan Pemasaran

Promosi terhad kepada penyediaan risalah dan edaran dalam kedai dan juga aktiviti
masyarakt kampus USM dan kerja amal. Namun oleh kerana perkhidamatan yang
disediakan oleh Cyberzone Computers, terdapat beberapa pengedar besar yang telah
melantik Cyberzone Computers sebagai pengedar sah mereka dan dalam pengiklanan
produk mereka nama Cyberzone Computers juga sering dimasukkan. Ini juga merupakan
satu bentuk penghargaan kepada Cyberzone Computers kerana walau masih muda sudah
pun di beri kepercayaan untuk mengedar barangan jenama oleh pengedar yang besar.

Harga ditetapkan dengan mengguna kaedah cost-plus. Margin keuntungan bagi setiap unit
komputer ialah RM200 - RM300.00 . Harga juga berbeza jika bayarannya secari tunai.
Cyberzone Computers tidak akan berlawan harga dengan kedai komputer lain. Cyberzone
Computers akan meyakinkan pembeli bahawa perkhidmatan selepas jualan sama penting
dengan harga.

Dasar produk disesuaikan dengan citarasa dan permintaan pengguna. Iltizam Cyberzone
Computers ialah untuk memasang komputer peribadi yang berlabelkan logo “Cyberzone
Computer System” dan disokong dengan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti.

Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, Cyberzone Computers juga menjual sistem
komputer berjenama seperti ACER, NEC, HYUNDAI, SIEMENS, PACKARD BELL dan
IBM atas dasar pesanan sahaja.

Operasi

Syarikat beroperasi ditingkat dua Bangunan Pintar yang menjadi tumpuan pelajar dan
kakitangan USM. Kedudukan pejabat jualan tidaklah begitu strategik. Sungguhpun
papantanda perniagaan dan risalah sering diedarkan dalam kampus, kajian menunjukkan
ramai pelajar dan masyarakat sekeliling masih tidak tahu keujudan Cyberzone Computers.
Cadangan dan tindakan segera ialah berpindah ketingkat bawah. Perjanjian telah dimeterai
dengan pemilik kedai. Pelan pejabat jualan dan pameran di paparkan dalam Rajah 2.

Tindakan ini juga dikira bertepatan kerana ramai pemilik-pemilik kondominium disekitar
Bangunan Pintar telah mula berpindah masuk ke unit masing-masing. Pertambahan
penduduk bermakna pasaran segmen isirumah juga meningkat.

13
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Rajah 2: Susunatur Kedai

Setor
Bilik Air

Komputer
Pejabat Pengurus Kawasan

Faks &
Baikpulih
Komputer
Meja

Kaunter
Peti Ais
Perkhidmatan
Pelanggan
Rak Pamiran Perkakasan Komputer

Komputer
Rak Pamiran Kawasan
Perkakasan Pamiran
Komputer
Pintu Masuk Utama

Kewangan

Sejak dari penubuhannya, Cyberzone Computers telah berurusan dengan Bank Bumiputra
Malaysia Berhad (BBMB). BBMB memberi kemudahan OD kepada Cyberzone
Computers sebanyak RM50,000.00 . Berdasarkan cadangan diatas, Cik Cheah Siew Gaik
memerlukan tambahan modal. Setakat ini sumber kewangan ialah dari simpanan sendiri,
saudara mara, kredit dari pembekal dan kemudahan OD dari bank. Cik Cheah Siew Gaik
berpendapat kemudahan OD sebanyak RM100,000.00 memadai untuk meluaskan
operasinya.

Jadual menunjukkan trend jualan untuk tahun 1996 – 1998. Jualan untuk tahun 1999
dijangka mencecah RM2 juta dan keuntungan bersih RM36,000.00 . Dengan rekod

14
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

prestasi yang baik BBMB dijangka akan terus menyokong program perkembangan yang
dirancangkan.
Jadual 1: Perangkaan Kewangan

Tahun Jualan Keuntungan Untung Bersih


Sebelum Cukai
1993 $81,922.10 $2,198.96 $2198.96
1994 $527,766.90 $14,767.74 $14,139.51
1995 $1,160,525.60 $28,725.54 $26,567.84
1996 $1,750,000.00 $76,781.86 $66,781.86

Jadual 2: Nisbah Kewangan

Tahun Nisbah Nisbah Pusing Pusing Margin Pulangan


Kecairan Leveraj Ganti Aset Ganti Keuntungan atas
Inventori Pelaburan

1993 64.62% 2% 2.62 2.74 3% 7%

1994 3.64% 25% 14.64 16.67 3% 39%

1995 90.55% 1% 18.76 61.62 2% 43%

1996 90.55% 1% 29.46 46.46 4% 112%

Rajah 3: Jualan Tahunan 1993-1998

2000000.00

1500000.00

1000000.00

500000.00

0.00
1993 1994 1995 1996 1997 1998

15
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Rajah 4: Untung Selepas Cukai

40000.00

30000.00

20000.00

10000.00

0.00
1993 1994 1995 1996 1997 1998

Rajah 5: Nisbah Kecairan

100.00
80.00
60.00
40.00
20.00
0.00
1993 1994
1995 1996
1997 1998

Rajah 6: Margin Keuntungan

0.03

0.02

0.01

0.00
1993 1994
1995 1996
1997 1998

16
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Rajah 7: Nisbah Leveraj

0.80

0.60
0.40
0.20
0.00
1993 1994
1995 1996
1997 1998

Rajah 8: Nisbah Pusing Ganti Inventori

80.00

60.00
40.00
20.00
0.00
1993 1994
1995 1996
1997 1998

Rajah 9: Pulangan atas Modal (ROI)

0.50
0.40
0.30
0.20
0.10
0.00
1993 1994
1995 1996
1997 1998

17
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Rajah 10: Nisbah Pusing Ganti Aset

20.00
15.00
10.00
5.00
0.00

1993

1994

1995

1996

1997

1998
Jadual 3: Ramalan Jualan 5 tahun Cyberzone Computers

YEAR 1997 1998 1999 2000 2001

PENGGUNA AKHIR 1006250 1157188 1330766 1530380 1759938


KERAJAAN 402500 462875 532306 612152 703975
KILANG 402500 462875 532306 612152 703975
PENGEDAR 201250 231438 266153 306076 351988

JUMLAH 2012500 2314375 2661531 3060761 3519875

Rujukan

Linda Pinson, Jerry Jinnett , Anatomy of a Business Plan : (1999)A Step-By-Step Guide to
Starting Smart, Building the Business, and Securing Your Company's Future
(Anatomy of a Business), Dearborn Trade.

Joseph A. Covello, Brian J. Hazelgren , The Complete Book of Business Plans :


(1994)Simple Steps to Writing a Powerful Business Plan (Small Business Sourcebooks),
Sourcebooks Trade.

Eric S. Siegel, Brian R. Ford, Jay M. Bornstein, G. Young Ernst, The Ernst & Young
Business Plan
Guide, John Wiley & Sons. (1993)

18
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Jadual 4: Penyata Pendapatan (Bagi Tahun 1997-2001)

HASIL / JUALAN 1997 1998 1999 2000 2001


Jualan Kasar 2012500 2314375 2661531 3060761 3519875
Tolak: pulangan + rosak 10063 11572 13308 15304 17599
Jualan Bersih 2002438 2302803 2648224 3045457 3502276

KOS JUALAN
Jumlah Kos Barang Dijual 1802194 2072523 2383401 2740911 3152048
Untung (rugi) Kasar 200244 230280 264822 304546 350228

BELANJA OPERASI
Jualan:
Gaji 9000 9600 10800 10200 10800
Komisen 20024 23028 26482 30455 35023
Pengiklanan 10012 11514 13241 15227 17511
Lain-lain 4005 4606 5296 6091 7005
Jumlah Belanja Jualan 43041 48748 55820 61973 70339

Am dan Pentadbiran
Gaji 24000 25200 26400 27600 28800
KWSP 3630 3828 4092 4158 4356
Sewa 14400 14400 18000 18000 18000
Utiliti 3600 3780 3960 4140 4320
Susutnilai 4278 4378 4478 4578 4678
Bekalan Pejabat 2500 3000 3500 4000 4500
Pengangkutan & 3000 3300 3600 3900 4200
Perjalanan
Pos 1000 1100 1200 1300 1400
Faedah 1000 1000 1000 1000 1000
Caj Bank 300 330 360 390 420
Perabut dan Peralatan 1000 2000 3000 4000 5000
Caj Perakaunan 600 600 600 600 600
Lain-lain 4005 4606 5296 6091 7005
Jumlah Belanja Am & 58708 62316 69590 73066 76674
Pentadbiran

Jumlah Belanja Operasi 152111 111064 125410 135039 147013

Untung Bersih Sebelum 98494 119217 139413 169507 203215


Cukai
Cukai atas untung 18513 24532 30793 40317 51104
Untung Bersih Selepas 79981 94685 108620 129190 152111
Cukai

19
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Rajah11: Gambaran Pencapaian Operasi

OPERATING PERFORMANCE HIGHLIGHTS


(ALL FIGURES IN RM)

4000000

3500000

3000000

2500000

2000000

1500000

1000000

500000

0
1997 1998 1999 2000 2001
YEAR

NET SALES GROSS PROFIT NET INCOME

(Graf di buat atas andaian Kadar Pertumbuhan Jualan Tahunan 15% dan Untung
Kasar Sasaran sebanyak 10%)

20
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

Jadual 5: Aliran Tunai bagi Tahun 1997 Cyberzone Computers

Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Oktober Nov Dec

Baki Permulaan Tunai 17500 113825 118405 78815 88647 64616 49869 2439 28344 24347 58008 53955
Tunai dari operasi 43653 101909 146079 155794 149950 168684 241846 274355 232403 182695 133044 122813
Jumlah tunai yang ada 61153 215734 264484 234610 238597 233299 291715 276794 260747 207042 191052 176768
Tolak:
Belian 87307 87307 175647 135941 163959 173408 279254 238428 226379 139012 127075 118550
Belanja Operasi 8479 8479 8479 8479 8479 8479 8479 8479 8479 8479 8479 8479
Cukai Belum Bayar 1543 1543 1543 1543 1543 1543 1543 1543 1543 1543 1543 1543
Jumlah Pembayaran 97329 97329 185669 145963 173981 183430 289276 248450 236400 149034 137097 128572
Lebihan (Defisit) Tunai
Sebelum Pembiayaan -36175 118405 78815 88647 64616 49869 2439 28344 24347 58008 53955 48196
Fasiliti Overdraf 150000

Lebihan (Defisit) Tunai


Selepas Pembiayaan 113825

Andaian:

1. Jualan adalah 50% Tunai dan baki 50% dikutip pada bulan berikutnya
2. Cukai perlu bayar di caj secara seragam bagi tempoh 12 bulan
3. Perbelanjaan operasi di caj secara seragam bagi tempoh 12 bulan
4. Kemudahan overdarf sebanyak RM150,000 diperolehi pada permulaan tahun 1997

21
Bahagian I : Kemahiran Dan Pengetahuan Asas Pengurusan Perniagaan

22

You might also like