You are on page 1of 7

Penyimpanan

Bahan Kimia Cara menyimpan bahan-bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklahdipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. Gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak. (a) Bahan kimia tak organik Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. Label pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalamalmari bertutup. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam.Contoh:

Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara denganyang boleh menghilangkan air habluran ke udara. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,zink nitrat.Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammoniumk a r b o n a t , b o r a k s ( d i n a t r i u m tetraborat), kalium heksasianoferat ( I I ) , magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat. (b)Bahan kimia organik Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahanlain. Abaikan penambahanortho, para, di, tri.Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang

meruap, beracun danmudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api dilarang. (c)Bahan kimia cecair yang mengkakis Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir denganlantai. (d)Logam alkali Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara. Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuhdengan tangan. (e)Fosforus kuning (putih) Sangat berbahaya dan sangat aktif . Disimpan di dalam air sejuk. (f)Bahan kimia yang terurai oleh cahaya Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat. Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap. (g)Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida. Disimpan di dalam peti sejuk.

(h)Bahan kimia yang sangat berbahaya Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta merta jika tertelan. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

Penyimpanan Bahan/Radas Sains Jenis stor

Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan. Menyimpan semua alat dan bahan pengajaran sains. B a h a n / a l a t d a r i s t o r i n i t i d a k diagihkan kepada individu. Bahan/alat diagihkan kepada stor disetiap makmal. Di setiap makmal. Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada pelajar di makmal berkenaan. Ciri-ciri stor utama B i a s a n y a d i b a h a g i a n b e l a k a n g bangunan, di tingkat bawah u n t u k memudahkan hantaran bahan/alat. Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli. Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong,antara lorong dan antara rak.

Sistem penyimpanan item-item sains:

Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilahdilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudahmencari bahan/item semasa pemeriksaan stok. Contoh: Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II.Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5. Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiapitem dalam bentuk kod. Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikansetiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya. Dokumen-dokumen penting di dalam makmal :

Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci. Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains. Jangan dibawa keluar dari makmal.Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah danKad-kad stok. Kad-kad Stok Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap itemyang disimpan di dalam stor. Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakaihabis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama)

You might also like