You are on page 1of 15

INSTITUT PERGURUAN ILMU

KHAS
KUALA LUMPUR

NAMA PELAJAR :AINUL HAFIDZA BINTI RUSLI


NO. KAD PENGENALAN :890519-11-5152
KUMPULAN/UNIT :J1.7(PPISMP)
NAMA PENSYARAH :
TARIKH SERAHAN :10 OKTOBER 2008
Bola jaring
Bola jaring merupakan sukan yang sama dan terhasil dari bola keranjang, pada
asalnya dikenali dinegara asalnya, Amerika Syarikat sebagai "bola keranjang
wanita". Dicipta oleh Clara Gregory Baer, peneraju dalam sukan wanita, ia kini
merupakan sukat berpasukan wanita tersoor (kedua-dua sebagai penonton dan
pemain sukan) di Australia dan New Zealand dan turut popular di Jamaica,
Barbados, South Africa, Sri Lanka, dan United Kingdom.

 SEJARAH BOLA JARING

Bola jaring merupakan satu – satunya jenis sukan di dunia yang


khusus dimainkan oleh wanita. Jenis sukan ini mula diperkenalkan pada
tahun 1891 di Amerika Syarikat. Sejak itu ia semakin digemari dan hari ini ia
dimainkan oleh semua golongan wanita dari berbagai – bagai peringkat
usia.

Pada mulanya, sukan ini digabungkan dengan bola keranjang, yang


juga menggunakan ‘keranjang’ sebagai gol. Ramai pula menganggap sukan
bola jaring ini sebagai cabang bola keranjang. Yang bertanggungjawab
yang memperkenalkan sukan bola jaring ialah Dr. James Naismith. Sukan
ini diperkenalkan di Kolej Sringfield, Massachusetts pada tahun 1891.
Sukan ini kemudian diperkenalkan sebagai acara sukan luar dewan. Bakul
sebagai digantikan dengan gelang dan jaring. Maka lahirlah jenis sukan
yang baru apa yang kita sebut hari ini sebagai bola jaring.

Oleh kerana cara bermain sukan ini dicipta begitu rupa maka ia
hanya wajar dimainkan oleh wanita, walaupun tidak ada peraturan
mengenai hal ini. Tidak dinafikan memang ada kaum lelaki yang mengambil
bahagian tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan wanita.

Salah satu sebab sukan ini mudah diterima umum ialah ia mudah
dimainkan dan tidak memerlukan kawasan yang luas seperti halnya bola
sepak dan hoki. Bilangan pemain tidak ramai. Hal ini turut mempengaruhi.
Hari ini bola jaring telah diiktiraf sebagai salah satu sukan antarabangsa
dengan sebilangan besar negara dunia mengambil bahagian dalam
pertandingan – pertandingan antarabangsa.

Di negara kita bola jaring diminati oleh semua golongan wanita.


Berbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa.
Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan kejohanan
bola jaring yang dianggap paling menarik dan mendapat sambutan yang
menggalakkan. Kejohanan ini dijalankan dari peringkat daerah, negeri
hinggalah ke peringkat kebangsaan. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga
turut menganjurkan kejohanannya sendiri, dan turut mengambil bahagian
dalam kejohanan antarabangsa.
 GAMBARAN DAN PERATURAN

Lakaran gelangkang bola jaring.

Sebagaimana bola keranjang, permainan ini dimainkan diatas gelanggang


keras dengan gelung mata dikedua hujung gelanggang, dengan bola menyerupai
bola keranjang (tetapi lebih ringan, kecil dan lembut sedikit binaannya, malah
kebanyakannya putih). Gelungnya mempunyai dimensi lebih kecil dan rendah
berbanding gelung bola keranjang, dan juga ia tidak mempunyai papan latar.
Gelangang dibahagi kepada tiga yang mengawal pergerakan setiap individu
dalam pasukan, dan dua separuh bulatan "bulatan penjaring - (shooting circles)"
pada setiap hujung di mana semua lontaran gol perlu dilakukan. Terdapat tujuh
pemain setiap pasukan, yang dilantik, kedudukan yang ditetapkan. (Sesetengah
variasi remaja (junior)/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.)
Setiap pemain memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah,
menunjukkan kedudukan pemain. Setiap pemain hanya dibenarkan pada sudut
tertentu digelanggang: pemain yang terkeluiar dari kedudukan mereka dianggap
"salah kedudukan -(offside)". Kedudukan digambarkan di bawah:

KEDUDUKAN BOLA JARING

Nama
Abbreviation Lawan Kawasan dibenarkan
kedudukan

Goal Attacking goal third including goal


Goal Shooter GS
Keeper. circle

Goal Attacking goal third, goal circle, and


Goal Attack GA
Defence center third

Wing Attacking goal third and center third,


Wing Attack WA
Defence not goal circle

Centre C Centre Everywhere except goal circles

Defensive goal third and centre third,


Wing Defence WD Wing Attack
not goal circle

Defensive goal third and centre third,


Goal Defence GD Goal Attack
including goal circle

Goal Defensive goal third, including goal


Goal Keeper GK
Shooter circle
 SAIZ GELANGGANG

Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang,


sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi
dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi
kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak
ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap
Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari
50mm. Tiang gol adalah setinggi 3.05m dari atas gelung. Gelung mempunyai
dimeter dalam 380mm dan terletak 150mm dari tiang gol. Gelung diperbuat
daripada besi bergaris pusat 15mm.
 PERALATAN DAN PAKAIAN

Peralatan permainan yang paling penting ialah bola. Ia diperbuat daripada


kulit. Walaubagaimanapun, bola getah dan bahan-bahan lain juga sering
kalidigunakan. Bagi pemain senior, ukur lilit bola yang digunakan ialah 690-
710mm dan beratnya 400-450 gram, sama seperti bola sepak. Pemain junior
menggunakan bola yang lebih kecil dan ringan.

Pakaian pemain kini sedang mengalami perubahan yang amat menarik.


Pakaian tradisi seperti skirt pendek dan baju kemeja putih berkolar kini
ditukarkan kepada baju yang sendat serta seluar pendek dan baju kemeja
pelbagai warna. Pakaian tersebut amat popular dikalangan pemain bola jarring.
Banyak pasukan mempunyai pakaian trek yang sama warna digunakan sewaktu
memanaskan badan.

Kasut juga berubah, dengan banyak pengilang mula mengeluarkan kasut


khas untuk permainan bola jarring. Kasut yang sesuai ialah yang boleh
menyerap hentakan,menyokong tapak kaki serta ringan dan selesa dipakai.

Memandangkan bola jaring merupakan permainan tanpa sentuhan,


penggunaan peralatan keselamatan adalah amat terhad. Ada negara yang
membuat balutan pada pergelangan kaki pemainnya untuk mengelakkan
kecederaan. Ada juga pemain yang menggunakan pelindung gigi. Di
gelanggang, tiang gol dibalut untuk mengelakkan berlaku kecederaan serius
sekiranya berlaku perlanggaran.
 GAMBARAJAH

TIANG GOL PEMAIN SEDANG MENJARIGKAN GOL

BOLA

 KEMAHIRAN
Kemahiran asas dalam sukan amat penting diketahui oleh pemain. Tujuan
kemahiran juga perlu diberitahu. Pemain dimaklumkan tentang perkara ini sejak
kecil – kecil lagi atau sejak dia berada di peringkat sekolah rendah lagi.
Sebabnya, kemahiran akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa dan
diubahsuai mengikut peringkat dan keadaan sukan itu. Jurulatih memainkan
peranan penting meningkatkan kemahiran pemain. Jurulatih akan membetulkan
kesalahan pemain dan memberikan nasihat dan bimbingan seperlunya.

Dalam sukan bola jaring kemahiran tertentu perlu dan wajb diperolehi jika
pemain benar – benar mahu berjaya. Kemahiran ini melibatkan aspek
pengawalan badan, stamina, semangat berpasukan dan pengawalan bola.
Umumnya, ada dua jenis kemahiran dalam sukan jenis itu.

Pertama, kemahiran diri yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan


badan. Kedua, kemahiran mengendalikan bola yang melibatkan menangkap,
melontar, mengawal, mengelak dan menjaring. Juga kemahiran ini melibatkan
menghantar (melempar), merebut, melompat dan mengawal (mengadang).
Latihan bersistem dapat meningkatkan taraf kemahiran pemain.

Menangkap

Ada dua cara menangkap bola, iaitu menangkap dengan sebelah tangan
dan menangkap dengan dua belah tangan. Untuk menjadi pemain yang baik,
seseorang harus dapat menangkap bola dengan betul. Paling berkesan jika
pemain menangkap bola dengan dua belah tangan dan dalam pada itu dia
memandang pantas pergerakan bola.

Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua – dua


tangan: atau jika menggunakan sebelah tangan, ia hendaklah segera diikuti oleh
sebelah tangan lagi. Kemudian, peganglah bola itu dengan betul, iaitu sebelah
tangan memegang bahagian atas dan belakang bola, sementara sebelah tangan
lagi memegang bahagian bawah dan hadapan bola. Pemain mestilah dalam
keadaan bersedia dan boleh bertindak pantas walaupun pada ketika – ketika di
luar dugaan.

Menghantar

Ada berbagai – bagai cara menghantar atau melontar bola, dan ia


bergantung kepada beberapa jarak antara pemain, kedudukan penghalang dan
kecekapan pemain. Bola boleh dihantar dalam keadaan bergerak atau berdiri
dengan menggunakan sebelah atau dua belah tangan. Hantaran bola boleh
dilakukan secara menolak, melontar, meleret atau melalui kepala. Apabila
menghantar bola, mestilah ada persefahaman di antara yang menghantar dan
yang menerima lontaran. Jika bola yang dihantar tidak dapat ditangkap, bererti
lontaran kurang baik.

Hantaran aras bahu – hantaran ini sering dilakukan. Sebabnya, bola hantaran
atas bahu ini akan terlontar jauh dan tinggi. Ini tidak akan
tertangkap atau direbut dengan mudah oleh pemain
lawan. Hantaran ini akan menjadi lebih kuat dan tepat.
Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan penerima.

Hantaran aras dada – hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat
dan untuk jarak yang tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai
untuk keadaan yang pantas dan tidak memerlukan
tindakan segera.

Hantaran lantun – ia sering digunakan apabila terdapat ramai pemain


berkumpul di satu – satu kawasan gelanggang terutama yang
hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja
dan dilakukan apabila pemain penghalang lebih tinggi
daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran.
Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan,
Tetapi selalunya dengan dua tangan.

Hantaran atas kepala – hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang
dilakukan dalam sukan bola sepak, kecuali kedudukan
kaki pemain yang agak longgar dalam lontaran bola
jaring. Hantaran ini digunakan apabila pemain yang
terlibat diadang atau dihalang oleh pemain lawan.

Hantaran sisi – hantaran ini boleh dibuat rendah dank e bawah jika penghalang
meluruskan tangannya ke hadapan untuk menghalang.
Hantaran ini boleh dibuat dengan menggunakan satu atau dua
tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara melontar bola
baling. Bagaimanapun, hantaran ini jarang digunakan kerana
kurang tepat dan kadang – kadang sukar menerimanya.

Gerakan kaki

Dalam permainan bola jarring, gerakan kaki merupakan salah satu


kemahiran penting yang diharapkan semua pemain memahirkannya. Untuk
kemahiran ini, seseorang pemain mestilah berlari dengan laju dan pada jarak
yang berubah – ubah. Dia perlu menukar haluan secara serta – merta sambil
memecut juga serta merta. Terdapat beberapa cara di mana gerakan kaki boleh
dipergunakan dalam permainan bola jarring.

Kemahiran gerakan kaki selalu selalu dikaitkan dengan kemahiran lain.


Gerakan kaki di sini bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerima
bola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaringnya.
Pemain – pemain yang dapat mengamalkan kemahiran dengan mudah dapat
mengelakkan diri daripada lain sama ada semasa membuat hantaran, menerima
bola dan membuat jaringan.

Mengawal dan mengelak

Pemain perlu mampu menjadi penyerang dan penghalang sekaligus.


Biasanya pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang,
sementara pasukan lawannya diaggap pasukan penghalang. Maka setiap
pemain perlu mahir sebagai penyerang dan penghalang. Dia perlu mahir
menangkap dan melontar bola.

Apabila menyerang, pemain mestilah pantas melintasi lawannya dan


bergerak ke tempat lapang untuk menerima hantaran. Pemain boleh
meninggalkan lawan atau melepaskan diri daripada lawan dengan mengelak,
melompat atau menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklah
dilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran pula hendaklah juga
pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain yang membuat
hantaran supaya dia dapat mengelak daripada diadang oleh lawan.

Apabila mengawal, pemain hendaklah menghalang lawan membuat


hantaran atau jaringan. Sebagai penghalang, pemain akan mengawal lawan dan
tempat bola akan dilontar. Apabila mengawal dan menghalang, pemain
hendaklah mengagak arah atau haluan bola yang akan dilontar. Lazimnya,
kawalan dilakukan satu lawan satu. Setiap pemain akan mengawal lawannya
sepanjang permainan.

Cara mengambil lambungan


Tiap – tiap pemain perlu tahu cara mengambil lambungan kerana dalam
permainan mereka tentu akan terlibat untuk mengambil lambungan. Jika pemain
itu berjaya mendapatkan bola, maka pasukannya akan membuat serangan.
Ringkasnya, cara berikut boleh dijadikan panduan.

1. kedua – dua pemain berdiri secara berhadapan (menghadap gol masing –


masing)
2. tangan pemain hendaklah lurus ke bawah dan ke sisi tubuh.
3. kedudukan kaki pemain bergantung kepada keselesaan pemain. Tetapi
jarak antara kaki yang terdekat dengan pihak lawan mestilah lebih kurang
satu meter.
4. kedua – dua pemain tidak boleh bergerak sebelum wisel dibunyikan. Jika
salah seorang bergerak, maka hantaran percuma akan diberikan pada
pihak lawan.
5. apabila wisel dibunyikan dan bola dilambungkan ke udara, pemain mesti
mencuba mendapatkan bola itu sebelum ia bergerak tinggi ke atas.
6. pemain boleh menangkap atau menepis bola ke arah rakannya.
7. jika gagal mendapatkan bola, pemain mesti cuba bersedia untuk
menghalang hantaran yang akan dibuat oleh pemain seorang lagi.

Menjaring

Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalan sukan ini. Setiap
pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun cuma dua orang pemain yang
dibenarkan membuat jaringan, namun pemain – pemain lain perlu juga mahir.
Sebab adakalanya, penjaring tidak dapat bermain dengan baik maka dia perlu
diganti oleh pemain lain.

Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana – mana tempat di


dalam bulatan jaringan. Yang penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara
menangkap bola, kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian
penghalang. Kemahiran memebuat jaringan memerlukan ketepatan pada
sasaran dan pada gelang jaring.

 RUJUKAN
Aminah Mohd Salleh (1989), Bola Jaring, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

http://ms.wikipedia .org/wiki/bolajaring

You might also like